Saturday, November 05, 2011

Hari Raya Di Negara Kamboja, Thai & Simpati S'pura

Keterangan foto: Salah satu masjid tergenang banjir di Pattani, Thailand, tahun 2010.[Reuters]

Semua 69 masjid yang ada di negara Singapura akan menyediakan kotak-kotak amal, guna mengumpulkan dana bantuan bagi korban banjir di Kamboja dan Thailand. Demikian dikatakan Komite Masjid Singapura pada hari Khamis, sebagaimana dilaporkan Xinhua (04/ Nov2011).

Kotak-kotak amal akan ditempatkan di masjid-masjid mulai hari Jum'aat hingga Khamis mendatang. Secara khusus kotak-kotak amal tersebut akan diberi tulisan, yang menerangkan peruntukan sumbangan untuk korban banjir di Kamboja dan Thailand. Selanjutnya sumbangan yang terkumpul akan disalurkan lewat Mercy Relief, organisasi kemanusiaan yang mengirimkan bantuan langsung kepada korban bencana di kedua negara.

Sudah beberapa minggu ini Kamboja dan Thailand digenangi banjir, yang menenggelami wilayah cukup luas. Banjir yang datang dari wilayah utara kawasan itu dijangka masih berterusan p hingga beberapa minggu ke depan, sebab curah hujan di daerah tersebut masih tinggi.. (IH)


Dalam keadaan begitulah umat Islam di Kamboja dan Thai menyambut hari raya Aidiladha.(IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Sambut Hari Raya Dlm Banjir Setelah Kekeringan.


RIBUAN warga Somalia yang sebelumnya meninggalkan rumah mereka kerana kelaparan dan kekeringan, sekarang mencari tempat berlindung dari hujan lebat dan banjir di kawasan itu, badan pengungsi PBB mengatakan.

Pada hari Jumat kelmarin, jurucakap Komisaris Tinggi PBB untuk Pengungsi (UNHCR) Andrej Mahecic mengatakan, "Ribuan pengungsi Somalia telah dipengaruhi oleh hujan lebat dan banjir di beberapa bahagian Somalia, Kenya dan Ethiopia."

Menurut UNHCR, tempat penampungan telah hancur di kem Sigale di Mogadishu, di mana sekitar 2.800 pengungsi tinggal, AFP melaporkan. Selain itu, sekitar 5.000 orang terkena banjir di kem pengungsi Dadaab di bahagian timur Kenya. Ada juga peningkatan jumlah kes akibat hancurnya jamban di kem-kem pengungsi.

Pejabat UNHCR mengatakan arus pengungsi menuju kem Dadaab telah menurun akibat peningkatan ketegangan di perbatasan Somalia-Kenya, di mana pasukan Kenya bertembung dengan pejuang al-Shabaab selama beberapa minggu terakhir. Dadaab adalah kem pengungsi terbesar di dunia dan merupakan rumah bagi sekitar 450.000 orang, terutama pengungsi Somalia yang melarikan diri kerana kekeringan, kelaparan, dan perang.

Dalam keadaan begitulah umat Islam menyambut hari raya Aidiladha.(IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Nikita Mirzani Akui Biseksual. Biadap! Cabar U/Islam

HALAMAN HIBURAN

JAKARTA: Ketika diwawancara Detikhot selepas menjalani sesi fotografi di Bali, baru-baru ini, aktres seksi, Nikita Mirzani membuat satu pengakuan mengejutkan.

Bintang filem ‘Perempuan Perempuan Liar’ itu mengakui dirinya seorang biseksual.

“Saya mungkin boleh dikatakan seorang yang biseksual. Saya serius dengan pengakuan ini. Selain dengan lelaki, saya juga suka dengan kaum sejenis,” katanya.

Menurutnya, semua itu bermula saat dia mengalami trauma apabila rumah tangganya musnah hingga bercerai dengan suaminya. Nikita memberitahu, sepanjang perkahwinan dia berasakan suaminya individu yang terlalu panas baran dan mengongkong. Berikutan tidak tahan dengan sikap suaminya itu, perkahwinan pasangan itu hancur.

“Ketika berkahwin dulu, saya mendapat suami yang panas baran dan terlalu mengongkong. Saya tidak tahan lalu kami bercerai,” kata janda anak satu itu.

Selepas bercerai, Nikita mengaku sering meluahkan kesedihannya kepada seorang rakan wanita. Ekoran hubungan mereka yang amat rapat, maka timbul perasaan suka kepada rakannya itu kerana dia berasa tenang ketika bersama rakan berkenaan.

“Disebabkan kerap meluahkan kesedihan dan berkongsi masalah dengan rakan wanita itu, saya rasa tenang. Mungkin kerana kami sama-sama wanita, dia lebih menghargai dan dapat menjaga perasaan saya. Jadi, timbul perasaan suka terhadap rakan itu,” katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Suatu kenyataan biadap di dalam negara umat Islam terbesar di dunia. Seolah-olah mencabar peraturan Islam. Kenyataan itu bukan lambang ke'bebas'an demokrasi, tetapi lambang ke'terbabas'an dari fitrah manusia. Turun dari taraf manusia kepada binatang. Sepatutnya diwujudkan peraturan melarang cakap-cakap bagitu oleh umat Islam di negaranya. Termasuk di Malaysia seperti dalam kemelut 'Seksualiti Merdeka'. (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Remaja Ini Di Tempat Judi, Patut Ditolong Bukan Dihukum

Kelantan di bawah Tok Guru, lambang kerajaan kebajikan.
KL 5 Nov 11: Kesempitan hidup memaksa seorang remaja lelaki berusia 16 tahun berhenti sekolah dan bekerja di sebuah premis judi Internet di Taman Desa Tasik Sungai Besi, sejak 10 bulan lalu.

Sebaik ditahan Cawangan Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras dalam serbuan bermula jam 5 petang semalam, remaja terbabit mendakwa bekerja untuk membantu keluarganya.

Menurut remaja terbabit, dia terpaksa berhenti sekolah dan bekerja selepas bapanya meninggal dunia lebih setahun lalu.

“Saya dibayar RM1,100 setiap bulan dan separuh daripadanya diberikan kepada ibu untuk belanja bulanan,” katanya.

Dalam operasi diketuai Ketua D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Cif Inspektor Zaili Zakaria, berkata remaja terbabit seorang daripada empat penjaga yang ditahan dalam serbuan di empat premis di kawasan berkenaan. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pihak berwajib atau kerajaan yang bertanggung jawab, perlu membuat penelitian, kalau betul, remaja itu perlu dibantu bukan dihukum. Di situ perlunya Kerajaan Kebajikan. Setengah abad lebih BN perintah, belum ada peraturan pembelaan kepada rakyat seperti itu? (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Sultan Muhammad ke-V Sembelih Lembu Korban

Imbas kembali.. Sultan turun bersama rakyat, ibadat qurban penyatunya!

(IH/Topeng Perak Unmasked’s Photos)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Misi Kemanusiaan, Selamat & Bantu Mangsa Musibah

KOTA BHARU, 5 Nov 11: Jabatan Amal Malaysia Cawangan Kelantan bukan saja proaktif melaksanakan misi kemanusiaan dan menyelamat, bahkan berkhidmat dengan cemerlang bersama pimpinan PAS negeri di samping membantu mangsa musibah termasuk banjir.

Penasihat Jabatan Amal Kelantan Muhammad Hafiz Musa berkata, dengan visi Jabatan Amal sebagai pergerakan kebajikan sukarela beruniform cemerlang pilihan generasi baru yang berteraskan Islam.

Anggotanya sentiasa berkhidmat secara sukarela dalam usaha membangun semula budaya generasi muda Malaysia melalui pendekatan kebajikan dan kemasyarakatan berlansaskan Islam.

Sehubungan itu, kata Hafiz yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPNK), dalam modus operandi jabatan itu termasuk menghadapi bencana banjir, Jabatan Amal Kelantan sentiasa bersiap sedia bersama dengan pasukan keselamatan dan agensi serta NGO kebajikan lain.

“Kita bersiap sedia bersekali dengan Angkatan Relawan Rakyat (Rela) serta Pasukan Bomba dan Penyelamat Negeri.

“Dalam operasi musim banjir, kita biasanya berdaftar dengan pihak keselamatan negeri yang bertugas di bawah Majlis Keselamatan Negeri dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain,” ujarnya.

Beliau berkata kini Jabatan Amal Kelantan dalam persiapan menghadapi musim banjir yang mungkin berlaku bila-bila masa sekarang. Mengulas lanjut, beliau berkata kursus dan ceramah pernah dianjurkan Jabatan Amal Kelantan pada masa lalu ialah Gejala Sosial dan Ketenteraman Awam serta Kaedah Menanganinya, Bantuan Kecemasan dan Kaedah-Kaedahnya dan Kaedah Menyelamat Waktu Bencana Alam. Program tersebut dijayakan dengan kerjasama pihak JPAM, Bomba dan polis.

Pengarah Jabatan Amal Kelantan, Muhammad Hanif Ahmad menyatakan pada peringkat Jabatan Amal Negeri, pihaknya mengarahkan semua anggota sekiranya jabatan tidak boleh mengadakan program di lokasi tertentu pada musim banjir, mereka hendaklah melaksanakan kerja-kerja membersihkan penempatan mangsa-mangsa banjir selain urusan perpindahan.

“Sekarang kita mengadakan persiapan program latihan kemahiran kepada anggota Unit Amal bagi menghadapi bencana alam khususnya dalam operasi musim banjir.

“Kita bekerjasama dengan banyak pihak termasuk Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kelantan,” katanya.

Menurutnya, kursus berkala jati diri dan pemantapan anggota Unit Amal Negeri sentiasa dilakukan terutama dalam siri menyelamat dan membantu masyarakat.

“Alhamdulillah, jabatan ini juga turun ke Dewan-Dewan Undangan Negeri mengadakan taklimat selain taklimat untuk menarik orang muda dan dewasa supaya turut serta dalam jabatan ini.

“Tidak dihadkan umur untuk menyertai jabatan ini,” katanya sambil menambah kegiatan terbaru diadakan ialah Kursus Menyelamat Di Air dengan kerjasama Bomba dan JPAM.

Sementara itu, Komander Unit Amal Jabatan Amal Kawasan Kota Bharu Mohd Aliman Ismail, 29 berkata unit di bawah kawal selianya itu sentiasa bergerak aktif.

Dalam perkembangan terbaru, unitnya mengadakan Himpunan Sukarelawan untuk menarik golongan belia khususnya dalam Kawasan Kota Bharu untuk bersama dalam kerja-kerja kebajikan, kemasyarakatan dan seterusnya sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU 13) di samping Unit Amal itu sendiri dijadikan ikon kepada golongan belia.

Mengulas lanjut, beliau berkata anggota Unit Amal dibekalkan dengan latihan asas keselamatan di samping latihan mengendalikan bot penyelamat. Penerima Anugerah Cemerlang Unit Amal Kawasan Kota Bharu 2011, Idlias Hassan, 45, dari Telipot dekat sini berkata pergerakan Unit Amal yang disertainya itu bukan merupakan batu loncatan untuk mendapatkan kerja lain, tetapi bagi melaksana ‘tuntutan Islam’ serta mengangkat martabat Islam.

“Bahkan menerusi Unit Amal ini mampu mengembalikan kegemilangan Islam sebagaimana kegemilangannya masa lalu.

“Saya masuk Unit Amal dengan erti kata beramal kerana Allah SW dan merasakan kepuasan dalam diri,” katanya. (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Sembelih Tanpa Permit, Denda & Rampas Daging -JPV

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V sembelih lembu korban bersama rakyat..
KL, 5 Nov 11: Orang ramai yang ingin menyembelih ternakan korban sempena Aidiladha esok diminta mendapatkan permit daripada pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) berdekatan dengan tempat masing-masing.

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin berkata ini kerana di bawah Akta Binatang 1953, semua penyembelihan di luar rumah sembelihan berdaftar perlu mendapatkan permit sembelih daripada pihak jabatan.

“Penyembelihan tanpa permit atau kebenaran bertulis JPV adalah menyalahi undang-undang dan sabit kesalahan boleh dikenakan denda manakala daging sembelihan boleh dirampas,” katanya dipetik Bernama Online.

Aziz berkata pegawai veterinar akan menjalankan pemeriksaan mengejut di semua masjid dan surau serta tempat penyembelihan luar di seluruh negara pada Hari Raya Aidiladha.

“Pemeriksaan ini meliputi permit kebenaran, kebajikan ternakan, penyakit dan keselamatan daging korban yang akan diedarkan,” katanya.

Aziz berkata permohonan permit bagi Kuala Lumpur dan Putrajaya boleh dibuat di pejabat JPV Kuala Lumpur di KM 4, Jalan Selar 4, Off Jalan Cheras di mana kaunter akan dibuka hari ini mulai pukul 8 pagi sehingga 2.30 petang.

Beliau berkata pemohon perlu membawa bersama sijil kesihatan veterinar, yang boleh diperoleh daripada pembekal ternakan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Seks bebas boleh, sembeleh qurban bebas tak boleh!

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Buat, Jual & Simpan Senjata Apa Hukum Dlm Islam?

RAMPAS...Md Tahir (dua dari kiri) menunjukkan senapang kayu buatan sendiri yang dirampas daripada seorang peneroka di  Felda Gunung Besout, di Slim River.
RAMPAS...Md Tahir (dua dari kiri) menunjukkan senapang kayu buatan sendiri yang dirampas daripada seorang peneroka di Felda Gunung Besout, di Slim River.

SLIM RIVER: Seorang peneroka Felda mengejutkan polis apabila dikesan memiliki kemahiran menghasilkan senapang kayu berbahaya sebelum dijual secara haram kepada orang ramai.

Senjata buatan sendiri itu yang dijual pada harga RM350 setiap laras mampu mengundang maut berikutan menggunakan tabung angin bertekanan tinggi untuk menembak laju peluru guli yang digunakan.

Kegiatan menyalahi undang-undang itu berjaya dipatahkan selepas peneroka berusia 66 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim, yang menyerbu rumahnya di Felda Gunung Besout, di sini.

Dalam operasi jam 3.40 petang Jumaat lalu, suspek yang juga seorang tukang kayu dikesan menjadikan bahagian belakang rumahnya sebagai ‘kilang’ untuk menghasilkan senapang kayu berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Md Tahir Kasim, berkata siasatan mendapati suspek memulakan perniagaan menjual senapang itu sejak awal tahun ini.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sepatutnya, buat, jual atau simpan senjata tidak salah, apa lagi senjata kecil untuk kegunaan harian, yang zamain ini berstatus parang dan golok sahaja. Yang salah ialah menyalah gunakan senjata. Dalam sejarah Islam Nabi SAW menggalakkan bermain pedang, antara senjata termoden zaman itu.

Hatta di pertandingkan dari pemusatan masjid, ertinya termasuk dalam kerja-kerja baik. Ia juga dapat membantu pertahanan negara. Hanya penjajah mencipta undang-undang keras menghukum mati kepada pemilik senjata, untuk menakutkan rakyat demi kepentingan pengekalan penjajahan mereka.

Di situlah perlunya undang-undang jenayah hudud yang mungkin agak berkesan untuk mengawal penyalah gunaan senjata dan kuasa. Maka, perlu dikaji semula undang-undang pemilikan senjata kepada penyalah gunaan senjata, walaupun ia mempunyai lesen menyimpan dan menggunanya. Sekadar membuka minda, wallahu 'aklam. (IH)

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Wanita Jangan Lihat, Dia Melukis Guna Anunya..


MAAF! Ini gila punya kerja.. Seorang pelukis lelaki kononya professional menggunakan kemaluannya untuk melukis pelbagai jenis lukisan.

Fakta Ringkas:
  • Nama pelukis ini adalah Tim Patch, seorang pelukis yang berasal dari England.
  • Yang menjadikan Tim Patch seorang pelukis unik ialah, dia melukis tanpa menggunakan sebarang berus lukisan; hanya menggunakan zakarnya.
  • Kadangkala dia menggunakan punggungnya bagi mengecat latar belakang lukisan.
  • Tim Patch juga telah menjelajah ke seluruh dunia untuk mempromosikan teknik lukisannya.

Ada kaitan..
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib

Melaka Tubuh 1292, Bukan Lagi 1400M -IKSEP

KERAJAAN negeri Melaka bersetuju menetapkan tarikh penubuhan kerajaan Melayu Melaka pada 1262 dan bukannya 1400 seperti yang menjadi rujukan umum sebelum ini. Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Melaka (IKSEP), Datuk Mohd. Said Yusof berkata, asas yang diambil untuk menukar tarikh sebenar penubuhan Melaka berdasarkan dua karya agung iaitu Sulalat Al-Salatin dan Hikayat Hang Tuah.

Menurutnya, beberapa peristiwa yang terkandung dalam kedua-dua buku tersebut membuktikan bahawa penubuhan Melaka bukan pada 1400 seperti dikatakan oleh sarjana Barat iaitu dari Portugis yang juga bukan berdasarkan kepada fakta sejarah.

‘‘Beberapa contoh seperti Sultan Mansur Shah menduduki takhta hampir 60 tahun dan sultan terakhir iaitu Sultan Mahmud Shah pula selama 30 tahun. Kalau berdasarkan dua sultan ini, kerajaan Melaka terbentuk lebih daripada 90 tahun.

‘‘Mustahil kerajaan Melayu Melaka ditubuhkan hanya berumur 111 tahun. Kalau mengikut catatan sejarah, Melaka yang dibentuk oleh Parameswara pada 1400 dan Laksamana Cheng Ho datang ke negeri ini pada 1403.

‘‘Tidak mungkin dalam tempoh tiga tahun kerajaan Melayu Melaka sudah menjadi satu kerajaan yang besar ketika itu hingga dihormati oleh China dan ini membuktikan tarikh 1400 tidak relevan sebagai tarikh penubuhan Melaka,” katanya.

Mohd. Said berkata, berdasarkan bukti yang terdapat dalam kedua-dua karya agung Melayu itu, kerajaan mengambil keputusan menetapkan tarikh penubuhan Melaka pada 1262.

‘‘Kini terpulang kepada cendekiawan untuk mengkaji dengan lebih mendalam mengenai fakta yang dikemukakan untuk menolak penubuhan negeri ini pada 1400,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan negeri menerima cadangan sekumpulan penyelidik yang merumuskan sejarah penubuhan kerajaan Melayu Melaka diasaskan pada 1278, bukannya pada 1400 yang menjadi rujukan umum sebelum ini.

Keputusan dibuat pada Mesyuarat Pembentangan Hasil Penyelidikan Jawatankuasa Penyelidik pada April tahun lalu. (IH/Rujukan Utusan Malaysia)

Nak Tahu Pahlawan Hang Tuah berketurunan Cina? Sila lihat...
E-Buku IH-35: Cina Malaya & Malaysia..

E-Buku IH-35: Cina Malaya & Malaysia..

IKLAN: Seluar Dalam Ajaib -Baik Untuk lelaki.
Seluar Dalam Ajaib