Saturday, August 06, 2011

Rumah Ibadat Tidak Boleh Diceroboh -N/Abduh N/Aziz


KL, 6 Ogos 11: Semua rumah ibadat tidak boleh diceroboh dan sebarang bentuk pencabulan tidak dibenarkan melainkan dengan “kuasa dan hak.” Kata Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan

Lebih selesa bercakap dari sudut ajaran Islam, Nik Abduh berkata setiap rumah ibadat perlu sentiasa dijaga dan dihormati. Bagaimanapun tegas beliau sekiranya ada bukti mengaitkan dalam usaha untuk memurtadkan orang Islam tindakan boleh dilakukan tapi mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

“Dari sudut Islam semua rumah ibadat termasuk gereja tidak boleh ada apa-apa pencabulan kecuali dengan kuasa dan hak yang dibenarkan selain mempunyai bukti yang kukuh, baru ia (serbuan) boleh dilakukan.

“Kita tidak boleh membunuh kecuali dengan hak, kita tidak boleh mencuri kecuali dengan hak, sama seperti rumah ibadat... rumah ibadat ini perlu dijaga, kalau nak buat serbuan perlu ada bukti yang kukuh,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Nik Abdul berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya, Rabu lalu.

Pada kejadian malam Rabu itu, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis Gereja Methodist Damansara Utama tanpa waran kira-kira 10 malam. Majlis itu dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum. Bagaimanapun tindakan Jais itu mendapat kritikan banyak pihak.

Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mempertahankan atas alasan ada bukti pihak terbabit mahu memurtadkan umat Islam. Ditanya bahawa Jais mempunyai kuasa untuk melakukan serbuan itu, Nik Abduh bagaimanapun berkata, “ia undang-undang sudah lama, sepatutnya kita perlu mengambil pendekatan selesaikan secara berdialog.”

“Semua pihak berkuasa perlu mengikut undang-undang yang ada termasuk Jais, ia hanya undang-undang tapi dalam isu yang membabitkan agama ini lebih baik selesaikan konflik ini dengan cara perbincangan.

“Dengan cara pertemuan dan perbincangan ia boleh diselesaikan,” katanya sambil menambah, mahu menunggu hasil laporan Jais sebelum mengeluarkan sebarang komen lain.

Beliau juga menyerahkan kepada PAS Selangor untuk selesaikan perkara itu. Semalam PAS Selangor berkata akan memanggil Hasan berhubung dakwaan ada usaha mahu memurtadkan orang Islam dalam program anjuran Harapan Komuniti itu.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan untuk menghadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat menyelesaikan perkara itu. Beliau berkata langkah itu akan diambil sebaik sahaja menerima laporan Jais, yang turut akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor. (IH)

Tuak Batak, 'Dang dao tubis sian bona na.'

Mendengar kata wine tentu orang-orang akan terngiang pada minuman ...

CATATAN PERJALANAN: Menyusuri 150 Tahun Kristian Masuk Tanah Batak
(siri 3)

TEMAN bicaraku semasa dalam bas tersebut, anak gadis Batak Parapat baru pulang bercuti dari USU atau Universitas Sumatera Utara, yang sangat berbangga kerana kahadiranku untuk menyelidiki kaum mereka, menceritakan pengalaman dan pandangannya..

"Di suatu petang, kira-kira sepuluh kilometer menuju objek pelancungan Parapat, aku dan bebeapa temanku singgah di sebuah restoran berarsitektur rumah Batak, Pondok Bulu, Tigadolok, Simalungun yang menyajikan kerang rebus dari Tanjung Balai Asahan dan minuman khas tuak aren. Masa itu ada femonena menarik yang tidak lazim dijumpai di bona pasogit, Tanah Batak. Di mana sekelompok siswa siswi setingkat SMP tak canggung menenggak minuman tuak berbotol-botol bersama orang dewasa.

Tempat minum bobo (sejenis tuak) yang kami lihat di rumah Bapak Sephnat ...
Arak atau Tuak adalah sejenis minuman beralkohol
Setiap pohon lontar bisa produksi 10 liter tuak

Padahal, minuman tuak mengandung alkohol yang bisa memabukkan jika over konsumsi. Gaya ABG atau anak baru gede (besar) menenggak minum tuak. kami abadikan melalui kamera ponsel. Mereka cuek aja tanpa khawatir dipublikasikan ke masyarakat luas. Pengaruh alkohol tampak di wajah para pelajar yang baru menikmati liburan dari Parapat. Suasana demikian, kata pemilik restoran, bukan fenomena baru lagi di restoran Pondok Bulu. Lantas, bagaimana pengawasan dari para orangtua dan aparat Polri (PolisiIndo) agar generasi penerus di Simalungun tidak terkontaminasi alkohol tuak?

Dikhawatirkan para pelajar yang mabuk-mabukan alkohol tuak di Pondok Bulu ada yang meniru kebiasaan sang orangtua. Jika itu yang terjadi, tepatlah petuah dari leluhur orang Batak.. 'Dang dao tubis sian bona na.'"

Secara harafiah dapat diertikan kebiasaan seorang anak biasanya tidak jauh dari organisasi kecil keluarga." Melayunya lebih kurang 'Bapa borek anak rintik.' Ertinya secara intelek, anak gadis itu juga membenci arak, walau ia menyanggah adat budaaya kaumnya. Itulah sebenarnya budaya Islam. Budaya tidak mahu manusia menghilangkan mutiara akalnya yang amat berharga, walaupun hanya sementara.
Ibnu Hayim di perkampungan Batak di Pulau Samosir.

Insya Allah, perjalanan ini akan diteruskan.

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

6 Ogos 11
Parapat, Toba.


Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

Amaran Kepada Najib, BERSIH 3.0 Akan Menyusul -PR


KL, 6 Ogos 11: 'Jika tidak, gelombang Bersih 3.0 akan menyusul. Kata Pakatan Rakyat. Lapor The Malaysian Insider sebentar tadi.

Sambil menegaskan pihaknya tidak meletakkan sebarang keyakinan ke atas pentadbiran Najib bahawa akan menyelesaikan kemelut pengurusan pilihan raya, Pakatan Rakyat mahu Perdana Menteri memikul tanggungjawab bagi memastikan daftar pemilih benar-benar bersih. Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) menegaskan, Najib perlu bertindak segera lalu menyelesaikan semua penyelewengan dan konspirasi yang didakwa wujud demi memenangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.

Termasuk terbaru dakwaan pemberian kad pengenalan MyKad kepada warganegara asing. Bagaimana beliau tidak meletakkan harapan tinggi untuk Najib menyelesaikan masalah yang berlaku termasuk isu pertukaran status kewarganegaraan pemastautin tetap.

“Apa lagi yang kita boleh harapkan pada perdana menteri, Himpunan Bersih 2.0 pun beliau tak boleh nak tangani, macam mana dengan isu yang terbaru ini (pertukaran status kewarganegaraan pemastautin tetap).

“Tapi sebagai pemerintah, beliau perlu bertindak segera... tuntutan Bersih 2.0 juga perlu dilaksanakan malah isu yang baru ini diselesaikan sebelum pilihan raya umum ke-13,” kata Salahuddin.

Isu daftar pemilih menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai pertukaran status kewarganeraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan hebat daripada kepimpinan Pakatan Rakyat. Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Berikutan pendedahan itu, Pakatan Rakyat mahu sidang tergembar Parlimen bagi membahaskan isu kewujudan pengundi-pengundi kalangan rakyat asing yang diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia. Selain itu Pakatan Rakyat juga mendakwa BN mendaftarkan warga asing sebagai rakyat negara ini melalui operasi “MyDaftar.”

Operasi itu dikatakan mahu menjadikan warga asing sebagai pengundi yang sah bagi memenangkan BN pada pilihan raya umum ke-13. Tegas Salahuddin, Najib harus bertanggungjawab terhadap semua penyelewengan yang berlaku dalam sistem pilihan raya selain memberi penjelasan tentang langkah JPN membenarkan pemastautin tetap ditukar status menjadi warga negara Malaysia.

“Walau macam mana pun beliau (Najib) harus bertanggungjawab, beliau perlu tampil menyelesaikan semua kemelut yang berlaku ini...beliau mesti bertindak segera dan bertanggungjawab.

“Kita tahu apa yang dilakukan ini adalah usaha-usaha untuk membantu BN menang, selagi Najib sebagai perdana menteri beliau perlu tampil menyelesaikan perkara ini kerana ia akan mengancam keselamatan negara,” katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini turut mengingatkan pentadbiran Najib agar melakukan segera transformasi pilihan raya sekiranya tidak mahu berdepan dengan Himpunan Bersih 3.0.

“Sekiranya masih tiada perubahan sebelum pilihan raya umum ke-13 besar kemungkinan Himpunan Bersih 3.0 akan mengambil tempat.

“Kalau perlu kita akan lakukan, apa lagi yang kita boleh harapkan dengan sistem (pilihan raya) sekarang? Kalau SPR kata daftar pemilih bersih dan nafikan lagi, kita ada bukti... kita boleh buktikan, adakah kita mahu terus berdiam diri?,” katanya sambil menambah cadangan Himpunan Bersih 3.0 masih belum dibincangkan secara serius.

Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Ditanya apa langkah akan diambil PAS selepas ini, Salahuddin berkata pihaknya telah menyediakan beberapa pelan tindakan untuk mendesak Putrajaya.

“Saya rasa kita ada pelan tindakan...kita mempunyai beberapa siri pelan tindakan yang harus dilaksanakan dan buat masa ini tempat terbaik untuk mendedahkan semua konspirasi peringkat tertinggi ini adalah di Parlimen sebab itu kita mahu sidang tergempar Parlimen.

“Kita juga akan desak kerajaan menubuhkan inkuiri awam untuk kita kenal pasti siapa yang terlibat sehingga ke akar umbi,” katanya.

Tegas beliau, sekiranya semua pelan tindakan itu tidak dipedulikan Putrajaya, pihaknya terpaksa menghadap Yang di-Pertuan Agong sebagai langkah terakhir bagi memastikan sistem pilihan raya diadakan secara bersih dan adil. Ditanya sama ada mempercayai daftar pemilih SPR, Salahuddin bagaimana pun menegaskan..

“sebab itu kita mahu satu pembersihan dilakukan yang mana ia merupakan perjuangan kita selama ini.” (IH)

Lagi Kelemahan SPR?


KL 6 Ogos 11; PAS Selangor hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan mereka bahawa Penduduk Tetap (PR) didaftarkan sebagai pengundi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Laporan itu dibuat atas nama Setiausaha Jabatan Pilihan Raya Selangor, Mohd Asri Safar di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, dekat sini petang tadi. PAS Selangor telah membuat laporan polis berhubung dakwaan Penduduk Tetap (PR) yang memegang kad pengenalan merah didaftarkan sebagai pengundi.

Sepanjang tempoh bantahan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) bagi suku ke-2 tahun 2011 yang tamat pada 2 Julai lalu, PAS Selangor mengesan seramai 1,108 PR berdaftar sebagai pengundi. Jumlah ini daripada 1,860 nama yang dibantah atas pelbagai sebab.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman pula berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berbohong kononnya nama-nama tersebut tidak dikemaskini oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). "SPR kata guna Agency Link Up System (Alis) dengan JPN tapi kalau dalam JPN tak ada nama-nama ini sebagai pemegang kad pengenalan biru, bagaimana mereka boleh didaftar sebagai pengundi?" Soalnya pada sidang media di pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor mengesan nama-nama tersebut pada 1 Julai namun terkejut apabila mendapati kesemua mereka di dalam rekod JPN telah bertukar status sebagai warganegara keesokan harinya. "Kenapa pemegang kad pengenalan merah boleh bertukar kepada biru dalam masa kurang daripada 24 jam?" Soalnya lagi.

Beliau juga kesal dengan pihak polis yang belum menyatakan hasil siasatan terhadap laporan yang dibuat berhubung warga Indonesia dan Kemboja diberi kad pengenalan dan borang daftar pemilih yang berlaku di Dun Paya Jaras dalam Parlimen Subang. Menurutnya, pihaknya menangkap seorang penduduk luar Selangor yang ditemui sedang mengedarkan kad pengenalan dan borang kepada sekumpulan warga Indonesia dalam sebuah rumah pada tengah malam.

Satu kes lagi ialah individu yang datang dari Johor mengedarkan kad pengenalan kepada rakyat Kemboja. Kedua-dua kes ini berlaku pada Februari lalu manakala sekitar akhir bulan lalu, pihaknya mendapati warga asing mengambil kad pengenalan di Kuala Selangor. "Kita sudah buat laporan polis tapi masih belum ada tindakan yang diambil dan kita tidak tahu kes ini disiasat atau tidak," katanya.

Sementara itu, ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan keselamatan negara dan menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat negara ini.

"Jika kerakyatan sedang digadai untuk kemenangan BN, ini satu pengkhianatan yang sangat teruk.

"Bagi negara demokrasi, orang yang melakukan kerja ini boleh dihulum dengan hukuman berat," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS III.

Di Taiping Badan Perhubungan PAS Negeri Perak melalui Jabatan Pilihanraya PAS Negeri telah melancarkan laman peminat facebook khas buat pengundi luar Perak dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussien bersempana majlis Liqa Fikri di Dewan Tuan Guru Abdul Samad Noh, Markaz Tarbiyyah PAS Perak, Air Kuning. Turut hadir bersama adalah pimpinan tertinggi PAS Perak.

Abu Bakar dalam ucapan ringkasnya mengharapkan usaha pelancaran ini akan membantu PAS dan Pakatan Rakyat kembali memenangi semula kerajaan negeri Perak yang telah dirampas oleh Umno BN pada 2008 dahulu.

Jabatan Pilihanraya PAS Perak melalui portfolio Urusan Pengundi Luar bertanggungjawab memastikan fungsi facebook ini dimaksimakan. Dalam masa yang sama Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Perak, Asmuni Awi berharap agar facebook ini akan menjadi pentas bagi semua pengundi luar yang menyokong PAS dan Pakatan Rakyat untuk dimanfaat sebaik mungkin bagi membantu dalam pilihanraya nanti.

Mereka mensasarkan 50,000 peminat menyertai facebook tersebut. Bagi semua pengundi Perak yang berada di Lembah Klang agar dapat bersama dengan Facebook ini kerana ianya akan menjadi saluran utama maklumat dari PAS dan Pakatan Rakyat negeri itu. (IH)

Lihat sebelum ini..

Serbu Gereja: Miskin Bawa Kafir, Bagaimana Solusi?

BUKTI...antara risalah dan kitab Kristian yang diberikan gereja kepada wanita berkenaan.
BUKTI...antara risalah dan kitab Kristian yang diberikan gereja kepada wanita berkenaan.

KL 8 0g0s 11: myMetro melaporkan, beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau ‘bawah tanah’.

Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.

Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan ‘bawah tanah’ ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu.

Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian. Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.

Lihat sebelum ini...

Sementara itu menurut sumber lain semalam, PAS Selangor menuntut penjelasan exco kerajaan Selangor Dr Hasan Ali yang mempertahankan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya. Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Khalid Samad berkata pihaknya tidak dapat mengulas lanjut buat masa ini sehinggalah laporan berkaitan diperoleh terlebih dahulu.

NONE“Kita harap ada kebijaksanaan dalam isu seperti ini. Kita simpan komen akhir sehinggalah dapat laporan JAIS dan mesyuarat dewan bersama Hasan Ali untuk dapatkan penjelasan lanjut lagi.

“Kita nak tengoklah apa bukti yang dia kata ada itu,” katanya dalam satu sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau betul berita myMetro di atas, bererti berlakunya 'Miskin membawa kekafiran' di kalangan umat Islam, apakah itu cara penyelesaiannya? Bukankah JAIS dan pemimpin negara (BN) juga terlibat dalam tanggungjawab tercetusnya perkara seperti itu, kerana mereka pemegang amanah umat Islam sejak merdeka? (IH)

Friday, August 05, 2011

Tiada Temu Rahsia Nik Aziz-Ku Li Mengenai Anwar

KOTA BARU, 5 Ogos 11: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak pernah mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah bagi membincangkan idea melantiknya sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nik Aziz berkata, sejarah membuktikan beliau tidak pernah berahsia dalam urusan kehidupan sehariannya. Malah tegas beliau, jika benar pertemuan itu diadakan, tiada sebab ia perlu dirahsiakn daripada pengetahuan umum.

“Saya tidak tahu cerita jumpa Ku Li (timbul) dari mana, tak ada (pertemuan). Kalau ada, buat apa saya rahsia, dalam sejarah hidup saya, tidak ada rahsia, tuan-tuan tahu sendiri, tiada yang rahsia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Konsep Negara Berkebajikan tulisan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini hari ini.

Kenyataan terbabit sekali gus menjawab cabaran yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang mahukan Nik Aziz (gambar) membuat kenyataan terbuka dan bukannya melalui Facebook mengenai dakwaan pertemuan rahsia tersebut.

Selasa lalu, dalam laman Facebook rasminya, Nik Aziz menyifatkan khabar angin yang mengaitkan beliau terlibat dalam pertemuan rahsia dengan Tengku Razaleigh sebagai satu “lawak jenaka.”

Ditanya adakah dakwaan itu dibuat kerana mahu menjatuhkan PAS, Nik Aziz berkata, jawapan tersebut hanya boleh diberikan oleh individu yang membuat tuduhan tersebut.

“Apa yang jelas ini perkara mengarut, saya nasihat mereka yang sebarkan berita ini, jaga akhlak. Ini bulan Ramadan, jangan sebarkan berita yang tidak benar,” katanya.

Menyentuh mengenai kesihatannya, Nik Aziz mengakui faktor usia kadangkala menyebabkan beliau beberapa kali menerima rawatan hospital, namun ia tidak menjejaskan urusan pentadbiran kerajaan negeri dan parti.

“Saya umur sudah (sekitar) 80, kalau sakit pun munasabahlah, (tetapi) kalau sakit menyebabkan kerja terganggu minta maaf, (sekarang) alhamdulillah, berselera makan, tetapi apabila malam berjaga lebih, timbul letih sikit,” katanya. (IH)

Nommensen, Kisah Hero Kristian Di Tanah Batak..

Peta Danau Toba...

Danau Toba dilihat dari atas..
CATATAN PERJALANAN: Menyusuri 150 Tahun Kristian Masuk Tanah Batak (siri 2)

VAN atau bas yang ku tumpangi setelah naik bukit, turun bukit, sampai ke suatu tempat yang bagaikan teluk di pinggir laut. Suasana dingin mulai menggigit tubuh. Bas ku terus menuruni menuju bandar di situ. Itulah kota Parapat pintu masuk ke Danau Toba. Hanya ada sebuah masjid di situ, dan sebuah musalla di pinggiran pantai.
Masjid di kota Parapat.. satu-satunya..
Dua orang menjadi teman bicaraku semasa dalam bas tersebut. Seorang anak gadis Batak Prapat baru pulang bercuti dari USU atau Universitas Sumatera Utara, yang sangat berbangga kerana kahadiranku untuk menyelidiki kaum mereka. Seorang lagi yang membawa anak isterinya, menjemput terus aku ke rumahnya di Tomok dalam Pulau Samosir, tempat yang aku akan lawati itu.

"Kalau bapak ingin menjadi warga kami pun bisa." Kata kepala keluarga teman bicara itu setelah lama bercerita sambil menjemput aku ke rumahnya.

"Apa betul pak?" Aku tanya.

"Ya! Kami akan buat majlis dan pengisytiharan penabalan tuan sebagai marga kami.." Katanya gembira.
Pelabuhan, tempat berangkat ke Tomok (Pulau Samosir) dari Parapat. Menariknya di sebelah pelabuhan itu anak-anak sedang mencuci pakaian menggunakan air danau itu (gambar bawah).Kanan sekali, Ibnu Hasyim sedang menunggu di pelabuhan...

Begini ceritanya bila kugabungkan keseluruhan catatan mengenai kemasukan agama Kristian ke tanah Batak, versi dua teman bicaraku dalam bas itu..

Menurut mereka, salah satu kisah menarik terjadi pada perjalanan hidup seorang bernama Nommensen pada September 1864, sebagai punca lajunya kemasukan Kristian di Tanah Batak. Waktu itu, Nommensen mahu dipersembahkan ke sombaon (roh alam) Siatas Barita di Onan Sitahuru. Ribuan orang datang ke sana ingin menyaksikan peristiwa itu. Dia akan dibunuh menjadi korban persembahan kepada sombaon. Tapi, Nommensen tetap tegar menghadapi tentangan dan cabaran dari orang Batak yang menolak misinya.

Sebelum korban dipersembahakan, hamba Tuhan itu berdoa. Tiba-tiba berembus angin puting beliung dan hujan deras membubarkan massa. Nommensen selamat dari bahaya maut.

"Sejak itu terbuka jalan akan firman Tuhan di Tanah Batak. Karena itu, Nommensen pantas dijuluki sebagai apostel di Tanah Batak." Jelas gadis Batak itu teman bicaraku.

Menurut teman bicaraku yang seorang lagi, dalam sepucuk surat yang dikirimkan ke lembaga zending Rheinische Mission Gesselschaft (RMG) Barmen, Jerman, Nommensen juga menulis suatu penglihatannya dalam iman tentang hari depan orang Batak yang dilayaninya.

"Dalam roh saya melihat di mana-mana jemaat-jemaat Kristen, sekolah-sekolah dan kelompok orang Batak tua dan muda yang berjalan ke gereja-gereja. Di setiap penjuru saya mendengar bunyi lonceng gereja yang memanggil orang-orang beriman datang ke rumah Allah. Saya melihat pendeta-pendeta dan guru-guru orang pribumi Sumatera berdiri di panggung-panggung dan di atas mimbar-mimbar, menunjukkan cara hidup Kristen kepada yang muda mahupun yang tua.

"Anda mengatakan, saya seorang pemimpi tetapi saya berkata:Tidak, saya tidak bermimpi. Iman saya melihat ini semua. Hal ini akan terjadi karena seluruh kerajaan akan menjadi milikNya dan setiap lidah akan mengetahui bahwa Kristus adalah Tuhan bagi kemuliaan Allah Bapa.

"Karena itu, saya merasa gembira walaupun rakyat mungkin menentang firman Allah. Yang mereka lakukan tepat seperti mudahnya mereka mencegah firman Allah dari hati mereka. Hari sudah mulai terbit. Segera cahaya terang akan menembus. Kemudian Matahari Kebenaran dalam segala kemulianNya akan bersinar atas seluruh tepi langit tanah Batak dari selatan sampai ke pantai-pantai danau Toba."

Berbagai sumber menyebutkan, penglihatan tersebut diperoleh Nommensen ketika berdoa di gunung Siatas Barita, Tarutung, objek wisata (perlancungan) rohani Salib Kasih sekarang. Pada Oktober 1861, IL Nommensen mendapat cabaran baru sebagai misionar ke Tanah Batak. Sebelum berangkat, dia belajar bahasa Batak dan budaya Batak dari Dr Van Der Tuuk di Belanda selama dua bulan. Desember 1861, Nommensen berangkat dari Amsterdam menuju Sumatera dengan kapal Pertinar.

Pelayaran perlu waktu 142 hari. Kapal yang ditumpanginya mendarat di Padang, Mei 1862 setelah mengalami banyak cubaan ddalam perjalanan laut. Lima bulan kemudian, Nommensen melakukan perjalanan ke daerah pedalaman. Dari sana dia pindah ke Sipirok dan mendirikan sebuah sekolah. November 1863, dia masuk ke daerah Silindung. Dia berhadapan dengan sifat permusuhan dari raja-raja Batak. Kerana sudah paham sifat orang Batak, lambat laun dia dapat juga beradaptasi dengan tokoh-tokoh Batak.

Dengan pola hidup sederhana ditopang sifat penyangkalan diri, ketekunan dan keahliannya di bidang pengubatan membuat Nommensen akhirnya diterima di tengah-tengah etnik Batak. Untuk merealisasikan cita-citanya, dia mendirikan huta Dame (kampung Pardamean) dengan sebuah gereja sederhana, sekolah dan beberapa rumah. Baru Julai 1864, dia membangun rumahnya yang sangat sederhana di Saitnihuta, Tarutung melalui perjuangan yang berat.

Akhir Julai 1864, Nommensen menempuh langkah berani menjumpai Raja Panggalamei ke Pintubosi, Lobupining. Padahal, Raja Panggalamei adalah provokator atas pembantaian pendeta Hendry Lyman dan Samuel Munson. Kedua misionar ini diutus zending Gereja Baptis dari Amerika Syarikat di Sisangkak, Lobupining tahun 1834 bertepatan dengan hari lahir IL Nommensen. Pada 16 Mac 1866, IL Nommensen/Karoline diberkati menjadi suami-isteri di Sibolga. Karoline datang dari Jerman beserta rombongan Pdt Johansen yang dikirim kongsi Barmen untuk membantu IL Nommensen di Silindung.

Tahun 1864, Karoline melahirkan anak pertama diberi nama Benoni namun beberapa hari kemudian meninggal dunia. Tahun 1872, Pargodungan Saitnihuta yang disebut Huta Dame pindah ke Pearaja. Tahun 1873, sekolah berpindah-pindah diciptakan Nommensen agar orang Batak dapat lebih cepat menjadi guru. Siswa mendatangi Nommensen di Pearaja, Johansen di Pansurnapitu dan Mohri di Sipoholon di mana para misionar tersebut bertugas. Atau misionar yang mendatangi siswanya di tempat tertentu. Tahun 1875, misionar Nommensen bersama Johansen dan Simoneit bekunjung ke Toba.

Tahun 1876, telah dibaptis lebih dari 7,000 orang di Silindung. Tahun itu juga Nommensen selesai menterjemahkan Perjanjian Baru ke dalam Bahasa Batak Toba. Tahun 1877, Nommensen dan Johansen mendirikan sekolah guru zending di Pansurnapitu. Lokasi ini dulunya dikenal sebagai parsombaonan (tempat angker). Kini berdiri gereja HKBP di Pansurnapitu. Kerana pengaruh para misonar semakin luas di Tanah Batak, Raja Sisingamangaraja XII marah besar sehingga mengancam akan membumihanguskan kegiatan misioner.

Tapi, ancaman sang raja tidak menjadi kenyataan. Tahun 1878, Silindung masuk kolonisasi Belanda. Dua tahun kemudian, Nommensen beserta isteri dan anak-anaknya diungsikan dari Silindung dengan jalan kaki selama dua hari ke Sibolga untuk kembali ke Eropah. Tahun 1881, menjelang Natal, Nommensen kembali dari Jerman ke Pearaja tanpa didampingi isteri dan anak-anaknya. Tahun itu pula, kongsi Barmen menetapkan IL Nommensen menjadi ephorus pertama HKBP (Huria Kristen Batak Protestan- Jubileum 150 tahun) dan digelari 'Ompu i'.

Insya Allah, perjalanan ini akan diteruskan.

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

5 Ogos 11
Parapat, Toba.


Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

Serbu Gereja: Siasat 12 Islam Hadir -JAIS

Serbu Gereja: JAIS Pertahan Tindakan, Siasatan 12 Individu Islam Diteruskan

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mempertahankan tindakannya melakukan serbuan pada majlis makan malam Gereja Methodist Damansara Utama Rabu lalu. Pengarah JAIS, Marzuki Hussin berkata, pihaknya akan mengeluarkan laporan penuh mengenai serbuan tersebut selepas siasatan terhadap 12 orang Islam yang menghadiri majlis berkenaan selesai.

"Kita akan sediakan laporan nanti selepas siasatan selesai. Siasatan terhadap 12 orang berkenaan akan diteruskan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Jumaat.

Selain itu Marzuki berharap isu serbuan berkenaan tidak dipolemikkan kerana ia dibuat demi menjaga kepentingan umat Islam.

"Kita harap perkara ini tidak dikontroversikan, tiada sebarang tangkapan sebaliknya hanya pemeriksaan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai gesaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan pihak berkuasa agama itu.

Abdul Khalid yang melahirkan kekesalannya berhubung insiden itu menyatakan kerajaan negeri memandang serius mengenai perkara itu dan mengulangi pendirian bahawa kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan toleransi di kalangan rakyat pelbagai agama selain menghargai usaha meningkatkan kefahaman di antara satu sama lain.

Rabu lalu, penguat kuasa JAIS menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan. Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. (Sumber mStar)

Rahsia Beca Motosikal Besar Siantar, Misi Kristian?


Beca motosikal besar di Permatang Siantar..
CATATAN PERJALANAN: Menyusuri 150 Tahun Kriatian Masuk Tanah Batak (siri 1)

HARI ini sudah 5 hari berpuasa. Beberapa hari lepas, semasa saya berada di Permatang Siantar, Sumatera Utara. Saya lihat banyak beca-beca di sana ditarik dengan memakai motosikal-motosikal besar, kendaraan sisa Perang Dunia II (PD II). Beca berinjin bekas tunggangan pasukan sekutu di PD II, berjenama BSA.

BSA adalah The Birmingham Small Arms Company. Perusahaan ini awalnya membekal persenjataan tentera Inggeris selama Perang Crimean (1853- 1856). Setelah perang selesai, BSA terus mengembangkan produknya. Pada masa itu, mereka memproduksi 126,000 motosikal jenis M20 berkapasiti mesin 500 cc. Motor pertama dibuat tahun 1941, inilah yang ikut dibawa Tentera Bersekutu ke Pematang Siantar pasca pendudukan Jepun di Indonesia. Produk BSA di Pematang Siantar sebenarnya tidak hanya yang dimiliki Tentara Bersekutu, tetapi juga pengusaha pemilik perkebunan di sekitar kota hingga ke bekas pemerintah Hindia Belanda.

Setelah kepergian Trntera Bersekutu dan nasionalisasi perusahaan asing di Indonesia, ratusan motosikal BSA di Pematang Siantar ditinggalkan begitu saja, termasuk milik oleh tentara Inggeris. Sebahagian pengusaha perkebunan Belanda dan Eropah lainnya berbaik hati memberikannya ke penduduk pribumi bekas pegawai mereka. Riwayat motorsikal BSA tak akan berubah seandainya tak ada ide Pahala Siahaan mendatangkan beca mesin dari Medan sebagai alat transport di Pematang Siantar selain sado pada tahun 1956. Waktu itu, Pahala membawa beca motosikal bermesin KK buatan Jerman.

Apa yang dilakukan Pahala diikuti beberapa orang Pematang Siantar lainnya. Menurut Kartiman (67) atau yang biasa dikenal dengan nama Mbah Lanang, topografis Kota Pematang Siantar yang berbukit-bukit memerlukan beca ditarik motosikal berkapasiti tinggi. Kerana letaknya di belakang bukit, sekitar 45 kilometer dari Danau Toba, jalanan Kota Pematang Siantar memang naik turun.

Pada akhir tahun 1950-an, setelah melihat banyaknya motosikal rongsokan BSA yang tak terpakai di berbagai sudut kota, penduduk mulai berfikir memanfaatkannya sebagai enjin penarik becak. "Awalnya sekitar 20 hingga 30 orang, beberapa orang di antaranya veteran pejuang kemerdekaan. Mereka berkumpul sambil membicarakan kemungkinan memanfaatkan motosikal peninggalan perang untuk dijadikan beca," ujar Mbah Lanang.

Bukan hanya BSA, tetapi motosikal old fashion lainnya, seperti Norton, Triumph, BMW, hingga Harley Davidson, juga ada. Para pionir beca Siantar, seperti Mbah Lanang, Mbah Sari, Muhammad Rohim, dan Tikno, telah mencuba segala jenis motosikal, untuk dijadikan beca. Percubaan selama dua tahun (1858-1959) sampai pada kesimpulan, BSAlah yang paling sesuai.
"Norton sebenarnya juga kuat untuk medan seperti Kota Pematang Siantar ini. Namun, Norton enggak efisien soal bahan bakar," ujar Mbah Lanang.

Selain hemat bahan bakar, menurut Ketua BSA Owner Motocycles Siantar (BOM’S)—organisasi yang mewadahi pengemudi beca siantar—Kusma Erizal Ginting, suku cadang BSA sangat mudah ditiru. BSA juga boleh menerima onderdil berbanding motosikal lain. "Untuk karburator misalnya, karburator BSA bisa diganti punya RX King atau Honda CB," katanya.

Efisien dalam soal sparepart menjadi sangat penting kerana kilang BSA sejak 1972 sudah ditutup dan tak lagi berproduksi, seiring dengan kebakaran besar yang melanda pabrik mereka. Para pionir ini terus mendapatkan motosikal ini di berbagai pelosok Tanah Air. Mulai dari Medan, Asahan, Deli Serdang, hingga Rantau Prapat, Riau dan sekitar tahun 1980-an hingga ke luar Pulau Sumatera, dari Jawa sampai Sulawesi. Periode 1980-1990 di Pematang Siantar ada sekitar 2,000 unit beca bermesin BSA.

Rupanya, kisah-kisah beca motosikal besar di Siantar ini, ada kena mengena dengan tujuan lawatan saya ke kawasan Danau Toba berserta Pulau Samosir di dalamnya. Juga ada dua buah danau di dalam Samosir itu, dan ada pulau pula di dalam 'danau atas pulau' itu. Sebenarnya saya dijemput hadir ke situ pada awal minggu ke 2 bulan Julai lepas ke acara memperingati 150 tahun kemasukan Kristian ke Tanah Batak.

Rupanya ada rahsia disebalik beca motasikal besar ini dengan misi Kristian dari benua Eropah. Salah satu mata rantai kegiatan panitia jubileum 150 tahun 'Huria Kristen Batak Protestan' (HKBP) wilayah 2 Medan dan wilayah 3 Pekanbaru berupa napak tilas perjalanan Dr Ingwer Ludwig Nommensen.

Dr Normensen sebagai apostel yang menyebarkan ajaran Kristen ke Tanah Batak ratusan tahun silam.

Insya Allah, perjalanan ini akan diteruskan.


Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

5 Ogos 11
Parapat, Toba.


Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

Thursday, August 04, 2011

Lagu Pecah-belah Antara Agama? Cuba Nilaikan..

Adakah lagu ini menggangu Kerukunan Umat Beragama? Cuba tuan-tuan nilaikan.
http://www.4shared.com/audio/Gk0wbxzN/Beda_Agama.htm

Beda Agama

>>
Sutejo_corpororation
Rate this file:
0 votings
2,380 KB | 2011-06-01 | Nama file: Beda Agama.mp3 | MPEG Audio Stream | Uploaded via: BASE

Beda Agama - unduh di 4shared. Beda Agama disimpan di layanan berbagi-pakai file gratis 4shared.

Tag-tag: Beda Agama audio
Show more mp3 info Info Mp3: Judul: Beda Agama | Artis: danisuhei@yahoo.co.id | Album: danisuhei@yahoo.co.id | Genre: danisuhei@yahoo.co.id | Laju Bit: 64 kbps | Laju Contoh: 22050



Lihat keseluruhan..
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

JAIS Perlu Jelaskan Mengapa Serbu Gereja Methodist .

Pastor kanan DUMC Dr Daniel Ho berkata, kira-kria 30 anggota polis dan...

Diberitakan, sebuah Gereja bakal berada di Bukit Jalil tidak lama lagi. Gereja ini yang diberi nama CCC atau Calvary Convention Centre akan berada bersebelahan Bukit Jalil Golf & Country Club berhadapan Anjung Hijau Kondominium. Sebuah gereja yang terbesar di Malaysia dengan kos pembinaan melebihi RM100 juta tidak termasuk kos tanah RM35 juta.

PETALING JAYA, 4 Ogos 11; Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pihak polis perlu jelaskan mengapa penyerbuan dibuat ke atas satu majlis makan malam yang dihadiri pelbagai kaum di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di sini malam tadi di Petaling Jaya ekoran satu aduan didakwa tidak spesifik.

Pastor kanan DUMC Dr Daniel Ho berkata, kira-kria 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis gereja itu tanpa waran kira-kira 10 malam. Ho berkata sebuah pertubuhan bukan kerajaan, yang dikenali sebagai Harapan Komuniti, telah menganjurkan majlis makan malam kesyukuran di gereja itu, yang dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum.

“Ini adalah majlis makan malam bagi orang ramai datang atas semangat 1 Malaysia,” kata Ho kepada The Malaysian Insider malam tadi.

“Kebanyakannya beragama Kristian... ada juga (hadirin), kira-kira 15 orang Melayu,” katanya lagi.

Mengikut maklumat laman web, Harapan Komuniti menggambarkan ia sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menyediakan bantuan kepada mangsa malapetaka, ibu tunggal, kanak-kanak dan pesakit Aids tanpa mengira kaum. Ho berkata pihak berkuasa tidak menahan sesiapa tetapi merampas aturcara program di samping menyoal penganjur majlis dan hadirin.

“(Mereka datang) ekoran aduan dan memberitahu ada orang membuat satu aduan,” kata beliau.

Bagaimanapun Ho memberitahu pihak berkuasa itu tidak menjelaskan kandungan aduan. Serbuan malam tadi di negeri ditadbir Pakatan Rakyat muncul dua minggu selepas Putrajaya menjalin hubungan diplomatik dengan Vatican. (IH)

Iklan Hina Islam Bukti Agama Di Bawah Ketiak UMNO

l

KL 4 Ogos 11: Ramadan telah disambut dengan kontroversi iklan Ramadan 8TV yang memaparkan 'ketiak' seorang wanita Cina reda kerana didakwa berbaur perkauman dan membuat stereotaip berdasarkan bangsa. Dan Stesen televisyen 8TV hari ini memohon maaf berhubung iklan Ramadan yang di-keudarakan seketika sebelum ditarik-balik berikutan bidasan pelbagai pihak bahawa ia berbaur perkauman dan membuat stereotaip berdasarkan bangsa. Sifat perkauman asobiah itu memang dilarang oleh Islam

NONEKali ini, Pemuda PAS Selangor mendakwa iklan berkaitan ibadah sahur di TV9 itu secara terang-terangan menghina dan terpesong daripada maksud sebenar ibadah di dalam agama Islam.

“Hasilnya menyebabkan iklan tersebut tidak menepati maksud sebenar ibadah di dalam Islam dan menjadi bahan tertawa masyarakat,” kata ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (kiri) yang dipetik Harakahdaily.

Katanya, pemuda PAS sangat berasa kesal kerana mutakhir ini banyak pihak yang cuba untuk menonjolkan kebaikan ibadah di dalam Islam secara buah fikiran mereka sendiri dengan tidak merujuk kepada orang yang arif dan alim dalam Islam.

Iklan berkenaan mengisahkan dua orang yang berjiran, seorang lelaki dan seorang perempuan, telah bersaing secara bersungguh-sungguh memasak makanan untuk persediaan sahur.

NONEPada penghujung iklan itu memaparkan bahawa si lelaki yang juga DJ Hot fm, AG tidak sempat bersahur kerana azan subuh telah berkumandang. Manakala jiran perempuan itu pula sedang membasuh pinggan dan berasa gembira kerana yakin si lelaki itu tidak sempat bersahur.

“Sikap yang ditonjolkan di dalam iklan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan seronok apabila jiran tetangganya tidak dapat menunaikan ibadah,” kata Hasbullah.

Menurut beliau, ibadah bersahur itu sendiri disebut oleh Rasulullah SAW bahawa terdapat keberkatan di dalamnya dan menjadi pembeza kepada amalan berpuasa penganut agama lain.

Katanya, sedangkan dalam Islam, jiran tetangga mempunyai hak untuk dihormati dan tidak boleh disakiti walaupun mereka bukan Islam.

Sehubungan itu, pemuda PAS, mendesak TV9 supaya menarik balik tayangan iklan berkenaan dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini.

“Dewan Pemuda PAS Selangor juga menasihatkan kepada pembikin-pembikin filem, iklan dan sebagainya merujuk dahulu kepada orang-orang yang alim dan pakar berkenaan dengan hukum Islam sebelum membuat sesebuah filem, iklan dan sebagainya,” kata Hasbullah.

Komen weblog Ibnu Hasyim: Inilah bukti bahawa UMNO meletakkan agama di bawah ketiak kuasa politik mereka. Sebab itu banyak berlaku kegiatan yang bercanggah dengan agama, tetapi ulama-ulama mereka sepi seribu bahasa.

Mereka hanya dikelilingi oleh ulaama 'syaitan bisu' seperti yang diistilah oleh hadis Nabi SAW. Satu disebut 'syaitan',dan satu lagi disebut 'bisu'. Fikir-fikirlah, dan bersuaralah wahai syaitan-syaitan bisu. (IH)

Monday, August 01, 2011

Malek Noor: Pengalaman Mengaku Tak Pernah Puasa

HALAMAN HIBURAN

MALEK dan Amelin bersama ibu dan bapa kandung Amelin, Sharifah Rohani dan Nik Mahmood.

RAMADAN Al Mubarak yang bermula hari ini. Mari kita berkongsi cerita tentang pengalaman puasa bagi figura yang mengaku tidak pernah berpuasa sepanjang usianya sehingga menjangkau usia tua. Dia adalah Malek Noor.

Sebelum ini, umum tahu Malek telah membogelkan kisah hidupnya yang tidak pernah hidup berlandaskan jalan Islam. Tidak solat, memakan makanan haram termasuk daging khinzir dan meminum arak adalah hal bukan tabu bagi dirinya. Begitu juga soal kewajipan berpuasa. Malek tidak berasa penting untuk dia berpuasa sedangkan ia adalah rukun Islam kedua yang wajib dilaksanakan oleh semua umat Islam.

Namun selepas mendapat hidayah sekitar usia 46 tahun, kehidupan Malek kini berubah secara total. Dia telah lama meninggalkan segala yang haram dan berusaha menjadi umat Islam yang baik dengan menunaikan sebanyak mungkin kewajipan yang disyariatkan, termasuklah berpuasa di bulan Ramadan.

Tahun ini, baru genap 10 tahun Malek Noor berpuasa penuh. Dia tidak malu untuk mengaku hal tersebut walaupun kini usianya sudah menjangkau 55 tahun. Banyak cerita yang dikongsi Malek tentang keterujaannya berpuasa. Bagi figura yang baru pulang mengerjakan umrah pada awal tahun ini, nikmat berpuasa tidak boleh ditukar ganti.

“Alhamdulillah, sejak selepas bertaubat, saya masih belum pernah tertinggal satu hari pun puasa. Malah saya juga melakukan puasa sunat seperti puasa enam dan sebagainya.

“Saya kini berusaha sehabis baik untuk menggantikan semua dosa tidak berpuasa yang pernah saya lakukan dahulu,” ujarnya sambil tersenyum.

Malek memberitahu, sewaktu zaman dia tidak mempedulikan kewajipan berpuasa, dia akan makan pada waktu siang hari seperti biasa.

“Tapi saya masih hormat orang lain yang berpuasa, jadi saya tidak makan di tempat umum. Lagi pula saya pun dikenali orang, saya harus menjaga nama juga pada waktu itu. Jadi saya hanya akan makan di rumah seperti biasa dan tidak mempedulikan tentang ibadat ini,” luahnya jujur.


KASIH seorang bapa yang jelas terserlah antara Malek dan Amelin.

Mengenang semula proses pertama kali dia berpuasa, ujar Malek dia sangat teruja untuk melaksanakan ibadat tersebut. Justeru, ia tidak menjadi masalah buatnya untuk memulakan puasa walaupun tidak pernah berpuasa selama lebih 40 tahun sebelum itu.

Malah kini sepanjang Ramadan, selain menahan lapar dan dahaga, apa yang dititikberatkan oleh anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini juga adalah amalan-amalan sunat yang dapat meningkatkan pahalanya.

Mengaku jarang bersahur, ujar Malek: “Aktiviti saya di bulan Ramadan banyak dihabiskan dengan membaca al-Quran, Yassin dan berwirid. Saya berusaha sebaik mungkin bukan sahaja menahan lapar berpuasa, sebaliknya mencuci segala keburukan diri sebersih-bersihnya.”

Bagaimanapun kata Malek, amalan tersebut bukan sekadar dilakukan pada bulan Ramadan, sebaliknya ia juga harus diteruskan pada setiap masa. Ini termasuklah menjaga pertuturan atau bersedekah. Ditanya tentang menunaikan solat tarawih, seperti ‘melompat’ daripada satu masjid ke masjid lain, Malek ternyata mempunyai persepsi sendiri.

Dia memberitahu, dia bukan individu yang mengejar jemaah tarawih. Bukan tidak menyedari ganjaran yang dijanjikan Allah S.W.T, namun kata Malek, dia lebih gembira jika solat wajib lima waktu dilaksana sempurna dan dijaga baik, sebelum melakukan solat sunat.

“Saya akui, ada masa, saya akan ke masjid menunaikan solat tarawih, tetapi bukanlah setiap hari saya ke masjid, kerana kadang-kadang saya memang terlepas ke masjid melakukan tarawih secara berjemaah.

“Jadi saya akan lakukannya secara berseorangan di rumah. Secara peribadi, bagi saya sendiri, saya amat menitikberat soal solat wajib lima waktu. Apa yang penting solat wajib ini tidak tercicir hanya kerana mahu mengejar ganjaran bertarawih,” katanya jujur.

Sementara itu, ditanya tentang juadah berbuka, Malek tidak memilih juadah, cukup sekadar kurma pembuka selera dan sesekali dia mahu merasa nasi beriani, itu sudah memadai baginya. Mengajak Malek berkongsi serba sedikit tentang transformasi dirinya kini, dia tidak mahu khalayak melihatnya sebagai seorang alim ulama, sebaliknya cukup sebagai salah seorang manusia yang pernah melakukan terlalu banyak khilaf dan sudah bertaubat nasuha untuk kembali patuh ke jalan-Nya.

Mengaku menjalani transformasi negatif kepada positif secara berperingkat-peringkat, perkara keji yang dilakukan secara drastik sebaik mendapat hidayah adalah berhenti memakan daging khinzir dan meminum arak. Sementara hal-hal buruk lain seperti pergi ke kelab malam dan sebagainya dilakukan secara berperingkat.

“Selepas saya mendedahkan kehidupan lampau saya, saya telah mendapat pelbagai respons daripada banyak orang.

“Ada yang menyokong, ada yang sebaliknya mengatakan saya memalukan diri dan keluarga kerana membuka aib yang tidak akan dibuka oleh orang lain.

“Ingin saya tegaskan di sini, saya bukan mahu memalukan keluarga atau membuka aib, sebaliknya saya mahu berterima kasih kepada Allah S.W.T kerana masih memberi saya ruang untuk memperbaiki diri dengan menyedarkan saya tentang khilaf yang dilakukan sebelum saya meninggal dunia dalam kesesatan.

“Saya juga tidak malu mengaku keburukan lampau kerana saya tidak takut atau malu dengan pandangan masyarakat, sebaliknya saya mahu dan takut hanya pada Allah S.W.T sahaja,” tegasnya.

Biarpun sudah berubah paksi, itu tidak bermakna Malek melupai duniawi terus. Dia memberitahu kadang-kala masih bertemu teman-teman lama dan masih mengunjungi karaoke.

Katanya: “Sebab itu saya kata saya bukan alim ulama. Kehidupan saya banyak berubah tetapi saya juga harus menyeimbangi kehidupan duniawi asal ia tidak berlebihan dan sentiasa mementingkan akhirat.”

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah, semoga Ramadan membuka minda ramai lagi artis atau para pujaan remaja.. kearah kebaikan. (IH/Kosmo)

Sunday, July 31, 2011

Rock & Akhil Hayy

HALAMAN HIBURAN


LELAKI kelahiran Perak ini adalah salah seorang daripada sederet pemuzik yang dengan diketuk sedar lalu meninggalkan kehidupan pentas dan memilih untuk mendekati Allah. Kisah hiruk-pikuk itu sudah jadi episod masa lalu buat Akhil Hayy yang kini disapa ‘ustaz’.

Buka bicara Akhil, memang ada pertikaian dalam gelaran itu namun menyelak kembali lembaran kisah dulu, panggilan itu sudah menyapa dirinya sejak 1996. Ustaz itu guru, kata Akhil. Dia bermula dengan mengajar al-Quran ketika di Ipoh. Masuk ke sekolah pondok dengan azam untuk menjadi orang yang lebih baik. Tambahnya lagi, mata hati insan berbeza-beza.

Sejak itu dia digelar ustaz dan melekat hingga kini. Daripada seorang rocker, dia melepaskan gelaran vokalis D’Riyadh dan merombak karier solonya. Toleransinya dengan cubaan hidup berubah warna.

Bangun dengan cubaan

Senyap seketika sesudah menikahi selebriti wanita, Waheeda selepas selaput cerita hitam menerjah perjalanan cerita mereka, kini Akhil kembali dengan cubaan.

Bukan cubaan luar biasa, sebaliknya sebuah program dengan judul Cubaan digalasnya sebagai pengendali. Sebuah program santai dengan kamera tersembunyi untuk merakamkan beberapa cubaan moral untuk dijadikan iktibar kepada masyarakat.

“Saya enggan menamakan konsep Cubaan sebagai ‘prank’. Sebaliknya ia adalah sebuah pendidikan kerohanian. Konsep ilmu, ia harus didatangi tetapi untuk program ini saya melihat kepada sebuah wacana mencari hikmah di sebalik realiti kehidupan. Astro Oasis pula membawa wadah untuk berdakwah,” ujarnya yang turun padang bersama team produksi untuk menumpahkan serba sedikit ilmu buat khalayak.

Mungkin juga melenturkan sedikit ‘dawai’ di hati khalayak.

Sudah dipertontonkan pada setiap Sabtu pada pukul 7.30 malam bermula 16 Julai lalu di Astro Oasis (Saluran 106), Akhil banyak tersenyum seakan puas kerana terlibat dengan program pengisian rohani ini.

Mendatangi khalayak di jalanan seperti di Masjid India, dia menjadi pemerhati budaya dan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap cubaan-cubaan yang dipertaruhkan sebagai umpan.

“Saya sendiri banyak belajar. Kita mungkin membuat andaian sendiri tentang sikap keprihatinan. Daripada apa yang berlaku depan mata saya, saya lihat hakikat sebenar bahawa orang Melayu, Cina dan India itu prihatin tanpa mengira bangsa. Tiada perkauman dalam menghulurkan bantuan,” ujarnya yang teringat salah satu lakonan wanita mengandung memerlukan pertolongan dan seorang lelaki India datang menghampiri.

“Namun pada satu sisi juga, saya melihat orang kita lambat bertindak. Suka ikut naluri sendiri. Ada yang sekadar memerhati.

“Tahap sporting mereka sederhana kerana orang kita tidak suka dipermain-mainkan malah boleh dikatakan pemalu,” ujar Akhil tentang program 13 episod tersebut yang turut menerjah marhaen untuk berzikir dan membaca doa secara spontan, di kala mereka tidak bersedia. Kemudian menutup setiap episod dengan kesimpulan beserta hadis sebagai rujukan.

Akhil menerjah khalayak sebagai hos dan di sebalik itu dia menjadi ustaz yang tidak tipikal. Pendekatannya santai kerana jemaah yang didekati di jalanan tidak sama dengan yang dihampiri di majlis-majlis kerohanian yang dikendalikannya di masjid mahu pun surau.

“Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak, masuk kandang harimau, kita yang kena makan (ketawa). Maksudnya saya akan menyesuaikan keadaan dan pemakaian dalam menyampaikan pesan,” ujarnya dengan harapan agar melalui program ini, khalayak terbuka hati untuk mengkaji ilmu agama di madrasah sebagai susulan.

Dugaan Usia 40

Dilemparkan soalan buat Akhil yang nampak tenang sekarang, bukan sekadar raut wajah tetapi juga tenang dalam perjalanan hidupnya kini. Tidak lagi berombak seperti satu ketika. Soalan tentang cubaan hidupnya kini. Bukan bermaksud untuk menyingkap cerita silam namun sekadar berkongsi pembelajaran buat seseorang yang diduga pada usia 40 tahun. Kononnya usia keramat untuk kebangkitan seorang lelaki.

“Orang kata kehidupan lelaki bermula pada usia 40 tahun. Melihat fakta sebenar, nabi ditugaskan menjadi Rasul pada usianya 40 tahun.

“Dugaan awal hidup saya berawal pada tahun 1996 ketika bermula mahu jadi ustaz. Kemudian datang lagi pada usia 40 tahun. Saya diuji cabaran dan getir. Menduga antara nafsu dan iman,” ujar Akhil yang kini berusia 42 tahun yang enggan menyebut cerita lama. Biar ia menjadi cerita masa lalu dan yang dibelek hanya pembelajaran.

“Cubaan ketika itu adalah maruah. Sekali tercalar susah untuk dikembalikan. Palitan demi palitan saya terima. Mungkin saya terlepas pandang lalu diberi ujian, tapi saya survive. Saya yakin dengan kuasa Allah. Saya diuji sama ada mampu atau tidak berhadapan dengan ini semua,” ujarnya merujuk kepada ujian bergelar lelaki pada usia 40 tahun.

“Saya tidak mahu jadi ustaz yang tipikal. Saya buat cara saya dengan mengagungkan Rasul junjungan. Saya mahu menjiwai watak beliau dan dijadikan contoh terbaik,” ujarnya jelas dalam nafas penyampaian dakwah. Satu laman yang sudah diteroka selama 15 tahun kini.

Tidak meletakkan diri di zon selesa setelah semua cubaan ‘dunia hiburan’ telah pudar mengikut masa, dia menganggap setiap hari dan kerja yang datang adalah cabaran buat dirinya.

Mahu buat album rock

Bakal sibuk dengan pelbagai perancangan sempena Ramadan, kata Akhil rutinnya dia akan berbuka di kampungnya di Gopeng pada setiap 1 Ramadan. Pulang ke Kuala Lumpur kemudiannya untuk tugasan dakwah dan selebriti, Akhil yang menubuhkan Akhil Network turut menganjurkan pakej umrah lengkap kembara sufi siri 2012.

“Selain itu, saya juga akan sibuk dengan program Laman Nurani, Raya Imam Muda dan Marhaban di Astro. Pada 3 Ogos ini, saya akan terbabit dengan pelancaran pakej umrah serta tazkirah dan lagu,” ujarnya yang kemudian menerangkan tazkirah dan lagu adalah konsep satu hiburan dan dakwah yang datang dengan kos RM30. Harga itu akan memberikan ceramah dan cenderahati buat khalayak yang mendaftar.

Ditanya tentang jiwanya yang dahulu bermula dengan dunia rock, Akhil mengaku masih menjadikan grup Nightwish dan Within Temptation sebagai salah satu halwa telinga.

“Saya gemarkan juga lagu-lagu yang bersifat spiritual. Suka dengar lagu-lagu runut bunyi filem epik. Merujuk kepada zaman nabi dahulu, penyair seperti Tufail bin Amr Ad-Dausi dan Hassan bin Tsabit juga diiktiraf. Kaedah seni adalah antara cara untuk berdakwah dengan mudah. Rugi kalau kita tidak manfaatkannya,” ujar Akhil mungkin mahu memperjelaskan terhadap sorotan tajam terhadap hiburan buat sesetengah masyarakat.

Menerobos masuk ke dalam jiwanya yang masih punya akar rock, dia berkata jujur bahawa masih ada pemberontakan di dalam dirinya yang bakal dikeluarkan.

“Saya merangka untuk membikin album rock. Sedang susun barisan pemuzik yang masih dirahsiakan. Tapi saya mahu buat cara akustik. Ini adalah ruang pemberontakan saya. Nantikan sahaja,” senyumnya seraya menambah bahawa album kelimanya juga bakal dikeluarkan dan isteri tersayang telah menyumbangkan dua buah lagu dalam album tersebut. (IH/Kosmi! Online)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails