Saturday, September 17, 2011

16/9 Is Black Day For Sabah?

CELEBRATING Malaysia Day on 16th September would be meaningless, hollow and empty unless the special rights and autonomy of Sabah and Sarawak as agreed, promised and assured by the Founding Fathers of Malaysia are fulfilled said Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, the founder of the United Borneo Front (UBF).

The Founding Fathers of Malaysia from the Borneo States took great risks to agree and to be pushed and rushed into the merger with Malaya and Singapore to the extent of denying themselves (the Borneo States) the opportunity to attain political maturity first and to enjoy the freedom and practice of self-rule as what is now enjoyed by Brunei.

This is despite the fact that opinions and assessments from various quarters involved in the negotiations gave a clear and mature signal to the merger. For example, according to British documents released recently, Sir William Goode (last Governor of British North Borneo) and Waddle (British Representative in Singapore) insisted “that Borneo is not ready for self-government, which they fear would turn out to be an unequal partnership between the Borneo Horse and the Malayan Rider. They warned of dangers of shotgun marriage.”

“None of the territories (Sarawak, North Borneo and Brunei) would be ready for self-government earlier than 1970” and “All territories, Brunei, North Borneo and Sarawak were ‘unfitted’ to enter Malaysia on the basis of popular representation. Sel Kirk (British High Commissioner based in Singapore) gave Sarawak about 10 years, and North Borneo at least 20 years before a clear cut electoral opinion would be given on this subject.”

Lord Cobbold, Chairman of the Cobbold Commission, even warned that “It is necessary condition, from the outset, that Malaysia shall be regarded by all concerned as an association of partners combining in the common interest to create a new nation but retaining their own individualities.”

Even the United Nation (UN) Team sent to ascertain the feelings of the people of North Borneo and Sarawak also came back with an inconclusive report saying 2/3 are not convinced to the formation of Malaysia.

Tun Fuad Stephens (Donald Stephens) himself expressed his concerns in a letter to Tunku Abdul Rahman (before the formation of Malaysia) – “If we had been asked to join Malaysia at the time Malaya achieved independence and Britain made it possible for us, the story would have been a different one.

Now that ‘Merdeka’ has been Malaya’s for some years, and we are still struggling towards it, Malaya’s proposal that we join as the 12th, 13th and 14th states savors of imperialism, of a drive to turn us into Malayan colonies to join Malaya, while we are still colonies, the implication is to hand (ourselves) over to your control.”

The, to the Straits Times, Tun Fuad wrote: “We are against joining Malaysia as individual States, and want the Borneo territories to get together, so that when we talk with Malaya, it will be as equal partners and not as vassals, and if we join Malaya now, the people who will come and take most of the top jobs will be Malayan, the new expatriates...”

Doubts and concerns expressed by the Borneo leaders to the status of Sabah and Sarawak in the Federation were subsequently addressed by Tunku Abdul Rahman and his team when they agreed to take into consideration the 20-Points conditions.

Tunku Abdul Rahman assured that “The granting of self-government too would enable Sabah to stand on its own feet as equal with Malaya, Sarawak and Singapore” and “The important aspects of the Malaysia Ideal, as I see it, is that it will enable the Borneo territories to transform their present colonial status to ‘self-government’ for themselves and absolute independence in Malaysia simultaneously..” and “The days of imperialism are gone and it is not the intention of Malaya to perpetuate or revive them.

When the Borneo territories become part of Malaysia, they will cease to be colonies, they will be partners of equal status, no more or less than the other states.” (the ‘other states’ refer to the other States’ entities of Malaya, Singapore and Sarawak).

Thus what eventually convinced the Borneo States leaders to form Malaysia beside the question of security, were the assurances that the merger would be that of equal partnership of the signatory States (Malaya, Singapore, Sabah and Sarawak) to the Malaysia Agreement, the autonomy and special rights accorded to Sabah and Sarawak under the 20-Points, Inter-Governmental Committee (IGC) Report and the Malaysia Agreement itself.

“Have all these Agreement, promises and assurances been fulfilled? Is Sabah now secure and enjoying “absolute independence” in Malaysia? Are we now in control of our economic resources, our political franchise and our future?” asked Dr. Jeffrey.

If the answer is “NO” then what are we celebrating on the 16th of September? “We might as well regard 16th September as a ‘Sad Day’ to remember when we ended freedom and independence to be taken over and re-colonized by Malaya”.

Ironically, on 31st August 1963 (2 weeks before the formation of Malaysia), Sabah was granted independence from the British to which Sir William Goode declared – “Today is a historic day for Sabah. It marks the beginning of self-government and independence and the end of colonialism”.

If anything at all, let September 16th be an occasion to reflect and review our position in the Federation of Malaysia and find a solution to save a potentially fragile nation from breaking apart.

Our State political leaders should use this occasion to rise above partisan political interest, fighting for self-interest in the name of development to one committed to the larger interst of Sabah and Sarawak and for the future well-being of Sabahans and Sarawakians.

The time to do this is right and most appropriate as Sabah and Sarawak are not merely ‘fixed deposits’ States but they are actually the ‘Kingmakers’ the ‘Penentu’ as to who goes to Putrajaya and who will fulfill the promises of September 16th, 1963.

Dr. Jeffrey Kitingan further calls for all patriotic Sabahans to ‘CINTAI SABAH’.

By : BHF MEDIA (sabahkini)

Kem. Pelajaran Sabotaj Hari Malaysia.


MACHANG, 17 Sept 11: Konsep 1Malaysia yang dilaungkan Perdana Menteri kini dianggap semakin malap apabila diskriminasi agensi-agensi kerajaan pusat terhadap negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat semakin menjadi-jadi.

Terbaru terbukti semalam apabila sebanyak 20 kontinjen yang mewakili sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran difahamkan diarah menarik diri di saat-saat akhir bagi menyertai perbarisan sempena Hari Malaysia.

Sebelum ini akhbar Harakah mendedahkan Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussin Awang dilaporkan secara terang-terangan meminta guru-guru dan keluarga mengundi BN pada pilihan raya umum akan datang. Permintaan dibuat ketika beliau berucap pada majlis makan colek di Gua Musang dan beberapa tempat lain pada Ramadan lalu.

Anggota Exco kerajaan negeri, Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar) berkata, perbarisan sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia sepatutnya turut disertai kontijen dari sekolah di bawah Jabatan Pelajaran. Katanya, biar pun difahamkan 20 kontinjen dari sekolah terbabit menarik diri di saat-saat akhir, namun kemeriahan sambutan ulangtahun merdeka tetap terasa apabila 75 kontinjen lain mengambil bahagian.

”Sebelum ini beberapa program kerajaan negeri yang melibatkan portfolio penerangan disabotaj pihak tertentu dengan menyekat pelajar sekolah kementerian daripada turut serta.

“Perbuatan tersebut seolah-olah menggambarkan hari kemerdekaan hanya milik Umno, sedangkan majlis sambutan diadakan serentak di seluruh negara.

“Kami kesal terhadap tindakan tidak profesional tersebut kerana ia tidak mencerminkan semangat 1Malaysia seperti dilaungkan Perdana Menteri,” katanya di sini semalam.

Dr Fadzli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi berkata, sebagai rakyat yang cintakan tanah air, sepatutnya tidak ada pihak cuba menggagalkan program sambutan Hari Merdeka di Kelantan.

Oleh itu beliau berharap semua pihak perlu memerdekakan diri daripada kongkongan kefahaman politik sempit kerana ia tidak memberi faedah kepada masyarakat. Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob turut melahirkan rasa kesal terhadap tindakan pihak yang cuba menggagalkan sambutan ulangtahun kemerdekaan di sini.

”Mereka seperti tidak ada semangat kemerdekaan. Sedangkan sambutan ini dibuat dengan kerjasama erat kerajaan negeri dan pusat,” katanya. (IH)

Jam Tangan Untuk Orang Buta

PENGGUNA
Kini, untuk mengetahui waktu bukan lagi masalah bagi mereka yang cacat penglihatan

Info Ringkas:
  • Jam ini diberi nama OOSH, dicipta khusus untuk orang buta dengan menggunakan kaedah Braille untuk memberitahu informasi waktunya.
  • Ia mempunyai 64 lubang dimana kesemuanya adalah lubang yang dapat membentuk formasi angka braille yang membentuk angka-angka bagi menyampaikan waktu.
  • Selain itu jam ini turut dapat mengeluarkan bunyi alarm seperti jam-jam digital yang lain.
  • Ia direka oleh designer terkemuka Wing Li.

Serangan Melalui Buku Teks Terhadap Islam.



BERLIN - Buku teks sekolah menengah di Eropah didakwa memberi gambaran tidak tepat mengenai Islam dan penganut nya termasuk menggunakan tanggapan stereotaip yang mencetuskan pelbagai persoalan serta kecurigaan terhadap Islam, menurut kajian terbaru, kelmarin.

Pandangan terpesong dalam buku teks itu menggambarkan sikap perkauman, menurut Institut Georg Eckert di Jerman yang mengkaji 27 jilid buku teks digunakan dalam bilik darjah di Britain, Perancis, Austria, Sepanyol dan Jerman.

Laporan tersebut dibentangkan di Kementerian Luar Negeri Jerman di Berlin dan dianggap kajian pertama seumpamanya yang menyentuh isu itu di Eropah.

“Islam sering dilabelkan sebagai sistem peraturan ketinggalan zaman yang tidak berubah sejak zaman dahulu dan menunjukkan seolah-olah Islam dan dunia moden Eropah sentiasa berada di dalam konflik,” menurut pengarah projek institut tersebut, Krohnert-Othman.

Penyelidik menggesa pihak sekolah supaya menyampaikan maklumat tepat mengenai ajaran sebenar Islam yang sememangnya bersesuaian di sepanjang zaman.(IH)

Selamat M'sia, Bahasa Melayu Belum Merdeka?

Allahyarham Aminuddin Baki

PPSMI, Dr Mahthir (UMNO) mantan PM pengkhianat bahasa Melayu?

KL 17 SEPT 11: “Ancaman datang daripada golongan Melayu yang kurang percaya tentang kebolehan Bahasa Melayu sehingga timbulnya rasa tidak tahu membuat apa-apa bila Bahasa Inggeris cuba hendak diganti dengan Bahasa Melayu. Ini adalah keadaan yang biasa di kalangan bangsa yang dijajah, hasil penjajahan di alam fikiran dan kehidupan penduduk”.

Kata-kata ini diucapkan oleh Aminuddin Baki pada 1956 pada Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga, 16-21 September di Johor Bharu, Johor. Mungkin generasi yang berumur 20-an dan 30-an tahun tidak mengenali siapa Aminuddin Baki.

Beliau ialah Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia (kini jawatan tersebut dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan) pada 1962. Sepanjang kerja beliau telah turut menyusun Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui Laporan Pendidikan Razak pada 1956 dan Laporan Rahman Talib pada 1960.

Tan Sri Hamdan Sheikh Tahir yang juga bekas Ketua Pengarah Pendidikan menyifatkan Aminuddin Baki sebagai Bapa Pendidikan Moden Malaysia. Dalam bidang pendidikan, Aminuddin telah mempelopori pelbagai aspek pendidikan seperti kurikulum, pentadbiran, aspek bahasa pengantar, falsafah pendidikan negara dan juga aspek yang menyentuh masalah pendidikan negara.

Beliau diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai perancang pendidikan yang bijaksana dan berpandangan jauh di Asia oleh Unesco. Pandangan Aminuddin Baki tersebut telah dikemukakan oleh beliau ketika Tanah Melayu belum lagi mencapai kemerdekaan. Beliau menyatakan ada golongan orang Melayu yang tidak percaya tentang kebolehan Bahasa Melayu dan apabila Bahasa Inggeris ingin diganti dengan Bahasa Melayu golongan ini seperti tidak yakin dan tidak menyokong tindakan tersebut.

Walaupun ucapan Aminuddin Baki ini dibuat pada 1956 tetapi beliau seperti merasakan apa yang diucapkan itu benar-benar akan berlaku. Pada hakikatnya memang terdapat golongan orang Melayu yang menolak kebolehan Bahasa Melayu sebagai bahasa penyampai ilmu. Sejarah kewujudan Bahasa Melayu telah bermula sejak zaman awal abad masihi lagi.

Pada abad ini, orang Cina memanggil Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kun Lun dan orang India memanggil Bahasa Melayu dengan panggilan Bahasa Dwipantara. Pada abad keempat pula Bahasa Melayu telah ditemui pada catatan sejarah yang terdapat pada batu bersurat atau prasasti di Campa, sebuah kerajaan Melayu di Indocina.

Penggunaan Bahasa Melayu semakin berkembang dengan wujudnya kerajaan Sriwijaya dari abad ketujuh hingga abad ke-13. Sementara Bahasa Inggeris dikatakan berasal dari Bahasa Jerman, dari orang-orang Jerman yang berhijrah ke Britain sekitar abad kelapan dan kesembilan dan mula berkembang pada abad ke-13.

Untuk memberikan kedudukan yang kukuh Bahasa Melayu telah diberikan peruntukan Fasal 152 yang meletakkanya sebagai bahasa rasmi iaitu bahasa yang digunakan bagi segala urusan rasmi di peringkat kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa awam. Kedudukan Bahasa Melayu diperkuatkan dengan wujudnya Akta Pendidikan 1961, Akta Bahasa Kebangsaan 1967/1968, Akta Institut PengajianTinggi Swasta 1996 dan Akta Pendidikan 1996 yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan di negara ini.

Tetapi apa yang berlaku bukan sahaja akta-akta tersebut tidak dilaksanakan, malahan pada bulan Julai 2002, Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan, mulai 2003 pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dilaksanakan dalam Bahasa Inggeris iaitu dasar PPSMI. Setelah bantahan demi bantahan dilakukan terhadap PPSMI termasuk demonstrasi besar-besar pada 7 Mac 2009, kerajaan bersetuju PPSMI dimansuhkan dan diajar sepenuhnya dalam bahasa Melayu dan ibunda mulai 2012.

Walaupun langkah penghapusan PPSMI baru bermula tetapi telah ada segolongan orang Melayu yang telah menjerit-jerit supaya PPSMI dilaksanakan semula dengan alasan ibu bapa diberi pilihan supaya Bahasa Inggeris dibenarkan untuk PPSMI. Golongan ini mahu PPSMI dilaksanakan kerana jiwa mereka yang kerdil dan masih terjajah dan mengganggap hanya Bahasa Inggeris yang boleh memajukan mereka.

Sepatutnya setelah lebih 54 tahun merdeka dan 48 tahun pembentukan Malaysia, kerajaan sewajarnya telah berjaya memartabatkan Bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya mengikut Fasal 152, Akta Pendidikan 1961, Akta Bahasa Kebangsaan 1967/1968, Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta 1996 dan Akta Pendidikan 1996.

Selamat menyambut Hari Malaysia. Tetapi di mana kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi masih belum merdeka! (IH/sumber The Malaysian Insider)

Bebas Atau Dakwa Tahanan ISA, Jika Ikhlas -PAS



KL, 17 Sept 11:
Bebaskan semua tahanan ISA yang sedang ditahan di Penjara Kamunting sebagai langkah keikhlasan pertama, ekoran pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghapusan akta tersebut.

“Jika tidak dapat dibebaskan dengan serta-merta pun, PAS menggesa agar tahanan tanpa bicara ini dapat dihadapkan ke mahkamah serta-merta supaya mereka dapat membela diri sekiranya kerajaan mendakwa mempunyai bukti kukuh bahawa mereka adalah golongan pengganas,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan beliau sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyatakan mereka yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan kekal dalam jagaan sehingga dua akta baru diluluskan. Beliau turut menambah, tahanan yang sedia ada buat masa ini telah ditahan kerana disyaki mempunyai talian dengan rangkaian pengganas.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri berkata dua akta baru hanya akan dibentangkan di parlimen pada tahun depan.

“Amat dikesali kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang sekali lagi mengikut langkah melawan arus seperti dalam hal menangani perhimpunan Bersih 2.0 dengan mengumumkan bahawa tahanan ISA kini akan kekal ditahan sehingga dua akta baru menggantikan ISA disiapkan.

Dua akta itu pula hanya akan dibentangkan tahun depan mengikut kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz dan semua ini menambahkan perit kepada ahli keluarga tahanan ISA yang menaruh harapan tinggi sejak pengumuman Najib semalam,” bidas Tuan Ibrahim.

Tuan Ibrahim berkata seharusnya Menteri Dalam Negeri bertindak lebih bijak dalam hal ini dengan membebaskan semua tahanan ISA secepat mungkin sebagai langkah keikhlasan dan demi membantu Najib mendapatkan kembali keyakinan dan kepercayaan rakyat.

“…bahawa pengumuman melakukan reformasi untuk kebaikan negara bukanlah hangat-hangat tahi ayam seperti apa yang melanda siri reformasi ekonomi yang diwar-warkan beliau,” tambah beliau.

PAS, katanya yakin terdapat puluhan lagi yang ditahan dalam kem Kamunting sekarang dengan pelbagai tuduhan yang mungkin hanya berpunca daripada sangka buruk, dendam dan politik seperti yang berlaku pada 6 ahli PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat baru-baru ini.

“Najib mesti memilih antara dua pilihan ini - sama ada mereka mesti dibebaskan atau dibicarakan,” tegas Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Di samping itu, PAS juga menuntut kerajaan memohon maaf kepada tahanan ISA yang ditahan tanpa bicara, ekoran Najib mengakui terdapat kepincangan dalam akta draconian tersebut sekiranya beliau betul-betul ikhlas dalam reformasi ini. Beliau menasihatkan Najib supaya tidak cepat menolak tanggungjawab untuk memohon maaf kepada bapa-bapa negara yang lalu kerana mereka yang menggubal akta yang zalim ini.

Sebaliknya, kata beliau, Najib patut mewakili bapa-bapa negara yang lalu untuk memohon maaf kepada semua tahanan ISA kerana mereka adalah daripada rumpun yang sama iaitu Barisan Nasional.

“Sebagai tanda keikhlasan juga, kerajaan tidak boleh berlepas tangan begitu sahaja kerana mangsa kekejaman ISA terus tertekan samada dari sudut mental, fizikal maupun spiritual. Nama mereka mesti dibersihkan akibat akta zalim ini,” cadang beliau. (IH)

Pelakon Drama Geng Surau Ditangkap Khalwat


HALAMAN HIBURAN

PETALING JAYA: Pelakon, Razak Ahmad memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini, Khamis, kehadirannya di rumah seorang ahli perniagaan berstatus isteri orang pada malam mereka ditangkap berkhalwat pada 1 April 2006 hanya disebabkan dia mahu mengambil baju yang ditaja wanita itu untuk satu program televisyen.

Razak, 44, yang sinonim dengan watak orang alim dalam drama televisyen itu menambah, wanita tersebut, Selamah Sahudin, 45, sering menaja baju berunsurkan keislaman seperti baju Melayu, jubah dan kurta yang dipakainya dalam sesuatu program seni.

Mengenai kehadirannya di rumah itu pada pukul 1 pagi, Razak memberitahu waktu tersebut ditetapkan oleh Selamah memandangkan dia perlu ke RTM pada pukul 2 atau 3 pagi untuk menjalani latihan. Tambahnya, itu adalah kali pertama dia berkunjung ke rumah itu yang dianggapnya sebagai tempat stor menyimpan pakaian memandangkan pada hari lain, baju-baju akan diambil dari sebuah kedai milik Selamah pada waktu siang.

Mengimbas kejadian yang berlaku, pelakon drama “Geng Surau” itu memberitahu, Selamah mempelawa dia untuk masuk ke rumah bagi mencuba beberapa baju yang dirasakan sesuai untuk dipakai dalam siaran langsung tersebut. Katanya lagi, Selamah kemudiannya mengunci pintu jeriji dan menutup pintu utama rumah kerana dua unit yang terletak berhampiran rumah tersebut dijadikan sebagai asrama pekerja-pekerja asing.

Ketika peguam syarie Mohammad Azman Karim yang mewakili dirinya mengenai pakaian yang dipakai oleh Selamah, Razak menjawab wanita itu berpakaian lengkap.

"Dia berpakaian biasa, menutup aurat iaitu bertudung. Saya tidak pernah melihat dia tanpa tudung. Tapi saya tidak beberapa ingat pakaian yang dipakai kerana saya tidak perhatikan, cuma pakaian itu senonoh," katanya di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis.

Razak seterusnya memberitahu, dia mencuba tiga pasang baju di dalam bilik utama rumah tersebut sebelum memperagakannya kepada Selamah yang berada di ruang tamu bagi memastikan baju tersebut benar-benar selesa. Malah, dia juga membuat aksi seperti sedang mengaji lengkap dengan Al-Quran dan rehal yang dibawanya sebagai persediaan untuk ke RTM.

Selepas mencuba, Razak kemudiannya kembali ke dalam bilik untuk membuka baju tersebut yang digantung untuk mengeringkan peluh sebelum digosok semula oleh Selamah. "Saya pula berada di birai katil kerana mahu mengeringkan peluh," katanya sambil menambah, hanya bersinglet dan berseluar pada masa itu.

Pada keterangannya, Razak juga berkata, dia mendengar pintu jeriji digoncangkan dan diberitahu oleh Selamah bahawa suaminya datang ke premis tersebut.

"Saya hanya duduk di dalam bilik. Saya beranggapan yang datang itu suaminya kerana mereka membahasakan diri sebagai mama dan papa. Saya mendengar suami Selamah menjerit menyuruh saya keluar dan mendapati ada anggota polis bersamanya," katanya.

Razak didakwa berkhalwat dengan Selamah pada pukul 2.15 pagi, 1 April 2006 di sebuah rumah di Apartmen Blok A, Taman Serdang Perdana, dekat sini. Dia didakwa mengikut Seksyen 29 (1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 14 September 2006, Selamah yang mengusahakan perniagaan butik, mengaku bersalah dan didenda RM2,850 atau penjara tujuh bulan, jika gagal membayar denda itu.Prosiding yang dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa JAIS, Shafezan Rusli di hadapan Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad bersambung pada 6 Oktober depan.

Komen Weblg Ibnu Hasyim: Apakah khalwat itu?

Khalwat (khalwah) dalam bahasa Arab bererti berdua di suatu tempat dimana tidak ada orang lain. Maksud dari tidak adanya orang lain dalam hal ini mencakup:

  • tidak ada orang lain sama sekali; atau
  • ada orang lain dan keberadaan keduanya kelihatan tetapi pembicaraan antara keduanya tidak dapat didengar oleh orang itu.

Inilah makna khalwat secara bahasa. Menurut al-Mausu’ah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah (Ensiklopedi Fiqh Kuwait), makna bahasa sebagaimana dipaparkan di atas semakna dengan terminologi khalwat menurut ahli-ahli fiqh Islam. Dengan kata lain tidak ada perbedaan untuk kata khalwat antara makna bahasa dan makna istilah syar’i.

Lebih lanjut Syekh Abdullah al-Bassam menyebut dua bentuk khalwat.

  • Pertama, mughallazhah (berat), ialah berduanya seorang lelaki dan wanita di suatu tempat yang mana keduanya tidak dilihat oleh orang lain.
  • Kedua, mukhaffafah (ringan), iaitu berduanya seorang lelaki dan wanita di tengah-tengah manusia sehingga keduanya kelihatan namun percakapan antara keduanya tidak dapat didengar oleh orang lain.

Rasulullah SAW melarang khalwat. Sabda beliau: “Janganlah sekali-kali seorang lelki berduaan dengan seorang wanita, kerana yang ketiganya adalah syaitan.” (HR. Ahmad dengan sanad yang shahih)

Jelas, berdua seorang lelaki dengan wanita yang bukan mahramnya sangat potensial membuka peluang terjadi fitnah, walaupun bolehjadi keduanya tidak memiliki niat jahat. Oleh sebab itu, hadits di atas dengan tegas melarang perbuatan tersebut. Dengan merujuk kepada makna khalwat di atas maka banyak fenomena khalwat yang dapat dikemukakan.

Terutama khalwat yang umumnya kurang diperhatikan oleh masyarakat kita. Contohnya adalah berduanya seorang lelaki dengan wanita di atas kendaraan. Walaupun lelaki tersebut sedang memandu, misalnya. Keduanya di dalam kereta memang dilihat oleh orang lain, tetapi cakap-cakap keduanya tidak didengar oleh siapapun.

Termasuk dalam kategori perbuatan khlawat adalah “khalwat profesion”. Iaitu khalwat yang terjadi kerana “tuntutan” profesion. Konsultan, dokter, perawat, adalah sebagian contoh. Profesion-profesion ini rentan untuk boleh berdua dengan klien atau pasiennya. Tidak terkecuali pula, dalam konteks khalwat ini, yang kerap terjadi dalam sebahagian masyarakat adalah khalwat dalam pergaulan dengan kerabat dekat yang bukan mahram.

Dalam sebuah hadits, Rasulullah SAW bersabda: “Jauhilah kalian masuk ke (ruang) wanita.” Seorang lelaki Anshar bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan kerabat suami?” Beliau menjawab: “Kerabat suami itu (laksana) maut.” (HR. Bukhari)

Dalam hadits ini, Rasulullah menyebut kerabat suami sebagai maut kerana dapat menjerumuskan kepada hal-hal yang tidak dikehendaki. Apalagi jika mengingat kedudukan keluarga suami yang demikian dekat sehingga jarang menimbulkan kecurigaan dan luput dari perhatian.

Sebagai solusi untuk keluar dari problem khalwat ini adalah dengan bersama dengan lelaki atau wanita lain. Demikian menurut Imam Abu Hanifah. Lebih baik lagi jika lelaki atau wanita tersebut adalah mahram.

Janganlah seorang lelaki berdua dengan seorang wanita,” Sabda Rasulullah SAW “kecuali dengan mahram.” (HR. Bukhari)

Hadits ini bersama hadits-hadits yang lain memberi makna bahawa kondisi khalwat dapat dihilangkan dengan kehadiran salah satu lawan jenis lain. Dengan demikian, hilanglah kondisi khalwat yang dapat menimbulkan fitnah. Tentu saja bila komunikasi atau berkumpulnya antara lelaki dan wanita tersebut dalam perkara-perkara yang mubah dan dengan tetap menjaga batasan-batasan syariat yang ada.

Jika dikaitkan dengan tujuan syariat yang salah satunya adalah (menjaga nasab/keturunan), jelas relevan dan hikmah tuntunan syariat untuk menghindari khalwat. Keinginan Islam untuk menciptakan jalinan masyarakat yang harmonis, bersih dari penyimpangan, dan berjalan di atas fitrah yang murni adalah sebahagian hikmah di balik larangan khalwat ini.

Wallahu ta’ala a’lam bi al-shawab.

Kembali Ke Atas

Ciptaan Terbaru, Karavan Boleh Jadi Bot..


KARAVAN ciptaan Daniel Starub boleh menjadi sebuah bot.

JOM KREATIF

BERLIN, Jerman - Orang ramai tidak lagi perlu memilih sama ada mahu berkhemah atau belayar ketika pergi bercuti selepas seorang pereka Jerman, Daniel Straub mencipta karavan yang boleh bertukar menjadi sebuah bot, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Karavan yang diberi nama Sealander itu ditarik kenderaan lain di atas jalan raya tetapi ia dipandu secara berasingan dengan menggunakan sebuah motor elektrik apabila berada di dalam air. Selain dua tempat tidur, karavan, Sealander turut dilengkapi sebuah dapur, tandas dan meja makan.

Straub yang mengambil masa dua tahun untuk menguji karavan ciptaannya sebelum ia memasuki fasa pengeluaran memberitahu: "Mereka yang pergi bercuti boleh berkhemah pada malam hari dan pada waktu siang, mereka boleh belayar di tasik untuk aktiviti memancing".

Karavan unik itu dijadualkan memasuki pasaran tahun depan pada harga £13,000 (RM63,495). - Agensi

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'

Friday, September 16, 2011

ISA & Sambutan Merdeka K'tan. -Nik Aziz


MACHANG, 16 Sept 11: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagai langkah di saat-saat terdesak.

“ISA sepatutnya dihapus sejak lama dulu dan bukan di saat-saat terdesak seperti sekarang. Zaman komunis sudah lama berlalu, lagi pun tidak ada lagi fahaman komunis kecuali sekular di Malaysia.

“Sejak dahulu ISA telah membuat jenayah kepada alim ulama di Kelantan. Sebab itulah saya menyertai PAS kerana melihat pengkhianatan Umno terhadap alim ulama.

“Ulama PAS dikenakan ISA sedangkan kita ada mahkamah, hakim dan peguam,” katanya ketika ditemui pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia di padang Majlis Daerah Machang di sini, hari ini.

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Kelantan dan Hari Malaysia diserikan pelbagai persembahan antaranya kebudayaan melibatkan Melayu, India dan Cina. Selain itu pertunjukan mempertahankan diri dan tempur tanpa senjata oleh Rejimen Askar Melayu Diraja yang memukau hadirin.

Perdana Menteri malam tadi mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Buang Negeri 1959 dalam ucapan perutusan khasnya sempena Hari Malaysia.

"Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April 2009, ISA akan dikaji secara komprehensif.

"Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus," kata Najib.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, apa tujuan diwujudkan sistem kehakiman kalau rakyat disekat membela diri daripada tuduhan tertentu.

“Alim ulamak adalah golongan yang mengajar supaya manusia taat kepada Allah dan meninggalkan perbuatan-perbuatan keji dilarang Islam,” tambah beliau.

Menurutnya juga Nabi Muhammad saw memerdekakan manusia daripada syaitan kepada mentaati Allah SWT seperti sering disebut dalam permulaan solat setiap hari. Katanya, Nabi Muhammad saw ialah penganjur kemerdekaan yang sebenar di dunia, berjuang memerdekakan umat Islam daripada gangguan nafsu syaitan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob ketika berucap sebelum itu berkata, kedatangan Islam ke alam dunia membawa mesej dan sifat kemerdekaan bagi menyeru manusia membebaskan diri daripada belenggu jahiliah serta syirik.

“Konsep kemerdekaan komprehensif dilaksanakan di Kelantan melalui dasar ‘Membangun Bersama Islam’ iaitu mengemudi manusia ke arah pengabdian diri kepada Allah SWT,” katanya.

Beliau juga Pengerusi Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Kekantan dan Sambutan Hari Malaysia. Sambutan kali ini disertai 75 kontinjen jabatan-jabatan negeri dan persekutuan, badan-badan beruniform dan sekolah.

Sementara itu kontinjen terbaik dimenangi Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar raya Islam (MPKB-BRI), naib johan UITM Machang, manakala tempat ketiga Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Nasuruddin Daud, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Zainuddin Ibrahim anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan ketua-ketua jabatan. (IH)

Lihat sebelum ini..

ISA: Tolak 1 Campur 2, Mengecewakan. -Guan Eng


GEORGE TOWN, 16 Sept 11: Lim Guan Eng menegaskan langkah pentadbiran Najib mahu menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan dua undang-undang baru satu perkembangan yang mengecewakan dan penjenamaan semula akta yang kontroversial itu.

Justeru kata beliau, inisiatif pembaharuan politik yang diumumkan malam tadi adalah sesuatu yang tidak bermakna jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu mengadakan undang-undang baru bagi tujuan yang sama.

“Ya, sudah pasti ia berita yang baik tetapi jika anda mahu menggantikan dengan dua undang-undang baru, maka ia akan menjadi dua ISA?

“Kami tidak mahu melihat satu situasi di mana anda memasukkan wain yang lama dalam satu botol yang baru,” kata beliau pada sidang media hari ini.

Lim (gambar), seorang bekas tahanan ISA berkata, rakyat Malaysia mahukan elemen peruntukan boleh menahan seseorang tanpa perbicaraan dibuang daripada mana-mana undang-undang pencegahan yang mahu diadakan.

Setiausaha Agung DAP menambah, satu tempoh yang pendek boleh dibenarkan bagi penahanan tetapi tahanan mesti dibicarakan di mahkamah. Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia semalam, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Kata Najib, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah “semangat serta payung” Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah. Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan, kata Najib semalam. Kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa. Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, Putrajaya seharusnya memansuhkan undang-undang berkaitan media selari dengan usaha memansuhkan ISA.

“Saya juga mangsa PPPA . . . saya ditahan selama 18 bulan,” kata beliau.

Lim juga membidas pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA, Gerakan dan MIC kerana menyokong pembaharuan diumumkan oleh Najib kerana mereka juga menyokong ISA sebelum ini.

“Sekarang, mereka cuba untuk mengambil kredit dengan pengumuman Najib,” kata Lim lagi.

Sehubungan itu kata Lim, rakyat Malaysia seharusnya diberikan pujian atas pengumuman Najib semalam, yang dilihat sebagai hasil perubahan landskap politik menerusi pilihan raya umum 2008. Pilihan raya umum 2008 menyaksikan tsunami politik dengan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dinafikan dan lima negeri dikuasai komponen Pakatan Rakyat.

“Mereka menyokong pembangkang yang berjuang untuk kebebasan yang lebih luas. Ia juga kesan kebangkitan di negara-negara Arab . . . jadi kerajaan-kerajaan, diktator-diktator jatuh pada era moden ini, ia tidak lagi berfungsi lain,” katanya lagi. (iH)

Malam Bicara Selebriti Artis 3 Okt Anjuran PKM S/Burung..

HALAMAN HIBURAN
'KARNIVAL SELANGORKU'
mempersembahkan
'Malam Bicara Selebriti'
di Padang Astaka Dato' Hormat, Tanjung Karang
pada 3 Oktober 2011.
Orang ramai dijemput hadir.

Antara artis dan bekas artis yang hadir ialah...
Azizah Riffin
Aishah
Wardina Saffiya
Iwan Dangdut
Sham Kamkaze
Ustaz Haslin

Datanglah beramai-ramai, tidak kir apa parti pun..
Percuma!

Lanjut, sila hubungi..
Sekretariat Karnibal Selangorku
Kawasan Tg Karang
En Zulkifli 017 634 8172
En Afif 017 619 8902

Kepada Blogger-blogger.. Tolong hebah dan panjangkan!!

Tanggal Cermin Tandas Cegah Pelajar Suka Bersolek

SEBUAH sekolah yang bosan dengan pelajar yang melanggar peraturan larangan bersolek bertindak menanggalkan semua cermin di tandas. Langkah tegas itu dilaksanakan serentak dengan pengharaman menyeluruh terhadap mekap bagi mengekang pelajar berusia 14 hingga 16 tahun daripada memenuhi tandas untuk bersolek.

Dasar tiada tolak-ansur sekolah itu terhadap perbuatan bersolek turut menyaksikan guru diberi peralatan mencuci mekap bagi memastikan pelajar mematuhi peraturan. Pelajar perempuan di Shelley College di Huddersfield, West Yorkshire, kini diperiksa setiap hari bagi memastikan mereka tidak bersolek.
Beberapa pelajar dikatakan berang terhadap peraturan berkenaan sambil mendakwa bermekap membantu memberikan mereka keyakinan. Bagaimanapun, Pengetua, John McNally, berkata, kebanyakan pelajar dan ibu bapa menyokong tindakan itu.

“Sudah tiba masanya anda perlu menghentikan guru daripada menghabiskan setengah jam sehari untuk bercakap kepada pelajar mengenai mekap. Kami menanggalkan cermin kerana beberapa pelajar memasuki tandas pada waktu makan dan menghabiskan masa di situ sambil makan bekalan mereka.
“Pelajar itu menjadi taksub kepada cermin dan apabila kami menurunkannnya, masalah itu selesai. Ramai yang menerima dasar itu memandangkan sebahagian besar pelajar tidak bersolek dan mereka yang mengenakan sedikit mekap gembira kerana berhenti berbuat demikian. Yang membuat kecoh hanyalah lima atau enam pelajar. Mereka yang bermekap paling tebal.

“Kami mendapat banyak sokongan daripada ibu bapa. Sudah pasti ada pelajar yang cuba melanggar arahan,” kata McNally.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pihak kementerian pelajaran dan pendidikan di Malysia mungkin menghadapi masalah sama.. Sila ambil perhatian. (IH)

Umno Tuduh Penentangnya Komunis. -Ahmad Awang

Oleh TARMIZI MOHD JAM & SALMIYAH HARUN
JIKA sesiapa mengikuti sejarah Umno, memang parti itu paling gemar memomokkan pihak-pihak yang tidak bersamanya sebagai penyokong atau mendukung fahaman komunisme, tegas bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Ustaz Ahmad Awang.

“Mula-mula daripada Presiden Umno yang pertama Dato’ Onn Jaafar, Umno tuduh pejuang kemerdekaan yang tidak bekerjasama dengan penjajah Inggeris sebagai komunis seperti Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir,” ujarnya

Begitu juga Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy, Angkatan Pemuda Insaf (API) yang dipimpin oleh Ahmad Boestamam, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh Shamsiah Fakeh, dan Partai Rakyat Kalimantan Malaya (PRKM) yang dipimpin oleh Ustaz Abdul Wahab Nor, kesemuanya dianggap sebagai penyokong komunis, katanya.

Dedahnya, suatu ungkapan Dato’ Onn Jaafar yang dicatatkan dalam sejarah politik negara ialah, “hubaya... hubaya... bahaya dari gunung” yang merujuk kepada kongres di Gunung Semanggol pada Mac 1948 yang dihadiri oleh kirakira 5,000 orang dari parti-parti politik haluan kiri dan juga parti-parti bukan Melayu yang tergabung dalam All Malaya Joint Council for Action (AMCJA).

Malah Dato’ Onn Jaafar kata Ustaz Ahmad, mengulangi katakatanya itu dengan mengatakan bahaya dari gunung masih ada lagi, dan ditambah satu bahaya lagi yang tumbuh dari tanah dan menjalar akarnya supaya orang Melayu terhapus dan terjatuh kerana sebenarnya parti Islam itu (Hizbul Muslimin) “merah” (yakni komunis). “Tidak hairanlah pemimpinpemimpin Umno kemudiannya selepas itu sering mengaitkan PAS dengan komunis atau kegiatan komunis sehinggalah ke hari ini, seperti fitnah yang dilemparkan ke atas Mat Sabu.

“Ini kerana momokan komunis paling mudah mempengaruhi masyarakat Melayu untuk menerimanya, walaupun tuduhan dan momokan tersebut kadangkadang tidak masuk akal,” tegas beliau.

Katanya, bayangkanlah seorang ulama seperti Allahyarham Ustaz Abu Bakar Al-Baqir, begitu juga Allahyarham Dr Burhanuddin Al-Helmy dicop pro-komunis atau sebagai pendukung fahaman komunisme, sesuatu yang tak masuk akal.

“Saya masih teringat lagi setelah penjajah Inggeris mengisytiharkan Darurat pada Jun 1948, kira-kira sebulan selepas itu sebuah pesawat kecil terbang rendah menggugurkan puluhan ribu risalah di kawasan Semanggol Selinsing dengan gambar potret Dr Burhanuddin yang dicop sebagai pendukung komunis,” dakwanya.

Beliau berkata, ketika itu Ustaz Abu Bakar Al-Baqir bersama beberapa pemimpin Hizbul Muslimin, API, dan PRKM telah ditangkap oleh penjajah Inggeris, yang kemudiannya ditahan tanpa bicara selama hampir 5 tahun.

Katanya, Dr Burhanuddin tidak dapat ditangkap kerana berada di Singapura yang tidak termasuk dalam kuasa undangundang Darurat Malaya. Beliau hanya kemudian ditahan di Singapura dalam peristiwa rusuhan Natrah pada 1951.

Penjajah bertindak demikian atas desakan Umno ketika itu. Seorang penghulu muda khas dihantar oleh kerajaan ke Semanggol untuk mengintip pergerakan pejuang-pejuang kemerdekaan di Semanggol khasnya pemimpin dan pendukung Hizbul Muslimin, ujarnya.

Kata Ustaz Ahmad lagi, penghulu muda tersebut adalah anak buah kepada seorang yang ada hubungan rapat dengan Dato’ Onn Jaafar dan seorang pemimpin Umno pada ketika itu.

“Sejarah seperti inilah yang perlu dibaca oleh orang-orang yang otaknya terkongkong dengan propaganda dan khurafat Umno mengenai perjuangan menuntut kemerdekaan negara kita,” tegasnya. (IH)

Lihat sebelum ini...

PAS Tunggu.. Lihat Akta Altrnatif Dulu -Abd Hadi

KL, 16 Sept 11: PAS mengambil sikap "tunggu dan lihat" dahulu bagaimana bentuk perundangan alternatif bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum memberi respon lanjut berhubung pemansuhan akta itu yang diumum perdana menteri malam tadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, masih terlalu awal untuk PAS menyatakan pendirian berhubung pemansuhan ISA yang diumum Datuk Seri Najib Razak dalam pertusan Hari Malaysia malam tadi kerana ianya akan diganti akta baru.

"PAS mengambil sikap untuk tunggu dan lihat dahulu berkaitan penghapusan ISA dan beberapa akta lain yang diumumkan Perdana Menteri.

"Ini kerana kita hendak melihat dahulu perundangan alternatif yang disebut kerajaan hendak dibuat menggantikan ISA. Terlalu awal untuk kita memberi respon terhadap pembatalan tersebut," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Ianya sebagai respon awal PAS berhubung pengumuman kerajaan memansuhkan akta yang sudah lama dituntut oleh Pakatan Rakyat agar dihapuskan itu. Biarpun ISA diumum akan dimansuhkan, Najib juga mengumumkan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan akta itu.

Selain itu, PAS juga kata Tuan Guru Abdul Hadi masih sangsi dengan pengumuman itu ekoran ianya dibuat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

"Tambahan pula ia dibuat menjelang pilihanraya yang kita lihat sebagai tujuan politik dan tawaran pilihanraya Barisan Nasional.

"Setelah beribu orang menjadi mangsa kezaliman akta tersebut, menjelang pilihanraya barulah ia dihapuskan," katanya.

PAS dan Pakatan Rakyat sejak dahulu menentang akta ISA dan menganggapnya satu akta zalim kerana membuat "tahanan tanpa bicara" kepada mangsa akta itu. Selain ISA, mereka juga sebelum ini mendesak beberapa akta serupa seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Ordinan Darurat (EO) dimansuhkan. (IH)

Denmark Tukar K'jan Kerana Ekonomi, M'sia PRU13?

Helle Thorning-Schmidt dari Demokrat Sosial melambai ke arah penyokongnya di ibu pejabat pilihan raya parti itu di Copenhagen semalam. — Foto Reuters
OPENHAGEN, 16 Sept — Sayap kiri Denmark ‘Red bloc’ mengambil alih kuasa negara itu dengan menewaskan kerajaan Perdana Menteri Lars Lokke Rasmussen dalam pilihan raya paling sengit, yang dipengaruhi oleh kemarahan rakyat berhubung ekonomi negara yang merudum.

Dengan perkembangan itu, Helle Thorning-Schmidt dari Demokrat Sosial akan menjadi perdana menteri - wanita pertama memegang jawatan itu selepas Rasmussen mengaku kalah. Thorning-Schmidt meletakkan platform untuk meningkatkan perbelanjaan kerajaan, menaikkan cukai ke atas golongan kaya dan rancangan untuk memastikan rakyatnya bekerja lebih 12 minit setiap hari.

Kumpulannya berhujah bahawa bekerja lebih sejam setiap minggu akan mendorong pertumbuhan ekonomi. Sayap kanan ‘Blue bloc’ berada dalam kuasa sejak 10 tahun lalu di Denmark, yang mana seperti negara-negara lain, berhadapan dengan kemerosotan ekonomi paling buruk sejak Perang Dunia Kedua.

“Esok (hari), saya akan menyerahkan kuasa pemerintahan kepada Ratu,” kata Rasmussen menerusi TV2 News.

“Tiada asas untuk kekal terus dalam kerajaan,” katanya lagi.

Parti Thorning-Schmidt akan mempunyai majoriti lima tempat dalam Parlimen yang menyediakan 179 kerusi. — Reuters

Mereka Masih Ragu Pada Pengumuman PM..


WALAUPUN dilihat sebagai langkah positif, pengumuman mengejutkan Datuk Seri Najib Razak, antaranya pemansuhan akta ISA, masih terdapat pihak yang meragui reformasi perdana menteri.

Berikut reaksi segera terhadap ucapan Najib yang ketika menyampaikan perutusan khas sempena Hari Malaysia yang akan disambut hari ini:

Dr Hj Mohd Hasyim dari Weblog Ibnu Hasyim merumuskan, kalau benar berlaku pelaksanaan pengumuman pemansuhan akta ISA seperti disebutkan PM, belum bererti selesainya kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan BN. Selesainya kezaliman itu berlaku setelah agama Islam diletakkan ditempat sewajarnya mengikut Al-Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan Qias, di mana orang bukan Islam dijamin kedaulatannya.

NONEPresiden Majlis Peguam Lim Chee Wee Majlis Peguam Malaysia memuji perdana menteri yang maju jauh dan berjanji memansuhkan dan mengkaji semula cebisan undang-undang yang ketinggalan zaman dan menekan. Ini langkah utama ke arah mengembalikan kedaulatan undang-undang dan menghormati Perlembagaan Persekutuan. Ini tindak balas yang betul perdana menteri kepada suara rakyat. Majlis Peguam bersungguh-sungguh menanti butiran lanjut proses ini.

syed ibrahim syed norPresiden Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh Apakah benar ISA dimansuh dan bilakah tempoh akan dimansuh? Kita tentang ISA sebab peruntukan tahanan tanpa bicara. Tetapi jika dibentuk dua lagi undang-undang yang juga mempunyai peruntukan tahan tanpa bicara, kita anggap perjuangan kita belum selesai. Betul mansuh dan kita sedikit lega. Tetapi mansuh satu (akta) dan masuk dua (undang-undang baru), sebab itu kita tidak mahu terlalu gembira lagi.

Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman
djz convention 101205 ahmad lutfiIsu sebenar kebebasan media di Malaysia bukan pembaharuan permit tahunan. Isunya, susah atau senang mendapatkan permit penerbitan dan percetakan. Dari segi prinsipnya, konsep mengenakan permit untuk media itu sendiri satu halangan besar kebebasan. Sepatutnya, media tidak memerlukan permit, sudah memadai mendaftar akhbar, majalah, portal berita seperti kita mendaftar sebuah syarikat atau mendaftar kenderaan.

Keputusan mutlak menteri untuk memberi atau menarik balik permit (dan tidak boleh dicabar di mahkamah) seperti dalam Akta Penerbitan dan Mesin Cetak sekarang masih kekal dan tidak disentuh sama sekali dalam ucapan perdana menteri. Sepatutnya perkara ini dihapuskan. Perdana menteri juga menyentuh beberapa lagi akta yang mengekang kebebasan pengamal media seperti Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi. Jadi, pengumuman Datuk Seri Najib Razak hanya sebagai di permukaan, banyak hal asas (fundamental) tidak diusik (dipinda).

ezam mohd noor at mca function 2Bekas Ketua Pemuda PKR Senator Ezam Mohd Nor Syabas PM atas keberanian untuk lakukan reformasi politik! Komitmen PM luar biasa kerana jarang parti yg memerintah akan lakukan perubahan drastik. Yang selalu kita lihat ialah laungan reformasi kosong dari orang yang dipecat atau hilang kuasa, ataupun dari kelompok yang belum berkuasa.

Tetapi hari ini PM buktikan pemerintah yg sedang berkuasa mampu untuk lakukan perubahan. Saya sendiri amat bersyukur dan gembira dengan keputusan PM. Saya sertai BN parti pemerintah sebulan selepas reformasi berlaku dariapda BPR (Badan Pencegahan Rasuah) ke SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia).

Isu rasuah yang dekat di nadi perjuangan saya. Hari ini ISA dan OSA antara akta yang akan digubal/hapus. Kedua akta di mana saya pernah ditahan dan perjuangkan untuk perubahan. Terima kasih PM. Semoga Allah terus beri kekuatan kepadanya untuk lakukan perubahan dan kebaikan bagi negara ini.

Isteri mangsa bekas tahanan ISA Norlaila Othman
NONEKami tidak tahu hendak (kata) alhamdulilah atau bersorak "yahoo" sebab sudah banyak kali kena tipu. Selagi Kem Kamunting tidak ditutup, selagi semua tahanan tidak dibebaskan dan selagi ISA tidak lagi menjadi akta baru kami akan percaya. Walaupun ISA dimansuh, dia boleh buat akta baru pada bila-bila masa saja. Kita tidak mahu akhirnya cuma tukar nama sahaja.

Presiden MIC Datuk G Palanivel
NONEIa pengumuman yang tepat pada masanya dan menunjukkan bahawa kita berubah dari masa ke semasa. Ia juga menunjukkan kerajaan mendengar suara rakyat.

Pengerusi BERSIH 2.0 S Ambiga
NONEApabila kamu longgarkan tali kekangan, ia sentiasa selangkah ke arah yang betul. Saya tidak jelas apa beliau (Najib) maksudkan, tetapi saya tidak setuju tindakan berterusan menentang demonstrasi jalanan. Demonstrasi jalanan ada nilainya, yang tertakluk bawah kebebasan berhimpun. Dengan membezakan demonstrasi jalanan dengan bentuk demonstrasi lain sepenuhnya tersasar daripada hak kebebasan terhimpun.

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya
dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Alhamdulillah PM Najib mansuhkan ISA dan proklamasi darurat. Akhirnya mereka hapuskan juga akta zalim itu dan mereka akui ia akta yang tidak bertamadun dan bertentangn dengan agama. Syukurlah para pemimpin semakin mengambil berat hal rakyat dan semoga malaysia terus makmur dan pemimpin kita teruskan keadilan untuk kekalkan Malaysia terus maju jaya. (IH)

Lihat sebelum ini...

Replika Tk San Francisco Dari Pencungkil Gigi.

JOM KREATIF

SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Seorang artis, Scott Weaver membina replika Teluk San Francisco setinggi 2.7 meter dengan menggunakan sejumlah 103,987 pencungkil gigi, lapor sebuah akhbar semalam.

Hasil kerjanya yang dinamakan Rolling Through the Bay itu turut berfungsi sebagai laluan guli. Guli yang dijatuhkan di atas laluan itu akan bergerak melalui beberapa tempat popular di lokasi berkenaan.

Dia mengambil masa selama tiga ribu jam untuk menyiapkan model Teluk San Franciso yang kini dianggap sebagai antara hasil seni yang menakjubkan. - Agensi

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'

Alleycats Dijemput Menyanyi Di K'tan, Patutkah?

HALAMAN HIBURAN
DAVID ARUMUGAM mengepalai Konsert Sampaikan Salam Alleycats yang bakal berlangsung dari 16 hingga 18 September ini di Istana Budaya.

LAYAKKAH kumpulan Alleycats dijemput menyanyi di Kelantan, negeri yang MBnya seorang ulama? Kalau sanggup mengikut peraturan menyanyi di negeri Serambi Mekah itu, apa salahnya, walaupun dia bukan Islam..

Lagu-lagu dendangan kumpulan Alleycats dikatakn tidak lapuk ditelan zaman, kerana sehingga ke hari ini mereka masih memiliki jumlah peminat yang ramai, terutamanya peminat bergama Islam. Pernah membuat persembahan di Istana Budaya pada tahun 2008 dan mendapat sambutan memberangsangkan dari peminat. Tahun ini, Alleycats kembali ke Istana Budaya lagi.

“Bukan mudah untuk buat persembahan di Istana Budaya, ini pula buat kali kedua, jadi sebagai penyanyi, saya rasa sungguh terharu,” ujarVokalisnya, Datuk David Arumugam.

Persembahan yang diberi nama Konsert Sampaikan Salam Alleycats itu akan bermula pada 16 September sehingga 18 September dan sempena Hari Malaysia.

“Kebetulan persembahan bermula pada Hari Malaysia, jadi pada segmen pertama Alleycats akan berkolaborasi bersama dengan orkestra tradisional dan mendendangkan lagu patriotik.

“Segmen kedua pula merupakan tribute untuk mendiang adik saya, Loga dan segmen ketiga, saya akan mendendangkan lagu-lagu popular Alleycats,” kata David yang kini berusia 61 tahun. (IH)

Drama Cinta 3 Segi Di Tv, Wajarkah?

HALAMAN HIBURAN

TEHERAN: Iran mengharamkan program televisyen yang menunjukkan gambar lelaki dan wanita separuh bogel dan kisah cinta tiga segi dalam satu tindakan ke atas media di negara Islam itu. Tidak dapat dipastikan apa yang menyebabkan pengharaman itu. Iran TV, stesen monopoli negara itu, menyiarkan banyak rancangan keagamaan dan pengumuman kerajaan.

Sejak beberapa tahun lalu, rakyat Iran begitu meminati rancangan drama siri tempatan berjudul “Forbidden Fruit” yang mengisahkan mengenai seorang lelaki tua yang meninggalkan isterinya kerana jatuh cinta dengan seorang gadis muda.

Menurut agensi berita Fars, “Berdasarkan arahan terbaru ini, siaran rancangan cerita cinta tiga segi akan diharamkan.”

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dari berita ini, bukan tidak dapat dipastikan tetapi sudah dapat dipastikan, bahawa Iran mengharamkan program televisyennya..

  • Menunjukkan gambar lelaki dan wanita separuh bogel yang memberi kesan buruk kepada awam termasuk remaja dan kanak-kanak.
  • Kisah cinta tiga segi dan yang sama dengannya, melalai, merosak dan memesongkan pemikiran remaja dan pelajar dari taat kepada Allah SWT dan membangunkan negara.
  • Untuk menyiarkan banyak rancangan keagamaan, pengumuman kerajaan terutama dalam membangunkan meterial dan spiritual masyarakat.
Salahkah bagi negara yang bertamaddun dan pentingkan pembangunan? Sepatutnya program-program seperti ini perlu dikaji oleh negara-negara umat islam untuk dilaksanakan. (IH)

Guna Karung Ini Sindir Orang Islam. Biadap!

BUNGKUSAN polistirena burger yang dipesan Tarek Ghalayanimengandungi lukisan pesawat dan bangunan berkembar World Trade Centre di New York.

Disindir serangan 9/11

HOUSTON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang penduduk Islam AS, Tarek Ghalayani kecewa kerana disindir berhubung peristiwa serangan pengganas ke atas AS pada 11 September 2001 semasa dia mengunjungi sebuah restoran burger yang popular di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian berlaku semasa Tarek memesan burger di restoran makanan segera itu ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menonton separuh masa pertama satu perlawanan bola sepak Amerika.

Namun, dia terkejut melihat lakaran gambar bangunan berkembar World Trade Centre (WTC) di new York dan lukisan sebuah pesawat sedang menuju ke bangunan tersebut pada bungkusan polistirena makanan burger yang dipesannya.

Turut tertera pada bungkusan itu ialah ungkapan Selamat 11 September yang merujuk kepada kemusnahan WTC selepas ia dirempuh oleh dua pesawat penumpang pada 2001.

Tarek yang bekerja berhampiran WTC pada pagi 11 September 2001 berkata, dia kecewa dan marah dengan perbuatan pekerja restoran berkenaan yang dianggapnya sebagai biadap.

Serangan itu juga dikenali sebagai peristiwa 9/11.

"Hari tersebut adalah hari yang sedih di AS yang mengorbankan hampir 3,000 penduduk negara ini dan ia bukan satu jenaka," katanya dalam satu wawancara bersama saluran televisyen tempatan, ABC 13.

Selepas kejadian itu tersebar di Internet, pemilik premis berkenaan, Ben Fullelove memecat pekerja yang bertanggungjawab melakukan perbuatan itu sebelum dia datang sendiri ke rumah Tarek di sini untuk memohon maaf. - Agensi

K'tan: Tembak 400 B/Api Sambut Merdeka & Mansuh ISA?

Bukan.. Ini bukan tembakan bunga api sambut merdeka di Kelantan & sambut pemansuhan ISA. Gambar ini hanya hiasan sahaja.

KOTA BHARU, 16 Sept 11: Bolehkah tembakan 400 das bunga api pada tengah malam 17 September ini yang menjadi acara kemuncak sambulan Bulan Kemerdekaan di sini, ditambah dengan sempena kegembiraan rakyat menyambut pemansuhan Akta ISA & Buang Negeri 1959 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi?

Program anjuran Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Timur itu, akan diadakan di perkarangan Menara Tambatan DiRaja Kota Bharu.

Acara itu sebenarnya memeriahkan sambutan Hari Malaysia yang akan diadakan hari ini di seluruh negara. Setiausaha MPKB-BRI, Mohd Anis Hussein berkata, lokasi Menara Tambatan DiRaja dipilih memandangkan kedudukannya strategik sebagai destinasi pelancongan di Kota Bharu.

“Menara tersebut dibina sebagai mercu tanda pelancongan baru bakal dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api,” katanya pada sidang media di MPKB-BRI sebelum ini.

Acara sambutan Hari Malaysia peringkat negeri akan diadakan di padang Majlis Daerah Machang pagi ini. Tahun lepas diadakan di padang Majlis Daerah Tanah Merah. Tanggal 16 September dijadikan cuti umum mulai tahun lepas. Idea cuti umum itu pernah dicetus Pakatan Rakyat.

Mohd Anis berkata, pelbagai program menarik turut diadakan termasuk persembahan apresiasi seni merdeka, dikir barat bersama Jen Endoro dan deklamasi sajak pelbagai kaum. Manakala pada sebelah pagi bermulai 8 pagi diadakan pertandingan mewarna kanak-kanak berumur bawah 12 tahun.

Menara Tambatan DiRaja setinggi enam tingkat dengan ketinggian 47 meter siap dibina pada 15 Februari lalu. Ia terletak di pinggir Sungai Kelantan berhampiran Masjid Muhammadi Kota Bharu. Menara tinjau terletak di tingkat paling atas. Selain itu terdapat sebuah jam besar.

”Sejak dibuka seminggu lalu hampir 40 penungjung datang termasuk pelancong termasuk dari Jerman,” kata Mohd Anis.

Komen weblog Ibnu Hasyim: Tidak salah kan menyambut kegembiraan rakyat terhadap pemansuhan Akta ISA & Buang Negeri 1959 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi? Mungkin pengisytiharan itu sebagai tanda PM mulai prihatin kepada kebangkitan rakyat, dan beliau sudah sedar kejatuhan BN makin dekat. Al-hamdulillah!! (IH)

Akta ISA & Buang Negeri Dimansuhkan & Apa Komen PAS

KL, 15 Sept 11: Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan sama sekali dan kerajaan akan memperkenalkan dua akta baru untuk mengekalkan keselamatan negara, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Selain itu kerajaan juga mengumumkan tiga proklamasi berkenaan dengan darurat yang berkuat kuasa sejak beberapa dekad lalu akan ditamatkan.

“Seperti mana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) akan dikaji secara komprehensif.

“Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa ISA akan dimansuhkan terus,” kata beliau dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia malam ini.

Kata beliau, untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

“Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara,” kata Najib.

Perdana Menteri menambah, kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara.

“Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

“Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri,” kata beliau.

Di sudut lain, katanya, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Malah menurut beliau, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu.

“Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan ISA, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa,” kata beliau sambil menambah, kerajaan tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.

Selain itu Najib juga mengumumkan bahawa:

  • Kajian semula komprehensif akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933
  • Mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan
  • Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
  • Kata Najib, Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Namun, katanya, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Komen:

  • 'Ekoran pengumuman perdana menteri malam ini bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub mendesak kerajaan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat yang pernah ditahan dibawah akta zalim itu.'
  • 'Biarpun pengumuman perdana menteri malam ini dialu-alukan, namun hakikatnya ia adalah menciplak janji Pakatan Rakyat seperti dimuatkan dalam Buku Jingga', kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akhirnya "mengakui demokrasi negara selama ini tidak berfugsi", kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad.
  • "Pengisytiharan itu tanda PM mulai prihatin kepada kebangkitan rakyat, dan beliau sudah sedar kejatuhan BN makin dekat" kata Dr Hj Mohd Hasyim editor weblog Ibnu Hasyim.(IH)