Saturday, July 23, 2011

Tadbiran Najib Dingin, TERAJU Macam Kura-kura.




SHAH ALAM, 23 Julai 11: Sekumpulan ahli perniagaan Melayu hari ini secara terbuka mengecam pentadbiran Najib ‘dingin’ dalam melaksanakan inisiatif pro-Bumiputera sambil mendakwa Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) bergerak terlalu perlahan sejak ia dilancarkan Februari lalu.

Majlis Perundingan Ekonomi Melayu (Mapem), sebuah badan yang terdiri daripada 50 pertubuhan bukan kerajaan ekonomi Melayu, mendakwa unit yang berusia enam bulan itu telah gagal membawa sebarang hasil dalam memperbaiki penyertaan Bumiputera dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan berbanding projek-projek yang dilancarkan oleh Pemandu.

“Pemandu dan Teraju tidak bergerak pada kelajuan yang sama. Teraju bergerak macam kura-kura,” kata Presiden Mapem Tan Sri Rozali Ismail kepada pemberita di sini hari ini.

“Ini sangat membimbangkan ... kami mahu mengambil bahagian dalam pertumubuhan ekonomi negara, kami mahu bersama Perdana Menteri membina negara ini, kami tidak mahu ketinggalan di belakang,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Mapem di sini hari ini.

Keadaan itu menurut beliau, akan menyebabkan jurang pendapatan ahli perniagaan antara Bumiputera dan Bukan Bumiputera semakin melebar.

Pengkritik mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mencairkan Model Baru Ekonomi (MBE), yang diilhamkan oleh beliau sendiri, dengan mewujudkan Teraju, tetapi pegawai-pegawai pentadbirannya berkata ia perlu memandangkan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi masih kekal kecil.

Pada Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) dan Teraju akan menjadi pemangkin dalam usaha mentransformasi agenda pembangunan Bumiputera bagi memastikan keupayaan golongan itu mampu dilonjakkan ke tahap lebih tinggi. (IH)

Rabbani: Konsert Ana For Gaza, Percuma!

Rabbani menganjurkan Konsert Ana For Gaza diadakan secara percuma di Stadium Kajang pada 30 Julai ini, pukul 8.30 malam. - Foto YAP CHEE HONG

HALAMAN HIBURAN

PETALING JAYA 23 Jul 11: Konsert anjuran Rabbani Productions Sdn Bhd dan Ana Edar Sdn Bhd akan diadakan secara percuma di Stadium Kajang pada 30 Julai ini, pukul 8.30 malam. Biarpun diadakan secara percuma, sepanjang persembahan ini berlangsung, tabung-tabung bagi mengutip dana bantuan ke Gaza akan diedarkan di kalangan penonton yang hadir pada malam itu.

“Saya yakin dengan adanya persembahan percuma, penyertaan konsert ini akan lebih mendapat sambutan daripada penonton kerana dalam satu konsert amal yang diadakan sebelum ini pernah dihadiri lebih 15,000 penonton dan mengumpul RM40,000,” tutur Azadan Abd Aziz, salah seorang anggota Rabbani.

Selain nyanyian, konsert yang berlangsung selama dua jam itu akan mempersembahkan sketsa, deklamasi puisi dan sajak serta penceritaan pengalaman dan perasaan para sukarelawan misi bantuan keamanan ke Gaza yang diserang rejim Zionis baru-baru ini.

Turut diadakan adalah Karnival Ana For Gaza pada 29, 30 dan 31 Julai mulai pukul 8.30 pagi hingga 12 tengah malam di tempat yang sama. Pelbagai acara yang diadakan oleh penganjur seperti gerai jualan, forum perdana, pertandingan nasyid piala Rabbani, pertandingan mewarna, pertandingan azan, pidato, paint ball, spell it right dan pertandingan menembak.

Menurut artis atau penasyid itu lagi,

“Kami memilih kelompok artis yang sama seperti artis nasyid untuk melakukan persembahan secara bersama kerana lebih mudah untuk menjayakan sesuatu konsert itu.

“Lagipun, kebiasaannya dalam perbincangan pemilihan artis, kami akan utamakan permintaan pihak penaja dan mengikut cadangan mereka,” katanya semasa sidang media Konsert Ana For Gaza dan berbuka puasa bersama Rabbani di Hotel Singgahsana, di sini.

Jelas Azadan lagi, mereka terbuka untuk menerima sesiapa sahaja tidak mengira artis lama atau artis baru asalkan mampu menarik ramai penonton ke sesebuah konsert. Seperti sebelum ini, Rabbani sekali lagi bergandingan dengan barisan artis yang sama iaitu penyanyi Aishah, kumpulan Saujana, kumpulan Nowseeheart, penceramah Datuk Siti Norbahyah Mahmud dan Datuk Dr Ibrahim Ghaffar.

“Kalau boleh kami mahu menghimpunkan ramai artis dan mengajak kelompok artis pop, rock dan nasyid.

“Tetapi untuk konsert kali ini kita gabungkan artis nasyid untuk bantuan kemanusiaan kepada mangsa Gaza,” ujar Azadan lagi.

Sempena dengan pengumuman Rabbani sebagai Duta produk Ana Edar Sdn Bhd, turut diadakan majlis pelancaran produk terbaru keluaran syarikat tersebut iaitu susu kambing segera Power Goat. Selain Rabbani, artis jemputan yang turut hadir memeriahkan majlis adalah Raihan, Inteam, Saujana dan Nowseeheart.

Dalam pada itu, Rabbani turut mengajak orang ramai untuk berbuka puasa di Dewan Putri, Hotel Singgahsana sepanjang bulan Ramadan ini. Harga seorang adalah RM65 untuk dewasa, 30 peratus diskaun untuk kanak-kanak 7 hingga 12 tahun dan warga emas. Bagi setiap lima orang pengunjung bakal mendapat satu baucar berbuka puasa percuma.

Diskaun 50 peratus turut diberikan kepada pengunjung yang hadir pada 1,2 dan 3 Ramadan. Untuk tempahan, hubungi 03-79562100. (IH)

Kempen Pilihan Raya Guna Gadis Separuh Bogel.

BEBERAPA wanita yang memakai coli dan seluar pendek membasuh sebuah kereta di Moscow kelmarin.
Penyokong seksi Putin cuci kereta

MOSCOW - Sekumpulan pelajar perempuan muda dan seksi dari Universiti Moscow menjadi perhatian selepas melakukan kerja-kerja membasuh kereta secara percuma di sini kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Dengan hanya memakai coli dan seluar pendek, mereka merupakan penyokong kuat Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin yang dijangka membuat pengumuman akan kembali bertanding dalam pilihan raya presiden tahun depan.

Mereka melakukan perbuatan itu bagi menarik sokongan orang ramai supaya menyokong Putin menjadi presiden. Namun, mereka hanya menawarkan perkhidmatan membasuh kereta itu kepada pemandu yang memandu kereta buatan Rusia seperti Ladas atau Volgas.

"Kami mengadakan perkhidmatan ini kerana sayangkan Putin," kata salah seorang pelajar tersebut.

"Kami pasti hanya sedikit pemandu yang akan menolaknya," kata salah seorang penganjur kempen membasuh kereta untuk Putin itu.

Menurut seorang lelaki, dia tidak pasti gadis-gadis itu benar-benar boleh membasuh kereta. Namun, dia suka melihat aksi mereka yang seksi itu. Satu blog yang diberi nama 'Kami Benar-benar Sukakan Putin' telah menarik lebih 110,000 ahli. - Agensi

Anti Rokok: Tapi Bunuh Rakyat Asal Dapat Duit.. Arak?

Kotak rokok imej ngeri, konon..

Kotak rokok imej lebih ngeri

PUTRAJAYA - Semua enam imej penyakit kronik pada kotak rokok sedia ada akan digantikan kepada yang baharu dan lebih ngeri mulai Januari tahun depan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abd. Rahman berkata, ia bertujuan mengingatkan kira-kira tiga juta perokok di negara ini terhadap bahaya tabiat merokok dengan lebih berkesan.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenai imej baharu yang bakal diperkenalkan itu.

Imej penyakit kronik pada kotak rokok ketika ini ialah kelahiran bayi pramatang, kanser paru-paru, kanser mulut, kanser leher, gangren dan keguguran janin.

"Kami belum memutuskan imej yang bakal digunakan tetapi ia tetap diganti setiap dua tahun sekali sebagaimana perancangan asal,'' katanya pada sidang akhbar selepas hadir ke Seminar Pendidikan Fatwa-Merokok Adalah Haram di Auditorium Ibnu Sina, Masjid Putra di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha.

Kerajaan memperkenalkan imej penyakit kronik akibat merokok yang meliputi 40 peratus di bahagian depan dan 60 peratus di bahagian belakang berkuat kuasa 1 Jun 2009.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan tadbiran BN..

Satu: Konon taknak rokok supaya rakyat sihat. Tapi jual juga kerana dapat duit hasil dari cukai rokok. Ertinya kerana duit, kerajaan sanggup bunuh dengan sakitkan rakyat sendiri. Lucu!

Kedua: Adakah kerajaan buat kajian berapa banyak duit keluar negara atau membazir kerana..

  • Hasil dari rakyat berpenyakit akibat merokok?
  • Import ubatan dari luar negara untuk mengubati penyakit rakyat kerana rokok.
  • Taukeh rokok atau perbelanjaan rokok yang membawa wang keluar negara.
Ketiga: Arak juga mendatangkan penyakit. Mengapa kerajaan tidak kempen habis-habisan larang minum arak??

Jangan buang duit dan masa dengan membuat kotak rokok imej ngeri setiap dua tahun, yang sia-sia, kebudak-budakan dan bodoh. Tutup saja kilang rokok atau haramkan import rokok.. (IH)

Ini, Makhluk Ganjil Atau Kacukan Musang, Monyet, Lain-lain?

Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Makhluk ganjil ditangkap di China

BEIJING - Seekor haiwan ganjil ditangkap seorang wanita dan dimasukkan ke dalam baldi sebelum diserahkan kepada polis, lapor sebuah akhbar semalam. Wanita itu yang merupakan seorang suri rumah, Mao Xiping pada mulanya memberitahu polis bahawa dia menemui seekor makhluk yang kebuluran mencuri timun dari flatnya.

Xiping memberitahu polis, haiwan itu mempunyai muka seperti makhluk asing dan dia tidak pernah melihatnya. Namun, polis tidak mempercayai dakwaan wanita tersebut. Wanita itu kemudian bertindak memerangkap haiwan tersebut dan membawa makhluk berkenaan yang berada di dalam baldi ke sebuah balai polis di kampung Gezhai, wilayah Henan, tengah China.

Dia juga meminta polis menahan haiwan itu. Kelmarin, beberapa pakar masih melakukan pemeriksaan bagi mengetahui dengan lebih terperinci tentang spesies makhluk itu. Makhluk itu kelihatan amat kurus sehingga tulang rusuknya dapat dilihat selain berkepala botak.

Terdapat dakwaan bahawa ia merupakan seekor monyet yang bermata besar. Menurut wanita itu, dia pada mulanya menyangka haiwan itu seekor arnab. Dia berkata, jiran-jirannya juga menyatakan mereka tidak pernah melihat haiwan tersebut sebelum ini.

"Makhluk tersebut berhenti makan timun apabila kami memberikan haiwan itu buah pic. Haiwan itu kini tidak mahu lagi makan makanan lain," katanya. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim; Makhluk ganjil atau binatang lahir dari kacukan musang, monyet, anjing, arnab atau lain-lain. Allah Maha Tahu keajaibannya.

Robert Kuok, Kapal Mewah RM13B, Kesian Rakyat..


BAHAGIAN atas dek History Supreme yang kemas untuk bersantai.

Robert Kuok beli kapal bersalut emas RM13 bilion

LONDON - Beberapa buah laman web akhbar membuat spekulasi bahawa bilionair Malaysia, Tan Sri Robert Kuok merupakan pemilik sebuah kapal bersalut emas paling mewah di dunia yang dibelinya pada harga AS$4.5 bilion (RM13.38 bilion).

Menurut akhbar dalam talian, thejournal i.e di Ireland semalam, jika harga itu benar, ahli perniagaan Malaysia yang didakwa menjadi pemilik kapal tersebut pastinya Kuok. Akhbar itu menyatakan, lelaki terkaya di Malaysia ialah Kuok yang memiliki kekayaan sebanyak AS$12.5 bilion (RM37.2 bilion).

Beliau merupakan pengasas kumpulan Hotel Shang-ri La yang beroperasi di seluruh Asia. Namun, kebanyakan kekayaannya datang dari sahamnya dalam Wilmar, syarikat minyak kelapa sawit terbesar dunia yang tersenarai dalam bursa saham, lapor akhbar itu.

Kapal mewah itu mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan. Keseluruhan badan kapal History Supreme dari dasarnya sehingga ke bahagian dek termasuk ruang makanan, rel dan sauh disalut emas padu. Bilik tidur utamanya dihias mewah dengan menggunakan logam platinum dan menampilkan dinding bertatahkan sejumlah batu meteor serta artifak prasejarah seperti tulang dinosaur ganas, T-Rex.

Kapal History Supreme merupakan hasil kerja tangan pembuat hiasan emas terkenal dari Liverpool, Stuart Hughes yang mengambil masa tiga tahun untuk menyiapkannya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kesian, rakyat miskin gigit jari melihat pembaziran tersebut. Apa kata agama-agama di dunia, termasuk Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain dalam membantu rakyat yang melarat? (IH)

TVS: Teoh Beng Hock.


BANTING, 22 Julai – Kerajaan Selangor akan mendapatkan pandangan peguam sebelum melaksanakan peranan lebih proaktif berhubung hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap kematian pembantu politik Teoh Beng Hock.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) berkata kerajaan negeri menunggu pendapat peguamnya, Malik Imtiaz Sarwar berikutan terbitan laporan suruhanjaya yang membuat kesimpulan bahawa Teoh membunuh diri dan terdesak melakukannya akibat soal siasat yang agresif dan tanpa henti oleh beberapa orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

WARTA SELANGOR 21 07 2011

(IH)

Bersih: Syabas Fadzil Ramli, Teruskan!


KUANTAN, 22 Jul 11:
AJK Dewan Pemuda PAS Pahang yang juga merupakan seorang peguam iaitu Fadzli Ramly (foto) berikrar akan lawan habis-habisan di mahkamah ekoran penangkapannya di Rompin awal bulan lalu kerana memakai baju kuning Bersih 2.0.

Kes beliau yang disebut pada Rabu, 20 Julai lalu bakal dipanggil semula pada 28 Julai ini. Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pertubuhan kerana mempamerkan logo pertubuhan haram.

“Saya rasa pendakwaan dan penangkapan saya hanyalah satu tindakan terdesak kerajaan, berniat jahat, zalim, tergesa-gesa dan tidak berperikemanusiaan.

“Dakwaan hanya memakai lambang satu usaha mereformasikan sistem pilihan raya pada baju jelas menampakkan sikap pengecut kerajaan. Perhimpunan belum berlangsung, sedangkan perhimpunan patriot yang jelas sebuah pertubuhan tidak berdaftar memakai baju merah bertulisan ‘patriot’ dibiarkan tanpa sebarang tindakan.

“Jadi ini jelas satu tindakan terdesak Umno yang takut melihat kebangkitan rakyat dan gerun berhadapan dengan realiti demokrasi,”
katanya.

Kedua-dua mangsa tangkapan diwakili peguam, Hoi Kai Ping dan Hisham Ramzan. Perbicaraan kes itu kelmarin mendapat perhatian luar biasa dengan kehadiran ramai peguam tempatan dan dari luar. Terdapat ramai juga siswazah dari kuliah undang-undang universiti yang hadir. Apa yang menarik pada perbicaraan itu, kedua-dua tertuduh telah mengenakan pakaian T-Shirt kuning yang tertera perkataan "Kotor 13.0" sebagai tanda protes.


Tanda protes, Fadzli dan Abd Manaf tunjukkan baju kuning "Kotor 13.0"

Berbincang dengan peguam, hadir sama Ustaz Fadli dan Ustaz Fadzil Noor

klik... video di bawah ini...

[Beliau bersama AJK PAS Dun Tioman, Abdul Manaf Hassan, 41, dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM3,000 masing-masing dengan seorang penjamin pada 20 Julai lalu selepas ditahan polis kerana memakai baju Bersih selepas berceramah di Markaz PAS Kampung Mentara, Rompin awal bulan ini.

Mereka dibebaskan kira-kira pukul 3 pagi dengan jaminan polis selepas diambil keterangan. Fadzli merupakan peguam pertama yang ditangkap kerana memakai baju kuning Bersih. Difahamkan satu program
Bicara Bersih akan diadakan di Pejabat Perhubungan PKR Negeri Pahang pada 25 Julai ini.

Difahamkan, Sasterawan Negara
Datuk A.Samad Said dan Siti Aishah Shaik Ismail (Srikandi PKR) bakal hadiri. Maka, eloklah penganjur menjemput sekali Fadzli Ramly bagi memperjelaskan kepada rakyat tentang penahanan dan perbicaraannya].(IH/Pahangdaily)

Friday, July 22, 2011

Jelebu, Dah 50 Tahun Merdeka...

Kristian Perlu Hormati Islam-PM.. Kamu Pun Tak Hormat?

Najib (kanan) bertemu dengan Pope Benedict XVI di Castel Gandolfo minggu lepas. — Foto Reuters
SEPANG, 22 Julai 11: Kerajaan akan melibatkan diri bersama kumpulan-kumpulan Kristian negara ini yang mencintai keamanan dan menghormati kepimpinan Islam, kata perdana menteri hari ini.

Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) akan bekerjasama dengan masyarakat Kristian yang mahu mempertahankan keamanan dan keharmonian kerana ia komited kepada gerakan global kesederhanaan.

“Kami ingin memberitahu kawan-kawan kami, masyarakat Kristian Malaysia, jika mereka hormati kami, kami akan menghormati mereka,” kata beliau di hadapan 200 penyokong BN di Kompleks Bunga Raya di sini.

“Ini mesej kami. Islam bagi semua. Islam itu indah,” katanya.

Najib pulang ke tanah air hari ini selepas lawatan selama 10 hari ke Eropah termasuk mengunjungi Pope Benedict XVI di Vatican.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: BN pun tak ikut Islam penuh. Tolak perlembagaan dan hudud Islam. Tendang politik Islam, hingga tinggal ibnadat khusus semata-mata. Kamu sendiri tidak hormat dengan melaksanakan Islam, bagaimana nak suruh orang lain hormat?

Lihat sebelum ini..

Pandangan Kristian Terhadap Kewaspadaan Beragama.

Ini merupakan Katedral Gothik terbesar di dunia dan salah satu bangunan ...Kaskus.US

Catatan Perjalanan bersama Dr Mujahid, Medan 2..

Paus Benediktus XVI dengan Perdana Menteri Malaysia di Vatikan, Rom.

PERTEMUAN antara Pope Benediktus XVI Gereja Katolik Rom, dengan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kini, dikatakan menimbulkan sepakat baru antara Vatikan dan Malaysia. Kunjungan Najib itu dilaporkan bermaksud untuk meyakinkan warga Kristian di negara ini yang kononnya telah lama didiskriminasi.

Pada tahun 2009 pemerintah Malaysia melarang penggunaan kata "Allah" oleh umat Kristian kerana penggunaan itu dianggap dapat mengelirukan masyarakat Melayu Malaysia yang beragama Islam. Bulan Mac lalu pemerintah menahan puluhan ribu kitab Injil import berbahasa Indonesia, kerana menggunakan kata "Allah".

Maka sambungan tulisan lalu (Dr Mujahid Lontar Idea Baru 'Stigma Agama'.. PAS?), adalah lebih baik kita lihat pula kertaskerja oleh seorang paderi Kristian iaitu Pastor YB Alamsyah OSC, anggota FKUB, kota Medan. Kertaskerja yang disampaikan pada dialog agama 2 Julai baru lalu di Hotel Garuda Plaza Medan atas prakasa Forum Kerukunan Umat Beragama (FKUB), Medan.

Kertaskerjanya bertajuk, 'Kewaspadaan Beragama , Cita-cita Dan Pengalaman Agama Katolik'.

Menurut pembentangnya, "Kewaspadaan hidup beragama bagi penganut agama katolik terletak pada 'Ajaran Magesterium Gereja'. Yaitu ajaran para Paus dan para Uskup yang mendapat tugas tri-darma dari pendiri agama Kristiani, iaitu Yesus Kristus. Tugas tri-darma itu meliputi tugas mengembalakan, mengajar, memimpin."

Ertinya kewaspadaan beragama (wasber) atau kerukunan umat beragama yang boleh diertikan sebagai hidup rukun, bertoleransi, aman dan damai di kalangan berbagai agama, juga dituntut dalam agama Kristian. Ianya perlu didakwah, diajar atau dipimpin sesamanya.

Dalam pengalaman Katolik, menurut beliau lagi, antara cabaran yang dihadapi dalam menekankan sifat gereja 'katolisitas' atau ciri umat 'Allah' yang universal (menghimpun semua manusia dari berbagai suku, bangsa,dan bahasa) ialah bidaah, Heresy (Yun 'pilihan'). Antaranya termasuk 'pluralisme'.

Selepas ucapan terakhir saya sebelah petang hari kedua di majlis tersebut, yang mana saya menekankan dalam menghidupi kewaspadaan, kita perlulah mencari titik pertemuan dalam realiti kehidupan kepelbagaian agama di negara-negara kita...

Seorang penganut Kristian bertanya saya, "Apa pandangan bapak mengenai pluralisme atau liberalisme agama, seperti yang sedang berkembang di Indonesia dan Malaysia?"

"Oh. Pada saya amat merbahaya! Termasuk kepada agama tuan dan agama saya!" Jelas saya. "Kerana faham tersebut menghakis keaslian semua agama. Hal itu perlu ditentang bersama!!"

Nampak dia bersetuju dan puas hati dengan penjelasan saya.
Ibnu Hasyim (kanan) bersama seorang Pastor dalam rapat kerja SEA Council Of Intereligios Networking For Peace pimpinan Dr Mujahid Yusuf Rawa.

Ok. Kita sambung kertaskerja Pastor YB Alamsyah. Ringkasnya, cita-cita Katolik menurut beliau...
  • Mengharapkan penganutnya 'harus lebih setia kepada 'Allah' dari kepada manusia'.
  • Hidup 'lebin tertib dan terhormat dalam relasi dengan yang lain'.
  • Penyebaran, kerana ada perinah Injil'.
  • Bersikap 'luwes dan toleran, sanggup menerima perbedaan pandangan'.
  • Mampu 'memberi solusi yang terbaik demi kerukunan umat beragama'.
  • Memahami otoprksis kehidupan beragama yang lain.
Akhirnya beliau merumuskan, "Dalam era kepimpinan Paus Benediktus XVI bukan kuantitas yang diutamakan tetapi kualitas umat Katolik yang lebih taat dan setia pada ajaran mangisterium gereja."

Al-hamdulillah. Wassalam.


Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

KL 22 Jul 11.

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

Sekarang Pasca BERSIH N/Aziz -Merebak Ke P/Timur

TUMPAT, 22 Julai 11: Perasmian ijtimak sedang berlangsung sekarang disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama seluruh pimpinan PAS Negeri dan wakil-wakil rakyat. Ribuan rakyat Kelantan mulai memenuhi pantai Geting, menyaksikan pasca Bersih merebak ke Pantai Timur.

Ijtimak Pilihan Raya PAS Kelantan diadakan bermula pagi ini menghimpunkan petugas PAS dari seluruh Kelantan. Ribuan memenuhi perkarangan pantai Geting, tempat rehlah tidak jauh Pekan Tumpat. Program tersebut diadakan sebagai persiapan awal menjelang pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Program dimulakan dengan bacaan al Quran johan tilawah al Quran peringkat Asean 2010, Mohd Najib Nasuruddin. Pelajar Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas merupakan anak kepada Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud.

Pantai Geting yang terletak tidak jauh dari pusat perkelahan terkenal, Pantai Sri Tujuh menjadi tumpuan sejak awal pagi lagi. Malah petugas ijtimak bertungkus lumus sejak malam tadi. Sebanyak 13 lembu dikorbankan sebagai jamuan peserta ijtimak. Dijangka kira-kira 20,000 petugas pilihan raya dari seluruh Kelantan berhimpun pada program sehari ini.

Ketua Penerangan PAS Negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan mengalu-alukan kedatangan peserta pada perhimpunan, sebagai kesungguhan membuat persiapan awal menghadapi pilihan raya umum ke-13 dijangka diadakan bila-bila masa dari sekarang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS 1, Datuk Ahmad Yakob berkata, banyak isu yang dibangkitkan pihak lawan sebelum ini termasuk berkaitan Ladang Rakyat kini mulai reda.

“Usaha pihak lawan membangkitkan pelbagai isu bagi menghodohkan wajah kerajaan negeri ternyata gagal apabila rakyat mulai faham isu sebenar yang berlaku,” ujarnya. (IH)

Lihat BERSIH dari mula..

E-Buku IH-40: BERSIH 2.0, Siapa Tidak Bersih?
E-Buku IH-40: BERSIH 2.0, Siapa Tidak Bersih?

YouTube - komen nik aziz tentang bersih

7 min - 3 Jul 2011 - Uploaded by aimanwhd
komen nik aziz tentang bersih 2.0..nik aziz dituduh lari ke luar negara kerana sebab tertentu..apa akata nik aziz??
www.youtube.com/watch?v=sPup6SG3zL0

Drama 'Tahajjud Cinta' Hina Tudung?

HALAMAN HIBURAN

KL 22 Jul 11: Benarkah Drama 'Tahajjud Cinta' menghina wanita memakai tudung? Tahajjud cinta yang mula ditayangkan beberapa minggu lalu ternyata mendapat respons yang begitu baik dalam kalangan penonton setia slot Zehra di TV3.

Rata-rata meminati drama ini kerana mesej serta lambakan pelakon popular yang menghiasi sejam waktu siarannya. Namun, di celah-celah keriuhan memperkatakan keberanian pengarahannya membangkitkan isu wanita menerusi drama ini, ada juga pihak yang kurang senang dengan karya Eirma Fatima ini.

Buktinya, wujud laman sosial facebook yang menuntut agar drama ini dihentikan siarannya. Alasannya, drama ini menghina wanita bertudung khususnya kepada mereka yang berpurdah.

Menerusi laman sosial itu juga, Eirma, juga dikecam kerana menulis skrip yang menjurus kepada sikap tidak baik penghuni di sekolah pondok dengan mengetengahkan isu poligami serta penderaan dalam drama itu. Eirma turut memberikan reaksi berhubung isu itu menerusi laman twitter miliknya.

“Tahajjud Cinta ada 13 episod! Biar mereka lihat semua dan merangkum seluruh ketidakpuasan hati mereka. Saya jawab akan mengeruhkan lagi keadaan. Lebih baik berdiam kerana biarlah mereka melaungkan suara mereka. Saya akan jawab selepas episod 13,” tegasnya.

Eirma berkata, segala kenyataannya itu tidak berguna pada ketika ini memandangkan pihak yang menentang akan terus mempertahankan hak mereka.

“Saya hanya akan bercakap apabila keadaan reda. Sekarang api kemarahan sedang meluap-luap di pihak sana. Biarlah dulu. Tak guna saya mengeruhkan.

“Tak perlu saya komen. Takpelah! Biarlah mereka nak membantah. Mereka berhak. Akan sampai masanya saya akan bagi kenyataan saya pula,” katanya lagi.

Mengisahkan mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah (Fazura), Seri (Fauziah Gous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra telah jatuh cinta dengan Azihan (Shah Jazle) seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (kakak kepada Citra ) ada masalah dengan teman lelakinya dan dia sangat lemah untuk menghadapi masalah dalam percintaan.

Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepada dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Citra ingin membuktikan kepada keluarganya untuk dia berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas pada zaman sekarang ni. Citra ingin memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.

Manakala, Seri pula jatuh cinta buat pertama kali tetapi entah bagaimana dia berkorban berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada seorang ustaz iaitu ayah kepada Solahudin (Remy).

Dapatkah Citra dan Solahudin menyelamatkan Seri daripada menjadi isteri keempat. Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka. Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dalam kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu. Saksikan kesudahan drama ini hanya di TV3 setiap Jumaat pada jam 9 malam. (IH)

Sebelum ini..

Minuman Malta Barbican Bukan Arak


AIR minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican kini boleh diminum umat Islam.


KL 22 Jul 11: Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican dibolehkan untuk diminum umat Islam di negara ini.

Keputusan tersebut diperoleh menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada pengedar minuman berkenaan selepas jawatankuasa itu bersidang pada 16 hingga 18 Jun lalu.

Kandungan surat tersebut menyatakan, minuman ringan malta seperti Barbican dan sebagainya yang diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak dan alkohol yang terkandung dalam minuman tersebut juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak dan dengan kadar yang sedikit.

Jadi, minuman itu didapati tidak memabukkan dan dibolehkan meminumnya bersesuaian dengan keputusan muzakarah sebelum ini.

Menurut surat itu lagi, muzakarah juga menasihatkan pihak pengeluar minuman tersebut tidak menggunakan label, jenama dan sebagainya yang boleh menimbulkan keraguan kepada pengguna khususnya umat Islam.

Sebelum ini. media melaporkan minuman tersebut menimbulkan isu kerana mempunyai kandungan alkohol sehingga 0.5 peratus melebihi kadar yang dibenarkan untuk pengguna Islam. (Kosmo! Online)

Thursday, July 21, 2011

Andainya Saya Belum Bertudung... -Artis Aishah

HALAMAN HIBURAN
Aishah di Kota Bharu
KOTA BHARU, 21 Julai 11: “Andainya saya masih belum bertudung, tentu kerajaan Kelantan tidak menjemput saya kan?” soalnya sambil tersenyum. Itulah penyanyi terkenal di Kelantan (gambar), Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Arifin, 45.

Beliau melahirkan rasa syukur berikutan imejnya yang bertudung, beliau diundang kali kedua oleh kerajaan Kelantan untuk membuat persembahan di negeri itu. Menurutnya, mungkin kerana memenuhi syarat yang telah ditetapkan beliau sekali lagi diundang untuk membuat persembahan tertutup di negeri itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Kerajaan Kelantan, di Kelantan Trade Cantre (KTC), di sini tengahari tadi yang dirasmikan oleh anggota exco kerajaan negeri, Wan Ubaidah Omar.

Beliau bagaimanapun berkata, sekiranya hanya beliau dan artis Nora sering dijemput, ini bererti masih belum ramai lagi artis (penyanyi) yang pakai tudung. “Ini merugikan masyarakat, sebab setiap lagu-lagu yang didendangkan bukan hanya sekadar lagu, sebaliknya membawa mesej yang bermakna pada masyarakat,”ujarnya.

Sehubungan itu, beliau turut berharap artis wanita khususnya penyanyi supaya turut menampilkan imej bertudung kerana rezki ada di mana-mana. Aishah kini dalam persiapan untuk melahirkan album baru irama pop, namun yang bermesej sesuai untuk kehidupan masyarakat sama ada sebagai seorang anak atau ibu.

Sempena program itu Aishah menyampaikan lapan buah lagu, iaitu lagu untuk Wanita, Janji Manismu, empat lagu medlay yang bertemakan ibu, Syurga Di Telapak Kaki Ibu termasuk zikir dan Anak. Ustazah Asni Mansur personality tv turut diundang untuk menyampaikan motivasinya pada program yang bertemakan Tangan Menghayunkan Buaian Menggegarkan Dunia.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Model cara pendekatan yang dibawa oleh Kerajaan Kelantan dan Tok Guru Nik Aziz setelah PAS mengambil alih kira-kira 20 tahun lalu, kini membuahkan kejayaan.

1. Mampu mengketegahkan artis-artis bermoral dan majlis-majlis hiburan anti maksiat, yang jarang berlaku di negara-negara umat Islam, atau Kerajaan Pusat sekalipun.

2. Berjaya menaikkan taraf artis ke darjat yang tinggi mulia, terhindar dari penyalahgunaan dadah, moral rendah, pakaian lucah dan tidak menutup aurat, terutama artis wanitanya.

3. Memperluaskan konsep ini (dakwah) kepada bidang-bidang hiburan yang lain, lakonan, perfileman, kesenian dan lain-lain.

3. Patut menjadi contoh bagi negeri-negeri Pakatan lain, atau negeri di bawah tadbiran BN sekalipun, kalau mereka mahu kepada kebaikan dan negara kebajikan.

4. Kerajaan Persekutuan perlu sedar dan memperbetulkan akta hiburan negara yang ada.(IH)

Islam Anjur Demontrasi -Dr Tareq Ikhwan Muslimin


AMPANG, 21 Julai:
Pemimpin Ikhwan Al-Muslimin Kuwait, Dr Tareq Mohammed Al-Suwaidan berkata, Islam sendiri menganjurkan tradisi demonstrasi atau perhimpunan aman, sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa ia menyalahi hukum, lapor KeadilanDaily.

“Dalam Islam sendiri ada tradisi demonstrasi. Demonstrasi pertama dalam sejarah Islam ialah pada hari ketiga perisytiharan negara Islam oleh Nabi Muhammad (SAW) ketika berhijrah ke kota Madinah.

“Muaz Ibnu Umair mengumpulkan orang Islam untuk mengalukan ketibaan Muhammad. Mereka bernyanyi dan mengalu-alukan ketibaan baginda. Inilah demonstrasi,” jelas Dr Tareq yang juga jurucakap Ikhwan Al-Muslimin Kuwait.

Beliau yang kini dalam rangka lawatan kerja selama 3 minggu ke Malaysia, berkata demikian ketika ditemui dalam satu program di sebuah hotel di sini, 20 Julai.

Menurut Dr Tareq, beliau berpendapat demonstrasi anjuran Bersih pada 9 Julai lalu, hanya proses biasa yang dilakukan rakyat untuk memastikan sistem pilihan raya di negara ini bebas, adil dan bersih.

“Mereka (rakyat) tidak boleh dirempuh (penguasa).

“Saya ada berjumpa (Datuk Seri) Anwar, dia cedera akibat demonstrasi itu dan pengawal peribadinya luka teruk. Saya ketawa. Inikan Malaysia, sebuah negara maju. Kamu tak boleh mempunyai rakyat yang maju tanpa sistem demokrasi yang bebas dan bersih,” kata Dr Tareq.

Ketika ditanya berhubung hadis dari sahih riwayat Muslim mengenai ketaatan kepada pemimpin, yang seringkali dijadikan modal oleh ‘ulama Umno’, Dr Tareq menjelaskan ia bergantung kepada keadaan.

“Hadis Imam Muslim itu benar. Tetapi banyak hadis dan riwayat dari sahabat yang merakamkan sabda Nabi Muhammad bahawa perkara ini sebenarnya bergantung kepada keadaan.

“Jika kerajaan menjalankan kewajipannya sebagai pemerintah dan menyelesaikan hak rakyat, maka rakyat perlu patuh,” kata Dr Tareq merujuk peristiwa teguran Salman Al Farisi terhadap Saidina Umar.

Ketika ditanya tentang pandangan perbicaraan kes fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berpendapat kes itu kini menjadi bahan ketawa dunia.

“Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad disanjungi di dunia Arab. Namun berhadapan kes fitnah dan perbicaraan terhadap Anwar, ia menjadi tuduhan yang melucukan. Ia menjadi bahan ketawa.

“Dalam sebuah sistem yang korup kita tidak akan mendapat keadilan. Bagaimana keadilan akan muncul jika para hakim berada dalam poket pemerintah?,” kata Dr Tareq.

Drama Erma Fatima Cetuskan Fenomena Baru Filem?

Oleh Mohd Afiq Mohd Saleh
Mantan Presiden MPPMJ,
(Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan)

HALAMAN HIBURAN
Buang 'Pisang' Rosak Dalam Industri Filem.
Gambar: Erma Fatima

KETIKA drama ini dalam proses pembikinan, saya telah meletakkan harapan yang tinggi agar ia mampu mencetuskan fenomena baru dalam indusrti perfileman tanah air, lebih jauh daripada itu agar drama ini dapat menghidupkan biah Islam (suasana) yang baru dalam masyarakat yang semakin jauh dari agama.

Ternyata persepsi ini terpesong, selepas berkesempatan menonton 2 episod yang terawal, ramai di kalangan penonton terutama dari jurusan agama merungut dan mulai berang dengan hasil drama tersebut. Walaupun tidak sepatutnya ia (drama ini) dihukum dengan menyatakan keseluruhan filem tersebut dianggap sebagai negatif, tetapi persepsi orang ramai terhadap apa yang ditonjolkan di awal drama ini telah menimbulkan rasa kurang senang dengan cara pembawaannya.

Pada hemat saya, memaparkan adegan dengan tujuan menghidupkan jalan cerita yang seiring dengan suasana realiti memerlukan kepada beberapa penilaian yang teliti dan langkah berhati-hati. Tidak semua keaiban yang berlaku dalam masyarakat harus dipaparkan untuk tontonan umum lebih-lebih yang melibatkan sensitiviti agama.

Adegan seperti pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, selak-menyelak, bersentuhan dan lain-lain lagi ini boleh menimbulkan tanggapan yang buruk terhadap golongan agama. Barangkali pada pandangan penerbit filem perkara itu suatu yang biasa dan perlu untuk menghidupkan watak dan jalan cerita lalu mereka menganggap ianya sebagai isu yang kecil. Tetapi berbeza bagi golongan agama yang melihat ianya sebagai sisi yang salah dan memalukan, kerana ia telah membabitkan pandangan negatif masyarakat terhadap imej mereka.

Dalam kebanyakkan filem atau drama di Malaysia terutama drama yang ingin menampilkan jalan cerita yang berbentuk islamik, wujud beberapa kelemahan yang jarang diambil berat. Antaranya menonjolkan sesuatu watak dengan pembawaan yang ekstrem, menghidukan jalan cerita dengan suasana yang berlebih-lebihan. Watak ustaz digambarkan dengan seorang alim yang sentiasa memegang tasbih. Biah atau suasana (story board) yang ingin ditampilkan juga telah menggambarkan dengan keterlampauan.

Akhirnya, mereka yang jahil tentang Agama meletakkan persepsi bahawa inilah gambaran Islam yang sebenar sedangkan Islam tidaklah bersifat sedemikian.

Kritikan dan teguran ini dibuat bersama-sama beberapa penilaian selepas apa yang ditayangkan dalam dua episod terawal drama ini. Namun disertakan dengan cadangan dan alternatif sebagai langkah kecil untuk membantu industri perfileman tanah air:

1. Filem atau drama yang mahu mengetengahkan jalan cerita atau suasana sesuatu tempat, perlu dilantik seorang penasihat yang berpengalaman untuk membimbing jalan cerita tersebut agar tidak lari atau berlebihan daripada suasana realiti.

2. Walaupun apa yang berlaku di sekitar masyarakat itu dipandang sebagai realiti semasa, ia tidak semestinya perlu ditonjolkan kepada khalayak dengan pembawaan 100%. Produksi drama harus kreatif dalam pembikinan jalan cerita.

3. Isu sensitiviti dalam masyarakat harus diambil penting. Golongan majority yang berkelakuan baik, tidak seharusnya dihukum dengan sebahagian minority yang berkelakuan tidak baik. Persepsi dan pandangan masyarakat terhadap golongan Agama harus diambil kira terutamanya isu yang boleh menjejaskan imej dan keizzahan mereka.

Media massa adalah medium penyampaian yang terpenting di abad ini, seharusnya pihak yang diberi peluang dan ruang untuk menyampaikan sesuatu kepada khalayak menggunakan wasilah ini dengan sebaiknya, agar apa yang disampaikan dapat memberi manfaat dan mampu dicontohi. Jika baik yang dipaparkan kepada penonton maka baiklah yang akan diterima dan begitulah sebaliknya.

Sedikit sebanyak, sebagai seorang mahasiswa yang sedang menuntut di Jordan, saya sendiri merasakan sedikit tempias dan “bahang” daripada drama ini, tetapi saya sedaya upaya cuba memandangnya dengan penilaian yang positif.

Saya memuji Saudari Erma Fatima yang cuba mengetangahkan suatu kelainan dalam industri perfileman tanah air. Selapas Drama Nur Kasih yang telah menaikkan biah Islam di Malaysia, saya yakin drama Tahajjud Cinta hasil air tangan pengarah berbakat ini mampu menyuntik fenomena baru jika ia disunting dengan jalan cerita yang baik. Bagi saya beliau mengikuti kehendak filem kontemporari dalam masyarakat yang dahagakan filem berbentuk Islamik.

Saya tidak berhasrat membantah keseluruhan drama ini kerana ia tidak wajar dihukum hanya disebabkan “kerosakkan” yang sedikit. Tetapi besarlah harapan ini agar adegan yang telah ditonjolkan tersebut dapat diperbaiki pada masa akan datang dan sudi mendengar permohonan maaf daripada Saudari Erma Fatima. Setandan pisang tidak semuanya baik, tetapi “pisang” yang rosak harus lekas dibuang agar tidak memudhoratkan orang yang memakannya. Bagi saya beliau seorang yang profesional dan permohonan maaf ini tidak langsung menjejaskan imej beliau sebagai pengarah filem terkenal.

Akhir kata, saya mewakili mahasiswa Jordan mengharapkan satu perubahan dan penambah-baikkan dalam drama ini, kalaupun tidak semua memadailah dengan perubahan kecil yang boleh melegakan kami di sini. Mahasiswa Jordan tidaklah menuntut agar kami dipandang tinggi oleh masyarakat tetapi amatlah tidak wajar jika diaibkan dengan sedemikian rupa.

Industri filem Malaysia sudahpun terkenal dengan penghasilan drama dan filem yang berkualiti serta membangun setaraf dengan perfileman antarabangsa, lalu mereka harus mempunyai identiti tersendiri dalam menaikkan industri ini. Semoga industri perfileman tanah air terus maju dengan pencapaian yang lebih gemilang pada masa akan datang.

MOHD AFIQ MOHD SALEH,
Mantan Presiden,
Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ)
2010/2011

Paus Benediktus XVI - Najib. Menurut Berita Indo.

Paus Benediktus XVI dengan Perdana Menteri Malaysia

TRIBUNNEWS.COM: Vatikan Buka Hubungan Diplomatik

VATIKAN - Pertemuan antara Paus Benediktus XVI dengan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak menimbulkan kesepakatan baru. Vatikan dan Malaysia sepakat untuk membuka hubungan diplomatik.

Langkah tersebut diambil Gereja Katolik Roma dan Pemerintah Malaysia setelah mengadakan pembicaraan selama bertahun-tahun. Kunjungan Najib itu dilaporkan bermaksud untuk meyakinkan warga Kristen di negara itu, yang telah lama mengeluhkan diskriminasi.

Ketegangan etnis dan agama meningkat menjelang pemilihan umum di Malaysia. Pada Senin (18/7/2011), Najib menemui Paus di rumahnya di luar kota Roma. Vatikan menyatakan bahwa hubungan bilateral telah dibahas dan (kedua belah pihak) mencapai kesepakatan untuk membuka hubungan diplomatik antara Malaysia dan Tahta Suci (Vatikan)".

"Kedua pemimpin itu juga membahas pentingnya dialog budaya dan keagamaan untuk memajukan perdamaian," demikian dilansir Kantor berita Associated Press.

Dalam pertemuan itu, PM Najib menghadiahkan sebuah buku dan lukisan kepada Paus. Pertemuan PM Najib dengan Paus sangat penting bagi masyarakat Kristen Malaysia, yang jumlahnya sekitar 9 persen dari penduduk Malaysia.

Pada tahun 2009 pemerintah Malaysia melarang penggunaan kata "Allah" oleh umat Kristen karena penggunaan itu dianggap bisa membingungkan masyarakat Melayu Malaysia yang beragama Islam. Bulan Maret lalu pemerintah menahan puluhan ribu kitab Injil impor berbahasa Indonesia, karena menggunakan kata "Allah".

Tindakan ini semakin membuat marah masyarakat Kristen. Pertikaian atas kata Allah menyebabkan sejumlah gereja dibakar. Ketegangan semakin meningkat dan menyebabkan insiden pembakaran sejumlah gereja dan tindakan balasan lain terhadap masjid, seperti meletakkan kepala babi di depan pintu masjid.

Ramon Navaratnam, yang bekerja untuk dewan lintas agama Malaysia mengatakan, pembukaan hubungan diplomatik dengan Vatikan akan memberi perhatian yang lebih besar terhadap masalah yang dihadapi masyarakat minoritas Kristen. Dia menambahkan, jika Vatikan memiliki utusan resmi di Malaysia pemerintah Malaysia tidak akan bisa lagi mengabaikan kelompok minoritas yang berasal dari etnis Cina dan India.

Malaysia adalah satu di antara 16 negara di dunia yang tidak memiliki hubungan diplomatik dengan Tahta Suci Vatikan karena adanya penentangan di kalangan Muslim konservatif. Banyak negara mayoritas Muslim lain sudah puluhan tahun memiliki hubungan diplomatik, termasuk Indonesia yang sudah memiliki hubungan diplomatik dengan Vatikan sejak tahun 1947. (TRIBUNNEWS.COM)

Komen Dewan Pemuda PAS Malaysia: "Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) terpanggil mengulas pertemuan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dengan Pope Benedict XVI yang jelas membuktikan tindakan terdesak Barisan Nasional (BN) untuk meraih sokongan penganut Katolik di Malaysia kerana dilihat di dalam masa yang sama, rombongan turut membawa juga seorang pemimpin Katolik Malaysia Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam ke Vatican sempena lawatan Perdana Menteri di sana.

Bagi kami, tindakan tersebut jelas sepertimana dahulu juga ketika Perdana Menteri turut membuat lawatan ke Negara India dan China bagi tujuan meraih psikologi pengundi berbangsa India dan Cina di Malaysia menjelangnya Pilihanraya." (Kenyataan RAJA AHMAD AL-HISS Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS Malaysia)

Diberitakan, sebuah Gereja bakal berada di Bukit Jalil tidak lama lagi. Gereja ini yang diberi nama CCC atau Calvary Convention Centre akan berada bersebelahan Bukit Jalil Golf & Country Club berhadapan Anjung Hijau Kondominium. Sebuah gereja yang terbesar di Malaysia dengan kos pembinaan melebihi RM100 juta tidak termasuk kos tanah RM35 juta.

(IH)

Lihat Buku Ini! Kemana N/Kebajikan Pimpinan A/Hadi?


KL, 21 Jul 11: Ke mana Negara Kebajikan PAS dibawa Ustaz Hadi? Anda ingin tahu, lihat buku baru tulisan beliau. Buku negara berkebajikan ditulis Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) akan dilancarkan pertengahan bulan depan dan ia akan menekan tiga aspek penting bagi menjawab kritikan pesaing politik parti itu.

Setiausaha Akhbar Hadi, Nasaie Ismail berkata, buku setebal 50 muka surat itu menekankan soal pentadbiran negara yang gagal dilaksanakan Barisan Nasional (BN) sepanjang memerintah negara.

Jelas beliau, buku negara berkebajikan yang akan dilancarkan serentak dengan dokumen negara berkebajikan menekankan tiga aspek utama yang akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat memerintah.

Jelas beliau, buku negara berkebajikan itu tidak mempunyai sebarang percanggahan dengan Buku Jingga Pakatan Rakyat. Buku Jingga antara lain menggariskan program 100 hari pertama, yang akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

“Kandungan buku (negara berkebajikan) lebih kepada untuk memahami konsep negara berkebajikan kerana ada dua persoalan yang orang tanya sekarang ini, yang pertama adakah negara berkebajikan ini sama dengan ‘welfare state’ dan yang kedua Umno kata dah buat negara itu tapi yang kita jawab dalam buku itu tidak sama dengan apa yang Umno buat dan yang ketiga yang menjadi persoalan bagaimana dengan Buku Jingga.

“Negara berkebajikan ini bukan satu tawaran sehala bagaimana Buku Jingga, Buku Jingga adalah perkara-perkara yang ada dalam negara berkebajikan tetapi negara berkebajikan adalah konsep bernegara yang kita nak tunjukkan sebab yang kita hendak betulkan ini bukan satu bab sahaja.

“Kalau dalam Buku Jingga adalah janji 100 hari (pertama) Pakatan Rakyat tapi negara berkebajikan ini, kita nak tunjukkan konsep bernegara sebab yang rosak bukan aspek ekonomi sahaja, negara ini dirosakkan BN dalam semua aspek. Jadi kita nak gantikan negara yang BN bina sekarang ini dengan negara apa, negara berkebajikan,” kata Nasaie kepada The Malaysian Insider.

“Negara berkebajikan ini ada tiga ciri yang pertama negara berkebajikan ini mesti dipimpin oleh pemimpin dan rakyat yang berintegriti, berwibawa kalau dalam Islam kita sebut yang beriman.

“Pemimpin kalau dalam sudut agamanya dia jaga kemudian amalan-amalan yang diterima oleh semua pemimpin yang tidak rasuah, pemimpin yang tidak jadikan negara ini kepunyaan dirinya dan sebagainya.

“Yang penting pemimpin mesti berintegriti, kalau rakyat berintegriti tapi pemimpin tidak, tidak ada gunanya... kalau pemimpin berintegriti tapi rakyat porak-peranda tak guna juga,” katanya.

Panel pelaksana konsep negara berkebajikan dipengerusikan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub. Difahamkan dokumen negara berkebajikan sudah berada di peringkat akhir perincian. Panel khas itu akan mengadakan mesyuarat pertama hari ini untuk memperincikan konsep negara berkebajikan, yang diketengahkan dalam ucapan dasar Presiden PAS pada 3 Jun lalu.Ucapan dasar itu bertemakan “Membangun Negara Berkebajikan”.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Nasaie yang juga Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan berkata, konsep negara berkebajikan turut memberi penekanan terhadap pengagihan ekonomi yang adil kepada keseluruhan rakyat.

“Yang kedua agihan ekonomi yang adil, di situ termasuk Buku Jingga tapi Buku Jingga untuk 100 hari jadi tiada pencanggahan di situ. Keadilan ekonomi yang kita nak beri bukan bermakna ada satu pihak didahulukan dan ada satu pihak di kemudiankan, maknanya sama rata.

“Yang ketiga, negara yang berakhlak, negara yang berakhlak ini dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai ciri seperti tepati janji terutamanya dengan orang bukan Islam dan golongan minoriti, bersikap adil kepada semua, kalau mengenai ‘welfare state’, kita lihat pada hari ini, banyak yang sudah jatuh dari segi ekonomi tapi konsep yang kita nak bawa ini adalah konsep bernegara daripada pemimpin, rakyat dan agihan ekonomi,” katanya.

Selain itu, beliau berkata kandungan buku negara berkebajikan itu turut menyentuh agar pemerintah turut memberi tumpuan kepada hak minoriti dan rakyat kebanyakan yang diketepikan dalam pentadbiran BN.

“Negara berkebajikan juga memberi keutamaan kepada hak-hak minoriti sama ada ia berasaskan kaum atau etnik seperti di Sabah dan Sarawak atau Orang Asli ataupun jantina.

“Yang selama ini diketepikan adalah hak kebanyakan seperti petani, nelayan . . . mereka tiada slip gaji tapi perlukan rumah, nak kahwin dan golongan ini yang kerajaan perlu bagi inisiatif dalam negara berkebajikan. Kita nak buat lain daripada apa yang Umno dah buat, lawan kepada negara berkebajikan adalah negara keangkuha, ini adalah dalam buku itu,” katanya.

Kata Nasaie, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dalam tulisannya turut membuat perbandingan antara negara berkebajikan iaitu negara keangkuhan.

“Negara keangkuhan ini contohnya Firaun, Namrud dan sebagainya kalau dalam sejarah tapi zaman sekarang Umno ini kita sebut negara keangkuhan,” katanya (IH)

Konsert MTV World Stage: PAS Kesal MB S'ngor


HALAMAN HIBURAN

KL 21 Julai11:
Dewan Pemuda PAS Malaysia konsisten melahirkan rasa tidak bersetuju dan amat kesal dengan langkah penganjur yang mahu meneruskan Konsert MTV World Stage di I-City Seksyen 7, Shah Alam pada 24 Julai ini.

“Penganjuran konsert ini telah mengguris perasaan umat Islam apabila ia berlangsung hanya seminggu menjelang bulan Ramadhan al-Mubarak, saat umat Islam mempersiapkan diri menyambut bulan mulia dan bulan ibadah,” ujar ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi kepada Harakahdaily.

Tambahnya, terdahulu pihak Pemuda PAS telah menghantar dua memorandum bantahan melalui Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor. Menurutnya, pemorandum pertama pada bulan Jun dan memorandum kedua seminggu lepas kerana menganggap konsert tersebut bertentangan dengan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Selangor.

Malangnya, kata beliau memorandum tersebut tidak dipedulikan malah usaha pemuda PAS Selangor untuk menemui pihak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga gagal. Katanya lagi, Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia Cawangan Selangor turut membantah apabila mereka juga menerima bantahan dan rungutan dari penduduk sekitar.

Beliau menambah, konsert MTV yang turut menampilkan kumpulan 30 Second To Mars yang merupakan pemenang Kumpulan Rock di MTV Europe Music Award 2010 dan kumpulan rock tempatan tidak selayaknya berlangsung secara terbuka pula tiada jaminan kawalan dari pihak penganjur untuk mengelakkan berlakunya pergaulan bebas lelaki dan perempuan.

Baginya, selayaknya konsert seperti itu dibuat di tempat yang tertutup dan tidak membenarkan anak-anak muda muslim hanyut di dalamnya.

Jelasnya, Dewan Pemuda PAS Malaysia tidak membantah hiburan, tetapi membantah elemen yang tidak sihat di dalam hiburan tersebut.

Justeru, ujarnya hiburan yang mahu dianjurkan mestilah hiburan yang tidak melekakan dan melalaikan generasi muda dan mendorong pula mereka ke kancah maksiat dan mungkar dengan berlakunya pergaulan bebas lelaki dan perempuan, sementara negara sedang kritikal berdepan dengan penyakit sosial yang kian tenat dan parah dalam negara kita hari ini khasnya negeri Selangor.

Menurutnya lagi, menjelang Ramadhan, selayaknya kerajaan negeri Selangor memperbanyakkan aktiviti yang mampu mendidik minda dan syakhsiah anak muda ke arah membentuk peradaban atau tamadun yang hebat, sementelah pula I-City adalah pusat ilmu bukan pusat hiburan.

“Berpada-padalah dengan hiburan. Saya setuju manusia perlu berhibur dan hiburan perlu bagi menyerikan hidup, namun hiburan yang keterlaluan hanya akan merosakkan minda dan peribadi manusia lantaran manusia mempunyai tanggungjawab yang jauh lebih penting untuk masa depan hidup mereka selain hiburan,” ujarnya.

Justeru, beliau menyeru agar umat Islam khasnya anak-anak muda muslim agar tidak menghadirkan diri ke konsert tersebut sebaliknya fokus kepada persiapan diri menghadapi Ramadhan Al-Mubarak dengan aktiviti penyucian jiwa dan minda serta mendalami ilmu agar ibadah puasa di bulan Ramadhan kelak akan dilangsungkan dengan faham dan penuh penghayatan.

“Insya Allah, Dewan Pemuda PAS Malaysia khasnya melibatkan anggota pemuda PAS Negeri Selangor dan Wilayah akan turun beramai-ramai untuk mengedar risalah dan berdakwah mengajak anak-anak muda mendekati Allah SWT dalam masa yang sama, menjauhkan diri daripada maksiat dan mungkar,” katanya.

Tambahnya, sementara untuk hiburan, insya Allah apabila tiba masa yang sesuai, akan ada penganjuran hiburan yang baik, terkawal, tidak melalaikan dan pada masa yang sama akan mendidik jiwa ke arah kebaikan.

Sebelum ini pun, katanya telah banyak kali Pemuda PAS menganjurkannya dan kita juga menyokong mana-mana penganjuran majlis hiburan yang tidak menjejaskan peribadi atau akhlak anak mudA.

Komen seorang blogger: Pentingnya memilih pemimpin, pemimpin yang menjamu rakyat dengan apa yang difikirkan enak dan baik. Pentingnya memilih pemimpin, pemimpin jua yang memelihara iman dan kesejahteraan hati rakyatnya. Apabila gagal, budaya hendonisme berleluasa...yang jijik kelihatan seperti mutiara. (http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=3721270538691005963)

Lihat sebelum ini...

PRU 13: PAS Minta Tambah 14 Kerusi Elakkan Lompat


KL, 21 Julai 11: PAS meletakkan sasaran untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-13, satu peningkatan sebanyak 14 kerusi berbanding tiga tahun lalu.

Ini termasuk harapan PAS agar Pakatan Rakyat pertimbangkan kemungkinan menyerahkan kerusi-kerusi dimenangi pada pilihan raya umum 2008, tetapi wakil rakyatnya telah melompat keluar, kepada parti Islam itu, kata naib presidennya Salahuddin Ayub (gambar).

Pada pilihan raya umum ke-12, PAS bertanding di 66 kerusi Parlimen dan 232 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Parti itu menang di 23 kerusi Parlimen dan 83 kerusi DUN. Dua komponen Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR masing-masing bertanding di 47 dan 97 kerusi Parlimen. DAP menang di 28 kawasan dan PKR pula 31.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata mana-mana kerusi baik di peringkat DUN dan Parlimen harus diserahkan kepada parti yang dilihat boleh memenangi kerusi itu selain mahu mengelakkan “wakil rakyat lompat” berulang.

Perkara sama pernah dibangkitkan pada muktamar PAS bulan lalu yang mana Dewan Pemudanya mahu PKR dan DAP menyerahkan kerusi-kerusi yang wakil rakyat mereka telah melompat parti agar rakyat terus yakin dengan perikatan itu pada pilihan raya umum ke-13.

Sejak pilihan raya umum 8 Mac 2008, PKR dan DAP kehilangan sejumlah kerusi DUN dan Parlimen. Kerusi-kerusi itu membabitkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

“Pakatan beri ruang untuk kita berbincang kerusi dalam kategori ini (lompat parti) dan ia bukan satu pelanggaran untuk mereka buat kajian, analisis dan beri pandangan terbaik untuk kerusi ketegori ini.

“Malah kerusi yang PAS bertanding, kalau rakan Pakatan Rakyat berminat untuk bertanding, kita terbuka untuk berunding dan berbincang, dalam rundingan apa sahaja boleh berlaku,” kata Salahuddin kepada media ketika ditemui semalam.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian ini, pihaknya juga menambah bilangan kerusi Parlimen yang akan ditandingi termasuk di Sabah dan Sarawak pada pilihan raya umum ke-13, yang diramalkan akan diadakan tahun depan. Bagaimanapun kata Salahuddin, pihaknya menyasarkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan hujung tahun ini.

“Kita mahu kerusi tambahan, tidak kurang daripada 80 kerusi termasuk di Sabah dan Sarawak yang mana kita telah mengenal pasti kawasan-kawasan ini.

“Tapi kita lebih tumpukan kerusi di Semananjung (Malaysia) manakala di Sabah dan Sarawak kita tidak akan bertanding banyak kerusi,” katanya.

Tambah Salahuddin, pihaknya juga mahu mana-mana kerusi yang “dipinjam” dipertimbangkan untuk “dipulangkan” semula kepada parti yang layak.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di Parlimen dan menawan empat negeri tambahan iaitu Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Negeri Kelantan kekal ditadbir sejak ia dikuasai PAS pada 1990.

Ekoran tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) masing-masing dua dari PKR dan satu melibatkan DAP keluar parti, Perak diambil alih oleh BN. Tahun lalu, DAP juga kehilangan satu lagi kerusi DUN di Perak. Semalam, pemimpin DAP Zairil Khir Johari berkata pembahagian kerusi pilihan raya di DUN dan Parlimen antara ketiga-tiga parti itu akan dimuktamadkan hujung bulan ini. (IH)

Wednesday, July 20, 2011

Konsert MTV World Stage Live, S'ngor Benarkan



HALAMAN HIBURAN


Selangor Tidak Halang Konsert MTV World Stage Live

SHAH ALAM 20 Jul 11: Kerajaan Negeri Selangor pada Rabu membuat keputusan membenarkan penganjuran konsert MTV World Stage Live di I-City pada Ahad ini walaupun mendapat bantahan daripada sekutu dalam Pakatan Rakyat, PAS.

Bagaimanapun Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihak penganjur perlu mematuhi garis panduan yang ketat dengan tidak membenarkan sebarang penjualan dan penggunaan alkohol serta rokok sepanjang konsert tersebut berlangsung.

“Kita merasakan mereka yang boleh menarik aktiviti di negeri ini kita akan galakkan, tetapi mesti dengan tertib serta sesuai dengan imej Shah Alam.

“Dengan penganjuran konsert MTV ini akan menunjukkan yang Shah Alam telah mula dikenali di peringkat antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini Rabu.

Bulan lepas, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mewakili persatuan penduduk Seksyen 7 Shah Alam telah menghantar memorandum bantahan berhubung penganjuran konsert tersebut kepada Khalid.

Dalam memorandum tersebut, Khalid menggesa kerajaan negeri membatalkan permit penganjuran konsert tersebut. Beliau mendakwa penganjuran konsert tersebut di I-City tidak sesuai kerana infrastruktur di tempat tersebut bukan direka khas untuk mengadakan konsert.

Kenyataan Khalid itu turut disokong oleh Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Tantawi yang mendakwa pengajuran konsert tersebut memberi kesan negatif kepada penyerapan budaya kuning daripada luar dan ia tidak sesuai bagi golongan belia kerana Shah alam merupakan tempat tinggal kepada ramai pelajar universiti.

Tahun lalu, Nasruddin turut mengemukakan bantahan terhadap penganjuran konsert Glamnation Tour Live in Malaysia Adam Lambert yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil kerana mendakwa penganjuran konsert sedemikian akan menggalakkan penyebaran budaya homoseksual kerana Adam didakwa seorang gay.

Mengulas lanjut mengenai bantahan yang diterimanya itu, Menteri Besar berkata, kerajaan negeri bersikap terbuka dan menyambut baik memorandum tersebut namun mereka akan memastikan penganjuran konsert tersebut tidak menggangu aktiviti pelancongan dan golongan belia di negeri ini.

“Kita menerima dan menghayati memorandum tersebut. Kita merasakan mereka (PAS) khuatir tentang kesan pengaruh budaya barat dalam kehidupan belia di sini, tetapi kita perlu menerima keadaan keterbukaan dan perbezaan ini,” katanya.

Beliau berjanji kerajaan negeri akan memastikan konsert tersebut berjalan dengan penuh tertib tanpa mencemarkan cara hidup masyarakat Islam di negeri itu.

“Kita akan memantau perkara ini dengan penuh tertib. Walaupun Selangor maju ia tidak hilang dari segi pengertian budaya dan cara hidup masyarakat Islam.

“Saya rasa langkah yang dibuat oleh Khalid itu menunjukkan perasaan masyarakat Islam terutama di Shah Alam yang khuatir dengan kesan negatifnya. Kita akan sama-sama memantau supaya perkara ini tidak memberikan kesan yang buruk kepada aktiviti pelancongan dan belia di Selangor,” katanya.

Abdul Khalid juga berkata, walaupun konsert tersebut diadakan di Shah Alam beliau yakin golongan belia di negeri itu lebih matang dalam menilai sesuatu perkara dan mereka masih mengekalkan jati diri serta keperibadian Islam.

Konsert MTV World Stage Live yang akan berlangsung di I-City Shah Alam, Ahad ini membabitkan artis-artis antarabangsa. Antara artis yang mengesahkan penyertaan pada konsert itu ialah '30 Second To Mars' iaitu pemenang Band Rock Terbaik di MTV Europe Music Award 2010 dan band tempatan Pop Shuvit.

Dalam edisi tahun lalu yang berlangsung di Sunway Lagoon Resort, antara yang mengambil bahagian ialah bintang pop Amerika Katy Perry, kumpulan rock dari Jerman, Tokio Hotel dan kumpulan sensasi Korea, Wonder Girls. (mStar Online)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah peraturan berkawan dan berpakat, kena bertoleransi dengan mengikut syarat dan peraturan. Begitu juga nasib kedudukan PAS dalam PAKATAN, mengenai kes ini. Sejarah membuktikan Nabi SAW sendiri setelah termaterai Perjanjian Hudaibiah, banyak perkara-perkara berlaku yang dianggap merugikan pihak Islam, namun Nabi tetap berpegang pada janji walaupun dengan kafir musuh Islam.

Tetapi UMNO tidak pegang janji, buktinya dalan kes Kerajaan Campuran selepas 13Mei 1969. Lagi, UMNO tidakpun berniat hendak mengharamkan hiburan maksiat, dan memang mendidik masyarakat ke arah itu. (IH/Sumber mStar Online)

Lihat sebelumini...


Kebajikan: Negeri Christchurch Ikut Islam.. M'sia?

Oleh Dr. Ubaidullah Mustaffa

Catatan Pengalaman: Christchurch Sebagai Contoh Negara Berkebajikan

Pengenalan

Saya dan keluarga tiba di New Zealand semasa musim luruh. Pada waktu itu cuaca tidak begitu sejuk lagi. Kerajaan New Zealand melalui agensi-agensi kebajikannya telah menemui saya di sebuah masjid di New Zealand untuk menghulur bantuan sebagai persiapan menghadapi musim sejuk.

Saya memberitahu mereka bahawa saya baru sahaja tiba dari Malaysia dan rumah saya kosong tanpa perabut, katil dan tiada peralatan dapur. Tiga hari kemudian badan kebajikan milik kerajaan New Zealand telah menghantar ke rumah saya satu set sofa ruang tamu, dua unit TV 24”, tiga unit pemanas rumah, empat katil dan tilam lengkap dengan cadar, bantal dan selimut, peti ais, micro-wave oven, pinggan mangkuk, sudu, pisau dan bermacam-macam lagi.

Tidak pun sampai seminggu rumah saya lengkap segala-galanya secara percuma pemberian kerajaan New Zealand. Mereka membantu manusia tanpa mengira bangsa atau agama.

Terkenang saya pada negara sendiri. Tidak pernah saya menerima bantuan dan layanan seperti itu walau pun di negara sendiri. Kerajaan kita banyak bercakap tentang konsep negara kebajikan tetapi pelaksanaannya mungkin tidak sama dengan konsep yang dicanangkan.

Elok juga kita mengkaji New Zealand sebagai salah satu model negara kebajikan terhadap rakyat. Oleh kerana New Zealand agak luas maka saya akan memilih bandaraya Christchurch sebagai contoh dalam perbincangan model negara kebajikan.

Christchurch

Christchurch adalah sebuah bandaraya terbesar di Pulau Selatan New Zealand dalam Daerah Canterbury. Jika dibandingkan dengan seluruh New Zealand Christchurch adalah bandaraya kedua paling ramai penghuni di New Zealand iaitu hampir 864 orang setiap kilometer persegi.

Perbualan saya dengan penduduk tempatan Christchurch mendapati kejadian gempa bumi bukan perkara biasa di sepanjang kehidupan mereka di Christchurch. Walau pun New Zealand berada dalam garisan lingkaran api bersama-sama dengan Indonesia dan Jepun tetapi Christchurch tidak pernah mengalami gempa bumi sehingga kejadian pertama gempa bumi pada bulan September 2010.

Bantuan kerajaan


Kerajaan New Zealand membantu secara konsisten setiap rakyat mereka yang ditimpa bencana gempa bumi. Mereka membina rumah-rumah di luar kawasan gempa bumi dan mempelawa rakyat mereka untuk menyewa dan terus membeli rumah-rumah tersebut dengan harga yang sangat berpatutan iaitu lebih rendah dari harga pasaran semasa.

Rancangan penempatan semula disusun dan dikawal dengan rapi. Tidak ada individu atau syarikat yang cuba mengambil kesempatan membuat keuntungan dengan menangguk di air keruh. Harga rumah akan melambung tinggi sekiranya terdapat ahli politik atau kroni mereka yang mendapat kontrak untuk membina rumah-rumah penempatan semula gempa bumi.

Mari kita perhatikan apa yang telah berlaku di negara kita semasa bencana tsunami dan banjir dahulu. Bantuan lambat sampai dan proses bantuan tidak konsisten. Bantuan yang dihulurkan berbentuk jangka pendek sahaja dan tidak menyeluruh. Kerajaan Malaysia menganggap bencana alam negeri-negeri di bawah pimpinan pembangkang bukan tanggungjawab mereka.

Kerajaan New Zealand sanggup melupakan segala perbezaan politik apabila menghadapi bencana alam. Kerajaan New Zealand sangat sayang setiap rakyat mereka tanpa megira ugama atau bangsa. Kewujudan perasaan kasih sayang ini adalah perbezaan besar di antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan New Zealand di dalam merealisasikan sebuah negara kebajikan.

Apabila wujud perasaan kasih sayang terhadap rakyat maka negara kebajikan akan diterjemahkan dalam setiap tindakan yang dibuat oleh kerajaan. Tanpa kasih sayang terhadap rakyat maka negara kebajikan hanya wujud sebagai konsep sahaja. Kerajaan akan menindas rakyat secara sah dari segi perlembagaan dan perundangan seperti mana di buat oleh penjajah semasa zaman penjajahan.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa masyarakat kita pada hari ini dijajah dan ditindas oleh rakyat negara kita sendiri yang telah dipilih melalui sistem pilihanraya. Setelah mereka diberi kuasa melalui pilihanraya mereka akan mula menjajah dan menindas rakyat yang telah memberi mereka kuasa. Sikap ini mungkin berlaku secara sedar atau tidak sedar atau kedua-duanya sekali. Maka perlu ada satu sistem check & balance supaya kerajaan yang dipilih tidak akan menjajah dan menindas rakyat mereka sendiri.

Pada 4 September 2010, Christchurch digegarkan oleh gempa bumi berukuran 7.1 iaitu hari Sabtu pukul 4.35 pagi waktu tempatan. Gempa bumi ini tidak menyebabkan kematian kerana pusat gempa adalah 40 km di luar bandaraya Christchurch, hanya kerosakan sistem paritan, paip air, jalanraya dan gangguan bekalan letrik sahaja.

Hospital Christchurch terpaksa menggunakan generator kerana bekalan letrik terputus pada waktu itu. Darurat dan perintah berkurung telah diistiharkan untuk menjaga keselamatan dan kerja-kerja pengosongan bangunan di sekitar bandaraya Christchurch. Lapangan terbang antarabangsa Christchurch ditutup sementara menanti pemeriksaan keselamatan jalan pendaratan dan perlepasan kapalterbang.

Dalam tempuh 48 jam selepas itu terdapat tiga lagi gempa bumi berukuran 5.2 berlaku di Christchurch. Mengikut pengalaman saya, gempa bumi 5.2 adalah cukup kuat untuk merasai seluruh rumah bergegar dan cukup kuat untuk mengejutkan saya sekeluarga dari tidur yang nyenyak.

Selalunya gempa bumi datang bersama-sama dengan bunyi yang kuat seperti bunyi keretapi kargo membawa muatan berat. Perbezaannya ialah bunyi gempa bumi amat menakutkan kerana bunyi itu dikaitkan dengan kebinasaan dan kematian. Jika gempa bumi lebih kuat berlaku kita akan terdengar bunyi letupan kuat seperti letupan bom berlaku serentak dengan gegaran bumi.

Gempa bumi yang berlaku beberapa saat mungkin tidak sempat meruntuhkan sebuah bangunan kuat, tetapi jika berlaku beberapa minit maka bahan binaan bangunan akan menjadi longgar dan runtuh. Kadang-kadang mentol lampu gugur dari siling ke lantai setelah beberapa hari gempa bumi berlaku.

Penduduk tempatan memberitahu saya, jika gempa bumi berlaku melebihi 10 saat, lebih baik mengajak ahli keluarga berlindung di bawah meja untuk mengelak dari ditimpa bahan binaan yang runtuh. Elok juga menyediakan lampu suluh selalu kerana jika bekalan letrik terputus, mangsa gempa bumi tidak tinggal dalam kegelapan. Saya tidak menyediakan lampu suluh kerana telefon bimbit saya memang mempunyai lampu suluh. Gempa bumi berukuran kecil selalu dapat dirasai di Christchurch.

Gempa kedua

Gempa bumi yang kedua berukuran 6.3 berlaku di Christchurch pada 22 Febuari 2011, jam 12.51 petang. Dari segi ukuran gempa bumi ini tidak sekuat gempa bumi pada bulan September 2010 iaitu 7.1 tetapi gempa bumi inilah yang banyak meragut nyawa serta memberi kerosakan yang teruk pada Christchurch.

Gempa bumi ini kena tepat pada pusat Bandar Christchurch dan sekaligus meranapkan pusat Bandar Christchurch yang menjadi pusat utama ekonomi dan pelancongan Christchurch. Yang tinggal hanyalah bandar-bandar kecil yang dahulunya menyokong bandaraya utama Christchurch seperti Riccarton, Tower Junction, Addington dan Bush Inn.

Gempa bumi ini kuat kerana pusat gempa bumi berlaku sangat dekat dengan bandaraya Christchurch iaitu di Lyttelton yang terletak hanya 10 km dari bandaraya Christchurch pada kedalaman hanya 5 km dalam perut bumi. Kesannya ialah gegaran yang sangat kuat sehingga menyebabkan bangunan runtuh menghempap dan menimbus manusia hidup-hidup.

Persatuan Islam

Persatuan Islam Canterbury yang berpusat di Masjid Annur menghulur bantuan tenaga dan wang ringgit untuk kerja-kerja menyelamat di tempat runtuhan. Kebetulan pula Masjid Annur terletak dalam kawasan pusat perdagangan utama Christchurch iaitu di Deans Avenue bersebelahan Hagley Park yang menjadi kebanggaan penduduk Christchurch.

Kalau penduduk di London berbangga dengan Hyde Park maka penduduk Christchurch sangat berbangga dengan Hagley Park. Kawasan Central Business District di Christchurch terletak dalam kawasan yang di kelilingi oleh Bealey Avenue, Fitzgerald Avenue, Moorhouse Avenue dan Deans Avenue.

Masjid Annur mempunyai tanah kosong lebih kurang setengah ekar yang dicadangkan untuk membangun bilik-bilik sewa untuk musafir Islam yang merantau ke Christchurch dan juga pusat pengajian Quran, Hadis dan Tahfiz. Setakat ini Masjid Annur sedang menanti sumbangan tempatan dan juga antarabangsa untuk membuat pembangunan tersebut.

Apa yang menarik dan istimewa ialah Masjid Annur memberi izin kepada mangsa gempa bumi untuk mendapat perlindungan di tanah kosong masjid dengan mendirikan khemah-khemah serta menyediakan makanan percuma pada mangsa. Harga makanan siap di Christchurch adalah agak mahal tetapi hasil sumbangan derma umat Islam Christchurch dan mereka masak sendiri untuk menjamu mangsa gempa bumi membuatkan kos makanan rendah serta ramai mangsa mendapat manfaat tanpa mengira ugama atau bangsa.

Namun begitu terdapat satu siaran TV swasta yang menyiarkan berita negatif tentang penganiayaan orang Arab Kristian di Mesir oleh orang Islam Arab Mesir. Terdapat juga pelekat kereta yang berbunyi PRAY FOR OUR CHRISTIAN BROTHERS IN EGYPT, yang menghasut orang ramai dengan menggunakan sentiment ugama.

Boleh dikatakan masyarakat New Zealand tidak gemar bermain sentimen ugama atau bangsa kerana kedua-dua sentimen ini boleh mencetus huru-hara dan pergaduhan. Kesannya ialah semua pihak akan rugi.

Tiada anjing liar

Saya dan keluarga dapat beriadah di Hagley Park tanpa perlu takut dikejar oleh anjing liar. Saya juga dapat berjalan kaki ke Masjid Annur awal pagi untuk berjemaah subuh tanpa perlu bimbang diserang hendap oleh kumpulan anjing liar. Apa yang saya perhatikan ialah Christchurch sangat menjaga keselamatan bandaraya Christchurch dari gangguan bahaya anjing liar. Tidak ada anjing liar walau pun seekor.

Keistimewaan bandaraya Christchurch ini tidak dapat kita nikmati di Malaysia. Walau pun mengalami bencana gempa bumi yang kuat tetapi masalah anjing liar masih dapat dibasmi terus.

Masalah anjing liar perlu dibasmikan kerana anjing liar adalah punca kepada penyakit anjing gila dan juga serangan merbahaya kepada manusia terutamanya kepada kanak-kanak. Boleh dikatakan hampir setiap taman perumahan di negara kita mempunyai masalah anjing liar yang tidak dibasmikan. Masalah anjing liar tidak boleh dikawal lagi tetapi perlu dibasmikan demi keselamatan awam. Kejayaan bandaraya Christchurch membasmi masalah anjing liar perlu dicontohi oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara kita.

Kakitangan PBT yang terlibat dalam pembasmian anjing liar perlu dibawa ke bandaraya Christchurch untuk melihat sendiri dan merasai sendiri betapa aman dan damainya keadaan tanpa anjing liar berkeliaran. Barangkali selepas merasai sendiri betapa selamatnya suasana kehidupan tanpa bahaya anjing liar akan timbul sifat kesungguhan untuk membasmi anjing liar di kawasan PBT masing-masing.

Makanan murah

Walau pun harga makanan siap di Christchurch adalah mahal tetapi harga bahan mentah makanan masih murah jika dibandingkan dengan negara kita. Harga daging lembu dan kambing segar lagi berkualiti masih rendah dari harga di Malaysia. Segala jenis sayuran di Christchurch adalah segar dari ladang dan yang istimewanya ialah harga segala jenis sayuran adalah jauh lebih murah dari Malaysia. Bagaimanakah Christchurch dapat mengeluarkan bahan makanan yang murah berbanding dengan negara kita?

Jawapannya terletak kepada cara Christchurch mengeluarkan hasil pertanian. Christchurch tidak mengamalkan sistem feedlot untuk pengeluaran daging lembu dan daging kambing tetapi menggunakan sistem pertanian pastoral yang canggih.

Sistem feedlot yang menjadi pilihan kepada cara pengeluaran hasil ternak di Malaysia sebenarnya mempunyai kos yang tinggi berbanding dengan system pertanian pastoral. Sistem pastoral memberi makanan yang lebih asli, segar dan sihat kepada ternakan berbanding dengan makanan dalam sistem feedlot.

Masalah kekurangan keluasan tanah boleh diimbangi dengan menggunakan pastoral bermutu tinggi serta pengurusan pastoral yang berkesan. Penyelidikan pertanian yang telah saya lakukan di beberapa ladang dalam daerah Canterbury menggunakan kaedah yang sama dalam teknik pengeluaran hasil ternakan. Yang penting di sini ialah input pertanian mesti rendah supaya output yang dihasilkan tidak terhakis oleh input yang tinggi.

Selepas membuat beberapa penyelidikan pertanian di Christchurch saya dapati cara pengeluaran hasil ternakan di Malaysia perlu direvolusikan iaitu menukar dari cara feedlot kepada pastoral.

Infrastruktur feedlot yang sedia ada tidak perlu dirobohkan kerana masih boleh digunakan
walau pun kita menggunakan sistem pastoral. Saya sempat menimba ilmu dari petani Christchurch tentang cara-cara menyediakan tanaman pastoral dan pemilihan benih untuk pastoral yang bermutu tinggi. Mereka juga telah mencurahkan ilmu mereka kepada saya tentang pengurusan pastoral secara saintifik demi menghasilkan livestock yang bermutu tinggi dan kos pengeluarannya pula adalah murah.

Pertanian adalah punca ekonomi utama Christchurch dan juga seluruh New Zealand. Negara New Zealand maju dalam industri Agribusiness tanpa perlu slogan yang bukan-bukan oleh pihak kerajaan New Zealand. Industri agribusiness di Malaysia perlu kepada sebuah revolusi berasaskan ilmu yang digabungkan dengan keperluan amali serta tuntutan pasaran semasa.

Jika tidak harga bahan makanan akan terus meningkat seperti yang sedang berlaku sekarang di Malaysia. Apabila harga bahan makanan meningkat maka kerajaan sepatutnya mengkaji semula di mana salah silap serta membuat pembetulan dalam dasar pertanian negara. Jika sesat kembali ke pangkal jalan.

Musim sejuk


Christchurch terletak di hemisphera selatan bumi. Ini bermakna setiap tahun bulan Jun, Christchurch akan mengalami musim sejuk manakala negara-negara Eropah di hemisphera utara bumi sedang mengalami musim panas. Apabila musim sejuk tiba Masjid Annur akan menerima sumbangan baju sejuk dari orang ramai yang memerlukan baju sejuk percuma.

Segala jenis pakaian musim sejuk akan diletakkan dalam kotak tepi pintu keluar masjid. Sesiapa yang memerlukan pakaian boleh memilih untuk keperluan masing-masing. Selain dari pakaian terdapat juga umat Islam yang menyumbang buah tamar dan buah anggur untuk para Jemaah masjid.

Waktu subuh masuk pukul 6.15 pagi tetapi para Jemaah subuh menunaikan solat subuh jam 7.00 pagi. Masjid Annur penuh dengan para Jemaah subuh walau pun cuaca sangat sejuk dalam kegelapan pagi musim sejuk di Christchurch. Terdapat ramai pelajar Malaysia yang sedang mengikuti kursus perubatan ikut serta menjadi Jemaah sembahyang subuh di Masjid Annur. Selain dari itu terdapat juga ahli Jemaah subuh dari Somalia, Mesir, Afrika dan juga Singapura.

Harga kereta murah


Satu lagi perkara yang menarik di New Zealand ialah harga kereta yang sangat murah berbanding dengan negara kita Malaysia. Harga kereta akan menjadi mahal apabila kerajaan gagal mengawal harga kereta dalam pasaran. Kereta merupakan keperluan rakyat dan bukan barang mewah. Setiap rakyat memerlukan kenderaan untuk bergerak.

Kerajaan New Zealand menyedari hakikat ini lantas mengawal harga kenderaan supaya semua rakyatnya mampu membeli kenderaan. Kesannya ialah rakyat New Zealand jarang-jarang menjadi penghutang bank untuk membeli kereta kerana mereka mampu membeli kereta secara tunai.

Ramai pelajar Malaysia di New Zealand telah membeli kereta secara tunai. Mereka dapat pergi belajar di Universiti dengan selesa serta mengatur jadual waktu pengajian dengan lebih berkesan. Malangnya, apabila mereka kembali ke Malaysia kelak mereka pasti akan terjebak dengan masalah harga kereta yang mahal di Malaysia serta terpaksa berhutang dengan institusi kewangan untuk membeli kereta. Mereka akan dibebani hutang membeli kereta selama 5 tahun hingga 7 tahun. Jelas sekali negara kita Malaysia di bawah pimpinan kerajaan BN gagal untuk menangani isu harga kereta yang melambung tinggi.

Kerajaan sedia ditegur

Satu lagi perbezaan yang ketara ialah kerajaan New Zealand bersedia menerima teguran dari rakyat. Mereka amat mengalu-alukan teguran dan pendapat rakyat. Kerajaan New Zealand tidak pernah ugut rakyat mereka untuk ditahan polis atau dikenakan tindakan undang-undang.

Kerajaan New Zealand tidak menggunakan instrument kerajaan untuk membalas dendam terhadap rakyat atau mengajar rakyat. Demonstrasi jalanan berlaku juga di Auckland dan Christchurch tetapi kerajaan New Zealand melayan petunjuk perasaan dengan baik. Tidak ada petunjuk perasaan ditembak gas pemedih mata atau water cannon.

Tidak ada peperangan antara kerajaan dengan rakyat. Kerajaan New Zealand sangat menghormati perasaan seluruh rakyat mereka. Alangkah baiknya jika kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencontohi sikap murni ini. Sikap murni ini dapat menjalin kasih sayang antara kerajaan dengan rakyat dan bukan permusuhan atau dendam kesumat. Perlu diingat bahawa anggota kerajaan juga adalah rakyat dan rakyat yang memilih mereka menjadi anggota kerajaan. Perhubungan antara kerajaan dan rakyat perlu berasaskan kasih sayang dan bukan perundangan semata-mata.

Kesimpulan


Christchurch adalah sebuah bandaraya yang agak malang kerana dilanda bencana gempa bumi. Walau pun begitu rakyatnya cepat bangun dari runtuhan gempa bumi untuk meneruskan kehidupan. Sekarang ini Majlis Bandaraya Christchurch sedang mengedarkan risalah pada semua penduduk Christchurch meminta pandangan dan maklumbalas terhadap pembinaan bandaraya baru Christchurch. Mereka meminta pandangan dari rakyat mereka untuk mengetahui apa yang rakyat mahu ada dalam bandaraya baru yang bakal dibina tidak lama lagi.

Mereka menghadapi bencana dalam kata sepakat dan kerjasama yang sangat indah untuk bangun semula membina kehidupan baru. Mereka faham bahawa dalam runtuhan gempa bumi itu ada rahmat dan peluang yang sedang menanti mereka. Rahmat dan peluang akan datang ke Christchurch bagi mereka yang sabar dan bijak membina peluang selepas runtuhan gempa bumi.

Kerajaan New Zealand melibatkan rakyat dalam proses pembangunan negara dan mereka tidak memaksa rakyat menerima pembangunan ciptaan kerajaan semata-mata. Penglibatan rakyat diperlukan kerana rakyat adalah pelanggan utama kerajaan. Penglibatan rakyat secara menyeluruh sebenarnya adalah salah satu resipi utama di dalam mewujudkan sebuah negara kebajikan.

Semasa Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri dahulu beliau melibatkan rakyat semasa melancarkan projek Proton Saga sebagai kereta buatan Malaysia walau pun semua rakyat Malaysia tahu bahawa kereta buatan Malaysia hanya gimik pada nama sahaja. Rakyat Malaysia sangat gembira melibatkan diri dengan pertandingan memberi nama pada kereta tersebut.

Setelah itu Dr. Mahathir membina Putrajaya tanpa penglibatan rakyat. Maka berlaku penolakkan oleh rakyat sebagai projek membazir dengan tuduhan untuk kenyangkan para krooni dan ahli-ahli politik yang menyokong kerajaan. Tuduhan tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar tetapi kebarangkalian tetap wujud dalam mana-mana projek pembangunan. Lebih-lebih lagi rakyat melihat ahli-ahli politik penyokong kerajaan menjadi kaya raya dalam sekelip mata.

Hampir semua kerajaan di dunia ini akan mencanangkan konsep negara kebajikan sebagai modal kempen politik untuk menang pilihanraya tetapi rakyat akan menilai siapa yang mempunyai kasih sayang dan keikhlasan jiwa untuk melaksanakan konsep negara kebajikan.

Rakyat akan menilai sejauh manakah kerajaan Malaysia yang memimpin negara sekarang benar-benar jujur dalam pelaksanaan negara kebajikan. Rakyat sudah muak mendengar janji manis dan mahu melihat perubahan yang relevan ke arah pembinaan negara kebajikan demi faedah rakyat bersama.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Negara Islam adalah sebuah negara kebajikan. Negara yang mementngkan kebajikan rakyatnya. Lihat pemerintahn di zaman Khalifah Ar-Rasyidin. Kalau negara orang bukan Islam mengambil ciri-ciri kebajikan dalam negaranya bererti ia ikut Islam dan mengambil manfaat dari kebaikan yang ada dalam Islam. Malang bagi negara orang Islam yang tidak memanfaatkan kebaikan Islam untuk rakyatnya. Termasuk Malaysia...

PENULIS

Penulis kini tinggal di Christchurch, New Zealand. Beliau boleh dihubungi melalui email ubaidi_script@yahoo.com.my. (IH)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails