Saturday, August 27, 2011

K'tan: Qaryah Ramadan & Munajat P/Raya Bersemarak





KOTA BHARU, 27 Ogos 11: Biar pun tanpa nasi bungkus percu ma untuk bersahur, namun ribuan anak-anak muda memenuhi Qaryah Ramadan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV awal pagi tadi bagi mengikuti munajat pilihan raya.

Malah ada membawa beg galas besar, kemungkinan baru kembali ke kampung halaman, bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri dua hari lagi. Ada juga yang keletihan tidur di belakang khemah solat tarawih. Khemah gergasi tempat solat dan munajat itu penuh sesak dengan orang ramai. Khemah tersebut boleh memuatkan sehingga 3,000 orang. Sebahagian lagi terpaksa solat dan munajat di bahagian luar khemah.

Jumlah kehadiran itu dianggap luar biasa memandangkan bulan Ramadan sekarang lebih ramai memilih bersahur bersama keluarga. Malah program agak sendat apabila amanat pimpinan yang disiarkan secara langsung menerusi internet berakhir jam 12 malam tadi, disambung pula dengan munajat.

Sebahagian peserta yang hadir rata-rata golongan muda. Program bermula jam 3 pagi diimamkan Ustaz Hussin Ibrahim Masri dari Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas. Bacaan zikir dan munajat pula dikepalai Ketua Pengelola Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak. Hadir sama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco dan wakil-wakil rakyat.

Program munajat berakhir kira-kira jam 4.50 pagi, bagi memberi peluang orang ramai yang hadir bersahur. Jualan nasi bungkus disediakan berhampiran Qaryah Ramadan. Mubarak Kafe di sebelah khemah tarawih kelihatan penuh sesak dengan pelanggan. Beberapa kedai makan dan restoran di Dataran Usahawan juga masih beroperasi.

Berucap ringkas sebelum itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, Kelantan terus memancak Islam dalam segenap aspek kehidupan sejak mengambil alih pentadbiran negeri ini pada akhir 1990.

“Usaha itu berterusan dilakukan sehingga ke saat ini. Ketika ini merupakan saat yang paling baik bagi umat Islam beribadat di akhir Ramadan bagi membersihkan diri kita daripada segala dosa,” katanya.

Menurutnya, hanya doa sebagai senjata akhir bagi orang Islam ketika berdepan dengan kegentingan bagi menghadapi pilihan raya bila mana pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor untuk mengekalkan kuasa.

Ketika ucapan yang disiarkan secara langsung di 19 lokasi di seluruh negara termasuk boleh diikuti di Sabah dan Sarawak malam tadi Menteri Besar berkata, taktik buruk pihak lawan bagi mengekalkan kuasa hanya dapat dihadapi dengan munajat kepada Allah Taala. Katanya di negara lain tentera digunakan bagi mempertahan kuasa pemimpin sedia ada, namun di negara kita pendatang diberi kad pengenalan bagi membolehkan pemerintah mengekalkan kuasa.

Kata beliau senjata doa tiada hijab yang boleh menghalang kerana ia akan terus sampai ke Allah Taala, lebih-lebih lagi kalau berkebetulan pula dengan Lailatul Qadar.

“Kita luahkan segala isi hati. Malam ini berkebetulan pula 27 Ramadan, iaitu malam-malam ganjil yang kemungkinan besar berlaku Lailatul Qadar. Allah Taala membuka pintu langit bagi membolehkan menerima terus doa daripada hambaNya,” ujarnya pada program yang diadakan di Dewan Zulkifli Mohamad , pejabat Perhubungan PAS Kelantan.

Program itu bermula jam 10 malam di mana siaran internet dipancarkan dari dua lagi lokasi iaitu Rusila, Terengganu dan Taman Melewar, Kuala Lumpur. Sebanyak 19 tempat pemimpin dan penyokong PAS berkumpul bagi mengikuti program berkenaan. Siaran itu boleh diikuti dengan jelas gambar dan audionya. Pengerusi program, Ustaz Idris Ahmad berada di Taman Melewar.

Di Rusila dua pemimpin berucap iaitu Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Ahmad Ghazali.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di Kuala Lumpur, kerajaan BN buat apa, sambut puasa dan hari raya? Campur baur artis jantan betina? Lihat saja di tv. Di Melaka, tambah masa hiburan malam yang sial.. dan segala macam busuk.. (IH)

PRU 13: Senjata Akhir Lawan BN -Nik Aziz


Nik Aziz MB Kelantan.
KL27 Ogos 11: PAS Kelantan mengadakan munajat pilihan raya di Kota Baru awal pagi tadi dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hanya doa merupakan “senjata akhir” bagi orang Islam berdepan dengan kegentingan menghadapi pilihan raya umum ketika pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor kekal kuasa.

Program itu diadakan ketika akhir Ramadan, di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa selepas sambutan Aidilfitri yang jatuh minggu depan. Berucap ringkas, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS memberitahu, Kelantan terus menegakkan Islam dalam segenap aspek kehidupan sejak mengambil alih pentadbiran negeri ini sejak akhir 1990.

“Usaha itu berterusan dilakukan sehingga ke saat ini. Ketika ini merupakan saat yang paling baik bagi umat Islam beribadat di akhir Ramadan bagi membersihkan diri kita daripada segala dosa,” kata Menteri Besar Kelantan dipetik Harakahdaily hari ini.

Nik Aziz merupakan Menteri Besar sejak PAS mentadbir Kelantan. Menurutnya, hanya doa sebagai senjata akhir bagi orang Islam ketika berdepan dengan kegentingan bagi menghadapi pilihan raya bila mana pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor untuk mengekalkan kuasa.

Dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung di 19 lokasi di seluruh negara termasuk ke Sabah dan Sarawak, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, taktik buruk pihak lawan bagi mengekalkan kuasa hanya dapat dihadapi dengan munajat kepada Allah.

Katanya, di negara lain tentera digunakan bagi mempertahan kuasa pemimpin sedia ada, namun di negara kita pendatang diberi kad pengenalan bagi membolehkan pemerintah mengekalkan kuasa. Kata beliau senjata doa tiada hijab yang boleh menghalang kerana ia akan terus sampai ke Allah Taala, lebih-lebih lagi kalau berkebetulan pula dengan Lailatul Qadar.

“Kita luahkan segala isi hati. Malam ini berkebetulan pula 27 Ramadan iaitu malam-malam ganjil yang kemungkinan besar berlaku Lailatul Qadar. Allah Taala membuka pintu langit bagi membolehkan menerima terus doa daripada hamba-Nya,” kata beliau dalam satu ucapan pada program diadakan di Dewan Zulkifli Mohamad, Pejabat Perhubungan PAS Kelantan.

Manjat pilihan raya umum pula diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV awal pagi tadi. (IH)

K/Umno P/Serai L/Jawatan, Bukan K/Liwat Pemandunya?

Bekas Ketua UMNO Padang Serai lepas jawatan bukan kerana dia meliwat pemandunya.. Begini Beitanya...

SEKITAR dua bulan lalu (6 Jun 2011), heboh di laman sosial facebook tentang kisah atau boleh dikatakan sebagai khabar angin yang bertiup kencang bahawa Ketua Umno dari utara terlibat dengan skandal liwat.

Berita kisah liwat Ketua Umno dari utara ini tersebar bagaikan api marak di laman sosial facebook. Malah mereka mendakwa satu laporan Polis telah dibuat terhadap Ketua Umno ini kerana meliwat pemandu peribadinya [Facebook].


ReJaM© pada mulanya menganggap ini sekadar khabar angin yang tidak patut dilayan kerana tiada asas yang boleh dijadikan rujukan. Namun hari ini seorang Ketua Umno dari Utara (Padang Serai), Abdul Rahman Mahamud melepaskan jawatan Ketua Umno tanpa dinyatakan sebabnya [Bernama]

ReJaM© tidak mahu memfitnah, tetapi khabar angin ini sudah tersebar luas di laman sosial Facebook. Sekiranya ia sekadar berita fitnah, maka pihak yang terlibat harus menjelaskan sebab musabab mengapa Ketua Umno dari Utara ini meletakkan jawatan?

Adakah beliau baru meletakkan jawatan, atau sudah lama mengosongkan jawatan itu? Jika pihak terlibat terus berdiam diri, ia boleh mendatangkan fitnah besar, kerana pelbagai spekulasi akan timbul.


ReJaM© "Maklumat dari salah seorang wartawan Sinar Harian mendakwa laporan Polis ini memang wujud..."

Apa Nak Hairan Rumah Anak Gaddafi Ada Arak

Ruang rumah anak Ghddafi digeledah

Dikatakan rung bar yang terdapat dalam rumah Mutassim.





Laporan asal DailyMail

TRIPOLI - Para pemberontak kelmarin menggeledah sebuah lagi rumah anak pemimpin Libya, Muammar Gaddafi di sini, lapor sebuah akhbar semalam. Rumah itu milik Mutassim yang terletak di kawasan tepi pantai di pinggir Tripoli.

Mutassim yang berusia 34 tahun merupakan komander tentera bapanya di Brega yang berjuang menentang para pemberontak di bandar Sirte. Bandar Sirte merupakan bandar kelahiran Gaddafi. Di dalam rumah itu, para pemberontak menemui hiasan perabot mewah selain botol arak yang berjenama mahal.

Beberapa jet ski, tab mandi air panas, katil kulit dan pintu besi terdapat di rumah berkenaan. Jika di kawasan Mediterranean di Itali, rumah itu mungkin bernilai berjuta-juta dolar. Rumah itu mempunyai botol vodka Absolut, arak Havana, Martini dan wiski Johnnie Walker Blue Label selain sebuah bar.

Ia merupakan antara rumah milik keluarga Gaddafi yang digeledah para pemberontak selepas mereka berjaya menawan Tripoli. Sementara itu, Majlis Peralihan Kebangsaan (TNC) telah memindahkan ibu pejabatnya dari bandar Benghazi ke Tripoli.

Seorang pegawai TNC, Ali al-Tarhuni berkata, majlis itu telah memulakan operasi di bandar ini, lapor stesen televisyen Al-Jazeera semalam. TNC merupakan badan yang mewakili para pemberontak yang berjaya menguasai hampir keseluruhan Tripoli sehingga mengakibatkan Gaddafi sehingga kini belum keluar dari tempat persembunyiannya.

Namun, tentera Gaddafi dilaporkan bertindak balas dengan mengebom sebuah lapangan terbang utama di sini. Jet-jet pejuang tentera Britain, Tornado juga melancarkan serangan semalaman di ibu pejabat Gaddafi di bandar kelahirannya di Sirte semalam.

Namun, Setiuasaha Pertahanan Britain, Liam Fox menafikan Gaddafi menjadi sasaran serangan. Puluhan mayat juga ditemui di sebuah hospital yang ditinggalkan di sini. Hospital itu di kawasan Abu Salim itu didadapti hampir kosong pada pagi semalam. Namun, puluhan mayat itu dipercayai askar Gaddafi kerana warna kulit mayat tersebut gelap dan tidak sama dengan penduduk tempatan.

Dalam perkembangan berkaitan, para pemberontak menemui gambar-gambar bekas Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice di rumah Gaddafi di sini. Rice pernah menjadi pujaan Gaddafi kerana pemimpin tersebut pernah menyatakan dia merupakan seorang wanita berketurunan Afrika yang boleh memberi arahan kepada penduduk berkulit putih. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rumah anak pemimpin No 1 Negara Umat Islam ada arak. Apa nak hairan, kerana dasar pemerintahan negaranya adalah bukan negara Islam. Negara Kebngsaan/Asobiah dayungnya sebelah kanan, negara sosialis/komunis dayungnya sebelah kiri. Matlamatnya sama ke pulau yang sama ke pulau dunia semata-mata. Tiada pedulikan Akhirat/halal haram.

Lihat pula gambar-gambar di bawah ini...



Friday, August 26, 2011

Gadis Lari Ikut Lelaki Nepal, P/UMNO Tunggu Apa Lagi?

Kathmandu street, Nepal. Mungkinkah gadis itu ada di sini?
PADANG SERAI, 26 Ogos 11: Seorang gadis berusia 21 tahun dari Taman Kenangan, Sungai Karangan di sini, bertindak lari dari rumah keluarganya untuk mengikut kekasihnya seorang lelaki Nepal pulang ke Kathmandu.

Gadis berkenaan Norshahira Mohd Rasul dipercayai keluar rumah sejak 22 Ogos lalu dengan alasan menemui seorang temannya di Sungai Petani. Setelah gagal menjejak anaknya, bapa gadis berkenaan Mohd Rasul Kassim membuat laporan di Balai Polis Sungai Karangan sehari selepas itu.

Ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini, Mohd Rasul yang bekerja sebagai pemandu bas kilang, berkata mereka amat risau kerana menurut maklumat daripada polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Norshahira mengikut lelaki Nepal itu menaiki penerbangan dari Pulau Pinang, transit di Bangkok dan terus ke Kathmandu pada 23 Ogos lalu.

Dipetik Bernama Online, Mohd Rasul berkata sejak Aidilfitri tahun lalu setelah dia mengetahui Norshahira, yang pernah bekerja di sebuah kilang membuat sarung tangan getah di Kawasan Industri Padang Meha di sini, menjalin hubungan dengan lelaki Nepal, juga pekerja di kilang yang sama, dia telah menasihat dan menghalang anaknya daripada terus berkawan.

Dia juga mendapat maklumat daripada rakan sekerja lelaki Nepal yang dikenali sebagai Imthias Khan, 24, bahawa permit kerjanya telah tamat tempoh dan dia terpaksa pulang ke negaranya sebelum dapat menyambung semula permitnya untuk bekerja semula di negara ini.

Isteri Mohd Rasul, Siti Fatimah Jasin, 46, pula amat risau akan masalah kesihatan yang dideritai Norshahira, anak kedua daripada enam beradik, yang pernah menjalani pembedahan kecil akibat apendiksnya pecah beberapa tahun lalu.

Fatimah memohon sama ada Kelab Putera 1Malaysia atau Pergerakan Pemuda Umno membantu keluarganya mengatasi masalah yang dialami keluarganya itu kerana untuk menyelesaikannya sendiri mereka amat kesuntukan kewangan selain komunikasi. (IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mungkin bukan lari, tetapi ikut suami atau bakal suami. Kalau masuk Islam apa salahnya. Lagi baik le tu. Yang masalahnya duduk cara haram luar nikah, walaupun sama-sma Melayu rakyat Malaysia mengaku beragama Islam pula. Pemuda UMNO, sila pantau.. Al-hamdulillah.

Solusi Perang Agama Di Ambon..


Kota Ambon adalah ibu kota provinsi Maluku, Indonesia.
Ambon menjadi medan perang.
Seorang Ibu melintasi garis perbatasan saat kerusuhan di Ambon. Foto : Indonesia in Soeharto’s years

Catatan Perjalanan bersama Dr Mujahid, Medan 6..

MERUJUK catatan sebelum ini 'Bagaimana Kerukunan Beragama Dlm Kes Ambon?' apakah benar Orang Islam Ambon didakwa sebagai pendatang? Dan Islam dipandang sebagai agama asing, bukan agama penduduk asli di situ?

Padahal, kalau kita mahu jujur pada sejarah, ternyata Islamlah agama yang lebih awal datang ke Ambon daripada Katholik atau Protestan yang dibawa penjajah Portugis dan Belanda. Dan harus dicatat bahawa Islam telah berhasil meletakkan fondasi kebudayaan Ambon dengan nuansa Islami sekarang

Bangsa Eropah yang pertama sekali datang ke Maluku adalah Portugis (1511). Selain mengeruk kekayaan alamnya, mereka juga memperkenalkan agama Kristian. Pada tahun 1605 Belanda yang menganut Kristian Protestan merebut benteng Portugis dan mengusirnya. Ketika terjadi perang reformasi di Eropah, orang Belanda yang Protestan memerangi dan membasmi orang-orang Portugis yang Khatolik. Kerana itu, sampai tahun 1950 agama Protestan menjadi dominan di Ambon.

Tetapi sejarah membuktikan, Namun, Islam jauh lebih dahulu berkembang di Ambon. Islam mulai masuk ke daerah ini sejak abad ke 7. Sedangkan Khatolik abad ke 16. Protestan abad 17. Jadi yang meletakkan budaya kehidupan Maluku sebenarnya adalah Islam. Sayangnya, dalam sejarah yang ditulis 'Belanda', hubungan Arab-Indonesia pada abad-abad awal dihilangkan. Seolah-olah Hindu dan China lebih dahulu yang datang ke Maluku. Padahal Thomas Arnold dalam buku The Preaching of Islam, menjelaskan, yang masuk lebih awal adalah bangsa Arab.

Nama Maluku sendiri sebenarnya berasal dari bahasa Arab, yakni al-muluk. Atau nama Surah A-Muluk dalam Al-Quran, kitab anutan umat Islam. Nama bernuansa Arab itu berlaku disebabkan, yang membuat peta daerah Maluku itu sendiri adalah para sarjana geografi Arab. Tetapi setelah Belanda masuk, kata tersebut dirubah menjadi Maluku. Di Maluku, sebelum kedatangan bangsa Eropah, Islam berkembang pesat, kerajaan Islam berdiri tegar, seperti Ternate, Tidore. Jadi Islam sebenarnya bukan agama baru di Maluku. Sejak abad 7-11 Maluku sangat ramai dikunjungi saudagar-saudagar Arab, Persia dan Gujarat. Selain berdagang mereka juga menyebarkan Islam sampai kepada raja-raja Maluku.

Pada abad XV di bawah pengaruh Sultan Ternate, Tidore dan Hitu, Islam berkembang dengan pesat pada hampir seluruh pulau-pulau Maluku. Islam masuk dengan jalan damai, dan penuh kesejukan, tanpa kekerasan. Dalam ensiklopedi Indonesia disebutkan bahawa selama menjajah, Belanda juga menyebarkan agama Kristen, sebagaimana pedagang Arab menyebarkan Islam. Penduduk Ambon yang mahu memeluk Kristian mendapat perlakuan istimewa dari Kolonial Belanda. Mereka lebih berkesempatan dalam pendidikan dan lowongan kerja sebagai tentara dan pegawai Belanda.

Berdasarkan sejarah di atas, dapat diketahui bahawa masyarakat Maluku sudah lama terintegrasi dalam sistem politik Belanda. Sejak itu beribu-ribu orang Ambon Nasrani meninggalkan kampung halaman untuk bekerja sebagai tentera ataupun awam, di seluruh nusantara. Mereka digunakan sebagai serdadu Kolonial dalam menguasai wilayah-wilayah nusantara yang belum ditaklukkan. Pengalaman penyerbuan Belanda ke Aceh pada 1873 adalah dari pengalaman orang-orang Ambon yang terpedaya oleh penjajah.

Pengalaman ini mengubah suasana terjajah Ambon Kristian yang mengeksploitasi habis-habisan di bawah monopoli rempah-rempah, menjadi orang yang bersekutu dengan Belanda. Secara ideologis, akibat kedudukan istimewa ini, orang Nasrani Kristian merasa mempunyai hubungan khas dengan Belanda. Kerana mempunyai kesamaan agama dan tugas, teristimewa kemiliteran (Richard Chauvel, dalam Audrey Kahin, 1985: 244).

Bila orang-orang Ambon Nashara ikut dalam usaha-usaha kolonial, maka umat Islam Ambon tidak mau ikut serta dalam usaha tersebut. Selain kerana Belanda tidak merekrut mereka, umat Islam juga memang tidak mahu bersekongkol dengan penjajah zalim. Kerana itu umat Islam tidak mahu memasuki pendidikan militer Belanda. Maka tidak aneh, sampai tahun 1920-an di desa-desa Islam tidak ada fasiliti pendidikan sekuler. Maka wajar, jika hasil sensus 1950 menunjukkan bahwa 90% umat Islam masih buta huruf, kerana diskriminasi tersebut.

Jadi, pengalaman orang Ambon Nashara berbeda sekali dengan pengalaman Ambon Muslim.
Orang-orang Nashara dengan bantuan pendidikan Belanda mendominasi masyarakat Ambon sedemikian rupa, sehingga banyak orang menyangka bahawa Ambon adalah daerah Kristian semata. Maka wajar, jika masyarakat Ambon kemudian menganggap Belanda bukan sebagai penjajah. Hal inilah menurut Chauvel, yang mengakibatkan proklamasi Kemerdekaan RI 1945, tidak banyak mendapat sambutan di sana.

Pada 24 April 1950 Dr. Soumokil memproklamirkan Republik Maluku Selatan (RMS) yang melakukan aksi politiknya secara kekerasan. Hubungan Islam-Nasrani yang demikian tegang, diperkuat oleh kenyataan bahawa para pemimpin awam RMS berikut serdadunya yang semua terdiri dari orang-orang Nashara. Sementara korban para serdadu itu banyak orang Islam. Ketakutan ini beralasan, kerana menurut catatan Coorly (1968: 267) jumlah umat Islam terus meningkat yang sebelumnya sekitar 35% menjadi 49% di awal Orde Baru.

Perkembangan ini dianggap sebagai ancaman bagi Kristian di sana. Kerana itu, ketika kerusuhan terjadi tidak mengherankan jika bendera RMS dinaikkan di berbagai tempat. Kembali kepada persoalan nasib tertinggalnya umat Islam di zaman penjajahan Belanda. Era kemerdekaan RI 1945 merupakan angin segar dan nafas baru bagi umat Islam Ambon untuk mulai berkembang. Secara perlahan ekonomi Islam membaik dan pendidikan semakin meningkat. Pada awal Orde Baru beberapa sarjana Muslim mulai menduduki posisi-posisi penting di Ambon, meskipun belum dominan.

Baru pasca 1970, banyak putera daerah (penduduk asli) yang Muslim, menduduki jabatan-jabatan strategis mulai dari tingkat propinsi Maluku hingga kecamatan secara adil bukan dominatif. Perkembangan Islam yang pesat dalam politik, pendidikan dan ekonomi ini , dianggap sebagai ancaman. Ketika era reformasi dianggap semakin mengarah kepada penguatan pengaruh Muslim, maka kerusuhan dan pembersihan etnispun tidak dapat dielakkan.

Kepada kawan saya yang baru saya kenal di atas kapal itu, seorang pemimpin kaum Batak dari Ambarita, yang bertanya saya mengenai konflik Ambon, saya katakan...

"Maaf tuan, saya belum pernah ke Ambon lagi. Tetapi kami ada membincangkan kes Ambon ini dalam Dialog Kewaspadaan Beragma (Wasber) dalam kertas-kerja bertajuk 'Upaya Mewujudkan Kewaspadaan Beragama (Wesber) Pengalaman Indonesia' Dibentangkan oleh Dr H Maratua Simanjuntak pada Sabtu 2 Jun 1011 di Garuda Plaza Hotel, Medana baru lalu."

Antaranya Dr H Maratua Simanjuntak menyebutkan..

" A. Begitu memasuki reformasi, terjadi tren baru yang menyedihkan, iaitu konflik antar suku dan agama.
B. Di mana terjadinya konflik yang memilukan di Sampit, Poso dan Ambom.
C. Yang sebenarnya, hal serupa (juga) terjadi di Aceh di mana etnis tertentu yang sudah puluhan tahun di sana diberlakukan bagaikan kelompok yang halal darahnya dan bukan bagiannya."

Dalam bahagian 'Study Kasus Konflik Poso Dan Ambon' beliau menyebutkan..

"Akar masalah konflik Poso Ambon..
A. Penyebab konflik yang berakibat dari beda agama dan suku, sebenarnya menempati posisi yang sangat rendah, di mana hasil penelitian paca konflik Poso Ambon menunjukkan angka dengan prosentasi 1.7%. Walaupun gaum yang didengar oleh banyak orang di kedua tempat ini terjadi peperangan merah putih.
B. Penyebab konflik di Poso dan Ambon kerana perbedaan miskin kaya, menurut penelitian menduduki angka prosentasi 9.2%
C. Sedangkan angka tertinggi penyebab konflik di Poso dan Ambon adalah kerana motif tekanan dan hasutan, hal ini mencapai angka prosentasi 73.2%.
D. Sementara konflik kerana stigma penduduk asli dan mendatang berada pada prosentrasi 1.8%."

Kawan saya pemimpin Batak yang di atas kapal itu bertanya saya pula.. "Maka, bagaimana solusi ampuhnya dalam menerapkan Kerukunan Beragama?"

"Oh. Banyak. Anataranya, mewaspadai perbedaan agama tanpa pertikaian, mewaspadai hubungan harmonis, mewaspadai hobi kekerasan dan mewaspadai macam-macam...." Kata saya.

"Tetapi pada bahagian analisis ada Dr H Maratua Simanjuntak merumuskan 3 perkara..
1. Diperlukan Tokoh Ideal untuk penanganan Konflik.
2. Perlu dihidupkan kembali budaya bergotongroyongan, anjangsana, dailog warga dan budaya saling kunjung mengunjungi antar tetangga.
3. Perlu digalakkan kebiasaan undang-mengundang antar warga, beda suku dan agama." Jelas saya. Dia nampak bersetuju.

Jadi begitulah kira-kira solusi penyelesaian dalam kes Poso Ambon supaya ianya tidak berulang lagi, bukan sahaja di Indonesia Poso Ambon, atau seperti 13Mei 69 di Malaysia, pembunuhan di Pattani, Filipina Selatan bahkan di tempat-tempat lain lagi di Asia.

Yang penting peringatan Al-Quran, "Wahai orang-orang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti, agar kmu tidak menimpakan sesuatu musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya, yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu."

Marilah, Kembalilah kepada Kerukunan Hidup Beragama.

Akan bersambung, insya Allah. Wassalam.

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

KL 26 Ogos 11.

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

'Isteri Klon' Dlm Daftar Undipos, Lagi SPR Seleweng?

dap claims wives clone voters 250811
DAP hari ini mendakwa, parti itu berjaya menemui rekod dua orang pengundi wanita yang didaftarkan sebagai undi pos – dengan nama yang sama dan juga berkahwin dengan seorang anggota tentera lelaki yang sama.

Anehnya, kedua-dua wanita bernama Khadijah Husin itu berdaftar di alamat yang sama dan juga mempunyai tarikh lahir yang sama, menurut rekod di pengkalan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kedua-duanya wanita tersebut, seorang daripadanya sembilan tahun lebih tua, dilahirkan pada 20 Februari dan nombor kad pengenalan mereka pula hanya mempunyai perbezaan pada satu digit.

Wanita berkenaan didaftarkan sebagai pengundi pos mengikut pasangan mereka, seorang anggota tentera bernama Nor Hisham Md Darus.

Mengulas penemuan itu, ahli parlimen Rasah, Anthony Loke berkata ketulenan pengundi pos berkenaan diragui memandangkan kesamaan yang dikesan itu "terlalu kebetulan."

"Adakah kebetulan seperti ini, di mana seorang lelaki ada dua isteri yang sama nama dan tarikh lahir? Kita syak (wanita) ini ialah orang yang sama dengan dua identiti.

"Jika media boleh jumpa dua wanita ini dengan nama dan tarikh lahir sama dan ambil gambar dengan suami dia, saya akan kunjungi keluar itu dan beri mereka hamper Hari Raya," katanya.

Seorang daripada wanita berkenaan telah dipindahkan untuk mengundi di kawasan Rasah manakala seorang lagi didaftarkan sebagai pengundi baru di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, semakan yang dijalankan Malaysiakini di pangkalan data dalam talian SPR menunjukkan, maklumat untuk seorang daripada wanita berkenaan (dengan nombor kad pengenalan 790220115182) telah dikeluarkan. (IH)

Begini Cara Periksa Payudara Calon Paramugari?

Garuda nafi periksa payu dara calon pramugari

Seorang pegawai Garuda berkata pemeriksaan payu dara dilakukan untuk mengesan kehadiran implan. — Foto AFP
JAKARTA, 25 Ogos 11: Garuda Indonesia menafikan dakwaan seorang wanita Korea Selatan yang memohon jawatan pramugari kononnya doktor lelaki memeriksa payu dara semua calon bagi mengesan jika terdapat sebarang implan.

Setiausaha korporat syarikat penerbangan itu, Pujobroto, berkata pemeriksaan kesihatan rutin yang merupakan sebahagian daripada proses pengambilan petugas baru tidak melibatkan pemeriksaan payu dara.

Wanita Korea Selatan itu dilaporkan berkata ramai calon yang memohon 18 jawatan pramugari Garuda Indonesia, dikehendaki menanggalkan pakaian kecuali seluar dalam, bagi membolehkan doktor, yang merupakan seorang lelaki, mengesan sama ada terdapat sebarang implan ataupun tatu.

Seorang pegawai Garuda dipetik oleh agensi berita Korea, Yonhap, sebagai berkata bahawa pemeriksaan menggunakan tangan dilakukan kerana implan boleh menimbulkan masalah kepada kesihatan jika tekanan udara rendah semasa penerbangan.

Menurut laporan Bernama Online, pegawai itu juga dilaporkan berkata bahawa anak kapal dilarang mempunyai tatu, dan larangan ini juga terpakai kepada rakyat asing yang berkhidmat dengan Garuda.

Pujobroto berkata pemeriksaan fizikal dilakukan oleh satu pasukan perubatan Garuda dari Indonesia yang dibantu oleh petugas wanita dari Korea. (IH)

Thursday, August 25, 2011

Tiba-tiba Polis Bertopeng Serbu Rumah Ibu Tunggal..

Siti Zailah Ahli Parlimen Rantau Panjang

RANTAU PANJANG, 25 Ogos:
Pintu rumahnya ditendang kumpulan lelaki terbabit yang datang tanpa diundang. Seorang armalah bagaikan bermimpi apabila rumahnya di sini tiba-tiba diserbu sekumpulan lelaki bersenjata kira-kira jam 8.30 pagi semalam.

Lebih parah lagi dakwa Noraisiah Che Ghani, 40 salah seorang lelaki bertopeng lengkap bersenjata itu menendang di bahagian perutnya sehingga terduduk.

”Kesannya saya mengalami sakit di bahagian pinggang dan perut sehingga sekarang. Ketika kejadian saya sedang tidur di ruang tamu tiba-tiba terperanjat mendengar bunyi kenderaan yang kuat di halaman rumah.

“Sebaik sahaja bangun dua anggota polis bertopeng menendang pintu rumah dan tendangan terkena perut sehingga saya terduduk.

“Sampai hari ini saya tidak boleh duduk lama kerana sakit di bahagian pinggang dan perut,” ujarnya berniaga sayur di Pasar Rantau Panjang.

Armalah kepada tiga anak yang berusia antara sembilan dan setahun setengah itu pada mulanya panik tidak tahu apa punca kedatangan lelaki bertopeng lengkap bersenjata. Ujar beliau tanpa memberitahu apa sebab kedatangan mereka terus bertindak.

”Selepas lama mengeledah kemudian salah seorang anggota polis terbabit memohon maaf di atas kesilapan mereka, lalu meninggalkan rumah saya.

”Seorang anggota polis pada awalnya mendakwa kononnya saya terlibat menyeludup senjata api,” katanya yang masih tidak dapat melupakan peristiwa berkenaan ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Ketika kejadian turut berada di rumahnya tiga anaknya, emak yang cacat penglihatan, dua adik beradiknya. Kumpulan bersenjata itu menyelongkar segenap ruang di dalam rumahnya hampir dua jam sebelum beredar tanpa menemui sebarang barangan disyaki.

Mencerita lanjut saat-saat mencemas itu Noraisiah memberitahu beliau kemudian ditawarkan sejumlah bayaran sebagai kos perubatan bagi menutup kes tersebut ketika datang membuat laporan polis di Balai Polis Rantau Panjang.

Menurut beliau adiknya Numi Che Ghani juga turut ditawarkan sejumlah bayaran yang sama. Serbuan itu juga turut menjadikan adik iparnya Sopian Sautar, 31 sebagai mangsa apabila dipaksa meminum air empat botol kerana disyaki penagih dadah ketika datang menemankan Norasiah di Balai Polis.

“Pada mulanya saya enggan sebab saya berpuasa, tetapi saya dipaksa juga minum empat botol air kosong dalam botol besar selepas ujian kali pertama didapati saya negatif sebarang dadah,” ujarnya.

Menurut Norasiah selepas kejadian kira-kira jam 11 pagi beliau ke klinik berhampiran rumahnya untuk mendapatkan rawatan dan kira-kira 11 malam pula membuat laporan polis. Sementara itu anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berharap kerajaan dan pihak polis bertanggungjawab ke atas mangsa yang ditendang sekumpulan lelaki bersenjata alasan disyaki sebagai penyeludup senjata.

“Kita minta kerajaan dan pasukan polis bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Mereka juga meninggalkan mangsa begitu sahaja tanpa membantunya membawa ke hospital biar pun tercedera,” katanya ketika menziarahi mangsa di rumahnya di sini.

Siti Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat turut melahirkan rasa hairan apabila salinan laporan polis yang diterima mangsa tidak sama dengan apa yang dilapor semalam.

“Dalam laporan itu, mangsa memberitahu anggota polis yang bertopeng menyerbu rumahnya dengan diacu senjata seramai hampir 20 orang, tetapi dalam laporan yang diberi kepada pengadu hanya dua orang sahaja,” katanya. (IH)

Salahkah Gereja Hulur Bantuan? Mana Zakat..


KL, 25 Ogos 11: Pemimpin parti politik dan bukan politik Islam tidak wajar dengan mudah menyalahkan pihak gereja jika menghulurkan bantuan kepada Muslim memerlukan bantuan jika mereka sendiri gagal menjaga kebajikan pihak terbabit, kata bekas mufti Perlis.

Sehubungan itu jelas Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar), pihak terbabit sering meletakkan kesalahan ke atas pihak gereja dalam usaha ingin melepaskan diri.

“Jika kita ingin melepaskan diri, mudah sahaja, kita letakkan kesalahan ini kesemua di pihak gereja. Kita tuduh merekalah punca segalanya.

“Kemudian kita buat demonstrasi, kita bakar semangat orang awam untuk bangun menentang gereja yang melakukan aktiviti bantuan dan ‘dakwah’,” kata beliau dalam satu tulisan dikeluarkan hari ini.

Merujuk kepada perkembangan isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama awal bulan ini, Asri menambah, jika pun mereka tidak membantu dan berdakwah, tidak perlulah disalahkan.

Beliau baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan salah seorang daripada 12 orang hadirin beragama Islam pada satu majlis makan malam di gereja tersebut pada 3 Ogos lalu. Tulisannya dihasilkan susulan kunjungan beliau ke atas salah seorang daripada 12 orang Muslim terbabit.

“Supaya orang dapat melupakan kesilapan kita, kita letakkan segala dosa ke atas orang lain semata. Cubalah bayangkan jika ada sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga yang besar dan kaya tiba-tiba salah seorang ahli rumah itu lari ke rumah jiran atas atasan tidak diberikan perhatian dan mendapat perlindungan serta makanan.

“Sementara si jiran sebelah pula menghulurkan bantuan dengan pelbagai tawaran. Apakah suatu penyelesaian yang tuntas dengan hanya kita mencadangkan agar dibakar rumah jiran, atau ditangkap si jiran atau dihukum si jiran kerana mempengaruhi ahli keluarga kita. Dalam masa yang sama kita, kita tidak persoalkan tanggungjawab kekeluargaan yang kita abaikan selama ini,” katanya.

Zakat & Gereja

Kembali kepada pengurusan umat Islam mengenai zakat, Asri juga berkata, beliau tidak menafikan usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan.

“Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih satu billion. Itu setiap tahun. Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah.

“Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Tiba-tiba si miskin kita terpaksa merintih simpati dari gereja?” katanya lagi.

Asri mendakwa sesesetengah pegawai zakat bersifat begitu materialistik, “berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat.”

Oleh itu katanya, tiada semangat dakwah dan ukhuwah Islamiah dan pemohonan menjadi sulit dan sukar.

“Jika program Bersamamu boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula pihak zakat gagal mengesan mereka.

“Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat. Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pihak zakat,” katanya lagi. (IH)

Kerajaan Yang Menolak Hukum Allah, Murtad?


KL 25 Oos 11: Murtad juga berlaku akibat daripada menolak hukum dan undang-undang Allah Taala. Kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melalui Harakah hari ini.

Sebelum ini beliau mengingatkan masyarakat Islam perlu dijelaskan mengenai murtad yang tidak hanya melibatkan pertukaran daripada agama Islam kepada agama lain semata-mata.

Jelasnya lagi, perbuatan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya juga boleh menyebabkan seseorang Islam murtad. Justeru, beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, masyarakat Islam tidak seharusnya melihat jenayah murtad itu dalam skop yang sempit seperti menganut Kristian sahaja.

“Murtad ini bukan orang Islam masuk Kristian sahaja tetapi mereka yang menolak hukum Allah, menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal dan lain-lain,” jelasnya semasa menyampaikan tazkirah kepada kakitangan Harakahdaily dan Harakah di ibu pejabat Harakah di sini, pagi ini.

Beliau menambah, undang-undang sahaja tidak mampu untuk mencegah gejala murtad tetapi memerlukan ilmu kerana ia berkait dengan iman seseorang. "Undang-undang tak boleh kawal kerana murtad boleh disembunyikan," ujarnya.

Justeru, katanya proses untuk mendapatkan ilmu ke arah itu hendaklah disuburkan di kalangan masyarakat Islam. Beliau juga menggesa ulama supaya memainkan peranan bagi memberi kefahaman kepada umat Islam mengenai perkara itu. Ini, ujarnya agar mereka memahami murtad itu dalam skop yang sebenar.

“Kita perlu memahami gejala murtad ini dalam skop yang sebenar, jangan dalam skop yang sempit,” ujarnya.

Begitu juga, katanya ulama juga seharusnya berperanan dalam perkara-perkara yang melibatkan perbuatan yang diharamkan oleh Allah Taala.

“Mufti jangan hanya menyatakan berjudi itu haram tetapi meluluskan lesen judi adalah haram,” ujarnya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Murtad ini bukan orang Islam masuk Kristian sahaja tetapi mereka yang menolak hukum Allah, menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal dan lain-lain. Itulah, antara ciri-ciri individu seseorang itu menjadi murtad. Kita lihat ramai pemimpin-pemimpin UMNO dulu dan sekarang yang tersalah cakap, boleh jadi begitu?

Itu individu, kalau sebuah kerajaan, bagaimana? Kerajaan yang menolak hukum Allah SWT. Kerajaan mrtad lebih merbahaya lagi.. Bahkan wajib umat Islam menjatuhkannya! (IH)

Sandainya Nik Aziz Gubernur Aceh? - Harian Aceh


BANDA RAYA 9 JUN 11: Fakhruddin Lahmuddin bersama kawan-kawannya dari Majelis Permusyawaratan Ulama (MPU) Aceh Besar bersilaturrahmi ke Negeri Kelantan, Malaysia. Mereka ingin menjumpai seorang pemimpin rakyat yang mungkin sekali tak ada di daerah lain, apalagi di Aceh.

Namanya Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Lebih akrab disapa “Nik Aziz”. Dia menjabat Menteri Besar (gubernur) Negeri Kelantan sejak 20 tahun terakhir. Karena kepemimpinannya, oleh rakyat, ia digelar Umar bin Khattab-nya Kelantan. Musabab itulah, Fakhruddin dan kawan-kawan ingin belajar pada gubernur berusia 84 tahun itu.

Saat tiba di depan pendopo, rombongan disambut sekretaris gubernur; karena Nik Aziz sedang dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur. Lalu mereka dipersilakan duduk di ruang pertemuan berkapasitas 200-an orang. Sungguh, mereka terpana. Kursi dan meja kayu, kipas dan mimbar usang, pula perabotan lainnya, tampak sederhana, jauh sekali dengan di Aceh atau provinsi lainnya.

Tak berapa lama kemudian Nik Aziz hadir. Ia berjubah putih (selalu demikian, menurut cerita warga Kelantan). Mereka selanjutnya beramah-tamah. Usai Fakhruddin dan kawan-kawan menyampaikan maksud kedatangannya, Nik Aziz pun berbicara.

“Nak jaga dan bangun Kelantan tak sulit bagi saya. Yang sulit adalah nak jaga diri saya dari godaan duniawi,” tutur Nik Aziz menanggapi penilaian Fakhruddin dan kawan-kawan tentang ketenteraman Kelantan, dimana mayoritas penduduknya Melayu asli.

Pernyataan tersebut memantik semangat Fakhruddin untuk terus mengorek sisi menarik lain dari seorang Nik Aziz. Ketua MPU Aceh Besar itu pun memerolehnya dari melihat sendiri maupun berdasarkan cerita penduduk Kelantan.

Pertama, begitu dilantik jadi Menteri Besar (MB) Negeri Kelantan, dinas pembangunan umum setempat segera menawari Nik Aziz untuk mengaspal dan memperbaiki jalan sekitar rumah dan pesantren miliknya. “Jangan, jangan! Kenapa sebelum saya jadi MB tak diperbaiki? Tak boleh,” tegasnya. Orang dinas terdiam.

Kedua, Nik Aziz selama jadi gubernur tak pernah tidur di pendopo. Ia menilai, kalau tidur di pendopo harus menyewa guard (satpam) dan tukang kebun, misalnya. Lalu pekerja itu digaji dengan uang negara, dimana uang itu seharusnya dipakai untuk menyejahterakan rakyat. Ia tak mau begitu. Gubernur Aceh sekarang juga tak mau tidur di pendopo, tapi berbeda tujuannya dengan Nik Aziz.

Ketiga, Nik Aziz tinggal di rumah yang sangat sederhana. Rumahnya berkonstruksikan kayu. Kecil. Padahal sampai kini ia sudah punya 10 anak dan 55 cucu dari istri tunggalnya. Fakruddin dan kawan-kawan terpana lagi ketika berkunjung ke rumahnya. Tak ada satupun pengawal yang jaga-jaga di rumah pemimpin salah satu negara bagian Malaysia itu.

Keempat, Nik Aziz pelayan tamu. Suatu kali ada wartawan asing ingin menjumpai Nik Aziz di rumahnya. Usai dipersilakan masuk oleh seorang lelaki tua, wartawan itu menunggu sang gubernur. Tak lama kemudian, lelaki tua tadi keluar dengan membawakan minuman.

“Saya ingin menjumpai Nik Aziz, apa dia ada di sini?” kira-kira begitu tanya si wartawan. “Inilah saya Nik Aziz yang kamu maksud,” sahut lelaki tua itu. Si wartawan terkejut dan malu. Lalu satu pertanyaan menarik darinya timbul lagi kemudian, “Anda seorang gubernur, apa tidak takut tinggal di rumah dengan tak ada seorangpun guard?” Dengan mantap Nik Aziz menjawab, “orang yang perlu pengawal adalah orang yang punya musuh, punya masalah. Saya tak punya masalah dengan siapapun. Guard saya adalah beribadah kepada Allah.”

Kelima, Nik Aziz turut membersihkan tandas (sebutan WC oleh orang Malaysia). Suatu kali, sekira jam 3 pagi waktu Malaysia, seorang santri melihat ada bayang-bayang seorang lelaki di sebuah WC pesantren milik Nik Aziz. Ia heran, yang membersihkan toilet seharusnya tugas santri. Begitu didekatinya, ternyata lelaki itu pemimpin pesantren tempat dia belajar, yaitu Nik Aziz. Ia merasa malu.

Keenam, suatu malam, seorang warga keturunan Cina kebingungan karena mobil yang dikemudinya mogok. Lalu sebuah mobil tua berhenti. Seorang lelaki tua turun dari dalamnya. Lalu membantu si Cina itu. Bahkan ditemani sampai ke bengkel. Esok pagi, ia terkejut. Ia melihat di koran, ada foto orang yang membantunya semalam. Ternyata lelaki tua itu Nik Aziz.

Begitulah Nik Aziz. Fakhruddin Lahmuddin menceritakannya beberapa hari setelah ia pulang dari Kelantan. Tepatnya, Ketua MPU Aceh Besar itu mengisahkan kepada saya pada Jumat 27 Mei 2011 yang panas, usai mengajar di Fakultas Dakwah IAN Ar-Raniry Banda Aceh. “Masih banyak cerita menarik lain tentang Nik Aziz selama jadi gubernur, cerita yang nyaris mustahil ada pada diri pemimpin di Indonesia maupun negara lain,” katanya. Dia tidak sedang berbohong.

Adakah calon gubernur di Aceh seperti gubernur Kelantan iu?

Aceh di ambang Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada). “Sulit menemui calon pemimpin seperti Nik Aziz di Aceh, maka patut memilih yang mendekatinya,” kata pemimpin Ponpres Umardian itu.

Lalu dia menganalogikan pada seorang sopir bus penumpang yang mengalami situasi membahayakan. Tiba-tiba saja, sekitar tiga meter di depannya seorang lelaki tua sedang menyebrangi jalan dengan melangkah pelan, sendiri. Di kanan, bus lain berusaha menyalipnya. Sedang di kiri, ada jurang yang dalam. Sopir gamang. Kalau menabrak lelaki tua itu pasti mati. Kalau mengelak atau mengerem, bus pasti masuk jurang dan semua penumpang kemungkinan besar akan mati. “Pilih mana?”

“Begitu juga dalam hal memilih pemimpin,” katanya. Bila seandainya semua calon pemimpin tergolong zalim–baik tingkat tinggi maupun rendah–, maka patut memilih satu pemimpin yang zalimnya paling rendah di antara lainnya. Bila pada cerita sopir di atas, lebih bagus menabrak seorang lelaki tua itu daripada masuk jurang lalu semua penumpang mati.

Kemudian Fakhruddin menyebutkan satu hadits sahih riwayat Bukhari yang artinya, “Rasulullah pernah bersabda, `Bantulah saudaramu yang zalim dan yang terzalimi`. Lalu sahabat rasul bertanya,`Ya Rasulullah, kami tahu bagaimana cara membantu orang yang terzalimi, tapi bagaimana kami membantu orang yang zalim?` Rasulullah menjawab, `cegah ia dari melakukan kemungkaran.”

Musim Pilkada banyak “orang zalim” yang minta dibantu saat pemilihan. Bila ada pemimpin–yang sudah bisa dipastikan kalau kepemimpinannya kelak akan menyengsarakan rakyat–meminta bantuan pada kita untuk memilihnya, maka bantulah dia.

“Caranya, jangan memilihnya saat pemilihan berlangsung. Jika kemudian ditanya kenapa tak bantu, cukup dijawab, ‘saya sudah bantu Anda supaya tidak menjadi pemimpin yang zalim. Supaya kejahatan tidak terus bertambah. Maka saya bantu menguranginya dengan tidak memilih Anda saat pemilihan.’ Jika ada calon lain yang minta bantu juga, hadapi dengan cara yang sama,” katanya.

Maka jalan untuk menemukan Nik Aziz di Aceh akan terbuka meski dalam jangka yang lama, dengan catatan konsep “membantu orang zalim” itu harus konsisten dipegang rakyat. Jika tak besar gengsi, pemimpin di Indonesia patut meniru Nik Aziz. Dan andai saja Nik Aziz Gubernur Aceh sekarang, maka majulah Aceh.

Makmur Dimila

Masjid & pemandangan Kampung [ACEH]. Rumah kampung..

(IH)

Isu Gereja: Khalid Samad Saman Papa Gomo?


KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad sudah memulakan langkah untuk menyaman pemblog pro-Umno Papa Gomo berhubung isu kontroversi Gereja Methodist Damansara Utama-Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Sehubungan itu Khalid (gambar) yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor mencabar Papa Gomo agar mendedahkan butiran penuh tentang dirinya untuk meneruskan “perjuangan.”

“... bagi memulakan ‘perjuangan’ ini, saya ingin memohon supaya Papa Gomo menyatakan nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat penuhnya supaya dapat saya minta peguam saya untuk menyaman beliau dalam isu ini.

“Maka saya berharap agar rakannya yang membaca blog saya boleh menyampaikan permohonan saya ini kepadanya,” kata Khalid dalam entri terbaru blognya.

Khalid menambah, sekiranya tiada jawapan daripada Papa Gomo, maka semakin jelas “bravadonya juga merupakan satu pembohongan.”

“Namun, ia tidak bererti bahawa saya tidak boleh dapatkan segala maklumat yang saya perlukan daripada sumber lain dan oleh itu, tidak bererti bahawa dia akan semestinya terlepas.

“Hanya saya ingin memberinya peluang untuk dirinya membuktikan ‘keberaniannya’; itupun kalau beranilah,” kata Khalid lagi.

Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider hujung minggu lalu, Papa Gomo menafikan dia memalsukan dokumen Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berhubung dakwaan campur tangan pemimpin Pakatan Rakyat berkaitan operasi menyita premis Gereja Methodist Damansara Utama atas dakwaan ia tidak pernah diluluskan sebagai rumah ibadat.

Sebaliknya Papa Gomo berkata, dia mendapat maklumat tentang operasi itu daripada “orang dalam” MBPJ yang turut menyerahkan dokumen yang didakwa palsu itu. Sebelum itu dia mendakwa operasi menyita premis Gereja Methodist Damansara Utama dibatalkan setelah mendapat arahan pemimpin Pakatan Rakyat.

Dokumen dengan label “Sulit” bertajuk “Laporan Ops Sita Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Penguatkuasaan dan Keselamatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya” itu dimuatkan di laman blog Papa Gomo 13 Ogos lalu.

Dokumen berkenaan antara lainnya mendakwa, operasi untuk menyita gereja berkenaan telah dibatalkan selepas mendapat arahan daripada pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, Khalid dan tiga Exco Kerajaan Negeri Selagor Ronnie Liu, Elizabeth Wong dan Teresa Kok.

Ekoran pendedahan di blog Papa Gomo itu, ahli-ahli MBPJ termasuk Khalid telah membuat satu laporan polis terhadap Papa Gomo minggu lalu. Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan MBPJ Mohd Fauzi Maarop dalam laporan polis itu berkata tiada sebarang mesyuarat diadakan untuk mengambil tindakan ke atas premis Gereja Methodist Damansara Utama.

Papa Gomo berkata dia sedia disoal siasat oleh polis dan sanggup mempertahankan kesahihan dokumen yang diterima daripada “orang dalam” MBPJ. Dalam entrinya, Khalid juga menulis, sepertimana kebanyakkan persoalan lain berhubung dengan isu Gereja Methodist Damansara Utama, dakwaan Papa Gomo bahawa “saya menghalang gereja berkenaan disita oleh MBPJ merupakan satu pembohongan.”

“Dia mendakwa bahawa saya pada 11 Ogos telah menghubungi MBPJ dan menghalang operasi menyita gereja tersebut sejurus sebelum pihak penguat kuasa MBPJ dan polis bersiap sedia untuk melakukannya.

“Walau bagaimanapun, pembohongan semasa bulan Ramadan yang mulia tidak merupakan masalah bagi pihak Umno dan budak suruhan mereka. Mereka menganggap ke-Melayuan mereka adalah perisai yang menjadikan mereka kebal terhadap kemurkaan Allah! Apalah hendak dibandingkan satu pembohongan berbanding hadiah mangkuk tandas? Akhlak mereka amat membinggungkan,” katanya lagi.

Katanya, laporan polis 16 Ogos oleh Fauzi jelas mendedahkan sifat pembohong golongan terbabit terutamanya Papa Gomo.

“Saya difahamkan bahawa walaupun pembohongannya telah terdedah, Papa Gomo tetap mempertahankan kenyataannya dan menyatakan kesanggupan dirinya untuk berjuang habis-habisan. Baguslah jika begitu, kerana saya pun berpendirian sedemikian,” katanya lagi. (IH)

Hanya Lembu Ini,Gambarnya Tersebar Seluruh Dunia.

JOM KREATIF

SEEKOR lembu tersangkut pada penghadang jalan dekat kampung Montecorvino Rovella-Salerno di Itali baru-baru ini

Lembu tersangkut pada penghadang jalan

ROM - Seekor lembu tersangkut pada penghadang jalan dekat kampung Montecorvino Rovella-Salerno di Itali, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Kejadian tersebut berlaku apabila lembu itu cuba untuk melompat melepasi penghadang jalan itu. Namun, kesilapan lompatan itu menyebabkan ia hilang iimbangan sekali gus mengakibatkan badan haiwan tersebut tersangkut pada penghadang jalan baru-baru ini.

Seorang mekanik, Roberto Marano, 42, berjaya merakamkan gambar haiwan itu. Namun, katanya, lembu itu akhirnya berjaya melepaskan diri. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hanya berita lembu lintas jalan, semua satu dunia tahu.. Kenapa? Jawabnya kerana berita kreatifnya..

Lagi siri jom kreatif...

E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'
E-Buku IH-10: \

Azmil Mustafa Cuba Diseret Ke Mahkamah.

HALAMAN HIBURAN


PETALING JAYA: Bekas pelakon popular yang kini bertukar menjadi pendakwah bebas, Azmil Mustafa (gambar) cuba diseret ke mahkamah, apabila pada Rabu semalam tampil memberi keterangan kepada pihak polis selepas didakwa mengkafirkan kerajaan dan mengecam sistem pemerintahan sekarang dalam satu ceramah yang diadakannya di sebuah masjid di Subang baru-baru ini.

"Semuanya sudah selesai. Saya sudah beri keterangan seperti yang diminta. Tiga, empat jam juga saya di sana.

"Sekarang ini kita cuma tunggu keputusan polis sahaja," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Azmil berkata, dia telah ke Ibu pejabat Polis Daerah Petaling pagi ini setelah dihubungi pihak polis untuk memberi keterangan berhubung ceramahnya di Masjid An Nur, Kampung melayu Subang, minggu lalu. Pihak polis telah menghubungi Azmil pada Isnin selepas Bilal Masjid An Nur, Mohd Sani Nasib membuat laporan polis terhadap Azmil berhubung kandungan ceramahnya itu.

Beliau dituduh menghina orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan juga sistem pemerintahan sekarang. Dia bagaimanapun tidak dapat hadir memberi keterangan pada hari tersebut kerana berada di Kedah. Bagaimanapun, bekas pelakon filem "Ali Setan" itu berkata, beliau akan terus menyampaikan ceramah di masjid-masjid sekiranya dijemput.

"Setiap malam saya dijemput memberi ceramah dan saya akan terus memberi ceramah di masjid-masjid seperti biasa," katanya.

Sebelum itu, penulis veteran, Haji Subky Latif menyifatkan bekas pelakon, Azmil Mustafa bercakap betul betapa yang mutlak ditakuti ialah Allah, bukan raja.

"Kalau takut pada raja itu sama takut pada Allah, ia menyamakan Allah dengan makhluk," kata Haji Subky.

Bagi beliau, kes ini sama seperti rakyat takutkan Fir'aun kerana menyangka Fir'aun itu tuhan. Bagi beliau, "Raja wajar dihormati dan dimuliakan, tapi bukan ditakuti. Kalau ini yang dimaksudkan oleh Azmil, dia telah menyampaikan satu nasihat yang baik."

Sehubungan itu, Subky berkata, kalau ada kelemahan dalam penyampaian dia boleh ditegur, tetapi bukan diletakkan dia di kandang orang salah. Baru-baru Azmil didakwa memberikan tazkirah di sebuah masjid dan didakwa menghina orang melayu dan raja-raja.

Tazkirahnya di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, di sini, dikatakan mengundang kemarahan kira-kira 300 ahli jemaah menunggu untuk menunaikan solat Terawih di masjid itu.

Berikutan itu, dua laporan polis dibuat terhadapnya di sini, sebelum ini. Bilal I Masjid An-Nur, Mohd Shafie Nasib berkata, pelakon itu memulakan sesi tazkirahnya selepas solat Isyak dan berlangsung selama lebih sejam sehingga menimbulkan kegelisahan ahli jemaah termasuk wanita yang menunggu untuk bersolat Terawih.

Bukan itu sahaja, aktor yang menempa nama menerusi filem-filem kisah cinta remaja pada zaman glamornya itu turut menyindir dan memperlekehkan institusi diraja yang dikatakan tidak patut ditaati kerana sewajarnya ditaati hanya Allah. Sementara itu, para rakan Facebook Haji Subky menyokong penuh pandangan beliau itu.

Bagi mereka, isu ini sengaja dibesarkan oleh media Umno yang tidak senang duduk dengan kenyataan Azmil itu. (IH)

Artis Adeep, The Fabulous Cats, Ingin Jadi Pendakwh. Syabas!!

Dari kiri: Cat, Wangi, Zizi dan Adeep
HALAMAN HIBURAN

KL
: Salah seorang ahli kumpulan The Fabulous Cats (TFC), Adeep atau nama sebenarnya Abdul Mutalib Nahar, nekad untuk keluar daripada kumpulan tersebut dan bersara sebagai seorang penyanyi selepas membuat keputusan untuk terlibat dengan aktiviti dakwah.

Jelas pandangannya adalah pandangan terbaik dan ikhlas kerana sanggup meninggalkan rakan-rakan di saat nema kumpulan mereka mulai gemilang. Ia lebih mementingkan kerja-kerja untuk agama, yang sepatutnya menjadi contoh kepada artis-artis lain

Menurut ketua kumpulan itu, Cat Farish, dia menghormati keputusan Adeep walaupun dia tahu TFC kini kekurangan seorang ahli yang berbakat dalam bidang muzik.

"Kali terakhir kami dapat membuat persembahan bersama iaitu pada sebulan lalu di Sungei Wang Plaza. Kalau nak diikutkan, sudah lama dia berhasrat untuk bersara daripada kegiatan muzik.

"Memang sebelum ini Adeep banyak membantu dalam penciptaan lagu-lagu TFC. Bagaimanapun nasib baiklah seoarnag lagi anggota TFC iaitu Zizi sudah pandai menghasilkan lagu." katanya.

Bagaimanapun, Cat gembira dengan perubahan Adeep tetapi enggan mengganggu urusan kehidupan peribadi rakannya itu selepas ini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lihat bagaimana hebatnya superstar Cat Stevant yang telah berhijrah meninggalkan dunia jahiliahnya, kembali kepada kejernihan Islam, dan menjadi pendakwah Islam yang terkemuka dan diridhai Allah SWT. Syabas Adeep! (IH/mStar)

Wednesday, August 24, 2011

Jom Heboh Kali Ke2 Di K'tan 29 Oktober Ini..


KL 24 Ogos 11: Bukan hiburan yang tidak boleh mengikut acuan Islam, tetapi kerajaan yang menguasai negara itu yang tidak mahu ikut Islam. Buktinya program Jom Heboh ini boleh menyesuaikan aturcaranya mengikut agama dan tidak mencanangkan maksiat.

Menurut Bernama, Kerajaan PAS Kelantan buat kali kedua membenarkan konsert "Jom Heboh" tahun ini, selepas kali pertama diadakan pada 2009, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Konsert Jom Heboh itu dijadual diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mohamed ke-IV pada 29 Oktober. Beliau berkata kebenaran itu tertakluk kepada syarat-syarat yang dipersetujui kedua-dua pihak, iaitu penganjur Media Prima dengan kerajaan negeri.

"Kelulusan kita itu berasaskan kepada kejayaan pihak penganjur mematuhi syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan mengikut enakmen kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco di Kota Darulnaim, di Kota Bharu hari ini.

Katanya antara syarat itu termasuklah tidak membenarkan penglibatan artis wanita dan berpakaian sopan. Sehubungan itu, kerajaan negeri melantik tiga anggota exco sebagai pengerusi jawatankuasa bersama untuk memantau persembahan itu.

Mereka ialah Pengerusi Jawatankuasa, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri, Dr Mohd Fadzli Hassan dan beliau sendiri. Demikian Bernama. (IH)

MB K'tan Ziarah Mangsa Hempap Konkrit

PASIR MAS, 24 Ogos: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,menziarahi keluarga mangsa dihempap konkrit di Kampung Lati, dekat sini tengahari tadi. Turut menziarahi isteri Tuan Guru, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak bersama Anggota Jawatankuasa Purnama.

Tuan Guru yang diiringi Adun Meranti, Datuk Nasaruddin Daud, turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada anggota keluarga terbabit bagi meringankan bebanan penderitaan mereka khususnya menjelang Syawal ini. Tuan Guru berharap keluara simati bersabar menerima ketentuan Ilahi.

“Hanya itu rawatan yang terbaik bagi merawati duka yang sedih di atas kematian insan yang tersayang di samping berzikir dan berdoa,”ujarnya.

Menurutnya, apa yang penting umat Islam perlu berdoa agar segala musibah tidak berlaku pada anggota keluarga.

“Andainya ia benar-benar tidak berlaku, amat wajar kita bersyukur, tetapi sekiranya berlaku juga, ia di luar kemampuan kita yang perlu hanyalah bersabar,”ujarnya.

Tambahnya, begitu sekali ajaran Islam yang cukup baik untuk merawat kedukaan setiap hambaNya.

Dalam kejadian pagi Selasa lalu iaitu 23 Ramadan mangsa Ibrahim Awang Kechik, 58, yang sedang membina titian di longkang meninggal dunia di tempat kejadian setelah cedera kepala akibat dihempap konkrit. Mayat mangsa ditemui berada dalam keadaan tertiarap dan berkopiah hanya dapat dikeluarkan sejam selepas itu kerana pihak keselamatan terpaksa menggunakan dua jengkaut untuk menolak konkrit tersebut.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Mek Sariha, 45, serta sembilan orang anak, lima perempuan dan empat lelaki yang berusia antara 30 hingga lapan tahun. Mek Sariha ketika ditemui tidak dapat menahan sebak kerana terharu menerima kunjungan pemimpin kerajaan negeri terutama Tuan Guru dan isteri.

“Terima kasih saya ucapkan di atas kesudian Tuan Guru dan isteri sudi menziarahi kami sekeluarga,”ujarnya yang hanya suri rumah.

Turut hadir dalam lawatan itu, anggota exco kerajaan negeri, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman Adun Pengkalan Pasir, Hanifa Ahmad serta lain-lain pimpinan kerajaan negeri. (IH)

Berhariraya Dalam Letusan Bom..

Beginilah suasana hari raya, Israel tetap menersukan serangan ke atas Semenanjung Gaza pada Ahad lalu walaupun rundingan kedua belah pihak hampir berjaya...
Dua rakyat Israel maut dan sepuluh cedera dalam satu serangan balas pejuang Palestin pada petang Sabtu sebagai balasan serangan berdarah tentera penjajah Israel ke atas Semenanjung Gaza sebelum ini..

KL 24 Ogos 11: Dalam keadaan perang dan pengeboman beginilah umat Islam Palestin menyambut puasa dan berhari raya. Namun Israel tetap menersukan serangan ke atas Semenanjung Gaza pada Ahad walaupun rundingan kedua belah pihak hampir berjaya.

Pada tengah hari Ahad lalu, tujuh rakyat Palestin termasuk seorang kanak-kanak terdera selepas jet pejuang Israel menyerang tapak kepunyaan Polis di barat daya Gaza, lapor pegawai perubatan. Koresponden Pusat Info Palestin berkata bahawa pengeboman itu memusnahkan seluruh tapak itu, dan juga menyebabkan kerosakan ke atas kilang berdekatan.

Pusat latihan al-Naseer milik briget Salahuddin, sayap ketenteraan PRC juga dibom, walaubagaimanpun tiada laporan kecederaan diberikan. Penduduk tempatan memberitahu sumber PIC bahawa terdapat juga pengeboman berdekatan dengan sebuah sekolah di barat daya Beit Lahya, utara Semenanjung Gaza di mana sebuah kereta penduduk awam dibom. Juga tiada kecederaan dilaporkan.

Jet pejuang Israel yang lain melancarkan sebuah peluru berpandu ke atas pejuang di Beit Hanoun, utara Semenanjung Gaza, tetapi pejuang berjaya berundur tanpa kecederaan. Sementara itu, sumber daripada rakyat Palestin berkata bahawa persetujuan awal telah dicapai untuk ketenangan di Semenanjung Gaza pada malam Ahad pukul 9, selepas usaha daripada pihak Mesir.

Sumber yang sama juga berkata bahawa paksi Palestin bersetuju untuk meneruskan perdamaian tetapi juga berkata mereka akan bertindak balas ke atas serangan Israel. 15 rakyat Palestin maut dan lebih 50 cedera dalam serangan Israel sejak petang Khamis.

Terbaru, sumber media Israel tetap menegaskan bahawa pemerintahan Israel akan menambah bajet kementerian pertahanannya, berdasarkan perkembangan terbaru di Gaza dan kawasan perbatasan Mesir. Akhbar Yediot Aharonot edisi Isnin menyebutkan, penambahan bajet kementerian akan ditambah menjadi satu bilion shekel (USD 280 juta) sesuai dengan cadangan jawatankuasa Brudit yang menyetujui penambahan bajet kementerian pertahanan Israel untuk 10 tahun ke hadapan, di samping 620 juta shekel (USD 173 juta) yang telah di masukkan ke akaun pihak keselamatan.

Projek utama mereka adalah untuk membangunkan tembok sempadan untuk memisahkan wilayah Palestin jajahan 1948 dengan Mesir, dijangkakan projek tesebut akan selesai pada akhir tahun 2012. Menurut akhbar itu lagi, penambahan kekuatan kepada pihak militan dan polis terfokus di wilayah Selatan Palestin, juga beberapa pos militan untuk menjaga sempadan dengan biaya sekitar puluhan juta shekel.

Bajet perbelanjan militan Israel untuk tahun ini mencapai sekitar 55.5 bilion shekel yang ditambah dengan mengurangkan bajet kementerian lain. Bagaimana keamanan akan tercapai dan hari raya akan selamat dari letusan bom? (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails