Saturday, July 02, 2011

Kereta Meletup Di Selatan Thai, Mengapa?


SEORANG anggota skuad bom Thailand berada di tepi sebuah kereta Honda yang meletup di Narathiwat, selatan Thailand semalam.

BANGKOK - Sebuah kereta Honda meletup semasa seorang anggota skuad bom Thailand berada dekat dengan kenderaan itu pada pagi semalam di Narathiwat.

Anggota skuad bom itu yang memakai jaket perlindungan cedera namun tahap kecederaannya masih belum diketahui. Letupan bom itu menyebabkan kereta tersebut musnah teruk.

Bom itu dipercayai diletakkan oleh kumpulan gerila pemisah yang mendalangi kejadian keganasan di sempadan Thailand dengan Malaysia. Lebih 4,500 orang terbunuh dalam serangan keganasan yang berlaku di selatan Thailand sejak 2004. - Agensi

Komen weblog Ibnu Hasyim: Soalnya, mengapa berlaku keganasan? Itu yang perlu diselesaikan.. Untuk mengubati penyakit kena siasat puncanya, baru boleh selesai. (IH)

Sila Sebarkan Ini Demi BN!...

INI senarai 50 dalil kenapa rakyat perlu pangkah BN dalam PRU-13 nanti yang saya terima melalui email. Email ini bemaya.redar di serata tempar dalam dunia ..sendiri mau baca dan buat kajian agar anda tidaak mensia-siakan akal anda.

50 Dalils (reasons) why we MUST vote for BN:

1. PKFZ (Port Klang Free Zone) Scandal - more than RM12.5 billion incurred and counting
2. Useless & problematic Scorpene submarines - costing approximately RM7.6 billion
3. Commission for the undiveable Scorpene submarine - RM500 million halal comission, read MEGA CORRUPTION
4. Loss of Bumiputera equity - RM52 billion
5. Limbang offshore blocks L and M given to Brunei - worth RM320 billion
6. Bank Negara Forex loss - RM6 billion
7. Perwaja Steel Scandal - RM15 billion
8. 60,000 Approved Permits given to UMNO-linked cronies - worth RM2.4 billion every year
9. BMF Scandal (Carrian group) - RM4 billion..BMF manager was murdered
10. Double-tracking railway project from Ipoh to southern Thailand - RM12.5billion
11. Purchase of 6 EMU locomotives - irregularity at a cost of RM500 million
12. Maminco affair....cornering tin market/speculation cost us RM 2.5 Billions
13. Maltrade II land grab by Naza, costing taxpayers some RM 2.2 Billion
14. RM 6.75 billion to PSC Bhd for locally made naval vessels which were never delivered .
15. MAS shares - Tajuddin Affairs: Govt bought at $8 ringgit when market price was $3.5 ringgit. RM8 Billions taxpayers money lost
16. Halal Hub - RM 2 billion spent, nothing done, only RM 200 million left.
17. Armoured carriers -RM 8 billion .By industry standards, a good armoured car will only cost half a million. Mindef will spend RM 30 million each
18. RM 810 Million palace balloning to some RM 1.2 Billion, Selangor Hospital overrun by RM 100's of millions
19. School classrooms and computer labs - RM10 billion, direct nego. How much did the Government actually get?
21. Khir Toyo's Balinese palace - RM24 million
22. Menara Warisan or mega-tower - RM5 billion
23. Bail-out of GLCs and BN's crony-corporations - too massive and too many
24. Anwar's black-eye incident (beaten up by police while in prison)
25. Churning out acronyms, i.e. 1Malaysia,NEM, GTP, ETP, EPP, NKRA, NKEA, and TEM (Terrible Economic Management)
26. Prime Minister Najib Razak's aide Nasir Safar's statement: "Chinese came here to sell their bodies and Indians came to beg"
27. BiroTata Negara deputy director Hamim Husin's statement: Chinese are "si mata sepet" and Indians "si botol"
28. Missing jet engines.What a joke, Ain't you ashamed to be a Malaysian? .
29. Perak illegal and undemocratic power-grab in February 2009: Remember Perak, remember the Injustice!
30. Lingam-gate Scandal: Correct, correct, correct or Korek, korek, korek
31. Sodomy I and Sodomy II trials , Datuk T trio and the sex video
32. Stamping of Bibles: ' Bible smelly' said Hishammuddin and 'Christian-state' false news from Utusan and Umno bloggers
33. Perkasa, Pembela: Increasingly anarchist stance due to the lack of punishment by the authorities
34. Cow-head protests, vandalism at churches and mosques
35. 1 Malaysia email granted to 'broke' firm Tricubes Bhd (GN3 company).
36. Brand new Stadium roof collapse in Terengganu
37. Flip-flop of key education policy in the teaching of Maths and Science in English
38. Ibrahim Ali is Adolf Hitler alter-ego & mouthpiece of BN 1Malaysia
39. Water Rally (to demand that the government returns water rights to the rakyat)
40. Eye-on-Malaysia Ferris Wheel (white elephant in Melaka)
41. Bukit Merah-Papan rare earth tragedy in Perak (MItsubishi) and now Gebeng in Pahang (Lynas) & WTF 2 Nuclear plants !!!
42. Bakun Dam (destruction of environment, displaced peoples)
43. Female nude-squats - November 2005 and June 2011
44. Abuse of the New Economic Policy/Dasar Ekonomi Baru
45. Buying of votes in 10th Sarawak State Elections in April 2011. I help you, you help me ?
46. Wasted money spent on 1Million Youths Gathering - more than RM25 million - May 2011
47. Hike in Electricity Tariffs on June 1, 2011 and more upcoming hikes in sugar, diesel and petrol
48. Asian Petroleum Hub in Johor - RM1.4billion, now in receivership
49. Various Malaysian corridors started by Tun Abdullah Ahmad Badawi now empty, unutilised and vacant
50. Altantuya,while walking in KL picked up a stone which turned out to be C4 Xploding herself! ; Teoh Beng Hock, room too hot, opened window and accidentally fell out!; Kugan Ananthan (only 22, but the cops beat him until his kidneys failed), Aminul Rasyid (15-years old, but shot multiple times by cops), Ahmad Sarjani ( MACC victim) .
51. Name your grouse ....The list above is by no means exhaustible, serves to remind Malaysians that never before in Malaysian history is so much at stake.

(Diangakt dari http://wartashubhi.blogspot.com)

Friday, July 01, 2011

BN Guna Khutbah Jumaat Kempen AntiBERSIH 2.0

KL, 1 Julai 11: Selepas dikecam hebat dalam media arus perdana, Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai turut menjadi fokus khutbah Jumaat di Wilayah Persekutuan hari ini dengan menyifatkan penganjurnya sebagai gerakan pelampau.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali dilaporkan mengesahkan perkara itu.

Kata beliau, sebanyak 150 masjid termasuk di Putrajaya akan membacakan khutbah bertajuk “Memelihara Nikmat Keamanan”.

“Ya . . . ya . . . kita akan gunakan khutbah khas itu sebab penting satu keamanan yang kita kecapi tidak mudah kita musnahkan,” jawabnya ringkas.

Ditanya lebih lanjut, Che Mat bagaimanapun meminta agar terus mendapatkan kandungan khutbah Jumaat itu dari laman web agensi itu. Teks khutbah itu berkata memelihara keamanan adalah satu perkara yang dituntut dalam semua agama.

“Sejarah telah membuktikan Nabi Ibrahim semasa meneroka pembukaan Mekah sebagai pusat ibadah dan tanah suci telah mendoakan agar Mekah dikurniakan Allah SWT dengan keamanan dan kemakmuran. Kita juga telah menyaksikan betapa rugi dan malangnya negara-negara yang dilanda kekacauan, persengketaan dan perpecahan,” katanya.

“Negara-negara berkenaan bukan sahaja ketinggalan dan mundur dalam aspek kemajuan dan pembangunan, malah keselamatan hidup seharian pun sentiasa terancam,” kata khutbah khas yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ini.

Keseluruhan teks khutbah yang diperoleh memfokus ke atas Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), yang mendapat sokongan padu Pakatan Rakyat.

Parti teras BN iaitu Umno dan Perkasa menentang keras Himpunan Bersih 2.0. Justeru mereka juga mahu mengadakan perhimpunan balas pada hari yang sama. Sejak sebulan yang lalu, Himpunan Bersih 2.0 dikecam hebat dalam media arus perdana, malah polis juga memulakan tindakan keras dengan menahan lebih 100 setakat ini.

Sekitar 2,000 laporan polis dibuat ke atas Himpunan Bersih 2.0. Kata khutbah itu, Islam menolak mana-mana gerakan yang boleh menghuru-harakan keamanan sesebuah negara termasuk daripada gerakan pelampau.

“Mutakhir ini kita dibimbangi oleh gerakan golongan pelampau yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Pilihan Bersih dan Adil.

“Golongan ini pada asasnya memperjuangkan kepentingan individu atau fahaman tertentu tanpa mengambil kira sensitiviti dan kepentingan awam.

“Dalam usaha mencapai matlamat perjuangan, golongan ini akan melakukan demonstrasi jalanan, perhimpunan haram, mereka berarak ke hulu hilir, berkumpul untuk bertindak ganas, merosakkan harta awam, melanggar undang-undang negara malah sanggup mencederakan pasukan keselamatan,” katanya.

Tegas khutbah itu, Himpunan Bersih 2.0 berselindung di sebalik perjuangan hak asasi manusia dan politik untuk “meniru” keganasan di negara asing untuk menekan pemerintah negara yang diterajui BN.

“Apa yang paling malang lagi, golongan ini berlindung atas nama perjuangan hak asasi manusia, perjuangan politik, menggunakan media cetak dan elektronik, kemudahan Internet dan meniru tindakan keganasan yang berlaku di negara asing bagi menekan dan mengugut pemerintah serta rakyat di negara ini dalam memenuhi tuntutan mereka.

“Mimbar ingin menegaskan bahawa tindakan golongan pengkhianat seperti ini merupakan satu tindakan yang zalim dan haram bagi umat Islam mengikutinya kerana cara ini sebenarnya satu tindakan yang boleh mencampakkan manusia itu di dalam kebinasaan serta mendatangkan keburukan, kegelisahan dan kesusahan kepada masyarakat,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan BN guna khutbah Jumaat pula untuk kempen antiBERSIH 2.0, walaupun sudah memperkudakan radio, tv dan segala macam media.

Seniwati Ini Pose Bogel L/Belakang Masjid.. Apasal?

Miru Kim Naked

Miru Kim Naked

DIA (dalam gambar) sengaja mengambil foto di beberapa tempat umum di Istanbul, Turki. Demikian dilaporkan AOL, minggu ini.

Ia memotret dirinya di tempat-tempat tua seperti di Paris, Perancis, serta kabel yang tidak digunakan lagi, di jembatan Manhattan Bridge, Amerika Syarikat (AS) sebagai contoh... dan membuatnya menarik perhatian dunia.

Dia adalah seniwati Miru Kim dari Jepun. Perempuan berusia 30 tahun ini mendapat reputasi sebagai seniwati provokatif bagi sejumlah ahli seni yang melihatnya.

“Saya pemalu sejak kecil. Sebahagian besar orang berfikir saya bercanda dengan karya seni yang saya buat, namun inilah kenyataanya” kata Kim.

“Tubuh di dalam foto merupakan sensor terus antara jarak di dalam foto dan juga penonton, kerana semua orang dapat berhubungan ke dasar paling dalam dari manusia,” kata Kim. Gila!
(IH/AOL)

Lagi, kisah-kisah bogel..

E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

BERSIH 2:0 Satu Lagi Ulama Bengap Syaitan Bisu


myMetro: Islam larang perhimpunan haram

KL 1 Jul 11: Umat Islam yang ingin menyertai perhimpunan haram 9 Julai ini dinasihati segera bertaubat kerana perhimpunan itu ditegah oleh Islam disebabkan ia hanya akan membawa kerosakan, kata ahli akademik Islam.

Menurut mereka, Islam tidak menggalakkan sebarang kekerasan, dan perhimpunan sebegitu walaupun dimulakan dengan aman, pasti akan berakhir dengan keganasan seperti yang berlaku sewaktu perhimpunan Reformasi 1998 dan Bersih 1.0 pada 2007.

Dr Fadlan Mohd Othman, Pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata bahawa daripada kaca mata Islam, tidak ada sebarang dalil daripada Al-Quran yang membenarkan perhimpunan sebegitu dilakukan.

"Saranan kita kepada orang Islam yang sudah mendengar amaran daripada polis tapi masih lagi berniat nak pergi, batalkan niat tersebut kerana risikonya untuk membawa kepada kefasadan dan kerosakan adalah besar.

"Mengikut kaedah Feqah, sebarang jalan walaupun niatnya baik tetapi jika ia mempunyai kecenderungan untuk membawa kerosakan, maka jalan itu hendaklah ditutup," katanya kepada Bernama.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Satu lagi ulama 'syaitan bisu' dan bengap..

Darihal BERSIH..

E-Buku IH-40: BERSIH 2.0, Siapa Tidak Bersih?
E-Buku IH-40: BERSIH 2.0, Siapa Tidak Bersih?

Bekas P/Gabenor B/Negara Rasuah Cetak Duit -Securency International

KL, 1 Julai 11: Seorang bekas penolong gabenor Bank Negara Malaysia dan seorang ahli perniagaan tempatan akan dihadapkan di mahkamah secara berasingan — di ibu negara dan Shah Alam — berhubung skandal kontrak membekalkan nota mata wang ringgit polimer, yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat Australia antara 2003 dan 2007.

Bekas penolong gabenor itu akan dicaj di Mahkamah Khas Jenayah Rasuah (Sesyen) Jalan Duta manakala ahli perniagaan terbabit di Mahkamah Khas Jenayah Rasuah Shah Alam. Difahamkan serentak dengan tuduhan ke atas mereka, pihak berkuasa Australia juga akan mendakwa enam individu dan dua syarikat di negara itu hari ini.

“Mereka akan dicaj di bawah peruntukan baru di Australia . . . ia ada kaitan dengan kes di Malaysia,” kata sumber.

Bekas penolong gabenor Bank Negara Malaysia dan seorang ahli perniagaan terbabit dipercayai akan berhadapan dengan tuduhan di bawah Seksyen 11(a) dan 11(b) Akta Pencegahan Rasuah 1997. Tahun lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu berhubung skandal nota polimer RM5 kepada sebuah syarikat dari Australia.

Mereka ditahan ekoran satu laporan bahawa Securency International, yang berpejabat di Melbourne, menawarkan rasuah kepada pegawai-pegawai di Malaysia. Mengikut laporan media itu, ketiga-tiga yang ditahan itu termasuk seorang ahli perniagaan didakwa dibayar RM11.3 juta untuk mendapatkan kontrak daripada Bank Negara Malaysia dan agar kerajaan Malaysia menggunakan mata wang polimer.

Media Australia melaporkan bahawa ahli perniagaan berkenaan digunakan oleh Securency International dan Note Printing Australia antara lewat 1990-an dan 2007. Securency pernah memperoleh kontrak mencetak nota RM50 sempena Sukan Komanwel pada 1998 dan nota polimer RM5 pada 2004.

Bekas penolong gabenor Bank Negara dikatakan menerima habuan atas tindakannya pada 2004 dan 2005 atas kontrak bernilai RM95 juta yang diberikan kepada syarikat Australia berkenaan. (Sumber The Malaysian Insider)

Remaja Penggodam Sistem Komputer


RYAN CLEARY bersama ibunya keluar dari Mahkamah Mahkota Southwark Crown Court, Britain.


WICKFORD - Seorang penggodam yang didakwa menggodam sistem komputer Agensi Jenayah Terancang Serius Britain (Soca) pulang ke rumahnya semalam selepas ibunya berjanji tidak akan membenarkan dia melayari Internet, lapor sebuah akhbar dulu semalam.

Penggodam tersebut, Ryan Cleary, yang didakwa orang penting dalam kumpulan penggodam antarabangsa, LulzSec, bertemu semula dengan ibunya, Rita selepas dia dibenarkan ikat jamin oleh hakim sebuah mahkamah setelah tujuh hari ditahan reman polis.

Remaja berusia 19 tahun yang gemar menyendiri itu ditangkap dalam operasi bersama polis Britain dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di rumah ibunya di sini, England pada Isnin lalu kerana disyaki mensabotaj beberapa organisasi kerajaan termasuk Soca.

"Saya berasa amat lega kerana dapat membawa anak saya pulang. Sepanjang tujuh hari dia ditahan, ia merupakan hari paling panjang dalam hidup kami," kata Rita.

"Dia memberitahu saya bahawa dia mungkin gila berada dalam tahanan," tambahnya.

Cleary yang diperintahkan memakai penanda elektronik, berdepan lima dakwaan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Akta Jenayah Britain.

Kumpulan LulzSec pula dikaitkan dengan serangan siber ke atas beberapa laman web termasuk Perkhidmatan Kesihatan Britain (NHS), Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan syarikat permainan komputer Sony serta Nintendo.

- Agensi

Lihat lagi...

E-Buku IH-40: BERSIH 2.0, Siapa Tidak Bersih? (1)

E-Buku IH-40: BERSIH 2.0, Siapa Tidak Bersih? (1)

Bab 1
Bab II
Bab III
Bab IV
Bab V
Bab VI
Bab VII
Bab VIII
Bab IX
Bab X
Ikuti selanjutnya di..
E-Buku IH-42: BERSIH 2.0, Pengalaman Saya.

E-Buku IH-42: BERSIH 2.0, Pengalaman Saya.
E-Buku IH-54: BERSIH Menjelang PRU 13 (2)..

Thursday, June 30, 2011

Jangan Sertai Himpunan 9 Jul - P/Majlis Fatwa


Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor bin Hj. Husin mempengerusikan muzakarah

KUALA TERENGGANU: Umat Islam khususnya dan masyarakat negara ini amnya dinasihatkan supaya tidak menyertai perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, negara ini sekarang bukan sahaja aman, malah orang luar menjadikan negara ini sebagai contoh.

"Ertinya kalau sudah ada yang baik itu, kita perlu jaga, kita perlu pertingkatkan dan perlu dibaiki untuk menjadi lebih baik.

"Dalam Islam, yang baik itu jangan kita rosakkan, yang berpadu, jangan kita pecahkan kerana ia adalah merupakan satu dosa besar bagi kita," katanya ketika diminta pendapatnya mengenai perhimpunan yang akan diadakan itu selepas majlis perasmian Wacana Pendidikan Fatwa negeri Terengganu yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di sini, Khamis.

Beliau berkata, Malaysia yang mempunyai ekonomi teguh sedang menuju ke arah yang lebik baik, jika perkara yng boleh menyekat atau merosakkan negara, maka perhimpunan itu tidak harus diteruskan.

"Dalam Islam kita boleh memberi pandangan, tetapi ia melalui saluran. Islam suruh kita berbincang dulu, kalau sudah tidak ada peluang, nak jumpa tak boleh, kita ditekan, pada saya itu boleh kita buat apa yang patut untuk mencari keadilan," katanya.

Bagaimanapun katanya, selagi ada sumber, maka ia digalak menggunakan 'syura' (berbincang).

Beliau berkata, selain itu semua pihak harus melihat masa depan dan kemajuan negara.

Katanya, kemajuan bukan bererti yang ada ini kita runtuhkan dan bina yang baru. "Dalam sejarah tamadun manusia, kemajuan itu apa yang ada. Kalau kurang, kita tambah, yang kurang baik, kita perbaiki supaya ia menjadi lebih baik.

"Seperti di Terengganu, kita nak lahirkan generasi Ulul Albab, generasi celik Al-Quran dan Hadis, nak menjadikan ornag Islam itu baik. Apakah kita kena runtuhkan yang ini dan nak bina yang baru yang dikatakan satu tamadun," kata Abdul Shukor. -BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Inilah contoh ulama 'syaitan bisu'.. yang duduk di bawah telunjuk kaki pemimpim-pemimpin politik sekular mereka..

Satu: Katanya '...kita perlu pertingkatkan dan perlu dibaiki untuk menjadi lebih baik.' Untuk memperbaiki SPR, itulah tujuan BERSIH 2.0

Kedua: Katanya, 'Islam suruh kita berbincang dulu...' Inilah yang SPR tidak mahu, atas telunjuk politik parti BN. Kalau SPR mahu berbincang, perhimpunan BERSIH 2.0 tidak akan berlaku.

Ketiga: Antara tuntutan BERSIH 2.0 ialah:

  • BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
  • Reformasikan Undi Pos
  • Gunakan Dakwat Kekal
  • Akses Media Yang Bebas & Adil
  • Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
  • Kukuhkan Institusi Awam
  • Hentikan Rasuah
  • Hentikan Politik Kotor
Jelaslah, kerajaan BN yang tidak mahu berunding. Apakah mereka mengikut contoh beberapa kerajaan timur tengah yang digulingkan dan cabut lari bersama isteri puaka' mereka?' (IH)

Susu 1Malaysia Diagihkan Kpd Pelajar, Haram?



KL, 30 Jun 11:
Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa tidak semua makanan yang diimport yang mempunyai perakuan halal oleh negara luar diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Perkara itu dimaklumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada persidangan Selasa lalu ketika menjawab soalan Datuk Dr. Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang).

Dr. Hayati sebelum itu bertanyakan berhubung isu Susu 1Malaysia yang diimport dari Korea Selatan untuk diagihkan kepada pelajar sekolah. Katanya, ada pegawai yang mengatakan Malaysia tidak mengesahkan tanda halal pada susu itu kerana ia dari luar negeri dan tidak disahkan Jakim.

"Sijil halal daripada luar negara boleh diterima. Katakan dari Korea seperti Yang Berhormat sebutkan tadi. Boleh. Tetapi pengeluar sijil halal di Korea itu hendaklah yang telah diiktiraf Jakim.

"Katakan di Korea ada dua sahaja, saya pun tidak tahu, ini belum lagi diputusakan. Maknanya nanti Jakim akan mengeluarkan senarai yang mana daripada negara-negara berkenaan yang disahkan," kata Ismail.

Katanya lagi, di China beliau difahamkan terdapat 53 badan agama namun tidak semua akan diiktiraf oleh Jakim. Menyoal lanjut, Dr. Hayati bertanya bagaimana rakyat negara ini boleh membezakan bahawasanya sesuatu itu diiktiraf atau tidak diiktiraf Jakim.

Menjawab soalan itu Ismail berkata, Jakim akan memperincikannya dalam laman web Halal. "Saya percaya Jakim akan mengeluarkan bentuk-bentuk logo halal dan sebagainya dalam web Halal yang boleh dianggap sah," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Berhubung isu Susu 1Malaysia yang diimport dari Korea Selatan untuk diagihkan kepada pelajar sekolah itu, adakah jelas haram atau tidak berdasarkan jawapan di atas? (IH)

Intip & Rakaman Sulit Dihukum Kerja Masyarakat. Adilkah?

HOPKINS.
HOPKINS.
RACHEL.
RACHEL.
LONDON: Seorang wanita yang menemui cakera digital video (DVD) dalam beg teman lelakinya terkejut apabila melihat kadungannya, rakaman sulit aksi 14 wanita rakan sepejabat lelaki itu dalam tandas.

Rachel Jones, 27, dari Swansea, Wales Selatan, kemudian menghantar mesej menerusi telefon kepada wanita terbabit, memberi amaran kepada mereka mengenai kewujudan kamera tersembunyi dalam tandas di pejabat mereka.

Sebuah mahkamah diberitahu, ia menjadi mimpi ngeri bagi setiap wanita apabila Rachel, pekerja sebuah kedai, membongkar kegiatan teman lelakinya, Matthew Hopkins, 29.

Mahkamah juga diberitahu, Rachel mahu melindungi 14 wanita itu.

Dia merampas telefon bimbit lelaki itu untuk menghantar mesej kepada wanita berkenaan: “Saya ada sesuatu yang menyedihkan untuk memberitahu anda.

“Dia merakam gambar anda di tandas pejabat. Saya mohon maaf kerana terpaksa memberitahu anda. Dia begitu teruk.”

Bagaimanapun, Hopkins, semalam hanya dihukum melakukan kerja kemasyarakatan selama tiga tahun selepas didapati bersalah merakam 14 wanita dalam tandas di Jabatan Pelajaran Swansea, Wales Selatan.

Pendakwa raya, Natasha Morgan berkata: “Hopkins membeli kamera mengintip menerusi eBay dan memasangnya di tandas, di sebalik dinding. “Kamera itu mula meramkam apabila ada orang memasuki tandas itu.” - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adilkah? Bagaimana peraturan dalam Islam? Kini kita sedang menghadapi isu video seks Anwar, hasil dari permainan politik gila sekarang. Sebenarnya mengintai dan mengendap itu sendiri adalah penyakit yang amat serius. Ramai penggemar kegiatan mengintai ini tidak sedar yang dia sebenarnya sedang sakit. Ianya bertentangan dengan agama dan adap serta tamadun manusia.

Panduan BERSIH 2.0 II: Fahami Perlembagaan



KL 30 Jun: PAS hari ini menyeru orang awam untuk menelaah Perlembagaan Persekutuan untuk mengetahui hak masing-masing untuk berdepan dengan fobia Kementerian Dalam Negeri yang dikawal Barisan Nasional menjelang perhimpunan aman Bersih 2.0 yang dijadualkan 9 Julai ini.

“Dengan memahami Perlembagaan Persekutuan negara, orang awam boleh mengenal pasti dan sedar apabila batasan hak mereka yang termaktub di dalam perlembagaan telah dicabuli,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam bahawa adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju Bersih 2.0, justeru, tangkapan ke atas mereka oleh polis adalah betul.

“Dengan adanya pengetahuan mengenai Perlembagaan Persekutuan, orang awam akan tahu bahawa kenyataan bahawa ia satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju Bersih 2.0 adalah sesuatu yang tidak berlandaskan undang-undang dan juga perlembagaan negara,” tambah beliau.

Selain itu, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, orang awam akan tahu dan sedar bahawa larangan polis terhadap mereka untuk menyertai perhimpunan Bersih 2.0 tanpa sebarang gangguan dan provokasi adalah bercanggahan kepada Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat sebagaimana yang dimaklumkan dalam satu kenyataan Suhakam baru-baru ini.

Rujuk Buku Merah dan Buku Panduan Rakyat Majlis Peguam Untuk memahami Perlembagaan Persekutuan, PAS, katanya mencadangkan agar orang awam untuk mendapatkan Buku Panduan Rakyat Perlembagaanku@MyConstitution – hasil terbitan satu kempen usaha murni Majlis Peguam untuk mendidik orang awam untuk memahami perlembagaan secara lebih mudah dan efektif.

Setakat ini, hampir 100 orang telah telah ditangkap kerna memakai baju kuning Bersih manakala mereka yang menjual baju berkenaan turut ditahan untuk disoal-siasat.

Memandangkan pihak polis telah menerima arahan untuk meningkatkan penahanan dan crackdown terhadap sesiapa saja yang disyaki menyokong Bersih 2.0 menjelang 9 Julai, Tuan Ibrahim juga menyeru orang awam yang menyokong Bersih 2.0 untuk mengetahui hak-hak mereka sekiranya ditahan polis dengan merujuk kepada Buku Merah terbitan Majlis Peguam ketika perhimpunan Bersih 2007.

Selain itu, Tuan Ibrahim juga meminta jasa baik orang awam untuk berkongsi matlumat mengenai Buku Merah dan Perlembagaan Persekutuan dengan mengedarkannya dalam bentuk print, Facebook, emel dan Twitter kepada keluarga-keluarga dan rakan-rakan.

“(Ini) bukan untuk melawan polis, tapi untuk menjaga hak-hak mereka supaya tidak dicabul polis, yang terpaksa bertindak atas arahan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional yang masih bermimpi ngeri mengenai lautan kuning Bersih 2007,” tegas beliau.

Buku Merah boleh didownload dari pautan ini:

http://www.malaysianbar.org.my/index.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=2202&Itemid=120

Panduan BERSIH 2.0 I

Selamat Tinggal! Kenangan KTMB Tg Pagar


Stesen kereta api Tanjong Pagar. — Foto oleh Jason Devadason
KL 30 Jun 11:Tepat pukul 11 malam ini, kereta api Senandung Sutera — perkhidmatan terakhir dari stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar, Singapura — akan melabuh tirai perjalanan yang bermula 79 tahun yang lalu.

Pengurus kanan korporat KTMB, Mohd Fazil Ismail berkata, kira-kira 100 penumpang akan mengikuti perkhidmatan terakhir ini dengan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar perkenan menyertai perjalanan terakhir malam ini.

The Malaysian Insider juga difahamkan kereta api terakhir tersebut akan dipandu sendiri oleh Sultan Ibrahim.

Notis penamatan perkhidmatan di Stesen Kereta Api Tanjung Pagar. — Foto oleh EquatorialSky2
“Penumpang terdiri daripada kakitangan KTMB sendiri dan orang awam,” kata Fazil ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bagaimanapun, kereta api harian biasa — Ekspres Senandung Malam — akan beroperasi seperti biasa pada pukul 10 malam ini dengan dinaiki 540 penumpang.

Fazil berkata KTMB terpaksa mengehadkan penumpang yang menaiki kereta api terakhir khas tersebut kerana tidak mahu berlaku sebarang masalah teknikal dan operasi.

Justeru, Fazil berkata, orang ramai turut dipelawa memberi lambaian terakhir kepada penumpang-penumpang perkhidmatan kereta api terakhir ini.

“Saya percaya ramai yang akan hadir melihat dan memberi lambaian sebagai tanda ‘Selamat Tinggal’ kepada kereta api di stesen Tanjong Pagar yang dihentikan operasi selama-lamanya.

“Saya turut sedih tetapi menerima dengan hati terbuka. Sudah hampir 80 tahun ia menjadi destinasi persinggahan terakhir KTMB bagi menurunkan penumpang ke Singapura,” ujarnya lanjut.

Malaysia bersetuju memindahkan stesen KTMB Tanjong Pagar ke Pusat Pemeriksaan Kereta Api Woodlands (WTCP), berkuat kuasa mulai esok.

Keputusan itu dicapai hasil perbincangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya dari Singapura tahun lalu.

Selain itu, Fazil berkata, orang ramai yang menjadi penumpang kereta api terakhir akan diberikan sijil pengesahan KTMB.

“Sijil pengesahan diberikan kepada penumpang sebagai tanda penumpang yang menaiki kereta api terkahir di stesen Tanjong Pagar sebelum dihentikan operasinya.

“Namun, bukan hanya penumpang yang menaiki kereta api terakhir tetapi juga mereka yang menaiki kereta api harian dari stesen Tanjong Pagar sepanjang hari tersebut (hari ini),” kata Fazil.

Dalam pada itu, Fazil berkata, sudah hampir 99 peratus kelengkapan operasi telah dipindahkan ke WTCP.

Platfom dan landasan kereta api di Stesen Kereta Api Tanjung Pagar. — Foto oleh EquatorialSky2
“Tiket, kaunter perkhidmatan dan barang-barang KTMB di Tanjung Pagar semuanya telah dipindahkan ke Woodlands. Pegawai dan kakitangan KTMB yang berkhidmat di stesen tersebut juga dipindahkan berkhidmat di Stesen JB Sentral dan ditempatkan di lokasi yang mempunyai kekosongan,” katanya lagi.

Fazil berkata, persiapan terakhir perjalanan kereta api berjalan seperti biasa.

“Kami akan menunggu ketibaan penumpang sehingga tibanya waktu kereta api terakhir bergerak,” ulasnya.

Tambahnya, KTMB turut mengadakan pameran fotografi dan menyediakan cenderahati yang akan dijual kepada pengunjung pada hari ini.

“Gambar-gambar yang dipamerkan menunjukkan stesen KTMB Tanjong Pagar sebagai kenangan. Cenderahati pula akan dijual sendiri oleh kakitangan KTMB dan ahli Kelab Peminat Keretapi,” katanya.

Jarak laluan dari Stesen Woodlands ke Stesen Bukit Timah adalah sejauh 14km manakala laluan dari Stesen Bukit Timah ke Stesen Tanjong Pagar adalah 10.25km.

Stesen Tanjong Pagar memulakan operasi pada 1932. (IH)

BERSIH 2.0: Polis Mula Buat Kecoh?

Shah Alam 30 Jun 11: Cubaan merampas baju BERSIH oleh beberapa oleh pihak yang disyaki sebagai polis mencetuskan kekecohan dalam ceramah PAS di Shah Alam malam tadi.

Pada kejadian di sebuah pintu masuk di Stadium Melawati, beberapa orang dipercayai polis berpakaian biasa bertindak merampas baju BERSIH yang dijual. Tindakan itu menyebabkan kira-kira 100 penyokong Pakatan naik angin dan mengerumuni sambil menolak lelaki yang dipercayai polis itu sedikit demi sedikit ke jalan raya.

"Jangan bagi mereka masuk," kedengaran beberapa orang menjerit sesama mereka.
Kelihatan sebuah dua van peronda polis diletakkan sekitar kawasan kejadian sambil menyalakan lampunya. Kekecohan hampir sepuluh minit itu kemudiannya mula reda dengan sebahagian besar orang ramai tadi kembali masuk mendengar ceramah.

Bagaimanapun, semakin ramai anggota Unit Amal PAS - kira-kira 25 orang - mengetatkan kawalan dan mententeramkan penyokong daripada bertindak liar. Di pihak polis, kira-kira 10 anggota masih berlegar di kawasan berkenaan.

Kekecohan itu menyebabkan beberapa peniaga lain yang menjual lencana dan pengikat kepala BERSIH beralih ke dalam stadium dan menjual sembunyi-sembunyi secara 'jualan langsung'.
Di dalam stadium, anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad meneruskan ucapannya seperti biasa. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dijadual menyampaikan pidato khas di hadapan kira-kira 3,000 penyokong Pakatan Rakyat selepas ini.

. Sementara itu, di Kuala Lumpur, PAS mendakwa terdapat usaha pihak tertentu mengelirukan rakyat dengan mengedarkan pelekat kenderaan palsu berlogo Bersih dan berwarna kuning. Namun pelekat berkenaan boleh menimbulkan kekeliruan apabila tertera ayat "Bersama kita tumbangkan kerajaan sekarang!" dan Buktikan kita mampu seperti Libya!".

Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli berpandangan, tindakan mengelirukan rakyat ini hanyalah untuk mewujudkan satu alasan agar kerajaan menghalang ianya daripada berlaku.
Seorang anggota polis merampas kain rentang Himpunan Bersih 2.0 dari pejabat sekretariat di Petaling Jaya petang ini. – Foto oleh Jack Ooi
Seorang anggota polis merampas kain rentang Himpunan Bersih 2.0 dari pejabat sekretariat di Petaling Jaya petang semalam. – Foto oleh Jack Ooi

"Mereka mahu pihak berkuasa menggunakan ini sebagai hujah bahawa himpunan ini lebih daripada satu himpunan aman dan mahu mengaitkan himpunan ini dengan himpunan di negara lain," katanya. (IH)

Wednesday, June 29, 2011

Bagaimana Wang Anda Disamun Di Alam Siber

PENGGUNA
pix_middle

MAHIR...Zul dan Madi pernah aktif menggodam.

KL 29 Jun 11: Awas! Bagaimana wang anda disamun di alam siber? Apabila anda mendedahkan nombor telefon atau nombor akaun bank di Internet terutama di laman jaringan sosial, anda berpotensi menjadi mangsa penggodam sehingga menyebabkan anda kerugian ribuan ringgit sekelip mata.

Modus operandinya mudah - penggodam yang sudah memperoleh nombor telefon atau nombor akaun bank yang dipaparkan, akan mencari dan mengumpulkan maklumat peribadi mangsa di Internet sebelum membuat permohonan bagi mendapatkan kad kredit menerusi Internet.

Apabila menerima kad kredit itu, penggodam akan mencari laman web menjual pelbagai produk melalui urus niaga Internet yang lemah sistem keselamatannya dengan menggunakan teknik dan kod tertentu.

Seterusnya, mereka akan menggunakan kad kredit yang belum diaktifkan untuk membeli pelbagai produk yang dikehendaki. Taktik digunakan penggodam yang dikenali ‘Black Hat Hacker’ atau ‘Cracker’ itu didedahkan kepada Harian Metro oleh dua sahabat yang hanya mahu dikenali Zul dan Madi.

Mereka yang berusia 30-an pernah aktif menjadi penggodam sedikit masa lalu untuk mendapat keuntungan dengan cara mudah. (Sumber myMetro Online)

‘Saya Tidak Tahu Karnival Itu Anjuran PKR’ - Wardina

Wardina

AMPANG: Pengacara Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot,32, atau Wardina menjelaskan tidak mengetahui Program Karnival Mesra Rakyat yang diadakan di Desa Mentari, Petaling Jaya dekat sini 26 Jun lalu adalah anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Wardina berkata, kehadirannya pada majlis tersebut atas jemputan seorang individu yang memintanya memberi ceramah berkaitan keibubapaan.

“Saya sepatutnya hadir pada sebelah siang tetapi disebabkan sibuk dengan aktiviti lain, saya dijemput menghadiri pada sebelah malamnya kerana diberitahu ramai orang sedang menunggu.

“Dalam jemputan itu saya diminta memberi ceramah mengenai institusi kekeluargaan tanpa dimaklumkan majlis berkenaan adalah anjuran pertubuhan politik termasuklah kehadiran wakil rakyat pembangkang,” katanya di Kelab Darul Ehsan di sini, Rabu.

Wardina berkata demikian bagi menjelaskan tuduhan kononnya dikatakan terlibat dengan pertubuhan politik pembangkang termasuklah menyokong perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Turut hadir peguamnya Muhammad Hanif Harun dan Iylia Iqbal Ibrahim.

Wardina (tengah) berbincang dengan peguamnya, Muhammad Hanif Harun (kiri) dan Iylia Iqbal Ibrahim.

Jelas Wardina, sewaktu dia tiba di majlis itu kelihatan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali dan dia telah diminta duduk sebelah wakil rakyat tersebut.

“Pada majlis itu saya hanya sempat memberi ceramah selama kira-kira sepuluh minit dan sebelum acara tamat, saya terus meninggalkan majlis selepas mendapat sedikit bayaran daripada pihak penganjur,” ujarnya.

Menurut Wardina, dia terkejut apabila kehadirannya telah dimanipulasikan sehinggalah ada pihak menuduh kononnya dia cenderung kepada PKR selain menyokong perhimpunan haram, Bersih.

Tambahnya, lebih memalukan gambar-gambar silamnya yang tidak bertudung telah disiarkan di beberapa blog dengan lemparan kata-kata yang kurang enak selepas insiden berkenaan.

“Saya ingin menjelaskan yang saya tidak terlibat dengan mana-mana pertubuhan politik apatah lagi menyokong demonstrasi jalanan.

“Malah saya lebih sedih apabila gambar-gambar lama saya tidak bertudung disiarkan menerusi bloq yang mana ia boleh memalukan saya dan keluarga sedangkan saya sudah berubah,” ujarnya.

Gambar yang menimbulkan kontroversi apabila Wardina (kanan) bersama ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad (dari kiri) dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Ditanya adakah dia mempunyai hubungan baik dengan mana-mana pemimpin politik pembangkang, kata Wardina sebagai seorang selebriti dia berhak berbaik dengan sesiapa sahaja.

Wardina turut menjelaskan, tekanan yang berlaku disebabkan insiden berkenaan membuatkan dia terpaksa mengambil keputusan berehat daripada menjadi pengacara Malaysia Hari Ini di TV3 selama dua bulan.

Kata Wardina, tindakan itu bukanlah hukuman yang dikenakan stesen televisyen berkenaan sebaliknya ia adalah keputusan dia sendiri untuk membolehkan isu itu kembali reda selain mahu menceriakan semula kehidupannya.

“Saya tidak akan menjadi ceria jika saya dibebani dengan masalah. Jadi, adalah lebih baik saya berehat seketika dan perkara itu telah dipersetujui oleh pihak TV3,” katanya.

Sementara itu peguamnya Iylia Iqbal Ibrahim meminta pemilik bloq yang menyiarkan gambar-gambar Wardina tidak bertudung agar mengeluarkannya segera dalam tempoh dua minggu sebelum tindakan ke atas mereka diambil.

Katanya, tindakan itu perlu untuk menjaga reputasi Wardina yang terjejas dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan gara-gara salah faham tersebut. (Diangkat dari mStar Online)

Sebelum ini...

Dacing Dah Tak Normal, Pakai Baju BERSIH Pun Ditangkap!

KL 29 Jun 11: Kerajaan Barisan Nasional (BN) dah tak tentu arah! Dacingnya sudah tiada pertimbangan dan normal lagi. Pakai baju BERSIH pun ditangkap. Menurut Weblog Ibnu Hasyim.

Hal ini berikutan, laporan Malaysiakini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram.

Justeru, tangkapan ke atas mereka yang memakai baju BERSIH 2.0 oleh polis adalah betul. "Jika kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram,” katanya kepada wartawan. (IH)

BN Di Ambang Kejatuhan, Ini Buktinya -Nik Aziz

KL, 29 Jun 11: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tangkapan aktivis Bersih adalah pra kejatuhan Umno BN.

Kata-kata dari tulisan Tok Guru Nik Aziz ini, boleh diertikan bahawa, inilah bukti BN kini diambang kejatuhan.

“Sempat saya membaca berita-berita online tanah air di sini, semakin ramai penyokong Bersih 2.0 ditahan.

“Saya mengira kerajaan masih belum belajar dari kejatuhan kerajaan-kerajaan di Timur Tengah,” ujarnya melalui Twitter.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menegaskan bahawa tangkapan dan kekerasan tidak akan menakutkan rakyat.

“Tangkapan-tangkapan ini hanyalah pra kejatuhan Umno Barisan Nasional,” katanya.

Beliau sebelum ini menyokong himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini. Sehingga semalam, lebih 80 orang ditahan polis kerana memakai baju Bersih 2.0 mahupun mengedar risalah berkaitan. (IH)

Artis Maknyah, Kajoi Mengaku Bukan Islam..

ALBUM...Kajol menunjukkan dua album irama dikir baratnya.
ALBUM...Kajol menunjukkan dua album irama dikir baratnya.

HALAMAN HIBURAN

KOTA BHARU: Kontroversi membabitkan penyanyi mak nyah tersohor Kelantan, Kajol, 25, kini memasuki episod baru apabila dia disiasat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) akibat keceluparannya mengaku bukan Islam ketika dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, 21 Jun lalu.

Pegawai JAHEAIK Jajahan Tanah Merah, Nik Ahmad Zuhdi Nik Yaacob berkata, tindakan itu diambil selepas mendapati penyanyi yang terkenal dengan lagu berentak Bollywood itu melakukan kesalahan serius apabila mengaku bukan Islam.

“Segala bukti mengenai pengakuan penyanyi itu sudah diperoleh dan fail siasatan mengenainya sudah dibuka dan dihantar ke ibu pejabat JAHEAIK.

“Kami mengambil tindakan segera membuka fail siasatan kerana Kajol secara sedar mengaku bukan Islam walaupun pada pengenalan dirinya menunjukkan agamanya Islam,” katanya.

Sebelum ini, muka depan Harian Metro melaporkan, Kajol atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda selepas mengaku salah terhadap pertuduhan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai ketika mengadakan persembahan di sebuah tapak ekspo di Tanah Merah, 15 April lalu.

Bagaimanapun, hukuman itu ditangguhkan selepas Kajol merayu semua hukuman dijatuhkan ke atasnya dikemukakan semula kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk dibicarakan semula pada prosiding akan datang.

Kajol yang berseluar jeans biru dan berbaju panjang berwarna hitam mengaku salah atas pertuduhan serta fakta kes dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Syarie, Aris Fadhilah.

Ketika nasihat diberikan, Kajol dilihat menyampuk dengan berkata: “Saya bukan orang Islam, tetapi Orang Asli”, menyebabkan hakim bertegas kerana dokumen dikemukakan di hadapannya mengesahkan Kajol beragama Islam.

Menurut Nik Ahmad Zuhdi, beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana kes berkaitan Kajol sedang disiasat.

“Apa yang penting, kami sudah buka fail siasatan dan penyanyi itu akan disiasat atas perbuatannya,” katanya.

Sebelum dijatuhi hukuman itu, Kajol pernah mencetuskan kontroversi apabila mengaku lebih rela mati daripada berubah menjadi lelaki sejati.

Muka depan Harian Metro pada 20 April lalu melaporkan, Kajol memberi alasan bukan sengaja mahu menjadi wanita, tapi naluri wanita memang wujud dalam dirinya sejak zaman kanak-kanak lagi.

Kajol turut mengakui dia ‘lemas’ dengan pelbagai dugaan menimpanya, termasuk ditahan penguat kuasa jabatan agama menyebabkan dia mengambil keputusan nekad untuk tidak lagi membuat persembahan di Kelantan.

“Saya manusia biasa dan tidak mahu terus terseksa. Saya sedar, saya seperti diharamkan di Kelantan. Daripada terus ditahan, lebih baik saya berhenti daripada membuat persembahan di Kelantan.

“Justeru, kepada semua peminat yang memberi sokongan setiap kali saya membuat persembahan di Kelantan, saya ucapkan ribuan terima kasih. Kita tidak akan berjumpa lagi di Kelantan,” katanya yang mendakwa mempunyai 25 album. (Sumber myMetro Online)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Memilih Islam bererti memilih sebuah pakej cara hidup Islam. Kita bebas memilih pakej yang kita mahu.Tapi bila sudah masuk pakej, kena ikut semua peraturan dalam pakej, tak boleh dalih-dalih lagi. Main-main keluar dari pakej (agama) pun ada peraturannya. Hati-hatilah.

Tahniah Ahli PAS P.Pg Bantu PSM Dikepong


NONEKepala Batas 29 Jun 11: Tahniah Ahli PAS PulauPinang kerana membantu selamatkan penyokong Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dikepong. Kira-kura 40 penyokong PSM yang 'berkhemah' di luar balai polis Kepala Batas malam semalam diganggu oleh kumpulan yang tidak dikenali tetapi mendakwa diri mereka sebagai penduduk kampung di sekitar kawasan itu.

Penyokong parti PSM itu termasuk ahli keluarga mangsa yang ditahan reman selama tujuh hari atas dakwaan cuba mencetuskan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong. Mereka berkumpul seawal jam 11.30 pagi semalam tetapi dinafikan hak untuk melawat oleh polis. Antara yang ditangkap itu termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM Choo Chon Kai dan 27 aktivis lain.

Semua mereka dicekup di pondok tol Sungai Dua ketika dalam perjalanan ke Pulau Pinang Ahad lalu bagi menghadiri sebuah majlios yang bertema "Udahlah...Bersaralah" yang dianjurkan parti itu. Mereka dikenakan perintah tahan reman sehingga 2 Julai ini tetapi peguam tahanan itu cuba membuat semakan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini pada jam 2.30 petang.

Tiba-tiba, “penduduk kampung” yang dianggarkan kira-kira 100 orang itu muncul pada jam 9 malam dan menuntut penyokong PSM supaya segera meninggalkan kawasan itu kerana tidak mahu melihat sebarang 'huru-hara'. Kumpulan itu menafikan mereka terbabit dengan sebarang parti politik tetapi enggan mendedahkan siapa pemimpin mereka. Mereka datang dengan menaiki kereta dan motorsikal tetapi berjaya disuraikan oleh kira-kira 50 anggota polis kira-kira 30 minit kemudian.

Pada satu ketika, apabial ketegangan memuncak, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dan Ahli Jawatankuasa Pusat parti itu V Selvam terpaksa mendapatkan perlindungan daripada polis. Selvam kemudiannya mempersalahkan polis kerana 'memaksa' kumpulan PSM itu berkumpul secara tidak sah.

"Mereka tidak benarkan kita masuk balai polis dan minta kita tunggu di jalan raya di luar balai,” katanya.

"Ada kawasan letak kereta yang luas di luar balai polis tetapi mereka juga tidak benarkan kita tunggu di sana, jadi kita terpaksa berkumpul di tepi jalan,” katanya.

Arutchelvan pula mendakwa kumpulan penunjuk perasaan itu cuba menghasut penyokong partinya supaya bergaduh. Dakwanya penganjur penunjuk perasaan besar kemungkinan mahu melihat pergaduhan tercetus.

"Kita tidak mahu diheret dengan isu lain sebab itu kita berundur,” katanya sambil menambah perkara itu akan diadukan kepada ketua polis Pulau Pinang hari ini.

Ahli PAS Tolong...

Keluarga mangsa tahanan kemudiannya diiringi oleh beberapa anggota PAS yang membawa mereka ke kampung tersebut untuk bermalam dan dilindungi daripada kumpulan penunjuk perasaan itu.

Sementara itu, seorang anggota PAS dari Kepala Batas Abu Muaz berkata beliau mengenal-pasti penunjuk perasaan itu adalah ahli Umno kerana mereka tinggal di kawasan yang sama. (Sumber Malaysiakini.)

Saya Tidak Menyokong Mana-mana Parti -Wardina



KL, 29 Jun 11: Selebriti popular dan pengacara rancangan Malaysia Hari Ini, Wardina Safiyyah Fadlullah menjelaskan, beliau tidak menyokong mana-mana parti sama ada parti pembangkang atau pun kerajaan dan bukan ahli PKR.

“Buat masa ini, saya tidak ada niat untuk menjadi calon dan bertanding dalam pilihan raya umum,” kata beliau yang sejak beberapa lalu dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat dan Himpunan Bersih 2.0.

Selebriti itu menafikan beliau merupakan anggota PKR atau menyokong Himpunan Bersih 2.0. Malah beliau juga menjadi kecaman blog-blog pro-Umno sejak dikaitkan dengan komponen Pakatan Rakyat. Bagaimanapun selepas menafikan tanggapan itu beliau pula menjadi kritikan blog yang berlainan aliran politik.

“Saya menyatakan di sini bahawa saya tidak menyokong mana-mana parti sama ada parti pembangkang atau pun kerajaan dan saya juga bukan ahli PKR,” katanya dipetik Utusan Malaysian hari ini.

Tulisan-tulisan blog dan mesej Twitter sejak awal minggu ini memberi gambaran beliau menyokong Himpuan Bersih 2.0 dan berada bersama Timbalan Presiden PKR Azmin Ali pada satu majlis baru-baru ini. Mesej Twitter yang dihantar atas akaun unitmediabaru menyebut “gambar Wardina Bersama Azmin Ali di Majlis Pakatan — TV3 Hanya Diam?: Kita tidak dengki dengan Wardina.”

Menyentuh tentang kehadirannya di Karnival Mesra Rakyat Sabtu lalu, Wardina berkata, beliau hadir sebagai jemputan untuk memberi ceramah motivasi keibubapaan.

“Oleh sebab itu saya hadir pada karnival tersebut tetapi saya tidak pun diberitahu Azmin Ali akan hadir sama.

“Apabila saya dijemput minum oleh penganjur, saya terkejut kerana Azmin Ali pun ada. Tak akan saya nak beredar,” katanya lagi.

Wardina berkata tuduhan yang dilemparkan ke atas dirinya oleh penulis-penulis blog adalah satu perkara yang serius dan mengaibkan diri dan keluarganya. Justeru katanya, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya artikel-artikel yang tersiar termasuk gambar-gambar lamanya di dalam blog, tidak dikeluarkan daripada blog berkenaan secepat mungkin. (IH)

Lihat Sebelum ini...

Bogel, Suatu Kebebasan.. Contoh Otak Serabut Artis

HALAMAN HIBURAN

Helen Mirren

PELAKON veteran Helen Mirren mengakui telah mengunjungi pantai yang membenarkan para pengunjungnya berbogel dan mengakui ia merupakan suatu pengalaman yang menyeronokkan.

Aktres berusia 65 tahun itu menegaskan bahawa berbogel di kawasan awam merupakan suatu kebebasan. “Sudah tiga kali saya mengunjungi pantai yang membenarkan pengunjungnya berbogel dan ia sangat menyeronokkan,” ujarnya.

Tambah Mirren: “Ia (berbogel di pantai) merupakan suatu pengalaman semula jadi dan secara langsung menukar pemikiran saya tentang bogel dan seksualiti.

Dalam pada itu, biarpun sudah banyak kali berbogel dalam filem-filem lakonannya, Mirren mengakui tidak selesa dengan bentuk badannya.

Katanya: “Apa yang sebenarnya, saya tidak yakin dengan bentuk tubuh saya. Tubuh (supermodel) Naomi Campbell hebat, tapi tubuh saya tidak menyamai Naomi.”

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah suatu contoh pemikiran serabut artis yang tidak normal. Semoga tidak ada pemikiran begitu kepada artis-artis Malaysia. Begitu juga pandangan puak-puak songsang ini tentang seks, sehingga budaya tersebut berjaya merobah budaya timur ini menjadi tapak berkembangnya seks bebas. Otak-otak mereka sudah dijajah!

Lagi cerita bogel..

E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

Motosikal Terbang Pertama Di Dunia


CHRIS MALLOY menguji sebuah motosikal terbang yang diciptanya di Sydney, baru-baru ini.

JOM KREATIF

SYDNEY - Seorang bekas juruterbang helikopter, Chris Malloy mencipta sebuah motosikal terbang yang pertama di dunia di dalam garaj miliknya di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Malloy, 32, mencipta motosikal seberat 270 kilogram itu dengan menggunakan bingkai udara carbon-fiber dan sebuah enjin kereta BMW.

Motosikal itu yang mengambil masa selama dua setengah tahun untuk dicipta boleh terbang pada ketinggian 3,048 meter dan mampu bergerak pada kelajuan 160.93 kilometer sejam.

Satu tangki minyak penuh akan membolehkan motosikal itu bergerak sejauh 148.05 kilometer selama 45 minit manakala ia mungkin dijual pada harga lebih AS$71,809 (RM218,981) sebuah.

Malloy enggan mendedahkan jumlah kos sebenar untuk menghasilkan motosikal itu tetapi dia menyatakan dia membelanjakan AS$223.51 (RM681.03) seminggu.

Dia berkata, prinsip asas motosikal itu ialah dia bergerak sama seperti sebuah helikopter Chinook dan sebuah motosikal biasa.

Setakat ini, tali diikat pada motosikal itu semasa ujian dilakukan bagi mengelak ia terbang terlalu tinggi. - Agensi

Ikutilah siri kreatif yang lain.. banyak lagi.

E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'
E-Buku IH-10: \

Bersih 2.0: Polis Tunda Konsert '2 Raksasa'


Ramli Sarip dan Shirazdeen Karim

HALAMAN HIBURAN

KL 29 Jul 11: Konsert yang akan menggabungkan dua kumpulan rock legenda, Sweet Charity dan Blues Gang, iaitu “2 Raksasa 2011” ditangguhkan pada 1 Oktober depan atas nasihat pihak polis gara-gara demonstrasi yang akan dibuat oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Penganjur konsert tersebut, Produser Eksekutif Netzah Production, Shirazdeen Karim berkata, konsert yang sepatutnya berlangsung pada 9 Julai depan di Stadium Merdeka itu tidak dapat dilaksanakan kerana ditakuti berlaku perkara-perkara yang tidak diingini kerana demonstrasi haram tersebut.

"Kami sudah bersedia secara keseluruhannya untuk konsert itu tetapi atas nasihat pihak polis, kami terpaksa akur. Perkara ini dimaklumkan kepada kami pada Jumaat lepas.

"Polis telah menasihatkan supaya tidak menganjurkan konsert pada tarikh berkenaan demi keselamatan pengunjung yang mungkin akan bertembung dengan kumpulan demonstrasi tersebut," ujarnya pada sidang media Pengumuman Penangguhan Konsert 2 Raksasa 2011, di sini, Selasa.

Selain itu, Shirazdeen berkata disebabkan penangguhan itu pihaknya juga telah kerugian puluhan ribu ringgit bagi menampung kos-kos yang sudah dilaksanakan.

Katanya ia termasuk kos-kos yang melibatkan soal promosi, pembelian iklan dan bunting

"Kami juga tidak boleh menukar lokasi konsert itu ke tempat lain kerana sudah membayar deposit kepada pihak Stadium Merdeka. Atas sebab itulah konsert berkenaan terpaksa diadakan di lokasi yang sama dengan tarikh yang berbeza,” ujarnya.

Bagaimanapun katanya, individu yang sudah membeli tiket boleh mendapatkan semula wang masing-masing daripada pihak penganjur.

Sementara itu, vokalis Sweet Charity, Ramli Sarip berkata, pihaknya berasa sedih dengan penangguhan berkenaan tetapi menganggap ia sudah ketentuan Tuhan.

"Kami sememangnya sudah bersedia untuk konsert tersebut. Kami akui agak sedih dan terkilan kerana kami terlalu teruja untuk bertemu peminat.

"Namun begitu kami percaya apa yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya. Lebih penting ialah keselamatan peminat," ujarnya. (Sumber mStar Online)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siapa yang halang? Penganjur Bersih 2.0 atau pihak polis?

Bersih 2.0: Wardina Nafi, Blog Ibnu Hasyim Mohon Maaf




KL 29 Jun 11: Weblog Ibnu Hasyim memohon maaf secara terbuka kepada pengacara Wardina Safiyyah,32, yang diberitakan oleh mStar Online sebentar tadi amat kecewa apabila dikaitkan terlibat dengan pertubuhan politik termasuklah menyokong perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

"Pihak kami melaporkan yang terbaik, tidak berniat buruk. Kami memohon maaf, kalau yang terjadi sebaliknya." kata editornya Dr Hj Mohd Hasyim.

Wardina dilaporkan berkata, imejnya tercemar apabila terdapat blog-blog tertentu yang mendakwa dia menyokong gerakan berkenaan sehingga menjejaskan reputasinya apabila banyak pihak yang mempersoalkan perbuatannya itu.

“Saya amat kecewa. Saya tidak terlibat dengan mana-mana perhimpunan haram. Ini semua salah faham pihak-pihak tertentu,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di Petaling Jaya, Selasa.

Sehubungan itu jelas Wardina dia akan mengadakan sidang media tergempar, Rabu (esok) di Kelab Darul Ehsan, Ampang dekat sini pukul 9 pagi bagi menjelaskan pendiriannya berhubung tuduhan itu.

“Esok saya akan terangkan kepada pihak media mengenai dakwaan yang diperkatakan kepada saya,” ujarnya.

Jelas Wardina, selama ini dia banyak keluar masuk institusi pengajian tinggi tempatan untuk memberi motivasi dan inspirasi kepada para pelajar agar menjadi individu yang berguna sebaliknya tindakannya itu cuba dimanipulasikan.

“Apabila orang memberi reaksi yang buruk kepada saya, saya perlu menjelaskannya. Kerana perkara ini benar-benar mencemarkan nama baik saya,” katanya.

Sementara itu, weblog Ibnu Hasyim telah menyiarkan laporan 'Wardina, Selamat Datang Ke Dunia Politik!' Antaranya mengenai Bersih menyebutkan...

"..Perkembangan ini juga dikatakan bakal menyumbang imej lebih positif kepada pembangkang ekoran populariti selebriti terbabit yang rata-rata dilihat mempunyai imej yang baik. Kalau beliau memilih PAS, bersediakah Muslimat PAS menerima kedatangan Wardina? Apakah beliau juga dapat membantu dalam pelancaran Bersih 2.0 pada 9 Julai ini?"

"Kata-kata itu hanya, gurau-gurau sikit!!" kata editor weblog Ibnu Hasyim. (IH)

Lihat Sebelum ini...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails