Saturday, July 09, 2011

Amaran: Ini Baru Muqaddimah Kebangkitan -Abd Hadi.

KL 9 Julai 11: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberikan amaran, perhimpunan Bersih hari ini hanya mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan PAS sedang menunggu respon kerajaan.

"Kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan," kata Abdul Hadi.

Beliau berkata demikian selepas dibebaskan oleh polis petang tadi. Bagi Abdul Hadi, penagkapan terhadapnya bukanlah satu perkara besar.

Abdul Hadi menjadi salah seorang dari 1401 orang yang ditangkap polis ekoran perhimpunan Bersih 2.0 hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

Kenyataan Media Presiden PAS Berkaitan Bersih


Saya mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang datang dari seluruh negara menyertai himpunan Bersih ini. Alhamdulillah semua mengikut arahan pimpinan dengan tidak melakukan keganasan terhadap pihak polis dan sesiapa sahaja termasuk harta benda awam, walaupun sebahagian kita diganasi.

Ini kerana tujuan kita adalah untuk menyampaikan mesej demokrasi dan pilihanraya yang adil dan bersih, melibatkan pengundi yang benar-benar bertanggungjawab, media yang bebas dan pembentukan semula SPR yang benar-benar adil dan sebagainya.

Tuntutan kita ini memberi gambaran aman dan damai dan bukannya ganas dan melampau. Penyokong Bersih dan Pakatan Rakyat telah menunjukkan budaya demonstrasi yang baik. Walaupun diprovokasi pihak polis, mereka tetap bersabar. Saya ucapkan tahniah kepada yang ditangkap polis. Ini merupakan satu sumbangan awal yang positif.

Disamping itu, kita memberi amaran kepada kerajaan BN, bahawa ini mukadimah kepada kebangkitan rakyat dan jika sekiranya mereka tidak sedia membuat perubahan kepada pilihanraya dan demokrasi,bantahan dan kebangkitan lebih besar boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan tidak semestinya sebelum pilihanraya, tetapi juga selepas pilihanraya. Kita tunggu dan lihat respon kerajaan.

Penangkapan saya bukanlah suatu yang besar, kerana masih ramai penyokong kita yang merengkok dalam penjara bertahun-tahun sejak zaman berzaman. Apapun kita sedia bertarung di mahkamah dengan barisan peguam yang lengkap dan mahkamah mesti bebas daripada cengkaman pentadbiran BN.

Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Pas

Alat Kawalan Jauh PM Menindas Rakyat -Nik Aziz


KL, 9 Julai 11: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan keras pihak berkuasa ke atas penyokong gerakan Bersih 2.0, termasuk menahan pemimpin-pemimpin politik Pakatan Rakyat, hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno.

“Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan dari Mekah petang ini.

Beliau berkata sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri yang mengetuai kerajaan yang juga merupakan Presiden Umno.

“Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun?” kata beliau.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyoal “bukankah Presiden Umno baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan?”

“Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300,000 orang dibalas dengan gari dan semburan gas?

“Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk ‘melalak sampai pagi’?” kata beliau lagi.

Justeru kata Nik Aziz, beliau yakin apa yang berlaku pada hari ini hanya akan menaikkan kemarahan rakyat kepada Umno.

“Buatlah setakat mana yang boleh dibuat, sesungguhnya kezaliman yang boleh dilakukan ini hanya setakat kehidupan di dunia sahaja.

“Di akhirat, setiap tangan yang digari, tubuh yang disakiti dan maruah yang dicalari akan dituntut bayar di hadapan Allah s.w.t.,” katanya.

Nik Aziz menambah, “kepada mereka yang dizalimi hari ini, jangan lupa menuntut balasannya di hadapan Allah s.w.t. nanti.

“Umno barangkali tidak tahu bahawa orang yang dizalimi mempunyai senjata yang ampuh iaitu doa,” kata Nik Aziz lagi.

Dalam kenyataannya, Nik Aziz juga berkata hatinya cukup remuk apabila mendengar pemimpin-pemimpin tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat ditangkap oleh polis kerana menyertai Bersih 2.0.

“Hati saya cukup remuk mendengar nasib yang sedang dihadapi oleh sahabat-sahabat pimpinan pada saat ini.

“Saya menuntut agar dibebaskan segera pimpinan-pimpinan yang ditangkap oleh polis. Jangan menyangka gari dan peluru boleh menakutkan semua orang,” katanya.

Empat pemimpin tertinggi PAS ditahan sejak tengah hari tadi. Mereka ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu dan dua naib presiden iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar. (IH)

Presiden PAS Dibebaskan..

NONE
KL, 9 Julai 11: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dibebaskan jam 7.25 malam dengan cara dihantar terus ke rumah penginapan beliau dekat Sentul.

Menurut sumber, Abdul Hadi dihantar dengan sebuah kereta polis selepas kenyataan beliau direkodkan di IPK Kuala Lumpur.

Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S Ambiga juga dibebaskan jam 6.30 petang tadi. PAS menuntut supaya Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan lain-lain dibebaskan segera sebelum satu juta ahlinya turun berkampung ke Bukit Aman.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dalam sidang medianya menuntut Abdul Hadi dibebaskan dalam masa 24 jam sebelum ahli-ahli PAS dari seluruh pelusuk negara datang berhimpun di Bukit Aman.

Abdul Hadi ditahan polis di KL Sentral bersama setiausaha politiknya, Dr Shamsuri Mokhtar dan dibawa naik ke trak polis. Beliau kemudiannya di bawa ke Balai Polis Jinjang. Dari sana, Abdul Hadi dimaklumkan dibawa ke IPK Kuala Lumpur oleh sebuah kereta polis.

Selain Abdul Hadi, turut ditangkap adalah lebih 500 peserta perhimpunan termasuk pemimpin kanan Bersih dan Pakatan Rakyat di samping Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin. Mohamad Sabu, Datuk S Ambiga, Azmin Ali, Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Tian Chua dan lain-lain turut ditangkap. Kesemua mereka masih ditahan dan besar kemungkinan terpaksa tidur di pusat tahanan malam ini.

GALERI FOTO

LAPORAN LANGSUNG:

4.50pm: Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers for Liberty berkata polis menggunakan Seksyen 28A (8) - yang menafikan hak akses kepada peguam ke atas mereka yang ditahan itu. Katanya, tidak kurang 1,000 orang ditahan hari ini dan ada yang ditempatkan di Pulapol. Menurut Fadiah tindakan kerajaan itu jelas mencabuli Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

4.50pm: Hotel Hilton - Beberapa pemimpin Pakatan seperti Datuk Kamaruddin Jaafar, Nurul Izzah mula meninggalkan hotel.

4.45pm: Hotel Midah - Jawatankuasa BERSIH dilapor sedang mengadakan sidang media di Hotel Midah pada masa ini.

4:40pm: Pudu - Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah mengecam tindakan keras pihak berkuasa ketika berdepan dengan penunjuk perasaan.

NONEPasukan polis bukan sahaja tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun tetapi juga menjejaskan keselamatan dan kesihatan awam dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital Tung Shin.

Ditanya apakah sepatutnya respons rakyat terhadap tindakan tersebut, beliau berkata, rakyat Malaysia perlu memilih wakil yang boleh melindungi hak mereka.

4.30pm: Menurut sumber PKR, Tian Chua yang ditahan di Balai Polis Jinjang berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih ditahan dalam trak polis. Sekurang-kurangnya 100 ditahan di sana.

4.21pm: Jawatankuasa BERSIH akan mengadakan sidang akhbar di Hotel Midah pada jam 4.45 petang ini.

4.10pm: Hotel Hilton - PAS memberi tempoh 24 jam supaya polis membebaskan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau himpunan kedua akan dilakukan.

NONEJawatankuasa PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad pada sidang mediabya, berkata, jika Hadi tidak dibebas, sejuta ahli parti Islam itu akan berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

4.10pm: Stesen LRT yang masih ditutup, menurut RapidKL - Pasar Seni, KL Sentral, Masjid Jamek dan Dang Wangi.

4.01pm: Facebook PDRM - Antara pemimpin teratas yang ditahan ialah:

  • Mahfuz Omar - KL Sentral.
  • Salahuddin Ayub - KL Sentral
  • Mohamad Sabu - Jalan Mahameru
  • Fauziah Salleh - KL Sentral
  • Tian Chua - KL Sentral
  • S Ambiga - KL Sentral
  • Hadi Awang - KL Sentral
  • Azeez Rahim - Jalan Bukit Bintang

NONE4pm: Istana Negara - Delegasi BERSIH 2.0 seramai kira-kira 20 orang yang diketuai oleh A Samad Said dihalang oleh polis kira-kira 200 meter dari pintu pagar istana.

Rundingan dengan pihak polis gagal dan kumpulan itu bersetuju untuk bersurai. Bagaimanapun, Samad berkata beliau perlu berehat dan kumpulan itu meninggalkan beliau di situ.

3.50pm: KL Hilton - Dalam satu sidang akhbar, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar, N Surendran dan timbalan setiausaha agung PAS, Syed Azman mengutuk kekejaman polis yang didakwa mereka menyebabkan kecederaan terhadap beberapa pemimpin Pakatan.

Mereka berkata, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah dihantar ke Hospital Pantai, ahli parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dan pemimpin BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah dan A Samad Said juga mengalami kecederaan.

NONE3.50pm: Istana Negara - Sekumpulan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 menuju ke arah istana dari Hotel Midah Hotel. Mereka sedang menunggu kelulusan pihak istana untuk menyerahkan petisyen BERSIH 2.0.

3.50pm: Pasar Seni - Pemimpin BERSIH, Wong Chin Huat, selepas membaca lapan tuntutan BERSIH 2.0, meminta orang ramai bersurai.

3.49pm: Pudu - Kumpulan penyokong BERSIH 2.0 yang terperangkap di antara dua sekatan polis dan berlindung di Hospital Tung Shin kini bersurai apabila polis bertindak menyerbu ke arah mereka dan memulakan tangkapan.

Ramai yang lariNONE mengikuti lorong belakang tetapi tidak kurang juga penyokong tegar yang bersembunyi di tempat letak kereta hospital berkenaan. Namun tindakan polis melepaskan gas pemedih mata menyaksikan mereka terus melarikan diri.

Orang ramai mula bersurai secara aman tetapi ada yang masih melaungkan 'Reformasi' dan 'Bersih' di bawah stesen LRT Pasar Seni. Polis bertindak dengan menembak gas pemedih mata ke arah mereka.

3.40pm: Taman Tasik Titiwangsa - Kira-kira 20 ahli PERKASA dilihat di sebuah restoran di sini. Mereka hanya mengikuti perkembangan perhimpunan BERSIH melalui siaran televisyen.
Namun presiden kumpulan itu, Ibrahim Ali dan timbalannya langsung tidak kelihatan.

Terdapat sepuluh anggota polis yang berkawal di pintu masuk taman rekreasi itu.

NONE3.38pm: Pudu - 2,000 orang kini di Pudu selepas dinafikan laluan selamat yang didakwa dijanjikan sebelum ini menuju ke Jalan Sultan. Polis anti rusuhan terus melepaskan meraim air dan gas pemedih mata kepada mereka yang cuba mendapatkan perlindungan di Hospital Tung Shin.

Mereka kini terperangkap di tengah-tengah antara dua sekatan FRU. Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata selepas rundingan dengan MP Pakatan R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham gagal berhubung apa yang sepatutnya dilakukan oleh mereka yang berarak itu.

Adalah dipercayai orang ramai yang menggunakan separuh daripada jalan itu tetapi pihak polis mahu mereka bersurai dalam kumpulan kecil sebelum dibenarkan berarak. Adalah dipercayau Sivarasa juga telah ditahan tetapi tempat beliau dibawa belum dapat disahkan.

NONE3.37pm: Pasar Seni - kumpulan BERSIH berarak melalui Jalan Sultan ke arah Pasar Seni, tetapi mereka ditembak gas pemedih mata berhampiran Stesen LRT Pasar Seni. Ia memaksa mereka berundur ke Jalan Sultan.

3.22pm: Bukit Bintang - 300 penyokong Pemuda Umno di Jalan Bukit Bintang di depan Hotel Federal mula bersurai selepas mengadakan rundingan dengan pihak polis.

Sambil mendakwa telah mencapai kemenangan moral - walaupun hanya mampu bergerak 200 meter sepanjang Jalan Bukit Bintang - masih jauh dari destinasi mereka di Stadium Merdeka - Exco Pemuda Umno, Megat Omardin berkata mesej mereka sudah disampaikan.

Katanya mereka telah datang dan telah mencapai tujuan mereka, diikuti dengan pembacaan doa. Kemudian, Ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Arman Azha memberitahu Malaysiakini bahawa exco Pemuda, Lokman Noor Adam serta 20 lagi ahli mereka telah ditangkap.

Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin, yang juga turut ditangkap, kemudian menulis dalam tweetnya yang beliau dibawa ke Pulapol, manakala exco pergerakan itu, Ahmad Zaki Zahid cedera. Tulisnya, FRU telah menembak gas pemedih mata terus ke arah mereka.

3:20pm:
Pudu - Orang ramai mula berarak dari Pudu ke arah Jalan Sultan, sambil mengucapkan terima kasih kepada pihak polis kerana memberi mereka laluan selamat. Kumpulan seramai 2,000 orang itu, juga menyanyi Negaraku ketika berjalan.

3.15pm: Pudu - Polis bersetuju memberi laluan selamat kepada ribuan penunjuk perasaan yang berkumpul di Pudu sehingga Jalan Sultan dengan syarat mereka hanya menggunakan separuh jalan dan berarak secara aman. Persetujuan dicapai selepas ahli parlimen Pakatan Rakyat, R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham berunding dengan pihak polis.

(IH/Pelbagai sumber)

Bebas A Hadi 24 Jam Atau Himpun Di Bukit Aman -PAS



Abdul Hadi berbaju kuning dalam trak polis dan dibawa ke Balai Polis Jinjang bersama tahanan yang lain sebelum di bawa ke IPK KL


KL, 9 Jul 11: PAS menuntut supaya Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dibebaskan segera sebelum satu juta ahlinya turun berkampung ke Bukit Aman.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dalam sidang medianya menuntut Abdul Hadi dibebaskan dalam masa 24 jam sebelum ahli-ahli PAS dari seluruh pelusuk negara datang berhimpun di Bukit Aman.

Abdul Hadi ditahan polis di KL Sentral bersama setiausaha politiknya, Dr Shamsuri Mokhtar dan dibawa naik ke trak polis.

Beliau kemudiannya di bawa ke Balai Polis Jinjang.

Dari sana, Abdul Hadi dimaklumkan dibawa ke IPK Kuala Lumpur oleh sebuah kereta polis.

Selain Abdul Hadi, turut ditangkap adalah lebih 500 peserta perhimpunan termasuk pemimpin kanan Bersih dan Pakatan Rakyat di samping Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Mohamad Sabu, Datuk S Ambiga, Azmin Ali, Salahudin Ayub, Datuk Mahfuz Omar, Tian Chua dan lain-lain turut ditangkap.

(Abdul Hadi bersama Dr Samsuri dalam trak polis)

Datuk Seri Anwar Ibrahim cedera dalam pergelutan dengan pihak berkuasa yang mahu menangkapnya dan dihantar ke Hospital Pantai.

Pengawal keselamatannya turut cedera dalam pergelutan ini.

Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad turut cedera apabila terkena botol gas pemedih mata yang ditambak pasukan keselamatan.

Indonesia: Aksi Demo Terbesar Meletup di Malaysia

Sebanyak 338 aktivis ditangkap ketika akan melakukan aksi demonstrasi.

Sabtu, 9 Juli 2011, 13:38 WIB
Syahid Latif
Polisi Malaysia saat menjaga keamanan di Kuala Lumpur (AP Photo)
VIVAnews - Aparat keamanan Malaysia menahan 338 orang aktivis yang tengah berkumpul di sebuah stadion, setelah sebelumnya menutup sebagian jalan di kota terbesar Malaysia, Kuala Lumpur. Polisi mencegah aksi demonstrasi aktivis yang menuntut reformasi pemilihan umum di malaysia.


Aksi yang digagas kubu oposisi pada Sabtu siang ini adalah puncak dari lemahnya tekanan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, dalam melaksanakan proses pemilihan yang adil dan tranparan. Pemungutan suara secara nasional sendiri baru akan diadakan pada pertengahan 2012.

Barisan Nasional di Malaysia telah memegang tampuk kekuasaan sejak negara itu merdeka dari Inggris pada tahun 1957. Namun, aksi oposisi telah mendesak adanya perubahan di negara tersebut.

Aksi koalisi masyarakat yang diberi nama Koalisi Bersih ini berhasil menarik perhatian puluhan ribu masyarakat untuk ikut menggelar demonstrasi. Aksi kali ini diperkirakan merupakan terbesar di Malaysia sejak empat tahun terakhir.

Dalam keterangannya, aparat kepolisian Malaysia telah menahan sebanyak 338 orang dalam sebuah operasi diberi nama Operation Erase Bersih. Banyak pesrts aksi ditahan ketika mereka hendak berjalan ke stadion.

"Masyarakat diimbau untuk tidak ikut terlibat dalama aksi demonstrasi ini," ujar salah seorang pejabat polisisi seperti dilansir Associated Press, Sabtu, 9 Juli 2011. "Tindakan keras akan ditempuh jika ada yang tak patuh pada imbauan ini."

Sejumlah restoran dan pertokokan sebelumnya sudah mengumumkan bahwa mereka akan menutup operasional usahanya pada hari Sabtu ini. Mereka khawatir aksi yang mengganggu arus transportasi ini juga diikuti dengan aksi kekerasan.

Polisi anti huru-hara dilengkapi dengan tongkat telah menekan para pengunjuk rasa sejak awal dengan menembakkan gas air mata dan semprotan air kimia.

Najib dan pejabat pemerintah menyatakan aksi demonstrasi ini ilegal. Penguasa juga menuduh pemimpin oposisi Anwar Ibrahim telah mendorong aksi tersebut sehingga menyebabkan kerusuhan di jalanan.

Lebih dari dua pekan, sebanyak 200 orang aktivis telah ditahan di seluruh wilayah Malaysia. Sebanyak 6 orang diantaranya ditahan berdasarkan aturan hukum yang membolehkan penahanan tanpa melalui pengadilan.

Banyak diantara aktivis yang ditangkap kemudian dilepaskan, namun beberapa diantaranya harus menerima tuntutan melakukan aksi melawan hukum karena berhimpun secara ilegal. Jika gugatan tersebut dikabulkan, para aktivis ini terancam penahanan puluhan tahun.

Para aktivis menuntut pemeriksaan kembali daftar pemilih, penanganan yang lebih ketat dalam menangani kasus kecurangan, serta kesempatan lebih adil bagi partai oposisi untuk menggunakan media milik pemerintah.

Aksi demontrasi kali ini mendapat dukungan dari Koalisi Bersih yang berada di berbagai negara. Bahkan para pendukung ini akan menggelar aksi solidaritas di berbagai kota di Australia, Inggris, Prancis, Hongkong, Indonesia, Jepang, Filipina, Korea selatan, Thailand, dan Amerika Serikat.

Di Washington, AS, juru bicara Kementerian Luar Negeri AS mengatakan pemerintahannya terus berkomunikasi dengan Malaysia, serta mengingatkan pentingnya menghormati hak asasi manusia, termasuk hak berkumpul dan mengemukakan pendapat.

• VIVAnews

Presiden PAS Ditangkap.




KL, 9 Julai 11: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditangkap di stesen KL Sentral kira-kira jam 2.30 petang tadi. Beliau dibawa dengan trak polis ke Balai Polis Jinjang. Turut ditangkap ialah setiausaha politiknya, Dr Samsuri. Laporan Harakah.

Perarakan: Ambiga, Hadi, Khairy ditangkap, Anwar cedera. Lihat GALERI FOTO

LAPORAN LANGSUNG:

3.10pm: Facebook PDRM Facebook - Jumlah yang ditangkap setakat jam 2.30 petang tadi adalah 672 orang.

3.00pm: TV Selangor melaporkan laman webnya digodam. Bagaimanapun ia masih bersiaran menerusi alamat www.itv.com/tv_channels/p5577 dan alamat pintas www.itv.com.

Video perarakan perhimpunan BERSIH 2.0 ke Stadium Merdeka yang sedang berlaku boleh ditonton menerusi www.intisari tvsnews.blogspot.com

2.57pm: Bukit Bintang - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ditangkap ketika sedang membersihkan matanya ketika gas pemedih mata dilepaskan, di sebuah pondok yang terletak kira-kira 100 meter dari benteng FRU.

Meriam air dan gas pemedih mata juga ditembak ke arah baki penyokong Pemuda Umno, menyebabkan mereka berundur 50m dari tempat asal mereka.

Kumpulan itu tinggal kira-kira 200 orang.

2.55pm: Bukit Bintang - Kira-kira tiga orang ditangkap apabila penyokong Pemuda Umno cuba melepasi benteng anggota FRU, menyebabkan berlaku pergelutan dan gas pemedih mata dilepaskan.

2:50: KL Sentral - Naib presiden PKR, N Surendran memberitahu Malaysiakini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdarah di kepala dan mencederakan di lutut.

2.48pm: Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin ditahan.

NONE2:45pm: KL Sentral - Datuk Seri Anwar Ibrahim tweet bahawa dia mengalami kecederaan dan dua anak perempuannya - Nurul Izzah dan Nurul Hana - juga telah ditahan.

Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga mengesahkan beliau telah ditangkap. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut ditangkap.

2.43pm: KL Sentral - Huru hara berlaku di sini apabila polis melepaskan gas pemedih mata di kawasan tertutup. Penyokong BERSIH cuba melarikan diri dari stesen itu melalui Brickfields.

Tembakan gas pemedih mata itu memaksa orang ramai bertempiaran ke dalam stesen. Wartawan di luar KL Sentral juga dilarang memasuki kawasan itu dan menyukarkan tugas mereka bagi mengesahkan keadaan sebenar situasi.

Beberapa pemimpin Pakatan termasuk MP Batu Tian Chua, MP Pantai Dalam MP Nurul Izzah Anwar, MP Kuala Selangor Dzukefly Ahmad, dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga disahkan telah ditangkap.

2:41pm: Facebook PDRM: Sehingga jam 2 petang, 644 ditahan - 597 lelaki dan 47 wanita.

2:40pm: Puduraya - Orang ramai berpecah kepada kumpulan yang lebih kecil. Mereka percaya akan mengambil laluan yang berasingan menuju ke Stadium Merdeka. (IH/Malaysiakini.)

Sasterawan Negara Tiba Di S/Merdeka

Ribuan berkumpul di kawasan berdekatan Hentian Puduraya-Menara Maybank tengah hari tadi. - Foto TMI
KL, 9 Julai 11: Di sebalik sekatan dan halangan di samping meredah hujan sekitar pukul 2 petang tadi, sekumpulan 600 penyokong Himpunan Bersih 2.0 dengan diiringi Sasterawan Negara Datuk A Samad Said tiba di kawasan Stadium Merdeka.

Mereka tiba di Stadium Merdeka meskipun tidak disertai pemimpin-pemimpin kanan mereka, yang sebahagian besarnya ditahan polis sejak 12.45 tengah hari tadi. Samad merupakan antara individu yang disoal siasat kerana berucap pada majlis pelancaran Bersih 2.0 di ibu negara bulan lalu.

Tinjauan mendapati kumpulan penyokong itu menghampiri kawasan Stadium Merdeka sekitar 3 petang selepas siri tembakan gas pemedih mata oleh FRU di kawasan Hentian Puduraya-Menara Maybank. Pasukan keselamatan meningkatkan tindakan mereka ke atas penyokong Bersih 2.0 sejak awal pagi tadi dan menahan lebih 500 orang setakat 1 tengah hari tadi.

Meskipun pemimpin kanan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat tidak bersama mereka, dalam kumpulan kecil-kecilan, menuju ke kawasan Stadium Merdeka. Di kawasan Stadium Merdeka polis terus melepaskan gas pemedih mata selepas meminta mereka bersurai.

Terdahulu ketika bercakap kepada pemberita di Hotel KL Hilton, KL Sentral, tempat pemimpin Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat berhimpun, Samad berkata golongan seniman mesti bercakap terhadap salah guna kuasa dan harus memainkan peranan di pentas utama. (IH)

Dicelah Gas & Meriam Air: 30,000 Di Jln Pudu & .....

30,000 berjaya berkumpul di depan menara Maybank, Pudu sebelum dipecahkan melalui gas pemedih mata dan water canon polis.

KL, 9 Julai 11: Pasukan terbesar yang berjaya bergabung sebelum disuraikan polis berlaku di Jalan Pudu berhampiran Menara Maybank apabila pasukan dari Jalan Pasar bertemu dengan dari Masjid Jamek dan Central Market di situ.

Antara pemimpin yang ada di sini adalah Dr Hatta Ramli (Pengarah Pilihan raya PAS), Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani bersama pimpinan DAP dan PKR dan PAS yang lain.

Menurut Taufek, perhimpunan yang bermula di jalan Pasar sekitar 500 sahaja tiba-tiba berkembanng cepat kepada hampir 10,000 pada jam 1.30 tengahari.

Pasukan dari Jalan Pasar yang disertai Taufek Ghani

Di Jalan Raja Chulan, mereka bergabung dengan pasukan dari Masjid Jamek, Kuala Lumpur dan Central Market dan menjadikan mereka 30,000.

"Kami kemudian berpecah apabila disembur dengan water canon di depan Menara Maybank," kata Taufek ketika dihubungi yang kini berada di Jalan Raja Chulan di belakang Maybank bersama pasukannya.

Selain beliau, turut berada di situ adalah Ustaz Idris Ahmad (AJK PAS Pusat). Dr Badrul Amin Baharon (PKR), Tan Kok Wai (DA) dan lain-lain.

Pasukan mereka bertemu dengan pasukan yang diketuai Dr Hatta Ramli yang bergerak dari Masjid Jamek serta pasukan yang bergerak dari Central Market menjadikan satu pasukan yang besar mencecah 30,000 sebelum disembur dengan air berasid oleh polis.

LAPORAN LANGSUNG:

2:35pm: Bukit Bintang - kumpulan Pemuda Umno berhenti di hadapan Hotel Royale Bintang di mana mereka berjalan menuju ke arah satu lagi kumpulan BERSIH di persimpangan Jalan Pudu-Bukit Bintang.

2.30pm: Brickfields - Penyokong Pakatan Rakyat dan BERSIH 2.0 berjaya keluar dari KL Sentral yang sebelum ini dikepung oleh polis dan menuju ke Jalan Tun Sambanthan dimana mereka disertai oleh kira-kira 1,000 lagi penyokong.

Ketua BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Lim Kit Siang dan beberapa lagi dilihat berada bersama penyokong mereka.

NONEDalam perjalanan menuju pusat bandar beberapa tong gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka. Ambiga dan seorang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah kemudiannya dilapor juga ditangkap.

2:20pm: Puduraya - Kumpulan 10,000 orang yang diketuai oleh pemimpin PAS, Dr Hatta Ramli dan pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin berkumpul semula dan bergerak ke arah pusat bandar.

Bagaimanapun, polis menembak satu lagi pusingan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka.

2.18pm: Pudu-Bukit Bintang - Walaupun basah kuyup akibat hujan, semangat orang ramai tidak pudar dan mereka mula terus melaungkan "Bersih! Bersih!”.

2.15pm: KL Sentral - Pemimpin Pakatan Rakyat dan Bersih lsedang berarak ke Hotel Hilton menuju ke KL Sentral sambil melaungkan "Bersih! Bersih!” tetapi dihalang oleh police.

Orang ramai bersama pemimpin PKR, termasuk naib presidennya Tian Chua berjaya melepasi sekatan polis dan terus berarak. Beliau kemudiannya ditangkap polis.

NONEMereka dipercayai sedang menuju ke Stadium Merdeka.

2.10pm: Puduraya - Polis dilaporkan semakin garang terhadap penunjuk perasaan. Ada yang diheret. Seorang penunjuk perasaan juga dilaporkan cedera dengan kepalanya berdarah.

2.05pm: Puduraya - Polis terus bertindak menangkap lebih ramai penunjuk perasaan dengan anggota polis bergerak dalam kumpulan lima dan enam orang bagi menangkap individu tertentu.

Mereka juga didakwa dilihat menumbuk dan menolak tahanan. Beberapa tahanan wanita juga dilaporkan dikasari.

2:01: Bukit Bintang - perarakan Patriot telah terhenti seketika.

NONEMenurut sumber-sumber Pemuda Umno, kumpulan itu sedang menunggu selepas laluan mereka ke Stadium Merdeka dihalang pihak polis.

Kumpulan itu juga sedang menunggu kumpulan kecil penyokong Pemuda Umno yang berarak dari Kampung Attap dan PWTC.

2pm: Hotel Hilton - Hujan masih turun di luar hotel dan suasana di dalamnya tegang ketika pemimpin Pakatan Rakyat bersedia untuk berarak.

Bagaimanapun, mereka kelihatan bertenaga dan berikrar untuk meneruskan perarakan ke Stadium Merdeka bila dapat melepasi benteng polis di luar hotel yang menunggu kemunculan mereka.

Pemimpin Pakatan dikelilingi oleh wartawan ketika mereka bergerak keluar perlahan-lahan.

NONE1.59pm: Menara Maybank - Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah kira-kira orang ramai yang kini dianggarkan berjumlah tidak kurang 10,000 orang. Mereka berarak di hadapan bangunan Menara Maybank dan sepanjang Jalan Tun Perak.

Mereka dari arah Masjid Jamek pula mula bergerak ke arah Puduraya.

Polis melepaskan gas pemedih mata selepas tembakan meriam air gagal menyekat kemaraan rakyat. Ramai juga yang pulih selepas terkena tembakan gas pemedih mata bangkit semula dan terus berarak.

1.57pm: Hotel Malaysia - Khairy Jamaluddin muncul di perhimpunan Pemuda Umno dan memberi ucapan ringkas. Katanya, BERSIH 2.0 tidak boleh disokong kerana ia telah resapi parti-parti pembangkang.

NONEBeliau kemudian mengetuai kumpulan itu berarak menuju ke Stadium Merdeka.

1.55pm: Hujan mula mencurah di Kuala Lumpur.

1.52pm: Masjid Jamek - Terdapat sekurang-kurangnya empat trak polis di stesen LRT Masjid Jamek sekarang ini.

Orang ramai yang berhimpun terpaksa bersurai kerana polis telah melepaskan gas pemedih mata tetapi mereka dijangka berkumpul semula.

1:44pm: Menara Maybank - Trak meriam air melepaskan tembakan ke atas orang ramai untuk kali kedua - kali ini menggunakan air bercampur kimia dan pewarna biru.

NONEDaripada bersurai, orang ramai teras bergerak. Sesetengahnya kelihatan menumbuk trak meriam air.

Ini diekori dengan satu lagi pusingan gas pemedih mata yang dapat menyuraikan orang ramai secara perlahan-lahan.

1:43pm: Masjid Jamek - Sekumpulan kira-kira 10 pegawai polis tugas am yang memakai topeng gas, mengejar penunjuk perasaan yang berlari lintang pukang ke dalam kawasan Masjid India. [video - 17 saat]

1:40pm: Menara Maybank - Tembakan meriam air dilepaskan terhadap 1,000 penunjuk perasaan.

NONE1:38pm: LRT Masjid Jamek - Seorang pegawai polis dengan menggunakan pembesaran suara mengumumkan: “Perhimpunan hari in tak ada kebenaran jadi diminta semua bersurai serta merta atau kami suraikan dengan kekerasan.”

Pegawai itu juga memberi masa tiga minit kepada orang ramai supaya bersurai.

Ia dijawab dengan laungan 'Takbir" dan ejekan dari orang ramai yang berjumlah kira-kira 500 orang.

1.35pm: Kenyataan akhbar dari IPK KL.

Setakat ini, 540 orang telah ditangkap (479 lelaki, 58 wanita, tiga remaja bawah umur) untuk disiasat.

NONEAntara yang ditahan itu, 11 kerana memakai baju T kuning BERSIH 2.0 dan seorang yang memakai baju merah PATRIOT.

Sementara itu, tiga individu yang dipercayai pemimpin perhimpunan itu juga telah ditangkap. Mereka adalah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, dan naib presiden Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

1.33pm: Jalan Tun Perak - pemimpin PAS Dr Hatta Ramli yang memegang sebuah pembesar suara memberitahu kira-kira 4,000 hadirin bahawa naib presiden parti itu Mahfuz Omar dan lebih 300 yang lain telah ditangkap.

"Perjuangan rakyat memerlukan pengorbanan... Mereka di bawah umur 40 tidak pernah menyaksikan demokrasi di negara ini,” katanya.

Orang ramai menyambut ucapan itu dengan laungan "Allahuakbar".

Terdapat marshal BERSIH yang mengarahkan orang ramai supaya membuka laluan kepada kenderaan supaya mereka boleh meneruskan perjalanan masing-masing.(IH)

5 A/Parlimen Ditangkap, BERSIH Ke Austaralia, N/Zealand Dan....

750 penunjuk perasaan membawa kain rentang dan plakad dengan lambang Bersih 2.0 berhimpun di Federation Square di Melbourne. — Gambar TMI

KL 9 Julai 11: Walaupun lima Ahli Parlimen sudah ditahan sehingga 1 tengah hari, di mana ribuan penyokong Perhimpunan Bersih 2.0 berarak ke pusat bandar raya untuk Stadium Merdeka Kuala Lumpur, tetapi jelas ianya sudah merebak ke beberapa bandar di Austalia dan New Zealand. Juga akan diadakan di Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, Switzerland, Sweden, Perancis, England, Scotland, Ireland, Kanada dan Amerika Syarikat.

Di Malaysia, kumpulan dari pelbagai lokasi — kawasan Masjid India, Pasar Seni, Jalan Raja Chulan dan Pudu-Bukit Bintang memfokus kawasan Hentian Puduraya-Menara Maybank-Kompleks Kota Raya sebelum meneruskan perarakan mereka ke Stadium Merdeka yang jaraknya kira-kira dua kilometer.

Di kawasan berhampiran Menara Maybank, peserta Perhimpunan Bersih 2.0 cuba dileraikan oleh FRU dengan melepaskan gas pemedih mata, tetapi mereka melawan menyebabkan FRU berundur dan tembakan gas pemedih mata susulan dilepaskan.

Kira-kira 12.45 tengah hari tadi Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ditahan di stesen KL Sentral. Selain mereka tiga wakil rakyat lain turut ditahankan. Dua daripada mereka ialah ialah Azmin Ali dan Fuziah Salleh. Azmin dan Fuziah masing-masing merupakan timbalan presiden dan naib presiden PKR. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga ditahan.

Kumpulan peserta perhimpunan Bersih 2.0 mula berkumpul di kawasan-kawasan seperti Petaling Street, Jalan Pudu, Pasar Seni dan Brickfields, dan sedang menuju ke arah Stadium Merdeka sambil membuat laungan. Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang lain, antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Saifuddin Nasution, Khalid Samad dan R. Sivarasa berhimpun di Hotel KL Hilton Hotel, KL Sentral.

Kelihatan pasukan polis LSF sudah pun mengepung hotel berprestij itu, menanti mereka berarak ke Stadium Merdeka. Sementara pasukan keselamatan mempertingkatkan kawalan di ibu negara bagi menghalang perhimpunan Bersih 2.0 petang ini, rakyat Malaysia di negara-negara luar sudah memulakan kempen mereka menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

Maklumat yang diterima dari Melbourne, Australia menunjukkan sekitar 750 penunjuk perasaan membawa kain rentang dan plakad dengan lambang Bersih 2.0 berhimpun di Federation Square, menuntut pembaharuan pilihan raya di Malaysia.

Di Wellington, New Zealand, kira-kira 10 orang dilaporkan berkumpul manakala kereta-kereta yang lalu lalang memberikan sokongan dengan hon kenderaan masing-masing. Berdasarkan maklumat laman sosial Facebook Bersih 2.0 New Zealand, perhimpunan mini itu diadakan di University of Canterbury.

Beberapa jam lalu, penyokong memuat naik butiran mengenai perhimpunan di New Zealand, sambil meminta para peserta bertemu di tempat letak kereta Church Corner, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, Morgan Street, Newmarket di Auckland dan Royal Oat Mall, juga di Auckland pada waktu yang berbeza.

Bersih 2.0, yang terdiri daripada 62 pertubuhan bukan kerajaan, juga merancang untuk mengadakan perhimpunan di Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, Switzerland, Sweden, Perancis, England, Scotland, Ireland, Kanada dan Amerika Syarikat. (IH)

Lapor Langsung Perarakan Bermula...

13:30pm: Kira-kira 300 anggota Pemuda Umno telah berkumpul di Jalan Bukit Bintang. Mereka semua memakai baju-T- merah bertulis 'Patriot'. Baju-T itu juga didedarkan kepada orang ramai.

1:22pm: Petaling Street - kumpulan beberapa ribu orang yang berarak ke Stadium Negara, berpatah balik ke Jalan Tan Cheng Lock selepas berdepan dengan satu sekatan jalanraya.

Sekumpulan besar rakyat Sarawak melaungkan 'Hidup Sarawak', disambut tepukangemuruh dari yang lain.

1.20pm: Masjid Jamek - Jumlah yang berhimpun terus bertambah ramai dengan polis pula menunggu bantuan bagi memperkukuhkan sekatan mereka.

1.21pm: Pemimpin utama BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan, Haris Ibrahim, Wong Chin Huat dan Sadterawan Negara A Samad Said juga berada di Hotel Hilton. Mereka disertai oleh ahli politik William Leong, Datuk Kamaruddin Jaafar, Zaid Kamaruddin, Syed Azman Syed Nawawi dan Tian Chua.

Berita timbalan presiden PKR Azmin Ali ditangkap kini disahkan. Sebelum ini, dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub juga telah ditangkap.

1.15pm: Angka rasmi tangkapan setakat ini ialah 514 - 478 lelaki dan 36 wanita.

1.15pm: Masjid Negara - Masjid ini hampir kosong dan dipenuhi anggota polis. Ada yang mengadu tandas dikunci sehingga menyusahkan orang ramai.

1.14pm: Akaun twitter palsu @bersihrally dikesan. Ia diwujudkan pagi tadi jam 9.42.

Twitter yang mendakwa akan “menyiarkan laporan langsung perhimpunan BERSIH 2.0 dengan bantuan sukarelawan yang membuat liputan” itu menyebarkan berita palsu.

Antaranya berlaku kejadian menjarah di Pasar Seni, pertembungan dengan polis di KLCC dan juga tembakan dilepaskan di Bangsar.

Selepas dikesan oleh pengguna Twitter lain, @bersihrally akhirnya mengalah dengan mesej ini: "Took you guys long enough to figure it out. I've done my job. Thanks for playing."

1.00pm: Masjid Jamek - Jumlah penunjuk perasaan semakin ramai dengan tidak kurang 1,000 orang yang bersiap sedia untuk berarak.

NONESebelum itu, seorang pelajar dilaporkan terkena tembakan kanister gas. Beliau memohon gambarnya yang cedera tidak disiarkan kerana bimbang akan dikenakan tindakan oleh kerajaan kerana beliau seorang pelajar.

12.51pm: Hotel Hilton - Pemimpin PKR Nurul Izzah Anwar, Syed Husin Ali, Lateefah Koya tiba di bilik hotel Anwar Ibrahim. Wartawan tempatan dan luar negara sudah bersiap sedia untuk sidang akhbar yang dijadualkan itu.

12:50: Kira-kira 3,000 hingga 4,000 orang berarak dari Petaling Street menuju ke arah ke Stadium Negara.

Mereka melaungkan 'Bersih, Bersih, Pilihanraya' dan 'Hidup, Hidup, Rakyat'.

NONEEnam penunjuk perasaan pertengahan umur mula menyanyikan Lagu Negaraku, dan terus disambut oleh yang lain.

Salah seorang daripada mereka, Dr Wong Fort Pin, berkata, mereka meraikan keamanan.

12.45pm: Kampung Baru - Lagi 16 orang yang dipercayai penyokong BERSIH di kawasan sekitar ditangkap. Seorang daripada mereka membawa baju kuning BERSIH.

Sebelum itu, polis kelihatan mengejar dipercayai penyokong BERSIh yang duduk di sekitar masjid di Jalan Raja Abdullah menyebabkan mereka lari bertempiaran. (IH)

Bersih 2.0: Makin Parah, 2 N/Presiden PAS Ditangkap

1
Orang ramai bertempiaran melarikan diri ketika polis melepaskan gas pemedih mata di kawasan Pasar Seni, Kuala Lumpur. - Foto TMI
KL, 9 Julai 11: Dua naib presiden PAS merupakan antara lebih 300 orang yang ditahan di ibu negara menjelang perhimpunan Bersih 2.0 petang ini.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub ditangkap di stesen KL Sentral pada pukul 12.45 tengah hari tadi. Difahamkan Mahfuz dan Salahuddin, masing-masing Ahli Parlimen Pokok Sena dan Kubang Kerian akan ditahan sama ada Pulapol dan Balai Polis Jinjang

Difahamkan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah melepasi sekatan polis.

Mereka merupakan antara 91 orang dilarang memasuki Kuala Lumpur.

Kira-kira 12.45 tengah hari polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka yang berkumpul di akwasan Pasar Seni.Lihat GALERI FOTO

LAPORAN LANGSUNG:

12.45pm: Beberapa perarakan berlaku dan mereka bergerak dari arah yang berbeza, manakala pihak polis bertindak dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Di Dataran Merdeka, polis melepaskan gas pemedih mata ke atas kumpulan penunjuk perasaan yang berarak ke arah kawasan tersebut.

Kumpulan ini dipercayai telah berarak dari bekas ibu pejabat KTM berdekatan. Kumpulan itu dianggarkan sekitar 1,000 orang.

12.45pm: Pusat Latihan Polis (Pulapol) - Menurut sumber PKR, timbalan presiden parti itu ditangkap di Pulapol, Jalan Semarak. Malaysiakini sedang cuba mengesahkan laporan itu.

NONE12:42: Stesen lama KTM - Pesuruhjaya Suhakam James Nayagam berkata mereka memandang berat terhadap tangkapan beramai-ramai sehingga ini.

"Polis kata, mereka akan ditahan di Pulapol (Pusat Latihan Polis)," kata sambil menambah bahawa pihaknya sedang memantau keadaan.

Nayagam, bagaimanapun, tidak mahu mengulas sama ada polis kasar dalam tindakan mereka terhadap suspek.

12.34pm: Kira-kira 1,000 orang mula bergerak dari stesen lama KTM menuju Dataran Merdeka.

NONE12.32pm: Masjid Jamek - Ahli Majlis MPSJ Michael Tamil dan Mohd Hafifudin, yang juga adalah pengerusi Persatuan Penjaja Bumiputera Masjid India, sedang memantau kawasan sekitar.

"Saya di sini untuk lihat betapa banyak yang penjaja rugi kerana orang ramai tidak berani datang sini,” kata Hafifudin yang kesal dengan tindakan polis hari ini.

"Jika penjaja kerugian kerana jalan ditutup siapa yang patut mereka tuntut kerugian itu. Mereka patut tuntut daripada kerajaan,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di Bazaar Jalan Melayu.

Hampir semua kedai dan gerai di kawasan sekitar ditutup hari ini.

NONE12.30pm: Menurut Facebook polis, seramai 441 orang, termasuk 20 wanita, ditahan sehingga jam 12 tengahari.

12.20pm: KL Sentral - Selain Anwar dan Dr Wan Azizah turut berada di sini adalah ketua pemuda DAP Anthony Loke dan setiausaha PKR Saifuddin Nasution di Hotel Hilton yang terletak di bangunan itu.

Mereka dijadual mengakan sidang akhbar sebentar lagi. Semua mereka adalah antara 91 individu yang dilarang memasuki Kuala Lumpur.

12.16pm: Masjid Jamek - Hampir tidak ada kedai yang dibuka, kebanyakan orang berlegar di jalan dan lorong belakang Little India, menunggu masa untuk berhimpun.

Polis terus memeriksa dan menangkap mereka yang disyaki akan berhimpun.

NONE"Mereka arah kami buka beg, macam mana bom didalamnya,” kata seorang wanita Melayu dari Klang yang berang apabila begnya diperiksa oleh empat anggota polis.

"Kenapa kami tak boleh duduk sini? Ini hak asasi kami,” kata seorang lagi wanita yang juga dari Klang.

12.15pm KL Sentral - Dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ditahan ketika dalam perjalanan ke Hotel KL Hilton. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail sudahpun berada di sana.

12:10pm: Menurut Facebook polis, mereka menafikan dakwaan twitter BERSIH 2.0 bahawa berlaku pertembungan antara penunjuk perasaan dan polis di KLCC dan menafikan juga gas pemedih mata telah digunakan.

12:12 pm: IPK KL - Seramai 338 orang telah ditangkap - 321 lelaki dan 17 perempuan.

Mereka ditahan di sekitar Dataran DBKL, Istana Negara, Pasar Seni dan Masjid Jamek.

12:15pm: Bekas ibupejabat KTM - tandas dalam bangunan itu telah dikunci oleh pihak polis.

NONE12.05pm: Ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut agak lenggang dengan hanya kira-kira 50 orang di luar, termasuk ketua penerangan PAS Misbahul Munir.

Empat kereta peronda polis diletakkan kira-kira 50 meter dengan 15 pegawai polis. Sekumpulan anggota polis Cawangan Khas berlegar dengan orang ramai.

11:58am: Petaling Street - Kira-kira 50 orang berkumpul di dalam kelompok kecil di sepanjang jalan pasar, yang dipercayai penunjuk perasaan. Bagaimanapun, tidak ada yang berpakaian kuning.

11.55pm: Stesen lama KTM - Masih ramai yang berlegar di sekitar stesen keretapi ini. Mereka diminta meninggalkan kawasan itu melalui jejantas berhampiran Mahkamah Syariah.

Puluhan telah ditahan di kawasan ini. Polis juga dikatakan bertindak kasar terhadap suspek. Ada yang dicekup di tengkuk. Lori polis kedua yang penuh dengan tahanan beredar ke balai polis.

Polis anti-rusuhan juga bersiap-sedia dan dipercayai akan bergerak masuk ke stesen KTM bagi menyuraikan rakyat yang cuba berhimpun itu. (IH/Sumber Malaysiakini dll)

Bersih 2.1: Hingga 12 Tengahari 321 Ditangkap

Salah seorang lelaki yang ditahan di stesen KTM lama di Jalan Kinabalu pagi tadi, beberapa jam menjelang perhimpunan Bersih 2.0. - Foto oleh Jack Ooi Salah seorang lelaki yang ditahan di stesen KTM lama di Jalan Kinabalu pagi tadi, beberapa jam menjelang perhimpunan Bersih 2.0. - Foto oleh Jack Ooi

KL, 9 Julai 11: Beberapa jam menjelang perhimpunan yang Bersih 2.0 rancang untuk adakan, polis telah memulakan tangkapan sejak awal pagi tadi.

Pergerakan Pemuda Umno juga merancang untuk mengadakan perhimpunan balas petang ini. Maklumat diterima dari ibu pejabat polis Bukit Aman menunjukkan 321 orang telah ditahan termasuk 17 wanita setakat 12 tengah hari, termasuk lapan wanita

Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan diadakan di Stadium Merdeka. Pusat membeli-belah Sogo, seramai 18 individu ditahan kira-kira pukul 11 pagi tadi. Sementara itu, di kawasan berdekatan stesen LRT Masjid Jamek setakat 10.30 pagi tadi, tujuh individu disyaki peserta Himpunan Bersih 2.0 ditahan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata pihaknya menghantar sepasukan anggota polis ke lokasi tersebut. Polis juga menahan sekumpulan orang, dipercayai peserta perhimpunan di stesen kereta api lama di Jalan Kinabalu.

Polis dengan bantuan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) memperketatkan kawalan dengan memeriksa semua penumpang LRT, Komuter dan Monorel diperiksa. Selain itu, polis juga memeriksa semua kenderaan yang memasuki ibu negara.

Seramai 21 individu telah ditahan sejak malam tadi. Di kawasan Pasar Seni, seramai lima lima remaja ditahan kira-kira 11.35 pagi.Pengarah Perhubungan Awam Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf memberitahu bahawa mereka yang ditahan masih disoal siasat. Bagaimanapun beliau menafikan khabar angin bahawa gas pemedih mata dilepaskan dekat KLCC.

“Tidak, semua itu laporan palsu, sehingga kini kami tidak menggunakan apa-apa,” katanya. (IH)

Jom Langsung.. Bersih 2.0 !!


LAPORAN LANGSUNG:

KEMASKINI Setakat ini, tiga stesen LRT, monorail sekitar stadium ditutup

11.50am: Timbalan presiden PKR Azmin Ali menulis di tweeter - "Saya sudah berjaya tiba di 'forbidden city of KL'."

Beliau antara 91 individu yang dilarang oleh perintah mahkamah daripada memasuki Kuala Lumpur hari ini.

11.44am: Jumlah terbesar orang ramai yang berhimpun adalah di kawasan sekitar Masjid Jamek dan Masjid Negara. Namun, pintu pagar Masjid Jamek dikunci manakala di Masjid Negara polis tidak membenarkan mereka memasuki kawasan masjid. Ramai yang berkumpul sekitar kawasan stesen lama KTM.

11.35am: Stesen lama KTM - Ketegangan berlaku di disini. Anggota polis cuba menyuraikan orang ramai di dalam bangunan.

11.34am: Masjid Jamek - Seorang pemuda yang mempunyai baju BERSIH 2.0 di bagnya ditangkap di hadapan restoran McDonald.

NONEDari jam 10.50 pagi hingga sekarang, jumlah yang ditangkap di kawasan ini adalah hampir 40 orang. Mereka dibawa dengan lori dan van polis. Polis juga mengarahkan lori baru kerana menjangkakan lebih ramai akan ditahan dan kenderaan itu digunakan sebagai tempat tahanan sementara.

Stesen LRT Masjid Jamek yang dikawal ketat itu masih beroperasi dan orang ramai masih dibenarkan menggunakannya.

Jumlah wartawan tempatan dan luar negara yang berada di sini berjumlah kira-kira 50 orang.

11.30am: Menurut Facebook PDRM, sehingga 11 pagi, 236 orang telah ditangkap 228 lelaki dan lapan wanita.

Mereka melaungkan 'Allahu Akbar'. Sekurang-kurangnya enam orang ditahan di kawasan tersebut pagi ini.

NONE11:25am: Menurut sumber, pemimpin Pakatan Rakyat telah bergerak ke pusat bandar.

11:12am: Sogo - Seorang daripada tiga lelaki yang ditahan di sekitar Masjid India berkata, polis memeriksa begnya dan menemui baju-T kuning.

"Bubuh gambar saya, biar besar sikit," katanya sambil senyum sebelum dibawa menaiki trak polis.

11:10am: KLCC - Tiada bukti bahawa gas pemedih mata telah digunakan ke atas penunjuk perasaan di sini. Pengunjung kelihatan mundar-mandir seperti biasa.

11.04am: Stesen LRT Hang Tuah LRT kini ditutup kerana "sebab-sebab keselamatan".

11am: Satu sumber Bukit Aman berkata lebih 100 orang telah ditangkap pagi ini setakat ini.

NONE

10.55am: Stadium Merdeka - Polis menutup stesen monorail Maharajalela dan stesen Hang Tuah yang terletak berhampiran Stadium Merdeka.

Perkhidmatan monorail masih diteruskan di stesen-stesen lain.

10.55am: Masjid Negara Kira-kira seratus anggota polis sedang mengawal pintu masuk ke Masjid Negara. Beberapa penyokong Pakatan Rakyat kelihatan sedang disoal.

10:45am: Kampung Baru - Sekumpulan lagi ditahan, termasuk seorang lelaki yang memiliki baju-T BERSIH. Beliau tidak ditempatkan bersama yang lain dan dibawa di tempat lain untuk disoalsiasat.

10:43am: Sogo - Tiga lagi lelaki, membawa beg galas, ditahan di sekitar kawasan tersebut.

Seorang daripadanya yang berbadan tegap dan berjanggut kelihatan memakai tag akhbar Bernama.

NONEKetika ditemui kemudiannya, wartawan Bernama itu berkata, dia dilepaskan apabila polis berpuashati dengan penjelasannya. Katanya disoalsiasat kerana membawa walkie-talkie. Bagaimanapun, dua orang lagi dibawa menaiki trak polis.

10:25am: Masjid Jamek - Terdapat lebih banyak tangkapan di sekitar stesen LRT Masjid Jamek. Trak polis yang diletakkan di sebelah masjid Masjid Jamek mempunyai sekurang-kurangnya 16 orang di dalamnya.

10:23am: Laporan PDRM - sehingga jam 9 pagi, 'Operasi Polis Perhimpunan 9 Julai 2011' membabitkan 21 tangkapan.

10:21am: KLCC - BERSIH tweet bahawa berlaku pertembungan polis dengan penyokong. "Kanister gas digunakan," katanya. Malaysiakini sedang cuba mengesahkannya.

NONE10.20am: Stesen LRT Masjid Jamek - Tangkapan penyokong BERSIH 2.0 berterusan. Turut ditahan adalah seorang lelaki selepas polis menggelidah bagnya tetapi tidak menjumpai barangan berkaitan BERSIH. Dia bagaimanapun mengakui sedang mengumpulkan derma semasa ceramah PAS sebelum ini.

10.06am: Stadium Merdeka - Polis memasang kawat duri pada di
kedua-dua arah masuk Jalan Stadium, dan menutupnya bukan sahaja kepada kenderaan tetapi juga pejalan kaki.

Kira-kira 20 wartawan juga sedang berkumpul di kawasan ini yang penuh dengan anggota polis.

10.06am: Di stesen lama KTM - seorang warga emas berusia 70 tahun yang memakai serban dan jaket Pakatan Rakyat ditahan bersama dua lagi selepas beliau berkeras untuk pergi ke Masjid Negara untuk bersolat. Ketiga mereka dibawa dengan jip polis.

10.05am: Masjid Negara - Jumlah orang ramai juga semakin bertambah di kawasan ini. Dianggarkan tidak kurang seribu telah berada di sekitar sini.

NONE9.55am: Masjid Jamek - Lebih ramai yang datang melalui stesen LRT. Polis belum memeriksa mereka tetapi hanya memerhatikan keadan. Kawasan ini adalah antara lokasi panas pada perhimpunan BERSIH pada 2007.

9.50am: Masjid Negara - Seorang lelaki tua yang cuba menghampiri masjid dengan niat untuk bersolat telah dihalau oleh pihak berkuasa. Jumlah penyokong BERSIH 2.0 di persekitaran stesen keretapi lama itu semakin bertambah ramai.

9.45am: Masjid Negara - Sekurang-kurang 1,000 penyokong BERSIH 2.0 berjaya berkumpul di kawasan sekitar ibu pejabat lama KTM dan sedang melaung-laungkan slogan.

9.41am: Istana Negara - Sebuah trak meriam air dan anggota polis pencegah rusuhan berkawal di kawasan ini. Kawasan ini di Jalan Mahameru kini ditutup dan tidak ada kenderaan yang dibenarkan melaluinya.

9.40am: IPK Kuala Lumpur - Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan 21 orang telah ditangkap pihak polis.

Secara tidak rasmi, seorang lagi pegawai berkata tidak kurang 100 orang yang telah ditangkap.

9.38am: Kampung Baru - Tambahan 18 lagi ditahan dipercayai penyokong BERSIH di sekitar kawasan ini. Jumlah itu tidak termasuk dengan tangkapan pertama pada kira-kira sejam sebelum ini di mana sembilan orang dicekup.

9.35am: Masjid Jamek - Tujuh orang ditahan. Alasan penahan mereka belum dapat dipastikan. Wartawan tidak dibenarakan berada berhampiran trak tempat mereka ditahan.

"Awak tak boleh berada di sini. Sila bercakap kepada pegawai saya jika awak mahu berada di sini,” kata anggota polis itu.

9.30am: Maju Junction - Empat lelaki ditahan apabila polis menjumpai sehelai baju berwarna kuning di begnya.

9.15am: DBKL - Kira-kira 60 anggota polis dan sepuluh trak dilihat berada di persimpangan T di hadapadan bangunan DBKL.

9.05am: KL Sentral - Polis sedang memeriksa bag-bag ke4punyaan penyokong PAS yang baru tiba dari Kelantan.

9.00am: Stadium Merdeka - Jalan ke stadium itu dari Jalan Maharajalela sudah dikepung dengan halangan kawat berduri. Wartawan yang ingin memasuki kawasan itu perlu berdaftar dengan polis.

8.50am: Dataran Merdeka - Police telah menutup kawasan Dataran Merdeka. Lebih enam trak FRU, termasuk trak meriam air diletakkan di lokasi ini.

Sepanjang Jalan Tun Perak, berhampiran stesen Masjid Jamek, puluhan trak FRU dan sebuah trak meram air bgersiap sedia. Kawasan ini adalah lokasi yang lazimnya menjadi tempat berkumpul bagi penunjuk perasaan.

Dianggarkan tidak kurang 300 anggota FRU dan anggota polis lain berkawal di sini.

"Tiada sesiapun yang yang boleh masuk kawasan ini,” kata seorang polis apabila wartawan Malaysiakini cuba meninjau kawasan sekitar Dataran Merdeka.

8.45am: Ibu pejabat PAS - Belum kelihatan anggota polis berpakaian seragam mahupun kenderaan mereka. Namun sekumpulan yang tidak dikenali dilihat memasang kamera video bertentangan bangunan itu. Adalah dipercayai pemimpin utama PAS sedang berkumpul di sana.

8.40am: Jalan Tunku Abdul Rahman - Pasukan pemantau Majlis Peguam turun ke jalanan dengan berpakaian suit hitam dan tag 'Pemantau' di jaket mereka.

"Kami akan pantau perhimpunan ini dan merakamkan gambar jika perlu. Terdapat kira-kira 100 pemantau Majlis Peguam. Ada yang membekalkan khidmat guaman,” kata HR Dipendra, yang mengetuai pasukan 15 pemerhati.

8.30am: Kampung Baru - Sembilan penyokong BERSIH 2.0 ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai.

8.25am:
Sogo - Pusat membeli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman lebih mirip seperti pangkalan polis. Lebih 10 trak polis dan 100 anggota juga berada di kawasan ini. Terdapat sekatan jalan di kawasan ini. Setiap kenderaan juga diperiksa.

8.10am:
Hotel Tune - Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tunku Abdul Rahman kini dikawal tidak kurang 100 anggota polis yang memeriksa semua kenderaan yang melalui kawasan ini. Pelancong dilaporkan sukar mendapatkan teksi.

8.00am: Jalan Bukit Bintang - Kawasan pelancongan di Bukit Bintang masih kosong. Tidak banyak kereta mahupun pejalan khaki. Tidak terdapat ramai anggota polis di kawasan ini. Lokasi ini akan dijadikan tempat berkumpul Pemuda Umno pada jam 1.30 petang nanti.

7.50am: Masjid Jamek - Kehadiran polis yang ramai. Jalan di hadapan masjid telah ditutup kepada orang ramai.

7.45am: Masjid Negara - Puluhan jeep FRU dan lori meriam air ditempatkan sekitar bulatan Jalan Keretapi bertentangan kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Tiada sekatan jalanraya di kawasan ini tetapi kelihatan ramai anggota polis.

Antara video-video sekitar BERSIH 2.0

Suggestions

(Sumber Malaysiakini dll)