SERDANG, 10 Sept: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meluangkan masa melawat keluarga Allahyarham Noramfaizul, wartawan BernamaTV yang maut akibat terkena tembakan semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia baru-baru ini.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan tiba di kediaman keluarga Allahyarhan di Taman Serdang Raya kira-kira jam 9.30 pagi ini.
Turut serta dalam kunjungan itu delegasi Dewan Muslimat PAS Pusat yang diketuai Siti Zailah Yusuf. Kunjungan tersebut sebagai tanda simpati terhadap kelurga atas pemergian Allahyarham Noramfaizul.
Kehadiran mereka disambut ibu bapa serta isteri dan dua anak Allahyarham. Pada kunjungan itu juga, Tuan Guru Nik Aziz turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga Allahyarham. Beliau juga menasihatkan ahli keluarga Allahyarham bersabar atas ketentuan Ilahi ke atas Noramfaizul.
Dalam kejadian pada Jumaat 2 September lalu, kenderaan yang dinaiki Noramfaizul, 39, dan petugas media Malaysia lain yang diiringi tentera kerajaan Somalia, ditembak ketika mereka dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan.
Beliau yang terkena tembakan itu di dada bagaimanapun meninggal dunia ditempat kejadian. Insiden itu turut menyebabkan jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan, cedera di lengan. (IH/Harakah)
Saturday, September 10, 2011
Nik Aziz Lawat Keluarga Allahyarham Noramfaizul
Phahrolrazi calon tepat pilihan ganti MB Kedah?
Isu spekulasi penggantian Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mula suam-suam kuku kini dipanaskan kembali dengan desas-desus exco kanan Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi yang dikatakan calon pilihan jika berlaku kekosongan jawatan tersebut.
Walaupun dua lagi exco – Datuk Amiruddin Hamzah dan Datuk Mohammad Taulan Rasul – turut berada dalam senarai itu, Phahrolrazi (kiri) yang juga ADUN Pengkalan Kundor dikatakan menjadi calon pilihan jika wujud keperluan berbuat demikian.
Bahkan, wujud cakap-cakap yang Azizan dikatakan diberi masa untuk terus menjalankan tugasannya sebagai biasa kecuali jika terdapat halangan yang tidak dapat dielakkan seperti masalah kesihatan.
Bagaimanapun, demi kelancaran pentadbiran kerajaan Kedah, PAS tentunya tiada pilihan sekiranya Azizan sakit, khususnya dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
Ini kerana, tugas mempertahankan penguasaannya di negeri itu amat penting bagi PAS yang pertama kali menawan Kedah tiga tahun lalu, selepas mencuba dalam sebelas kali pilihan raya umum sebelumnya.
Phahrolrazi yang juga timbalan pesuruhjaya I PAS Kedah dan yang dipertua PAS Kuala Kedah dilihat berada dalam kedudukan terbaik bagi mengambil alih teraju pemerintahan negeri berdasarkan hirarkinya itu.
Amiruddin, 49, adalah ADUN Anak Bukit yang memegang portfolio jawatankuasa industri dan pelaburan, pertanian dan industri asas tani, bioteknologi, pembangunan luar bandar dan basmi kemiskinan.
Di peringkat PAS negeri, beliau - yang juga seorang jurutera dalam bidang sivil - memegang jawatan bendahari.
Perkembangan baru ini dilihat susulan masalah kesihatan yang dialami Azizan sehingga dikatakan tidak dapat memfokuskan kepada pentadbiran kerajaan negeri.
Manakala Mohamad Taulan pula adalah ADUN Tokai, memegang portfolio jawatankuasa agama, pelajaran dan koperasi.
Beliau juga seorang peguam, ahli jawatankuasa perhubungan PAS Kedah dan yang dipertua PAS Pendang.
Pada 1 Ogos lalu, Azizan (kanan) dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur selama 15 hari bagi mendapatkan rawatan kesihatan dan pemeriksaan jantung.
Bagaimanapun, ketika isu itu mengejutkan banyak pihak di kala sambutan Aidilfitri, Azizan muncul bertenaga menolak cadangan supaya jawatannya diberikan kepada pemimpin lain atau diwujudkan jawatan timbalan menteri besar.
Beliau juga dilapor menegaskan beliau berada dalam keadaan lebih sihat dan mampu menjalankan tanggungjawabnya mengurus negeri dengan sempurna selepas menuruti nasihat doktor supaya berehat.
Bagaimanapun, tiada maklumat sama ada PAS di peringkat pusat sudah membincangkan soal penggantian itu. Setakat awal bulan ini, perkara itu, menurut Ketua Penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, tidak dibincangkan.
Cukup dua minggu selepas Azizan dibenarkan keluar wad, kontroversi sekitar kedudukan Azizan meletus apabila sebuah harian berbahasa Inggeris melaporkan kepimpinan PAS sedang mengatur langkah bagi menggantikannya. (IH/Malaysikini)
Friday, September 09, 2011
Kontroversi Sejarah: Apa Pendirian PAS?
Kenyataan akhbar hari menenai pendirian PAS dalam kontroversi isu sejarah
1. PAS menolak dan tidak pernah menyokong fahaman, golongan mahupun gerakan komunis.
2. PAS menganggap peristiwa Bukit Kepong 1950 adalah satu tragedi, tapi berpendirian bahawa Mat Indera patut digolongkan sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan yang berhaluan kiri.
3. PAS tegas mempertahankan fakta bahawa transkrip ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada Ogos 21 di Tasek Gelugor hanya mengiktiraf Mat Indera sebagai hero tanpa kaitan dengan komunis, akan tetapi akhbar Utusan Malaysia memutarkan kenyataan beliau sehingga melabelkan Mohamad and PAS sebagai penyokong komunis bermula 27 Ogos untuk 13 hari berturut-turut. Ini adalah satu tuduhan fitnah yang langsung tidak masuk akal.
4. PAS yakin dengan hasil penyelidikan yang tercatat di dalam buku ‘Pengukir Nama Johor’ terbitan Yayasan Warisan Johor pada 2004 bahawa Mat Indera adalah salah seorang agamawan dan juga pejuang kemerdekaan.
5. PAS juga yakin dengan hasil penyelidikan yang dibuat Ayub @ Uiop Kassim pada tahun 1973 untuk memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, bertajuk “Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem” yang menyimpulkan bahawa Mat Indera bukan berfahaman komunis.
6. PAS berpendirian perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan bermula jauh lebih awal sebelum Umno ditubuhkan. Para pejuang kemerdekaan berhala kiri, yang mengambil ‘total confrontation approach’ menuntut kemerdekaan seperti Mat Indera, Rosli Dohbi, Datuk Maharajalela di Perak, Tok Gajah, Tok Bahaman di Pahang, Dol Said di Negeri Sembilan and Melaka, Tok Janggut di Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu dan lain-lain lagi juga mesti diberi tempat dalam sejarah untuk jasa mereka.
7. PAS berpendirian bahawa Umno tidak pernah mengangkat senjata untuk mendapatkan kemerdekaan. Pejuang-pejuang lain yang menggadaikan nyawa mereka sehingga menyebabkan penjajah dalam keadaan amat parah. Apa yang Umno buat ialah menjalankan pusingan keempat yang akhir dan menuntut kredit mutlak atas kejayaan tersebut, tanpa sebarang pengiktirafan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang tersungkur dalam tiga pusingan awal yang berjaya melemahkan kuasa penjajah. Walaubagaimanapun, PAS tidak menafikan bahawa Umno, walaupun sekadar melaksanakan tugas terakhir untuk mendapat kemerdekaan, mempunyai sedikit jasa dalam mendapatkan kemerdekaan negara.
8. Umno sekadar penerima manfaat terakhir yang mendapatkan kemerdekaan tapi dengan cara kanan, iaitu ‘peaceful cooperation’ dengan penjajah British. Oleh itu, mereka tidak boleh menafikan bahawa para pemimpin mereka pernah menjadi pegawai British satu masa dahulu.
Ini pendirian PAS dalam menafsir sejarah pra-kemerdekaan, sudah tentunya ia berbeza dengan pendapat Umno. Harus ditegaskan bahawa soal menafsir sejarah dan meneliti semula sejarah berkait rapat dengan jumlah maklumat yang ada dan juga persepsi kita dalam melihat sesuatu isu.
Kita harus “bersetuju untuk tidak bersetuju” dalam kajian sejarah, kerana ia juga amat bergantung kepada jumlah maklumat yang ada sebelum seseorang itu boleh membuat kesimpulan yang tepat.
Dalam isu menafsir sejarah, semua pihak dinasihatkan untuk mengamalkan prinsip “bersetuju untuk tidak bersetuju” (agree to disagree) dan menghentikan serangan peribadi kepada mana-mana pihak hanya kerana tafsiran sejarah mereka berbeza dengan apa yang diwar-warkan selama ini. Untuk pihak yang tidak bersetuju, boleh juga diadakan debat ilmiah, dan bukannya meneruskan permainan fitnah-menfitnah di media.
Firman Allah berkata:
"Sesungguhnya Tuhan kamu akan menjelaskan di hari akhirat apa yang kamu perselisihkan.”
Sehubungan itu, semua pihak harus kembali kepada akhlak Islam dan gesaan Rasulullah agar tidak memberi gelaran yang buruk kepada yang telah meninggal dunia.
Kita juga harus bersangka baik ketika menilai status Mat Indera, sedangkan kita tidak mengetahui sejauhmana tuduhan itu betul dan pada masa yang sama beliau tidak dapat membela dirinya.
Mungkin di saat kehidupannya, beliau ada melakukan kesilapan sebagai manusia biasa, namun kita dituntut baik sangka kepada beliau, mungkin dalam tempoh tahanan beliau telah bertaubat dan memohon keampunan dari Allah, apatah lagi beberapa maklumat penjaga kubur memberikan gambaran baik terhadap beliau.
Fakta yang ada saling bertentangan antara satu sama lain. Di satu pihak, beliau tidak pernah menganut fahaman komunisme, seorang penghafal Quran, berakhlak baik sebagaimana yang ditulis dalam buku Pengukir Nama Johor.
Belah satu lagi pula membuat pelbagai tuduhan negatif yang menyatakan beliau adalah sebaliknya.
Yang ada hanyalah warisnya yang membuat penafian semua tudahan liar itu. Apakah ada yang lebih hampir selain waris bagi kita berbaik sangka kepada beliau?
Dalam isu ini, PAS telah membuat pendirian yang jelas. Namun, kami percaya sebagaimana jelas pun pendirian kami, media perdana milik Umno tetap akan memutar kenyataan untuk menutup segala isu-isu rakyat yang lebih meruncing seperti kenaikan harga barang, isu penyelewengan daftar pilihanraya, isu memberikan kerakyatan untuk mendapatkan undi, isu rasuah, isu pembaziran Kementerian Pertahanan, isu penjualan saham Esso dan MAS, isu cincin RM24 juta, isu Bersih 2.0 dan terbaru isu cukai topup 6 peratus.
PAS juga meminta semua ahli dan seluruh umat islam mengadakan solat hajat dan tahlil arwah sempena Hari Malaysia 16 September kepada seluruh pejuang kemerdekaan dalam menentang penjajahan Inggeris, termasuklah kepada roh Mat Indera, Dr Burhanudin Helmy, Dr Zulkifli Mohamad dan selainnya. Majlis ini juga diharap akan membangkitkan semangat jihad bagi menegakkan keadilan dan kemenangan dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 akan datang.
Diharapkan juga agar seluruh kawasan mengadakan ceramah khas erti kemerdekaan dari perspektif Islam. Semoga dengan majlis ini akan memperkukuhkan ingatan kita kepada perjuangan generasi awal dalam memerdekakan negara dari penjajahan asing.
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
9 September 2011
Muslim Sunni Teheran Dilarang Syi'ah Shalat Idul Fitri
Ratusan polis diterjunkan di ibukota untuk mencegah orang-orang Muslim memasuki gedung atau rumah yang mereka sewa untuk menggelar shalat Idul Fitri. Pemerintah Syi'ah Iran senantiasa menolak permohonan warga Muslim untuk mendirikan masjid mereka sendiri di Teheran.
Sekarang ini tidak ada satu pun masjid di Teheran milik umat Islam Sunni. Padahal, di kota itu terdapat gereja-gereja dan rumah ibadat orang Kristian dan Yahudi yang jumlah populasinya lebih sedikit daripada Muslim.
"Polis Teheran mencegah jamaah Sunni dari melaksanakan shalat Idilfitri di berbagai tempat di ibukota," tulis situs komunitas Muslim di Iran, SunniOnline.us. "Mereka mengepung rumah-rumah di mana Sunni melakukan shalat dan menghalangi jamaah yang ingin masuk ke dalam."
Sebagaimana dilapor Guardian, ribuan warga Syi'ah hari Rabu 31 Og0s, berbaris di belakang pemimpin spiritual tertinggi Iran Ayatullah Ali Khamenei, yang memimpin shalat Idul Fitri ala Syi'ah di Universiti Teheran. Iran menggunakan shalat Idul Fitri untuk menunjukkan kepada publik bahawa tokoh-tokoh politik negeri itu bersatu di belakang pemimpinnya.
Walaupun terdapat berbagai kelompok yang berbeda, namun diwajibkan menghadiri acara itu. Jika mereka absen, maka ketidakhadirannya dianggap sebagai bangkangan. Berdasarkan perlembagaan Iran, kelompok minoriti agama perlu dihormati dan memiliki perwakilan di parlimen.
Dua hari sebelum Idul Fitri, beberapa anggota parlemen dari kelompok Muslim menulis surat kepada Presiden Mahmud Ahmadinejad meminta izin agar komuniti mereka dibolehkan shalat Idul Fitri, yang terpisah dari puak Syi'ah. Muslim Teheran sejak beberapa minggu sebelumnya telah diperintahkan membuat kennyataan bertulis jaminan bahawa warga Muslim tidak akan mengadakan shalat Idul Fitri di ibukota.
Syiekh Abdul Hamid Ismail Zehi, imam Muslim di Zahedan, sebuah kota di kawasan tenggara Iran, mengkritik rejim Iran dalam khutbahnya.
"Saya ingin meminta kepada pemimpin tertinggi agar menghentikan langkah-langkah diskriminasi dan ilegal dari sejumlah pejabat, kerana mereka melarang minoriti Sunni di kota-kota besar Iran mengerjakan shalat khususnya shalat Aidilfitri dan shalat Jumaat. Ini adalah permintaan seluruh Sunni di Iran," katanya sebagaimana dikutip SunniOnline.us.
Iran kerap mengatakan bahawa penduduk Syi'ah dan Muslim di negaranya hidup berdampingan dengan damai. Namun, warga Muslim beberapa tahun belakangan mengeluhkan tindakan keras yang dilakukan pemerintah Syi'ah. Syi'ah menuduh Muslim yang bertanggungjawab atas pengeboman belum lama ini di daerah selatan Iran. Syi'ah menuduh Muslim bersama negara-negara Islam di Timur Tengah yang melakukan kejahatan itu. (IH/Hidayatullah)
Tadi, Khatib Jumaat Dipukul Di Atas Mimbar.
BANDA ACEH - Tgk Saiful Mila, yang menjadi khatib Shalat Jumat di Masjid Raya Ji Jiem, Kecamatan Keumala, Pidie, Jumat (09/09) dipukuli sejumlah jamaah, saat dirinya tengah memberikan khutbah. Dugaan sementara, pelaku kemungkinan tersinggung dengan isi khutbah Tgk Saiful Mila yang ikut menyinggung masalah silaturrahim dan politik.
"Baru sekitar beberapa menit saya bicara, mendadak bangun beberapa jamaah. Saya disuruh turun, namun tak menggubrisnya" ungkap Tgk. Saiful Mila kepada Serambi FM (grup Serambi Indonesia) melalui sambungan telfon.
Tanpa Merasa takut, Tgk. Saiful pun kemudian kembali melanjutkan khutbahnya.
"Yang ada saya ceramah, soal dosa-dosa besar, termasuk mereka yang dendam sesama muslim lebih dari tiga hari, itu dosanya tak diampuni oleh Allah Swt. Terus saya kasih contoh seperti masalah politik, jangan karena beda partai, membuat kita putus tali silaturrahmi", tambahnya.
Kalimat Tgk. Saiful Mila itu ternyata membuat sejumlah jamaah bangun dari duduknya dan langsung memukuli korban Tgk. Saiful Mila.
"Tadi saya dibawa ke Polsek Keumala , sekalian membuat laporan perkaranya", tutup korban.
Akibat pemukulan ini, korban mengeluh sakit dibagian pelipis kanan serta luka memar dibagian wajah. Sementara proses shalat jum'at langsung dilanjutkan oleh khatib pengganti. (IH/Serambi Indonesia)
Mereka Ini Tuntut Hak Pamer Payudara.
Dilpetik The Sun, mereka memprotes hak individu agar diizinkan secara hukum untuk bertelanjang dada di tempat umum, seperti layaknya lelaki. Sejumlah lelaki juga ikut dalam aksi ini. Mereka melakukan tunjuk perasaan di dua belas negara bahagian, di antaranya New York, North Carolina, dan California.
Aksi tahunan kali keempat kalinya ini untuk menuntut agar diizinkan mempamerkan payudara sama seperti lelaki.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Baginilah akan jadi, kalau sesuatu agama itu tidak mengambil dan meletakkan agama sebgai kayu dalam pemerintahan. (IH)
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
Gila Inernet,, Dulu Kepala Dipenggal, Kini Kepala Di Bawah.
Melakukan gantungan kelawar bermakna individu itu bergantung secara terbalik dan hanya bertahan sebelah kaki di pintu, besi, pagar, belebas tingkap atau apa saja. Mudah? Tidak juga. Aksi Planking menjadi tajuk utama akhbar selepas seorang individu maut setelah melakukan aksi itu di balkoni di Brisbane, Australia. Versi terbaru ini turut dikecam kerana ia lebih berbahaya.
Pencarian Batmanning di YouTube menunjukkan ia lebih banyak mendorong kepada kegagalan berbanding kejayaan. Memang wajar kerana ia memerlukan kekuatan kaki dan otot buku lali untuk dapat bergantung.
Dalam satu video, beberapa remaja perempuan mengangkat teman mereka dan membiarkan gadis itu tergantung di pintu almari pakaian. Mereka menonton aksi teman mereka sambil berjenaka dan kemudian...BOOM! Gadis itu jatuh dan kepalanya terhentak.
Sesetengahnya pula lebih bersedia. Terdapat satu video menunjukkan seorang pelaku Batmanning memakai topi keledar ketika bergayut pada pintu dengan kaki di atas dan kepala dibawah, olah-olah tahu dia akan jatuh. Di satu tahap helmetnya terjatuh dan dia meminta rakannya memakaikan kembali kerana dia sibuk melakukan Batmanning. Beberapa saat kemudian dia jatuh. Mujur dia memakai topi keledar. .
Sekumpulan pelajar Universiti Purdue menggelar diri mereka ‘Batman Boilers’ dan menegaskan mereka berjaya merakam video Batmanning yang pertama - berjaya dari segi kemahiran Batmanning dan memuat turunnya di Internet.
“Ketika kami cuba melakukan Batmanning dan berjaya melakukannya, kami dapati tiada siapa berjaya melakukannya sebelum ini,” kata seorang anggotanya, Chris Ganz. - Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa baik-buruknya ke atas masyarakat atau warga internet? Bolehkah diperbetulkan kecenderungan itu ke arah pembangunan insan? (IH)
Lihat sebelum ini..
JPN Pula Akui Kelemahan. Lesapkan Bukti..
KL, 9 Sept 11: Tiga nama yang didedah Dewan Pemuda PAS semalam yang memiliki Kad Pengenalan Hijau (penduduk sementara) dan didaftar sebagai pemilih, hari ini didakwa "lesap" dalam sistem semakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Maklumat ketiga-tiga mereka seperta dalam semakan web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah seperti berikut:
Kad Pengenalan: 880306115096
Nama: NUMI BINTI SYUKRI
Lokaliti: KG BUKIT PAYUNG
Daerah Mengundi: MUKIM TENANG
DUN: HULU BESUT
Parlimen: BESUT
Negeri: TERENGGANU
Kad Pengenalan: 820315126446
Nama: HASMIDAH BINTI SURAHBIL
Lokaliti: TMN BAIDURI JAYA
Daerah Mengundi: BANDAR TEKNOLOGI KAJANG
DUN: SEMENYIH
Parlimen: HULU LANGAT
Negeri: SELANGOR
Kad Pengenalan: 840803125475
Nama: JAMALUDDIN BIN TAHIR
Lokaliti: TMN UNIVERSITI/TMN TROPIKA
Daerah Mengundi: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
DUN: BANGI
Parlimen: SERDANG
Negeri: SELANGOR
Ketiga-tiga individu itu sewaktu disemak pagi semalam mempunyai rekod permohonan JPN sebagai pemegang kad pengenalan hijau, namun hari ini statusnya tidak dapat dikenal pasti sama ada masih berstatus penduduk sementara atau sudah bertukar.
Ianya ekoran sistem semakan di JPN didapati bertukar-tukar status bermula dari kad pengenalan hijau semalam, tiada dalam rekod pada awal pagi tadi, kemudian betukar kepada ungu (tidak diketahui statusnya) sehingga terbaru langsung tidak dapat disemak kerana portal semakan tersebut didakwa sedang diselenggara.
Persoal sistem JPN
Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat ketika dihubungi mempersoal sistem semakan online JPN yang dilihat lemah dan tidak stabil. Sedangkan katanya, sistem itu antara paling penting kerana berkait dengan keselamatan negara.
"Apa JPN ni, kita nak tahu apa standard operating procedure (SOP) dia.
"Kejap hijau, lepas tu ungu yang tak tahu apa statusnya itu, lepastu lesap. Apa yang JPN buat sebenarnya," katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Johor.
Pada sidang media semalam, Dewan Pemuda PAS mendedahkan meklumat terdapat penduduk sementara pula didaftar sebagai pengundi. Sebelum ini mereka juga pernah mendedahkan penduduk tetap didaftar sebagai pengundi namun bertukar menjadi warganegara dalam masa beberapa jam selepas didedahkan.
Beberapa buktu kepincangan lain juga didedahkan termasuk kes Mismah yang boleh bertukar status kewarganegara dalam tempoh satu jam setengah, Kg Baru menjadi pengundi, kes nombor kad pengenalan lama dimiliki oleh dua individu, pengundian berganda, undi pos dan beberapa kes lain. Perkara sama turut dipersoal timbalannya, Adram Musa yang mahu JPN segera menjelaskan kepada rakyat apa sebenarnya yang sedang berlaku.
Katanya, dalam keadaan negara akan berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 yang makin hampir, JPN selaku agensi pengesahan data terpenting pula dilihat bermasalah.
JPN akui kelemahan
Sementara itu, JPN hari ini mengakui bahawa kegagalannya mengemaskini pengkalan data menyebabkan satu lagi kes orang bukan warganegara disenaraikan sebagai pengundi. Seorang jurucakap JPN, Jainisah Mohd Noor dipetik Malaysiakini sebagai berkata, pengundi yang memegang kad pengenalan sementara (kad pengenalan hijau) itu sebenarnya merupakan seorang warganegara.
Pegawai berkenaan berkata, semakan yang dijalankan JPN menunjukkan bahawa pengundi berkenaan, Yusnati Haris, 27, telah diberikan status kewarganegaraan pada 2008. Tambahnya, Yusnati masih disenaraikan sebagai pemegang kad pengenalan hijau kerana pengkalan data yang boleh diakses oleh masyarakat umum itu tidak dikemaskini.
Masalah seperti ini mula dikesan dalam kes melibatkan seorang pengundi yang meraih kontroversi apabila dikesan dalam data JPN sebagai seorang penduduk tetap tetapi disenaraikan sebagai pengundi dalam rekod pengundi SPR. (IH)
Teruknya K/BN, Milik Gambar Bogel Dihukum Penjara..
Juruwang miliki gambar bogel dihukum penjara
Majistret Abdullah Siddiq Mohd. Nasir menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhamad Sukri Kassim, 20, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan tersebut. Bagi kesalahan memiliki video dan gambar bogel, lelaki itu dihukum penjara 11 bulan dan denda RM1,500 manakala kesalahan melakukan ugutan untuk menyiarkan gambar tersebut, dia dikenakan hukuman penjara lapan bulan dan denda RM1,000.
Abdullah memerintahkan kedua-dua hukuman penjara berjalan serentak dan sekiranya tertuduh gagal membayar keseluruhan denda, dia akan dihukum penjara selama 12 bulan lagi. Muhamad Sukri yang berada dalam kandang tertuduh hanya mampu menundukkan kepalanya ketika mendengar hukuman itu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang menetap di Shah Alam didakwa mengugut untuk menyiarkan gambar mangsa berusia 21 tahun itu sekiranya wanita itu tidak mengikut arahannya. Kesalahan itu didakwa dilakukan di kawasan rumah mangsa di Keramat, di sini pada pukul 2.30 petang, 15 Jun lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyimpan gambar dan video lucah di dalam telefon bimbit jenis Sony Ericsson miliknya, di Blok 30, Bangunan Flat PKNS, Jalan Plumbum 7/97, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor di sini pada pukul 4.30 petang, keesokan harinya.
Dia didakwa mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya. Gambar bogel itu dipercayai dihantar oleh mangsa menerusi telefon bimbitnya kepada telefon bimbit tertuduh. Terdahulu, Muhamad Sukri yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan hukuman ringan kerana ibu dan bapanya menghidap penyakit serius termasuk sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
"Saya sudah insaf Yang Arif, saya memohon diberikan peluang," katanya. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Rozana Hussin memohon tertuduh dikenakan hukuman berat kerana perbuatannya adalah jenayah serius yang membabitkan kehormatan wanita.
Katanya, sekiranya gambar-gambar itu berjaya disebarkan di Internet ia akan mendedahkan keaiban wanita itu kepada masyarakat. -Sumber Utusan Online
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagi kesalahan memiliki video dan gambar bogel, lelaki itu dihukum penjara 11 bulan dan denda RM1,500. Itu kepada seorang juruwang di kalangan rakyat. Tetapi kalau kepada bekas pemimpim-pemimpin UMNO yang mendedahkan filem bogel, bahkan mencipta skandal kepada orang tertentu (Ketua Pembangkang), mereka bebas dari dipenjara. Bahkan mereka diagung-agungkan oleh penjilat-penjilat BN.
Begituah teruk dan hinanya kerajaan pimpinan BN.
Masalah Alog Terus Parah,, BN Gagal Selesaikan.
Mangsa hanya dikenali sebagai Rokiah, 50, berkata, along dan konconya ada pergi ke premis perniagaannya minggu lalu dan menggugut meminta wang sebanyak RM70,000. Katanya, along berkenaan mahu wang pinjaman itu dilunaskan segera sekiranya mereka mahu selamat.
“Selepas itu, konconya datang lagi ke kedai saya meminta wang sebanyak RM35,000 tetapi ia masih tidak mampu dilunaskan oleh saya kerana jumlahnya terlalu besar.
“Kelmarin, mereka datang lagi meminta wang RM25,000 tetapi saya tiada wang sebanyak itu. Mereka turut mengugut kami sekeluarga hingga kami takut untuk keluar rumah,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, kejadian itu amat menakutkannya sekeluarga kerana konco along terbabit kerap datang meminta wang padahal jumlah pinjaman anaknya tidak seberapa tetapi kadar bunga dikenakan amat tinggi dan berlipat kali ganda.
Katanya, anaknya membuat pinjaman dengan along berkenaan April lalu kerana suaminya sakit. Pinjaman itu terpaksa dilakukan bagi membiayai bil hospital.
“Saya tidak menyangka perkara ini menjadi semakin rumit apabila kami sekeluarga pula diburu along terbabit yang menuntut hutang mereka dengan jumlah yang banyak.
“Pada awal pinjaman, anak saya ada membayar sebanyak RM50 sehari bagi tempoh dua minggu dan berhenti apabila kesempitan wang,” katanya yang tidak tahan dengan gangguan along menyebabkan dia sekeluarga nekad membuat laporan di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebelum membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Komen Weblog Ibnu Hasyim:
Satu: Sistem pinjaman along perlu diperbaiki semula, supaya inya tidak bertambah parah dan menjerut ketenteraman rakyat. Sudah 54 tahun merdeka, Perikatan atau Barisan Nasional (BH) masih tidak mampu menyelesaikan mesalah kebajikan rakyat Kalau masih tak mampu juga, berhentilah jadi peneraju negara ini..
Dua: Perlu dicari suatu sistem penyelesain baru, dengan menolak sistem ekonomi dan perundangan kapitalis, cari penyelesaian Islam. Kan ramai tenaga cerdik pandai Islam seluruh dunia, dan ulamak-uamak dibayar gaji dengan wang rakyat Malaysia, yang ditugaskan melaksanakan fomula penyelesaian Islam?
Tiga: Cuba lihat dalam Islam, bagaimana sistem pinjaman yang tidak menindas, bagaimana orang yang 'tenggelam dalam hutang' dibela oleh Islam, Bagaiman golongan 'fakir, miskin dibela, dari segi pembelanjaran, kesihatan, dan keadilan sosial lain menurut penyelesain Islam. Jangan dibaiarkan mereka yang terus murtad hanya kerana sedikit makanan.
Empat; Bagaimana institusi zakat dan tabung haji perlu di'telus'kan Kerana ianya bukan badan bisness seperti zakat, bukan dihabisi dengan membeli bangunan kegunaan dan gaji mewah pekerja-pekerjanya semata-mata. Begitu juga penyelewengan salahguna kuasa dan wang tabung haji.
Contohnya, bagaimana orang yang pergi haji dengan 'pakej mewah', boleh terus pergi meninggalkan giliran orang yang menabung berpuluh-puluh tahun terpaksa menungu walaupun wangnya sudah mencukupi. Bagaimana dikatakan ratusan pekerja-pekerja Tabung Haji pergi bepoya-poya dan 'shopping' ke negara China dengan wang Tabung Haji. Dan banyak lagi...
Lima: Di situlah perlunya Negara Kebajikan, apalagi yang berasaskan prinsip, peraturan dan perundangan Islam. Masalah 'along', tentu bisa di'gulung', beres! Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) takkan boleh buat apa-apa, selagi pengampu-pengampu BN yang menerajuinya. IIH)
Tak pakai Seluar Dalam Pun Salah?
Ini lain dilarang pakai seluar dalam, pula...
SAO PAULO: Ratu Colombia semalam diberi amaran kerana tidak memakai seluar dalam ketika keluar bersama peserta Ratu Universe lain.
Ratu Colombia berusia 22 tahun itu, Catalina Robayo dikatakan keluar ke majlis rasmi dengan memakai skirt pendek tetapi tidak memakai seluar dalam.
Sumber pertandingan ratu cantik itu memberitahu, “Kami terpaksa memberi amaran kepada Ratu Colombia kerana perbuatannya itu tidak sopan.
“Orang ramai merasa tidak selesa dengan perbuatannya itu, apatah lagi keluar gambarnya yang tidak berseluar dalam di dalam beberapa media.” Presiden Pertubuhan Ratu Cantik, Paula Shugart juga dilapor pening kepala dengan tingkah laku Ratu Colombia itu.
“Sudahlah ada beberapa peserta yang memakai skirt terlalu pendek, tapi apabila saya melihat gambar dia tidak berseluar dalamu, saya benar-benar terperanjat. “Penyelia kami telah memberitahu semua peserta supaya memakai pakaian yang sesuai dan salah seorang pegawai perhubungan awam kami sudah memberitahun Catalina mengenai perkara itu. Tetapi, dia menjawab dia dia memakainya.
Perbuatannya menyebabkan keadaan tidak selesa sejak beberapa hari,” katanya. — Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerana itulah Islam mengharamkan pakaian tidak menutup aurat atau pakaian menjolok mata dan perasaan. Islam agama paling sesuai dengan tabi'i manusia.Begini tak apa pula...
GUANGZHOU - Seorang perempuan muda menghebohkan jalanan di Guangzhou, China Selatan. Perempuan tersebut berjalan kaki dengan tanpa pakaian sehelai pun. Perempuan yang berumur 20an tersebut ditangkap kamera CCTV sedang berjalan kaki di keramaian trotoar di persisiran jalan Provinsi Ghuang Zhou.
Perempuan tersebut tidak berhenti melangkahkan kakinya hingga dia memasuki sebuah rumah sakit bernama Zhongshan. Di sana seorang jururawat memberikannya pakaian. Hingga berita ini dipetik dari Orange, Isnin (27/6/2011), Pihak polis masih mengidentifikasi perempuan tersebut..
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
Lagi Sendikit BN, SPR & JPN Didedahkan PAS
KL, 8 Sept 11: Lagi Sendikit BN, SPR & JPN didedahkan oleh PAS. Ribuan warganegara asing dengan 5,006 orang daripadanya dikenalpasti warganegara Myanmar telah disenaraikan sebagai pengundi oleh SPR untuk mengundi di Terengganu dalam PRU Ke-13 nanti.
Daripada angka itu, seramai 2,272 orang akan mengundi dalam Parlimen Kemaman, manakala 1,979 orang akan mengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kijal yang diwakili Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bagi pihak BN.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut (gambar) menjelaskan, data tersebut telah dikesan oleh pihaknya sepanjang tahun ini dan ia membuktikan betapa kotornya permainan politik para pemimpin Umno BN. Menurut beliau, dengan angka tersebut, Parlimen Kemaman dan Dun Kijal sudah boleh dimenangi oleh BN dengan mudah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti dengan hanya menjadikan warga Myanmar sahaja sebagai pengundi.
Katanya, dengan itu, kemenangan yang diperolehi oleh BN dalam PRU itu khususnya bagi kerusi Parlimen Kemaman dan Dun Kijal adalah kerana warganegara asing dari Myanmar.
"Sebenarnya PAS Terengganu juga telah dapat mengesan kemenangan BN bagi Parlimen Kemaman dan Ahmad Said di Dun Kijal dalam PRU Ke-13 pada tahun 2008 lalu adalah juga kerana pengundi warganegara Myanmar.
"Proses untuk membolehkan warganegara Myanmar itu menjadi pengundi dilakukan di Langkawi, tetapi mereka mengundi di Terengganu. Kini cara yang sama juga turut dilakukan oleh Umno BN bagi menghadapi PRU Ke-13 nanti," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.
Selain warganegara Myanmar, menurut beliau,Umno BN turut menjadikan warganegara lain bagi mengundi di pihak mereka di Terengganu dalam PRU Ke-13 nanti. Katanya, jumlah warganegara asing yang akan dijadikan pengundi di Terengganu dalam PRU Ke-13 nanti cukup besar sehingga ribuan orang.
"Pengalaman kami di Terengganu dalam berhadapan dengan pengundi-pengundi hantu, pada tahun 2004 kenaikan pengundi sebanyak 17 peratus iaitu hampir 170,000 pengundi baru dari Pahang dan Selangor.
"Pihak PAS telah pun membuat bantahan mengenai kemasukan pengundi-pengundi hantu itu kepada SPR dalam PRU tahun 2004 lalu tapi tidak dipedulikan oleh SPR," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu.
Kini, tindakan tidak bertanggungjawab itu, tegasnya, semakin menjadi-jadi yang membabitkan sindiket pakatan SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sehingga turut diajadikan penduduk sementara pula sebagai pengundi hantu atau pengundi bertindih. Katanya, 44 kes pengundi bertindih telah dilaporkan oleh beliau kepada SPR baru-baru ini yang melibatkan pengundi yang mempunyai dua kad pengenalan berwarna hijau pula yang sama tetapi berbeza angka bagi dua digit terakhir.
"Laporan kami mengenai seorang pengundi mempunyai dua kad pengenalan itu diterima dan turut diakui oleh SPR dan SPR berjanji akan mengatasi masalah seorang pengundi mempunyai dua kad pengenalan," katanya.
Bagaimanapun, janji SPR itu seperti mempunyai muslihat tertentu kerana perkara asas yang ditekankan oleh PAS bukan seorang pengundi mempunyai dua kad pengenalan, tetapi salah satu kad pengenalan tersebut berbeza dua digit terakhirnya dengan kad pengenalan individu terbabit yang satu lagi.
"Permainan politik kotor BN dengan sindiket SPR dan JPN itu tidak akan dibiarkan oleh PAS. PAS tetap akan terus membuat bantahan dari semasa ke semasa bagi menyelesaikan masalah ini," tegas belia.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukan sahaja Nabi Musa AS yang dikejar Fir'aun itu susah, bahkan Firaun yang mengejar dan ingin membunuh Nabi Musa SAW itu lebih bersusah payah lagi. Jadi bukan hanya 'membuat bantahan dari semasa ke semasa. sahaja. (IH)
Wednesday, September 07, 2011
JAIS Benteng Terakhir UMNO S'ngor -Khalid Samad
SHAH ALAM, 7 Sept: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) menyifatkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu memberi bukti jelas bahwa badan itu merupakan kubu ataupun benteng terakhir Umno dalam usaha menyekat pergerakan PAS.
Ini kerana, Jais mahu menyekat PAS dari mendekati rakyat terutamanya program keagamaan yang diadakan di masjid mahupun surau.
Khalid yang didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor semalam berkata demikian ketika mengulas tindakan Jais ke atas beliau itu.
“Saya melihat apa yang jua yang dilakukan oleh Jais ini hanyalah bermotifkan politik dan pendirian saya jelas bahawa Jais merupakan kubu Umno serta merupakan benteng terakhir mereka untuk menyekat segala pergerakkan yang dilakukan oleh PAS.
"Enakmen yang diguna pakai oleh mereka adalah yang digubal semasa pemerintahan mereka dan dengan cara ini sahajalah mereka dapat membuat apa yang mereka suka lebih-lebih lagi apabila sudah hampir dengan pilihanraya,” jelasnya.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya di Kuala Terengganu mendakwa Umno terlibat di belakang operasi memeriksa yang dibuat Jais ke atas gereja methodist Damansara Utama.
Ekoran itu, Umno Selangor mahu menyaman beliau dan Mustafa menjawab beliau akan memberikan buktinya dalam mahkamah nanti.
Dalam pada itu, Khalid tidak menolak Jais bukan sahaja menyekat pergerakan PAS tetapi juga ingin menimbulkan masalah kepada Pakatan Rakyat.
“Jelas kerana semuanya bermotifkan politik dan Umno berada dalam ketakutan, mereka bukan sahaja ingin menghalang PAS tetapi juga ingin menimbulkan masalah kepada Pakatan Rakyat.
“Sepatutnya Intitusi ini bertujuan menyebarkan pengetahuan tentang Islam tetapi sekarang semuanya telah berubah mereka pula yang menghalang.
“Selama tiga tahun kita telah cuba mencorak Jais dengan pendirian Islam memerintah bukannya diperintah tetapi Jais tetap berkeras dengan pendirian lama mereka yang mahukan pentauliahan jika ingin menyampaikan tazkirah kecuali di rumah sahaja,” katanya lagi.
Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
“Saya akan terus lawan untuk menegakkan Islam walaupun terpaksa hilang keistimewaan sebagai Ahli Parlimen jika disabitkan dengan kesalahan tersebut.
“Kalau Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sanggup kehilangan segala-galanya dalam mencari keadilan kepada gadis Melayu sebelum ini kenapa kita ingin takut untuk menegakkan Islam.
“Dari sudut undang-undang saya akan beri kerjasama sepenuhnya dan akan bersuara jika tindakan tersebut bertentangan dengan apa yang Islam inginkan,” sambungnya lagi.
Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadan pada 16 Ogos lalu di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang. (IH/Harakah)
K'jaan Perlu Bersihkan Nama Mat Indera -Keluarga
KL, 7 Sept 11: Keluarga Ahmad Indera, individu yang dikaitkan dengan tragedi Bukit Kepong enam dekad lalu, hari ini menuntut agar kerajaan membersihkan namanya - tidak lagi dilabel sebagai pengkhianat negara, sebaliknya orang yang turut memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan.
Adiknya, Baharom Shah berkata, Mat Indera adalah individu yang komited terhadap agama dan tegas terhadap pendiriannya untuk membebaskan negara daripada penjajahan.
“Maka, saya yakin beliau seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar.
“Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Sejarah kemerdekaan negara perlu dikaji semula,” kata bekas jurutera elektrik dan jentera kor perkhidmatan Tentera Darat pada sidang media hari ini.
Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PAS di sini, katanya, “saya bagi pihak keluarga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membersihkan maruah dan nama baik keluarga saya.”
Sidang media turut dihadiri oleh Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat dan Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil. Isu Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong menjadi kontroversi selepas disentuh oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada satu ceramah bulan lalu. Beliau mengatakan bahawa peranannya dilupakan dan dilabel sebagai pengkhianat negara.
Baharom yang berusia enam tahun ketika tragedi Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh keluarga mereka, Mat Indera datang lewat ke lokasi kejadian semasa kejadian dan bukannya terlibat dalam serangan sejak awal lagi.
Katanya, Mat Indera datang ke lokasi kejadian bukan untuk bertempur, sebaliknya “datang untuk menyelamatkan mangsa yang terlibat.”
“Antara yang diselamatkan daripada dibunuh adalah Yusof Rono, anggota polis dan Jamilah Abu Bakar, anak anggota Marin di Bukit Kepong. Saya difahamkan terdapat ramai lagi mangsa yang diselamatkan oleh Mat Indera,” katanya.
Ketika ditanya berapa ramai diselamatkan, “yang diselamatkan itulah yang diselamatkan... ramai.”
Baharom berkata, Yusof sendiri ada mengaku kepadanya yang Allahyarham telah diselamatkan oleh Mat Indera.
“Saya sendiri jumpa dia di rumahnya di Bukit Kepong kira-kira 10 tahun lalu sebelum Yusof meninggal dunia... dia ada memberitahu saya diselamatkan oleh Mat Indera,” kata Baharom yang bekerja sebagai anggota perkhidmatan tentera selama 10 tahun dan mengadakan bengkel sendiri selepas bersara pada 1980-an.
Baharom menambah, abangnya sangat komited dengan agama dan mengajar agama sama ada di dalam hutan atau di luar hutan semasa terlibat dalam gerakan kemerdekaan negara.
“Beliau sering mengadakan perjumpaan dalam keluarga dan mendidik keluarga untuk komited dengan ajaran agama Islam.
“Beliau selalu menafikan, beliau bukan seorang yang berfahaman komunis. Beliau berjuang untuk membebaskan negara daripada penjajahan British,” katanya lagi.
Kata Baharom, “sekarang negara sudah merdeka, kalau bukan kita yang membersihkan nama Mat Indera, siapa lagi yang boleh membersihkan nama beliau.”
“Saya berharap pihak kerajaan atau mana-mana pihak berkaitan akan mengambil usaha segera... lakukan sekarang, isytihar beliau bukan pengkhianat,” katanya ketika ditanya siapa yang wajar dan dalam berapa lama isu ini perlu diselesaikan.
“Kita sudah merdeka lebih 50 tahun, saya berharap kerajaan akan melakukan dengan segera,” kata beliau yang turut berpegang pada buku terbitan kerajaan negeri Johor yang berjudul “Pengukir Nama Johor”.
Dalam bab mengenai Mat Indera, penulisnya berkata, “pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.”
Mat Indera merupakan salah satu daripada 12 adik-beradik, dengan dua ibu. Mat Indera merupakan anak kedua ibu pertama manakala Baharom merupakan anak ketiga sebelah ibu kedua. Baharom berkata, beliau pernah menulis dua tiga artikel mengenai keperluan membersihkan nama abangnya di Utusan Malaysia pada 1978 atau 1979.
“Jadi ini harapan keluarga saya sekarang,” katanya dan menegaskan, pihaknya berpegang pada pendirian itu kerana “pegangan agamanya (Mat Indera) kuat dan seorang yang tegas dan tegar melawan British.”
“Saya serah kepada siapa yang hendak buat kajian, bersihkan nama dia,” tambah beliau.
Suhaizan juga berkata Mat Indera bukan seorang yang berideologikan komunis.
“Kalau dia seorang berideologikan komunis, sudah pasti dia tidak beragama,” katanya sambil menambah, “kemungkinan Mat Indera mempergunakan PKM untuk kemerdekaan negara.”
“Tetapi pada pandangan kami, dia tidak berideologikan komunis, dia hanya ahli PKMM dan API (Angkatan Pemuda Insaf),” katanya.
Mengenai laporan media bahawa Jamilah menafikan keluarganya diselamatkan oleh Mat Indera, Suhaizan berkata, “apa yang saya kata (dipetik Sinar Harian) adalah Mat Indera menyelamatkan Jamilah, bukannya menyelamatkan keluarga Jamilah.”
Jamilah dipetik berkata jika Mat Indera menghalang pihak komunis membunuh keluarganya ketika itu pasti ibu dan adik lelakinya tidak akan terkorban dalam serangan tersebut.
Kata Suhaizan, Naib Yang Dipertua PAS Pulai Zaba Ibrahim telah bertemu dengan Jamilah pada Ahad lalu, dan turut mengakui bahawa Mat Indera yang menyelamatkannya. Ibu Jamilah dan adik lelakinya merupakan antara yang turut terbunuh dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950.
Suhaizan juga berkata pihaknya akan menubuhkan sebuah sekretariat untuk mengkumpulkan maklumat dan bahan yang berkaitan. “Dengan sekretariat itu, mana-mana keluarga yang hendak menuntut ganti rugi daripada British atas kecuaiannya sehingga ramai kakitangan polis dan anggota keluarga mereka terbunuh, akan dibantu dan diuruskan,” katanya. (IH/The Malaysian Insider)
Lihat sebelum ini..
- Rosly Dhoby Pembunuh Gabenor British Pengkhianat?
- Bahkan, Mat Indera Hampir Berkahwin Dg Kakak TPM
- Sejarah Merdeka Telah Di'UMNO'kan -Tuan Ibrahim
- Saya Tidak Katapun Mat Indera Itu Komunis -M/Sabu
- Mat Indera, Guru Agama Bertauliah Seorang Komunis?
- Mat Indera Seorang Mujahidin, Wanted: $75,000.00
- Merdeka: Muhammad Indera Sebagai Hero? -M/Sabu
- Debat Siapa Pejuang, Beranikah UMNO? -N/Aziz
- Lihat Teks Penuh Ucapan Mat Sabu, Utusan Pandai..
- Sokong Merdeka, Sanggup Serah Barang Kemas..
- UMNO Pertahan Serangan Kpd British Di B/Kepong
Da'i Filipina Mantan Pemuka Kristian Diundang Ke Oman
Omar Penalber, mantan pemuka agama Kristain yang memeluk Islam 22 tahun silam di Arab Saudi itu, akan menyampaikan ceramahnya pada hari Rabu hingga Jumaat, 7 hingga 9 Sept setiap pukul 8.30 malam.
Mantan anggota aktif organisasi Katolik dunia Knight of Columbus itu tertarik untuk masuk setelah mempelajari kisah hidup Nabi Muhammad SAW. Pendiri Islamic Studies Call and Guidance of the Philippines (ISCAG) itu pekerjaannya sekarang adalah mengajak orang untuk mengikuti jalan Islam yang lurus. Penalber secara rutin memberikan ceramah tentang bagaimana Islam menyelesaikan masalah-masalah kemanusiaan.
Ia datang ke Oman atas undangan Diwan Istana Kerajaan. Di Oman Penalber akan menyampaikan ceramahnya dalam bahasa nasional Filipina, Tagalog. Topik ceramahnya iaitu, 'Pesan ini untukmu', 'Memahami Islam dan Muslim', serta 'Bagaimana mencapai sukses dan kedamaian yang sejati'.
Omar Penalber mendapatkan sambutan meriah atas ceramah inspiratifnya di Dubai tentang 'Agama dan Keamanan'. Di mana 76 orang peserta non-Muslim yang mengikuti ceramahnya itu mengucapkan dua kalimat syahadat setelah mendengar penjelasannya tentang Islam.
Eksekutif senior dari Shaikh Obaid House, Lewis Phillp Bullock mengatakan, tahun lalu sebanyak 125 orang Filipina masuk Islam setelah mendengarkan penjelasan Omar Penalber tentang agama Allah itu. (IH/Hidayatulallah)
Lihat sebelum ini...
Singapura Sedia Berperang Dg Malaysia?
"Sangat berani dan yakin LKY ni hingga sanggup berkata begitu! Atas dasar apa LKY berani dan yakin?" Tanya penulis itu.
Beliau memberikan fakta perbandingan Tentera Udara Singapura dan Tenteru Udra Malaysia seperti berikut:
Tentera Udara Singapura..
Changi Air Base (West)
- 112 Sqn 4 KC-135R (Aerial refuelling)
- 121 Sqn 4 Fokker 50 (Transport), 5 Fokker 50 ME2 (Maritime patrol)
- 145 Sqn 20 F-16D Blk 52+ (Strike)
- 122 Sqn 6 C-130H (Transport), 4 KC-130B (Transport/Aerial refuelling)
- 141 Sqn 6 F-5S (Interceptor), 1 F-5T (Training/Interceptor) - Disbanded since Nov 2005 with aircraft being reassigned to 144 and 149 Sqn.
- 144 Sqn 15 F-5S (Interceptor), 7 F-5T (Training/Interceptor)
- 149 Sqn 15 F-5S (Interceptor), 1 F-5T (Training/Interceptor); currently transitioning to the F-15SG (Strike), received 5 F-15SG to date.[23]
- 120 Sqn 20 AH-64D Longbow Apache (Attack)
- 123 Sqn 6 S-70B Seahawks (ASW)
- 124 Sqn 4 EC120 Colibri (Training)
- 125 Sqn 22 AS332M Super Puma (Transport/SAR)
- 126 Sqn 12 AS332M1 Cougar (Transport/SAR)
- 127 Sqn 10 CH-47SD (Heavylift)
- 111 Sqn 4 E-2C Hawkeye (AEW & C); currently transitioning to G550 CAEWs
- 140 Sqn 7 F-16C (Interceptor), 5 F-16D Blk 52 (Strike)
- 142 Sqn 18 T/A-4SU Super Skyhawks (Fighter-bomber) - disbanded in 2004.
- 143 Sqn 2 F-16C (Interceptor), 10 F-16D Blk 52 (Strike)
- RSAF Black Knights - RSAF's aerobatic team.
- 3rd DA RBS 70 SAM, IGLA SAM, Giraffe Radar
- 6th DA RBS 70 SAM, IGLA SAM, Giraffe Radar
- 9th DA RBS 70 SAM, IGLA SAM, Giraffe Radar
- 18th DA Mistral SAM
- 160 Sqn Oerlikon 35 mm AA Guns (Airfield defence)
- 163 Sqn I-HAWK SAM (Medium altitude air defence)
- 165 Sqn Rapier Blindfire SAM (Low altitude air defence)
- 201 Sqn FPS 117 Radar (Fighter control, SAM control, Surveillance, ASP)
- 203 Sqn LORADS Radar (RASP, SAR, "listening watch" for distress signals)
- 116 Sqn Hermes 450 (Reconnaissance)
- 128 Sqn 40 IAI Searcher (Reconnaissance)
1st Division
- 2 Squadron - Fokker F-28 Fellowship, Falcon 900, Global Express, Boeing BBJ (737-700), Subang AFB
- 3 Squadron - S-61A4A Nuri, Butterworth AFB
- 6 Squadron - BAE Hawk 108/Hawk 208, Kuantan AFB
- 10 Squadron - S-61A4A Nuri, Kuala Lumpur AFB
- 11 Squadron - Su-30MKM Flanker, Gong Kedak AFB
- 12 Squadron - Northrop F-5E/F, RF-5E, Butterworth AFB
- 15 Squadron - BAE Hawk 108/208, Aermacchi MB-339AM, Butterworth AFB
- 16 Squadron - Beech 200T, Subang AFB
- 18 Squadron - Boeing F/A-18D Hornet, Butterworth AFB
- 19 Squadron - MiG 29N/UB, Kuantan AFB
- 20 Squadron - Lockheed C-130H Hercules, C-130T Subang AFB
- 21 Squadron - CN-235-200M, Subang AFB
- 5 Squadron - S-61A4A, Nuri Labuan AFB
- 7 Squadron - S-61A4A, Nuri Kuching AFB
- 14 Squadron - Lockheed C-130H Hercules, Labuan AFB
- 1 FTC PC-7/PC-7 Mk II, Alor Setar AFB
- 2 FTC Alouette III Alor, Setar AFB
- 3 FTC MB-339AM/CM, Kuantan AFB
Ini cuma perbandingan Tentera Udara saja belum yang lain-lain. Mampukah Malaysia mempertahankan diri? (IH)
Lihat Sbelum ini...
Jangan Biarkan Isu BERSIH Ditenggelami Isu Mat Indera.
KL 7 Sept 11: Jangan biarkan isu BERSIH 2:0 ditenggelami isu Mat Sabu mengenai Mat Indera seorang komunis. Kata editor Weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim (gambar), sebentar tadi.
"Isu Mat Sabu atau Mohd Sabu Timbalan Presiden PAS itu adalah ciptaan UMNO menyerang PAKATAN, di saat BN terdesak diserang oleh kebangkitan rakyat melalui Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil 2.0 (BERSIH 2.0).
"Kita kena berbalik kepada tuntutan BERSIH 2:00 kerana ia menguntungkan pembangkang dalam PRU 13. Sedangkan isu mengaitkan PAS dengan Mat Indera dan komunis akan merugikan PAS, boleh menjauhkan PAS dengan orang Melayu. Menjauhkan kemenangan PAS untuk menawan kerusi-kerusi yang berpengundi Melayu tinggi.
"Mungkin sebab itulah DAP dan Karpal Singh berpendapat kena tarik balik kenyatan Mohamad Sabu mengenai 'Peristiwa Bukit Kepong' itu. Tugas utama PAKATAN kini ialah tumpuan kepada kawasan berpengundi Melayu yang tinggi. PAS terutamanya, adalah wajar memikul tugas tersebut."
Oleh itu Dr Hj Mohd Hasyim mengalu-alukan kenyataan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil 2.0 (BERSIH 2.0) hari ini mempertikaikan tindakan Kerajaan Pusat memberikan dana khas kepada Ahli Parimen Barisan Nasional (BN) dan menyifatkannya sebagai jenayah terhadap demokrasi.
Pendedahan tersebut dibuat oleh akhbar Sin Chew Daily baru-baru ini bahawa "kawasan putih" bagi BN akan menerima sehingga RM 2.5 juta, "kawasan kelabu " RM1 -2 juta manakala "kawasan hitam" tidak akan mendapat apa-apa. BERSIH 2.0 menekankan bahawa semua rakyat Malaysia, tanpa mengira fahaman politik atau latar belakang sosio-budaya, harus mempunyai akses yang adil kepada dana Parlimen.
Menurut BERSIH 2.0, menggunakan dana Parlimen sebagai alat pilihan raya untuk mendorong sokongan adalah perbuatan yang memalukan dan menyalahgunakan dana awam, ia merupakan penghinaan kepada sambutan Merdeka. Sebagai pengundi, mereka tidak perlu dipaksa untuk mengundi bagi pihak tertentu untuk menerima dana tersebut.BERSIH 2.0 turut menyeru Kerajaan Pusat dan semua kerajaan negeri dari kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), untuk menghormati demokrasi dan menghentikan amalan memberikan dana pembangunan kepada wakil-wakil parti mereka. BERSIH menyifatkan ia adalah amalan diskriminasi yang tinggi dengan mentaliti feudal dan 'kleptocratic'.
BERSIH 2.0 menegaskan keperluan undang-undang untuk melarang dan dianggap jenayah semua salah laku yang mengaburkan sempadan di antara parti dan kerajaan atau penyalahgunaan sumber-sumber negeri untuk tujuan kepartian.
"Kembalilah kita ke arah memperjuangkan tuntutan BERSIH 2.0. BERSIH 3.0, bila lagi?" Jelas Hj Mohd yang juga Presiden Grup Universiti Ulu Klang.
Lihat sebelum ini..
Rosly Dhoby Pembunuh Gabenor British Pengkhianat?
Beliau juga bertanya adakah mata-mata atau polis yang berjaya menangkap Rosli Dhoby boleh dianggap sebagai hero. Jelasnya, Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang kemerdekaan Sarawak daripada penjajah British.
“Beliau berketurunan Melanau. Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949,” jelasnya yang juga Yang Dipertua PAS Miri.
Beliau berkata, faktor yang menyebabkan Rosli terpaksa mengakui tuduhan tersebut adalah atas permintaan ibunya yang telah diugut akan ditembak.
“Fikir-fikirlah sendiri siapa yang kejam semasa zaman tersebut,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Beliau sekali lagi menegaskan bahawa apa yang dimaksudkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bukan menyokong perjuangan komunis tetapi membela nasib perjuang kemerdekaan yang di anggap sebagai pengganas atau pemberontak.
Justeru, katanya PAS Sarawak ingin memberi sedikit pandangan dan ulasan tentang sejarah sebelum kemerdekaan Malaya.
Menurutnya, sebelum tanggal 31 Ogos 1957 Malaya masih lagi dijajah oleh British jadi sesiapa saja yang bekerja dengan British semasa zaman tersebut mesti patuh dengan arahan penjajah British sama ada mereka suka atau tidak kerana mereka telah diberi amanah untuk menjalankan tugas dan patuh pada arahan pemerintah British pada zaman tersebut.
Jadi persoalannya sekarang, kata beliau adakah mereka yang mempertahankan kerajaan British pada zaman tersebut boleh dianggap sebagai hero mempertahankan tanah air atau mempertahankan kerajaan penjajah British.
Tambahnya, adakah mereka dapat imbuhan atau penghargaan setelah pemerintah British meninggalkan Malaya.
“Kita minta mereka yang pernah bertugas dengan pemerintah British dahulu fikir baik-baik mengapa mereka sanggup bermati-matian mempertahan pemerintahan penjajah British sehingga sanggup menangkap dan membunuh perjuang kemerdekaan selain komunis.
“Kita juga pernah mendengar kerajaan BN pernah mengampunkan pengganas komunis yang menyerah diri dan memberi beberapa keistimewaan sekiranya mereka meninggalkan perjuangan mereka,” katanya lagi.
Katanya, kemungkinan tidak mustahil ada di kalangan mereka dalam pemerintah sekarang walaupun mereka tidak mengangkat senjata tetapi ideologi mereka masih ada terpahat dalam hati mereka.
“Kita minta para pengkaji sejarah kena perbetulkan kesilapan sejarah yang telah diresapi oleh unsur-unsur penjajah di mana para perjuang kemerdekaan dianggap pengkhianat dan mereka yang bekerja dengan pemerintah penjajah pula dianggap sebagai hero,” ujarnya.
PAS juga, tambah beliau meminta para pengkaji sejarah menjalankan tugas mereka dengan jujur dan amanah agar rakyat tahu sejarah tanah air dengan sebenar dan tepat tanpa di pengaruhi oleh unsur-unsur politik perkauman dan sebagainya.
Beliau menegaskan, PAS sama sekali tidak pernah merestui perjuangan komunis dan minta agar pemimpin BN jangan memutarbelitkan kenyataan Mohamad Sabu kononnya PAS menyokong komunis. (IH)
Lihat sebelum ini..
- Bahkan, Mat Indera Hampir Berkahwin Dg Kakak TPM
- Sejarah Merdeka Telah Di'UMNO'kan -Tuan Ibrahim
- Saya Tidak Katapun Mat Indera Itu Komunis -M/Sabu
- Mat Indera, Guru Agama Bertauliah Seorang Komunis?
- Mat Indera Seorang Mujahidin, Wanted: $75,000.00
- Merdeka: Muhammad Indera Sebagai Hero? -M/Sabu
- Debat Siapa Pejuang, Beranikah UMNO? -N/Aziz
- Lihat Teks Penuh Ucapan Mat Sabu, Utusan Pandai..
- Sokong Merdeka, Sanggup Serah Barang Kemas..
- UMNO Pertahan Serangan Kpd British Di B/Kepong
Bas Ekspres Ditawan Oleh 4 Individu, 2 Bersenjata
Kejadian mencemaskan pukul 7.30 malam itu berlaku apabila penyerang terbabit dikatakan tidak berpuas hati dengan pemandu bas tersebut kerana didakwa enggan berhenti selepas melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), Perodua Alza kira-kira dua kilometer sebelum plaza tol tersebut.
Kejadian itu didakwa berlaku apabila bas tersebut merempuh belakang Perodua Alza terbabit hingga menyebabkannya terbabas ke dalam longkang. Ekoran itu, salah seorang daripada tiga penumpangnya cedera manakala kesemua penumpang bas terselamat.
Pemandu bas tersebut merupakan warga Thailand dan mereka dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Hatyai, Thailand. Rata-rata penumpang dari Singapura dan Hatyai.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Ahmad Termizi Abdul Haq berkata, pemandu bas berusia lingkungan 50-an tersebut kemudian meneruskan perjalanan sejauh 1.2 kilometer sebelum berhenti di lorong kecemasan yang lebih selamat dan tidak membahayakan pengguna lebuh raya.
Katanya, sebaik berhenti, sebuah kereta Proton Iswara yang dinaiki empat individu terbabit berhenti berhampiran bas lalu bertindak memecahkan cermin bas dengan membaling batu. (IH)
Kes Somalia: Syabas Wartawan The Star Yg Berani!
"RASANYA kalau sudah terlebih2 sangat Kerajaan BN cuba mencabar minda dan kewarasan rakyat, maka dgn sendirinya rasa tercabar akan timbul, lebih2 lagi bagi kaum wartawan.
Syabas diucapkan kpd wartawan2 tsb. yg berani menulis dari hati nurani sebenar berdasarkan realiti sedia ada, dan syabas juga diucapkan kpd The Star yg berani mencetak komentar2 mereka walaupun kolum2 tersebut hanya pada m.s. 27, 28, 29 dan 30.
Cuba baca komen wartawan2 The Star (6 Sept. 2011) :
Shahanaaz Habib, The Price of Getting the Truth (Harga untuk Mendapatkan Suatu Kebenaran),
Mergawati Zulfakar, Failure to Listen Cost a Life (Kengganan Mendengar Nasihat Menyebabkan Kehilangan 1 Nyawa)
Karim Raslan, Grabbing Graft by the Horns (Secara Terus Menentang Rasuah)
Md Ashan Ahmad, (Ikim Views) Right Education Can Stop Graft (Pengajaran yg Benar dapat menghapuskan Gejala Rasuah)
Antara lain, Shahanaaz menulis,
"Kematian jurukamera TV Bernama Noramaizul Mohd Nor membuatkan aku merasa sedih, marah, dan bersalah. Sedih kerana kehilangan seorang teman sejawat, anak kpd seorang ibu, seorang suami dan juga seorang bapa. Aku marah kpd African Union, atau pemberontak, atau siapa saja yg memuntahkan peluru tersebut, tetapi marahku lebih bertumpu kpd Kelab Putera 1Malaysia kerana membawa rombongan yg terlalu besar, 55 orang ke negara yg amat merbahaya, dgn latihan yg amat terhad tanpa peralatan keselamatan."
Mergawati Zulfakar pula menulis,
"Pasukan pemerhati awal telah mengesyorkan agar misi ini ditangguh, tetapi tidak diendahkan, dan hasilnya, satu famili, sahabat2 dan rakan2 sejawat meratapi kehilangan yg sia2."
Beliu menulis lagi,
"3 hari sebelum sukarela2 Putera 1Malaysia berangkat, sekumpulan peninjau 7 orang yg terdiri dari Pegawai2 Kerajaan, seorang pegawai atasan ATM, dan beberapa wakil media, sampai di Somalia. Tujuan mereka adalah untuk me recce keadaan keselamatan disana dan memastikan keselamatan para sukarelawan dalam misi nanti. Tujuan menghantar wakil2 media bersama kumpulan itu ialah supaya mereka dapat memberikan maklumat terbaik pd rakan2 sejawat yg akan bersama misi itu nanti.
Keputusan yg diambil dari recce tsb adalah misi itu merbahaya. Mereka memaklumkan Putrajaya keadaan tsb. dan mengesyorkan agar misi itu ditunda sehingga lepas Raya tetapi arahan yg mereka terima ialah mereka harus tinggal disana untuk menunggu kedatangan sukarelawan M'sia.
Lagi satu keputusan yg diambil oleh pasukan recce tsb ialah Dato Azeez hanya perlu menumpukan kpd satu tempat yg dipilih untuk mendirikan klinik, tetapi nasihat ini tidak diendahkan, dan dgn berpindah randah, risiko bencana untuk sukarelawn2 tsb bertambah.
Karim Raslan menulis tentang korupsi yg sedang berleluasa di negara2 Asia termasuk Malaysia,
"Korupsi adalah halangan terbesar kepd kematangan demokrasi di Asia. Pemimpin2 mesti menyedari bahawa kuasa tidak akan ujud tanpa tanggungjawab. Sekiranya pemimpin2 M'sia berfikir bahawa mereka lebih mengetahui dan mengjangkakan bahawa hanya mereka yg layak meneraju negara dari kemusnahan yg tidak dijangkakan, mereka sepatutnya bangun dari tidur, terutama dalam isu korupsi."
Md Ashan Ahmad pulak menulis,
"Korupsi adalah kemerosotan nilai integriti (keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar...), kemuliaan dan prinsip moral. Ia adalah berlawanan dgn fitrah iaitu suci dan haq.
Menurut Prof. Syed Naguib, pemimpin yg korup akan timbul didalam masyarakat yg korup. Mereka adalah pemimpin2 palsu yg tidak layak untuk memegang tanggungjawab yg diamanahkan kpd mereka.
Kita perlu memastikan yg Universiti2 kita tidak menjadi pusat pembiakan pemimpin2 yg korup, tanpa integriti intelek dan moral.
Professors yg tidak mampu menyemai integriti, bahkan keberadaan mereka hanya sebagai wakil ahli2 politik, tidak seharusnya dibiarkan mengajar di Universiti2 kita kerana mereka hanya akan menambahkan bilangan siswa2 yg penakut dan bermuka2." (IH)
Sebelum ini..
- Ada Maksut Tersirat Diseblik Misi Somalia -P/K'ta...
- Relawan Medis ACT Diculik Di Somalia
- Konvoi Pasukan Pengaman (AU), Tembak Tv M'sia?
- Jenazah Noramfaizul Tiba Di Pangkalan TUDM...
- Mogadishu: Rakyat M'sia Terkorban, UMNO Bangang
- Mogadishu: Kenapa Rakyat Malaysia Diserang?
- Takziah: Jurukamera M'sia Terbunuh Di Somalia
- 5 Doktor 1 Wartawan M'sia Ditembak Di Mogadishu
Buka Restoran Di Bulan..
JOM KREATIF
SEBELUM ini, Pizza Hut, pesaing utama Domino Pizza, berjaya menghantar pizza ke International Space Station (ISS) pada tahun 2001.
Untuk merealisasikan impian membuka cawangan restoran pizza di Bulan, Domino Pizza dengan bantuan oleh Maeda Corporation membina restoran pizza dengan bentuk kubah. Untuk mengurangkan kos, bahan akan di buat dari mineral yang ada di Bulan.
Pihak Domino Pizza merancang, pembangunan restoran pizza di Bulan itu akan menelan belanja lebih kurang $ 21.7 billion. Dari jumlah kos tersebut, di antaranya akan dihabiskan untuk 70 tan material dan peralatan pembuat pizza dengan 15 buah roket.
Restoran yang berbentuk kubah itu akan memiliki dua lantai dan berdiameter 26 meter. Bahagian basement akan dijadikan dapur untuk menyediakan pizza. Pekerjanya juga akan tinggal di dalam restoran kubah tersebut.
Tomohide Matsunaga, jurucakap Domino mengatakan kepada Daily Telegraph, Khamis 1 Sept 2011, “Kami telah memikirkan idea ini sejak tahun lalu, tetapi kami belum boleh memastikan bila restoran pizza ini akan dibuka.”
Mereka juga akan menyediakan perkhidmatan penghantaran pizza. Matsunaga juga mengatakan, rancangan pembuatan restoran pizza ini juga demi masa depan, di mana astronot dan orang awam boleh tinggal di Bulan.
Perancangan indah ini mungkin belum boleh menjadi realiti dalam waktu terdekat kerana penerbangan ke Bulan untuk orang awam dan kemungkinan manusia hidup di bulan dalam masa yang lama masih dalam peringkat kajian.
Anda boleh terus berfikir kreatif, sesuai dengan reaiti di tempat anda! (IH)
Lihat sebelum ini..