Saturday, September 03, 2011

Mogadishu: Kenapa Rakyat Malaysia Diserang?

Gambar diedarkan oleh Bernama menunjukkan Noramfaizul sedang merakamkan keadaan di sekitar di Mogadishu, beberapa jam sebelum dia terbunuh. – Foto Reuters

Sebak ... Naemah Abdul Majid menutup wajahnya tidak dapat menahan perasaan tatkala melihat gambar terakhir anaknya Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor beberapa jam sebelum maut terkena tembakan curi ketika ditemui di kediaman keluarga arwah di Kuala Lumpur, Sabtu. Jurukamera Bernama TV itu maut dalam Misi Kemanusiaan ke Somalia bersama Kelab Putra 1Malaysia semalam. - Foto BERNAMA

MOGADISHU: Tembakan peluru sesat yang menyebabkan kematian jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor di sini pada Jumaat lalu, bukannya daripada kerajaan... Bukan daripada Al-Shabaab atau pihak berkuasa. Ia dari tembakan pasukan lain dan kita akan menyiasat kenapa ini berlaku dan kenapa rakyat Malaysia diserang.

Ianya akan disiasat Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Somalia. Menteri berkenaan Abdisamad Maallin Mohamud berjanji dalang di sebalik kejadian itu dicari dan dihadapkan ke mahkamah. Beliau meminta maaf terhadap tragedi itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan seluruh warga Malaysia berikutan kematian Noramfaizul.

"Ini (tembakan) bukannya daripada kerajaan...bukan daripada Al-Shabaab (pihak berkuasa). Ia dari tembakan pasukan lain dan kita akan menyiasat kenapa ini berlaku dan kenapa (rakyat Malaysia) diserang," kata Abdisamad. (IH)

Hantar Balik 11 Mujahidin Uighur, M'sia Pengkhianat.

Pejuang Uighurs adalah beragama Islam dan bercakap bahasa Turkic dan tinggal di Utara China iaitu di wilayah Xinjiang. Mereka sedang berjuang menuntut hak mereka dari kerajaan komunis China
KL, 2 Sept 11: Tindakan kerajaan Malaysia menghantar pulang 11 pejuang Uighurs Islam yang lari meninggalkan negara asalnya iaitu China dipertikaikan oleh banyak pihak termasuk Majlis Peguam Malaysia.

Ini kerana, ia bertentangan dengan akta Anti-Trafficking in Persons dan Anti-Smuggling of Migrants Act 2007. Uighur adalah pejuang beragama Islam yang bangkit menentang kerajaan China Komunis kerana menceroboh wilayah mereka di wilayah Xinjiang. Pertentangan bermula pada Julai 2009.

Tindakan menghantar balik mereka bermakna menyerahkan pejuang Islam ini kepada kerajaan China Komunis yang memburu mereka. Bagi Majlis Peguam, langkah yang patut dibuat oleh kerajaan adalah mendakwa mereka jika bersalah bukannya menghantar pulang ke negara asal mereka.

Pada 18 Ogos lalu, kerajaan Malaysia telah menghantar 11 pejuang Islam Uighurs yang menentang kerajaan China kembali ke negara asalnya. Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, 11 pejuang Uighurs ini terlibat dalam pemerdagangan manusia dan dikehendaki oleh kerajaan China komunis.

Sehingga kini tidak diketahui apakah nasib mereka apakah masih hidup atau sudah mati. Bantahan juga dibuat oleh Suruhanjaya Tinggi PBB bagi Orang Pelarian di Kuala Lumpur kerana mereka juga dinafikan hak untuk bertemu dengan 11 Uighurs ini. Ini kerana, proses sedang dibuat untuk mengesahkan mereka sebagai pelarian dan berhak untuk mendapatkan naungan di bawah badan PBB itu.

Namun belum sempat proses itu selesai, 11 pejuang Uighurs ini dihantar pulang oleh kerajaan atas kehendak kerajaan China Komunis itu. Ekoran itu, PBB membuat bantahan terhadap tindakan kerajaan Malaysia itu. Mereka bimbang nasib 11 Uighurs itu akan berhadapan dengan seksaan dari pihak berkuasa China kerana penentangan mereka terhadap kerajaan itu.

Ekoran itu juga, pihak berkuasa China didesak agar menyatakan di mana mereka sekarang dan apakah nasib yang menimpa merekaselepas tindakan kerajaan Malaysia itu. Pejuang hak asasi manusia berkata, tindakan menghantar pulang mereka oleh kerajaan Malaysia ini bertentangan dengan hak asasi manusia. Mereka juga mendesak kerajaan Malaysia agar jangan sekali-kali menghantar pulang lima lagi pejuang Uighurs yang ditahan oleh kerajaan Malaysia selepas itu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan Malaysia menjadi pengkhianat kepada pejuang-pejuang kebenaran dan mujahidin-mujahidin yang ingin melaksanakan Islam di negara kelahirannya sendiri.

Kerana..

  • Menghantar pulang 11 pejuang Uighurs Islam yang meninggalkan negara asalnya iaitu China sehingga dipertikaikan oleh banyak pihak termasuk Majlis Peguam Malaysia, dan tuduhan ke atas mereka masih belum dibuktikan.
  • Ianya bertentangan dengan akta Anti-Trafficking in Persons dan Anti-Smuggling of Migrants Act 2007.
  • Bangsa Uighur adalah pejuang beragama Islam yang bangkit menentang kerajaan China Komunis kerana menceroboh wilayah mereka di wilayah Xinjiang.
  • Jelas Malaysia negara umat Islam yang tidak berminat untuk melindungi pejuang-pejuang Islam. Kerana itu Malaysia perlu diperintah oleh parti Islam. (IH)

Mat Indera Seorang Mujahidin, Wanted: $75,000.00



NAMA Mat Indera (gambar) sekarang sudah top. Seorang hero pejuang kemerdekaan. Melawan penjajah sebelum merdeka. Pejuang-pejuang kemerdekan yang ditabal UMNO, ialah tokoh-tokoh pengampu penjajah yang berjuang melalui parti anak didik penjajah, iaitu UMNO sendiri.

Menurut Mohamed Hadi al-Majwi melalui Harakahdaiy net.hari ini..

"Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO.

"Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn.

"Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman.

"Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan." Tulis beliau.

Siapa Mat Indera?

Mat Indera: gambar atas & bawah bertanda.

"Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini.

"Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama.

"Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.

"Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988).

"Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British. Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. I

"Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah."

Mat Indera & Bukit Kepong

Gambar Atas: Foto Balai Polis lama Bukit Kepong (Foto oleh Ismid)

Gambar Atas: Foto anggota Balai Polis Bukit Kepong sebelum serangan (anakmuar)

Mohamed Hadi al-Majwi terus mendedahkan..

"Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong.

"Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera.

"Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera.

"Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya.

"Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953." Begitu, Mohamed Hadi.

Tafsir Sejarah..

Kata Mohamad Hadi lagi..

"Buku ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beajuri merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Dia pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian. Pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961."

Kalau Mat Indera pengkhianat, apakah Sarjan Bajuri itu pejuang bangsa, atau talibarut penjajah macam pemimpin-pemimpin UMNO lain? Ataupun juga golongan cari makan atau pemberkas upahan?

Di bahagian Pendahuluan buku ini, Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid menyifatkan bahawa kedua-dua versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat menarik untuk terus dibincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut. Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan bukti yang mereka dapati.

Kata Profesor Datuk Abu Bakar lagi, "proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari 'kebenaran'". Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah.

Secara jelas Ismail Adnan dalam biografi Mat Indera dari dalam buku ini menukilkan, "Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu, bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan".

Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut..

"Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang".

Mat Indera Seorang Mujahidin

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau Mat Sabu pencetus idea Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan itu pengkhianat, adakah Yayasan Warisan Johor juga pengkhianat seperti Mat Sabu? Yang jelas, kebenaran sejarah biasanya ditentukan oeh pemerintah yang berkuasa pada masa itu. Itulah yang terjadi kepada sejarah Islam dan sejarah golongan-golongan tertindas.

Namun kebenaran tetap akan sirna dan serlah, walaupun terpaksa melalui perjuangan yang panjang. Orang-orang seperti Mat Indera bukan hanya seorang pejuang, tetapi juga seorang mujahidin.. Di mana bedanya, diakhirat beliau akan mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah SWT. Hasil tanaman didunia, musim tuainya ialah di akhirat. Itulah yang diperjuangkan oleh PAS bersama sekutu-sekutunya sekarang. (IH)

Dekatkan Rakyat Dg Pemimpin, Patut Jadi Contoh.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS, Zulkifli Mamat

KOTA BHARU, 2 Sept 11:
Rakyat di seluruh Kelantan berpeluang bertemu pemimpin PAS dan wakil-wakil rakyat pada sambutan hari terbuka sempena Aidilfitri yang akan diadakan di 14 kawasan parlimen esok.

Berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini, di mana rumah terbuka PAS hanya diadakan di Kota Bharu sahaja. Setiausaha Badan Perhubungan PAS, Zulkifli Mamat berkata, sambutan hari terbuka itu akan diadakan di seluruh Kelantan bagi membolehkan rakyat hadir tanpa perlu bersusah payah datang ke Kota Bharu.

“Sebelum ini hari terbuka hanya diadakan di sini, namun tahun ini program itu diadakan di seluruh kawasan parlimen bagi membolehkan lebih ramai penduduk hadir.

“Program ini merupakan satu tradisi bagi mendekatkan lagi rakyat dengan pemimpin. Mereka datang sambil menjamu selera di samping merapatkan lagi hubungan silaturahim,” katanya di sini.

Sambutan hari raya PAS itu diadakan mulai jam 12 tengahari sehingga 3 petang. Di Kota Bharu diadakan di Dataran Stadium Sultan Mohammad Ke IV. Di Pasir Mas di Dewan Majlis Daerah Pasir Mas, di Machang di perkarangan pejabat PAS, di Gua Musang di pejabat PAS kawasan. Begitu juga di kawasan-kawasan lain.

Bagaimanapun berlainan di Bachok di mana majlis hari raya diadakan di setiap Dun iaitu Jelawat, Perupok dan Tawang. Orang ramai yang hadir boleh menikmati pelbagai juadah raya termasuk lemang, ketupat dan makanan tradsional Kelantan. Pemimpin PAS di setiap kawasan dengan diketuai Yang Dipertua akan meraikan tetamu yang hadir.

”Saya berharap orang ramai hadir beramai-ramai pada majlis berkenaan bagi merapatkan hubungan silaturahim dengan bertemu mata dengan pemimpin mereka,” kata Zulkifli.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Program dekatkan rakyat dengan pemimpin patut dicontohi oleh semua wakil-wakil rakyat Pakatan, atau calon-calon Pakatan yang bakal dicalonkan. Apalagi bagi negeri-negeri atau kawasan-kawasan yang dimenangi Pakatan. (IH)

Zina Terang-terang, Pihak Berwajiib Tak Tahu Ke?

MASALAH...meskipun kerap kali diserbu namun operasi pusat urut ‘maksiat’ sukar dibendung.

KL 3 Sept 11: Tahniah kepada wartawan Metroplus yang menyamar sebagai pelanggan di beberapa pusat urut di sekitar Lembah Klang. Mereka mendapati di sesetengah lokasi, khidmat urutan batin dan khidmat seks disediakan tanpa berselindung lagi. Kebanyakan tukang urutnya yang terdiri daripada wanita warga asing berusia awal 20-an.

Selain menawarkan urutan, kebiasaannya mereka turut menawarkan khidmat sampingan kepada pelanggan termasuk khidmat seks.

Menurut mereka, "Dalam kunjungan pertama di sebuah rumah urut di Kepong, seorang tukang urut dari Thailand berusia 25 tahun melayan kami dan bayaran yang dikenakan di antara RM50 dan RM90 sejam bergantung kepada khidmat diberikan. "

Berikut temu bual wartawan bersama gadis urut itu dikenali sebagai Ling Ling yang mampu berbahasa Melayu:

Wartawan: Sudah lama kerja di sini?

Ling Ling: Baru dua setengah tahun.

Wartawan: Berapa gaji tauke bayar? Dia tu orang Malaysia ke Thailand?

Ling Ling: Tak mahal bang...Ada la, tapi bergantung pada pelanggan la. Bos saya orang Malaysia, tapi dia pandai cakap Thai.

Wartawan: Baguslah, selain urut tak de apa-apa ke...?

Ling Ling: Jangan macam tu bang... Saya tau bang punya maksud. Kalau mau tambah lagi RM50, tapi tak boleh *** Pegang-pegang saja boleh la.

Dalam perbualan dengan pengurus pusat urut itu yang berusia lewat 60-an, dia memberitahu menggaji enam wanita dari Thailand dan mereka pakar dalam urutan Thai.

“Mereka ada permit dan tak ada orang kacau kerana kami ada lesen sah. Malah, ramai yang datang ke sini untuk pulihkan badan mereka.

“You (awak) juga boleh datang bila-bila masa termasuk hari minggu kerana kita buka jam 11 pagi dan tutup jam 12 tengah malam,” katanya yang turut mendakwa premisnya dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Dalam penyamaran ke sebuah pusat urut di Damansara Perdana pula, seorang tukang urut wanita Thailand berusia 26 tahun dikenali sebagai Ren berkata, di Bangkok, Thailand dia bekerja tujuh hari seminggu. Menurutnya, upah urut biasa cuma RM40 tapi jika mahu melakukan hubungan seks, bayaran dikenakan ialah RM180.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Hairan mengapa pihak-pihak bertanggung jawab lain tidak dapat mengesannya seperti pihak polis, imigresen, jabatan agama dan lain-lain. Mereka tidak sehebat wartawan Metroplus ini? (IH)

Lihat sebelum ini...

Tahniah Zakat Kedah Agihkan RM590,200 Kpd 923 Pelajar


pusat zakat kedah
ALOR SETAR
– Jabatan Zakat Negeri Kedah mengagihkan sebanyak RM590,200 kepada 923 pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di dalam dan luar negara tahun ini.

Setiausaha Jabatan Zakat Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Ghazali Yaakob berkata, bantuan berkenaan yang sebelum ini disampaikan kepada semua pelajar di beberapa daerah dan kali ini melibatkan empat daerah iaitu Yan, Pendang, Kubang Pasu dan Kota Setar.

“Sebanyak RM157,200 diagihkan kepada 250 pelajar dari Pendang, RM299,000 kepada 459 pelajar Kubang Pasu, RM74,000 kepada 114 pelajar Yan dan RM60,000 untuk 100 pelajar Kota Setar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian Bantuan IPT 2011 di Menara Zakat, Jalan Telok Wajah, di sini.

Menurutnya, bantuan itu diberikan kepada semua pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT dengan RM600 diberikan kepada pelajar yang mendapat tempat di kolej manakala RM1,000 untuk pelajar di universiti.

“Saya berharap bantuan yang disampaikan itu dapat meringankan beban kewangan dan digunakan dengan sebaik mungkin oleh pelajar terbabit,” katanya. (Jabatan Zakat agih bantuan ke IPT)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah!

Kristianisasi, Apa Masalah Sebenar? -Dr Siti Mariah.

Oleh Dr Siti Mariah Mahmud
Dr Mariah & Sekretariat Parlimen Kota Raja Team Members
Ancaman” KRISTIANISASI –Apa Peranan MAIS Dan LZS?

Cover of: Kristianisasi sebagai sebuah gerakan by Ghazali Basri. HAMPIR semua ugama mengajar penganutnya untuk membuat baik terhadap golongan miskin dan yang kesempitan. Samada ianya ugama Buddha, Kristian, Hindu, Taoist ataupun Islam, soal membantu golongan miskin adalah dianggap amalan baik yang dipercayai akan mendapat balasan kebaikan dari Tuhan.

Walaupun sebagai orang Islam kita yakin bahawa hanya Islam diterima Allah sebagai ugama yang menyembahNya tanpa sekutu, namun ini tidak bermakna bahawa kita perlu melihat semua ugama lain sebagai mengajar kejahatan dan kezaliman terhadap manusia.

Beza utama diantara Islam dengan ugama yang lain bukan soal amalan2 kebajikan yang digalakkan oleh semua ugama, tetapi pegangan terhadap ke-Esaan Allah yang tidak ada persamaan dengan ugama lain serta keyakinan bahawa Muhammad (SAW) adalah RasulNya. Inilah yang terkandung di dalam Syahadatain yang diucap oleh setiap yang ingin menjadi seorang Muslim.

Sebagai orang Islam, kita tidak juga diajar untuk mempunyai buruk sangka terhadap amalan kebajikan yang dilakukan oleh penganut ugama lain. Mereka ingin mengamalkan ugama mereka dan tidak semestinya ianya dilakukan dengan niat yang jahat terhadap umat Islam. Sekiranya mereka membantu seorang Muslim, tidak semestinya ianya bertujuan untuk memurtadkan orang Islam tersebut.

Ini adalah lebih benar dalam keadaan sekarang, ia itu zaman pasca penjajah. Semasa zaman penjajahan sememangnya pihak penjajah berusaha seribu upaya untuk memutuskan hubungan umat Islam dengan ajaran Islam. Ini adalah kerana ajaran Islam merupakan asas penentangan terhadap penjajah dan sekutu-sekutu tempatan mereka di bumi Islam.

Dalam melakukan kerja-kerja kebajikan, sekiranya seseorang Islam terpikat dengan kebaikan serta akhlak seorang bukan Islam, dan dengan itu tertarik untuk menganut ugamanya, ianya bukan salah orang bukan Islam tersebut. Ianya salah umat Islam sendiri yang gagal menunjukkan sifat2 yang baik sehingga saudara seislam mereka menjumpainya hanya di kalangan bukan Islam!

Kita tidak boleh persalahkan yang bukan Islam kerana menghayati dan mengamalkan ajaran ugamanya sedangkan kita sendiri tidak menunjukkan akhlak yang sepertimana yang dituntut Islam. Adakah apabila kita tidak menghayati Islam maka semua penganut ugama lain ingin kita halang dari mengamalkan ajaran ugama mereka?

KRISTIANISASI DAN MASALAH SEBENAR.

Isu orang Kristian ingin memurtadkan orang Islam telah banyak dimainkan dalam media. Samada ianya benar atau sebaliknya masih tidak lagi dibuktikan tetapi yang jelas terbukti punca ‘perginya orang Islam ke Gereja’ adalah atas sebab kelembapan dan kelewatan perkhidmatan zakat serta ketidak-mesraan perkhidmatannya. Ini katanya, telah menyebabkan beberapa orang Islam meminta dan memperolehi bantuan dari pihak Gereja setelah ditolak oleh pihak LZS.

Sudah pasti kesimpulan sebegini merungsingkan golongan yang menimbulkan isu ini, kerana apa yang mereka inginkan ialah untuk mengapi-apikan bahang perkauman dan mengadu-dombakan ugama, bukan mendedahkan pekong di dada umat Islam! Akhirnya senjata mereka makan tuan! Pihak Gereja hanya membantu orang yang datang meminta bantuan, sepertimana dituntut oleh ajaran ugama mereka, tetapi ini hanya berlaku apabila umat Islam telah gagal mendapatkan bantuan dari pihak yang berwajib di kalangan ummat Islam! Ia itu Lembaga Zakat Selangor yang berada di bawah kawalan MAIS.

Sepatutnya orang Islam di Selangor tidak berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan bantuan. Zakat yang dikutip mencecah RM 300 Juta setahun. Jumlahnya cukup besar dan ianya semakin meningkat. Masalahnya pengagihannya seolah-olah tidak secekap pengutipannya. Semenjak 2008 apabila naiknya kerajaan PR di Selangor, MAIS tetap dikendalikan orang-orang lama. Oleh itu, tidak khairanlah mengapa kecekapan kerajaan baru seolah-olah tidak mempunyai apa-apa kesan ke atas pentadbiran dan pengurusan MAIS.

Lembaga Zakat Selangor yang dikawal dengan begitu cemburunya oleh MAIS tetap ditahap yang sama. Malahan, baru baru ini dengan pindaan Enakmen yang dibawa, MAIS menjadi semakin bebas dari kawalan kerajaan Negeri. Ini hanya menjamin bahawa ia tidak akan terkesan dengan dasar ketelusan dan kecekapan yang mewarnai pentadbiran PR. Ini amat sayang sekali kerana kedua-dua prinsip pengurusan tersebut adalah dituntut Islam.

MAINAN MAIS?.

Pengamatan saya, MAIS, di bawah Dato’ Adzib kekal sebagai pusat pengaruh kelompok lama, ia itu UMNO dan dengan itu mempengaruhi JAIS, yang dianggap sebagai Jabatan suruhannya, untuk bertindak demi kepentingan UMNO. Kenyataan Dato’ Adzib baru-baru ini yang mengaitkan JAIS dan MAIS serta DYMM Sultan Selangor sebagai institusi-institusi yang berangkai satu sama lain dan tidak ada kena mengena dengan pentadbiran Negeri Selangor, jelas memperlihatkan sikap ingin membelakangkan kerajaan Negeri. Dato’ Adzib melalui kenyataan itu bagaikan mengambarkan dirinya sebagai ‘bayangan DYMM Sultan Selangor’ dan sebagai bayangan Sultan, tindakan beliau dan tindakan MAIS serta JAIS tidak boleh dipersoalkan.

Sehingga hari ini JAIS masih gagal mengemukakan laporan kepada Menteri Besar dan dengar khabarnya tidak dapat menamakan siapakah yang membuat aduan kepadanya mengenai peristiwa kristianisasi yang kononnya akan berlaku di DUMC yang membawa JAIS untuk ‘memeriksa’ DUMC pada 3hb Ogos yang lalu.

Namun, walau apa yang diinginkan pada asalnya melalui isu serbuan Gereja DUMC, tumpuan semua sekarang adalah terhadap MAIS, khususnya Lembaga Zakat Selangor yang dianggap telah gagal memenuhi peranannya secara berkesan. Tiada yang mengesahkan ketidak keberkesanan LZS sejelas tindakan Exco Ugama, Dato’ Dr. Hassan Ali, apabila beliau tampil ke depan untuk menawarkan khidmat khas bagi membantu golongan yang ‘diambang Kristianisasi’. Ini mengesahkan perlunya campur tangan EXCO ugama untuk membenteng akidah orang Islam daripada meminta bantuan atau dibantu oleh pihak gereja. Akan tetapi hanya untuk kes yang melibatkan mereka yang menerima atau ingin menerima bantuan dari Gereja! Bagi yang lain, yang istiqamah dengan pegangan akidah mereka sehingga tidak mendampingi Gereja, mereka terpaksa menikmati ‘kecekapan’ perkhidmatan lama.

PENYELESAIAN DARI PEMIKIRAN BERCELARU.

Malangnya, tanpa disedari, tawaran Exco Ugama boleh menyebabkan lebih ramai orang Islam memohon bantuan dari Gereja atau mengugut untuk ke Gereja demi melayakkan diri untuk mendapat perkhidmatan Zakat secara segera! Dalam erti kata yang lain ‘terima kasih Gereja kerana menjadikan LZS semakin cekap!’

Sebenarnya apa yang patut dilakukan Exco Ugama adalah untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan LZS secara menyeluruh tanpa dikaitkan dengan persoalan Gereja. Umat Islam tidak akan ke Gereja sekiranya perkhidmatan LZS cekap, berkesan dan mesra. Ini akan tercapai apabila semua pegawai LZS, termasuk pengarah dan pengurusannya, disedarkan akan amanah yang besar yang ditanggung oleh mereka. Peningkatan kecekapan dan keberkesanan akan hanya tercapai dengan membawa MAIS mendampingi corak pengurusan PR dan bukan sebaliknya. Ini akan hanya berlaku apabila anggota MAIS dirombak sehingga tidak lagi dijadikan kubu kelompok lama. Perlu dimasukkan muka-muka baru, ia itu muka-muka dari kalangan PR yang membawa falsafah ketelusan dan kecekapan serta kebertanggung jawaban.

Pada masa yang sama kekurangan yang wujud seperti kurangnya pusat rawatan penyakit Aids dan HIV yang dikendalikan oleh institusi Islam seperti MAIS, perlu ditangani. Adalah difahamkan NGO Harapan Kommuniti yang menganjurkan program makan malam di dewan DUMC pada malam tersebut merupakan NGO yang memberi sokongan material dan moral kepada mangsa dan keluarga HIV-AIDS. Ramai dari pesakit mereka adalah dari kalangan orang Melayu Islam. Mangsa HIV- AIDS yang sebahagian besar daripada mereka berbangsa Melayu dan beragama Islam mendapat sokongan rawatan dari mereka kerana tiada atau kurangnya NGO atau pusat sokongan atau rawatam sebegini yang diuruskan orang Islam. Ramai di antara sukarelawan NGO-NGO sebegini bukan dari kalangan orang Islam. Mangsa HIV-AIDS sering dipinggirkan oleh masyarakat dan juga tidak diberi perhatian serius oleh MAIS.

Janganlah kita bersikap hipokrit dengan menolak pesakit-pesakit ini sebagai ‘sampah masyarakat’ tetapi apabila pihak lain membantu mereka dan dengan itu mereka terpikat dengan kasih sayang yang ditunjukkan, maka kita menuduh pihak ini sebagai berniat jahat terhadap umat Islam! Sebaliknya perlu kita sediakan perkhidmatan yang diperlukan sambil berterima kasih atas bantuan yang telah diberikan selama ini.

AGENDA TERSEMBUNYI.

Setelah satu bulan berlalu, kita masih tidak dapat melihat penyelesaian isu ini. MAIS berdiam diri dan tidak mengemukakan langkah MAIS seterusnya untuk menghadapi ‘ancaman’ Kristiniasasi ini. Selepas episod ‘pemeriksaan’ DUMC akhbar Melayu perdana termasuk Sinar (yang selama ini boleh dianggap salah satu akhbar yang agak objektif) telah memainkan isu Kristiniasasi yang mengancam akidah umat Islam sehinggakan menimbulkan ketegangan dan marah penganut Kristian dan Islam.

Orang politik anti Pakatan pula cuba menggambarkan yang Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat tidak mahu menyebelahi JAIS kerana takut hilang undi Kristian dan bukan Melayu dan kononnya kerana takut kepada DAP. UMNO tidak bersuara secara langsung tetapi NGO-NGO pro UMNO sibuk untuk menunjukkan bantahan terhadap kerajaan negeri. Semuanya menunjukkan keperihatinan terhadap ancaman akidah dan memberi gambaran orang Melayu Islam sedang berbondong-bondong akan murtad. Agenda pihak tertentu jelas untuk mengadu-domba umat Islam dengan Kristian sambil memberikan gambaran bahawa DAP adalah parti Kristian. Dengan itu mereka mengharapkan umat Islam akan bersatu menolak PR dan menyokong UMNO/BN dalam PRU ke 13 yang menjelang tiba.

Maka tidak khairanlah bantuan dari Gereja disifatkan sebagai ‘perangkap’ dan ancaman terbesar terhadap akidah umat Islam adalah Kristianisasi. Gendang dipalu mengikut apa yang diinginkan UMNO/BN. Hakikatnya, sekiranya ianya ‘perangkap’ sekalipun, maka LZS adalah pihak yang mendorong umat Islam memasukinya atas sebab ketidak-kecekapannya. Hakikat ini diakui oleh Exco Ugama sendiri melalui tindakannya.

Pada masa yang sama, adalah merupakan satu hakikat juga bahawa lebih ramai dikalangan umat Islam diancam penyakit kejahilan dan ketidak-taatan kepada ajaran Islam serta fahaman sekular dan perkauman yang turut boleh menyebabkan gugurnya syahadah mereka. Ancaman terhadap ummat Islam hasil dari fahaman-fahaman ini yang diperjuangkan UMNO/BN adalah lebih dahsyat dan lebih merbahaya kerana ianya boleh menyebabkan umat Islam memperlekehkan undang-undang Islam. Ini boleh membawa kepada kekufuran tanpa disedari.

KESIMPULAN.

Sebagai rakyat Malaysia kita ingin melihat rakyat bersatu atas dasar saling hormat menghormati hak masing-masing. Kita ingin melihat wujudnya masyarakat yang bersifat saling berkasih sayang di mana semua pihak saling membantu satu sama lain dengan ikhlas tanpa mengira kaum ataupun ugama. Sifat saling bantu membantu perlu digalakkan bukan dihalang. Dari segi keikhlasan bantuan dan samada adanya udang disebalik batu, kita serahkan kepada Allah untuk menzahirkan. Sekiranya ianya wujud, di mana bantuan hanya diberi atas syarat meninggalkan ugama sendiri, maka Allah pasti akan dedahkannya. Dengan itu pihak yang mengambil kesempatan dan mengamalkan rasuah ugama ini boleh didakwa dan dihukum selayaknya.

Selagimana tiada bukti akan kelakuan sedemikian rupa, maka apa jua bantuan terhadap golongan miskin walau dari mana golongan sekalipun, amat sangat dihargai.

“Dan sekiranya mereka cenderung kepada perdamaian, maka cenderunglah kamu juga kepadanya dan bertawakkal kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”

(Al-Anfal 61).

Tulisan ini diangkat dari blog Dr Siti Mariah Mahmud.. Sebuah pemikiran yang amat baik perlu diketengahkan kepada masyarakat Malaysia dan dunia seluruhnya. Weblog Ibnu Hasyim memasukkan tulisan dalam kategori ke arah 'pemikiran kerukunan umat beragama. Maaf, baru minta izin.. (IH)

Sila lihat sebelum ini...

E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

Takziah: Jurukamera M'sia Terbunuh Di Somalia





Weblog Ibnu Hasyim bersimpati dengan pemergian seorang sukarelawan dari negara kita dalam misi bantuan ke negara bergolak Somalia . Semoga roh beliau dicucuri rahmat . AL Fatihah ..

Jurukamera BernamaTV terbunuh ditembak di Somalia

NORAMFAIZUL MOHD. NOR

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, maut akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia, petang semalam waktu tempatan.

Manakala wartawan TV3 Aji Saregar Mazlan cedera ringan di bahu kanan terkena serpihan peluru, menurut wartawan Astro Awani Tan Su Lin yang membuat liputan langsung di Astro malam ini.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 5.40 petang waktu tempatan (Malaysia lima jam lebih awal dari Somalia) semasa mereka seramai enam orang sedang menaiki pacuan empat roda dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan diiringi tentera kerajaan Somalia.

"Tiba-tiba saya terdengar dua bunyi kuat dari sebelah kanan dan ada bau asap. Saya tidak menyangka kenderaan kami terkena tembakan apabila menoleh kebelakang, Aji dalam kesakitan dan Faizul dalam keadaan pucat,” katanya.

Sementara itu, wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata tembakan peluru sesat utu mengenai bahu Noramfaizul dan menembusi paru-parunya, dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 6.10 petang waktu tempatan.

Noramfaizul meninggalkan seorang isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua orang anak lelaki Mohd. Irfan, 8, dan Mohd. Naufal, 3.

Sementara itu, Norazrina, yang sedang dalam perjalanan balik dari Johor ke rumah mertuanya di Serdang Raya dekat sini, melahirkan rasa terkejut dan sedih dengan pemergian Allahyarham. Norazrina berkata, sebelum suaminya berlepas ke Somalia, Allahyarham telah berpesan supaya menjaga diri dan anak mereka dengan baik.

"Dia turut berpesan dia pergi kerana berkhidmat untuk negara, dan jangan bimbang dengan keselamatan dirinya,” kata eksekutif perhubungan awam sebuah agensi kerajaan di sini.

Dalam pada itu, Tan berkata, mereka pulang ke tempat penginapan untuk berkemas kerana dijangka pulang ke Malaysia pada pukul 5.30 pagi waktu tempatan esok. Beliau berkata, ketua misi Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia, sedang berbincang dengan pihak pengurusan untuk membawa balik jenazah Allahyarham bersama rombongan misi esok.

Misi tersebut berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur dalam misi membantu mangsa bencana kemarau dan kebuluran di Somalia. - Bernama (IH)

5 Doktor 1 Wartawan M'sia Ditembak Di Mogadishu

Dokter Kemanusiaan Malaysia Tewas Dibunuh Pasukan Uni Afrika di Somalia

WEblog Ibnu Hasyim bersimpati dengan pemergian seorang Sukarelawan dari negara kita dalam misi bantuan ke negara bergolak Somalia . Semoga roh beliau dicucuri rahmat . AL Fatihah ..

Jakarta Sabtu, 03/09/2011: Seorang dokter Malaysia tewas dalam serangan yang dilakukan oleh pasukan Uni Afrika (AU) di Mogadishu selatan, Press TV melaporkan.

Saksi mata mengatakan Jumat kemarin (2/8) bahwa pasukan AU menembaki sebuah kendaraan yang mengangkut lima dokter Malaysia dan seorang wartawan Malaysia di dekat bandara internasional ibukota Somalia, koresponden Press TV di Mogadishu melaporkan.

Lima warga Malaysia lainnya terluka serius dalam insiden tersebut.

Pasukan AU mengatakan bahwa mereka percaya bahwa warga Malaysia adalah "teroris" dan mereka telah menargetkan kendaraan yang "keliru."

Para dokter Malaysia baru saja tiba di Mogadishu pada sebuah misi untuk memberikan perawatan medis kepada rakyat Somalia.

Kekeringan dan kelaparan telah mempengaruhi lebih dari 11,8 juta orang di seluruh Somalia, Kenya, dan Ethiopia. Somalia telah menjadi negara terparah dalam apa yang digambarkan sebagai kekeringan terburuk di negara Tanduk Afrika itu dalam 60 tahun.

Menurut PBB, seperempat dari 9,9 juta orang Somalia sekarang baik secara internal menjadi pengungsi atau tinggal di luar negeri sebagai pengungsi.(fq/prtv/) (IH)

Turki Akui NTC, Buka Kedutaan Kembali Di Tripoli.


Ilustrasi (FOTO REUTERS)
Ankara, Jumaat 2 Ogos 11: Turki membuka kembali kedutaan besarnya di ibu kota Libya, Tripoli yang ditutupnya pada Mei 2011 lalu, kerana situasi keamanan yang memburuk di negara Afrika Utara itu, kata kementerian luar negeranya.

Satu team doplomat yang dipimpin Ali Kemal Aydin, wakil pengarah kementerian bertanggung jawab aras hubungan awam, telah terbang dari Ankara menuju Tunisia Khamis, dan dijangka akan tiba di Tripoli Jumaat melalui jalan darat, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Dewan Transisi Nasional (NTC) sedang dalam proses memindahkan pusat pemerintahnya ke ibu kota itu dari pangkalan mereka sebelumnya di Benghazi. Pada Julai, Turki mengakui NTC sebagai pemerintah Libya. (IH/AFP)

Friday, September 02, 2011

Serangan Seksual/Meraba Di Pantai Dubai..

DUBAI: Ketika suhu semakin menurun dan penduduk setempat mula bertumpu ke pantai, pengunjung kawasan rekreasi di Dubai kini berdepan dengan bahaya baru, serangan seksual.

Menurut saksi dan mangsa, serangan biasanya dilakukan lelaki miang yang berpura-pura berenang atau menyelam berhampiran wanita. Disebabkan ancaman itu, pihak berkuasa berkata, semakin ramai wanita menjauhi kawasan pantai di Dubai.

Sementara itu, seorang wanita Filipina yang hanya mahu dikenali sebagai Candice, berkata dia mengunjungi kawasan pantai Jumeirah bersama suami dan rakannya dua minggu lalu. Kata Candice, 28, ketika dia bermain air agak jauh dari kenalannya, dia terkejut apabila berasa ada tangan menyentuh kaki kanannya.

“Ada seseorang berenang di bawah saya dan tangannya mula meraba-raba sehingga ke parah paha,” katanya.

Mengaku terlalu takut untuk menjerit, Candice berkata, dia cepat-cepat berenang semula ke pantai dan mengadu kononnya tidak sihat. Dia kemudian meminta dihantar ke biliknya. Kata Candice, dia takut jika mengadu, keadaan boleh menjadi tidak terkawal jika suaminya bertindak mencari lelaki miang terbabit. Justeru, katanya, dia cuba melupakan insiden itu. Bagaimanapun, Candice mengaku tidak akan mahu mengunjungi pantai berkenaan lagi.

Darleen, 31, juga mendakwa pernah mengalami insiden menakutkan. Katanya, sebagai wanita bujang, dia terpaksa melakukan semua aktiviti bersendirian, termasuk jika mahu menonton wayang, membeli-belah atau beriadah di pantai.

“Pada satu petang, saya terfikir mahu berenang di Jumeirah lalu mengunjungi kawasan itu tanpa ditemani sesiapa,” katanya.

Di situ, kata Darleen, dia ternampak sekumpulan pemuda berenang tidak jauh dari tempatnya.

“Tanpa mengesyaki apa-apa, saya cuma memejamkan mata dan mengapungkan diri untuk merehatkan badan.

“Tidak lama kemudian, saya berasa ada seseorang menyelam di bawah dan menyentuh tubuh saya,” katanya.

Dia terkejut dan segera membuka mata. Kata Darleen, dia terserempak dua lelaki yang berpura-pura meminta maaf, tetapi pada masa sama, ketika itu kaki mereka bergerak menyentuh kakinya di dalam air.

Dua wanita Eropah - Mary dan Nadine - turut menjadi mangsa di kawasan rekreasi terkenal itu. Kata Mary, 32, dia berang apabila seorang lelaki menyinggul dadanya ketika mencapai tuala yang digantung tidak jauh daripadanya. “Bagi saya, itu bukan kebetulan atau tidak disengajakan,” katanya.

Rakannya, Nadine, 29, bersetuju dengan pandangan itu. “Sejak tahun lalu kawasan pantai ini bukan lagi seperti sepatutnya apabila berlaku banyak gangguan seksual,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pantai, lambang keindahan alam, sudah menjadi pusat maksiat, walaupun di negara orang Islam, kononnya. (IH)

Turki Bermaruah, Usir Duta Israel Isu Mavi Marmara


Erdogan PM Turki yang bermaruh.

ANKARA, 2 Sept 11: Turki adalah negara bermaruah, apabila Ankara mengusir duta Israel dan diplomat-diplomat kanan negara itu selain menggantung perjanjian ketenteraan hari ini.

Hal ini dilakukan ekoran pendedahan satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bahawa rejim Yahudi telah menggunakan kekerasan tidak munasabah ke atas misi kemanusiaan ke Gaza pada Mei 2010, yang menyebabkan kematian sembilan warga Turki.

Ekoran keengganan Israel memenuhi tuntutan permohonan maaf, membayar pampasan bagi keluarga mangsa yang terbunuh dan menamatkan sekatan ke atas rakyat Palestin di Gaza, Turki mengumumkan ia menurunkan taraf hubungan dengan rejim Yahudi.

“Hubungan diplomatik Turkei-Israel dikurangkan ke tahap setiausaha kedua,” kata Menteri Luar Ahmet Davutoglu di sini hari ini.

Dalam insiden tahun lalu, kapal milik Turki Mavi Marmara, yang membawa sukarelawan serta bantuan seperti perubatan, diserang tentera Israel menyebabkan sembilan sukarelawan terbunuh. Seramai 12 orang sukarelawan merupakan rakyat Malaysia dan mereka selamat.

Ahmet berkata kesemua kakitangan lebih tinggi daripada setiausaha kedua akan dihantar balik menjelang Rabu ini. Reaksi Turki ke atas laporan yang ditunggu lama, yang turut mengisytiharkan sekatan tentera laut di Gaza juga tidak sah, memburukkan hubungan Ankara-Israel. Duta Israel Gabby Levy kini berada di negaranya dan membatalkan rancangan untuk kembali ke Turki semalam.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Negara umat Islam perlu pemimpin negara saperti Turki yang ada sekarang, bermaruah, berani dan menunjukan daya kepimpinan yang tinggi di peringkat global. A-hamdulillah! (IH)

Kebajikan N/Zealand, Pelarian Islam Diberi Wang Mingguan

Oleh Dr. Ubaidullah Mustaffa

Pengenalan

Sudah agak lama Christchurch tidak bergegar. Gempa bumi yang meruntuhkan pusat bandaraya Christchurch telah menyepi hampir sebulan. Barangkali sepi menyambut Ramadan dan Aidil Fitri yang penuh rahmat. Salji tebal sudah dua kali melitupi bandaraya kedua terbesar di New Zealand ini. Heboh seluruh dunia tentang berita salji tebal melanda New Zealand. Jabatan kajicuaca New Zealand mengesahkan bahawa kejadian salji tebal pada kali ini bukan perkara biasa. Kali terakhir salji tebal menimpa New Zealand ialah hampir 50 tahun yang lalu.


Seperti biasa salji lebat mula turun pada waktu malam. Angin bertiup sangat kencang sehingga bergegar segala pintu tingkap rumah. Apabila salji putih melitupi bumi, waktu malam menjadi cerah seperti siang. Kegelapan malam hilang dan saya dapat melihat keindahan malam yang terang benderang. Aneh tapi benar! Malam sepatutnya gelap gelita. Kagum saya dengan kebesaran Allah swt yang telah menunjukkan kebesarannya.


Dengan rasa penuh keinsafan dalam hati dan jiwa saya melangkah keluar rumah untuk melihat sendiri kebesaran Allah swt yang diturunkan dari langit yang tiada bertiang dan tiada sempadan. Apabila saya mendongak ke atas saya dapat melihat awan bergerak tersangat laju kerana ditiup angin kencang. Alangkah bertuahnya kalau saya dapat merakam kejadian tersebut untuk dikongsi bersama-sama tetapi kamera saya dibasahi salji dan berkabus kerana terlampau sejuk. Di celah-celah awan bergerak laju kelihatan bintang-bintang bertaburan di langit.

Saya terpaksa cepat-cepat masuk semula dalam rumah kerana tidak tahan dengan suhu yang mencecah -12ºC. Pada malam itu saya dan keluarga bersahur dalam kesejukan yang amat sangat walau pun pemanas dipasang maksima.
Salji tebal ini mungkin tidak setebal salji di Kutub Selatan tetapi mengikut Jabatan Kajicuaca New Zealand telah berlaku fenomena polar blast iaitu ribut salji kuat yang berpunca dari Antartika.

Polar Blast
di Malaysia

Konsep Negara Berkebajikan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat sebagai persiapan minda rakyat untuk PRU13 nampaknya mempunyai kesan sama seperti polar blast di New Zealand. Pemerintah menjadi seram sejuk walau pun panas membahang dan segala yang dibuat rasa tidak mengena. Nak kata terkena demam denggi mungkin tidak, kerana kontrak jutaan ringgit telah dikeluarkan untuk memburu dan membunuh nyamuk aedes. Sekali terfikir kasihan juga dengan nasib nyamuk aedes yang dicipta tuhan boleh membawa penyakit. Kerap kali berlaku nyamuk Aedes tidak mati tapi duit habis dibelanjakan.

Pemerintah yang memerintah tanpa acuan pemikiran yang ikhlas terhadap rakyat bukan sahaja bakal dibekukan polar blast malah boleh juga disalai bakar oleh solar blast menjadi debu. Apabila pemimpin menjadi musuh rakyat maka hayat pemimpin sudah berada dihujung tanduk hanya tunggu masa jatuh pecah bersepai sahaja. Lihat sahaja apa yang berlaku pada Ghadafi, Mubarak dan jangan kita lupa nasib yang menimpa Raja Bersiong dahulu.

Semua mereka musnah akibat tidak mahu menghormati rakyat dan lupa diri bahawa mereka juga adalah di kalangan rakyat. Rakyat yang meletakkan mereka dimercu kuasa dan rakyat juga akan menghumban mereka ke kancah kehinaan. Hanya tunggu detik dan masa sahaja.

Mani Plastik

Perhatikan bagaimana drama usung tilam ke mahkamah kini bersambung dengan sequel drama air mani yang tidak reput-reput. Drama jijik ini cepat tersebar di seluruh dunia dan sebagai rakyat Malaysia di luar negara saya berasa amat malu apabila Malaysia dipermainkan dengan ejekkan bahawa tuhan menjadikan air mani Malaysia dari plastic, sebab itu tidak reput-reput dan bahaya pula pada alam sekitar.
Sequel drama jijik ini perlu diberhentikan kerana rakyat meletak pemerintah di mercu kuasa bukan untuk menayangkan sequel drama kotor lagi menjijikan.

Mereka di amanahkan rakyat untuk menjaga kebajikan rakyat, mengawal inflasi, menjaga keselamatan negara, mengawal pendatang tanpa izin yang melimpah-limpah di negara kita dan bermacam-macam lagi isu penting kenegaraan.
Pendatang tanpa izin bermaharajalela di negara kita. Mereka guna segala kemudahan yang kita bina menggunakan dana cukai negara kita. Anak-anak mereka membanjiri sekolah-sekolah kita dan menambah beban pada guru-guru. Mengapa tidak dibendung kawal masalah ini? Mengapa masa yang ada digunakan untuk bertelagah tentang air mani plastik?

Pemerintah terlampau sibuk menonton sequel drama sehingga masalah kecil negara seperti masalah anjing liar pun tidak mampu untuk diselesaikan. Apa mereka peduli kerana anjing liar menggigit rakyat bukan menggigit mereka. Mereka terlampau sibuk dengan argumentum ad hominem, sibuk dengan menangkap rakyat untuk ISA & EOA, sibuk dengan AirAsia/MAS, sibuk dengan Lynas, sibuk dengan DNA, sibuk dengan pelbagai hal lagi sehingga masalah asas rakyat seperti makanan dan minuman tidak dapat diselesaikan dengan baik.

Malang sungguh rakyat Malaysia mempunyai pemerintah yang gagal menyelesaikan sekecil-kecil masalah seperti masalah anjing liar dan masalah besar seperti pendatang haram. Jauh sekali mereka dapat menyelesaikan masalah kebajikan rakyat Malaysia kerana mereka terlampau sibuk dan tersangat sibuk.


Argumentum ad hominem

Jangan menyerang peribadi orang (argumentum ad hominem) atau suka mengaibkan orang lain kerana satu hari Allah swt akan mengaibkan diri kita sendiri. Konsep ini adalah satu etika dalam Islam. Ugama Hindu ada menyebut tentang hukum karma yang membawa maksud etika kehidupan yang hampir sama. Falsafah Yunani purba pula membawa konsep sebab dan akibat (cause & effect) dalam kehidupan. Semua falsafah kehidupan ini memberi peringatan pada manusia supaya berhati-hati di dalam melakukan sesuatu tindakan kerana akhirnya akan kembali kepada diri kita sendiri jua.


Sebenarnya, setiap insan ada sejarah baik buruknya dalam menjalani sebuah kehidupan. Tidak ada seorang insan pun yang maksum kecuali para anbiya dan rasul. Malaikat juga tidak berdosa tetapi malaikat bukan dari kalangan insan manusia.
Apa yang menarik ialah pemimpin dari komponen Pakatan Rakyat tidak pernah menghina peribadi (argumentum ad hominem) pihak pemerintah sehingga ke peringkat mahkamah. Mereka konsisten membangkang dasar-dasar kenegaraan yang dilaksanakan oleh pemerintah dan tidak pernah menyalah guna institusi mahkamah. Itu cara gentleman berpolitik.

Ini bukan bermakna insan-insan yang memerintah itu maksum seperti para anbiya, rasul atau malaikat. Semuanya bergelumang dengan noda dan dosa kerana memang begitu lumrahnya setiap insan ciptaan Allah swt. Maka, jangan insan-insan pemerintah ini menganggap diri mereka suci lagi menyucikan (atau suci dalam debu) dan menggunakan mahkamah untuk palit najis pada maruah insan yang lain. Menyerang isu dan dasar kenegaraan adalah etika professional tetapi menyerang isu peribadi adalah permainan kotor tiada etika dalam berpolitik. Peringatan saya ialah takut bimbang kalau-kalau hukum karma atau cause & effect akan makan diri sendiri.


Rakyat New Zealand sama ada orang awam atau ahli-ahli politik lebih mengenali Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Mereka kagum dengan kesabaran dan ketinggian hemah politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Pada pandangan mereka, Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah ahli politik yang ikhlas kerana tidak pernah sekali pun beliau menyerang peribadi sesiapa dalam kerajaan walau pun beliau tahu banyak maklumat tentang mereka.


Semasa debat di TV antara Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan Dato’ Shabery Cheek dahulu saya dapati Dato Shabery Cheek sudah mula membuat serangan peribadi tetapi Dato’ Seri Anuar Ibrahim hanya mencuit sedikit sahaja latar belakang anti UMNO Dato’ Shabery Cheek dahulu. Itu pun secara berjenaka sahaja.
Saya masih menyimpan rakaman debat tersebut kerana di dalamnya saya dapat melihat apa yang tersirat dan keikhlasan jiwa Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Semoga Dato’ Seri Anwar Ibrahim dapat membentuk kerajaan majoriti pada pilihanraya umum ke 13 nanti. Pada pendapat saya gabungan tenaga antara Dato’ Seri Hj Nizar Jamaluddin dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menghasilkan kekuatan symbiotic yang diperlukan untuk muncul pemenang dalam pilihanraya umum akan datang. Kedua-dua pemimpin ini mempunyai karisme untuk menang dan mempunyai daya kepimpinan yang tinggi.


Kebajikan semua lapisan rakyat


Semua manusia suka kepada kebajikan. Hanya manusia yang sesat hati jantung sahaja yang benci pada kebajikan. Hampir semua rakyat Malaysia suka kepada negara berkebajikan dan mahu wujudnya sebuah negara yang berteraskan kebajikan terhadap rakyatnya. Mungkin ada segelintir rakyat Malaysia yang menolak kewujudan negara berkebajikan. Mereka mungkin mempunyai alasan mereka sendiri tetapi apa yang pasti, alasan menolak kewujudan negara berkebajikan adalah amat naïve atau terjemahan saya daif pemikiran.


Kumpulan naïve ini akan bersetuju dengan kenaikan harga minyak, bersetuju dengan kenaikan harga barang keperluan harian, bersetuju dengan kenaikan harga letrik, bersetuju dengan kenaikan kadar tol dan bersetuju dengan apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan. Kumpulan ini ibarat patung wayang kulit yang bergerak ikut rentak dalang. Mereka terdiri dari bijak pandai tetapi rela diperkuda pemikiran mereka oleh dalang-dalang yang sentiasa memberi janji manis sebagai habuan. Mari kita berdoa agar kumpulan naïve ini sedar tentang hak-hak mereka yang sedang dinoda-nodi oleh pemerintah serta meninggalkan dalang-dalang yang sedang memperhambakan pemikiran mereka.

Kerajaan New Zealand membantu umat Islam

Kerajaan New Zealand menyediakan skim kebajikan bukan sahaja kepada kakitangan kerajaan. Percaya atau tidak mereka menyediakan skim kebajikan kepada semua lapisan rakyat mereka termasuk semua orang luar yang diberi taraf pemastautin tetap. Ini termasuk semua pelarian (refugees) dari negara Iraq, Sudan dan Somalia yang berugama Islam. Kerajaan New Zealand pada dasarnya adalah penganut Kristian tetapi mereka membantu beribu-ribu pelarian Islam yang dibawa masuk ke negara mereka.


Setiap pelarian Islam diberi duit bantuan setiap minggu sehingga terdapat ramai pelarian Islam yang mengambil kesempatan tidak mahu bekerja walau pun badan sihat walafiat. Bantuan kewangan yang diberikan adalah untuk membayar sewa rumah, bayar bil letrik, makan dan minum serta lain-lain keperluan. Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak-anak mendapat bantuan kewangan yang lebih kerana setiap anak-anak di bawah tanggungan diberi bantuan kewangan. Tidak timbul soal cubaan memurtadkan orang Islam dalam hal kebajikan seperti ini.

Apakah menjadi murtad orang-orang Islam di Christchurch kerana menerima bantuan kebajikan dari umat Kristian? Tidak ada seorang pun orang Islam yang murtad kerana menerima kebajikan dan berbuat baik dengan umat Christian di Christchurch.
Umat Islam dan umat Kristian di Christchurch saling hormat menghormati walau pun taraf mereka sebagai pemerintah adalah lebih tinggi dari umat Islam di sini. Taraf mereka lebih tinggi bukan sahaja sebagai pemerintah tetapi kerana kesanggupan mereka menghulur bantuan kewangan pada umat Islam. Kedudukan tangan yang memberi adalah sentiasa lebih tinggi dari tangan yang menerima.

Kenapa di negara kita isu murtad dan memurtadkan dijadikan isu besar sehingga membesarkan jurang permusuhan antara dua ugama utama iaitu Islam dan Kristian? New Zealand telah buktikan bahawa umat Islam dan Kristian boleh hidup bersama-sama dalam sebuah negara dengan cara aman harmoni penuh perpaduan dan persaudaraan. Kalau New Zealand boleh lakukan tentu kita boleh lakukan juga. Syaratnya mesti ada kemahuan dalam hati, saling hormat menghormati dan saling percaya mempercayai. Elakkan kontroversi tingkatkan produktiviti.


Tidak perlu ke Vatican City untuk perpaduan


Di Christchurch terdapat satu organisasi gereja bernama Riccarton Baptist Church yang membawa slogan Helping People Follow Jesus. Fahaman mereka ialah Jesus mahu manusia menolong manusia lain tanpa batasan fahaman ugama. Perkataan kunci di sini ialah menolong yang sama ertinya dengan membantu atau berbuat kebajikan sesama manusia. Dalam Alquran juga ada perintah kita membantu sesama manusia, perintah membayar zakat adalah untuk membantu sesama manusia dan sedekah adalah konsep membantu sesama manusia. Allah swt adalah tuhan sekelian alam bukan tuhan umat Islam sahaja.


Ramai umat Islam yang mengunjung ke pejabat ini untuk mendapat bantuan bagi mendapat pekerjaan. Orang awam tanpa mengira bangsa atau ugama akan mengunjung ke pejabat ini untuk mendapatkan bantuan yang diberi secara percuma. Di sini tidak timbul isu murtad atau memurtadkan umat Islam. Dari bertelagah tentang isu murtad, lebih baik umat Islam meniru langkah kebajikan ini serta menawarkan bantuan kebajikan kepada semua manusia tanpa mengira bangsa, ugama atau fahaman politik. Ingat, hampir semua manusia suka kepada kebajikan kecuali segelintir manusia yang sesat hati jantung benci pada kebajikan.


Berkaitan isu ini saya menyanjung tinggi pendekatan yang digunakan oleh Pakatan Rakyat terutamanya PAS dalam menangani isu serbuan gereja oleh JAIS. Jelas sekali PAS sebagai parti berlandaskan Islam boleh bekerjasama dengan semua penganut ugama lain di Malaysia. Pakatan Rakyat tidak perlu pergi ke Vatican City untuk berbuat baik dengan umat Kristian di Malaysia dan di seluruh dunia.
Malangnya, ada pihak tertentu di Malaysia yang menggunakan sentiment bangsa dan ugama untuk meretakkan perasaan kasih sayang antara rakyat Malaysia untuk menyemai benih-benih permusuhan.

Pihak ini telah pergi menziarah Vatican City, berjumpa dengan ketua ugama tetapi tidak menyumbang kepada perpaduan antara ugama. Mereka hanya membazir duit rakyat kerana segala kos perjalanan termasuk tuntutan elaun perjalanan adalah dibayar oleh rakyat Malaysia dari pelbagai ugama.
Semua rakyat Malaysia mesti sedar bahawa mereka sedang diadu domba oleh tangan-tangan ghaib yang membaling batu sembunyi tangan. Umat Islam sebenarmya boleh bertolak ansur dan sangat menghormati bangsa-bangsa lain.

Umat Islam tidak kisah jika tidak memasang bacaan Alquran di pembesar suara kerana yang penting bukan nyaringnya bacaan Quran tetapi memahami dan mengamalkan ajaran yang terkandung di dalamnya. Tidak ada faedah kepada sesiapa jika bacaan Alquran dinyaringkan pada pembesar suara dan tidak ada insan yang memahaminya. Lebih baik membaca sendiri dan mengambil masa sendiri untuk merujuk kepada makna dan tafsirnya supaya lebih melekat di jiwa dan hati nurani.


Malaysia House di Christchurch


Semasa saya melawat Malaysia House di Christchurch iaitu sebuah rumah disewa oleh rakyat Malaysia khas untuk penginapan pelawat-pelawat Malaysia yang mengunjungi Christchurch pada kadar murah berkonsepkan Homestay (email: eco_ranger1@yahoo.com), saya terjumpa dengan Nicky Wagner iaitu seorang Ahli Parlimen dari National Party. Nicky Wagner terus menegur saya dan saya mengambil kesempatan tersebut untuk berbincang tentang Negara Kebajikan New Zealand.


Menurut Nicky Wagner setiap rakyat New Zealand termasuk penduduk tetap samada dari kalangan pelarian (refugees) atau pemastautin kategori pekerja mahir (skilled migrant category) akan mendapat skim pesara bernama Superannuation setelah mencapai usia 65 tahun tanpa mengira rakyat itu kakitangan kerajaan atau swasta atau bekerja sendiri. Kadar bayaran sekarang ialah NZ$380.00 untuk seorang seminggu.

Isteri dan suami akan mendapat bantuan masing-masing, tanpa perlu berkongsi duit persaraan.
Sebagai tambahan mereka telah mencipta skim KiwiSaver yang berfunsi seperti KWSP tetapi lebih baik dari KWSP. Skim KiwiSaver adalah lebih baik dari KWSP kerana kerajaan New Zealand turut memberi sumbangan tambahan yang agak tinggi kepada setiap pencarum KiwiSaver.

Negara New Zealand hanyalah sebuah negara pertanian yang bergantung kepada lembu susu, kambing dan perhutanan. Industri berat bukan punca rezeki mereka hanya industry berkaitan pertanian sahaja.
Bandar Little River ini adalah contoh sebuah bandar pertanian di New Zealand. Sekeliling bandar ini terdapat ladang ternakan lembu dan kambing. Tiada kilang yang mengeluarkan asap. Udara di sini tidak dicemari oleh bahan buangan dari kilang-kilang industri.

Di Malaysia kerajaan heboh dengan konsep pertanian sebagai perniagaan tetapi gagal untuk menghasilkan sumber makanan yang mencukupi untuk rakyat. Kegagalan dalam bidang pertanian berlaku kerana kerajaan dan agensi kerajaan tidak mahir dengan metodologi pengeluaran pertanian pada skala besar seperti yang dilakukan di New Zealand. Tambahan lagi kerajaan gagal mengurus tanah-tanah terbiar untuk pengeluaran pertanian.


Namun begitu, hasil negara New Zealand dapat memberi kebajikan kepada seluruh rakyat mereka bukan hanya kepada kakitangan kerajaan sahaja seperti di Malaysia. Apa industri yang tidak ada di Malaysia? Segala jenis industri bangun di Malaysia seperti cendawan tumbuh di musim hujan. Ada industry kimia, industri plastic, industri pharmaceutical, industri petroleum, industri bioteknologi, industri bahan komposit, industri automotif dan bermacam-macam jenis industri lagi. Terakhir sekali industri Lynas. Malangnya, pemerintah bimbang negara akan bankrap jika menghulur bantuan kebajikan kepada rakyat.

Namun begitu, pemerintah yang sama tidak bimbang negara bankrap kerana membina bangunan beratus tingkat dan membuat projek mega. Malang sungguh rakyat Malaysia kerana tersalah pilih orang untuk memegang amanah negara bagi pihak rakyat.
Nicky Wagner iaitu bekas guru di Hagley College yang bertukar profession menjadi ahli politik percaya bahawa politik berasaskan kebajikan rakyat akan bertahan lama tetapi politik berasaskan kepentingan peribadi dan kaum puak parti akan berkubur suatu hari nanti. Nicky Wagner memberitahu saya bahawa untuk terus menyumbang kepada kebajikan rakyat negara New Zealand mesti mempunyai kekuatan ekonomi bertaraf dunia.

Katanya, kekayaan ekonomi itu mesti dikembalikan kepada hak yang punya iaitu rakyat dan bukan dicuri oleh sesiapa sama ada ahli politik atau kroni-kroninya. Beliau berusaha untuk memberi pendidikan berkualiti tinggi pada kadar yuran murah supaya semua rakyat New Zealand mempunyai kemahiran bertaraf dunia.
Menurut Nicky Wagner lagi undang-undang buruh New Zealand memperuntukkan paling minima cuti berbayar gaji ialah 20 hari cuti tahunan setahun, 11 hari cuti berkanun setahun dan cuti sakit 5 hari setahun.

Bayaran gaji di New Zealand di bayar mengikut jam dan gaji paling minima di New Zealand ialah NZ$15.00 sejam.
Selain dari itu Nicky Wagner telah berjaya meluluskan usul di Parlimen untuk mengharamkan Arak/Alcohol di tempat-tempat awam bagi melindungi keselamatan awam dari keganasan yang di sebabkan oleh pemabuk-pemabuk arak/alcohol.

Rakyat Adalah Hakim


Menurut pendapat Nicky Wagner, rakyat adalah hakim kepada ketelusan dirinya dan juga parti politiknya. Rakyat berhak mengundi dan menentukan sama ada beliau masih layak memegang jawatan yang disandangnya dan parti politiknya berhak kekal atau dihalau rakyat dari memerintah.
Apabila Nicky Wagner bercakap begitu teringat saya tentang kejadian yang berlaku di Perak. Sebenarnya, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abdul Kadir tidak layak menjadi Menteri Besar Perak kerana beliau tidak mendapat kuasa dari rakyat. Rakyat tidak memberi kuasa pada beliau tetapi beliau tetap mahu menjadi Menteri Besar.

Keputusan mahkamah tidak boleh menggantikan kuasa dan suara rakyat. Kuasa dan suara rakyat telah dihina oleh pemerintah dengan begitu senang sekali. Menteri Besar yang dilantik rakyat iaitu Datuk Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin telah diketepikan bukan dengan kehendak rakyat. Padahal penyelesaian terhadap isu Menteri Besar Perak terletak di tangan rakyat dan bukannya di mahkamah.
Pakatan Rakyat sedar tentang hak mereka tetapi sebagai parti politik yang menghormati institusi kenegaraan maka terpaksa membiarkan masa untuk menentukan siapa yang benar.

Pihak pemerintah pula berharap agar masa dapat membuatkan rakyat lupa. Pada mereka rakyat memang mudah lupa (sila rujuk ucapan Tun Dr. Mahathir). Mereka takut dan bimbang untuk mengadakan pilihanraya serta tercari-cari formula untuk memenangi beberapa pilihanraya kecil atau pilihanraya negeri atau pilihanraya umum. Mungkin terjumpa formula salah lantas digunakan. Rakyat menjadi marah dan memberontak. Menang pilihanraya dengan cara salah atau formula salah memang mengundang masalah. Jangan dicuba dan jangan dibuat oleh sesiapa kerana pasti senjata akan makan tuan
.

Sebagai kesimpulan, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya dari Christchurch untuk semua umat Islam di Malaysia. Semoga Allah swt menerima ibadah puasa kita, melimpahkan rahmat ke atas kita semua dan memberi hidayah ke arah pembentukan negara berkebajikan di Malaysia. Amin.

Lihat sebelum ini..

Presiden PAS Nafi Suruh Azizan Letak Jawatan

K/TERENGGANU, 2 Sept 11: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan beliau dan pimpinan PAS Pusat menyuruh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) meletakkan jawatannya.

Menurut beliau, tiada desakan baik daripada beliau atau mana-mana pimpinan PAS Pusat supaya Azizan meletakkan jawatannya. "Ustaz Azizan terus kekal sebagai Menteri Besar. Namun buat masa ini beliau masih berehat disebabkan masih dalam rawatan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, The Star yang mengatakan beliau dan pimpinan PAS Pusat meminta Datuk Seri Azizan meletakkan jawatan atau berhenti berkhidmat sebagai Menteri Besar. Selain The Star, dakwaan tersebut turut dilaporkan bebertapa portal berita, sehingga ia menjadi tanda tanya pelbagai pihak terutama mengenai kesahihannya.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Mohd Nasaie Ismail ketika menghubungi Harakahdaily, di sini, hari ini, berkata perkara itu telah dirujuk kepada Abdul Hadi dan Abdul Hadi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu. Sebaliknya, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang turut hairan bagaimana dakwaan itu muncul, sedangkan beliau dan pimpinan PAS Pusat tidak pun mendesak Azizan berbuat demikian.

"Jadi dengan itu ditegaskan, Presiden PAS menafikan perkara tersebut. Ustaz Azizan tidak pun didesak atau dinasihat pimpinan pusat khususnya Presiden PAS supaya meletakkan jawatan atau berhenti berkhidmat sebagai Menteri Besar.

"Tiada desakan baik daripada Presiden atau mana-mana pimpinan pusat supaya Ustaz Azizan meletakkan jawatan," tegasnya.

Sebaliknya, tegas beliau, Presiden PAS memaklumkan bahawa Ustaz Azizan terus kekal sebagai Menteri Besar Kedah, tetapi masih berehat buat masa ini disebabkan masih dalam rawatan. Sehubungan itu, beliau berharap supaya orang ramai tidak terpengaruh dengan laporan tersebut kerana ia jelas tidak berasas. (Harakah daily)

Lihat sebelum ini...

Mat Indera, Guru Agama Bertauliah Seorang Komunis?


K/TERENGGANU, 2 Sept 11: Mat Indera adalah seorang guru agama yang mendapat tauliah agama dari kerajaan negeri Johor, kata AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik (gambar).

"Umno dan penjajah yang tuduh Mad Indera komunis," kata beliau ketika bercakap kepada kira-kira 500 perantau Terengganu yang pulang beraya di kampung semalam.

Beliau mengulas serangan Umno dan medianya yang bertubi-tubi terhadap timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang mancadangkan agar sejarah negara dikaji semula.

Ini berikutan dari dakwaan bahawa Umno melakarkan sejarah negara berdasarkan kepentingannya tetapi bukan cerita yang sebenar.

Mohamad Sabu berkata, isu serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950 telah diceritakan Umno sebagai penjahat menyerang hero iaitu polis yang mempertahankan balai itu.

Ia menjadi satu kepercayaan ramai apabila Jins Samsudin membuat filem Bukit Kepong pula berdasarkan persepsi itu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Menuduh Mat Indera seorang komunis, walaupun beliau seorang ustaz berperibadi Islam yang mendapat tauliah agama dari kerajaan negeri Johor... adalah sama dengan menuduh ustaz-ustaz UMNO tidak Islam, kerana menganut faham asobiiah kebangsaan yang ditolak oleh Islam. Apalagi kalau mereka itu pemimpin UMNO yang bukan ustaz... (IH)

MB Kedah Perlu Ditukar, 3 Muka Baru Layak Menunggu..

NONE
KL 2 Sept 11: Sebentar tadi, Malaysiakini melaporkan, kepimpinan PAS sedang mengatur langkah bagi menggantikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dikatakan tidak sihat akibat serangan sakit jantung, bulan lalu.

Menurut Malaysiakini, akhbar harian Inggeris, The Star hari ini, melaporkan presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dijadualkan menghadap Sultan of Kedah berhubung peralihan itu. Abdul Hadi juga dilaporkan akan berjumpa dan berbincang dengan pemimpin negeri di Alor Setar pada hujung minggu ini.

Di sebalik tekanan daripada kepemimpinan pusat PAS, menurut akhbar milik MCA itu, Azizan dikatakan cuba membantah dan mendakwa beliau masih sihat untuk meneruskan tugasnya sebagai menteri besar.

Antara nama-nama yang disebut-sebut bakal menggantikan Azizan, termasuk tiga ADUN kanan iaitu Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Datuk Mohamad Taulan Mat Rasul (Tokai). Semua mereka adalah juga ahli exco kerajaan negeri.

Phahrolrazi, 58, dan Amiruddin, 49, adalah jurutera dalam bidang sivil manakala Mohamad Taulan, 69, adalah seorang peguam. Phahrolrazi juga adalah timbalan pesuruhjaya PAS Kedah manakala Amiruddin pula adalah bendahari negeri.

Perlembagaan negeri Kedah tidak memperuntukkan jawatan timbalan menteri besar. The Star juga memetik Azizan, yang juga adalah pesuruhjaya PAS Kedah berkata ada usaha yang mahukan beliau berundur.

penang kedah timber logging azizan abdul razak 310708 02“Mereka beritahu saya, kami mahu awak berehat. Kami mahu gunakan tenaga dan kemahiran awak kemudian hari nanti. Saya ok, tetapi ada orang yang tidak mahu saya berada di sana lagi, ada yang mahu saya mati,” kata Azizan yang dipetik akhbar itu.

Menurut The Star yang memetik sumber PAS Kedah, parti itu sedang menyiapkan laporan mengenai kesihatan menteri besar dan Abdul Hadi akan diberikan taklimat semasa melawat negeri itu.

Laporan yang sama kemudiannya akan disampaikan ke pihak Istana hujung minggu ini. Abdul Hadi dikatakan akan diiringi oleh orang kanannya dalam lawatan ke Kedah ini, iaitu setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Menurut The Star lagi, adalah difahamkan Abdul Hadi membuat panggilan telefon kepada menteri besar Kedah itu pada Rabu lalu untuk mengucapkannya Selamat Hari Raya. Beliau kemudiannya mencadangkan Azizan, 67, supaya berehat secukupnya dan membiarkan pemangku menteri besar mengambil alih tugasnya.

Namun, menurut sumber akhbar itu, Azizan tidak menerima baik cadangan berkenaan dan cuba membantah. Sumber itu juga berkata peralihan dipercayai akan berlangsung bulan depan supaya keputusan penting kerajaan negeri tidak ditangguhkan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ramai yang melahirkan rasa perlu MB Kedah ditukar. Diberi peluang kepada muka-muka baru. Alasan kesihatan cukup baik buat masa sekarang. Rakyat mahu kepada perubahan. Rakyat mahu perubahan kepada Islam dan kerajaan kebajikan.

Kedah diangggap statik dan ketinggalan dalam menuju perlaksanaan Islam. Kuasa 'kuku besi' nya terlalu kuat mencngkam. Bahkan ada khabar-khabar angin bertiup mengatakan perundingan Azizan Razak-Dr Mahatihir sedang giat dilaksnakan. Harap-harap perkara itu tidak betul.. (IH)

Bukti AS Desak Qaddafi Minta Bantuan Israel -Al Jazeera



KL 2 Sept 11: Sebuah dokumen rahsia intelijen yang ditemui di Libya menunjukkan bahawa tokoh-tokoh poitik berpengaruh AS menjalin hubungan dengan Muammar Qaddafi (gambar) mengenai penanganan revolusi rakyat di negara itu.

Al Jazeera mendakwa telah memperoleh akses dokumen rahsia pusat intelijen Libya di Tripoli menunjukkan komunikasi langsung antara rejim Libya dan tokoh-tokoh berpengaruh di AS. Terjadi pertemuan antara dua pejabat senior Libya dengan mantan Deputi Menteri Luar Negera David Welch yang diserahi tugas oleh Washington untuk memulihkan hubungan diplomatik antara AS dan Libya pada tahun 2008.

Dokumen ini menunjukkan Welch bertemu dengan dua pejabat Libya, Abubakr al-Zleitny dan Mohammed Ahmed Ismail pada 2 Ogos, 2011 di Hotel Four Seasons di Kairo, yang hanya beberapa blok dari kedutaan AS. Di situ Welch menyarankan supaya team Qaddafi memenangkan perang propaganda melalui 'langkah-langkah membangun kepercayaan.'

Welch juga menyarankan Qaddafi meminta bantuan intelijen asing untuk menghapuskan perlawanan rakyatnya sendiri, termasuk melalui badan intelijen Israel.

"Setiap informasi yang terkait dengan al-Qaeda atau organisasi-organisasi ekstremis teroris harus ditemukan dan diberikan kepada pemerintah AS, tetapi hanya melalui badan-badan intelijen baik Israel, Mesir, Maroko, atau Jordan yang didengar Amerika.., "lapor Al Jazeera mengutip dokumen rahasia itu." (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails