Saturday, July 30, 2011

Bersih 2.0 Isu Shuhardi, Polis Menipu Lagi..

Shuhardi Md Isa
KL 30 Jul 11: Pihak polis menipu lagi.. Lihat berita Bernama ini..

Shuhardi Md Isa, lelaki yang didakwa berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan BERSIH 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu, hari ini menafikan dirinya bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis.

Shuhardi yang ditemui pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, sebaliknya berkata beliau tidak pernah menerima sebarang surat rasmi memintanya menghadirkan diri bagi membantu siasatan dari mana-mana balai polis.

"Bukankah polis lebih profesional dan tahu segala prosuder jika mahu seseorang itu memberi keterangan berhubung apa-apa kes? Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (polis)," katanya.

Shuhardi yang juga Setiausaha Agung Persatuan Usahawan Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop) menjelaskan, beliau terpaksa tampil memberi penjelasan berhubung kekeliruan kematian Allahyarham Baharudin kerana ia jelas
menjatuhkan maruah dirinya.

funeral baharudin bersih protester"Saya masih hidup... yang meninggal Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai dan saya tidak perlu tampil beri keterangan kerana ada blogger-blogger yang mengeluarkan gambar saya dengan mengatakan saya adalah Allahyarham Baharudin, telah meminta maaf kepada saya.

Kekeliruan

"Tapi semalam bila saya lihat komen Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata saya dipercayai menyembunyikan diri, saya terpaksa mendedahkan perkara ini," katanya.

Shuhardi Md IsaBeliau berkata polis sepatutnya menyiasat mereka yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai dirinya daripada menumpukan siasatan ke atas dirnya sendiri.

"Saya yakin pihak polis mampu membuat siasatan berdasarkan maklumat dalam internet tanpa perlu melibatkan saya. Malah saya rasa polis sepatutnya siasat mereka yang keluarkan kenyataan keliru mengenai mereka. Saya rasa sepatutnya saya yang menyaman mereka (blogger) yang salah dengan mengaitkan nama saya itu," katanya.

"Tetapi kerana kenyataan maaf dan pembetulan fakta yang dibuat seawal 10 Julai, maka saya menganggap perkara ini tidak perlu diperpanjangkan, malangnya kira-kira seminggu selepas peristiwa Bersih itu, pihak polis dan media masih mengaitkan nama saya," katanya.

Beliau berkata kekeliruan tersebut terlebih dahulu telah dijelaskan oleh anaknya menerusi "facebook" dengan menjelaskan bahawa gambar yang disiarkan bukanlah gambar Shuhardi yang pengsan dalam perhimpunan tersebut.

NONEBapa kepada dua isteri dan 10 anak ini mendakwa tidak berkomplot dengan mana-mana pihak tertentu untuk berlakon dalam apa jua "aksi" kematian serta tidak mengenali Allahyarham Baharudin (kanan) sendiri.

"Saya juga tidak kenal dengan mana-mana wartawan atau jurugambar yang datang buat liputan.Saya bukanlah "desperate" untuk dapatkan sogokan yang tidak bermaruah kerana Alhamdulillah saya hidup mewah," katanya.

Suhardi berkata beliau bersedia memberikan kerjasama dengan pihak polis.

- Bernama

Ashraf Lelaki 'Masalah' Meninggal. Shahrizat Sedih


KL, 30 Jul 11: Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melahirkan rasa sedih tidak sempat memberi bimbingan kepada Mohd Ashraf Abdul Aziz yang ingin menukar namanya kepada Aleesha Farhana apabila pemuda itu meninggal dunia awal pagi tadi.

Mohd Ashraf meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, pukul 5 pagi tadi setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Shahrizat (gambar) berkata kementerian itu sudah sejak awal menawarkan bimbingan kepada Ashraf kerana berasa prihatin dengan kedudukan pemuda berusia 25 tahun itu, bagaimanapun takdir Allah mendahului segala-galanya.

“Kita dari mula lagi kita amat rasa perihatin kerana kedudukan beliau. Pendekatan kami di kementerian buat ialah pendekatan kebajikan dan tidak menghukumkan orang,” katanya dipetik Bernama Online.

“Kita sebaliknya cuba memahami dan membimbing sesiapa juga yang memerlukan bimbingan, terutamanya kepada mereka yang terjebak dalam keadaan terdesak seperti kes Ashraf ini tetapi apakan daya ajalnya sudah tiba,” tambahnya.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap mereka dapat bersabar dan menerima takdir itu dengan hati yang terbuka.

“Kita harap keluarganya menerima takdir ini dengan hati terbuka dan jika keluarganya memerlukan bantuan, diharapkan dapat menghubungi saya (Shahrizat) atau pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat secepat mungkin,” katanya.

Menurut beliau, ajal yang telah ditentukan Allah tidak memungkinkan pihaknya yang menawarkan bantuan bimbingan kepada Mohd Ashraf dapat ditunaikan kerana pemergian mengejutkan itu.

Allahyarham yang sebelum ini membibitkan kontroversi selepas memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk menukar namanya, menghembuskan nafas terakhir selepas menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu akibat masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Pada 18 Julai lalu, permohonan Mohd Ashraf untuk menukarkan nama dalam Mykadnya kepada nama wanita iaitu Aleesha ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Lelaki itu membuat permohonan berkenaan 25 Mei lepas dan telah menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009 setelah disahkan layak dari seri psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai.

Permohonan dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita. (IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ai, dah meninggal baru sedih nak bantu? Lembab...

Setelah 2 Pertemuan, Rakyat Tidak Percaya SPR

Hadirin yang mengambil bahagian dalam forum Undang-Undang Pilihan Raya, SPR dan Pembaharuan Pilihan Raya anjuran Proham semalam. — Foto oleh Choo Choy May

KL 30 Jul 11: Telah dua pertemuan berturut-turut berlaku antaraTimbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dengan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk Ambiga Sreenevesan yang menyaksikan rakyat tidak mempercayai ketelusan agensi itu.

Dalam dua pertemuan iaitu Wacana Apa Selepas 9 Julai anjuran Kumpulan Media Karangkraf Selasa lalu dan forum Undang-Undang Pilihan Raya, SPR dan Pembaharuan Pilihan Raya anjuran Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) semalam, secara jelas rakyat banyak mempertikaikan sistem pilihan raya yang dijalankan SPR sambil mendakwa agensi itu tidak telus.

Berbanding dengan pertemuan pertama, Wan Ahmad lebih banyak dicemuh dan diejek oleh orang ramai yang menyertai wacana itu, namun dalam forum semalam, pemimpin nombor dua SPR itu kelihatan semakin yakin dan bersedia dengan soalan-soalan yang dikemukakan.

Walaupun masih bersikap mempertahankan diri dengan mengatakan SPR tidak mempunyai kuasa untuk melaksanakan lapan tuntutan Bersih 2.0, namun Wan Ahmad cuba mengambil hati dengan mengatakan perkara itu boleh dibincangkan agar ia dibawa ke peringkat atasan.

“SPR ditubuhkan di bawah peruntukan 114 Perlembagaan Perseketuan dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong, saya tidak boleh buat keputusan sendiri kerana kita ada tujuh ahli panel yang lain.

“Tolong faham, SPR bukan badan penguatkuasaan...kami hanya badan menguruskan pilihan raya dan kami tiada kuasa untuk laksanakan perkara yang di bawah kuasa kami, apa yang kami boleh lakukan adalah buat cadangan kepada Jabatan Peguam Negara dan kemudian terserah kepada kerajaan untuk putuskan yang mana ia akan dibahaskan di Parlimen,” katanya pada forum semalam.

Malah dalam ucapannya, Wan Ahmad beberapa kali menegaskan, SPR tidak boleh melaksanakan lapan tuntutan Bersih 2.0 seperti mana yang dikatakan pada pertemuan pertama di Shah Alam.

Walaupun terus diasak dengan pelbagai persoalan mengenai sistem pilihan raya, lapan tuntutan Bersih 2.0 dan pendaftaran automatik Wan Ahmad tetap mengatakan “ia boleh dibawa berbincang.”

“Tetapi dalam sistem sekarang, kerajaan perlu setuju dengan (cadang) pindaan itu dahulu, barulah rang undang-undang itu boleh digubal oleh Jabatan Peguam Negara.

“Dalam soal daftar undi automatik, kita tidak boleh paksa mereka mendaftar kalau mereka tidak mahu, mungkin kita fikir umur 21 tahun perlu mendaftar, tapi ada orang yang berfikiran berlainan.

“Kerajaan ada polisi, kita boleh usulkan atau beri apa sahaja cadangan, tapi kalau kerajaan setuju baru ia boleh dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu Ambiga, yang mendapat sokongan padu rata-rata peserta pada kedua-dua program itu tetap menegaskan, SPR mempunyai kuasa untuk melaksanakan lapan tuntutan yang dikemukakan.

Bahkan bekas presiden Majlis Peguam itu tetap mahu SPR menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13, sekiranya sistem biometrik masih tidak boleh dilaksanakan. Mengaku tidak akan menolak mana-mana sistem termasuk sistem biometrik jika terbukti baik, Ambiga yang mewakili 62 badan bukan kerajaan (NGO) mahu ia dikaji dan diteliti secara terperinci sebelum dilaksanakan.

“Dakwat kekal lebih murah dan berkesan daripada sistem biometrik, kalau mahu laksanakan sistem biometrik banyak perkara yang perlu dilakukan termasuk penjelasan kepada rakyat.

“Kita tidak mahu ia dibuat dengan terburu-buru kerana ia boleh mendatangkan masalah, jadi lebih baik gunakan dakwat kekal jika ia masih belum boleh digunakan,” kata Ambiga yang sentiasa mendapat sorakan dan tepukan gemuruh.

Menurut Wan Ahmad, walaupun sistem biometrik masih di peringkat kajian, namun beliau yakin ia adalah kaedah terbaik untuk menangani isu pengundi hantu yang sentiasa menghantui sistem pilihan raya. Setiap kali pilihan raya diadakan isu pengundi hantu akan sentiasa menjadi topik utama parti pembangkang dan SPR tetap menafikan kesahihan dakwaan itu.

“Satu-satunya jalan terbaik untuk mengenal pasti kewujudan nama pengundi bertindih adalah melalui sistem biometrik,” katanya.

Walaupun SPR dilihat menghadapi krisis kepercayaan daripada rakyat ekoran sikap berat sebelah agensi itu, namun sesi dialog secara terbuka boleh memberikan penjelasan terhadap isu-isu yang berbangkit. Malah dalam pertemuan kedua semalam banyak pandangan dan jawapan yang diberikan Wan Ahmad boleh diterima walaupun masih ramai yang tidak berpuas hati.

Menjelang pilihan raya umum ke-13, yang mungkin diadakan penghujung tahun ini, adalah amat wajar sekiranya sesi dialog oleh SPR diperbanyakkan agar rakyat terutamanya pengundi luar bandar yang tiada akses kepada Internet dapat mengetahui maklumat terkini tentang usaha-usaha yang dilakukan agensi itu.

Kita kena mengucapkan terima kasih kepada Bersih 2.0 kerana mengetengahkan isu-isu yang tidak diketahui ramai. Wacana dan forum terbaru ini menunjukkan ada kekurangan dan kelemahan dalam sistem SPR sendiri.

Sebagaimana diharapkan kerajaan perlu memanggil satu panel khas merangkumi semua pihak bagi memperbaiki sistem yang sedia ada. Rakyat perlu membantu SPR jika SPR tiada kuasa. Rakyat kena memberi SPR kuasa jika kuasa itu yang diperlukan. (IH)

Silika Tapis Arak Perlu Campur-tangan Mufti..



PEKAN, 29 Jul 11: PAS Pahang memohon campur tangan Mufti Pahang, berhubung isu pengeluaran bahan silika yang akan di gunakan bagi tujuan penapisan arak oleh sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat yang beroperasi di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan.

(Gambar di atas Ketua Penerangan [kanan] PAS Pahang Menyerahkan Memorandum Kepada Mufti Pahang)

Pandangan tersebut telah di suarakan oleh Ketua Penerangan Pas Pahang, Ustaz Suhaimi Md Saad pada sesi perjumpaan muhibbah PAS Pahang dengan Mufti Pahang, Datuk Haji Abdul Rahman bin Haji Osman yang di adakan pada 27 Julai 2011 di Pejabat Mufti Pahang, Pekan.

Beliau telah di iringi oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Pekan Ustaz Abu Kassim, Ketua enerangan Dewan Pemuda PAS Pahang Ustaz Fadhil Mohd Noor dan AJK kawasan dan pemuda.

Berhubung dengan isu berkaitan, Ustaz Suhaimi telah memaklumkan kegusaran pekerja dan juga rakyat berhubung hasrat kilang berkenaan untuk mengeluarkan sejenis produk yang di kenali sebagai ‘Daraclar’ ataupun nama santifiknya ‘Beer Stabilizer’.

Berdasarkan kepada fatwa yang di keluarkan pada 31 Julai 2004 di nyatakan hukum bekerja di kilang membuat silica adalah harus dan di bolehkan kerana ianya tidak termasuk mengeluarkan ain arak dan silika tersebut boleh di gunakan untuk tujuan lain seperti perusahaan cat, kaca dan sebagainya.

“Kita sedia maklum akan kepelbagaian kegunaan silika tersebut tetapi apa yang kami persoalkan ialah silika yang akan di hasilkan oleh satu binaan tambahan khusus di kilang tersebut yang kini dalam proses pembinaan adalah semata-mata untuk memenuhi keperluan industri arak. Daraclar atau Beer Stabilizer tiada kaitan langsung dengan perusahaan cat mahupun kaca,” jelas Ustaz Suhaimi.

“Kita mendapat maklumat dalaman bahawa Jabatan Mufti telah di berikan maklumat yang tidak menyeluruh sewaktu pertemuan oleh syarikat terbabit sebelum fatwa berkenaan di keluarkan. Hasilnya sekarang fatwa tersebut telah di jadikan ‘senjata’ oleh pihak tertentu bagi menghalalkan pengeluaran produk berkenaan," katanya.

Mufti juga di maklumkan bahawa berdasarkan maklumat yang boleh di dapati melalui laman web syarikat tersebut, jelas menunjukkan bahawa silika bagi kegunaan penapisan arak merupakan sebahagian dari aktiviti perniagaan syarikat berkenaan di seluruh dunia dan kini mereka memilih Malaysia sebagai platform bagi pengilangan dan pemasaran untuk rantau Asia Pasifik.

Ketua Penerangan PAS Pahang itu juga memaklumkan bahawa terdapat usaha dari pihak pekerja untuk bertemu dengan Mufti tetapi mereka telah di berikan amaran untuk tidak berbuat demikian.

“Justeru itu atas dasar kesedaran dan kepentingan kebajikan pekerja dan umat Islam, kami memohon pertimbangan pihak Mufti untuk menilai kembali isu ini dan dapat mengambill tindakan tegas dan segera,” ujarnya lagi.

Dalam kenyataan balasnya, Dato’ Haji Abdul Rahman memaklumkan bahawa pihaknya di maklumkan bahawa mereka di berikan penjelasan bahawa silika yang di hasilkan oleh syarikat tersebut boleh di gunakan secara umum dan tidak di khususkan untuk pengeluaran arak secara langsung.

Justeru itu beliau akan mengambil tindakan segera dengan memaklumkan semula kepada Majlis Fatwa berhubung perkara tersebut dan memohon penilaian semula berhubung status isu berkenaan.

Beliau juga memaklumkan akan memanggil semula pengurusan kilang terlibat bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung dakwaan tersebut.

Sebagai tambahan kepada hasrat Mufti Pahang tersebut, PAS Pahang berpendapat agar pekerja kilang tersebut turut di panggil bagi menyatakan pendapat dan maklum balas agar maklumat yang di terima pada kali ini lebih tepat dan telus.

Pada pertemuan tersebut, Ketua Penerangan Pas telah menyerahkan memorandum berkaitan isu tersebut yang memohon penjelasan dari pihak Jabatan Mufti dan amat berharap agar satu tindakan yang konkrit dapat di ambil dalam masa yang terdekat.

Beliau juga marakamkan rasa penghargaan terhadap layanan yang baik oleh Mufti Pahang dan juga kakitangan jabatan Mufti dan berharap agar jalinan kerjasama yang lebih baik pada masa akan datang demi kebaikan umat Islam. (IH)

Ibu Tunggal & B/Pinggang.. Perlunya N/Kebajikan.

Oleh PAS Miri

Ibu Tunggal Mohon Bantuan
Lahai Jau yang mengidap penyakit buah pinggang

Susulan daripada lawatan sambil menyumbang kepada penduduk setinggan di Pujut 3 bersama Datuk Sri Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Miri berapa hari yang lalu, PAS Miri sekali lagi berkunjung ke rumah sebuah keluarga yang memerlukan bantuan.

PAS Miri telah melawat ke rumah Rebecca Ajang anak Lahai Jau di pujut 3 untuk memberi sedikit sumbangan bagi meringankan penderitaan Lahai Jau (ibu Rebecca) yang mengidap masalah buah pinggang seperti yang tersebut dalam surat rayuan beliau.

Menurut Rebecca, ibu beliau sudah lama mengidap masalah buah pinggang dan setiap 3 kali seminggu mereka terpaksa berbelanja sebanyak seratus lima puluh ringgit (RM150.00) setiap kali melakukan dialysis di Bulan Sabit Merah Miri. Mereka juga pernah memohon bantuan daripada kebajikan masyarakat namun belum dapat bantuan yang sepatutnya.

Rebeca adalah ibu tunggal dan tinggal bersama ibu dan juga dua orang anaknya. Mereka juga hanya bergantung hidup dengan bekerja sendiri. Pendapatan yang tidak seberapa dengan menanggung kos dialysis sudah tentu menyukarkan lagi keadaan kehidupan mereka seharian.

YDP PAS Miri sedang menyampaikan bantuan kepada Ibu Rebecca

Mohon Bantuan Segera
Mereka merayu dan memohon kepada orang ramai dan sesiapa yang sudi menolong meringankan bebanan mereka boleh berhubung terus dengan Rebecca Ajang di talian 0198915991 atau salurkan bantuan terus ke Bank Account beliau seperti tersebut dibawah.
Public Bank Account : 4-5745987-18

PAS Miri Perihatin
Rombongan PAS Miri berbincang dengan keluarga Rebecca

PAS Miri sangat simpati dengan masalah mereka dan menyeru pihak yang berkenaan agar memberi perhatian dan bantuan segera kepada semua kaum yang memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. PAS akan mengamalkan konsep ke arah Negara berkebajikan untuk semua sekiranya diberi peluang memerintah Negara ini. PAS untuk semua.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di situlah perlunya negara kebajikan. Undilah PAS!

Lihat..

Motosikal Terpanjang Di Dunia.

COLIN FURZE menunggang sebuah motosikal yang mengandungi 25 tempat duduk di Grantham baru-baru ini.

JOM KREATIF

GRANTHAM, Britain - Seorang tukang paip, Colin Furze mencipta motosikal paling panjang di dunia dengan mempunyai 25 tempat duduk dan mampu bergerak pada kelajuan 56.3 kilometer sejam, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Furze menghabiskan masa selama sebulan untuk mencipta motosikal itu. Dia menggunakan rangka sebuah motosikal berkuasa 125cc dan memanjangkannya melalui penggunaan kerangka aluminium. Furze menunggang motosikal sepanjang 100 meter itu sejauh lebih satu kilometer di landasan Saltby di sini.

Menurut Guinness World of Records, motosikal terpanjang yang pernah direkodkan ialah 14 meter. Dia akan menghantar rakaman video mengenai motosikal itu selain tandatangan beberapa saksi kepada Guinness World of Records untuk mendapat pengiktirafan sebagai motosikal paling panjang di dunia. - Agensi

Lihat seterusnya..

E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'
E-Buku IH-10: \

Mengapa MP Sg Siput & 5 Rakan Dibebaskan?

Pemimpin PSM yang dibebaskan daripada tahanan Ordinan Darurat petang tadi. — Foto oleh Choo Choy May

KL, 29 Jul 11: Mengapa MP Sg Siput: dan 5 rakannya dibebaskan? Jawapannya ialah kerana Barisan Nasional (BN) sudah tidak sanggup berhadapan dengan risiko politik dengan kemerosotan populariti dan sokongannya ekoran tindakan menahan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) sejak awal bulan ini, seperti kata Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar malam ini.

Sehubungan itu tegas beliau, keputusan pentadbiran Najib membebaskan keenam-enam mereka adalah langkah politik dan bukannya kerana tindakan profesional polis. Dr Jeyakumar, 56, dan lima yang lain iaitu setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, A.P.Letchumanan, 49, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33 dan M.Sukumaran, 50, timbalan pengerusi PSM, M. Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R. Sarat Babu, 25, dibebaskan petang ini dalam satu tindakan mengejutkan banyak pihak.

“Mereka (BN) semakin kehilangan populariti dan sokongan rakyat memandangkan ia sangat tinggi kos dari segi politik bagi mereka untuk kekal menahan kami (di bawah Ordinan Darurat),” kata beliau kepada pemberita selepas berucap di hadapan penyokongnya di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur di sini.

Justeru Dr Jeyakumar memberitahu, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang tadi bahawa pembebasan mereka adalah selaras dengan undang-undang negara dan keputusan itu dibuat berdasarkan pemerhatian polis.

“Tidak, ia sudah tentu disebabkan tekanan daripada rakyat. Seleps lebih sebulan, tiada petanda sokongan awam kepada kami menurun, sebaliknya, ia mengalami peningkatan.

“Orang ramai berjalan, berpuasa di semua tempat. Ia menjadi satu keadaan (berisiko) yang terlalu besar bagi mereka,” kata beliau lagi.

Dr Jeyakumar menambah, Najib mengambil langkah bijak dengan membenarkan mereka dibebaskan sebelum keadaan bertambah buruk ke atas kerajaan.

“Ini bukan kerana polis sudah sedar ataupun menjadi jujur dan profesional. Tidak, mereka tidak,” katanya lagi.

Kata beliau, polis meletakkan keenam-enam mereka dalam tahanan untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia daripada menyuarakan pandangan mereka.

“Tetapi ia tidak menjadi. Orang ramai berani dan disebabkan mereka, saya bebas hari ini,” kata wakil rakyat penggal pertama ini.

Ketika ditanya mengenai tindakan susulan, Dr Jeyakumar berkata, beliau kemungkinan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan ke atas pihak berkuasa berhubung tindakan menahan mereka secara tidak sah.

“Tetapi kami baru sahaja keluar dan kami kena duduk dan berbincang,” katanya lagi.

Petang tadi, Najib berkata kerajaan menerima baik keputusan polis membebaskan enam aktivis PSM termasuk Dr Jeyakumar, yang ditahan di bawah Ordinan Darurat selama 28 hari. Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat berdasarkan pengamatan dan siasatan yang dilakukan oleh polis.

Bagaimanapun, beliau berkata terpulang kepada Peguam Negara untuk menentukan tindakan selanjutnya terhadap enam aktivis tersebut. Mereka ditahan pada 2 Julai lepas di Seberang Prai, Pulau Pinang mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan).

Terdahulu, mereka ditahan bersama 24 yang lain dalam sebuah bas persiaran di Plaza Tol Sungai Dua, Kepala Batas pada 25 Jun dan didakwa di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana cuba melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong. (JH/The Malaysian Insider)

Friday, July 29, 2011

Penduduk M'sia 28.3J, Bumiputera 67.4%

PUTRAJAYA, 29 Ju 11: Malaysia kini mempunyai 28.3 juta penduduk dengan bilangan lelaki melebihi wanita, demikian menurut laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.

Penduduk lelaki kini adalah 14.56 juta orang dan wanita 13.77 juta orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop ketika mengumumkan laporan itu, yang turut dihadiri Ketua Perangkawan Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof.

Nor Mohamed berkata purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan pula ialah sebanyak 2 peratus untuk tempoh 2000 hingga 2010, menurun berbanding 2.6 peratus bagi tempoh 1991 hingga 2000.

“Tidak seperti laporan terdahulu di mana ia telah memuatkan data awalan banci, laporan kali ini memuatkan data muktamad yang telah mengambil kira ralat liputan dan ralat kandungan yang diperoleh daripada Penyiasatan Penilian Liputan Banci,” katanya dipetik Bernama Online.

Banci 2010 adalah yang kelima dijalankan untuk menghasilkan data yang berguna untuk perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan negara. Banci sebelum ini telah dijalankan pada 1970, 1980, 1991 dan 2000.

Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi di Malaysia dengan 5.46 juta diikuti Johor (3.35 juta) dan Sabah (3.21 juta) manakala negeri yang mempunyai penduduk paling sedikit ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu 72,413 orang dan Wilayah Persekutuan Labuan (86,908).

Beliau berkata negeri yang mempunyai kepadatan penduduk paling tinggi pula ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu 6,891 orang diikuti Pulau Pinang (1,490) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1,478).

Katanya seiring dengan perkembangan pembangunan negara, perkadaran penduduk bandar meningkat kepada 71 peratus pada 2010 berbanding 62 peratus pada 2000.

Beliau berkata selain daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan paras urbanisasi 100 peratus, negeri lain yang mencatatkan paras urbanisasi yang tinggi ialah Selangor dan Pulau Pinang, masing-masing 91.4 dan 90.8 peratus.

Negeri yang mencatatkan paras urbanisasi yang rendah pula ialah Kelantan sebanyak 42.4 peratus, Pahang (50.5 peratus) dan Perlis (51.4), katanya.

Daripada 28.3 juta penduduk Malaysia yang terdiri daripada 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara, kumpulan etnik yang terbesar ialah bumiputera iaitu 67.4 peratus, Cina (24.6), India (7.3) dan lain-lain (0.7).

Di kalangan warganegara Malaysia, katanya, Melayu merupakan etnik utama di Semenanjung Malaysia iaitu 63.1 peratus manakala Iban mencatatkan 30.3 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat di Sarawak sementara Kadazan/Dusun merekodkan 24.5 peratus di Sabah. (IH/The Malaysian Insider)

AS & Yahudi Di Belakang Tuduhan Ulama Teroris?


KL 29 Jul 11: Adakah Amerika Syarikat (AS) dan Israel di belakang tuduhan ulama-ulama Malaysia sebagaai teroris?

Menurut Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar), tuduhan mengaitkan beberapa tokoh agama dengan pengganas bukanlah perkara baru dalam politik negara ini, bahkan ianya selaras dengan anggapan AS terhadap gerakan Islam.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

Menurut sumber, dalam taklimat tertutup antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama. Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini.

“Cuma yang agak menghairankan bilamana ulamak Muda Umno juga tergolong senarai pengganas." Kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

"Apakah Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengenakan mereka di bawah Ordinan Darurat, sebagaimana nasib enam aktivitis PSM yang sehingga kini rakyat tidak tahu apa jenis ancaman yang mereka bawa kerana menyokong Bersih 2.0?” soal beliau sambil menyokong saranan Dr Asri Abidin agar 40 ulama muda Umno ini menyemak kembali penyertaan mereka dalam parti itu.

“Tidak terfikirkah bahawa apabila ulamak Umno pun dicop sebagai pengganas, bukankah ini bermaksud pemimpin mereka lebih hebat lagi?

"Tapi, apa yang hairannya, inilah Umno. Bagi mereka, kerja lanun merompak wang negara dengan membunuh karear politik musuh dalaman atau luaran mereka adalah satu kerja yang halal dan wajib dilaksanakan asalkan kuasa politik mereka terjaga,” bidas beliau secara sinis.

Menurut beliau lagi, keghairahan Umno melalui agensi MKN membuat tuduhan mengaitkan Wahabi dengan pengganas bukanlah sesuatu yang baik untuk negara. Fahaman Wahabi yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mempunyai perbezaan dalam perkara furu', tapi bukan soal penafian prinsip Islam.

“Kerana itu, ia diterima dan dianuti oleh kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara lain. Arab Saudi, sekurang-kurangnya telah melaksanakan hukum hudud, Qisas dan Takzir, akan tetapi Malaysia masih terkial-kial mencari formula mengatasi masalah jenayah dalam negara.

"Umno dalam sejarahnya, pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum syarak, memperlekehkan sunnah nabi, menganggap negara akan mundur kalau melaksanakan Islam, bahkan lebih teruk dari itu, ada sebilangan pemimpin Umno pernah menganggap politik suku agama suku.

“Fahaman sekular yang dianuti oleh sebahagian pimpinan tertinggi menyebabkan Islam hanya ditadbir sebagai satu jabatan, bukan sebagai satu sistem kehidupan manusia.

"Bukankah ini bukti fahaman Umno yang berdasar sistem pragmatisme sebenarnya jauh lebih bahaya dari Wahabi?” soal beliau. (IH)

Anti Yahudi: Belum Sah, Tapi FAM Mohon Maaf

SUKAN

KL, 29 Jul 11: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meminta maaf kepada Chelsea hari ini ekoran kenyataan anti-Yahudi yang ditujukan kepada pemain tengah pasukan itu kelahiran Israel Yossi Benayoun ketika pertemuan persahabatan di ibu negara minggu lepas.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, FAM tidak mengesahkan sama ada insiden itu terjadi ataupun sebaliknya ketika perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 21 Julai lalu tetapi menegaskan jika benar, ia hanya melibatkan sekumpulan kecil daripada 80,000 penonton yang membanjiri stadium.

“FA Malaysia ingin menegaskan bahawa kami tidak merestui sebarang bentuk sikap perkauman dalam sukan bola sepak,” kata kenyataan itu.

“Jika insiden seumpama itu benar-benar berlaku, kami memohon maaf kepada pemain terbabit dan juga kepada kelab Chelsea,” tambah kenyataan itu.

Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel. Chelsea tidak membuat aduan mengenai isu itu dengan segera selepas perlawanan minggu lalu, sebaliknya hanya berbuat demikian kelmarin.

“Kami percaya Yossi (Benayoun) terdedah kepada kata-kata kesat anti-Yahudi oleh beberapa penyokong ketika permainan,” kata Chelsea.

“Tingkah lalu itu menyinggung perasaan, tidak boleh diterima sama sekali dan tiada ruang dalam sukan bola sepak,” katanya. — Reuters

Hak Cina Hakis Lepas DAP Berkuasa. Bukti... -MCA



P.PINANG, 29 Jul 11: Hak orang Cina makin terhakis selepas DAP berkuasa. Buktinya? Rakan karib Umno, MCA hari ini membelasah DAP kerana memberikan semua kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pulau Pinang kepada orang Melayu, Bumiputera and India Muslim tapi tidak kepada orang Cina dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Wanita MCA Pulau Pinang Tan Cheng Liang menempelak DAP yang didakwa mereka mengetepikan kaum Cina dalam penanugerahan kontrak JPS Negeri Pulau Pinang sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negeri tersebut pada tahun 2008.

“Tiada seorang pun kontraktor Cina dalam lima kawasan yang dianugerahkan projek JPS Negeri. Ini bukti bahawa walaupun dengan sokongan orang Cina untuk Lim Guan Eng dan DAP, hak orang Cina semakin terhakis selepas DAP berkuasa.

"Ini kerana DAP berpandangan ke hadapan dan sedar bahawa mereka tidak boleh mengharapkan sokong orang Cina selama-lamanya untuk mengukuhkan kuasa politik mereka di pilihanraya umum akan datang, tapi saya harap cubaan mereka untuk memberikan imej yang baik kepada semua kaum tidak dilakukan dengan menggadaikan hak orang Cina,” tulis beliau dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman web MCA.

Merujuk kepada kenyataan Guan Eng, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang pada 27 Julai yang lalu, Tan mengatakan kekesalannya apabila semua projek JPS Negeri diberikan kepada orang Melayu, Bumiputera dan India Muslim, di mana antara penerimanya 20 peratus adalah wanita.

“Oleh itu, saya terkejut dan saya tidak dapat memahami mengapa tiada satupun kontrak diberikan kepada mana-mana kontraktor Cina.

"Saya percaya bahawa kontraktor Cina sedar akan tender projek itu dan telah mengemukakan permohonan. Oleh itu, adakah kerajaan negeri menganggap permohonan mereka tidak lengkap?” soal beliau.

Pada pendapat Tan, kerajaan pimpinan Guan Eng sepatutnya adil kepada semua kaum dan tidak sewenang-wenangnya memberikan kontrak kepada kaum Bumiputera untuk membuat parti tersebut kelihatan ‘adil’.

Tan juga memberikan amaran secara tidak langsung kepada kerajaan Pulau Pinang dengan memberikan peringatan bahawa kontraktor-kontraktor bukan Cina yang dilantik mungkin ada masalah kredibiliti dalam menyiapkan kerja mereka dan menyeru kerajaan negeri berhati-hati ketika memilih kontraktor.

“Mereka juga harus memastikan kontraktor yang dilantik boleh menyiapkan projek tersebut dan tiada masalah yang wujud kepada infrastruktur negeri untuk menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat,” tambah beliau.

Kenyataan Tan hari ini sekaligus telah memberi tamparan dan menidakkan tindakan Kimma, Umno dan media tradisional khususnya yang seringkali menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang telah menganiaya orang Melayu. (IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Orang Melayu Pulau Pinang kena sedar tu... Bahkan hak-hak Islam di Pulau Pinang pun mula terbela berbanding di bawah BN dulu.)

Sambutan Aidillfitri, Kit Maklumat Khas PRU 13

Oleh Clara Chooi

KL, 29 Jul 11: Sambutan Aidilfitri kali ini bakal memperlihatkan kelainan berbanding tahun lalu. Para pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat akan dibekalkan dengan kit maklumat khas yang membawa bersama strategi perikatan itu menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Misi mereka tidak lain tidak bukan bertujuan memastikan semangat perhimpunan Bersih 2.0 berterusan dan Pakatan Rakyat melancarkan kempen prapilihan raya umum tidak formal mereka. Pakatan Rakyat mengambil langkah ini — program Balik Kampung — ketika perikatan tiga parti itu mendakwa pengundi terus berhadapan dengan masalah akses kepada maklumat mereka sediakan.

Jadi, ia mahu menggunakan pendekatan mudah itu untuk mendampingi rakyat di kawasan luar bandar dan memikat sokongan mereka menjelang pilihan raya umum ke-13. Spekulasi terbaru menunjukkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat selepas sambutan Aidilfitri, yang jatuh awal September. Meskipun spekulasi awal menyebut pilihan raya umum kemungkinan diadakan tahun depan tetapi perkembangan seminggu dua ini memberi gambaran sebaliknya. The Malaysian Insider difahamkan fokus usaha terbaru Pakatan Rakyat ialah pengundi kalangan orang Melayu.

Seperti lazimnya sebahagian besar warga Lembah Klang akan menuju kampung halaman masing-masing di seluruh negara ketika Aidilfitri. Selain Selangor, Pakatan Rakyat turut menguasai Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Perak pada pilihan raya umum 8 Mac 2008. Perak kemudian jatuh ke tangan Barisan Nasional awal 2009.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mahu menggunakan kesempatan Aidilfitri, malah termasuk bulan Ramadan, yang bermula bulan depan bagi menghebahkan “mesej Pakatan Rakyat”.

“Ramadan bukan satu alasan bagi kami untuk duduk dan relaks. Ia bulan penting bagi Muslim dan orang Melayu di Malaysia, di samping doa dan solat yang lazim dikerjakan, kami harus menggunakan peluang pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli kami ketika balik kampung, membawa bersama isu-isu ini, risalah, untuk menyebarkan mesej Pakatan Rakyat,” kata Timbalan Presiden PKR Azmin Ali kepada The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Gombak ini berkata PKR sudah pun menyediakan kit maklumat khusus yang terdiri daripada penerangan mengenai isu perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai dan menggariskan kandungan janji Pakatan Rakyat menerusi Buku Jingga. Buku Jingga dilancarkan pada 19 Disember lalu.

“Kami telah memanggil pengarah program Demi Rakyat dari setiap cabang ke ibu pejabat minggu lalu dan mereka diberikan kit maklumat ini dan butiran, dan setiausaha agung kami menjelaskan kepada mereka apa yang perlu dilakukan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, partinya bercadang untuk mengadakan forum antarabangsa yang akan disertai wakil kumpulan pembaharuan pilihan raya dari luar negara dan bekas ahli politik atau anggota masyarakat madani dari negara-negara seperti Jerman, United Kingdom, Indonesia dan Amerika Syarikat.

“Kami akan terus berhubung dengan Suruhanjaya Pilihan Raya dan juga wakil diplomatik, dengan mengemaskinikan mereka dengan butiran mengenai keadaan demokrasi di Malaysia dan meneruskan program jelajah semasa dengan diadakan majlis ceramah bagi menjelaskan isu-isu berkaitan Bersih,” katanya.

Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan Tony Pua berkata, usaha parti itu untuk terus menyegarkan mesej Bersih 2.0 akan dipertingkatkan menerusi majlis-majlis ceramah makan malam dan program komuniti bersama pengundi Muslim ketika Ramadan.

“Kami akan berdialog dan menyertakan bersama komuniti Muslim dan menerusi ini, mesej akan disampaikan ke bawah. Kita mesti meneruskan perbincangan berterusan kerana pada umumnya, orang ramai akan melupakan isu-isu semasa selepas tiga bulan,” katanya.

Bagaimanapun, soal Bersih 2.0 dan tuntutan perubahan pilihan raya bukan hanya satu-satunya isu yang Pakatan Rakyat mahu menghebahkan kepada pengundi kawasan luar bandar ketika sambutan Aidilfitri.

“Kami harus mempelbagaikan, bergerak daripada hanya memberi tumpuan pada isu Bersih. Bersih adalah penting tetapi kadangkala kepada pengundi Melayu, ia sebenarnya bukan satu-satunya isu menarik perhatian mereka,” kata Dzulkefly yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Sebaliknya, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat akan memfokus pada isu yang sebati dengan kehidupan mereka, dengan mengambil kira soal kenaikan kos menjelang Hari Raya Puasa kali ini.

Dengan kadar inflasi mencecah paras tinggi, ekoran peningkatan harga makanan dan pengangkutan, kebanyakan keluarga dipercayai akan memotong perbelanjaan bagi mengikat kos sambutan kali ini. Justeru, kata Dzulkefly, isu-isu ekonomi akan menjadi “menu” utama fokus mereka kali ini.

Kata beliau, selain itu pihaknya juga akan membawa isu-isu berkaitan salah urus ekonomi dan jurang pendapatan selain soal rasuah. Tanpa memperincikan pendekatan PAS, Dzulkefly berkata, pihaknya akan mengedarkan bahan-bahan maklumat seperti risalah dan CD kepada masyarakat kampung selain mengadakan program-program yang sangat spesifik sepanjang bulan Ramadan.

Berbanding Dzulkefly, Azmin yang juga ketua PKR Selangor menegaskan, isu Bersih 2.0 masih kekal penting dan harus diperjelaskan dengan terperinci kepada mereka yang tinggal di luar kawasan Lembah Klang. (IH/The Malayian Insider)

Isu Cincin RM24J: Fitnah, Tiada Masa Layan -Rosmah



KL 29 Jul 11: Dalam kenyataan pertama sejak isu pembelian cincin berharga lebih RM24 juta muncul tiga minggu lalu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, menyifatkan dakwaan yang mengaitkannya sebagai satu fitnah dan beliau tiada masa mahu melayan perkara itu.

Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri beliau lebih senang memberi tumpuan terhadap perkara lebih berfaedah, terutama dalam hal dan agenda pembangunan rakyat daripada melayan isu tidak relevan.

“Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh),” kata beliau dipetik Berita Harian hari ini.

“Ini bukan perkara seronok-seronok, ini adalah fitnah . . . apa yang saya tidak rasa? Semua saya sudah rasa (difitnah).

“Justeru, daripada saya layan perkara seumpama ini lebih baik saya beri perhatian kepada hal rakyat kerana itu lebih penting,” katanya kepada pemberita di Pokok Sena, Kedah, semalam.

Ekoran kemunculan isu itu, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dua minggu lalu.

Ketua PKR Rembau itu turut mendesak supaya Rosmah memberi penjelasan sumber wang yang dibelanjakannya untuk membeli cincin tersebut.

Badrul berkata beliau juga akan menyerahkan salinan cetakan dokumen itu dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berharga RM24.4 juta itu bebas daripada dikenakan cukai import.

Beliau yang popular dengan panggilan Chegubard berkata, berdasarkan maklumat yang diterima SAMM pada 16 April lalu, berlian yang dikenali sebagai “Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond” diterbangkan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Rosmah yang berada di Kedah mengiringi Datuk Seri Najib Razak dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri ini semalam diminta mengulas dakwaan portal berita pembangkang baru-baru ini kononnya beliau membeli sebentuk cincin bertatahkan berlian bernilai lebih RM24 juta.

Sementara itu, Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri yang mempunyai kelulusan dan kelayakan lebih wajar baginya untuk menyumbang kepada usaha membantu rakyat termasuk usaha memantapkan pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar.

“Saya lebih senang dengan apa yang saya lakukan sekarang bagi membantu rakyat terutama dalam hal memperkasa pendidikan awal kanak-kanak terutama di luar bandar kerana bagi saya ilmu adalah harta paling bernilai untuk masa depan mereka,” katanya. (IH)

Tahniah! Album Upin & Ipin Unt. Raya Dilancar .

HALAMAN HIBURAN
Upin&Ipin bersama adik Asyiela Putri Azhar dan Rosmin Hasnim. Foto FAIHAN GHANI

Kl 29 jUL 11: Selepas popular dengan siri kartun animasi Upin & Ipin, syarikat produksi Les’Copaque dengan kerjasama Nova Music bakal menerbitkan sebuah album Hari Raya berjudul Seronoknya Raya bersama Upin & Ipin. Menurut Penerbit Eksekutifnya, Rosmin Hashim, album yang memuatkan lima buah lagu Hari Raya nyanyian adik Asyiela Putri Azhar ini akan berada di pasaran pada 9 Ogos depan.

“Ini merupakan projek pertama antara Nova Music dan Les’ Copaque yang mana ia memuatkan lima buah lagu Hari Raya digemari ramai.

“Selain menyanyikan semula lagu tersebut dengan versi Upin&Ipin kita turut menyelitkan dialog-dialog berunsur nasihat,” katanya pada Majlis Pra Dengar Album Raya Seronoknya Bersama Upin&Ipin, di studio rakaman NAR Records di Taman Tun Dr Ismail di sini, Rabu.

Lima lagu yang bakal dimuatkan ialah Satu Hari Di Hari Raya, Suasana Di Hari Raya, Selamat Hari Raya, Suasana Hari Raya dan Balik Kampung. Album ini juga akan dipasarkan secara cakera padat dan boleh dimuat turun sebagai nada bunyi. Selain itu, jelas Rosmin projek kedua untuk menerbitkan album Upin & Ipin akan dimulakan selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Kami sedang merancang untuk pembikinan album kedua yang bakal memuatkan beberapa lagu baru dan lagu rakyat.

“Insya-Allah ia akan disiapkan pada penghujung tahun ini dan akan berada di pasaran,” ujarnya.

Rosmin turut berkata perancangan untuk memasarkan album-album Upin & Ipin di pasaran Indonesia berikutan sambutan menggalakkan di negara jiran tersebut.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Karya yang lepas-lepas amat menarik. Sesuai dengan kehendak masyarakat Malaysia dan Indonesia, dakwah Islam, pendidikan dan sebagai hiburan alternatif kepada hiburan yang bercanggah dengan Islam. Al-hamdulillah dan tahniah!! (IH)

Kedah Diserang Duit, Mampukah Pakatan Bertahan?


NAJIB (kanan) bersalaman dengan orang ramai yang menyambutnya pada Majlis Kenduri Rakyat di Padang Awam Guar Chempedak, Yan semalam.
Lihat betul-betul gambar PM, guna wang kerajaan, tapi pakai lambang dacing (BN)

YAN 29 Jun 11: Betulkah Kedah diserang duit atau bantuan? Berapa peratuskah yang akan sampai kepada rakyat? Mampukah kerajaan Pakatan yang diketuai PAS boleh bertahan dalam PRU 13?

Lihat berita ini...

Dikatakan kerajaan memperuntukkan RM2.2 bilion bagi membangunkan infrastruktur di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bagi tempoh 10 tahun mulai tahun ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, melalui pembangunan itu, pendapatan petani juga dapat ditingkatkan menerusi peningkatan hasil padi dari enam metrik tan sehektar kepada 10 metrik tan sehektar.

Katanya, mulai tahun ini, sebanyak RM45 juta diperuntukkan dan jumlah tersebut akan bertambah sepanjang tempoh itu. “Peruntukan ini akan digunakan bagi tujuan pengambilan tanah dan membangunkan kemudahan serta infrastruktur di kawasan MADA,” katanya pada majlis kenduri rakyat di Guar Chempedak di sini semalam. (IH)

Thursday, July 28, 2011

Piala Dunia 2014: Impian Malaysia Berkecai

SUKAN
KL, 28 Jul 11: Malaysia dan Singapura terikat 1-1 pada perlawanan kedua pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini. Dengan kedudukan itu Singapura menang agregat 6-4. Pasukan negara tewas 3-5 dalam perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar Sabtu lalu. (IH)

Dedah Lagi, Pengundi Hantu Sundal BN..

KL Jul 11: (Ada) "Pontianak harum sundal malam!!" (kata seseorang dalam kartun Zunar Tanah Airku sudah lama disiarkan seperti di atas. Jawab temannya..) "Bukan.. Itu pengundi hantu sundal BN!"

Maka Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini terus mendedahkan kepincangan sistem pilihan raya di tanah air ini di bawah kelolaan Barisan Nasional (BN) dengan mendakwa manipulasi boleh berlaku pada Borang 11.

Menurut exconya Suhaizan Kaiat, Borang 11 merupakan borang yang membolehkan pengundi hantu untuk mengundi semasa pilihan raya. Jelasnya, Borang 11 merupakan borang akuan akuan daripada pemilih yang mungkin mempunyai sedikit perbezaan nama atau no kad pengenalan dalam daftar pemilih yang menyebabkan beliau tidak dapat mengundi.

Bagaimanapun, ketua tempat mengundi katanya mempunyai kuasa yang besar untuk meluluskan sebarang permohonan daripada pemilih tadi dan membolehkan pemilih tadi mengundi seperti biasa.

"Di sinilah ruang manipulasi yang boleh digunakan oleh pengundi hantu," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Borang 11 diperakukan oleh seksyen 20(1) dan 20(2) Peraturan-peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) 1981 seperti berikut :

20 (1) Ketua tempat mengundi di mana-mana tempat mengundi boleh, menurut budi bicaranya, menghendaki mana-mana pengundi, sebelum dia diberikan suatu kertas undi, untuk memberikan apa-apa keterangan mengenai identitinya sebagaimana yang difikirkan perlu oleh ketua tempat mengundi dan untuk membuat serta menandatangani akuan yang dinyatakan dalam borang 11 dalam Jadual Pertama dan tiap-tiap akuan itu hendaklah dikecualikan daripada duti setem.

20 (2) Jika mana-mana orang tidak memberikan keterangan itu atau enggan membuat akuan itu, ketua tempat mengundi hendaklah enggan memberikan kertas undi kepadanya.


Beliau turut mengemukakan contoh situasi bagaimana manipulasi Borang 11 boleh berlaku, seperti berikut:

Pada awal pagi Sharudin Bin Hussain yang mempunyai kad pengenalan baru 660808-02-6013 mengundi di Dun Bukit Selambau, Parlimen Merbok, Kedah tanpa sebarang masalah.

Pada sebelah petang beliau mengundi di Dun Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah dengan membawa kad pengenalan yang sama namun nombor kad pengenalannya tidak sama dengan yang terdapat dalam daftar pemilih di Dun Pantai Merdeka. 4 digit nombor dihujungnya iaitu 6031 ditulis 5811 pada rekod daftar pemilih Dun Pantai Merdeka.

Maka beliau akan memberi alasan bahawa kad pengenalan lamanya sama iaitu A0509568. Oleh itu identiti Sharudin Bin Hussain dalam dafar pemilih Dun Pantai Merdeka, Parlimen Sungai Petani adalah identitinya. Beliau mengisi borang 11 dengan menyatakan bahawa nombor 4 digit dibelakangnya adalah salah iaitu bukan 5811 sebaliknya 6013 seperti dalam kad pengenalannya yang sah.

Ketua tempat mengundi dengan kuasa yang ada padanya boleh meluluskan permohonan ini. Maka Sharudin Bin Hussain boleh mengundi dua kali dalam pilihanraya tersebut.

Sehubungan itu, Suhaizan berkata ruang manipulasi borang 11 tersebut sewajibnya ditutup oleh SPR bagi mengelakkan pengundian lebih daripada sekali.

"Dewan Pemuda PAS mendesak agak borang 11, seksyen 20(1) dan 20(2) digugurkan daripada Peraturan-peraturan Pilihan Raya(Perjalanan Pilihan Raya) 1981. Walaupun ketua tempat mengundi mempunyai kuasa terhadap borang 11 tetapi kuasa ini sangat mudah dimanipulsi," tegasnya.

Sebelum ini Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dato Wan Ahmad bin Wan Omar telah mengaku bahawa terdapat kad pengenalan klon dalam daftar pemilih yang sah.

Kenyataan beliau telah dikeluarkan oleh The Star bertarikh 24hb Julai 2011 di bawah tajuk ”EC: Help us purge ‘clones’ from electoral roll” yang secara tidak langsung beliau telah mengaku bahawa pengundi hantu benar-benar wujud dalam daftar pemilih yang sah.

Maka di tanah airku jelas ada 'pontianak harum sundal malam' atau pengundi hantu (dulunya harum sekarang tidak) sundal BN!! (IH)

Lihat sebelum ini...

SPR Akui Ada Pengundi Klon/hantu -P/PAS

Menjejaki pengundi hantu.

Pengundi hanu di Tenang?
KL, 28 Jul 11: Pihak SPR dilaporkan telah mengakui secara terbuka bahawa masih terdapat ‘pengundi klon atau hantu’ yang belum dibersihkan dalam daftar pemilih, kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS pusat Mohd Sany Hamzan dalam satu kenyataan hari ini.

Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS menegaskan tidak akan berkompromi, sebaliknya akan mengambil tindakan tegas ke atas pihak-pihak yang cuba untuk meneruskan agenda ‘kotor’ dalam melakukan penipuan bagi merosakkan sistem pilihan raya di Malaysia.

Justeru, Dewan Pemuda PAS telah membuat laporan polis terhadap pemilih yang mempunyai dua pengenalan diri dalam daftar pemilih induk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kelmarin. Sayap muda PAS itu akan membuat laporan polis serentak esok di setiap negeri.

“Pihak SPR juga telah mengakui secara terbuka bahawa masih terdapat ‘pengundi klon atau hantu’ yang belum dibersihkan dalam daftar pemilih,” katanya.

Sany berkata Jabatan Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS juga akan meneruskan siri-siri penerangan dan pendedahan terhadap penipuan dan penyelewengan sistem pilihan raya dalam negara. Difahamkan, program akan dilaksanakan di hotel De Palma Ampang bermula pukul 9.30 pagi hingga 12.30 tengah har, Khamis depani.

Pelbagai institusi yang berkaitan langsung dan tidak langsung dengan pilihan raya, pihak NGO, parti-parti politik dan orang perseorangan akan dijemput untuk mengambil bahagian,” katanya.
"Sila jemput blogger-blogger Pakatan sama.. " Rayu sebuah blogger Pakatan ketika dihubungi sebentar tadi. (IH)

253 Lagi, Peneroka Saman FELDA Tuntut Gantirugi.


KUANTAN, 27 Jul 11: Seramai 253 orang lagi peneroka di kawasan Felda Gugusan Jengka, akan memfailkan saman dan menuntut ganti rugi terhadap Felda kerana manipulasi dan penipuan yang dilakukan agensi itu terhadap mereka.

Di fahamkan jumlah peneroka dari beberapa Felda yang memfailkan saman mereka meningkat kepada 964 orang. Setiap peneroka menuntut RM458,000 kerugian yang ditanggung sejak 15 tahun lalu, berhubung Kadar Gred Perahan Asas (OER) buah kelapa sawit yang lebih rendah dari nilai asal. Ia termasuk tindakan Felda Palm Industries yang tidak mengira hasil tandan kelapa sawit peneroka yang dihantar kepada pengilang itu, dengan alasan buah kepala sawit muda dan mengkal.

Tindakan saman ini i menyebabkan ada Pengurus dan pegawai-pegawai dari beberapa Pejabat Felda di sekitar Jengka sedang giat menjalankan kempen mengugut peneroka Felda yang memfailkan saman mereka seperti di Felda Jengka 8, Jengka 3 dan Jengka 18. Di antara ugutan yang digunakan ialah penafian kepada peneroka-peneroka itu ke atas bonus tahunan dan "duit raya".

Namun difahamkan peneroka-peneroka tidak mempedulikan ugutan ini kerana sejak mereka memulakan tindakan menyaman Felda, peratusan perahan KPG mereka telah berjaya dinaikkan dari 18% kepada 21%, dan kenaikan ini sudah melebihi bonus tahunan dan juga hari raya yang boleh diterima mereka.

Pada 17 Jun lalu, seramai 711 orang peneroka rancangan Jengka telah memfailkan saman sebanyak RM344 juta berhubung dakwaan penipuan dan pecah amanah. Felda sebelum ini turut disaman di Kelantan, Johor dan Negeri Sembilan. Dalam kenyataan tuntutan mereka, peneroka berkenaan mendakwa mereka sejak 15 tahun lalu dibayar mengikut OER yang rendah dengan purata 18.5 peratus. Namun kadar sebenar OER didapati lebih tinggi apabila mereka menghantar contoh rawak hasil buah kelapa sawit kepada makmal bebas untuk menilai kadar sebenar OER.

Keputusan ujian makmal itu menunjukkan kadar purata lebih tinggi sebanyak 27 peratus, yang bermaksud perbezaan purata 8.5 peratus berbanding kadar yang digunakan oleh Felda Palm Industries. Dengan perbezaan 8.5 peratus itu, Felda telah menyebabkan setiap peneroka kerugian RM257.60 setan, iaitu RM30,912 pada tahun 2008 sahaja.

Sementara itu hari ini, PAS tetap mengalu-alukan dan menyokong penuh tindakan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang melarang wanita Islam bekerja sebagai GRO mulai tahun depan, walaupun dianggap terlambat. (IH)

Bolasepak M'sia: Selamat Cipta Rekod Baru -N/Aziz


SUKAN
KL 28 Jul 11: Selamat mencipta rekod baru untuk bolasepak Malaysia! Demikian harapan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau juga berharap pasukan bola sepak negara memenangi perlawanan menentang Singapura, malam ini.

“Saya berharap agar Malaysia dapat memenangi perlawanan bola sepak menentang Singapura pada hari ini. Semoga dapat melakar sejarah,” ujarnya di laman Twitter.

Secara peribadi, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berharap penjaga gol anak negeri itu, Khairul Fahmi dapat diturunkan untuk mengawal gawang pasukan negara. Namun, kata beliau segalanya terpulang kepada percaturan pihak berkenaan.

“Selamat mencipta rekod baru untuk bolasepak Malaysia!” ujarnya.

Pertemuan skuad Harimau Malaysia dengan Singapura pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 malam ini dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar, Kallang, Singapura 23 Julai lalu, pasukan negara tewas 3-5.

Semenara itu, Ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal tidak kisah sama ada pertembungan Malaysia dan Singapura malam ini bakal menyajikan pesta jaringan seperti aksi pertama Sabtu lalu ataupun sebaliknya.

Ini kerana apa yang penting baginya adalah mencari gol yang cukup untuk ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014.

BENGANG...gelagat penyokong negara yang kempunan selepas tiket menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Singapura habis dijual, semalam.
Gelagat penyokong negara yang kempunan selepas tiket menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Singapura habis dijual, semalam.
(IH)

Pelanunan Di Somalia. ''Kami Penyelamat Lautan'.

Pemimpin mereka.
Business pelanunan di Somalia..
KL 28 Jul 11 Perompak Somalia menolak jika mereka disebut perompak, mereka lebih memilih disebut sebagai 'penyelamat lautan'. Mereka juga tidak pernah membunuh seperti yang dibayangkan, mereka hanya melanun. Pengakuan ini disampaikan oleh salah seorang perompak Somalia, Boyah, yang ditemui oleh salah satu wartawan Guardian, Rabu, 25 Mei 2011.

Boyah tinggal di peternakan, sekitar 15 kilometer dari luar kota Garowe, wilayah Eyl, Somalia. Lelaki berumur sekitar 40an ini menolak jika dikatakan dia adalah perompak. Dia lebih memilih kata 'penyelamat lautan' kerana aktiviti perlanunan yang mereka lakukan pada awalnya adalah untuk mengusir perampok hasil laut di perairan Somalia pada tahun 90an.

Perlanunan yang kini dia lakukan dianggapnya sebagai bayaran cukai terhadap kapal yang melintas di perairan Somalia. Boyah mengaku bahwa dia adalah kepala dari 500 perompak di kawasan itu. Dia memimpin sekitar 35 kelompok perompak. Boyah juga bertanggungjawab atas perekrutan para perompak. Salah satu kriteria yang ditetapkan oleh Boyah untuk seorang perompak cuma satu, "Dia tidak takut mati."

Boyah mengatakan dia telah melanun sekitar 25 kapal. Dalam merompak Boyah mengatakan kelompoknya mengepung kapal sasaran seperti serigala mengepung mangsa. Jika kapal sasaran tidak takut dan malah menyerang balik atau kabur dengan kecepatan tinggi, maka mereka menyerah.

"Hanya 20 sampai 30 persen upaya pembajakan kami yang berhasil. Hal ini kerana mesin kapal kami kalah kecepatan dengan mereka, atau adanya campur tangan tentera," ujarnya.

Jika kapal sasaran tertangkap dan dibayarkan tebusan, wang dibahagikan ke berbagai pihak. Setengah dari tebusan, ujar Boyah, diberikan kepada para perompak. Baki diberikan kepada pemodal, iaitu orang yang memberikan kapalnya dan minyak untuk operasi perompakan, penjaga pantai, penterjemah, atau disumbangkan kepada orang miskin.

Kendati masuk dalam kategori pencurian dengan kekerasan, namun Boyah mengatakan bahwa mereka bukanlah orang yang berbahaya. Perompak, ujarnya, juga punya moral. "Kami bukanlah pembunuh, kami tidak pernah membunuh siapapun, kami hanya menyerang kapal," ujarnya.

Boyah mengaku bahawa dia telah melakukan hal yang salah dengan melakukan pelanunan. "Kami sedar kalau kami salah. Kami juga sadar kami tidak lagi memperoleh sokongan masyarakat," ujarnya.

Sokongan makin redup, jelasnya, kerana banyaknya delegasi dari pemerintah mahupun tokoh-tokoh agama yang mengatakan tindakan perompakan mereka adalah haram. Kerana hal ini jugalah, jumlah perompak di Somalia semakin kurang dan banyak yang memilih mencari pekerjaan yang halal. (IH)

Tak Boleh Paksa Keluar Masuk/Islam -Mualaf Bushill



LONDON Jun 2011: Lucy Bushill-Matthews (gambar), Muslimah yang baru masuk Islam (muallaf) dan ibu dari tiga orang anak, membawa khazanah baru dalam dunia Islam. Beliau wanita berpendidikan, dan gemar menulis.

Beberapa tulisannya dibukukan, yang terbaru tentang hal-hal keseharian menjadi Muslimah, yang diterjemahkan dalam bahasa Indonesia oleh penerbit Lentera Hati menjadi "AKU SEORANG MUSLIMAH MUALLAF: Kisah Lucu dan Sedih Menjadi Muslimah di Tanah Eropa".

Kepada Majalah Wanita Emel, beliau menulis refleksi tentang pilihan Islam. Berikut ini buah fikirannya:

Berita terbaru adalah tentang bersyahadatnya Lauren Booth, ipar Tony Blair. Muslim hampir secara universal gembira bahawa 'saudara perempuan' lain telah memilih untuk memeluk Islam. Walau diakui Booth: banyak yang suka, banyak pula yang tidak suka dengan pilihannya.

Al-quran menjunjung tinggi prinsip: "Tidak ada paksaan dalam menganut Islam." (2:256)

Pasal 18 dari Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948 menyatakan: "Setiap orang berhak atas kebebasan berfikir, mengikuti hati nurani dan tuntunan agama."

Hal ini termasuk kebebasan untuk memilih agama, kebebasan untuk memilih bagaimana untuk menjalani hidup kita dengan iman sebagai kompas penuntun, kebebasan untuk membesarkan anak-anak kita dalam kerangka itu, dan -dari sudut kontroversial - kebebasan meninggalkan agama itu.

Ketika Nabi Muhammad mulai berkhutbah kepada masyarakat sekitarnya tahun 610M, hanya beliau sendiri sebagai seorang Muslim. Meskipun telah ada sepanjang sejarah kaum muslim (dengan 'm' kecil), secara harfiah bererti orang-orang yang beriman kepada Tuhan, namun belum ada yang percaya pada kredo lengkap, "Tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusanNya".

Di era itu, setiap Muslim setelah Muhammad, adalah mualaf. Muslim bersukacita ketika orang lain menerima Islam, dan para pemimpin suku politeistik dari Quraisy menjadi semakin gelisah, pada satu titik mengusir seluruh masyarakat Muslim ke sebuah lembah tandus selama tiga tahun.

Hari ini, mengubah juga disambut dengan reaksi campuran, meskipun tanpa koreaksi yang sama dilontarkan jika ada Muslim baru. Masing-masing berlumba-lumba mencari tahu mengapa ia menerima Islam. Saya terkesan dengan jawaban Yusuf Islam alias Cat Stevens tiap kali ditanya tentang mengapa beliau masuk Islam, "Ya, mengapa kamu ikut Islam? Saya seorang Muslim untuk alasan yang sama seperti kamu."

Sayangnya, banyak umat Islam yang tidak sedar, mengapa ia beragama Islam. Banyak Muslim yang menjadi Muslim hanya kerana orang tua mereka Muslim. Bagaimanapun, adalah wajar bagi orangtua untuk memilih membesarkan mereka dalam iman mereka sendiri.

Sayangnya, jika kita mengalami pendidikan budaya yang ketat, ini boleh keliru ...dengan menyalahkan semua pada agama kita. (Padahal, mungkin itu pola asuh orang tua yang salah, pen.). Anak-anak saya sudah protes pada pendidikan Islam mereka, yang mencoba untuk memasukkan nilai-nilai moral dan kebiasaan serta dasar teologis Islam.

"Saya ingin memiliki kehendak bebas saya," kata puteri saya yang menginjak pra remaja, tertekan tentang desakan orangtuanya untuk memastikan kamarnya rapi.

"Hidupku akan sangat jauh lebih baik jika saya bukan Muslim," lanjutnya. "Saya perlu berdoa dan memberi makan arnab, membaca Alquran dan kamarku rapi.

Anak saya yang berusia lapan tahun juga sangat percaya pada kebebasan pribadi. Dia menulis dalam jurnalnya, "Itu membuat saya sedih, saya perlu lakukan apa saja yang saya diberitahu untuk melakukannya. Saya selesa jika saya dapat apa yang saya inginkan."

Kita pasti mengakui dan menghormati pilihan anak-anak kita sendiri. Saya telah ditanya beberapa kali oleh orang-orang, beberapa dari mereka Muslim, "Bila kamu akan membuat anak kamu pakai jilbab?" Seolah-olah masalah itu ada di tangan saya, bukannya pilihan yang sangat pribadi.

Anak tertua saya, dia telah memutuskan dia ingin membuat pilihan sendiri. "Ketika aku dewasa," katanya, "Aku akan melihat semua agama dan melihat mana yang paling masuk akal bagiku."

Saya hanya boleh berharap dia seorang 'peneliti' yang baik, walaupun sebagai seorang Muslim amat wajar saya berharap dia memilih Islam.

Sebuah kes baru-baru di AS, terlibatnya remaja Fatimah Rafiqah Barry yang memilih agama Kristian, melarikan diri dari orang tua Islamnya, menuduh dia akan dibunuh jika ia kembali. Namun dikatakan dalam Alquran (4: 80) "Dan orang-orang yang berpaling, kami tidak mengutus kamu sebagai wali mereka" .

Ubaydallah ibn Jahsh pada zaman Rasulullah meninggalkan Islam dan menganut Kristian. Ia hidup bebas sebagai seorang Kristen sampai dia meninggal. Kita mungkin tidak setuju dengan pilihannya, tetapi dalam hal ini setiap orang bertanggung jawab pada akhirnya kepada Allah, dan bukan untuk orang lain.

Al-quran mencabar kita, "Jika telah menjadi kehendak Tuhanmu bahawa semua orang di dunia perlu beriman, maka semua orang di bumi akan beriman! (10:99)

Saya hanya boleh terus berdoa, semoga anak-anak saya tetap tumbuh dalam keimanan, dan ketika besar, tetap memilih Islam sebagai agamanya.

(Lucy Bushill-Matthews, adalah penulis Welcome to Islam – a Convert’s Tale dan kini mengelola beberapa madrasah di England/Sumber: Emel/IH)

Lihat..

E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

Bebaskan 6 Ditahan, MIC Sokong BERSIH Atau Kaum India?


KL, 27 Jul 11: MIC sokong BERSIH 2.0 atau sokong kaum India? Demikian pertanyaan yang timbul bila Timbalan Presiden MIC Datuk Dr S Subramaniam (gambar) mahu Ketua Polis Negara dan Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula penahanan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk ahli Parlimen Sungai Siput di bawah Ordinan Darurat sejak awal bulan ini.

Dr Subramaniam yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, sehingga kini polis belum lagi menunjukkan bukti yang meyakinkan berhubung alasan menahan keenam-enam mereka kononnya mahu menggulingkan kerajaaan.

“Malah ada petanda-petanda mengelirukan bahawa mereka ditahan kerana pembabitan dalam Bersih.

“Bagaimanapun mereka ditahan lebih awal, dan kebanyakan mereka yang terlibat dalam (perhimpunan) Bersih tidak pula ditahan dan mereka yang ditahan juga sudah pun dibebaskan,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Sehubungan itu kata beliau, polis sewajarnya mengkaji balik penahanan mereka dan jika perlu hadapkan mereka di mahkmah. Kata beliau tindakan pihak berkuasa itu telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan rakyat Malaysia dan justeru, perkara tersebut perlu ditangani dengan baik. Gesaan agar mereka dibebaskan telah diketengahkan oleh banyak pihak.

Pagi tadi, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menuntut pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dengan segera melepaskan Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj dan lima pemimpin PSM itu. Anwar menegaskan kesemua individu yang ditahan itu perlu dilepaskan segera tanpa sebarang syarat.

Selain Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar, 56, mereka yang ditahan di bawah Ordinan Darurat ialah setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, A.P Letchumanan, 49, ahli jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, 33, M. Sukumaran, 50, timbalan pengerusi PSM, M. Sarasvathy, 58, dan pemimpin pemuda, R. Sarat Babu, 25.

Keenam-enam pemimpin PSM itu ditahan dua minggu sebelum Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di ibu negara pada 9 Julai lalu. Mereka turut didakwa ditahan reman kerana cuba melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong dan kemudian ditahan di bawah Ordinan Darurat sehingga kini.

Ordinan Darurat digubal pada 1969 sebagai pendekatan sementara untuk respons kepada rusuhan 13 Mei, yang membolehkan penahanan tanpa bicara. Mengikut Seksyen 3 (1) Ordinan Darurat, polis boleh menahan suspek sehingga 60 hari tanpa perbicaraan.

Sebelum itu Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga mendedikasikan ijazah Doktor Kehormat Undang-undang yang diterimanya daripada University of Exeter kepada Baharuddin Ahmad yang terbunuh ketika perhimpunan 9 Julai lalu dan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang masih ditahan di bawah Ordinan Darurat. (IH)

Lihat..

Wednesday, July 27, 2011

Motosikal Kreatif, Di Sini, Boleh Tak?

Artis Roongrojna Sangwongprisarn mengisi angin tayar motosikal yang diperbuat daripada alat ganti kereta dan motosikal di sebuah bengkel di Bangkok hari ini. – Foto Reuters
JOM KREATIF
Artis Roongrojna Sangwongprisarn mengisi angin tayar motosikal yang diperbuat daripada alat ganti kereta dan motosikal di sebuah bengkel di Bangkok hari ini. – Foto Reuters


SEORANG pekerja menunggang motosikal yang mempunyai reka bentuk seperti naga di Bangkok kelmarin.

BANGKOK - Sebuah motosikal yang mempunyai reka bentuk seperti seekor naga dicipta oleh seorang artis di Bangkok, Roongrojna Sangwongprisarn dengan menggunakan pelbagai jenis alat ganti dan barang kitar semula.

Roongrojna yang berusia 54 tahun mencipta motosikal unik itu di dalam bengkelnya di sini.

Dia yang mempunyai empat bengkel di Thailand turut mengeksport pelbagai hasil ciptaannya kepada para pelanggannya dari seluruh dunia.- Reuters

Lihat siri-siri kreatif lain..
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..
E-Buku IH-10: \

Kisah Kampung Keling Medan & P.Pinang.

Catatan Perjalanan bersama Dr Mujahid, Medan 3..

Ibnu Hasyim sedang memberi pandangan..

MASIH dalam acara Forum Kerukunan Umat Beragama (FKUB) di Kota Medan pimpinan Syarin Harahap, dan Dr Mujahid selaku Pengerusi SEA Council Of Intereligios Networking For Peace.

Selepas saya menjadi moderator awal sessi pagi, saya berehat dan akan digantikan oleh orang lain, saya keluar menuju ke tempat rehat. Saya ditemui oleh beberapa pemimpin yang memperkenal diri mereka sebagai pemimpin orang-orang keturunan India di Kota Medan. Antara pertanyaan mereka kepada saya ialah "Mengapa orang-orang India di Malaysia ditindas atau tertindas berbanding bangsa lain?"

Sebenarnya, Medan memang telah diwarnai indahnya budaya berbagai etnik yang menempatinya. Tidak hanya etnik asli Indonesia, tetapi juga berbagai etnik pendatang seperti India, Tionghoa, dan Arab yang telah bermukim di Indonesia sejak berabad silam. Kampung Keling adalah contoh konkrit keindahan itu.

Sebut Kampung Keling, teringat kisah lamaku semasa kecil-kecil dulu... Walaupun aku dilahirkan di Kampung Perlis Balik Pulau, Pulau Pinang, tetapi di peringkat sekolah rendah aku dibesarkan di Kampung Keling Teluk Bahang, Pulau Pinang. Ayahku pindah ke sana, mengajar di Madrasah Al-Masakin, di mana hampir semua penghuninya, penghijrah-penghijrah dari benua India. Kira-kira ratusan buah rumah, kebanyakannya Islam. Walaupun begitu ada yang beragama lain seperti Hindu, Kristian dan Buddha.

Kerana ada Tokong Hindu, Tokong Cina (Buddha) dan madrasah ayahku itu yang juga berfungsi sebagai surau. Di situlah aku belajar agama peringkat awal dari ayahku. Penduduknya kebanyakannya menjadi nelayan. Subuh-subuh pagi, masa nelayan turun ke laut, kedai kopi dibuka, yang dengar bunyi bising ialah lagu-lagu India, seolah-olah berada di tanah seberang, India lagaknya. Tetapi hidup rukun damai, tiada perselisihan agama atau kaum. Ayahku, waktu itu dipanggil 'Lebai Hashim' sangat dihormati di kampung itu.

Sehingga orang-orang Hindu di situ yang ingin memakan binatang ternakan, menjemput ayahku menyembelih ternakan mereka, untuk mereka makan. Sedangkan mereka beragama Hindu tetapi ingin ambil berkat dari ustaz Islam. Teringat lagi peristiwa abangku membawa pulang satu guni beras di atas basikal di jalan pasir pantai. Tidak disedari guni beras bocor, bila sampai di rumah beras sudah tinggal setengah guni. Abangku berpusing balik, terlihat ramai wanita jiran sedang menampi beras memisah antara pasir dan beras, menyerahkan balik kepada abangku.

Aduh. begitu hebat dan akrabnya penduduk Kampung Keling itu, walaupun berlainan agama dan bangsa. Penduduk kampung pula sama-sama berkerja turun ke laut menangkap ikan. Teringat aku satu lagu yang sering dinyanyikan oleh anak-anak nelayan kampung ku, termasuk aku.. Antara kata-katanya, dari lagu 'ikan kikek'...

Ramai-ramai kita ke laut,
Cari ikan mengisi perut,
Panas terik hujan dan ribut,
Itu semua kami tak takut.

Ada suatu yang menarik, hingga kini lekat di pemikiranku yang tidak mungkin kulupakan. Kisah mereka menangkap ikan guna pukat tarik. Menarik pukat ke daratan secara tradisional. Sekarang sudah tidak ada lagi. Seperti di gambar sebelah, pukat ditarik dengan bot, tetapi mereka menarik pakai tenaga manusia.

Istimewanya waktu itu, mereka yang berbaris beramai-ramai itu hanya memakai cawat dari kain pelikat yang digulung dan diikat rapi, tidak berbaju. Seperti juga mereka yang memanjat pokok kelapa di kampung-kampung waktu itu pakai cawat juga. Menarik pukat beramai-ramai sambil menyanyi dan berseloroh. Makin hampir pukat naik ke darat, makin laju rentak lagunya. Tiada rasa penat lagi.

Begitulah kasih mesranya rakyat waktu itu iaitu sekitar awal tahun 1960an, sebelum dihasut-hasut oleh api perkauman kebangsaan. Tapi kini kampung itu sudah tiada lagi, surau dan Madrasah Al-Masakin sudah 2 kali terbakar, apabila Hotel Mutiara membeli seluruh kampung itu yang bertukar menjadi hotel bertaraf antarabangsa. Segala-galanya tinggal kenangan.. membuat lamunanku berlarut-larut.

The Sri Mariamman Hindu Temple in Kampung Keling

Kampung Keling - Dutch Reformed Church (NOW = Gereja Kristen Indonesia ...

Oh... Berbalik kita kepada kisah Kampung Keling diKota Medan ini. Saya pernah berkeliling kota Medan di seputaran kawasan Zainul Arifin tempat letaknya Kampung Keling ini . Sebelum Indonesia merdeka 1945, rasa India di kawasan ini tercermin dari nama-nama jalan yang sampai kini beberapa di antaranya masih digunakan. Dahulu nama Jalan Kalkuta, Jalan Bombay, Jalan Nagapatam, Jalan Ceylon, Jalan Madras dapat ditemukan di seputaran kawasan ini. Sekarang nama-nama itu sudah berganti beberapa. Tetapi nama-nama seperti Kelurahan Madras, Jalan PJ Nehru, Muara Takus, Candi Biara, Gajah Mada, Maja Pahit, Taruma, Candi Prambanan, Candi Borobudur, Majapahit yang semuanya masih bernuansa Hindu.

Di Kampung Keling ini puluhan bangunan tua khas zaman kolonial Belanda masih ada. Sekarang populasi terbesar kaum India berada di Kampung Angrung dan Kampung Kubur, di sekitar kawasan Jalan Monginsidi, Medan. Menyusuri jalan-jalan ini, seakan-akan kita berada di India. Banyak toko-toko kepunyaan etnik India. Toko Bombay yang menjual aneka sari India, Toko Kasturi yang menjual berbagai keperluan orang India. Ada juga restoran-restoran yang menyajikan makanan khas India seperti di Restoran Cahaya Baru, De Deli Dar Bar, dan Restoran Bollywood. Dan juga warung-warung.

Ada 2 kuil besar. Satunya, kuil Shri Mariaman yang dibangun pada 1881. Dahulu terdapat Sekolah Khalsa, satu-satunya sekolah berpengantar bahasa Inggeris. Menarik lagi, adanya masjid Ghaudiyah. Menjadi bukti kerukunan beragam masyarakatnya. Masjid ini terletak di Jalan Zainul Arifin. Dibangunkan oleh perkumpulan etnik India Selatan yang beragama Islam, South Indian Muslims Foundation pada tahun 1887. Masjid gaya India dan perkuburan Islam.

Akhirnya Kampung Keling atau Chulia ini ditukar kepada nama Kampung Madras. Bangsa India, terutama Tamil datang ke Sumatera Utara pada akhir abad ke 19 semasa penjajahan Belanda, menjadi kuli perkebunan. Dalam catatan Badan WArisan Sumatera (BWS), rombongan pertama orang Tamil yang datang ke Medan sebanyak 25 orang, pada tahun 1873. Berkerja dengan Nienhuys, seorang Belanda pengusaha perkebunan tembakau, Tembakau Deli yang termasyur di dunia, menyebabkan tanah itu akhirnya dikenal sebagai 'Tanah Sejuta Dollar'

Akhirnya, pada 1975 jumlah kuli Jawa dan Tamil mencapai seribu orang. Para kuli kontrak ada yang datang melalui Penang atau Singapura. Ada yang berasal dari Punjab, India Utara yang umumnya beragama Sikh, Bombay, dan bangsa Chettyar yang pandai berbisnis. Ada yang menternak lembu. Pada akhir tahun 1930, penganut Sikh di Medan mencapai 5 ribu orang. Hingga kini di situ terkenal sebagai pengeluar 'susu sapi murni'.

Kini, keturunan India yang ada di Medan bukanlah mereka yang datang langsung dari India. Mereka adalah generasi ketiga atau keempat dari penghijrah awal. Kebanyakan mereka termasuk pemimpin-pemimpin yang bertanya saya tadi, menolak disebut sebagai bangsa India kerana memang sudah lahir di Indonesia dan menjadi warga Negara Indonesia.

“Kebudayaan saya memang india, tapi saya orang Indonesia,” kata mereka mantap.

Mengenai pertanyaan pemimpin orang-orang keturunan India di Kota Medan, mengapa orang-orang India di Malaysia ditindas atau tertindas berbanding bangsa lain sepertti disebutkan tadi, kata saya...

"Maaf tuan-tuan. Sebenarnya, saya belum lihat lagi sebuah statistik perbancian mengenai peratus kemiskinan tegar di kalangan orang-orang India, Cina atau Melayu di Malaysia. Jadi saya tak dapat jelaskan secara detail dan mendalam keadaan sebenarnya. Maaf, kalau saya tidak tahu."

Mereka diam saja. Nampaknya mereka tidak mengemukakan kenyataan dan bukti apa-apa pun.(Gambar kanan , saya berbincang dengan mereka)

"Tetapi kalau dilihat dari sudut sejarah, memang penjajah Inggeris terlibat dalam menyudutkan kaum India ke ladang-ladang dan estet. Menghadkan orang-orang Melayu ke sudut pertanian dan orang Cina kepada perniagaan, walaupun asalnya kaum Cina dibawa sebagai pekerja lombong dan kongsi gelap seperti Gee Hin dan Hai San, di Perak.

"Sedangkan orang Melayu sebelum itu menguasai perdagangan Asia Tenggara dan Selat Melaka. Sehingga timbul kisah orang Melayulah yang pertama sekali mengelilingi dunia mendahului orang barat. Iaitu Panglima Awang." Mereka terdiam dan terus mendengar.

Tetapi..

"Oh... Masa tidak mengizinkan, sebentar lagi kita akan masuk ke dewan semula." Kami pun bersurai.

Gambar kanan sekali juga seorng pemimpin kaum keturunan India Kota Medan, yang juga turut berbincang dengan saya.

Insya Allah, saya akan lanjutkan perjalanan perbincangan kita kepada kertskerja mengenai agama Hindu dan kesamaannya dengan Islam yang dipersembahkan oleh Pinandita Ir S Annadore, bertajuk 'Kewaspadaan Beragama (Wasber), Pengalaman dan Cita-cita Hindu'.

Al-hamdulillah, insya Allah. Wassalam.

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

KL 27 Jul 11.

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails