Saturday, October 22, 2011

Jangan Sekat A/Akademik Beri Pandangan -Nik Aziz


GOMBAK, 22 Okt 11: Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nikmat menyeru semua pihak termasuk universiti, tidak menyekat ahli akademik menyuarakan pandangan akademik mereka.

Mengulas isu penggantungan Pensyarah Undang-undang, Profesor Dr Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau berkata ahli akademik perlu diberi peluang mengulas apa jua isu mengikut kepakaran akademik yang dimiliki mereka.

"Aziz Bari ni orang akademik. Berilah peluang orang akademik berakademik," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 anjuran Lajnah ICT PAS Pusat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar di sini.

"Dia juga pakar perlembagaan, saya tak fikir pakar perlembagaan buat benda bercanggah dengan perlembagaan," katanya sebagai membantah tindakan penggantungan oleh UIAM itu.

Kelmarin UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan. Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Tindakan terhadap pakar perlembagaan itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini yang mengulas titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama. Abdul Aziz dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

"Dua hari lalu dia ada orang tulis dalam surat khabar, ada orang kata 'natang' kepada raja-raja Melayu tapi tak ada apa-apa tindakan pun.

"Rakyat jadi pelik, apa dah jadi ni," soal Tuan Guru Nik Aziz.

Sementara itu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menasihatkan rektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA) untuk menarik balik penggantungan kontroversi ke atas Prof Abdul Aziz Bari.Menurutnya, apa sahaja (sebab-sebab untuk tindakan itu), ia masih salah dari segi moral dan intelektual (kerana) Aziz belum didapati bersalah.

"Harap tarik balik penggantungan... harap jangan ambil tindakan terhadap mahasiswa yang demonstrasi (semalam)," katanya. (IH/Harakahdaily)

Gesa Akta Baru Ganti ISA -Mohd Azmi (HIMPUN)


SHAH ALAM, 22 Okt 11: Peruntukan untuk melindungi sensitiviti agama dan kedudukan istimewa Islam perlu dijadikan sebahagian daripada undang-undang baru yang akan digubal bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri, gesa Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) hari ini.

Pengerusi bersamanya Mohd Azmi Abdul Hamid menekankan bahawa peruntukan itu perlu disepadukan dalam dua undang-undang baru, yang dijangka akan digubal tahun depan, bagi memastikan keharmonian agama dan kaum di Malaysia dipertahankan.

Malah kata beliau, enakmen peringkat negeri untuk mencegah kes-kes murtad di kalangan Muslim tidak mencukupi dan perlu diperbaiki. Sehubungan itu beliau menggesa pihak berkuasa agama Islam agar melihat kes-kes murtad dengan lebih serius.

“Kami merasakan tidak cukup. Kita tidak serius dalam mengadakan penguatkuasaan,” kata beliau kepada pemberita selepas menutup gerakan Himpun di Stadium Shah Alam di sini.

Sambil tidak menafikan bahawa ada kelemahan dalam pengagihan duit zakat, Azmi berkata, ia tidak bermakna agama-agama lain mengambilnya sebagai peluang untuk menyebarkan kepercayaan mereka ke atas Muslim.

“Kesemua agensi ada kelemahan, bukan hanya agensi agama. Tetapi ada pihak mengambil peluang dengan kelemahan,” katanya.

“Ia tidak betul,” katanya.

Bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan dua undang-undang termasuk ISA akan dimansuhkan. Ia akan digantikan dengan dua akta baru, dijangka tahun depan. (IH)

Sila lihat ciri-ciri kerukunan umat beragama...

E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

Lihat video sebelum ini..

Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet

HIMPUN Selesai Dr Hasan Ali Penutup & Doa Munajat


Himpun placards
Perhimpunan anti-murtad bermula di Shah Alam

Selain itu, beberapa orang di kalangan orang ramai yang hadir juga dilihat membawa satu risalah bertajuk "siapa bertanggungjawab Kristiankan Melayu di Selangor?"

Seorang individu mengumumkan melalui pembesar suara di stadium bahawa terdapat pihak tertentu yang mengedarkan risalah yang "boleh timbulkan masalah."

"This is a peaceful assembly. Tolong jangan resahkan perhimpunan ini.

"Siapa yang jumpa orang yang edar risalah itu, tangkap dan bawa kepada polis," kata individu yang membuat pengumuman itu lagi.

isalah, yang kelihatan seperti buku kecil (di bawah), memaparkan salib besar pada kulit, dan di dalam menggambarkan pastor kanan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Daniel Ho sebagai 'dalang' kepada dakwaan usaha mengkristian tersebut.

himpun rally 221011 booklet 2Ia juga mengandungi gambar pastor tersebut dan isterinya serta individu lain dalam DUMC dan Sinar Harapan - NGO yang terbabit dalam kontroversi tersebut.

3pm: Dianggarkan sekitar 5,000 orang telah mengambil tempat di kawasan tempat duduk stadium.

3.34pm: Duduk di tempat VIP ialah exco kerajaan Selangor bagi halehwal agama Islam, Datuk Hasan Ali dan bekas naib canselor UiTM, Datuk Ibrahim Abu Shah; pemimpin TERAS, Mohd Azmi Abdul Hamid dan mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Turut kelihatan di kawasan VIP ialah bekas menteri besar Perlis, Tan Sri Shahidan Kassim. Difahamkan seorang pemimpin Pemuda PAS akan berucap di perhimpunan tersebut.

himpun rally crowd in shah alam stadium booklet cover3.40pm: Pihak penganjur sekali lagi mengingatkan para peserta bahawa ia adalah satu perhimpunan aman dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang percubaan untuk mencetuskan gangguan.

3.50pm: Pengerusi bersama HIMPUN, Mohd Yusri Mohamad mula menyampaikan ucapan.

4pm: Dalam ucapannya, Mohd Yusri Mohamad dalam ucapannya menjelaskan bahawa perhimpunan hari ini bertujuan menyuntik kebenarannya kepada orang Islam dalam berdepan dengan isu murtad.

"Kita harap dapat suntik keberanian dalam diri kita, semuanya akan gerakkan perubahan dari segi undang-undang, dasar dan sikap terutamanya di kalangan mereka yang berkeras ingin murtadkan umat Islam, sedangkan ia kesalahan sebar agama lain kepada orang Islam."

4.25pm: Penulis yang pernah buat kajian ke atas isu Natrah - Fatini Yaacob - pula menyeru supaya golongan bukan Islam berhenti memurtadkan orang Melayu dan membuat provokasi ke atas orang Islam.

"Marilah hormati pilihan agama masing-masing," katanya yang berkata perhimpunan orang Islam yang membuat bantahan dalam isu Natrah pada waktu itu juga disertai golongan bukan Islam.

4:40pm: Berucap seterusnya ialah Farhan Abdullah - seorang pendakwah dari Sabah - yang mahu perlembagaan persekutuan dipinda untuk menyekat murtad.

Menurutnya, Perkara 11 menyatakan bahawa terdapat kebebasan beragama untuk semua yang berumur 18 tahun ke atas.

Beliau menggesa ahli parlimen meminda perlembagaan untuk menambah 'kebebasan agama hanya untuk orang bukan Islam'.

Tidak ada kebebasan (untuk menukar agama) untuk orang Islam, katanya. Bagaimanapun, Farhan tidak mengulas lanjut mengenai bagaimana usaha memurtadkan orang Islam berlaku di Malaysia.

himpun rally crowd in shah alam stadium 6 perkasa ibrahim aliBeliau memberitahu hadirin bahawa mereka yang berminat, hendaklah membeli bukunya, yang hasil jualannya adalah untuk membina sebuah pusat Islam di Sabah.

4:50pm: Seorang wakil NGO belia dari Felda, Abdullah Abu Bakar, pula berikrar bahawa tidak akan ada kes murtad di tanah rancangan Felda.

Beliau tidak menyebut sama ada pernah ada kes seumpama itu sebelum ini. Sementara itu, pihak penganjur memuji para hadiran kerana semuanya berjalan dengan aman.

5.00pm: Bekas timbalan naib canselor UiTM, Datuk Ibrahim Abu Shah membangkitkan kegiatan Kristian militan yang kini didakwa mempunyai 13 orang mubaligh di Malaysia, Indonesia dan Filipina yang bermatlamat memurtadkan orang Islam.

5.10pm: Wakil Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Syazwan Mohamad Hasan berkata berkata pertubuhan itu berharap supaya media menyampaikan fahaman Islam yang betul dan bagi memantapkan kefahaman dan ilmu Islam. Tujuannya supaya anak muda tidak mudah disongsangkan.

"Kita harap keterbukaan media dalam beri laporan kerana anak muda tolak pemberitaan yang banyak bermotif keutamaan politik dan orang tertentu.

"Kita mahu golongan penyampai maklumat media harus bebas memberi maklumat," katanya.

Gamis juga mahu silibus pembelajaran Islam di universiti dikaji semula kerana mendakwa kegiatan murtad juga berlaku di kampus.

5.35pm: Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad berkata "musuh Islam' membuat tuntutan melalui 'interfaith commission' kerana orang Islam berpecah.

Beliau yang bercakap atas kapasitinya sebagai pemimpin Front Bertindak Anti Murtad berharap perhimpunan hari ini menjadi titik mula untuk perpaduan Islam di Malaysia.

"Marilah kita ketepi perbezaan ideologi dan bersatu atas kalimah shahadah," katanya.

Dalam ucapannya, Kamaruzzaman turut membaca sebuah sajak bertemakan anti-murtad karangan ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.(Diangkat dari Malaysiakini)

5.40pm: Hujan mula turun sejurus sebelum Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memulakan ucapan.

5:43pm: Mufti Perak itu memulakan ucapannya kepada para hadirin. Ramai yang kelihatan bangun dari tempat duduk mereka untuk pergi lebih dekat kepada mufti untuk mengambil gambar.

6.00pm: Exco hal ehwal agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menutup perhimpunan tersebut dengan memimpin bacaan doa munajat.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ada dua perkara menarik perhatian:

Satu: Himpunan Sejuta Umat (Himpun) di Stadium Shah Alam, yang penganjur menyasarkan lebih 100,000 penyertaan, terpaksa dimulakan lewat 90 minit dengan kehadiran hanya sekitar 5,000 orang. Kempen yang mendapat liputan meluas bagi membincangkan isu khusus mengenai murtad di kalangan Muslim dimulakan pada pukul 3.40 petang — lewat satu setengah jam daripada masa dijadualkan ekoran sambutan dan penyertaan yang dingin.

Dua: Seperti yang difahamkan PAS melarang hadir ke majlis itu, kecuali atas individu. Datuk Dr Hasan Ali hadir dan menutup perhimpunan tersebut dengan memimpin bacaan doa munajat. Dan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan turut berucap. (IH)

Sila lihat ciri-ciri kerukunan umat beragama...

E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

Lihat video sebelum ini..

Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet

Captain Jack Sparrow Rupanya Orang Islam

Oleh: rozmal

RUPA-RUPANYA watak asal Captain Jack Sparrow lakonan Johnny Depp dalam siri filem francais “Pirates of the Caribbean” adalah merupakan orang Islam. Captain Jack Sparrow berasal dari England, setelah memeluk Islam dikenali sebagai Yusuf Reis.

Captain Jack Sparrow telah menyelamatkan beribu-ribu umat Islam dan bangsa Yahudi yang tertindas yang dipaksa masuk agama Kristian di Sepanyol pada kurun ke 16 dan 17, juga lebih dikenali sebagai the Moriscos and Conversos expulsion.


Cerita mengenai watak sebenar Jack Sparrow ini bukanlah rekaan, tetapi adalah hasil kajian oleh ulama di Amerika Syarikat yang lebih dikenali sebagai Imam Suhaib Webb yang selalu keluar rancangan beliau iaitu Inner Dimension di Radio IKIM , juga beberapa rancangan lain di TV Al Hijrah. Cumanya cerita “Pirates of the Caribbean” itu banyak rekaan dari fakta yang sebenarnya.


Sedikit maklumat mengenai siapa Imam Suhaib Webb ini dalam artikel saya sebelum ini bertajuk Para Khatib di Malaysia patut malu dengan Mualaf ini di
http://waghih.blogspot.com/2011/04/para-khatib-di-malaysia-patut-malu.html

Nampaknya banyak sejarah telah diputar belitkan oleh mereka yang berkepentingan. Tidak salah kalau kita mengkaji balik kesahihan sejarah kita, bukan sahaja setakat sejarah komunis di Malaysia, tetapi sejarah kenapa Tanah Melayu dijajah.


Kalau dulu ada yang mengatakan Tanah Melayu dijajah oleh Portugis, Sepanyol dan Inggeris kerana rempah, tetapi akhir-akhir ini banyak penemuan yang mengatakan Tanah Melayu telah dijajah kerana umat Islam di Tanah Melayu pada ketika itu mempunyai peralatan, persenjataan , teknologi yang canggih manggih seperti yang ada di Blog Khazanah Melayu di http://artifakmelayu.blogspot.com


The Legend of Captain Jack: From Birdy to Sparrow May 19, 2011

In the late 16th century a young boy collecting scraps of wreckage from the docks wondered if he’d ever leave Faversham in the borough of Kent, the hottest place in the entire United Kingdom. It was a marshy place of little importance to anyone but the brigand. Its docks were a haven for smugglers and pirates and other such unsavory folk. That boy was John Ward, whose dreams would one day come true, though perhaps not in the way he had wanted; he would become Jack Birdy, the most fearsome pirate in the world, and towards the end of his life, Yusuf Reis, penitent Muslim, wealthy beyond any man’s dreams, spending the remainder of his life in his Tunisian palace.

The legendary Captain Jack Birdy, once sung about by every balladeer in England, might have all but been forgotten, yet his memory remains as the spirit behind the fictional character Captain Jack Sparrow played by Johnny Depp in the “Pirates of the Caribbean” film franchise. Who was Johnny Ward, the child rummaging through the fishing docks of Faversham? Who was John Ward, the British Naval officer? Who was Captain John Ward, the privateer endorsed by the Crown of England? Who was Captain Jack Birdy, the privateer turned pirate betrayed by that same Crown? And finally, who was Yusuf Reis, formerly Captan Jack Birdy, formerly Captain John Ward, who would rescue thousands upon thousands of Spanish Jews and Muslims fleeing the Moriscos and Conversos expulsion of the 16th and 17th centuries?These were all one man. With so many characters wrapped in one, the stories of his adventures are exponentially more exciting than anything a Hollywood film could capture.

Cerita penuh hasil kajian Imam Suhaib Webb mengenai Captain Jack Sparrow ini di http://www.suhaibwebb.com/society/entertainment/the-legend-of-captain-jack-from-birdy-to-sparrow/


E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

Lihat video sebelum ini..

Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet

Putra Mahkota Arab Saudi Meninggal Dunia Sebentar Tadi

Putra Mahkota Arab Saudi Meninggal Dunia

Riyadh 22 Okt 11: Putra mahkota Arab Saudi, Sultan bin Abdul-Aziz (gambar) meninggal dunia. Demikian laporan kantor berita Reuters beberapa menit lalu.

Sultan, berusia sekitar 83 tahun, tengah berkunjung ke Amerika Syarikat untuk melakukan serangkaian tes kesehatan. Dia menjabat sebagai menteri pertahanan selama ini dan diberi mandat menjabat pemerintahan selama Raja Abdullah menjalani serangkaian operasi tulang belakang di AS. (AS)

Lihat video sebelum ini..

Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet

Tarik Balik Gantung Aziz Bari -T/Men Peng.Tinggi



KL, 22 Okt 11:
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) berharap Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menarik balik penggantungan Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Beliau menyatakan demikian dalam SMS yang dihantar kepada Rektor UIA, Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin, pagi ini.

Ini, katanya kerana Dr Aziz belum disabit kesalahan.

Bagaimanapun, beliau berkata itu hanya pandangannya dan menghormati autonomi universiti.

Beliau antara lain menyebut telah membaca surat tunjuk sebab universiti kepada Dr Aziz dan mendapati kandungannya tidak sesuai.

Baginya, seksyen 15(1) yang digunakan UIA terhadap pakar undang-undang itu adalah tidak menggunakan pertimbangan yang baik, lagipun Dr Aziz tidak dipanggil sebelum surat tunjuk sebab itu dikeluarkan.

Beliau yang juga ahli Parlimen Temerloh juga berharap pihak UIA tidak mengambil tindakan terhadap para mahasiswa yang mengadakan demonstrasi membantah penggantungan Dr Aziz selepas solat Jumaat, semalam di pekarangan masjid UIA. (IH/Harakahdaily)

Lihat video sebelum ini..

Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet

Takziah, Tahniah & Sokong Prof Pelawat Unt. Aziz Bari.

KL, 22 Okt 11: Hari ini, weblog Ibnu Hasyim merakamkan ucapan takziah kepad Abdul Aziz yang telah dikenakan tindakan separa barbaric oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bagi pihak kerajaan Umno BN.

Juga mengucapkan mengucapkan tahniah kepada beliau kerana telah menjadi ikon kebebasan akademik pada era kongkongan ke atas mahasiswa dan pensyarah di negara ini begitu mencengkam.

Weblog Ibnu Hasyim juga menyokong Datuk Husam Musa, yang mencadangkan supaya Kelantan menawarkan kedudukan seperti profesor pelawat kepada Prof Dr Abdul Aziz Bari bagi beberapa buah IPT kerajaan negeri.

“Selain daripada berharap Profesor Dr Abdul Aziz Bari tidak menggadaikan kejujuran dan keberanian akademiknya, saya cadangkan jika perlu, Kerajaan Negeri Kelantan boleh menawarkan kedudukan seperti profesor pelawat bagi beberapa buah IPT di bawah kerajaan negeri seperti KIAS,” katanya kepada Harakahdaily.

“Tidak syak lagi tindakan itu, mengembalikan kita kepada zaman Singapura dilanggar todak, di mana Hang Nadim yang bercakap benar dan berani telah difitnah, dinafikan kebebasannya serta dihapuskan.

“Saya berharap Profesor Dr Abdul Aziz Bari terus gigih di atas landasan keberanian demi kebenaran,” katanya.

Di samping merakamkan ucapan takziah dan tahniah kepada Dr Aziz katanya, kebangkitan mahasiswa untuk bersuara dalam perhimpunan di UIA tengah hari tadi, disertai dengan kenyataan beberapa badan akademik universiti-universiti, membuktikan bahawa dunia akademik tidak boleh menerima budaya sempit yang ditunjukkan oleh kerajaan di negara ini.

Katanya, Mohamad Sabu didakwa oleh polis hanya kerana atas polemik sejarah, pensyarah UIA digantung hanya kerana beliau memberi lontaran pandangan. (IH)

Lihat video sebelum ini..

Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet

Zulkifli ‘Jahil Murakkab’ Tentang Hudud -Hanipa Maidin

Oleh Mohamed Hanipa Maidin

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru (Bebas), Zulkifli Noordin menuduh hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri. Tuduhan tersebut dibuat dengan kononnya dirujuk kepada draf dan Enakmen Hudud dan Qisas Terenggganu 2002 yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ketika PAS memerintah negeri itu dulu.

Menurut beliau berdasarkan Seksyen 14 enakmen tersebut yang menerangkan tentang liwat yang dimaksudkan dengan seseorang lelaki memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang lelaki atau perempuan, kecuali isteri. Katanya, perkataan kecuali dengan isteri itu jelas membawa maksud seseorang suami boleh memasukkan zakarnya ke dalam dubur isterinya kerana ia tidak dimaksudkan meliwat.

"Inilah hudud PAS. Ini bercanggah dengan Islam. Dalam Islam, jika seseorang lelaki itu memasukkan zakarnya ke dalam dubur seseorang tidak kira dengan sesiapapun termasuk dengan isteri sendiri, ia tetap liwat.”

Adalah suatu yang malang bagi profesion guaman di negara ini mempunyai seorang peguam seperti Zulkifli Noordin yang nampaknya tidak memahami perkara asas dalam penafsiran undang-undang.

Daripada kenyataan beliau di atas adalah jelas bahawa Ahli Parlimen yang "bebal" syariah ini nampaknya terlibat dengan politik murahan yang hanya sekadar untuk menimbulkan keraguan terhadap perkara yang jelas dan tiada keraguan. Mereka yang tidak, seperti dikatakan oleh Abul A'la Maududi, mengetahui ABC mengenai undang-undang syariah mungkin dapat diragukan oleh orang yang ragu seperti Zukifli Noordin.

Hujah beliau yang mengatakan bahawa seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu bercanggah dengan Islam kerana tidak menganggap perbuatan meliwat isteri sebagai satu kesalahan boleh dengan mudah dipatahkan dengan alasan- alasan berikut.

Pertamanya seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu secara jelas memperuntukkan “Liwat ialah suatu kesalahan yang merupakan persetubuhan di antara seorang lelaki dengan seorang lelaki yang lain atau di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan selain daripada isterinya yang dilakukan di luar tabii iaitu melalui dubur.

Jika dilihat kepada seksyen 14 tersebut terdapat dua kesalahan yang boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan liwat iaitu hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan lelaki dan hubungan seks melalui dubur (anus) antara lelaki dan wanita selain daripada isteri lelaki tersebut.

Seksyen 15 Enakmen yang sama memperuntukkan “ Sesiapa melakukan kesalahan liwat hendaklah dihukum dengan hukuman yang sama seperti yang ditetapkan bagi zina.

Hukuman zina adalah 100 rotan bagi pesalah zina yang ghayru muhsan ( lihat seksyen 13 (2) Enakmen yang sama dan rejam sehingga mati bagi yang Muhsan (lihat seksyen 12 ( 2 ) Enakmen yang sama.

Adalah jelas di dalam memperuntukkan hukuman bagi kesalahan liwat sama dengan hukuman hadd ke atas penzina pihak penggubal undang-undang syariah Terengganu telah mengambil pendapat Imam Malik, Syafie dan Imam Ahmad yang berpandangan bahawa liwat wajib dikenakan hukuman hadd seperti hadd ke atas pesalah zina disebabkan “li wujudin ma’na al-zina fihi” ( kerana kewujudan makna zina padanya) .

Zulkifli menyatakan bahawa berdasarkan seksyen 14 Enakmen tersebut seorang yang meliwat isteri tidak melakukan kesalahan. Beliau berhujah bersandarkan frasa “selain daripada isterinya” suami yang meliwat isteri terlepas dari hukuman hadd.

Kebodohan hujah tersebut timbul kerana beliau tidak memahami perbezaan asas antara hudud dan takzir. Seksyen 14 bercakap tentang hudud. Seorang suami yang meliwat isterinya bukan tidak bersalah. Ia tetap salah. Cumanya kesalahan itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud.

Mungkin Zulkilfli bertanya kenapa tidak boleh kena hukum hudud?

Jawapannya sepertimana yang dikatakan oleh Abdul Kadir Audah di dalam bukunya yang terkenal “Tasyri’ Janaie” terdapat keraguan sama ada isteri yang dinikahi secara sah oleh lelaki boleh dikenakan hukuman hadd hanya kerana ia “menggunapakai hartanya ” mengikut kehendaknya. Dan prinsip yang terpakai dalam hukum hudud adalah keraguan membatalkan hukuman hadd (idraul hudud bisyubhah).

Zulkifli mungkin bertanya adakah ini bermakna seorang suami yang meliwat isterinya akan terlepas hukuman? Jawapan kepada soalan tersebut adalah tidak. Suami yang meliwat isteri masih boleh dihukum tetapi bukan dengan hukuman hudud sebaliknya beliau hanya boleh dihukum oleh hukuman takzir.

Jika Zulkifli cermat dan tidak tergopoh gapah membaca keseluruhan Enakmen tersebut dia akan pasti dapat melihat seksyen 3 Enakmen yang sama (apa yang dipanggil proviso ) yang menyatakan secara jelas.

“Dengan syarat bahawa apabila sesuatu kesalahan hudud atau qisas tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud atau hukuman qisas kerana tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki bagi hukuman-hukuman itu, maka kesalahan itu adalah menjadi suatu kesalahan takzir dan hendaklah ia dihukumkan demikian.”

Seksyen 3 Enakmen tersebut sekaligus menjawab segala kekeliruan yang Zulkifli Noordin cuba timbulkan. Seksyen 3 menunjukkan bahawa liwat ke atas isteri tetap salah menurut enakmen yang PAS gubal tetapi ia bukan kesalahan hudud sebaliknya ianya hanya satu kesalahan takzir. Dan Zulkifli juga kena faham hukum takzir tidak semestinya lebih ringan dari hukuman hudud.

Jika Zulkilfli jujur dalam hujahnya beliau sepatutnya mengkritik “hudud Umno”. Dalam undang-undang yang Umno gubal di Wilayah Persekutuan liwat hanya salah jika lelaki meliwat lelaki yang lain.

Berdasarkan tafsiran liwat di Seksyen 2 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan adalah jelas bahawa seorang yang sama ada meliwat seorang perempuan yang lain atau meliwat isterinya TIDAK dikira melakukan apa-apa kesalahan di Wilayah Persekutuan jauh sekali akan dihukum

Renungan kepada Zulkifli Noordin: Undang-Undang mana yang lebih melindungi wanita? Ingatlah saudara Zulkifli hanya kerana anda berkopiah bukan bermakna anda layak bercakap tentang undang-undang hudud. Berhentilah jadi jahil murakkab (orang jahil yang tidak tahu dia jahil).

Lihat video sebelum ini..

Minda Ibnuhasyim- Politik Bajet

Sebelum ini...
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

ASN, ASB Haram? Hapuskan Riba -Dr Siti Mariah


KL 21 Okt 11: Kerajaan diminta memberi penjelasan mengenai perbezaan fatwa di peringkat kebangsaan dan negeri berhubung pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Siti Mariah yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat turut menggesa kerajaan menghapuskan sistem riba dengan tidak mengenakan faedah ke atas pinjaman yang dibuat namun cukup sekadar mengenakan yuran kepada rakyat.

"Ahli Parlimen di sebelah sini termasuk daripada DAP sendiri sudah beberapa kali meminta Menteri Kewangan untuk mengasingkan pendapatan dari sumber haram daripada yang halal. Cukai arak, cukai judi, cukai perniagaan khinzir dan lain-lain yang sewaktu dengannya yang faedah diperolehi daripada pinjaman daripada kakitangan kerajaan perlu diasingkan dan digunakan untuk perkara-perkara yang dibolehkan oleh syarak," katanya.

Lanjut, klik di sini...

Liwat Isteri: Harun Taib Jawab Zulkifli


21 Okt 11:
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) menyifatkan dakwaan ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berhubung suami meliwat isteri melambangkan kejahilannya dalam hukum hakam yang berkaitan dengan hukum syarak.

Menurutnya, hukum syarak tidak boleh dibaca sepintas lalu tetapi memerlukan disiplin ilmu yang tinggi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan ahli parlimen tersebut di Dewan Rakyat semalam bahawa hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh PAS membenarkan suami meliwat isteri.

Selain itu, Zulkifli juga dilaporkan mendakwa bahawa umur 18 tahun yang ditetapkan dalam enakmen hudud bercanggah dengan Islam yang menetapkan had baligh ialah 15 tahun.

Ustaz Harun menjelaskan, liwat di antara suami isteri tidak termasuk di dalam hukum hudud tetapi bukan bererti perbuatan itu tidak salah.

Jelasnya lagi, perbuatan itu tetap salah, cuma tidak termasuk dalam hukum hudud dan dari sudut hukuman ia akan dikenakan hukum takzir.

“ Mengapa ianya dikenakan hukuman takzir dan bukannya hudud? Jawapannya ialah kerana berlaku syubhah di situ.

“Untuk makluman beliau, dalam perlaksanaan hudud, seperkara yang mesti diambil kira dalam perlaksanaan ialah perlaksanaan hukuman hudud mesti meraikan satu kaedah yang penting iaitu tudra’ul hudud bi syubhat iaitu hudud itu tidak boleh dilaksanakan sekiranya ada syubhah.

“Persoalannya di mana syubhah itu dalam kes ini? Syubhahnya ialah hubungan suami isteri itu sendiri atau dalam istilah feqahnya ialah syubhatul milk iaitu syubhah kerana isteri itu adalah milik suami tidak sepertimana dalam kes kesalahan hudud yang beliau nyatakan yang mana pasangan yang bersalah tersebut tidak mempunyai hubungan yang sah dari sudut syarak, ianya adalah berbeza dengan kesalahan liwat suami isteri,” tambah beliau lagi.

Beliau berkata, Zulkifli sebagai ahli parlimen tidak sepatutnya membaca sepintas lalu tanpa merujuk kepada para ulama kerana pengetahuan hukum syarak ada disiplinnya yang tersendiri, bukannya mengikut akal fikiran manusia yang lemah.

Beliau turut mengulas tentang dakwaan ahli parlimen itu bahawa had umur 18 tahun bercanggah dengan hukum syarak.

“Masalah berkenaan had baligh seseorang muslim itu, sebenarnya ianya adalah perkara khilafiah, ianya bukan suatu yang qat’ie.

“Ada ulamak dalam mazhab Syafie kata 15 tahun, barulah seseorang itu dianggap baligh, kalau dalam mazhab Hanafi, mereka kata 18 tahun barulah dikira sebagai mukallaf. Jadi dalam isu yang beliau bangkitkan ini, maka kita mengambil had umur yang paling tinggi supaya tidak berlaku masalah khilafiah. Sebagai contoh, jelasnya kalau diambil umur 15 tahun, nanti apabila perbicaraan diadakan, mungkin pihak peguam tertuduh akan mendakwa bahawa anak guaman bermazhab Hanafi, semata-mata untuk lari daripada hukuman.

“Jadi kita ambil pandangan 18 tahun supaya tidak berlaku at-tahayul atau helah dalam perbicaraan, itu hanya satu sebab mengapa kita pilih 18 tahun dan di sana masih ada sebab-sebab lain yang boleh kita rujuk kepada buku-buku feqah,” ujar beliau lagi.

Friday, October 21, 2011

Sekitar Demo UIA, Ketua AMK Di Tarik Keluar

KL 21 Okt 11: Beberapa orang pengawal keselamatan melakukan pemeriksaan ketat di pintu gerbang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) manakala orang awam dihalang daripada memasuki bangunan tersebut.

Menurut seorang pengawal keselamatan, selain orang awam, pihak media juga tidak dibenarkan masuk.

"Hanya sidang media jam 12 tengahari sahaja dibenarkan, selepas itu orang awam tak dibenarkan masuk, nak sembahyang Jumaat pun tak boleh.

"Kami terima arahan tak benarkan orang awam dan media masuk hari ini,” kata pengawal keselamatan itu.

Tindakan itu dipercayai bagi membantutkan usaha kumpulan mahasiswa yang mahu berdemonstrasi terhadap UIA yang menggantung tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.

Sementara itu, wartawan Abdul Rahim Sabri yang tiba di UIA sejak pagi tadi, melaporkan kira-kira 700 mahasiswa sedang berhimpun membantah penggantungan Abdul Aziz. Perhimpunan itu berlansung di perkarangan masjid UIA selepas solat Jumaat.

Mereka melaungkan “Hidup Ilmu”, “Lawan Kezaliman”, “Bebas Aziz Bari” dan menuntut kebebasan akademik di universiti khususnya di kampus berkenaan.

Mereka berhimpun untuk menyokong dan mendokong Abdul Aziz dan mendesak universiti membatalkan hukuman penggantungan kepada pakar pelembagaan itu.

Sewaktu mereka hendak berarak menghantar memorandum, berlaku kekcohan apabila pengawal keselamatan universiti cuba menghalang mereka menghantar memorandum kepada rektor UIA, menyebabkan berlakunya tolak menolak berlaku.

Semalam UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan. Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Tindakan terhadap pakar perlembagaan itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini terhadap titah Sultan Selangor dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC). Beliau berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam. Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin ditahan oleh pasukan pengawal keselamatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebentar tadi.

Sementara itu menurut beberapa pesanan menerusi Twitter, Shamsul ditahan ketika dalam perjalanan ke tempat mengambil air wudhu oleh lebih 10 anggota keselamatan termasuk polis. Kini Shamsul diiringi keluar oleh pasukan polis keluar dari universiti tersebut tanpa diketahui destinasi yang dituju.

(IH/Malaysiakini dll.)








Khadafy Ditembak Guna Pistol Emasnya?


AFP
Ahmed Shebani dengan pistol emas milik Khadafy. Shebani dilaporkan menembak Khadafy dengan pistol itu.

WASHINGTON, Mantan pemimpin Libya Kolonel Moammar Khadafy bertanya kepada para penangkapnya, "Apa yang kamu inginkan dari saya?", ketika mereka mengerumuninya, Khamis semalam.

Itulah yang terlihat dari sebuah rekaman video oleh seorang jurnalis Libya. Sorenya, Khadafy dipastikan meninggal, namun bagaimana dia meninggal masih meninggalkan sejumlah spekulasi. Seorang doktor anggota team medis yang mendampingi jenazah Khadafy di ambulans mengatakan kepada AP, mantan diktator itu tewas akibat dua tembakan, masing-masing di dada dan di kepala.

Satu versi menyebut, seperti dilaporkan televisi Al Arabiya, Khadafy ditembak tidak lama setelah dia ditangkap. Penembaknya adalah seorang petempur remaja berusia 18 tahun yang oleh Al Arabiya disebut bernama Ahmed Shebani. Dalam sebuah foto, nampak Shebani duduk di tengkuk petempur lain yang mengalu-alukannya. Tangan kiri Shebani mengangkat sepucuk pistol emas yang disebut-sebut milik Khadafy.

Remaja itu mengaku dialah yang merampas pistol kaliber 9 mm itu dari tangan Khadafy lalu menembaknya. Tidak ada konfirmasi resmi tentang berita itu. Sementara PM pemerintahan transisi Libya Mahmoud Jibril menyatakan, Khadafy tewas dalam baku tembak yang terjadi setelah penangkapannya. (IH)

Lihat sebelum ini...

Gaddafi Tidak Lari, Mati Terkena Peluru Selepas Ditangkap

Muammar Gaddafi yang cedera dibawa keluar dari trak pejuang NTC selepas ditangkap di Sirte. — Foto Reuters
TRIPOLI, 21 Okt 11: Perdana Menteri Mahmoud Jibril, dengan merujuk kepada laporan forensik berkata Muammar Gaddafi terbunuh ekoran terkena peluru di bahagian kepala dalam kejadian berbalas tembakan antara pejuang kerajaan dan penyokong-penyokong bekas pemimpin Libya itu selepas beliau ditangkap Sirte semalam.

Laporan-laporan yang bercanggah mula muncul bagaimana Muammar, yang memerintah Libya selama 42 tahun, mati sebaik ditangkap selepas satu serangan udara Nato terkena konvoinya ketika cuba melepaskan diri daripada kawasan persembunyian yang menjadi sasaran serangan.

Sirte merupakan kawasan perkampungan asal Muammar.

Rakyat di Tripoli Libya meraikan berita kematian Muammar Gaddafi. — Foto Reuters
Kejadian itu berlaku awal pagi semalam waktu tempatan.

“Saya hendak membacakan kepada anda satu laporan doktor forensik yang telah memeriksa Muammar,” kata Mahmoud pada sidang media di sini semalam.

“Ia berkata ‘Muammar dibawa keluar dari paip saluran najis . . . beliau tidak beri tentangan. Apabila kami mula memindahkan beliau, satu peluru terkena bahagian lengan kanan dan apabila kami meletakkan beliau di trak, beliau tidak mengalami sebarang kecederaan lain’,” kata Mahmoud.

“‘Apabila kereta bergerak, tercetus pertempuran antara anggota revolusi dan pasukan Muammar, yang mana satu peluru terkena pada kepalanya’,” kata Mahmoud.

Mahmoud menambah, doktor forensik tidak dapat memberitahu sama ada peluru itu berpunca daripada pasukan anggota revolusi ataupun tentera Muammar sendiri.

Muammar masih hidup ketika dibawa keluar dari Sirte tetapi mati beberapa minit ketika mendekati hospital, kata perdana menteri.

Majlis Peralihan Nasional Libya sedang berhubung dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa, yang mahu membicarakan Muamamr berhubung jenayah kemanusiaan, kata Mahmoud.

Mahkamah itu mahu satu pasukan pakar forensik memeriksa mayat Muammar sebelum dikebumikan, katanya.

Bagaimanapun katanya, selepas melihat laporan majlis itu, mahkamah bersetuju bahawa pemeriksaan susulan tidak diperlukan.

Salah seorang anak Muammar, Mo’tassim, juga terbunuh semalam. — Reuters

KUBU...seorang pegawai NTC menunjukkan saluran pembetungan tempat Gaddafi bersembunyi.
KUBU...seorang pegawai NTC menunjukkan saluran pembetungan tempat Gaddafi bersembunyi.

Bantah Aziz Bari, Lebih Sasaran, Pemuda PAS Di Mana?

Dr Aziz Bari

Kl, 21 Okt: Melihat kepada sokongan pelbagai pihak, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tidak menolak kemungkinan himpunan membantah penggantungan tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini melebihi sasaran.

Menurut Pengerusi NGO, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Syukri Abd Razab, sehingga kini sudah tujuh buah pertubuhan mahasiswa menyatakan kesediaan mengerahkan ahli mereka menyertai himpunan di Masjid UIA, Gombak yang dijadual selepas solat Jumaat ini.

Selain mereka, difahamkan Angkatan Muda Keadilan juga turut memobilisasi anggota mereka untuk menyertai himpunan membantah tindakan UIA itu. "Kita sasar 1,500 orang, tetapi melihat mood rakyat secara keseluruhan khususnya melalui laman Facebook, saya jangkakan ianya akan lebih," katanya kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun menurutnya, satu sidang media khas berhubung himpunan itu akan dibuat di Pejabat Sekretariat PKPIM Pusat, Jalan Gombak jam 12 hari ini. Dalam pada itu, beliau memberitahu turut mendapat maklumat bahawa satu kumpulan yang menyokong tindakan UIA akan berhimpun ditempat sama hari ini.

Bagaimanapun, pihak mereka mengharapkan tiada sebarang pertembungan berlaku bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. "Kita dapat maklumat, Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) turut akan berhimpun menyokong tindakan UIA," katanya.

Tindakan terhadap Aziz dipercayai ekoran reaksinya sebelum ini terhadap titah Sultan Selangor dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC). Beliau berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Sementara itu, SMM antara yang mengecam keras tindakan UIA menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari. Mereka menyifatkan tindakan itu sebagai satu tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana membelakangkan prinsip 'kebebasan akademik'. (IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Angkatan Muda Keadilan (AMK dari PKR) nampaknya telah bersetuju menyokong bantah Aziz Bari, Pemuda PAS masih diamkan diri? Kenapa? Dr Aziz Bari antara yang memperjuangkan perlaksanaan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan, sedangakan Pemuda PAS pernah mencadang umtuk sokong HIMPUN sebelum PAS arahkan partinya tidak menyokong himpunan tersebut..

R/Payudara: Tuan Tubuh Yang Dituduh Nafi

Anya Corke nafi dirinya mangsa 'pencabulan'

Anya Corke, pelajar tahun ketiga di sebuah kolej di Amerika Syarikat yang gambarnya disebarkan oleh blog pro-Umno itu dalam e-melnya berkata beliau terkejut dengan dakwaan itu dan berharap ia tidak lagi berulang.

“Saya ingin jelaskan bahawa foto saya telah disalahgunakan tanpa pengetahuan atau persetujuan saya, sedangkan pada hakikatnya saya tidak pernah menjadi mangsa dalam apa-apa cara oleh budak ini ataupun keluarganya.

“Saya tidak melawat Malaysia selama tujuh tahun lalu. Saya juga tidak pernah berjumpa ataupun mengenali nama-nama orang yang terlibar itu. Saya juga nafikan bahawa pernah secara fizikal diserang dalam apa-apa cara sekalipun, “ tulis gadis itu.

Isnin lalu, blog pro-Umno itu mendakwa anak pemimpin tinggi politik Pulau Pinang mencabul kehormatan budak sekolah dan bagi menutup perbuatan itu, bayaran RM200,000 disogok kepada ibu bapa budak perempuan itu supaya tidak menghebohkannya.

“Siapalah VVIP negeri Pulau Pinang yang ada ilmu kira-kira dan matematik hingga dapat mengira RM100,000 untuk 1 buah dada yang diramas oleh anak lelaki beliau?” tulis blogger dengan nama Dr MiM di novandri.blogspot. (IH)

Sebelum ini..

K'tan Agihkan Beras 'al Ita'am', Kenapa Kedah Tak Ikut?

MB Kedah, Azizan Razak

Alot Setar, 20 Okt 11: Beberapa penduduk Kedah dari kalangan orang PAS bertanya, apabila mendengar berita kejayaan Kelantan mengagihkan beras secara percuma setiap bulan kepada penduduk miskin sejak Febuari lalu, bertanya Kedah bila lagi akan mengikut jejak megagihkan beras kepada rakyat miskin sedangkan ia adalah jelapang padi negara.

"Apa salahnya tiru benda yang baik dari Kelantan, walaupun perlaksanaan syariat seperti kegiatan judi, arak, karauke dan seirng dengannya, kononnya tidak dapat dilaksanakan kerana suasana dan keadaan. Jauh lagi kalau disebutkan hendak dilaksanakan hudud.

Projek pertanian dan kebajikan rakyat tidak ada kaitan bantahan orang bukan Islam, apa salahnya? Sedangkan Kerajaan Kedah sendiri diperintah oleh PR pimpinan PAS seperti Kelantaan juga." Tanya seorang ahli PAS yang namanya tidak mahu disebutkan.

Mereka mendapat berita, kejayaan Kelantan rupa-rupanya mengundang rasa cemburu pemimpin Umno. Bukan setakat cemburu sebaliknya mengugutkan pula pembekal dan pengilang yang membekalkan beras kepada kerajaan negeri untuk diagihkan kepada penduduk miskin. Kesan tindakan tersebut menyebabkan program pengagihan beras yang sepatutnya sudah diadakan bulan ini sedikit tergendala.

Isu tersebut semalam dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) sehingga mendapat respon ramai anggota Dewan di kalangan penyokong kerajaan. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknolologi, Che Abdullah Mat Nawi berkata, gangguan yang dilakukan terhadap pembekal beras menyebabkan program pengagihan bulan ini sedikit tergendala.

”Sepatutnya penyampaiaan bantuan beras itu diadakan minggu pertama setiap bulan, namun bulan ini agak lewat kerana ada tekanan diterima pembekal beras.

”Perkara itu berlaku kemungkinan selepas pihak pengilang dan pemborong beras mengakui pasaran beras tempatan melonjak tinggi selepas skim al It’aam dilancar kerajaan negeri,” katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2012 pada persidangan Dun hari ini.

Skim al It’aam dilancarkan pada Febuari lalu di mana pada peringkat awal seramai 4,500 penduduk miskin menerima bantuan beras 10 kg setiap bulan. Bagaimanapun bermula Julai lalu jumlah penerima di setiap Dun ditambah kepada 80 lagi menjadikan 180 orang sekarang.

Che Abdullah berkata, pemimpin Umno mahu berpolitik terhadap bantuan kerajaan negeri kepada penduduk miskin. Menurutnya biar pun alasan mereka kononnya beras yang dibekalkan diberi subsidi kementerian, namun beras tersebut diagih kepada penduduk miskin.

”Kita bukan bagi beras percuma kepada orang Bangladesh atau Indonesia yang bekerja di sini. Kita beri beras percuma kepada penduduk tempatan yang miskin.

”Biar pun cuba diganggu kita tetap akan teruskan program ini kerana ternyata ia dapat membantu penduduk miskin,” ujarnya.

Mohamad Mustafa (PAS-Demit) menyifatkan tindakan pemimpin Umno menekan pembekal beras kepada skim al It’aam seperti cuba meninggikan lagi tempat jatuh mereka selepas ini. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Pembangunan Insan, Abdul Fattah Mahmood berkata, sejak skim bantuan Az Ziwaaj diwujudkan kerajaan negeri awal tahun ini seramai 2344 pasangan pengantin di kalangan penduduk miskin mendapat manfaatnya.

Katanya, bantuan tersebut boleh digunakan sebagai wang hantaran bagi meringankan bebanan keluarga miskin melangsungkan perkahwinan anak. Ketika menggulung perbahasan bajet 2012 bagi jawatankuasanya kata beliau tahun hadapan akan dilaksanakan program ’Jurus’ membabitkan golongan belia dan beliawanis di satu tempat mengikut batasan syariat.

”Melalui program itu membolehkan mereka berkenalan dan dapat merancang perkahwinan lebih awal bagi mengelakkan gejala kurang sihat,” ujarnya.

Menurutnya juga kerajaan negeri bercadang mewujudkan Ladang Belia di dua lokasi yang sudah dikenal pasti iaitu di Hulu Sat membabitkan kawasan seluas 38 ekar dan Dabong, Kuala Krai (377 ekar).

”Ladang Belia di Hulu Sat akan ditanam tanaman segera tuai, manakala di Dabong akan dijadikan sebagai tapak ladang. Pada peringkat awal seramai 67 belia akan ditempatkan di Ladang Belia Dabong.

”Setiap belia yang dipilih dengan syarat yang ketat akan diberi lot seluas empat hingga enam ekar setiap seorang,” katanya.

Seorang lagi penduduk yang ditemui Weblog Ibnu Hasyim bertanya lagi, "Mengapa Kerajaan Kedah tidak cemburu? Tapi jangan cemburu macam UMNO, cemburu PAS kena ikut benda yang baik. (MatKedah)

Wednesday, October 19, 2011

RM60,ooo The Red Warriors, Walau Gagal -Tok Guru

SUKAN
KOTA BHARU, 19 Okt 11: Biar pun pasukan The Red Warriors (TRW) gagal melayakkan diri ke perlawanan separuh akhir Piala Malaysia, namun kerajaan negeri tetap menghargai kesungguhan pemain.

Sehubungan itu kerajaan Kelantan akan menyumbang sejumlah RM60,000 kepada pasukan bola sepak sebagai insentif penghargaan terhadap usaha mereka menaikkan imej negeri ini dalam sukan bola sepak negara. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Abdul Fattah Mahmood berkata, walaupun TRW gagal ke peringkat separuh akhir, namun kerajaan negeri tetap menghargai sumbangan pasukan itu.

Katanya, kesungguhan pemain tetap dihargai biar pun ketika menang atau atau sebaliknya.

”Pada perlawanan peringkat suku akhir baru-baru ini kita tewas kepada Terengganu dengan agregat 2-5 dalam perlawanan penentuan di Stadium Sultan Muhammad ke-1V,” katanya di sini.

Oleh itu beliau berharap peminat bola sepak perlu menyedari nasib tidak menyebelahi pasukan Kelantan tahun ini. Kata beliau kerajaan negeri telah menghantar surat kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) hari ini bagi menjemput pemain dan pihak pengurusan hadir pada majlis makan tengahari.

“Insentif itu akan disampaikan pada satu majlis makan tengahari bersama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang akan diadakan di Dewan Teratai sebelum Hari Raya Aidiladha ini,” ujarnya. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails