Saturday, November 19, 2011

Kurangkan Seks, Lebihkan Cegah. Itu Bukan Cara Kita!

Ramai, anara ciri-ciri keluarga bahagia..

WASHINGTON: Kadar kelahiran di kalangan wanita muda dan remaja di Amerika Syarikat mencatat kejatuhan paling besar dalam sejarah tahun lalu, kata Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Kemanusiaan AS, semalam.

Melalui data dalam Laporan Statistik Penting Kebangsaan, kadar kelahiran di kalangan remaja berusia di antara 15 dan 19 tahun menurun sembilan peratus pada 2010 berbanding tahun sebelumnya. Ia adalah penurunan terbesar dalam tempoh setahun sejak 1946 - 1947.

“Pada tahap 24.3 kelahiran bagi setiap 1,000 remaja, ia mencatatkan rekod terendah bagi AS,” kata laporan itu.

Kadar kelahiran di kalangan remaja mencatatkan penurunan berterusan sejak 1991 dan kini 44 peratus lebih rendah berbanding 20 tahun lalu. Ketua Eksekutif Kempen Mencegah Remaja dan Kehamilan Tidak Terancang Kebangsaan, Sarah Brown, berkata tiada masalah sosial lain mencatatkan peningkatan begitu ketara sejak sekian lama.

"Rahsianya ialah, kurangkan seks dan lebihkan langkah pencegahan,” katanya. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kurangkan seks dan lebihkan cegah, itu bukan cara Islam. Islam menggalakkan seks yang sihat. Bersih, berkahwin secara sah, bukan najis zina yang tidak sihat. 'Berkahwin dan beranaklah, aku gembira dengan umatku yag ramai. Kata Nabi SAW, pemimpin orang Islam. (IH)

Lihat sebelum ini..

  • E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
    E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Bogel Bantah Parti Islam. Lwn PAS Dg Bogel?





KL 19 Nov 11: Lawan Parti Islam dengan berbogel? Berbogel dalam gambar di internet, walaupun sebelumnya berlaku demontrasi 'telanjang dada' wanita di beberapa negara menentang atas nama hak asasi manusia dan lain-lain.

Kini, seorang aktivis wanita dan politik berumur 20 tahun mengejutkan seluruh Mesir apabila menyiarkan gambarnya berbogel sebagai bantahan kepada kebangkitan gerakan Islam di sana. Tindakannya itu dibuat atas nama 'menentang keganasan, perkauman, seks dan hipokrasi'. Begitulah luahannya dalam blog dimana gambar tersebut disiarkan.

Tindakan tersebut berjaya menarik pengunjung seramai 1.5 juta orang sejak ia disiarkan dalam minggu ini. Tindakan Aliaa Mahdy tersebut dilihat sebagai aksi provokasi terhadap pemerintahan sementara tentera dan juga peningkatan sokongan terhadap parti Islam yang dijangkan bakal memenangi pilihan raya parlimen Mesir yang bakal menjelang.

Bayangkan kalau hal begini berlaku di Malaysia. Lawan PAS dengan brbogel? He he he! (IH/Sumber Warta Subhi & Times of Ummah)

E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Abu Omar Terrorist Network Nabbed -Jakarta Updates


Indonesian Anti-Terror 88 Detachment
Nov 14, 2011

Within these two days the Special Detachment 88 Antiterrorism from the Indonesian Police nabbed six suspected terrorist belonging to Abu Omar network. One of them is alleged to have hide guns on the forest area around Indonesian University campus in Depok, West Java.

The Indonesian Police spokesperson Kombes Boy Rafli Amar explained that the anti-terror special force arrested four people that are already on the wanted list as a member of Abu Omar group.

Men arrested on Saturday (12/11/2011) are DAP (34 yrs old) from Cipondoh Makmur, BH aka Dodi (35 yrs old) from Cibodas, Karawaci, AA aka Agung (31 yrs old) from Rawa Badak Utara and S from Taman Raja Tanggerang.

Boy said that the Police had to shoot AA on the leg for resisting arrest. When fronted by the Police, AA was carrying a M16 caliber gun. The same type of gun was also discovered with S including 2 magazine and 313 bullets.

The other two alleged terrorists were arrested the next day. They were DWT (50 yrs old) from Duren Sawit and SGO aka Sugih who sells fried rice on the side of the street in Jati Rahayu, Bekasi.

Boy added that BH admitted to have received two FN guns jungle type and 20 bullets. He says that he hide those items on the forest area around Indonesian University in Depok.

The Police is still trying to understand the intention and target of this Abu Omar group as well as trying to secure all the weapons and ammunition possessed by the gang members. ”We are still looking for the said weapons” said Boy.

The arrest came as the Police continue to investigate as a result of the apprehension of Abu Omar in East Kalimantan earlier. This group is known as Kaltim group and has been known to import weapons and ammunitions from South Philippine. Some members of the group are also implicated in Bali Bombing in 2002. (Jakara Updates)

Sebelum ini..

E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Buktikan 13 Tahanan ISA Pengganas Abu Omar

Najib di Bali rakyat ditahan ISA.
Pemimpin rantau Asia Pasifik termasuk Najib Razak dan Barack Obama ketika tiba untuk menghadiri majlis makan malam gala sempena Sidang Kemuncak Asia Timur di Nusa Dua, Bali. ― Foto Reuters
Pemimpin rantau Asia Pasifik termasuk Najib Razak dan Barack Obama ketika tiba untuk menghadiri majlis makan malam gala sempena Sidang Kemuncak Asia Timur di Nusa Dua, Bali. ― Foto Reuters

KL: 19 Nov 11: Bebaskan atau buktikan 13 Tahanan ISA itu pengganas atau kumpulan militan. Semalam, media massa melaporkan polis telah menahan 13 anggota militan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Omar yang juga dikenali sebagai kumpulan Kaltim dan berpangkalan di Kalimantan.

Menurut akhbar, kumpulan militan berkenaan menggunakan Tawau sebagai lokasi transit untuk pengumpulan senjata yang diperoleh dari selatan Filipina. Sementara itu pihak polis mengesahkan wujudnya usaha untuk menghidupkan kembali gerakan militan di Sabah dengan penahanan 13 anggota kumpulan itu sejak Isnin lepas. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kegiatan anggota militan terbabit jika tidak dibendung boleh mengancam dan menggugat keselamatan negara.

Hari ini, Suhakam melahirkan rasa amat kecewa dan terkejut dengan tindakan Putrajaya menahan 13 individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berhubung dakwaan kegiatan gerakan militan di Sabah awal minggu ini ketika ia sedang dalam proses memansuhkan undang-undang tersebut.

Pengerusinya Tan Sri Hasmy Agam berkata, tindakan terbaru ini benar-benar mengejutkan dan sama sekali bertentangan dengan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang berani dan bersejarah untuk memansuhkan ISA serta pengiktirafan dan penghormatan terhadap hak asasi manusia serta perseimbangan antara hak tersebut dengan peraturan undang-undang dalam sistem demokrasi berparlimen negara – yang telah lama dinanti-nantikan dan amat dialu-alukan dengan sepenuh hati oleh rakyat.

“Selaras dengan seruan yang telah dibuat sebelum ini agar undang-undang penahanan pencegahan dimansuhkan, suruhanjaya menggesa agar pihak berkuasa membebaskan kesemua mereka yang ditahan di bawah undang-undang tersebut dan memberikan hak mereka kepada perbicaraan terbuka dengan diwakili peguam,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Katanya, Suhakam juga menyeru kerajaan supaya menghentikan penggubalan undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara dan agar menangani isu berkaitan keganasan di bawah undang-undang lain yang sedia ada dan sementara pemansuhan ISA dibuat, tiada sebarang penangkapan akan dijalankan di bawah akta berkaitan. (IH)

Sebelum ini..

E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Kini Tokyo Sky Tree Menara Tertinggi Di Dunia



Guinness World Records pada hari Khamis lalu telah mengiktiraf Tokyo Sky Tree berketinggian 634 meter sebagai menara tertinggi di dunia. Bentuknya amat menarik kerana tapaknya berbentuk segitiga manakala bahagian atasnya berbentuk bulat.

Pada mulanya Tokyo Sky Tree dijangkakan hanya akan berketinggian 610 meter, tetapi setelah dibina pihak pengurusan menaikkan ketinggiannya kepda 634 meter kerana banyak negara lain sedang berlumba-lumba membina bangunan tinggi. Itukah strategi Jepun?


Menara pemancar penyiaran televisyen ni akan dibuka kepada orang ramai pada bulan Mei tahun depan. Sebelum ini struktur tertinggi di dunia adalah Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan ketinggian 828 meter.




Kini Tokyo Sky Tree Tertinggi Di Dunia

Lihat sebelum ini..

  • E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
    E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Arroyo Ditangkap Polis, Pengajaran Penipu P'raya


ARROYO duduk di atas kerusi roda semasa beliau dilarang meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Paranaque, Metro Manila pada Selasa lalu.

MANILA - Polis Filipina semalam menangkap bekas presiden, Gloria Macapagal Arroyo kerana didakwa berkomplot dengan seorang panglima perang untuk menipu dalam pilihan raya.

Beliau boleh dipenjarakan seumur hidup kerana kesalahan tersebut. Penangkapan itu berlaku selepas pihak berkuasa menghalang Arroyo, 64, daripada meninggalkan Filipina setibanya beliau di lapangan terbang Manila di sini dengan memakai alat penyokong leher.

Ketika itu, Arroyo mahu meningglakan Filipina untuk menjalani rawatan perubatan sakit tulang di luar negara. Menurut polis, Arroyo bersama suami dan peguamnya semasa waran tangkap dihantar ke biliknya di Pusat Perubatan St. Luke di bandar Taguig, Manila tempat bekas presiden tersebut dirawat kerana sakit tulang.

Keputusan mendakwa Arroyo oleh Suruhanjaya Pilihan Raya semalam kerana menipu dalam pilihan raya senator pada 2007 turut menandakan kemuncak kempen Presiden sekarang, Benigno Aquino untuk mendakwa pemimpin itu kerana jenayah rasuah.

"Aquino berikrar untuk membawa Arroyo ke muka pengadilan selepas beliau memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya pada tahun lalu.

"Arroyo akan berada dalam negara dan berdepan dakwaan mensabotaj pilihan raya" kata Setiausaha Kehakiman, Leila de Lima dalam satu kenyataan selepas sebuah mahkamah di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas presiden berkenaan.

"Adalah menjadi hasrat kami supaya rakyat Filipina mendapat keadilan yang sepatutnya," tambah kenyataan sama.

Arroyo yang merupakan seorang bekas profesor universiti dan presiden wanita kedua Filipina didakwa melanggar banyak akta rasuah dan penipuan pilihan raya semasa era pemerintahan beliau dari 2001 hingga pertengahan tahun lalu.

Beliau beberapa kali menggagalkan usaha Parlimen untuk memecatnya ekoran dakwaan melakukan penipuan dalam pilihan raya semasa memerintah Filipina. Beberapa pembantu Arroyo menyatakan beliau dirawat di hospital kerana menghidap sejenis penyakit tulang yang jarang berlaku.

Arroyo juga telah menjalani tiga pembedahan tulang belakang sepanjang tahun ini. De Lima berkata, pemerintah tidak membantah Arroyo ditangkap ketika beliau dirawat di hospital. Namun, pihak berkuasa tidak bertindak segera untuk menangkap Arroyo. Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada bekas pemimpin itu akan ditahan sehingga perbicaraan berlangsung.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, penipuan undi itu berlaku di wilayah Maguindanao, selatan Filipina yang diperintah oleh keluarga Ampatuan. Sekutu-sekutu Arroyo rapat dengan keluarga Ampatuan.

Keluarga Ampatuan mempunyai reputasi sebagai penglima perang dan melaksanakan pemerintahan di wilayah itu selama satu dekad dengan satu kumpulan tentera peribadi yang ganas. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di Malaysia pun ada yang nak kena macam Arroyo?

Lihat sebelum ini..

  • E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
    E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Friday, November 18, 2011

Hudud: Kedah Tunggu Kelantan Dulu..

MB Kedah

KL 18 Nov 11: Kerajaan Kedah akan menunggu Kelantan melaksanakan undang-undang hudud terlebih dahulu sebelum melaksanakannya, Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah diberitahu.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi Negeri Datuk Mohamed Taulan Rasul berkata mereka mahu melihat kejayaan pelaksanaan undang-undang itu di Kelantan yang telah diluluskan di negeri itu.

"Kelantan dah luluskan Enakmen Jenayah Syariah dan menunggu kebenaran kerajaan pusat. Kerajaan pusat masih belum memberi kebenaran," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih atas titah ucapan Sultan Kedah ketika merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah dan Rang Undang-Undang Peruntukan 2012 oleh Kerajaan Negeri di Alor Setar, semalam.

Beliau berkata undang-undang Islam adalah satu kewajipan terhadap umatnya dan perkara itu tidak sepatutnya dipermainkan oleh mana-mana pihak.

"Apa yang berlaku di Kelantan adalah masalah pelaksanaan. Kalau Kelantan boleh melaksanakannya, ia boleh berjalan dengan baik," katanya. - Bernama

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz
E-Buku IH-46: Isu Hudud, K'tan & Nik Abd Aziz

Audit: Parti Dapat ‘Kad Merah’ Wajar Bubar -N/Aziz


KOTA BHARU, 18 Nov 11: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan tindak-tanduk pemimpin parti pemerintah negara atau negeri sangat mustahak dalam melaksanakan dasar partinya. Parti yang menang dalam pilihan raya, maka parti itulah yang memerintah.

Justeru, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, parti pemerintah yang mendapat ‘kad kuning’ atau ‘kad merah’ daripada Ketua Audit Negara kerana melakukan penyelewengan atau salah laku urus tadbir dalam kementerian, jabatan dan pengurusan syarikat di bawahnya, maka parti berkenaan hendaklah dibubarkan.

“Ketua Audit, kalau dia tegur orang yang terbukti bersalah sama ada orang berkenaan kena letak jawatan atau pun partinya hendaklah dibubarkan semua sekali.

“Ini kerana yang memegang sesebuah negara atau negeri adalah parti. Parti mana yang menang dalam pilihan raya, maka parti itulah yang berkuasa memerintah negara atau negeri.

“Parti itu mustahak sekali termasuk dasar dan tindak-tanduk pemimpin parti kerajaan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah minggunnya di Medan Ilmu di sini, pagi tadi.

Sebagai respons kepada Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang membabitkan aktiviti kementerian, jabatan dan pengurusan syarikat Kerajaan Persekutuan. Buku Laporan Ketua Audit Negara 2010 itu telah pun diedarkan pada persidangan Parlimen baru-baru ini.

Beliau bersetuju ‘ketirisan’ dan ‘penyelewengan’ yang mungkin telah dilakukan pihak tertentu seperti dalam Laporan Ketua Audit Negara itu diperjelaskan kepada rakyat umum dan dijadikan bahan kempen menjelang Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU-13) nanti oleh penceramah PAS dan Pakatan Rakyat.

“Saya bersetuju sangatlah. Ini kerana audit itu ibarat referee (pengadil). Kalau di padang bola, maka referee itu menjadi hakim.

“Apabila referee tegur satu orang, maka orang itu kenalah ambil perhatian berat, tidak kira sama ada pemain itu mendapat kad kuning atau kad merah.

“Boleh jadi yang memegang kad kuning dengan cara kad kuningnya, manakala pemegang kad merah pula dengan cara kad merahnya. Bahkan kalau tidak mendengar kata refree itu juga, maka ‘parti’ berkenaan itu kenalah dibubarkan,” ujarnya lagi.

Beliau menegaskan kalau pihak audit membut teguran terhadap orang yang terbukti bersalah, bahkan sering terbukti mengulangi kesalahan yang lalu, maka sama ada orang berkenaan kena meletak jawatan atau pun partinya dibubarkan semua sekali. (IH/Harakahdaily)

Lihat sebelum ini..

  • E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
    E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

PAS Tubuh Penal Khas Nilai Calon PRU13 N/Aziz

Nik Aziz berkata wakil rakyat dengan prestasi kurang cemerlang tidak akan dipilih semula.

KOTA BARU, 18 Nov 11: PAS telah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 bila-bila masa tetapi mahu berhati-hati dalam soal pemilihan calon yang bakal bertanding, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata pihaknya berhati-hati dalam hal ini dan telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk menilai prestasi seseorang calon.

“PAS tidak ada masalah dalam pemilihan calon, kerana kita mempunyai ramai calon berkelayakan cuma pemilihan perlu dibuat melalui jawatankuasa khas yang dibentuk dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat tertinggi parti,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di dataran ilmu hari ini.

Dipetik Bernama Online, Mursyidul Am PAS berkata apa yang pasti wakil rakyat yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang ketika diberi peluang menjadi calon dalam pilihan raya lepas, tidak akan dipilih lagi kali ini.

PAS memerintah Kelantan sejak 1990. Parti Islam itu membentuk kerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah!

Lihat sebelum ini..

  • E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
    E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Guru Beronani Dalam Kelas Murid Lari..



CHICAGO: Seorang guru matematik yang mengaku melakukan onani dalam kelas sejak 10 tahun lalu bakal didakwa di mahkamah selepas dia ditangkap ketika melakukan perbuatan itu di sebuah sekolah Kristian, kata pendakwa semalam.

Paul LaDuke, 75, bertugas di Sekolah Kristian Schaumburg sejak 26 tahun lalu sehinggalah Jumaat lalu apabila seorang pelajar melihat telatahnya di sebalik podium digunakan guru sekolah berkenaan.

Jurucakap Pejabat Pendakwa Daerah Cook berkata, pelajar terbabit kemudian melarikan diri untuk meminta pertolongan.

“Ketika mengajar kelas algebra pada jam 10 pagi, LaDuke memakai apron dan duduk di belakang podium sambil melihat pelajarnya menyiapkan tugasan.

“Dia membuka seluar dan mula melancap,” katanya.

Ketika itu ada 13 pelajar dalam kelas LaDuke dan sembilan daripadanya berusia 16 tahun, manakala empat lagi sekurang-kurangnya 17 tahun. Selepas disoal siasat, LaDuke membuat pengakuan bertulis bahawa dia melakukan perbuatan itu sejak 10 tahun lalu.

Pihak berkuasa berkata, lelaki terbabit juga mengaku berfantasi mengenai pelajar perempuannya ketika beronani. Hakim membenarkan LaDuke dibebaskan dengan ikat jamin RM12,000, tetapi pada masa sama melarangnya berhubung dengan mana-mana pelajar atau kakitangan di sekolahnya. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di Malaysia boleh jadi begini? Boleh. Selagi dibiarkan parti yang tidak bermoral dan tidak berprinsikan agama memerintah. Selagi tidak dipinda isi-isi perlembagaan yang membenarkan perkara tidak bermoral. (IH)

Lihat sebelum ini..

  • E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
    E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Pertandingan 1/2 Bogel Wanita Melayu Di Kuantan

SEKSI...seorang peserta melakukan aksi ghairah bagi meraih undian penonton.
SEKSI...seorang peserta melakukan aksi ghairah bagi meraih undian penonton.

KUANTAN 18 Nov 11: myMetro hari ini melaporkan, hadiah ditawarkan selaku juara hanya RM600 serta sebotol minuman keras, tetapi sudah cukup membuatkan 20 gadis sebahagian besarnya Melayu, tampil menyertai pertandingan separuh bogel di sebuah pusat hiburan di Jalan Beserah, awal pagi semalam.

"Sambil mengenakan pakaian seksi, sebahagian besar peserta berusia antara 15 hingga 18 tahun dan berasal dari Maran, Kemaman dan Kuantan itu sanggup menayangkan coli dan seluar dalam jenis G-string dipakai semata-mata mahu meraih sorakan penonton yang bakal menentukan sama ada mereka menang atau sebaliknya.

"Difahamkan, acara itu pertama kali dianjurkan di pusat hiburan berkenaan sempena ‘Lady’s Nite’ dan setiap peserta dikenakan bayaran RM50. Peserta yang meraih sorakan paling kuat daripada penonton dan pengunjung pusat hiburan berkenaan berpeluang memenangi pertandingan yang dimulakan jam 12 tengah malam itu.

"Peserta juga bebas menari dengan gaya tersendiri, tetapi perlu dalam keadaan seksi dan ghairah sambil diiringi muzik tekno yang dimainkan DJ. Setiap peserta dikehendaki memperkenalkan diri dan hanya dibenarkan membuat persembahan selama dua minit.

Begitulah ceritanya.. Kalau orang Melayu dan Islam tidak suka tolak Barisan Nasianal (BN) dalam PRU13 akan datang. (IH/myMetro)

Lihat sebelum ini..

  • E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
    E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

'Hamba Allah' Derma RM5J Untuk T/Serambi Mekah

KOTA BHARU, 17 Nov 11: Seseorang dari luar Kelantan telah menyumbang derma peribadi kepada Tabung Amanah Serambi Mekah sebanyak RM5 juta. Beliau yang tidak ingin dikenali identitinya, hanya disebut ‘hamba Allah’ sahaja, pada majlis kutipan derma akaun Amanah Kebajikan (Tabung Serambi Mekah) ke-21 di sini tengah hari tadi.

Ini menjadikan Tabung Amanah tersebut mencipta sejarah baru sejak penubuhannya hampir 21 tahun lalu' berjaya mengutip sebanyak RM6 juta bermula Januari tahun ini. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Aziz ketika ditemui tidak menafikan ianya sejarah tersendiri bagi Tabung Serambi Mekah dengan sumbangan derma peribadi yang tertinggi sejak ianya ditubuhkan 21 tahun lalu.

“Perkembangan ini berlaku kerana kesedaran ajaran Islam yang murni menerapkan rasa tanggungjawab dan keinsafan terhadap penderma.

“Hasil didikan golongan alim ulama dan sebagainya berhubung tanggungjawab sebagai umat Islam, mereka akan menunaikan tanggungjawab itu,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada dermawan tersebut serta penderma lain termasuk agensi-agensi kerajaan, swasta dan sebagainya kerana sudi menderma.

Katanya, dengan sumbangan tersebut ianya dapat membantu mangsa-mangsa ribut, kebakaran, banjir dan bencana alam lain.

Beliau berharap ianya menjadi suntikan motivasi kepada masyarakat untuk turut menunaikan tanggungjawab itu. Antara agensi kerajaan negeri yang menderma, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sejumlah RM405,000, PMBK (RM100,000) dan lain-lain.

Turut menyumbang syarikat-syarikat swasta, pejabat tanah jajahan dan majlis daerah seluruh Kelantan di samping sumbangan individu. Turut berucap pada majlis itu anggota Exco kerajaan negeri yang mewakili Timbalan Menteri Besar, Dr Muhammad Fadzli Hassan. (IH/Harakah daily)

E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Pelik! Lumba Laju Tandas Kereta Kecil Buatan Sendiri

JOM KREATIF

EDD CHINA menunggang tandas bergerak di London semalam.

Tandas, kereta kecil sertai perlumbaan

LONDON - Seorang pencipta Britain, Perry Atkins menyertai hari Guinness World Records kelmarin di sini dengan berlumba dengan kereta kecil ciptaannya. Kereta yang dicipta Atkins itu berukuran 66.04 lebar dan 132.08 sentimeter panjang.

Para pemegang rekod Guinness itu akan menyertai pertandingan berlumba dengan menaiki ciptaan mereka seperti tandas yang paling laju bergerak. Edd China dari Britain merupakan pencipta tandas bergerak itu.


PERRY ATKINS duduk di dalam kereta paling kecil di London semalam.

Seorang lagi pencipta dari Britain, Colin Furze juga menyertai perlumbaan itu dengan ciptaannya, skuter kecil paling laju di dunia. - Agensi

Selanjutnya..
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'

E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Hutang AS Tidak Sihat, Cecah RM47.39 Trilion

AHLI-AHLI Kesatuan Jururawat Kebangsaan dan penyokong mereka mengadakan tunjuk perasaan di Washington DC pada 3 November lalu yang menuntut hutang Amerika Syarikat dikurangkan.

Thursday, November 17, 2011

Radio Tenaga Solar, Antara 8 Cara Dakyah Kristian -JAIS

Shah Alam 17 Nev 11: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkata pihaknya telah mengesan lapan cara yang dilakukan oleh pihak Kristian bagi mendakyahkan orang Islam.

Antaranya dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian atau disebut ‘Solar Powered Handheld Talking Bible’.
Perkara itu didedahkan oleh exco yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam, Datuk Hasan Ali dalam jawapannya kepada ADUN Sungai Burung, Mohd Shamsudin Lias.

Katanya, cara lain termasuk menubuhkan pelbagai pertubuhan kebajikan atau persatuan bagi tujuan memberi bantuan berbentuk kewangan terhadap mereka yang mempunyai kesempitan hidup seperti ibu tunggal, orang miskin, warga emas dan lain-lain.

Selain wang tunai, tarikan lain termasuk pemberian keperluan harian, modal perniagaan dan pelbagai lagi.

Tawaran hiburan

Menurut jawapan Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor, dakyah-dakyah juga disebarkan melalui internet dengan pelbagai pendekatan dan tawaran. Ini termasuk hiburan, bantuan, khidmat nasihat, kelas dan lain-lain. Katanya lagi, bagi mengaburi pihak berkuasa, pihak Kristian membina pusat-pusat komuniti bagi menyebarkan dakyah mereka.

“Mewujudkan kelas-kelas tuisyen percuma kepada orang-orang Islam mahupun bukan Islam sambil menyebarkan sedikit demi sedikit kepercayaan agama Islam.

“Penyebaran risalah-risalah di tempat-tempat awam dan di rumah-rumah kediaman dan juga di IPTA.

“Menterjemahkan Injil ke dalam bahas Melayu,” jawapan itu dipetik.

Selain itu, Hasan juga berkata penggunaan kalimah Allah juga digunakan dalam penulisan Kristian. Sehubungan itu, menurut Hasan bagi mencegah orang Islam daripada murtad, JAIS akan memperkenalkan enam tindakan dan langkah pencegahan.

Ini termasuk menguatkuasakan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) 1988 terhadap mana-mana individu, persatuan atau pertubuhan yang mendakyah agama selain Islam kepada orang Islam. (IH/MK)

Lihat sebelum ini..

  • E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
    E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Artis M'sia Bogel Kerajaan BN/UMNO Tetap Pekak

KL 17 Nov 11: Warga Islam Malaysia sudah muak dengan sikap pelampau Melayu Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak peka dengan sensitiviti Umat Islam di negara ini. Rakyat diseru supaya menolak parti BN dalam pilihan raya akan datang PRU13 ini. Seruan dari Wenlog Ibnu Hasyim.

Contohnya, lihat tulisan blogger Mohdnoorawang semalam,
'Artis Malaysia Gambar Bogel , Dibayar USD3500'...

"Apa sudah jadi dengan artis wanita Malaysia. Sanggup bergambar BOGEL KERANA DIBAYAR USD3500 sahaja untuk dimuat dalam majalah FHM keluaran bulan 10/2011. Artis wanita Malaysia bernama ZARINA ANJOULIE pernah bergambar seksi / bogel sehingga nampak lurah alat sulit dan buah dada yang besar di sebarkan dalam internet tahun 2008.


Terbaharu Zarina Anjoulie bergambar separuh bogel dan seksi serta nampak pusat bertindik, buah dada besar ala akters Hollywood. Memang cukup seksi habis. Jawapan yang diberi cukup bagus Zarina cukup bagus, gambar separuh bogel dibuat kerana dapat bayaran. Hebat.

Kita mengharap pehak yang berkuasa mengambil tindakkan yang sewajarnya kepada artis artis Malaysia terutama wanita yang sangat suka tayang buah dada. peha dan gambar yang agak seksi tidak dipaparkan dalam media tv dan media cetak.

"Tiada apa-apa respon dari pemerintah dan pihak berwajib. Kerajaan BN memang pekak, tuli, bisu dari mengatakan dan bertindak menurut bebenaran. Samada JPM atau jabatan agamanya, kementerian pembangunan wanitanya atau UMNOnya.." Kata editor Weblog Ibnu Hasyim, Hj Mohd Hasyim. (IH)

Lihat sebelum ini..

  • E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
    E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Dituduh Ciplak Lagu Pun, Mengapa Menonggeng Begitu?

HALAMAN HIBURAN

AMURO NAMIE

PENYANYI terkenal Jepun, Amuro Namie dilanda kontroversi apabila dia dituduh menciplak lagu solo anggota kumpulan Bing Bang, G-Dragon.

Menurut media Jepun, Amuro, 34, disyaki menciplak lagu dendangan solo G-Dragon, 23, yang berjudul, Heartbreaker untuk menghasilkan lagu terbaharunya, Sit! Stay! Wait! Down! yang bakal diedarkan di pasaran menjelang 7 Disember ini.

Ujar sumber: "Lagu terbaharu Amuro Namie, Sit! Stay! Wait! Down! dikhuatiri merupakan hasil ciplak lagu dendangan solo G-Dragon yang berjudul, Heartbreaker. Ironinya, dua tahun lalu, lagu Heartbreaker pernah didakwa merupakan hasil ciplak lagi dendangan penyanyi popular Amerika Syarikat, Flo-Rida."

Sebenarnya, menonggeng pun adalah iklan, dengan bergaya seksi, sebagai seorang artis. Artis-artis di Malaysia pun begitu. Sekurng-kurangnya, iklan diri. Gaya dan berpakaian macam itu tetap menyalahi syariat Islam, kalau mereka adalah penganut agama Islam. (IH)

Lihat sebelum ini..

  • E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
    E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Perjuangan Angkat Keris Khianati Islam -Nik Aziz

KOTA BHARU, 17 Nov 11: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perjuangan yang dibawa pihak tertentu dengan ‘mengangkat keris’ dan melaungkan ‘Melayu’ adalah perjuangan sempit. Bahkan, katanya perjuangan seperti itu mengkhianati perjuangan Islam yang telus dan luas.

“Pada saat pihak lain ‘mengangkat keris’ dan melaungkan-laungkan ‘hidup bangsa’ dengan merendah-rendahkan martabat kaum lain, kami di Kelantan mengangkat ‘persamaan darah’ dan keturunan di tempat yang sepatutnya serta menafikan sebarang bentuk penindasan, ketidakadilan dan diskriminasi kaum,” ujarnya.

Beliau berkata terdapat di negara ini orang Melayu menyempitkan perjuangan mereka dengan fokus perjuangan hanya untuk bangsa Melayu saja, sedang itu salah dari segi Islam.

“Itu mengkhianati perjuangan Islam yang telus dan luas, bahkan ada yang mengangkat keris, menyebut Melayu itu menyebabkan orang Cina menjadi dendam dan marah, sedangkan ‘khazanah’ di Malaysia ini dipenuhi oleh (khazanah) orang Cina. Ini kerana mereka lebih kaya daripada orang Melayu,” jelasnya yang juga Mursyidul Am PAS..

Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Mesra Kaum 2011 di Dewan Perniagaan Cina di sini malam tadi. Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Lama.

Majlis merupakan ‘projek perintis’ Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) itu dihadiri lebih 700 orang terdiri dari wakil pimpinan pelbagai kaum. Selain itu, Menteri Besar turut memaklumkan demi mempastikan kebajikan kaum bukan Melayu dan non-muslim terjaga, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM1.7 juta dalam Bajet 2012 yang dibentang dan diluluskan persidangan Dewan Negeri Kelantan baru-baru ini.

Bajet itu untuk sumbangan kebajikan khusus bagi masyarakat bukan Islam. Mengulas lanjut, beliau berkata, budaya Kelantan yang menjunjung nilai-nilai Islam telah membina masyarakat majmuk, harmoni dan bertoleransi tinggi.

“Dan ini membawa kepada perpaduan erat antara kaum tanpa dasar kebangsaan.

“Bahkan dari segi kebudayaan termasuk kaum Cina, mereka bebas mempersembahkan budaya mereka termasuk tarian naga,” katanya sambil menambah bahawa pada awal pemeriahan Kerajaan Negeri (1990-an), selaku Menteri Besar beliau menekankan agar Islam ‘berada di tampuk pemerintahan’.

“Ini penting supaya dalam masa yang sama, hak rakyat non-muslim terpelihara dengan baik di bumi Kelantan ini khususnya,” katanya (IH/Harakahdaily)

Sila lihat perjuangan PAS, bukan perjuangang angkat keris...

E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Tahniah Harith Iskandar! Boleh Perkenalkan ...

HALAMAN HIBURAN

PETALING JAYA: Pelawak dan pelakon terkenal Harith Iskander (gambar) sudah setanding dengan pelawak antarabangsa apabila bakal membuat persembahan dengan pelawak tersohor dari luar negara itu seperti Sugar Sammy, Paul Ogata dan Vivek Mahbubani.

Menurut Harith, dia dan pelawak-pelawak itu termasuk pelawak dan pengacara dari negara ini Joanne Kam bakal berkongsi pentas dalam acara stand up comedy terbesar di Asia yang dinamakan 'Kings & Queen of Comedy Asia 2' di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 18 dan 19 November ini.

“Ini merupakan kali kedua saya terlibat dalam acara ini. Sebelum ini, saya pernah bertemu dan membuat persembahan dengan Paul Ogata di Singapura manakala yang lain adalah kali pertama.

“Memandangkan acara ini dilakukan untuk kali kedua, saya akan memberikan kelainan dari segi idea baru yang lebih menjurus kepada kehidupan saya selepas berkahwin dan isteri sudah hamil 6 bulan.

“Saya akan membuat persembahan secara solo dan begitu juga dengan pelawak-pelawak lain dalam tempoh 20 hingga 25 minit seorang,” katanya kepada mStar Online.

Sugar Sammy popular di India dan Kanada, Paul Ogata (Jepun/ Amerika Syarikat) dan Vivek (Hong Kong).

“Saya rasa setiap persembahan komedi yang dipersembahkan tidak jauh beza daripada budaya negara ini yang lebih dekat dengan orang Asia dan sesuai dengan penonton negara ini,” ujarnya lagi.

Para peminat boleh membeli tiket secara dalam talian dengan melayari www.ticketpro.com.my dan www.airasiaredtix.com.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah Harith Iskander. Cuba perkenalkan budaya Malaysia di luar negara, termasuk keharmonian kepelbagaian beragama.

E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Info: Nginap Di Sini, Kalau Melawat Hong Kong.


Peniaga dari Pakistan, Arif Mohammed berniaga di kedainya di Chungking Mansions, Hong Kong kelmarin.

Bangunan kediaman digelar PBB Hong Kong

HONG KONG - Bangunan Chungking Mansions di sini digelar sebagai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Hong Kong. Gelaran itu diberikan kerana terdapat pelbagai bangsa yang tinggal di bangunan berkenaan. Pada asalnya ia merupakan kediaman untuk penduduk tetapi berkembang menjadi hotel murah, kedai dan perkhidmatan lain. - Agensi

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Lihat Ini, Biskut Beras Terbesar Di Dunia


Selanjutnya Klik di sini...

ISA Masih Digunapakai, 10 Aktivis Islam Ditahan.

Mereka ini juga dituduh JI di Indonesia (Indonesia ji jail 2011 06 27. SEMARANG,)

KL 17 Nov 11: ISA masih digunapakai. Semalam PAS Sabah menuntut supaya semua tahanan aktivis Islam di Tawau dibebaskan serta merta tanpa syarat. Pesuruhjayanya, Mohd Aminuddin Aling berkata, masyarakat seluruh Tawau gempar dengan berita penangkapan 10 pendakwah dan aktivis Islam di daerah itu pada hari Isnin, 14 November lepas.

Hari ini Kosmo melaporkan, seramai sepuluh individu yang dipercayai anggota kumpulan Darul Islam (DI) ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selepas disyaki terlibat dalam kegiatan yang boleh memudaratkan keselamatan negara. Kesemua mereka yang terdiri daripada warga tempatan, Indonesia dan Filipina itu ditahan dalam operasi berasingan di sekitar Tawau, Sabah sejak Isnin lalu sehingga kelmarin.

Menurut berita itu lagi, satu sumber keselamatan berkata, siasatan awal percaya mereka yang berusia 20 hingga 50-an itu dipercayai mempunyai hubungan dengan kumpulan militan DI di Indonesia dan selatan Filipina.

Sumber keselamatan itu berkata, ISA masih sah diguna pakai sehingga kerajaan mengumumkan ada akta baharu bagi menggantikan ISA yang bakal dimansuhkan sepenuhnya.

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

Hati-hati Wang Palsu, Lihat Bedanya Dah Tertipu..


PERBANDINGAN wang RM10 palsu (atas) dan tulen (bawah) yang diterima oleh Zamri daripada satu pasangan di Kuantan, Pahang semalam.

PENGGUNA

KUANTAN – Seorang peniaga mendakwa dia menjadi mangsa penipuan kepada satu pasangan yang menaiki sebuah kereta mewah jenis Mitsubishi Lancer apabila menerima wang palsu RM10 ketika sedang sibuk melayan pelanggan yang datang ke kedainya di Kubang Buaya di sini semalam.

Zamri Kamal, 41, mendakwa, ketika kejadian pukul 8.30 pagi itu, dia tidak sempat untuk meneliti wang tersebut kerana pasangan yang berpenampilan kemas terbabit bertindak meninggalkan wang tersebut di atas meja kaunter bayaran dan terus meminta baki RM5.

Katanya, ketika itu, dia dan isteri sibuk melayan pelanggan dan hanya menyedari selepas kedainya agak lengang kira-kira setengah jam kemudian.

“Ketika kedai kami diserbu pelanggan, pasangan itu mengambil kesempatan untuk membayar harga makanan yang dimakan iaitu teh tarik, kuih dan nasi lemak. Kesemuanya bernilai RM5.

“Selepas mendapat baki, mereka yang menaiki kereta warna merah terus menuju ke arah Alor Akar di sini. Ketika itu, saya tidak mengesyaki apa-apa,” ceritanya yang telah lapan tahun berniaga.

Lihat sebelum ini..

  • E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...
    E-Buku IH-17: Fokus Sejarah PAS 1950 Hingga Kini...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails