Saturday, May 28, 2011

Matawang Syariah, Sasar 20,000 Peniaga

Dari kiri Ketua Pegawai Operasi KGT, Prof Umar Ibrahim Vadillo, Pengerusi PMBK & Ibnu Hasyim semasa memperkenalkan Dinar Dirham Kelantan di Aceh di ketuai oleh Datuk Husam Musa. Gambar semasa di Airport Aceh.

KOTA BHARU, 28 Mei 11: Kelantan Golden Trade (KGT) mensasarkan 20,000 peniaga yang berminat menerima urusniaga Dinar dan Dirham bagi menyemarakkan penggunaan mata wang syariah. Pengarah Eksekutif KGT Nik Mahani Mohamad berkata, tindakan proaktif itu bagi mempopularkan semula penggunaan mata wang syariah di kalangan umat Islam.

“Untuk 2011 kami target pendaftaran 20,000 kedai termasuk kedai kepunyaan non-muslim yang sedia menerima Dinar dan Dirham sebagai mata wang syariah.

“Dan diharap ia menjadi pencetus kepada pembayaran gaji kakitangan kerajaan, pembayaran zakat dan aktiviti jual beli rakyat menggunakan Dinar dan Dirham” katanya pada persidangan media sempena Kempen Dinar Emas Kelantan 2011 di sebuah hotel di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi KGT, Umar Ibrahim Vadillo. Sekarang lebih 2,000 pekedai berdaftar dengan KGT di seluruh Malaysia. Nik Mahani juga berkata, KGT kini berusaha menyemarakkan lagi penggunaan mata wang syariah, di mana telah dimulakan kempen sejak dua bulan lalu di Kuala Lumpur.

“Di samping mendekati rakyat, program itu juga dilaksanakan sempena pelancaran Projek Printis Pasar Terbuka Pasar Besar Siti Khadijah di Kelantan,” ujarnya.

KGT juga melancarkan Khidmat Sistem Pesanan Ringkas (SMS) bagi memudahkan pengguna mengetahui harga harian Dinar dan Dirham pada sepanjang tahun. Selain itu KGT turut menyertai Karnival Halal Kelantan 2011 yang akan dirasmikan Tengku Mahkota Kelantan pada 29 Mei di Balai Islam. (Harakah)

Lihat sepenuhnya...

E-Buku IH-2: Wang Syariah: Tugas Kita Belum Selesai.
E-Buku IH-2: Wang Syariah: Tugas Kita Belum Selesai.

Tanding T/Presiden: 10 Sebab, Muhamad Sabu Kalah..

TIBA-TIBA Tuan Ibrahim Tuan Man buat 'U-Turn', apabila dia mengumumkan mahu bertanding kerusi nombor 2 tersebut. (Ada spekulasi mengatakan rombongan pendokong fahaman pemimpin wajib seorang Ustaz/ulama menghantar satu kabilah memujuk Tuan Ibrahim Tuan Man masuk bertanding apabila melihat Nasha macam tak kuat kedudukannya)

Dari semua andaian di atas bermakna akan ada sebilangan undi akan beralih dari Nasha kepada Tuan Ibrahim, dan juga akan ada sebilangan undi akan beralih darI Mat Sabu kepada Tuan Ibrahim.

Melalui sifir mudah dan ringkas di atas, berkemungkinan Tuan Ibrahim kan menang besar menewaskan Mat Sabu dan Nasha mungkin akan mendapat undi yang terendah daripada semua. Lihat sepenuhnya WartaShubhi Kenapa Mat Sabu Dapat Pencalonan Banyak

Lihat sebelum ini...

E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011
E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011

Kempen MyDaftar, Diserbu Rakyat Negara Jiran, Mengapa?


TUMPAT, 28 Mei 11: Program MyDaftar anjuran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sebuah sekolah di sini agak kelam kabut apabila diserbu ramai penduduk terutamanya berasal dari negara jiran.

Ketika kaunter pendaftaran yang juga melibatkan Jabatan Imigresen dibuka jam 8.30 pagi ruang dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubur diserbu orang ramai. Sebahagian besar mereka berasal dari Thailand yang mendakwa sudah lama menetap di Pengkalan Kubur. Ada juga kelihatan datang menggunakan kenderaan nombor berdaftar negara jiran.

Malah malam tadi Umno dipercayai melancarkan kempen supaya warga asing yang belum memiliki kad pengenalan datang ke program berkenaan. Hebahan mengenai program berkenaan juga dibuat sejak dua minggu lalu melalui mimbar-mimbar khutbah Jumaat.

Bagaimanapun program terbabit tidak dimaklumkan kepada kerajaan negeri terlebih dahulu sehingga menimbulkan banyak persoalan ekoran terbongkar sindiket membuat kad pengenalan melibatkan warga asing untuk mendaftar sebagai pemilih di Selangor.

Ekoran itu PAS memantau program yang berlangsung hari ini bagi memastikan tidak ada unsur-unsur tidak sihat digunakan bagi tujuan politik. Turut memantau dari dekat program tersebut anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar, Timbalan Speaker Dun Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim, Penyelia Dun Pengkalan Kubur, Wan Rusli Wan Ibrahim dan penghulu.

Kehadiran orang ramai pada program itu di luar jangkaan JPN apabila sambutan hangat sekali sehingga tidak terlayan pada sebelah pagi. Malah ada yang datang membawa surat pengesahan sebagai anak mukim hanya menggunakan surat ditandatangani Ketua Cawangan Umno Pengkalan Kubur. Ada juga wanita dari Thailand yang datang memberitahu mereka diberitahu pihak tertentu supaya menuntut kad pengenalan di kaunter JPN pada program berkenaan.

Bagaimanapun ramai pulang hampa memandangkan proses untuk memohon kad pengenalan tidak semudah disangka. Pengarah Bahagian Pendaftaran Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat JPN, Mohd Azimin Hassan berkata, pihaknya tidak menerima pengesahan sebagai anak mukim hanya berdasar surat ditandatangani ketua cawangan Umno.

”JPN mempunyai prosedur yang ketat untuk melayakkan seseorang boleh memohon kad pengenalan,” katanya pada sidang media bersama Kamaruddin di sini.

Menurutnya program tersebut dimulakan sejak 2008 bagi memberi penjelasan mengenai proses pendaftaran kelahiran, kematian dan permohonan kad pengenalan. Kata beliau terdapat seramai 751 kes daftar lewat kelahiran di Kelantan sekarang melibatkan penduduk yang tinggal di kawasan sempadan.

Kamaruddin berkata, PAS mendapat maklumat program tersebut dikatakan memberi ruang lebih mudah kepada bukan warga negara mendapat kad pengenalan. Katanya, sebelum ini dikesan di Selangor di mana ada warga asing mendapat taraf pemastautin tetap bagi membolehkan mereka mengundi.

”Jadi berasaskan maklumat tersebut PAS dan pemimpin masyarakat di Tumpat memantau program hari ini kerana bimbang perkara yang berlaku di Selangor boleh berulang di sini.

”Bagaimanapun berdasar kepada penjelasan dibuat pegawai kanan JPN di sini kita agak berpuas hati terhadap perkembangan setakat ini.

”Kita tidak mahu program MyDaftar direbut peluang oleh pihak tertentu bagi mendaftarkan warga asing sebagai pemilih secara mudah,” katanya.

Beliau juga berkata, Umno menggunakan sepenuhnya program terbabit sehingga ada ketua cawangan mengesahkan status anak mukim orang tertentu, sedangkan ia bukan di bawah bidang kuasanya. Mohd Zaki pula bimbang kerana ramai warga Thailand datang ke program berkenaan semata-mata untuk memohon mendapatkan kad pengenalan.

Katanya, ramai di kalangan mereka ketika ditemui menjelaskan datang ke sini kerana diberitahu pihak tertentu JPN membuka peluang bukan warga negara mendapatkan kad pengenalan.

”Kami juga berharap kerajaan negeri mendapatkan maklumat lebih lengkap daripada JPN mengenai program MyDaftar bagi mengetahui perkara sebenar,” ujarnya.

Wan Rusdi bimbang program MyDaftar dianjur JPN dan Jabatan Imigresen tersembunyi agenda lain, biar pun diakui tidak berlaku sebarang penyelewengan seperti disebut pegawai kanan JPN. (IH/Sumber Harakah)

UMNO/BN Perangkap Mentaliti Melayu -Nik Aziz

Rawang 28 Mei 11: Ideologi parti Umno-BN secara langsung memerangkap mentaliti masyarakat Melayu sehingga keliru untuk membezakan kepentingan yang mewujudkan senario politik sihat. Pendekatan Umno-BN itu juga telah menghakis prinsip demokrasi yang diamalkan negara ini.

Demikian ucapan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di hadapan dua ribu pengunjung yang hadir di majlis siri ceramah perdana 'PAS Ganti Umno' padang Kampung Setia, Rawang semalam.

"Mereka rampas Perak. Ini bukan demokrasi. Kalau mahu pindahkan nama pengundi tidak ada masalah tapi di akhirat nanti akan dapat balasan. Mana ada demokrasi halang orang bercakap. Ini hak semua orang," katanya.

Tok Guru Nik Abdul Aziz juga menyifatkan perbalahan isu agama dan kaum hanya membuka ruang kebencian terhadap masyarakat yang pelbagai. Walhal katanya, fokus pemerintah seharusnya menjurus ke arah penyatuan rakyat seperti mana yang di uar-uarkan dalam slogan 1 Malaysia.

Sehubungan itu Nik Aziz mengingatkan, kaedah politik terbaik bagi struktur masyarakat kompleks seperti di Malaysia merupakan politik yang selari dengan Islam.

Beliau mengambil contoh pendekatan yang dilaksanakan oleh PAS di negeri Kelantan dari sudut sosio-ekonomi, budaya dan sosial tanpa bersikap dwi standard atau prejudis terhadap kaum lain.

".... Semua berasal dari seorang bapa iaitu (Nabi) Adam dan Hawa. Cuba kamu cari siapa nenek moyang. Kalau masih tidak jumpa maka semua manusia berasal dari keturunan yang sama," katanya lagi.

Baru-baru ini Presiden Persatuan Peribumi Perkasa (PERKASA), Ibrahim Ali mengisytiharkan kesediaan beliau untuk berperang 'jihad' sekiranya masyarakat beragama Kristian mempersoal kedudukan agama Islam di negara ini.

Kenyataan tersebut walau bagaimanapun tidak disokong oleh Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein sebaliknya menyatakan bahawa pendapat Ibrahim hanya mewakili segelintir masyarakat Melayu beragama Islam. Jelas Nik Aziz lagi, beliau turut mengulangi pendiriannya bahawa PAS tidak akan bergabung dengan Umno-BN walaupun perkara tersebut pernah berlaku dahulu.

"Saya antara orang yang menyokong PAS masuk BN selepas 13 Mei. Sehinggakan PAS di Kelantan berpecah kepada empat. Bila (PAS) masuk, dan (BN) senang dia tendang kita. Sekarang bila sudah susah, mereka datang balik kepada kita.

"Jangan masuk lubang kali kedua. Kalau pertama sudah kena sengat, maknanya bodoh kalau kita masuk kali kedua," tambah beliau lagi.

Beliau sebelum itu menerima penyerahan borang 114 bekas ahli Umno cawangan Kampung Melayu Seri Kundang yang diserahkan sendiri oleh bekas ketua bahagiannya, Mat Senin Mat Lana. Antara lain yang turut menjejaki langkah Mat Senin adalah bekas ketua Wanita, Kamariah Meor Baldin dan bekas Pemuda, Mohd Khairuddin Abu Bakar. (IH)

JAJ Bongkar 'Beer Halal' Yang Haram. Syabas!

PENGGUNA



JOHOR BAHRU: 28 Mei 11: 'Beer Halal' rupanya 'haram'. Hal ini amat mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.

“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.

Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin, ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.

“Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.

“Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam,” katanya.

Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah. Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.

“Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.

“Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman ‘halal’ berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Syabas dan tahniah kepada JAJ atau Jabatan Agama Islam Johor.. (Sumber myMetro)

Lihat sebelumini...

Ustaz Tiruan Diburu BNM, Anda Kenal Mereka?


Ustaz ‘songlap’
DIKEHENDAKI...(dari kiri), M Bakri, Dahlan David, Ramunatul Aida, Abd Halim dan Zainal diburu BNM berhubung penipuan skim cepat kaya.
DIKEHENDAKI...(dari kiri), M Bakri, Dahlan David, Ramunatul Aida, Abd Halim dan Zainal diburu BNM berhubung penipuan skim cepat kaya. dan gambar atas sekali 'ustaz tiruan'

KL 28 Mei 11: Seorang yang disebut 'ustaz' atau 'ustaz tiruan' (gambar atas dekali) yang mengaku bergelar Datuk, antara enam individu paling dikehendaki Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung kes penipuan skim cepat kaya dan pengambilan deposit secara haram membabitkan penyelewengan mencecah RM200 juta sejak Disember 2008.

Suspek, Harun Mat Saat, 45, yang beralamat terakhir di 70, Rumah Murah Kos Rendah, Telaga Daeng Satu, Seberang Takir, Kuala Terengganu dipercayai menjadi dalang bagi ‘projek pelaburan’ dijalankan syarikatnya, Dina Group Sdn Bhd.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat BNM, Abu Hassan Alshari Yahaya berkata, dua ahli lembaga pengarah syarikat terbabit ditahan dan sedang menjalani proses perbicaraan.

“Bagaimanapun, Harun dan dua lagi pengarah syarikat itu iaitu M Bakri Kamaruddin, 50, dan Zainal Md Yusof, 47, melarikan diri dan gagal dikesan hingga kini.

“Siasatan mendapati akaun ketiga-tiga mereka memiliki wang tunai RM200 juta, menyebabkan akaun mereka kini dibekukan BNM,” katanya ketika ditemui media di Ibu Pejabat BNM. (Sumber myMetro)

Mat Lembut Tipu Ramai Artis, Siapa Mangsa Lagi?

HALAMAN HIBURAN

Elzlan Yusof bersamakeluarga

KL 28 Mei 11: Mat Lembut atau seorang lelaki yang menyamar sebagai pramugara dikesan menjalankan kegiatan menipu beberapa artis di negara ini membabitkan kerugian puluhan ribu ringgit, sejak beberapa tahun lalu dan masih aktif hingga kini.

Modus operandi lelaki berusia 20-an itu ialah mendekati golongan selebriti terutama artis terkenal dengan memperkenalkan diri sebagai pramugara syarikat penerbangan terkemuka.

Dalam perbualan itu, lelaki itu akan menawarkan khidmat membeli barangan berjenama dengan harga yang murah di luar negara termasuk di Amerika Syarikat dan Eropah hingga memperdaya golongan selebriti mengirim barangan berkenaan kerana tertarik dengan tawaran diberikan.

Mangsa terbaru lelaki itu ialah seorang model, Vie Santie Harun, 25, yang juga isteri kepada pelakon, Eizlan Yusof, 39, yang mendakwa kerugian RM7,000 selepas mengirim beberapa barangan berjenama. Katanya, sebelum menipu, lelaki itu beberapa kali membantunya mendapatkan barangan murah seperti beg tangan dan pakaian berkualiti kononnya dibeli dari London dengan harga murah. (IH)

MTV World Stage Live Tetap Teruskan -Angeline Chandran

HALAMAN HIBURAN

Shah Alam 28 Mei 11: Penganjur konsert MTV World Stage Live yang akan membariskan kumpulan 30 Seconds to Mars akan meneruskan penganjuran konsert tersebut pada 24 Julai.

Hal ini akan tetap akan diteruskan walaupun menerima bantahan daripada penduduk tempatan. Jurucakap pihak MTV, Angeline Chandran berkata aduan tersebut bukan ditujukan kepada konsert tersebut tetapi kepada lokasi konsert berkenan – I-City Shah Alam.

Angeline berkata, MTV tidak berniat untuk membuat sebarang perubahan dalam penganjuran konsert tersebut.memandangkan pihak I-City telah bersetuju untuk meneruskan konsert tersebut.

“Isunya di sini ialah I-City, bukan isu MTV. Jadi kami akan biarkan pihak I-City yang menjelaskannya,” kata Angeline.

Angeline berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung bantahan daripada penduduk Seksyen 7, Shah Alam yang "menghujani" pejabatnya berhubung lokasi konsert tersebut.

YB Khalid Samad

Penduduk berkenaan mendakwa, I-City terletak terlalu hampir dengan kediaman mereka dan akan menyebabkan masalah kesesakan lalu lintas. Khalid juga menegaskan menegaskan bahawa pusat teknologi I-City tidak sesuai dijadikan tempat untuk penganjuran konsert berbentuk hiburan.

Apa pun, konsert berkenaan masih belum mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Salah seorang ahli majlis, Izham Hashim memberitahu Malaysiakini bahawa kelulusan bagi konsert berkenaan masih dalam pertimbangan MBSA. Katanya, perkara itu diberitahu oleh Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Jaafar Mohd Atan dalam satu mesyuarat bersama ahli majlis berkenaan pada pagi ini.

“Pihak I-City sendiri perlu sedia maklum bahawa perkara yang melibatkan perlesenan perlu dibawa kepada jawatankuasa perlesenan (MBSA).

"Kita ada jawatankuasa perlesenan yang akan membincangkan perkara tersebut” kata Izham, yang juga salah seorang jawatankuasa berkenaan ketika dihubungi.

Tambahnya, jawatankuasa itu akan mengadakan satu lagi mesyuarat, selewat-lewat pada 8 Jun bagi menimbang kelulusan konsert berkenaan. Izham juga berkata, penganjur berkenaan perlu memenuhi syarat untuk memastikan tiada unsur perjudian dan pergaulan bebas berlaku dalam konsert berkenaan. (IH)

Senarai Calon PAS 2011, Pertarungan Paling Sengit.


KL 28 Mei 11: Berikut adalah senarai calon yang akan bertanding pemilihan PAS pada muktamar ke-57 bagi sesi 2011-2013 bulan depan. Semalam, pengerusi jawatankuasa pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman menyifatkan pemilihan parti Islam itu kali ini paling sengit berbanding pertandingan-pertandingan sebelum ini.

Ini kerana jelas beliau, jawatan-jawatan yang dipertandingkan termasuk barisan kepimpinan tertinggi menyaksikan persainga sengit dengan hampir kesemua jawatan disaingi.

Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

Pengerusi Tetap

1. Abu Kassim Abdullah

Timbalan Pengerusi Tetap

1. Hussin Ismail

Timbalan Presiden

1. Mohamad Sabu
2. Nasharudin Mat Isa
3. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Naib Presiden

1. Datuk Husam Musa
2. Idris Haji Ahmad
3. Datuk Mahfuz Omar
4. Datuk Mohd Amar Abdullah
5. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
6. Salahuddin Ayub

Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat

Pengerusi Tetap

1. Misbahul Munir Masduki

Timbalan Pengerusi Tetap

1. Kamal Ashaari
2. Nor Azli Musa

Ketua

1. Nasrudin Hassan

Timbalan Ketua

1. Azman Shapawi
2. Mohd Firdaus Jaafar
3. Nik Abduh Nik Abdul Aziz
4. Suhaizat Kaiat

Naib Ketua

1.Mohd Nasir Zakaria
2. Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob

Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat

Pengerusi Tetap

1. Nor Hashimah Deraman

Timbalan Pengerusi Tetap

1. Fatimah Ismail
2. Noraini Hussin
3. Wan Hamidani Wan Ahmad

Ketua

1. Nuridah Mohd Salleh
2. Siti Zailah Mohd Yusoff

Timbalan Ketua

1. Dr Siti Mariah Mahmud
2. Wan Hasrina Wan Hassan

Naib Ketua

1. Mastura Mohamad
2. Mumtaz Md Nawi
3. Dr Najihatussalehah Ahmad
4. Normala Sudirman

Lihat sebelum ini...

E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011
E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011

Gadis Penan Terus Dirogol Tahun Lalu Saja 14 Kes

NONE
KL 28 Mei 11: Gadis Penan terus dirogol, tahun lalu saja 14 Kea. Kes terbaru membabitkan seorang gadis berusia 20 tahun yang berulang-kali dirogol oleh pembalak Indonesia sejak awal tahun ini, kata naib pengerusi Wanita PKR Voon Shiak Nie di Kuching.

"Gadis itu mengenali lelaki Indonesia di kampungnya di Ulu Baram, di mana dia bekerja sebagai pembalak. Adalah dilaporkan dia memujuk gadis tu mengikutnya ke Miri dengan alasan mencari kerja.

"Sebalik gadis itu dirogol berulang-kali,” kata Voon sambil menambah nahawa laporan polis telah dibuat di balai Miri pada Isnin lalu.

Voon berkata gadis malang itu juga mendakwa terdapat kes rogol yang hampir sama membabitkan wanita lain di kampungnya itu.

Hanya selepas Ketua Wanita PKR dan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin mendedahkan kes berkenaan di Parlimen pada sesi yang lalu dan membuat laporan polis, barulah Kementerian wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat bersedia membuat siasatan.

Pasukan penyiasat yang ditubuhkan kementerian yang mendedahkan sisatan mereka tahun lalu berkata hanya ada 14 kes rogol. Voon berkata Wanita PKR cuba menyerahkan laporan pasukan penyiasat itu kepada Timbalan Ketua Menteri, Datuk Alfred Jabu, yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Penan tetapi beliau enggan menerimanya.

Polis dan kerajaan negeri Sarawak hari ini dibidas Wanita PKR kerana kegagalan mereka bertindak bagi menyelesaikan kes-kes gadis dan wanita Penan dirogol oleh pembalak di kawasan sekitar Baram yang berterusan. (IH/Malaysiakini)

Thursday, May 26, 2011

Keputusan Calon Bertanding PAS... Tertumpu Husam?


KL, 26 Mei 11: Presiden tetap seperti biasa. Jawatan naib presiden PAS bakal menyaksikan pertarungan melibatkan enam penjuru termasuk tiga daripadanya wakil rakyat dari Kelantan.

Difahamkan ini kali pertama tiga wakil rakyat Kelantan turut gelanggang merebut tiga kerusi naib presiden. Enam daripada itu merupakan 14 yang dicalonkan bertanding jawatan itu.

Selain dua penyandang iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub yang akan mempertahankan jawatan itu, empat pemimpin lain mengambil keputusan untuk turut bertanding ialah ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Datuk Husam Musa dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Ketua Penerangan Idris Ahmad dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah.

Dikatakan pemerhatian tertumpu kepada Husam yang pernah memegang jawatan Naib Presiden dan melepaskan sewaktu bertanding Timbalan Presiden sebelum itu. dan Mohd Amar merupakan Adun Kelantan manakala Salahuddin pula Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Kesemua calon yang layak telah mengesahkan pendirian masing-masing ketika dihubungi media hari ini.

Sementara itu seorang lagi penyandang jawatan itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memutuskan untuk bertanding nombor dua parti pada pemilihan yang akan diadakan awal bulan depan. Calon lain yang membuat keputusan untuk tidak bertanding adalah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Bendahari PAS Dr Hatta Ramli, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mazlan Aliman dan Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ketua Penerangan Dewan Ulama Nik Zawawi Nik Salleh.

Selain Tuan Ibrahim, turut mengesahkan bertanding jawatan timbalan presiden adalah penyandangnya Nasharudin Mat Isa dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu. Dalam pada itu, Nasrudin Hassan at-Tantawi dijangka akan mengekalkan jawatannya tanpa saingan.

Sementara itu timbalan ketua Pemuda PAS akan menyaksikan pertarungan tiga penjuru antara penyandangnya Azman Shapawi Abd Rani, Pengarah Pilihan Raya Mohd Firdaus Jaafar yang juga Ahli Parlimen Jerai dan Ketua Penerangan Suhaizan Kaiat. (IH)

Lihat sebelum ini...

E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011
E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011

N/Presiden: Hatta Beri Laluan Husam, Nizar Teruskan.


Dr Hatta
KL, 26 Mei 11: Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin hari ini mengesahkan penyertaannya bagi pertandingan Naib Presiden PAS namun Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli hanya bertanding AJK sahaja. Nizar (gambar) ketika bercakap kepada Harakahdaily berkata, pihaknya telah menghantar surat pengesahan untuk bertanding jawatan itu ke Pejabat Agung PAS sekejap tadi dan memaklumkan hanya akan bertanding naib presiden sahaja.

Nizar Jamaludin

Sementara itu, Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli memberitahu Harakahdaily, beliau mengambil keputusan bertanding AJK PAS Pusat sahaja. Langkah ini diambil beliau selepas bekas naib presiden sebelum ini, Datuk Husam Musa membuat keputusan untuk bertanding jawatan itu kali ini.

"Saya rasa oleh kerana PAS melaksanakan keputusan secara konsensus, saya rasa cukup kalau saya menumpu pertandingan AJK sahaja dan tidak perlu di naib presiden," kata Dr Hatta kepada Harakahdaily sambil mengucapkan terima kasih kepada kawasan-kawasan yang mencalonkan beliau.

Semalam Dr Hatta berkata, beliau masih belum menarik diri lagi untuk bertanding jawatan naib presiden tetapi belum menghantar surat rasmi kepada Jawatankuasa Pemilih. Nizar, bekas Menteri Besar Perak itu, yang turut mendapat pencalonan untuk AJK PAS Pusat tapi menolaknya kerana mahu memberikan tumpuan kepada naib presiden sahaja.

Datuk Husam

Jawatankuasa Pemilihan PAS akan mengumumkan calon-calon yang bertanding dalam muktamar PAS kali ini dalam satu sidang media esok. Hari ini adalah hari terakhir untuk calon-calon yang layak membuat pengesahan pertandingan. Selain Nizar, yang dijangka bertanding untuk naib presiden adalah Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar yang menyandang jawatan itu sekarang di samping Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dan Exco kerajaan Kelantan Datuk Nik Mohd Amar.

Naib presiden sebelum ini, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan beliau akan bertanding timbalan presiden dalam muktamar kali ini. Nizar datang ke pejabat Harakahdaily untuk rakaman program 'Persepsion' bersama TVPAS yang akan disiarkan dalam Harakahdaily Jumaat ini. (IH/Sumber Harakah)

Lihat sebelum ini...

E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011
E-Buku IH-38: Pemilihan Kepimpinan PAS 2011

Siasat Menantu, Jangan Kaitkan Saya -Nik Aziz


KOTA BARU, 26 Mei 11: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak mengaitkan beliau apabila menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadap menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Nik Aziz (gambar) berkata beliau tidak mahu siasatan terhadap Abdul Ariffahmi, 38, berhubung dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa semasa menantunya itu bertugas di PMBK, disensasikan oleh pihak lain untuk menjejaskan kredibiliti beliau sebagai Menteri Besar dan Mursyidul Am Pas.

“Siasatlah dengan betul, tapi jangan kaitkan orang itu (Abdul Ariffahmi) kerana (dia) menantu saya atau ada hubungan kekeluargaan dengan saya.

“Itu tak betul,” kata beliau dipetik Bernama Online hari ini.

Nik Aziz yang mengetuai kerajaan negeri Kelantan selaku Menteri Besar sejak 1990 ditanya mengenai kemungkinan Abdul Ariffahmi dihadapkan ke mahkamah berhubung kes dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa semasa bertugas di PMBK. Justeru, Nik Aziz berkata, adalah berdosa jika pihak berkuasa sengaja membiarkan sesuatu kes berlarutan dan disebarkan secara meluas sehingga boleh mengaibkan seseorang untuk muslihat tertentu.

Beliau berkata, siasatan SPRM hendaklah hanya melibatkan Abdul Ariffahmi sebagai individu dan tidak kena-mengena dengan dirinya. SPRM membuka kertas siasatan dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam PMBK membabitkan Abdul Ariffahmi yang dilantik sebagai CEO pada 20 September 2009.

Siastaan itu dibuka pada akhir 2009. Pelantikan itu mencetuskan kontroversi dan Abdul Ariffahmi dinasihat melepaskan jawatannya oleh Nik Aziz. (The Malaysian Insider/IH)

Aku Nak Bunuh Kau! Blog Hina Nabi & Islam..

Antara gambar-gambar hina Islam.. Pihak berkuasa kena cepat bertindak.

KL, 26 Mei 11: “Aku nak bunuh kau”, “Semoga Allah cepat matikan engkau yang sah-sah murtad dan senang-senang menghina dan mempersendakan agama Islam” dan “Wahai makcik yang sesat...ingat balasan Allah itu ada, kau tunggu sahaja.”Antara beberapa reaksi pembaca setelah membaca blog yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.

Justeru, selepas beberapa isu menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mendakwa perkara itu wujud semula dengan kewujudan sebuah laman blog secara terang-terangan menghina agama Islam dan penganutnya.

Blog itu yang dikenali sebagai “Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara” itu turut menggunakan slogan “Toksah terpedaya oleh tipu muslihat babi Muhammad yang tidak waras tu!” — secara terang-terangan menghina agama Islam.

The Malaysian Insider difahamkan blog itu telah wujud sejak awal minggu ini dan ia juga boleh didapati di laman Facebook dengan menggunakan profil ‘Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara’ atau laman blognya http://makcikhajjahsittalwuzara2u.wordpress.com/.

Selain menggunakan kata-kata kesat, apa yang lebih mengejutkan laman blog ini turut memaparkan gambar seekor jerung dan Lady Gaga di atas Kaabah selain gambar-gambar lain yang menghina Islam. Dalam entri terbaru bertarikh 24 Mei 2011, selain memaparkan laman blog itu turut memberi “pesanan” yang berbunyi: “Hari ini Allah tengah murka pada seluruh kaum Adam terutamanya umat kesayangannya, yakni umat Islam yang telah jauh sesat.”

“Maka, Allah menurunkan bala yang setimpal di Masjidil Haram di kota Mekah Al-Mukaramah, mengeluarkan jerung raksasa yang lapar dari perut bumi. Kota Mekah dilanda banjir dan pengunjung-pengunjung beribadat sekeliling baitullah digigit dan dinyonyot sepuas-puasnya oleh binatang peliharaan Allah yang istimewa ini! Allahuakbar!!.”

Bagaimanapun tindakan penulis blog ini dikecam hebat oleh pembacanya, antaranya berbunyi: “Aku nak bunuh kau”, “Semoga Allah cepat matikan engkau yang sah-sah murtad dan senang-senang menghina dan mempersendakan agama Islam” dan “Wahai makcik yang sesat...ingat balasan Allah itu ada, kau tunggu sahaja.”

Rata-rata kritikan dibuat itu meminta agar penulis blog bertaubat dan tidak kurang mahu dia “dibunuh”. Melihat kepada perkembangan terbaru ini, Abim menyifatkan kewujudkan laman blog itu bertujuan mahu menghina imej dan kesucian agama Islam.

Kata Setiausaha Agung Abim Mohamad Raimi Ab Rahim, pihaknya memandang serius kewujudan laman blog yang berniat jahat itu.

“Abim memandang serius kewujudan laman web dan blog yang menghina imej serta kesucian agama Islam.

“Berdasarkan daripada keterangan yang diterima serta penyelidikan Abim, bahan-bahan yang dimuatkan dalam blog terbabit jelas menggambarkan niat jahat dan provokasi penulis blog tersebut,” katanya.

Kata beliau, tindakan seumpama itu amat dikesali dan jelas-jelas telah menimbulkan kemarahan umat Islam. Malah kata beliau satu laporan polis telah dibuat terhadap penulis blog itu. Selain itu, tegas Mohamad Raimi, pihaknya juga menuntut agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk menyiasat laman blog itu dan mengambil tindakan tegas kepada individu yang terlibat.

“Menilai daripada ini, Abim menuntut pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri serta pihak berwajib segera menyiasat secara terperinci terhadap insiden yang mendukacitakan ini.

“Abim menuntut agar tindakan tegas dikenakan terhadap individu yang terlibat, Abim juga mendesak agar permohonan maaf dikeluarkan secara rasmi dan terbuka oleh penulis blog ini kepada seluruh umat Islam,” katanya.

Harakah juga menyebutkan, Abim beserta Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah mengajukan laporan polis di Balai Dang Wangi. (IH)

Awas, Pencuri Silap Mata, Bergerak Semula..

PENGGUNA

KL 26 Mei 11: : Sekumpulan empat wanita berjubah dari Timur Tengah yang menjalankan kegiatan mencuri 'ala 'silap mata' bergerak aktif semula di sekitar Lembah Klang. Mereka menggunakan taktik dengan berpura-pura ingin menukar wang dari mangsa selepas membeli sesuatu barang atau sengaja ingin menukar-nukar wang.

Dalam kejadian terbaru kelmarin, kumpulan wanita terbabit berusia 30-an memperdaya penjaga kaunter sebuah kedai aksesori di Taman Permata, Ampang di sini membabitkan kerugian RM1,000. Menurut sumber, sebelum kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, empat wanita terbabit masuk ke premis berkenaan dengan berpura-pura membeli sebotol pencuci kereta.

“Selepas 20 minit berada dalam premis berkenaan dan berpura-pura memilih barangan, seorang daripada suspek mendakwa mahu membeli pencuci kereta dan membuat bayaran.

“Suspek memberi wang RM100 sebelum mangsa memulangkan baki sebanyak RM85. Bagaimanapun, suspek mendakwa wang terbabit rosak kerana mempunyai tanda dan mahu menukarkannya,” katanya.

Beliau berkata, suspek mengarahkan mangsa mengeluarkan semua wang not RM50 dari dalam mesin daftar tunai dengan alasan mahu memilih sendiri not RM50 yang lain.

“Mangsa yang tidak curiga memberikan kebenaran, sebelum suspek memilih dan mengira wang baki yang perlu diambilnya di hadapan mangsa.

“Suspek memulangkan wang berkenaan sebelum meninggalkan premis itu,” katanya.

Sumber berkata, mangsa terkejut apabila pemeriksaan semula dilakukannya mendapati RM1,000 wang hasil jualan didapati hilang. Iulah permainan 'silap mata'nya, yang tidak disangka dan tinaknampak terang-terangan.

Mangsa yang yakin kumpulan terbabit adalah penjenayah memaklumkan kejadian itu kepada majikannya sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati, di sini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. (IH)

Tak Wujud 2 Kumpulan Ulama/Profesional -Nik Aziz


KL, 26 Mei 11: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan tidak wujud dua kumpulan — ulama dan profesional, yang didakwa bersaing mahu menguasai barisan kepimpinan parti Islam berusia enam dekad itu.

Sebaliknya kata beliau, istilah golongan ulama dan profesional itu yang seringkali timbul ketika pemilihan parti, sebenarnya “dihidupkan” oleh Umno-Barisan Nasional (BN).

Nik Aziz (gambar) berkata demikian menjelang pemilihan kepimpinan PAS pusat awal bulan depan dengan tumpuan beralih kepada persaingan jawatan timbalan presiden dan naib presiden.

Jawatan timbalan presiden bakal menyaksikan pertarungan tiga penjuru membabitkan penyandangnya Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa kerja pusat Mohamad Sabu.

Sementara itu, jawatan naib presiden juga bakal menyaksikan pertarungan sengit.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berjaya mengekalkan jawatan presiden tanpa cabaran.

Mereka yang mahu bertanding jawatan tertinggi PAS harus mengesahkan pencalonan mereka sebelum pukul 5 petang ini.

“Kononnya kedua-dua (ulama dan profesional) ini adalah inti yang berlawanan antara satu sama lain. Sedangkan hakikatnya tidak pernah wujud jurang antara ulama atau professional dalam PAS kecuali jurang yang diada-adakan oleh Umno-BN.

“Jikapun ada, kedua-duanya tidak lebih melainkan hanyalah caj positif dan caj negatif yang apabila bergabung menjadi arus eletrik yang cukup kuat untuk memberikan renjatan kepada Umno-BN,” kata Nik Aziz menerusi laman Facebook malam tadi.

Oleh itu kata Menteri Besar Kelantan itu, barisan kepimpinan PAS terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan kemahiran.

Justeru, tegas Nik Aziz, walaupun berbeza latar belakang, namun dasar perjuangan dan matlamat yang hendak dicapai tetap sama.

“Tidak ada apa yang pelik jika kepimpinan PAS dilatari oleh individu yang datang dari pelbagai bidang pendidikan dan kemahiran.

“Di zaman Rasulullah SAW, sahabat-sahabat baginda mempunyai latar belakang yang pelbagai.

“Oleh yang demikian, tidak ada yang pelik jika di dalam PAS ada kepimpinannya dari pelbagai latar belakang. Profesional dalam PAS itulah golongan ulama, dan ulama dalam PAS itulah professional.

“Semuanya menjadi batu bata membentuk benteng kukuh berdepan dengan ombak sekular. Hari ini, gelombang sekular sedang ganas membadai. Jika dulu, ada gelombang berwarwa biru, hari ini pula ia berwarna merah,” katanya merujuk kepada kempen yang kini digunakan Umno untuk merampas Kelantan.

Tambah Nik Aziz, beliau berharap perwakilan akan membuat keputusan bijak dalam memilih barisan kepimpinan parti untuk meneruskan agenda perjuangan PAS.

“Harapan saya, muktamar yang akan diadakan pada minggu hadapan ini akan membuahkan hasil yang terbaik untuk perjuangan Islam.

“Kepada para perwakilan, pilihlah pemimpin yang bertaqwa kepada Allah. Ikhlaskanlah hati, dan letakkanlah pertimbangan semasa memilih di atas neraca iman kepada Allah, insya-Allah, saya yakin pilihan para perwakilan nanti adalah yang terbaik untuk meneruskan perjuangan PAS di persada politik tanah air,” katanya.

Ditahan Bukan Kerana Lacur... Coli, Seluar Dalam Atau??


SEBAHAGIAN daripada 40 pelacur yang ditahan dalam serbuan Ops Sayang di Jalan Pudu semalam.


KL 26 Mei 11: Inilah Malaysia, pelacur-pelacur yang ditahan bukan kerana melacur, tetapi kerana sebab lain. Kerana tiada dalam undang-undang bahawa melacur itu suatu kesalahan, walaupun Islam adalah agama Persekutuan.

Kerana itu, macam-macam taktik pelacur warga asing yang tidak pernah serik mencari pelanggan di sekitar medan selera di Jalan Pudu di sini apabila mereka kini tampil dengan gaya tidak memakai coli dan seluar dalam ketika mencari pelanggan.

Pelacur warga asing yang terdiri daripada kalangan warga China, warga Myanmar dan Indonesia itu dengan berpakaian seksi akan memberi kesempatan kepada pelanggan yang dihampiri menyentuh bahagian sulit mereka sebelum pelanggan itu ditarik ke hotel-hotel bajet di sekitar Jalan Pudu.

Rahsia pergerakan pelacur yang berumur belasan dan bawah 40-an itu terbongkar apabila polis menyerbu kawasan sekitar di sebuah hotel bajet di sini pada pukul 11.45 pagi semalam. Dalam serbuan yang dilakukan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, polis menahan 40 wanita melibatkan 34 warga China, Myanmar (5) dan Indonesia (1). Kesemua pelacur yang ditahan itu sedang berpeleseran di sekitar hotel itu untuk mencari pelanggan.

Inilah Malaysia, Islam menjadi dagang bangsat. Umatnya tidak mampu mengamalkan hukum agama sendiri di dalam negara sendiri. (IH)

N/Aziz Patut Dicontohi Semua Kaum -AP Raja Retinam


KL, 25 Mei 11: Kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diakui terbaik oleh kaum India dan patut dicontohi oleh semua kaum di negara ini.

Kepimpinan beliau ternyata penuh amanah, prihatin dan berpihak kepada rakyat sehingga menyebabkan semua rakyat Kelantan terutama yang miskin dan memerlukan pembelaan terbela tanpa mengira kaum.

Presiden Persatuan Progresif India Malaysia, AP Raja Retinam (gambar) mengakui, kaum India ternyata amat senang berada di bawah kepimpinan Nik Aziz kerana beliau sentiasa turun padang untuk meninjau segala permasalahan rakyat untuk diselesaikan.

Menurut beliau, selain itu, cara Nik Aziz yang penuh kesederhanaan amat disenangi oleh kaum India dan kaum-kaum lain sehingga menyebabkan beliau amat mudah ditemui dan didekati.

Katanya, kepimpinan Nik Aziz juga ternyata amat berhemah dalam membelanjakan wang kerajaan, sehingga terelak dengan pembaziran, sebaliknya benar-benar untuk kepentingan rakyat.

"Kepimpinan Nik Aziz sejauh yang dilihat oleh kaum India sendiri ternyata amat baik dan amat jauh berbeza berbanding kepimpinan para pemimpin Umno atau BN," katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar Persatuan Pelajar India Malaysia (MISA), di sini, hari ini.

Pada sidang media di ibu pejabat MISA itu, beliau turut hadir untuk bersama para kepimpinan persatuan itu menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap diskriminasi yang dilakukan oleh pihak Kerajaan BN mengenai biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), khususnya terhadap kaum India dan kaum-kaum lain di negara ini.

Menurut Raja Retinam, selain itu, Nik Aziz turut diakui oleh kaum India di Kelantan sebagai pemimpin yang mudah untuk dijumpai kerana tidak banyak protokol yang perlu dilalui untuk menemuinya.

"Malah saya sendiri juga turut mempunyai pengalaman tersendiri dalam hal ini. Untuk berjumpa Tuan Guru Nik Aziz, saya hanya perlu menulis surat dan selepas itu terus dapat menemuinya.

"Amat jauh berbeza kalau nak jumpa Menteri Besar Kerajaan BN. Amat susah. Malah bukan sahaja nak jumpa MB, nak jumpa exco dari Kerajaan BN pun amat susah," katanya.

Berdasarkan pengalaman beliau, bukti kepayahan untuk berjumpa menteri besar yang berada dalam Kerajaan BN, selain terpaksa melalui protokol yang bukan-bukan, mereka juga dimestikan berjumpa dengan pihak MIC terlebih dahulu.

"Kesemua itu melambangkan betapa berbezanya kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz yang menerajui kepimpinan PAS Kelantan berbanding kepimpinan BN.

"Kepimpinan Nik Aziz sememangnya diakui oleh kaum India dan kaum-kaum lain sebagai kerajaan yang benar-benar berpaksikan rakyat," tegasnya.

Disebabkan perubahan itu, beliau yakin Kerajaan PAS Kelantan akan terus bertahan, walaupun Umno BN telah melakukan pelbagai muslihat untuk merampas Kelantan dari PAS.

"Sememangnya ada tanda-tanda PAS dan Pakatan Rakyat, khususnya di Kelantan, akan terus berjaya kerana perbezaan antara kepimpinan Nik Aziz dan kepimpinan BN sememangnya dapat dirasai sendiri oleh orang ramai termasuk dari kaum India," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar seluruh rakyat negara ini sedar dengan realiti itu dan menyokong PAS atau Pakatan Rakyat dalam PRU Ke-13 nanti, bagi melakukan perubahan terhadap politik tanah air. (IH)

Wednesday, May 25, 2011

7 Eleven Kaw Islam S'ngor Tiada Arak. Kedah?

SHAH ALAM, 25 Mei 11: Januari 2011 lalu kecoh tentang isu penjualan arak di Selangor dan ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim berjanji akan menyelesaikan isu ini dengan cara yang baik.

Kini, penyelesaian yang dikatakan secara baik itu mula memberikan hasil apabila kedai-kedai serbanika khasnya 7-Eleven di kawasan Melayu tidak lagi menjual minuman keras di kedai mereka. Tinjauan Harakhdaily di Seksyen 8 Shah Alah, minuman keras tidak lagi dijual di kedai 7-Eleven kawasan itu. Begitu juga di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Kedai 7-Eleven kawasan ini juga tidak lagi menjual minuman keras.

Ketiadaan minuman keras di kedai ini mula dirasai sejak awal tahun ini iaitu tidak beberapa lama selepas kerajaan negeri memaklumkan pihaknya akan berbincang dengan rangkaian kedai serbanika tentang hal ini. Namun di Jalan Pahang Barat, kedai 7-Eleven yang bersebelahan dengan pejabat Harakah sendiri, minuman keras masih dijual di situ. Ini kerana kawasan ini bukan dikira kawasan penduduk Islam. Pada tahun 2000, berlaku satu demonstrasi di Bandar Baru Bangi.

Demonstrasi itu membantah penjualan arak secara yang berleluasa di kedai serbanika khasnya 7-Eleven di kawasan penduduk Islam itu. Pada tahun 2006, Penduduk Taman Melati, Gombak juga membuat bantahan yang sama apabila mereka membantah jualan arak di kedai rangkaian 7-Eleven itu. (gambar bawah) Bagi mereka, kedai serbanika yang beroperasi 24 jam itu telah menjadi punca ketagihan arak di kalangan remaja apabila mereka membeli arak di situ selepas tengah malam, ketika tidak ada ramai orang.
"Kita tidak mahu gunakan kekerasan atau undang-undang dalam hal ini," kata Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor selepas mengadakan pertemuan dengan para pengusaha kedai serbanika ekoran isu peraturan jualan arak di Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ) berbangkit Januari lalu.

Usaha ugar jualan arak dikawal telah dibangkitkan oleh PAS sejak tahun 1990 apabila parti Islam itu mula memenangi Kelantan. Ketika umat Islam tidak mahu didedahkan dengan minuman keras, hak penduduk bukan Islam dijaga untuk terus mempunyai hak itu. PAS Pusat sendiri pada 2009 menggesa Kerajaan Selangor menguatkuasakan larangan penjualan arak secara terbuka sepertimana dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu kerana melibatkan sensitiviti orang Islam.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, mengikut garis panduan penjualan minuman keras di Kelantan dan Terengganu, ia tidak boleh dibuat secara terbuka di kawasan berpenduduk majoriti Islam.

“Setakat ini, kedua-dua negeri itu melaksanakan enakmen melarang penjualan minuman keras secara terbuka di kawasan yang majoriti penduduk Islam dan kaedah ini berjaya,” katanya pada satu sidang media.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Mohd Ridzwan berpandangan, situasi tiada penjualan arak di kawasan majoriti Islam ini hasil rundingan dan persefahaman kerajaan negeri dengan pengeluar dan penjual minuman keras.

"Setakat yang kita tengok memang di 7-Eleven kawasan majoriti Islam tak jual arak.

"Pemuda melihat ada persefahaman di antara kerajaan negeri dan pihak yang terlibat dengan pengeluaran arak ini," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, Umno BN di bawah Dr. Khir Toyo dahulu tidak prihatin terhadap sensitiviti umat Islam apabila membiarkan arak dijual secara terbuka di kawasan majoriti Islam.

"Pemuda melihat kerajaan BN dahulu tidak mengambil perhatian soal sensitiviti masyarakat setempat tapi Pakatan sekarang mengambil berat soal itu dan melarang penjualan arak secara terbuka.

"Kerajaan negeri hanya membuat pengawalan kepda orang Islam sahaja, orang bukan Islam tak ada masalah," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut bersetuju dengan langkah kerajaan negeri yang menitik beratkan soal pencegahan dan kesedaran mengenai bahaya arak.

"Pemuda menyokong segala program kesedaran mengenai keburukan arak dan semua pun tahu dalam keadaaan masyarakat kita, banyak keburukan berpunca daripada minum arak," katanya.

Dalam pada itu kerajaan negeri pada Januari lalu juga mengumumkan peruntukan RM10 juta bagi membantu umat Islam yang terbabit dengan urusan arak mencari pekerjaan alternatif.

“Menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, wang tersebut akan digunakan untuk menawarkan mereka latihan keusahawanan dan bantuan modal bagi memulakan perniagaan.

“Antara sektor perniagaan yang ditawarkan bantuan modal adalah kecantikan, jahitan, masakan, membaiki telefon bimbit dan lain-lain,” kata exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari.

Langkah ini sebagai satu cara membantu orang Islam mengelakkan diri daripada terus bekerja di premis pembuatan arak secara berperingkat-peringkat. (Harakah)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kedah dan Pulau Pinang masih belum dengar lagi bagi kawasan-kawasan Islam di sana. Kedah lambat-lambatkan guna strategi apa pula? Tunggu Pulau Pinang laksanakan dulu?

Cico Uji Rashid, Kini Bersama PAS?


Kelibat Cico Uji Rashid kelihatan bersama dengan Sdr Bob Lokman dan Ustaz Zulkifli Ahmad selepas kuliah mahgrib yang dijalankan di Masjid Al Azim, Pandah semalam (30 Mac 2011)...

Realiti Kini, Mengapa Perlu Bersama PAS?
FAHAM betul-betul maksud hadis ini.... Sabda Rasulullah saw ( Mafhumnya )....

اَلاَ اِنَّ رَحَ الاسلامِ دَاءِ رة فَدُورُوا مَع اِلاسلام اَلاَ اِنَّ السلطانَ والكِتابَ
سَيَسْتَرِقَ فَدُورُوا معَ الكتاب
اَلاَ اِن فِيكم اُمَراء يَعْملونَ لاَنْفُسِهم لا يَعمَلون لَكُم واِن اَطَعْتُمُواهُم اَضَلُّواكُم واِن عَصَيْتُمُواهُمْ قَاتَلُوا كُمْ

Maksudnya:

Ketahuilah sesungguhnya Islam itu sentiasa berputar, adakalanya maju dan ada kalanya mundur, maka tetaplah kamu bersama dengan Islam.

Ketahuilah sesungguhnya pemerintah dengan Al Quran akan berlaku pertentangan, (tidak mengambil Al Quran sebagai dasar perlembagaan) hendaklah kamu bersama dengan Al Quran,

Ada diantara kamu pada masa akan datang ,orang yang berkuasa , mereka bekerja untuk kroni mereka sendiri dan tidak bekerja untuk kamu…(..membolot kekayaan negara untuk kroni sahaja.). kalau kamu ikut mereka, mereka akan menyesatkan kamu, kalau kamu melawan mereka …mereka akan menyusahkan kamu… memerangi kamu. (IH)

Undilah PAS & Pakatan Rakyat..

Kerjasama PAS/UMNO, Batu Api Kesatuan Mubarak?


KL, 25 Mei 11: Bolehkah dikatakan pandangan ini sebagai batu api untuk meragui dan memecahbelahkan PAS yang ada kaitan dengan bayangan Kerajaan Perpaduan seperti tiupan angin dalam muktamar PAS lalu?

Hal ini berikutan kenyataan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), dianggotai pemimpin pro-BN, yang percaya keputusan pemilihan PAS bulan depan akan mempengaruhi dan menentukan masa depan idea kerjasama atau Kerajaan Perpaduan antara Umno dan PAS.

Walaupun tidak mengatakan siapa yang boleh membawa ke arah kerjasama itu, namun Presiden Mubarak Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata peluang kerjasama itu akan lebih cerah jika jawatan timbalan presiden dimenangi penyandangnya Nasharudin Mat Isa atau Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut mengesahkan turun gelanggang.

Selain Nasharudin dan Tuan Ibrahim, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu juga akan bertanding jawatan nombor dua itu. Menurut Presiden Mubarak itu lagi..

“Nasharudin OK, Tuan Ibrahim OK... perspektif berbeza tapi ada kekuatan masing-masing.

“Tetapi saya rasa jauh di lubuk hati kerjasama itu wujud,” kata Abdul Aziz pada sidang media di sini.

Beliau bagaimanapun tidak mahu meramalkan siapa yang menang bagi jawatan itu. “Saya tidak mahu masuk campur, itu terserah kepada PAS untuk menentukannya,” katanya. Mubarak merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri bekas wakil rakyat dan mempunyai keahlian kira-kira 1,000 orang seluruh negara.

Selain Nasharudin, Mohamad dan Tuan Ibrahim, turut dicalonkan untuk jawatan itu adalah Datuk Seri Azizan Razak, Datuk Husam Musa dan Salahudin Ayub. Bagaimanapun Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian dan Husam memutuskan untuk tidak bertanding jawatan nombor dua itu.

Sebentar tadi, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyebutkan hanya akan bertanding jawatan ahli jawatankuasa pada Muktamar Tahunan PAS ke-57, bulan depan. Setiausaha akhbarnya, Helmi Khalid memberitahu, Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri menolak bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS untuk memberi tumpuan kepada Kedah.

Kesemua calon untuk jawatan tertinggi PAS mesti mengesahkan kesediaan mereka untuk bertanding sebelum pukul 5 petang esok. (IH).

Masalah Remaja, Bolehkah Kahwin Beda Agama?

Prof Dr Hamka

Fatwa MUI: Kawin Beda Agama, Haram!

Jakarta Mei 11: Sebut saja namanya, Herry. Ia salah seorang eksekutif muda yang masih lajang. Di usianya yang menginjak hampir 40 tahun, lelaki Muslim yang berkarir di bidang advertising ini masih membujang.

Herry bukannya laki-laki yang tak laku, apalagi terkena penyakit, sehingga ia belum juga menyempurnakan separuh agamanya. Bujangan berkulit putih dan berparas rupawan ini justru menjadi incaran wanita rekan-rekan sekerjanya. Di perumahan tempat tinggalnya pun tak sedikit gadis yang naksir padanya. Tak hanya gadis bahkan sejumlah wanita STW alias Setengah Tua juga kesengsem pada Herry.

Lantas apa yang membuatnya tak jua menikah? Jodoh yang belum datang, ataukah Herry masih betah menjalani hidup dalam kesendirian?

Padahal kedua orang tuanya sudah hampir putus asa memaksanya untuk segera menikah. Bahkan sejumlah wanita pilihan orang tuanya ia tolak, karena mengaku tiada kecocokan. "Saya tidak sreg, kalau urusan jodoh diatur-atur," ujarnya. "Saya lebih baik mencari calon sendiri yang sesuai dengan keinginan saya."

Sebenarnya, hampir lima tahun ini Herry telah menjalin hubungan dengan seorang gadis. Sayang, kedua orang tuanya menolak keras sang gadis sebagai mantu karena perbedaan agama. Gadis non-Muslim tempat Herry melabuhkan cintanya menjadi penyebab lambatnya pernikahan sang eksekutif muda.

Sebagai keturunan Muslim yang bisa dibilang fanatik dan teguh memegang akidah, kedua orang tua Herry melarang keras putranya menapaki mahligai rumah tangga dengan Serly, sebut saja demikian. "Karena dilarang inilah, hingga kini saya masih terus mencari cara terbaik untuk dapat menikahi pacar saya," kata Herry.

Sementara untuk memaksa Serly masuk Islam, juga bukan perkara enteng. Apalagi kedua orang tua Serly termasuk salah satu tokoh umat yang disegani dan dihormati di kalangan kaumnya. Mereka juga menentang keras Serly menikah dengan pria Muslim. "Kau boleh menikah dengannya (Herry), kalau dia mau masuk agama kita," demikian pesan ayah Serly sebagaimana didengar Herry dari mulut kekasihnya.

Hingga kini keduanya hanya menjalin hubungan cinta tanpa jelas kapan akan dapat diresmikan dalam sebuah biduk rumah tangga. Lantas bagaimana sebenarnya hukum pernikahan beda agama dalam Islam? Benarkah seorang lelaki Muslim boleh menikahi wanita beda agama dari kalangan Ahli Kitab?

Terkait dengan masalah ini, sebenarnya Majelis Ulama Indonesia (MUI) telah jauh-jauh hari mengeluarkan fatwa. Berdasarkan Musyawarah Nasional (Munas) II pada 11-17 Rajab 1400 H, bertepatan dengan 26 Mei-1 Juni 1980 M, MUI mengeluarkan fatwa bahwa pernikahan beda agama atau kawin campur, hukumnya haram!

Hal ini, jelas MU, berdasarkan pada firman Allah SWT sebagai berikut: “Dan janganlah kamu nikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mukmin lebih baik dari orang musyrik walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke surga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran.” (QS Al-Baqarah: 221).

Kemudian firman Allah: “…(Dan dihalalkan mengawini) wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita yangberiman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita yang diberi Al-Kitab (Ahlu Kitab) sebelum kamu, bila kamu telah membayar mas kawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik. Barang siapa yang kafir sesudah beriman (tidak menerima hukum-hukum Islam) maka hapuslah amal-amalnya dan ia di akhira termasuk orang-orang merugi.” (QS Al-Maidah: 5).

Dan firman Allah: “…Maka jika kamu telah mengetahui bahwa mereka (benar-benar) beriman maka janganlah kamu kembalikan mereka kepada (suami-suami mereka) orang-orang kafir. Mereka (wanita mukmin) tiada halal bagi orang-orang kafir itu dan orang-orang kafir itu tiada halal bagi mereka…” (QS Al-Mumtahanah:10).

Dan firman-Nya: “Hai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka…” (QS At-Tahrim: 6).

Selain berdasarkan ayat-ayat Al-Qur'an di atas, MUI juga mendasarkan fatwanya pada hadits-hadits Rasulullah sebagai berikut: “Barangsiapa telah kawin, ia telah memelihara setengah bagian dari imannya, karena itu, hendaklah ia takwa kepada Allah dalam bahagian yang lain” (HR Tabrani)

Kemudian sabda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Aswad bin Sura’i: “Tiap-tiap anak dilahirkan dalam keadaan suci sehingga ia menyatakan oleh lidahnya sendiri. Maka, ibu bapaknyalah yang menjadikannya (beragama) Yahudi, Nasrani, atau Majusi.”

Oleh sebab itu, kata MUI, perkawinan wanita Muslimah dengan laki-laki non-Muslim adalah haram hukumnya. "Dan seorang laki-laki Muslim diharamkan mengawini wanita bukan Muslim."

MUI menambahkan, tentang perkawinan antara laki-laki Muslim dengan wanita Ahli Kitab terdapat perbedaan pendapat. "Setelah mempertimbangkan bahwa mafsadah-nya lebih besar daripada maslahat-nya, MUI memfatwakan perkawinan tersebut hukumnya haram!"

Demikian fatwa MUI yang ditandatangi oleh Ketua Umum Prof Dr Hamka dan Sekretaris Drs H Kafrawi pada 1 Juni 1980 silam. Dan hingga kini fatwa tersebut masih berlaku dan belum dicabut oleh MUI. (Sumber Republika Online)

Lihat sebelum ini...

Inilah Rakyat Malaysia Yang Kaya -PAS Miri


Nasib Keluarga Termiskin Yang Memerlukan Bantuan
Miri merupakan sebuah bandar pertama bukan ibu negeri yang mendapat taraf bandaraya. Miri mendapat taraf ini pada 20 Mei 2005 yang membawa gelaran "Bandaraya Peranginan". Miri merupakan bandar kedua terbesar di Sarawak, dengan jumlah penduduk kira-kira 350,000 orang. Kemajuan bandar ini adalah kerana kayanya daerah ini dengan sumber asli, terutamanya petroleum.

Dalam pada itu apabila kita pergi jauh sedikit dalam daerah Miri terdapat juga keluarga yang hidup dalam kemiskinan seperti yang hendak kita paparkan dalam tulisan ini

Dalam Kampong Tukau Jaya dalam daerah Miri terdapat sebuah keluarga miskin yang mempunyai 2 orang anak yang masih kecil yang memohon simpati orang ramai agar dapat membantu meringankan sedikit bebanan mereka untuk membeli bahan pembinaan rumah yang sedang dalam pembinaan.

1. Gambar menunjukan pondok usang tempat mereka berteduh dari hujan dan panas.

2. Gambar menunjukkan 2 orang anak kecil beliau yang sulung perempuan sedang belajar di Tahun 2 di SJK Tukau Sg.Beluboh dan yang bongsu lelaki masih belum bersekolah.

3. Gambar pondok usang tempat mereka tinggal sekarang.

4. Gambar rumah baru dalam proses pembinaan yang memerlukan bantuan untuk membeli bahan bahan binaan dari orang ramai.

Menurut penghuni pondok tersebut yang tidak mahu namanya di siarkan mengatakan mereka pernah memohon Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) tetapi malangnya permohonan mereka di tolak alasannya tapak rumah yang akan dibina bukan tanah mereka tetapi masih dalam ketegori tanah NCR.

Oleh kerana pemohonan untuk mendapat rumah (PPRT) tidak diluluskan beliau tetap tabah menghadapi kehidupan seharian dengan mencari rezeki seperti berkebun, memotong rumput di kebun pekebun disekitar kawasan Tukau untuk membeli bahan binaan supaya beliau dapat mendirikan rumah yang lebih selesa. Selama ini ,pondok usang inilah tempat mereka berteduh dari hujan dan panas seperti yang terdapat dalam gambar.

Alhamdullillah berkat sokongan hamba-hamba Allah yang bermurah hati, hasrat penghuni pondok tersebut untuk membina rumah sendiri akhirnya tercapai walaupun belum siap sepenuhnya. Walaupun kecil tetapi lebih selesa kalau dibandingkan dengan pondok usang yang mereka diami sekarang.

Kalau harap pihak kerajaan hendak bantu memang sukar sebab terlalu banyak birokrasi (bureaucracy) yang perlu dilalui. Dimana perginya slogan “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”?

Badan-badan kebajikan seperti Baitulmal dan juga wakil rakyat yang diamanahkan mesti bertanggungjawab untuk turun padang melihat sendiri akan nasib rakyat yang kurang berkemampuan ini. Bantu dan salurkan apa-apa keperluan untuk meringankan bebanan rakyat bukan hanya duduk dalam bilik berhawa dingin tanpa mengambil berat masalah rakyat marhean dibawah yang masih memerlukan bantuan.

5. Gambar Rumah baru yang masih dalam pembinaan

Pihak PAS telah turun padang, meninjau dan melawat tempat keluarga tersebut beberapa bulan yang lalu dan mendengar sendiri keluhan suara penghuni pondok tersebut.
PAS Miri sangat simpati dan akan menghulurkan bantuan sekadar kemampuan yang ada untuk meringankan beban dan nasib penghuni pondok tersebut.

Kepada sesiapa yang sudi dan bermurah hati untuk menghulur bantuan kewangan boleh lah menyalurkan terus kedalam akuan berikut :
Nama: Hasmah bt.Napie (Isteri Penghuni)
Bank Islam Akaun No: 11022022193973
Hubungi No.Talian: 0198902320 / 0138381720

Dengan bantuan saudara-saudari sekian sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang dipikul oleh keluarga yang serba kekurangan ini.

Semoga bantuan dan sumbangan saudara saudari sekelian diterima dan mendapat ganjaran dari Allah.

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Barang siapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari hasil yang baik dan Allah SWT hanya menerima sesuatu yang baik saja. Nescaya Allah SWT akan menerimanya dengan tangan kanan-Nya, lalu memeliharanya untuk diberikan kepada pemiliknya sebagaimana salah seorang daripada kalian memelihara anak kudanya hingga (pahala sedekahnya itu) menjadi seperti gunung”. (Hadis Bukhari).

English Version: The fate of Poor Families in Need of Help

Miri is the first non-capital city to become the city status. Miri city was awarded on May 20, 2005 which carries the title "Resort City". Miri is Sarawak's second largest city, with a population of about 350,000 people. The progress of this city is because of this region rich in natural resources, especially petroleum.

In the meantime, when we go a little further in the Miri area there are families living in poverty, as we shall show in this commentary. Families living in poverty along with two young children who live in Kampong Usaha Jaya Tukau seek for public sympathy in order to help relieve their burden for purchase of housing material which still under construction.
According to the hut dwellers who do not want his name published said that they have apply for the Housing Programmed for the Hardcore Poor (PPRT), but unfortunately, their application is rejected the reasons that housing will be built not their land and it is under the category of NCR land.

Because of the application for a house (PPRT) is not approved he still firm face tough challenges remain with livelihood such as gardening, cutting grass in the garden planters around the Tukau areas just to buy construction materials so that he can build better housing. All this while, this old cottage where they take shelter from rain and heat as in the picture.

Alhamdulillah (Thanks God) generously support from some individual, the intention of the hut dwellers to build an own house finally achieved, even if not fully completed. Although smaller but more comfortable than the cottage that they lived now.

If you expect the government to help it is difficult because of too much red tape (bureaucracy) that must be taken. Where goes the slogan "People First performance now “?

Charities bodies such as the Baitulmal (treasury) and those representatives who are entrusted to be responsible for the unfortunate people should go to the field to see by it self. Help and channeled to any requirements to reduce the burden of the people and not just sit in air-conditioned rooms without taking care of the public interest that still needs help.

PAS delegate went to the field, look over and visit the family several months ago and hearing the grievance from the booths dweller itself. PAS Miri is very sympathetic and will help beyond what ever is there to ease the burden and the fate of the cottage residents.

For those who are willing and generous to extend financial assistance can be channeled directly into the account below:

Name: Hasmah bt.Napie (Wife of Occupier)
Islamic Bank Account No: 11022022193973
Contact Number: 0198902320 / 0138381720

At least with the help of the brothers and sisters will ease the burden borne by these needy families. Hopefully the help and donations received from dear brothers and sisters will get rewards from Allah.

In another hadith, Abu Huraira (ra) states: The Messenger of ALLAH (saw) said: Charity worth even a date is accepted by ALLAH (swt) provided it is from lawful earning. ALLAH takes it in the right hand and nurtures it for its owner (in the same way as you bring up your horse's young one) until that tiny piece of charity becomes as big as a mountain. (Sahih Bukhari)

Ref: Photo above
1. Picture shows old hut where they take shelter from rain and heat.
2. The picture shows two small children of his eldest daughters are studying in Year 2 at SJK Tukau Sg.Beluboh and the youngest boy has not attended school.
3. Photos dilapidated huts where they live now.
4. Photos of new homes under construction that needs help to buy building materials from the public.
5. Pictures of new house under construction

From PAS Miri

Lagi, Jual Dara .. Rakyat AS Miskin?


SALT LAKE CITY 25 Mei 11: Seorang wanita di bandar raya ini didakwa menawarkan dara anak perempuannya berusia 13 tahun kepada seorang lelaki dengan bayaran AS$10,000 (RM30,000).

Wanita itu didakwa, semalam di Mahkamah Daerah Utah dengan dua tuduhan penderaan seksual serta dua lagi tuduhan eksploitasi seksual. Stesen televisyen KTVX saluran 4 melaporkan mahkamah mendakwa, dia membuat tawaran itu selepas lelaki berkenaan meminta untuk melakukan seks oral bersama kanak-kanak terbabit.

Polis berkata, wanita itu dan anaknya akan memperagakan pakaian dalam untuk lelaki terbabit. Tawaran itu diketahui teman lelaki wanita berkenaan yang menemui beberapa mesej pesanan ringkas membincangkan mengenai hal itu di telefon bimbitnya. - AP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi, rakyat AS jual dara. Negara kaya rakyat miskin? Termasuk miskin jiwanya..

Lihat kisah jual dara/tubuh...

Hibur Hibur Sikit 36: Guna Basikal Tangkap Peragut..

JENAYAH ragut amat meruncing di negara kita di mana ramai yang menjadi mangsa telah terbunuh ataupun mengalami kecederaan parah. Yang amat menyedihkan ialah ketika jenayah ini berlaku, orang ramai hanya menjadi pemerhati sahaja. Video di bawah ini yang bertajuk, “Chinese Man Throws Bicycle at Thieves on Scooter!” menunjukkan bagaimana seorang rakyat China menangkap peragut menggunakan basikalnya. Sikap begini patut dipuji dan diteladani.

Lanjut lihat ini..

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sukan ilmu pertahankan diri amat digalakkan dalam Islam. Tuan Guru Nik Aziz MB Kelantan pernah menyuruh mewanita-wanita kita belajarnya. Pendidikan begini juga dapat mengatasi jenayah.

Tambahan:
Kung Fu Fighting | Cee Lo Green | Kung Fu Pandaby hewvideo838,199 views

Lagu & Nasyid selanjutnya..
E-Album IH-11: Hibur, Hibur Sikit..

E-Album IH-11: Hibur, Hibur Sikit..

Kempen Lindungi Haiwan, Bogel Macam Haiwan..

JULIA PEREZ dan kekasihnya, Gaston Castano.

JAKARTA - Pelakon dan penyanyi dangdut seksi, Julia Perez bersama kekasihnya, Gaston Castano bertindak berani dengan mengecat tubuh mereka dalam keadaan berbogel baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Tindakan Julia dan Gaston adalah sebahagian daripada kempen melindungi spesies terancam di Indonesia malah tubuh Julia dilukis dengan 40 gambar binatang yang harus dilindungi.

"Kerjasama itu dilakukan bersama pemerintah melalui tema Save Our Planet yang dibuat di Bali.

"Pada masa itu, saya bersama Gaston berbogel dan tubuh saya dilukis dengan 40 gambar binatang," jelas Julia.

Foto lukisan pada badan mereka akan disiarkan pada Disember ini bertepatan dengan ulang tahun hari AIDS sedunia.

"Foto itu tidak boleh dikeluarkan lagi kerana harus ada permit malah semuanya masih dibincang bersama Menteri Kehutanan," katanya. - Agensi

Lihat sebelum ini...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails