Saturday, September 24, 2011

Hudud: DAP Gesa Mesyuarat PR.. Boleh Selesai

Nik Aziz & Karpal Singh

KL, 24 Sept 11: DAP menggesa Pakatan Rakyat memanggil mesyuarat tergempar kepimpinan dengan segera bagi menyelesaikan kontroversi berkaitan hukum hudud yang muncul semula awal minggu ini. Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh yang sebelum ini secara terbuka mengkritik hasrat kerajaan negeri Kelantan menegaskan, pihaknya akan sentiasa menolak pembentukan negara Islam.

Dipetik Bernama hari ini, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, kelewatan menangani isu semasa ini akan menjejaskan keyakinan rakyat ke atas Pakatan Rakyat khususnya di kalangan bukan Islam.

“Mesyuarat tergempar mesti diadakan dengan segera untuk menjelaskan pendirian Pakatan dalam isu ini dan kontroversi ini mesti berakhir,” katanya.

Kelmarin, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam. Nik Aziz berkata beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.

Sementara itu, di Ipoh semalam Datuk Ngeh Ko Ham (gambar kanan), pengerusi DAP Perak itu berkata, “Tidak kira undang-undang apa sekalipun yang ingin dilaksanakan, ia harus memberikan keadilan untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama.” Menurut Sinar Harian.

Menurutnya lagi, setiap agama mempunyai pelbagai tafsiran masing-masing berhubung undang-undang, justeru aspek keadilan perlu diberikan perhatian serius. Dalam hal ini tidak bermakna DAP menolak hasrat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang berhasrat menubuhkan negara Islam termasuk melaksanakan hudud di Kelantan. Katanya.

“Tidak kira sama ada sesuatu undang-undang itu menggunakan nama apa sekalipun, ia harus boleh memberikan keadilan kepada semua,” katanya. Beliau berkata, perkara tersebut telah diperjelaskan bahawa setiap undang-undang jenayah harus di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan satu perjanjian dimeterai untuk menerima perlembagaan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar kanan)berkata, perkara tersebut tidak menjadi isu kerana sehingga kini Pakatan Rakyat (PR) bersetuju membincangkan isu berkaitan penubuhan negara Islam.

“Dalam perkara tersebut ia tidak kelihatan hanya ingin memberikan fokus kepada hukum hudud semata-mata, malah semasa persidangan sebelum ini, Karpal Singh telah bersetuju untuk membincangkannya,” katanya.

Nizar berkata lagi, pelaksanaan konsep itu sebenarnya perlu diaplikasikan dalam konteks kerangka demokrasi politik sebenar.

“Di sini, kita bukan hanya memberi penekanan kepada pelaksanaan hukum hudud, tetapi ia perlu dilihat dalam kerangka yang lebih luas iaitu penubuhan negara Islam.

“Pelaksanaan hukum hudud hanya sebahagian daripada penubuhan negara Islam itu sendiri dan sehingga kini adakah seluruh orang sendiri benar-benar faham tentang konsep tersebut.

“Yang lebih penting kedudukan Umno sendiri bagaimana dan apa pandangan mereka terhadap perkara tersebut,” soalnya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Insya Allah, boleh selesai. Tiad masalah. (IH)

Lihat sebelum ini..

Mel Wings, Di Malam Kesenian Islam, S'ngorKu Tg Karang

HALAMAN HIBURAN

KL 24 Sept 11: Bekas vokalis kumpulan Wings, Mel atau nama sebenarnya Ismail Zainuddin, 45, mengakui selesa menjalani kehidupan sebagai pendakwah bebas selepas berundur sebagai penyanyi kira-kira sepuluh tahun lalu.

Beliau dijemput menghadirkan diri dalam Program KARNIVAL SELANGORKU yang akan diadakan di Padang Astaka Dato' Hormat, Tanjung Karang pada 29 Sept hingga 4 Oktober 2011. Acara 'Malam Kesenian Islam' pada 29 Sept itu diisi dengan pementasan teater berjudul 'Alam Barzah' oleh Kumpulan Nusantara.

Meneliti pengalaman hidupnya, katanya, "Selepas meninggalkan dunia nyanyian, saya selesa dengan kehidupan hari ini iaitu berdakwah dan mengadakan ceramah di merata tempat.

"Selain itu, saya juga aktif menyanyikan lagu-lagu berbentuk ketuhanan tetapi tidak lagi di pentas komersial," kata bapa kepada penyanyi remaja Ikhwal ini.

Mengulas tentang kemunculannya dalam konsert Wings Opera Hidup Rockestra di Istana Budaya baru-baru ini, Mel berkata:

"Saya menyanyi di konsert tersebut semata-mata untuk memeriahkan konsert itu. Ia adalah tanda sokongan dan penghargaan kerana saya pernah bersama Wings satu waktu dulu.

"Namun, ia bukan bermakna saya ingin aktif kembali dalam bidang nyanyian. Saya selesa dengan kehidupan sekarang."

Bersama Wings, Mel sempat menghasilkan sebuah album iaitu Orang Asing (1995) yang menampilkan lagu-lagu popular seperti Lena Diulit Intan dan Semalam Yang Hangat.

Selepas itu, Mel bergerak sebagai penyanyi solo dengan dua album Mencari Enigma Lagu (1996) dan Sukma’98 (1998), sebelum berundur diri untuk menumpukan perhatian pada bidang keagamaan.

Jika anda ingin menemui beliau datanglah beramai-ramai ke..

Malam Kesenian Islam
Pementasan teater berjudul 'Alam Barzah'
di KARNIVAL SELANGORKU
Diadakan di Padang Astaka Dato' Hormat,
Tanjung Karang
Pada 29 Sept - 4 Oktober ini.

Lanjut, sila hubungi..
Sekretariat Karnibal Selangorku
Kawasan Tg Karang
En Zulkifli 017 634 8172
En Afif 017 619 8902

Datanglah beramai-ramai, tidak kir apa parti pun..
Percuma!

Kepada Blogger-blogger.. Tolong hebah dan panjangkan!!

Juga Karnival Selangorku...

Hudud: N/Aziz Minta Pendapat B/Islam. Apa Kata DAP?

KL, 24 Sept 11: Di sebalik kemunculan semula isu kontroversi pelaksanaan hukuman hudud sejak awal minggu ini, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu bukan Muslim memberi pandangan jujur sama ada mereka akan bersetuju jika undang-undang itu dilaksanakan.

“Perbincangan terbuka, kepada rakan-rakan bukan Islam yang dihormati, adakah anda akan bersetuju jika hukuman hudud dilaksanakan?

“Sila berikan pandangan anda mengenai perkara ini, tanpa prejudis, sentimen politik dan emosi,” kata Menteri Besar Kelantan dalam mesej terbaru dipaparkan menerusi laman sosial Facebook awal pagi ini.

Kerajaan negeri Kelantan pimpinan berusaha untuk melaksanakan undang-undang ini sejak awal 1990-an tetapi tersekat ekoran amaran kerajaan pusat yang disampaikan pada 1994.

Isu itu berkembang sebagai kontroversi terbaru apabila kelmarin Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan beliau lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Nik Aziz (gambar) berkata beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu. Kata beliau, tiada sesiapa pun termasuk DAP berhak menolak hukum hudud dan penubuhan negara Islam itu selagi semua manusia menumpang di bumi Allah ini dan hukum Islam yang mahu ditegakkan itu adalah kerana ia hukum Allah, bukannya manusia.

Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.

Anwar secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi katanya ia belum dibincangkan oleh Pakatan Rakyat. Kelmarin, Nik Aziz menolak pandangan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa keadaan negara ketika ini tidak kondusif untuk melaksanakan hukum hudud itu.

Dalam isu berkaitan, semalam Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata manifesto gagasan Pakatan Rakyat perlu diutamakan berbanding prinsip parti masing-masing. Justeru Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan fokus mengangkat martabat rakyat perlu diketengahkan bagi merialisasikan hasrat membentuk sebuah kerajaan baru.

“Sesungguh pun parti dan komponen Pakatan Rakyat ada pendirian tentang isu masing-masing, tetapi kita bekerjasama atas satu landasan yang telah pun dipersetujui dan dicatit secara hitam putih dan ditandatangani secara bersama. Inilah yang kita panggil manifesto Pakatan Rakyat,” katanya.

Namun kata Lim, DAP tetap dengan pendirian untuk tidak menyokong cadangan PAS Kelantan melaksanakan hudud selain berharap keputusan tersebut dihormati kedua-dua pihak.

“Pendirian Nik Aziz tentang hudud amat konsisten. Sama juga dengan pendirian DAP juga konsisten bahawa kita kurang bersetuju,” tambah beliau.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno juga tiada masalah untuk melaksanakan hukum hudud tetapi berkata Malaysia belum bersedia ke arah itu. Malah semalam,MCA mengancam akan keluar Barisan Nasional jika Umno melaksanakan undang-undang itu. (IH)

Lihat sebelum ini..

K/Pusat Tetap Akan Sekat Hudud -Najib Razak

PM Najib: Penegasan diberikan oleh Tun Dr Mahathir pada 1994.

KL 24 Sept 11: Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan pusat akan tetap menyekat sebarang usaha mahu melaksanakan hukum hudud — penegasan kedua oleh seorang perdana menteri Malaysia ke atas usaha kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS.

Penegasan sedemikian telah diberikan secara hitam putih oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 1994.

Ketika bercakap kepada pemberita sempena lawatan kerja ke Tanjung Tualang di Perak hari ini, Perdana Menteri berkata, undang-undang Islam itu tidak sesuai untuk dilaksanakan sebab kerajaan perlu realistik dengan situasi negara ini.

Najib berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

“Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

“Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu,” katanya dipetik Bernama Online.

Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip “Maqasid Syariah” iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

“Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan,” kata Najib.

Beliau berkata matlamat sebenar perlu dicapai, yang antaranya memastikan rakyat dan negara ini sentiasa aman serta sejahtera.

Kelmarin, Nik Aziz menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai sesuatu yang melucukan apabila meminta Menteri Besar Kelantan itu merujuk hasrat mahu melaksanakan hukum hudud kepada pentadbiran Najib.

Nik Aziz berkata mengikut protokol pentadbiran negara mana-mana surat rasmi yang dihantar kepada perdana menteri tidak akan tamat tempoh kuat kuasa apabila penyandang semasa meletakkan jawatan.

“Saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar oleh perdana menteri akan tamat tempoh kuat kuasa apabila perdana menteri tersebut meletakkan jawatan.

“Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan perdana menteri? Lucu sekali cabaran Tun Mahathir . . . ,” kata Nik Aziz.

Sehubungan itu, kata Nik Aziz, beliau juga memohon Najib agar menarik balik surat, yang dikeluarkan ketika pentadbiran Dr Mahathir menghalang pelaksanaan hukuman hudud, membenarkan Kelantan melaksanakan undang-undang itu jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama.

Dalam pada itu, Najib menyifatkan langkah Nik Aziz, Mursyidul Am PAS, memutarkan kembali cerita lama mengenai hudud sebagai taktik parti itu bertujuan menagih perhatian rakyat.

Beliau berkata taktik ini dilakukan selepas parti itu menerima kritikan hebat daripada rakyat negara ini ekoran kenyataan Timbalan Presiden parti itu Mohamad Sabu yang mempertikaikan peranan anggota polis dalam peristiwa Bukit Kepong dan menyanjung pengganas komunis sebagai pejuang tanah air.

“Saya nampak ini taktikal, sebab parti PAS sudah menerima pukulan cukup hebat ekoran daripada kenyataan Mohamad Sabu yang menidakkan pejuang-pejuang nasionalis yang terbunuh dalam insiden Bukit Kepong dahulu. Ia telah menimbulkan kemarahan yang begitu dahsyat dalam kalangan orang Melayu.

“Mereka sedar bahawa sokongan kepada mereka dah merosot dengan begitu ketara, jadi mereka cuba timbulkan isu hudud ini dengan harapan bahawa isu Mohamad Sabu itu akan tenggelam dan cuba muncul sebagai parti memperjuangkan Hudud dan menawan hati orang Melayu,” katanya.

Najib berkata isu hudud ini turut memperlihatkan kemelut persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang sudah tidak dapat ditutup lagi dan beliau yakin rakyat bijak menilai kelemahan mereka.

Kata beliau, dalam soal undang-undang hudud telah timbul satu keadaan di mana perbezaan “ideologi mereka sudah tidak boleh ditutup lagi, tidak boleh diselindung di hadapan mata rakyat.”

“Saya berharap ini dapat disedari oleh rakyat, kita tidak boleh meletakkan harapan kepada satu gabungan yang tidak sehaluan daripada segi prinsip dan ideologi.

“Walaupun mereka cuba mengaburi mata rakyat, tetapi lambat laun ia akan timbul bukan sahaja daripada segi hudud tetapi juga pembahagian jawatan dalam ‘Kabinet Bayangan’ mereka. Mereka belum berani merangka Kabinet mereka,” katanya. (IH)

Lihat sebelum ini..

Gambar Tipu Kita.. Satu Dunia Gempar & Percaya.


JOM KREATIF
INILAH gambar-ambar palsu yang pernah menggemparkan dunia..

Berikut merupakan sebahagian daripada gambar-gambar palsu yang pernah menggemparkan dunia suatu ketika dulu. Malah tidak keterlaluan dikatakan, ramai yang mempercayai gambar-gambar ini sebagai kejadian yang benar-benar berlaku.

Satu: Gambar ini dikatakan paling heboh di Malaysia suatu ketika dulu. Kononnya tengkorak manusia bersaiz gergasi ditemui di padang pasir Arab Saudi, seperti yang dilaporkan oleh akhbar, The New Nation Bangladesh pada tahun 2004. Gambar ini tidak lain, hanyalah rekaan photoshop yang dikeluarkan oleh laman web Worth1000.com

Dua (gambar di atas sekali..): Pada sekitar tahun 2001, satu foto kucing raksasa beredar melalui e-mail dan dikatakan sebagai kucing terbesar yang ditemui berdekatan dengan makmal nuklear di Kanada. Gambar ini sebenarnya hanyalah rekaan semata-mata oleh seorang lelaki; Cordell Hauglie yang disebarkan pada Mei 2001 kepada rakan-rakannya sebagai bahan jenaka.

Tiga: Beberapa saat selepas serangan 11 September, beredar foto di internet tentang seorang lelaki yang sedang berdiri di bangunan WTC dimana sebuah pesawat sedang menyerang bangunan itu. Gambar ini juga ternyata palsu.

Empat: Pada tahun 1917, dua orang kanak-kanak perempuan yang baru kembali dari bermain di kebun mereka menunjukkan bukti bahawa mereka bermain dengan pari-pari. Namun pada tahun 1970-an dibuktikan bahawa gambar tersebut adalah palsu. Salah seorang saksi bernama Elsie Wright mengakui bahawa pari-pari itu tidak lebih dari gulungan kertas.

Lima: Gambar ini terkenal dengan nama Monster Loch Ness atau Nessie. Pada 1994 terbukti bahawa gambar itu palsu dan hanya direka. Gambar ini hanyalah permainan kapal selam yang dilengkapi oleh kepala ular laut.

Enam: Ray Santilli pada tahun 1995 menyatakan beliau memiliki gambar Alien UFO yang sedang dibedah pada tahun 1947, namun pada tahun 2006 dia mengakui bahawa gambar itu hanyalah sebuah gambar yang diolah semula dari sebuah kejadian.

Tujuh: Pada 1 April 2008 yang bersamaan dengan April Fool, BBC melaporkan rakaman penguin berenang dan terbang dari Antartika ke Brazil. Rakaman ini merupakan rangkaian April Fool yang dipaparkan oleh BBC namun mendapat reaksi yang serius dari pelbagai pihak.

Lapan: Gambar ini muncul pada tahun 2001 yang memperlihatkan sebuah hlikopter sedang diserang oleh paus ganas. Gambar ini juga adalah gambar palsu.

Sembilan: Rasanya, ramai yang telah tahu bahawa gambar kematian Osama bin Laden ini adalah gambar palsu yang telah di photoshop kan.

Sepuluh: Gambar ini lagi kuat tipu.. Suatu perancangan rapi memfitnah ketua pembangkang di parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditaja oleh kuncu-kuncu UMNO yang bermain dengan poitik najis. Hingga sekarang tak selesai lagi. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'
(IH)

6 Wanita Hamba Seks, Ditahankurung, Perkosa..


BEIJING: Polis di tengah China menahan seorang bekas anggota bomba berusia 34 tahun kerana mengurung enam wanita sebagai hamba seks di sebuah penjara bawah tanah selama dua tahun. Media China semalam melaporkan lelaki terbabit juga membunuh dua tawanannya sebelum seorang mangsa berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis.

Menurut akhbar Southern Metropolis Daily, Hao yang bekerja di sebuah pejabat pentadbiran tempatan di bandar Luoyang, Wilayah Henan, didakwa kerana membunuh dan menanam mayat dua wanita berkenaan.

Dia menanam mayat mangsa di dua buah bilik yang digali di bawah bilik bawah tanah kediamannya. Akhbar sama memberitahu, Li ditahan pada 6 September lalu kerana menculik enam wanita yang merupakan pekerja kelab malam dan karaoke sebelum berulang kali memperkosa mereka.

Dia hanya memberi mereka makan sekali dalam setiap dua hari supaya wanita-wanita itu lemah dan tidak berdaya melarikan diri. Laporan berkenaan menyatakan, Li cuma membenarkan mereka keluar dari bilik bawah tanah tersebut untuk dilacurkan apabila dia kesempitan wang. Namun, ketika dia melacurkan mereka di luar, seorang wanita berusia 23 tahun kemudian berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis.

Hao mempunyai seorang isteri dan anak lelaki berusia setahun. - Reuters

Seorang ahli politik wanita Kuwait, Salwa al-Mutairi (gambar sebelah) mencadangkan supaya golongan lelaki dibenarkan menyimpan hamba seks yang terdiri daripada kalangan banduan wanita bukan Muslim di negara-negara yang dilanda peperangan..

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kini persoalan 'hamba' mulai terserlah. Bukan sahaja hamba seks, bahkan hamba keseluruhannya. Lihat tulisan di bawah. Seolah-olah sisem hamba sudah dibaik pulih kembali. Ada penjara yang sudah diswastakan oleh kerajaan. Di mana tahanan-tahanan disewabelikan tenaga mereka. Dibisneskan. Bahkan ada cadangan penyelesain hamba seks menurut Islam... Lihat Sebelum ini...

Jom imbas sikit mengenai 'hamba'.

Tafsiran surah Al-Mukminun ayat 5, 6 dan 7 ialah separti berikut..
  • "Dan mereka yang menjaga kehormatannya"(5).
  • "Kecuali terhadap isteri dan hamba sahayanya, maka mereka itu tiada dicela"(6).
  • "Barang siapa yang mencari di luar daripada itu adalah melampaui batas"(7).
Soal perhambaan ini ada zaman Rasulullah SAW.. Orang Arab dulukala memang suka pelihara hamba, termasuk hamba perempuan.. Still, sampai zaman Islam datang, perhambaan masih ada, cumanya cara Rasulullah mendidik secara perlahan-lahan.. Hamba dibeli hamba dan bebaskan. Persetubuhan dengan hamba ini memang dibolehkan. Dan anak daripada hasil persetubuhan itu boleh diambil oleh tuannya.

Banyak hadis Rasulullah SAW berkaitan amalan perhambaan seperti amalan dikaitkan pahalanya sama seperti membebaskan hamba abdi dan denda terhadap kesalahan berupa pembebasan hamba. Lahirlah manusia mulia seperti Bilal berasal dari 'hamba' yang dibeli dan ramai lagi. Kini tawanan-tawanan perang di penjara-penjara dunia diperhambakan. Dan mereka sudah bertukar menjadi hamba dan dimiliki orang lain.

Bagaimana pandangan anda mengenai solusi perhambaan seperti dalam pandangan ini.. Bolehkah Wanita B/Islam Dijadikan Hamba Seks? (IH)

Penemuan Baru, Neutrino Lebih Laju Dari Cahaya

GAMBAR menunjukkan bangunan Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah pada 30 Mac 2010.

PARIS, Perancis - Sekumpulan ahli fizik melaporkan kelmarin bahawa sejenis partikel yang yang dinamakan neutrino boleh bergerak lebih laju daripada cahaya. Partikel itu lebih kecil daripada sebutir atom.

Jika penemuan tersebut disahkan, ia boleh mencabar teori relativiti yang diperkenalkan oleh saintis legenda, mendiang Albert Einstein. Teori berkenaan menyatakan tiada unsur yang dapat mengatasi kelajuan cahaya di alam semesta ini.

Kumpulan ahli fizik terbabit memberitahu, uji kaji yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN), Switzerland dan sebuah makmal di Itali menunjukkan partikel itu bergerak selaju 300,006 kilometer sesaat.

Pergerakan partikel itu adalah sekitar enam km/s lebih laju daripada kelajuan cahaya.

"Keputusan ini amat mengejutkan," kata seorang jurucakap eksperimen berkenaan yang dikenali sebagai OPERA, Antonio Ereditato.

"Kami mahu mengukur kelajuan neutrino tetapi kami tidak menjangkakan akan membuat penemuan luar biasa seperti ini," tambahnya. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bila berlaku penemuan sesuatu ilmu baru, baru kita tahu bahawa masih banyak lagi ilmu belum diterokai dan ditemui. Masya Allah, semakin banyak ilmu dijumpai, rupa semakin bodoh kita berbanding kebesaran dan keagugan Allah Yang Maha Agung.

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Tak Pandai Inggeris Pun China Boleh Maju..

JIKA anda berjalan-jalan di China, anda akan dapati kebanyakan papan tanda bahasa Inggeris di sana menggunakan bahasa Inggeris yang salah tatabahasa sehingga wujud istilah yang digelar Chinglish.

Namun China tetap boleh maju.. Kini China mula menguasai pasaran dagang dunia...


(IH)

Tak Mampu Bayar Yuran Sekolah Pun Berbogel..

"Sekolah dah bermula, bagaimana pula dengan kami".Bunyi placard yang dibawa.
INI.. demo dilakukan pelajar yang tidak mampu menbayar yuran akibat kemiskinan di Filipina. Perlunya Negara Kebajikan.



Laporan asal SeeWhyCare

Sebelum ini..

E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

Friday, September 23, 2011

'Pantai Purdah' Ini, Boleh Berbikini & Berjilbab..

BEBERAPA wanita memakai burka mandi di sebuah pantai di Spille, Albania pada bulan lalu.
SPILLe: 23 Sept 2011: Setelah bulan suci Ramadhan, pada Ogos lalu, umat muslim berbondong-bondong pergi ke 'pantai purdah' di Albania, 30 minit berjalan kaki dari Spille. Burqa, jilbab atau purdah adalah baju yang dipakai menutupi seluruh bahagian tubuh wanita, sesuai dengan kehendak agama Islam.

Disitu perempuan mandi dengan memakai jilbab. Di sisi pantai Albania yang lain, tidak jauh dari situ perempuan bermain-main menggunakan bikini. Kontras, namun membuktikan tradisi toleransi beragama di Albania sudah wujud selama berabad-abad. Toleransi ini bahkan bertahan hampir setengah abad setelah aturan komunis yang berusaha membasmi semua agama.

"Pantai Albania memiliki ruang untuk semua orang: jilbab, bikini, pakaian renang," kata Arta, seorang warga Albania.

Selim, seorang pengunjung Muslim mengatakan, pantai burqa sudah didakwa secara informal oleh golongan Muslim yang tidak ingin mengekspos tubuh mereka masa mandi. Ini merupakan satu-satunya tempat di sepanjang Albania dan pantai Ionia.

"Mengapa beberapa orang berfikir mempamerkan tubuh mereka adalah tanda peradaban dan kebebasan, sementara melindungi tubuh seseorang dari lirikan orang lain adalah sebuah ekspresi dari keterbelakangan?", tanya Selim yang sedang duduk pada bahagian, terpencil di bentangan panjang pantai di Spille, yang terletak sekitar 100 kilometer (60 mil) barat daya ibu kota Tirana.

Selama bulan puasa, pantai ini kosong. Muslim tidak berenang kerana takut tertelan air, 'pantai burqa' kini telah ramai lagi. Suhu dalam beberapa minggu terakhir melonjak ke dalam 30-an derajat celcius (sekitar 80 F) dan terus naik sampai ke Oktober. Meskipun termasuk pantai yang langka, pengunjung cukup mengeluhkan dengan tidak adanya fasiliti. Mereka juga mesti berjalan kaki setengah jam dari pantai utama Spille untuk mencapai lokasi.

Boleh berbikini dan berpurdah..
"Semua orang bebas untuk memilih, bahkan gadis-gadis berbikini di sepanjang pantai ini, tapi perempuan dan anak-anak hanya memiliki sedikit ruang," kata Selim, hati-hati mengawasi isterinya dan adik kerana mereka sedang mengharungi ombak.

Walaupun Albania terkenal majoriti Muslim, hanya segelintir perempuan dapat dilihat di jalan-jalan Tirana dengan memakai jilbab. "Islam tidak melarang seorang wanita untuk mandi, tetapi hanya jika ia mencakup dirinya dalam cara yang layak, untuk melindungi dirinya dari dilihat orang lain," desak Fatima, seorang ibu berjubah hitam panjang ketika muncul dari air.

"Mereka yang ada wang pergi ke Turki, atau negara-negara lain, bukan tempat ini di Spille yang tidak memiliki keintiman dan infrastruktur untuk wanita Muslim yang taat, tidak mesti membuka pakaian di depan umum, atau menarik setiap pandangan," kata seorang pengunjung, Hasan sambil menggerutu.

Ermir Gjinishi, seorang profesor studi Islam di Tirana, Albania merasa perlu memiliki pantai lebih banyak yang hanya disediakan untuk perempuan. "Kerana dipisahkan dari lelaki.. bahkan mereka boleh gunakan baju renang," katanya.

Berbeda dengan yang ini, "Saya tidak punya apa-apa untuk disembunyikan, baik dari Allah, mahupun dari matahari," kata mahasiswa psikologi Arjana semasa sedang menyesuaikan tali bikininya. dan berkeras dengan pendapat berenang dengan jilbab tidak lebih praktik dibandingkan berenang dengan pakaian renang.

Dikatakan pantai tersebut merupakan satu-satunya pantai yang dikhaskan untuk wanita Muslim berenang dan bermain air laut dengan memakai purdah. Kira-kira dua pertiga daripada penduduk Albania merupakan penduduk Muslim. Adakah pantai ini sebagai lambang tolerensi atau kerukunan beragama? Atau sebagai lambang ketidakadilan sosial dikalangan masyarakat Islam? (IH)

Hudud Boleh Dilaksanakan. Penumbuk N/Aziz Tepat

KL, 23 Sept 11: Perlembagaan tidak menghalang pelaksanaan hukum hudud sebab tidak ada peruntukan mengatakan tidak boleh melaksanakan undang-undang Islam itu dan Kelantan harus mencabar Akta Mahkamah Syariah 1965, kata pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari.

“Di sisi undang-undang hudud boleh dilaksanakan di Malaysia, di peringkat persekutuan atau negeri. Atau di kedua-dua,” kata beliau mengulas kontroversi berkaitan pelaksanaan undang-undang hudud yang muncul semula sejak awal minggu ini.

“Bahkan sebahagian undang-undang Islam telah pun dilaksanakan. Contohnya keluarga Islam, perbankan dan jenayah syariah,” kata beliau sambil menambah, jika pihak kerajaan pusat mengatakan bahawa undang-undang Islam dihalang oleh Perlembagaan Persekutuan, “apa akan jadi dengan undang-undang itu?”

“Nak mansuhkan?” soal ahli akademik ini merujuk kepada undang-undang semasa.

Jelas beliau, hukum hudud dan qisas bermakna ada keperluan untuk meningkatkan undang-undang jenayah syariah yang sedia ada kerana kini hukuman yang disediakan, contohnya zina, tidak mengikut peruntukan prinsip Islam. Aziz menambah, sekiranya Umno mendakwa bahawa komited dengan pelaksanaan hukum Islam, ia perlu mengambil inisiatif untuk memansuhkan Akta Mahkamah Syariah 1965 yang membataskan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

“Pada pendapat saya akta ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan kerana Islam adalah bidang kuasa negeri sedangkan akta berkenaan ialah undang-undang yang dibuat oleh persekutuan,” kata Aziz hari ini.

“Dan, kita tahu Mahkamah Syariah di bawah kuasa negeri. Jadi mengapa Parlimen buat undang-undang untuk menyekat mahkamah milik negeri? Ini salah di sisi perlembagaan kita yang mengamalkan semangat federalisme,” tambah beliau.

“Kalau Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) kata belum sampai masa nak buat hudud, itu soal dia. Tapi dia tidak harus menghalang negeri yang hendak buat hudud,” jelas beliau.

Sehubungan itu kata Aziz, ekoran keengganan kerajaan pusat pilihan yang boleh diambil oleh kerajaan negeri Kelantan ialah mencabar Akta Mahkamah Syariah 1965.

“Kita lihat bagaimana mahkamah dengan ketua hakim yang baru ini akan bersilat,” katanya.

Aziz juga berkata, apa yang disebutkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam betul kerana apa yang dihasratkan oleh Kelantan tidak melanggar dasar Pakatan Rakyat.

“Selama ini pun negeri-negeri Pakatan menjalankan dasar-dasar tertentu yang tidak standard di peringkat negeri asalkan ia tidak menyalahi undang-undang,” katanya.

Malah tegas beliau, ini satu kesempatan untuk Pakatan Rakyat menunjukkan betapa mereka mengamalkan kesatuan dalam kepelbagaian.

“Mereka sudah berjaya mengamalkan dasar sama rata di kalangan anggota, tidak seperti BN yang mengamalkan dasar komponen utama yang dimainkan oleh Umno.

“DAP tidak harus berdegil dengan perspektif perlembagaan mereka yang belum tentu betul dan muktamad. Umno sendiri sudah menerima hudud yang secara tidak langsung bermakna ia akur dengan perspektif perlembagaan yang saya nyatakan tadi,” katanya lagi.

Semalam, Muhyiddin berkata hukum hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini dan menambah, hukum Allah itu akan hanya dapat dilaksanakan sekiranya keadaan negara ini benar-benar kondusif dengan memastikan keamanan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu.

Beliau berkata sebagai negara berbilang bangsa, agama dan kepercayaan, Malaysia masih belum bersedia untuk memperkenalkan hukum hudud seperti mana yang dilaungkan oleh pemimpin PAS. Awal pagi tadi, dua pemimpin kanan PAS mengambil tindakan segera ‘merawat mudarat politik’ pagi ini dengan menggesa kepimpinan Pakatan Rakyat agar memberi fokus ke atas isu-isu kebajikan rakyat dan tidak terperangkap dengan serangan Umno-BN termasuk soal hukum hudud sekarang.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mutakhir ini media Umno sengaja membesar-besarkan pelbagai isu bagi mengalihkan tumpuan kerja Pakatan Rakyat. Pendirian yang sama dilahirkan oleh ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad yang turut menggesa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat meletakkan fokus ke atas isu-isu semasa lebih penting bagi menghadapi pilihan raya umum.

Beliau memberi amaran Pakatan Rakyat akan berakhir jika pemimpin-pemimpinnya tidak berhati-hati dengan terperangkap dengan isu ‘tidak perlu buat masa sekarang’, yang dibesarkan oleh Umno-BN sekarang. Isu hukum hudud muncul semula susulan idea yang dibangkitkan pada Seminar Syariah Peringkat Kebangsaan di Kota Baru pada Selasa lalu.

Ia berkembang sehingga semalam apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam. Nik Aziz berkata beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.

Kata beliau, tiada sesiapa pun termasuk DAP berhak menolak hukum hudud dan penubuhan negara Islam itu selagi semua manusia menumpang di bumi Allah ini dan hukum Islam yang mahu ditegakkan itu adalah kerana ia hukum Allah, bukannya manusia.

Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.

Tengah hari semalam, Anwar secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi katanya ia belum dibincangkan oleh Pakatan Rakyat. Kelmarin, Nik Aziz menolak pandangan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa keadaan negara ketika ini tidak kondusif untuk melaksanakan hukum hudud itu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pada kami, isu hudud dilontarkan oleh Tok guru Nik Aziz ini memang tepat dan sesuai pada masanya sekarang.

Kalau pentas politik Malaysia kini dilihat sebagai gelanggang tinju, penumbuk pertama pukulan kepada BN terkuat ialah isu Bersih 2.0. Pukulan yang menyebabkan BN cedera teruk. BN terpaksa menepis, bertubi-tubi isu itu hingga ke peringkat antarabangsa. Ketua BN bagai tersandar ke hujung gelanggang, dibelasah dan diasak pembangkang, terpaksa menjelaskan serangan.

Tetapi BN berjaya menyerang dan memukul balik dengan penumbuk isu Mat Indera dan mengaitkan Mat Sabu Timbalan Presiden PAS dengan kominis. Isu yang berjaya membangkitkan kemarahan orang Melayu kepada komunis, yang sekali gus merugikan PAS. Dikatakan isu itu mampu menjauhkan orang Melayu dari mengundi dan menyokong PAS, walaupun PRU12 Pakatan berjaya menarik undi bukan Melayu. Bererti kalau hal ini berterusan dalam PRU13 akan datang, mimpi Pakatan menawan Malayisa akan gagal, kerana kekuatan BN masih bertunjang kepada pengundi Melayu.

Satu lagi penumbuk BN memukul pembangkang apabila BN melalui PM, mengisytihar akan memansuhkan Akta zalim ISA, walau tolak 1 tetapi + 2. Ertinya mansuh 1 akta, tambah 2 akta baru yang mungkin lebih menindas teruk lagi. Setakat ini satu pukulan dari pembangkang dan 2 pukulan dari BN. 1-2.

Kini PAS balas balik dengan isu hudud dari Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz. Isu yang mampu menarik balik sokongan orang Melayu Islam kepada PAS. Janji sewaktu PAS merampas Kelantan dari BN beberapa penggal pilihan raya lalu akan ditunaikan. Isu yang membuktikan bahawa PAS tidak melutut kepada DAP seperti yang diuar-uarkan. Seperti juga isu Mat Indera, di mana DAP membantah PAS, dapat memulih imej DAP dari dilibatkan dengan komunis.

Apakah penumbuk Nik Aziz kali ini boleh memberi pukulan TKO kepada BN dalam PRU13, atau hanya semata-mata 2-2 sahaja? Sama-sama kita saksikan pertarungan seterusnya.. (IH)

Lihat sebelum ini..

Skandal Seks Menteri M'sia Dg Wanita Cambodia?

Oleh : PAPARAZZI SK (sabahkini)

PERDANA Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang sibuk menjaja cerita Skandal demi Skandal Seks Ketua Pembangkang tidak sedar bahawa majoriti menteri kabinetnya terpalit dengan Skandal seks yang memualkan.

Petang tadi Paparrazzi menerima maklumat bahawa seorang Menteri Kabinet Najib terbabit dengan Skandal Seks bersama Wanita Cambodia yang sering melawat menteri berkenaan di Malaysia dan menjadikan beberapa resort dan hotel sebagai tempat memadu kasih.

Menteri berkenaan pula sering melawat ke luar negara, sama ada untuk bermain golf atau melancong bersama kekasih hatinya; kerana jiwanya kosong setelah isterinya sakit dan tidak dapat melayan naluri menteri berkenaan yang semakin kemaruk seks.

Sebelum ini Menteri berkenaan terlibat dengan Skandal Seks di Australia dan merupakan salah seorang menteri yang mempunyai hubungan rapat dengan Najib.

Menurut maklumat yang Paparazzi terima, seorang berpangkat Dato’ memperkenalkan Menteri tersebut dengan Wanita Cambodia berkenaan.

Skandal seks ini dijangka akan menggemparkan Kabinet Malaysia tidak lama lagi kerana ada beberapa pihak sedang merundingkan harga dengan Paparazzi untuk menjual gambar dan rakaman video untuk membuktikan hubungan sulit menteri berkenaan.

(Diangkat dari Sabahkini 22 Sept)

Sabah Jual 3 Pulau Kepada Orang Luar?

KERAJAAN Sabah akan melindungi kepentingannya dalam cadangan menjual tiga buah pulau di perairan negeri ini kepada orang asing menerusi iklan internet.

Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur negeri Datuk Osman Jamal berkata kerajaan negeri sememangnya mengetahui iklan penjualan tiga pulau berkenaan iaitu Mengalum, Pandanan dan Montukod; tetapi tidak boleh menghalangnya kerana pulau-pulau berkenaan milik persendirian.

"Bagaimanapun pemilik pulau mesti terlebih dahulu mendapat kelulusan Pemungut Hasil Tanah sebelum boleh menjual tanah mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan Hari Raya anjuran Bahagian Akhbar dan Penerbitan Jabatan Ketua Menteri di Wisma Innoprise di sini, Rabu.

Osman diminta mengulas iklan yang dikatakan untuk menjual pulau-pulau tersebut menerusi pusat pasaran talian terus yang berpangkalan di Toronto, Kanada.

Sebuah akhbar tempatan semalam dipetik melaporkan bahawa ketiga-tiga pulau terbabit, pertama Mengalum terletak di luar pantai Kota Kinabalu seluas 101 hektar ditawarkan pada harga US$18 juta, Pandanan dekat Semporna (empat hektar) US$2 juta dan Montukod, kira-kira satu kilometer di luar Kinarut (kira-kira tujuh hektar) dengan harga US$11.266 juta.

Osman berkata pulau Mengalum dimiliki sebuah syarikat dengan hak milik pajakan negara (CL), Montukod hak milik pajakan negara dan peribumi manakala Pandanan diberi secara hak milik CL. Katanya, kedua-dua pulau Montukod dan Pandanan adalah milik individu persendirian. (BERNAMA)

Sementara itu, Pemuda PAS hari ini membidas kerajaan negeri Sabah kerana berdiam diri membiarkan tiga pulau di pesisiran pantai negeri berkenaan dijual di pasaran antarabangsa. NONEMenurut ketua pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu adalah tidak bertanggungjawab bagi kerajaan negeri memberi kelonggaran kepada pemilik swasta untuk menjual pulau-pulau itu dan pada masa yang sama, tanpa ragu-ragu mengusir penduduk tempatan dari hak tanah adat (NT) di kawasan pedalaman. Lahirul mempersalahkan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah kerana gagal melindungi kepentingan rakyat Sabah dalam penjualan kontroversi tiga pulau - Mengalum, Pandanan dan Montukod - dan melahirkan rasa terkejutnya bagaimana pulau-pulau itu boleh dijadikan milik persendirian. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails