Saturday, November 26, 2011

Pakatan Tak Sokong 'PM Hanya Untuk Melayu'

Dari kiri: Lim Kit Siang, Saifuddin Nasution, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah Ismail, Mohamed Azmin Ali and Abd Hadi Awang pada Kongres Nasional PKR Ke-8 di Johor Bahru. Foto THE STAR oleh ABDUL RAHMAN EMBONG.
KL 26 nov 11: Malaysiakini melaporkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan menyokong usaha untuk meminda perlembagaan bagi bagi membolehkan orang Melayu sahaja dilantik perdana menteri.

Ketua umum PKR menjelaskan, perkara itu juga bukan pendirian Ketua Pemudanya Shamsul Iskandar Md Akin, PKR mahupun daripada Pakatan.

"Kita tidak akan sokong. Pendirian kita ialah kekal peruntukan perlembagaan yang ada. Kita cabar Umno sebab dia bicara soal Melayu sahaja. Tapi itu pun kita pertikai, (Umno bicara) bukan Melayu bawahan, (tapi) Melayu atasan.

"Jadi pendirian kita jangan kelirukan. Saya baca laporan media, saya baca teks (ucapan dasar ketua AMK), nyata ianya lontaran kepada Umno dan dijelaskan pendirian PKR tidak berganjak daripada peruntukan perlembagaan dan prinsip yang ada," katanya.

Anwar bagaimanapun menyokong cabaran yang dibuat Shamsul kepada Umno kerana parti itu didakwa "hanya bicara soal Melayu".

"Oleh kerana Umno hanya bicara soal Melayu, jadi (PKR) cabar Umno untuk pinda kalau sanggup," katanya dalam sidang media selepas ucapan dasar presiden di kongres nasional kelapan parti itu di Johor Bahru hari ini.

Tambahnya, dalam ucapan berkenaan Shamsul Iskandar telah menjelaskan berhubung perlembagaan dan prinsip keadilan dalam cabaran berkenaan. (MK)

IKLAN: QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Istimewa!
Dapatkan Segera!
QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Dapatkan Segera!

Demi Ibadah Guna Sampan.. Banjir Bertambah Baik.

DEMI IBADAH...penduduk menggunakan sampan secara bergilir-gilir.
Demi ibadah.. penduduk menggunakan sampan...
BERSEDIA...sampan yang mengangkut jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Simpangan Hilir, semalam.
Sampan yang mengangkut jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Simpangan Hilir, semalam.

TUMPAT: Demi ibadat kepada Allah SWT, kira-kira 70 penduduk Kampung Simpangan Hilir, Pengkalan Kubor, dekat sini, menaiki bot dan sampan untuk menunaikan solat Jumaat selepas kampung mereka ditenggelami banjir. Namun Suasana banjir bertambah baik.

Tinjauan Harian Metro di kampung itu, semalam mendapati, penduduk menaiki bot berenjin dan mendayung sampan secara bergilir-gilir dan terpaksa turun di pintu masjid selepas pekarangan masjid ditenggelami air sedalam kira-kira tiga meter.

Imam Masjid Mukim Simpangan Hilir, Ismail Awang Mat, 61, berkata, sudah menjadi tradisi penduduk kampung itu menggunakan bot dan sampan sebagai pengangkutan bagi menunaikan solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid pada musim banjir.

Beberapa peniaga di tepi jalanraya sekitar pekan Rantau Panjang, Kelantan meneruskan mata pencarian mereka walau sebahagian kaki mereka ditenggelami banjir. Gerai mereka tetap dikunjungi pelanggan yang turut meredah banjir meskipun menggunakan kenderaan bermotor. Foto BERNAMA

Sementara itu menurut BERNAMA, mangsa banjir Kelantan bertambah kepada 1,884. Hujan yang kadang kala lebat di Kelantan menyebabkan bertambahnya pemindahan mangsa banjir daripada 1,781 orang malam tadi kepada 1,884 orang pagi ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri bagaimanapun berkata sehingga kini, hanya empat daerah masih terjejas dengan banjir iaitu Kota Baharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan Tumpat manakala keadaan banjir di daerah Bachok dan Pasir Puteh sudah pulih.

"Walaupun berlaku sedikit pertambahan mangsa banjir, namun secara keseluruhannya keadaan banjir bertambah baik. Pusat pemindahan di Bachok dan Pasir Puteh sudah ditutup sepenuhnya manakala 17 pusat pemindahan dibuka di Kota Baharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan Tumpat," katanya.

Beliau berkata daripada keseluruhan pusat pemindahan itu, Pasir Mas mencatatkan jumlah pusat pemindahan terbanyak iaitu 11 diikuti Kota Baharu dengan tiga buah pusat, Tumpat (2) dan Tanah Merah (1).

Di Pasir Mas, empat laluan ditutup kepada semua kenderaan iaitu Jalan Pohon Tanjung-Meranti, Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan Lama) Kampung Siram, Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu dan Jalan Banggol Kulim Lokasi 2, manakala Km24, Lebuhraya Pasir Mas-Rantau Panjang hanya ditutup kepada kenderaan ringan.

Di Tumpat, Jalan Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti ditutup kepada semua kenderaan.

Sementara itu, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada pada paras 10.18 meter, yang melebihi paras bahaya 9 meter, namun, paras air sungai itu terus menunjukkan penurunan secara perlahan-lahan sejak semalam, kata jurucakap itu.

Di KUALA TERENGGANU, keadaan banjir semakin pulih dengan jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan berkurangan kepada 461 orang pagi ini berbanding 798 orang petang semalam. (IH)

IKLAN: QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Istimewa!
Dapatkan Segera!
QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Dapatkan Segera!

Trend Baru, Akademi/Universiti Penari Bogel Pula

Makin banyak akademi tarian tiang di AS


BEBERAPA pelajar belajar tarian tiang di Universiti Penari Bogel Las Vegas di Las Vegas pada 11 November lalu.

LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Akademi tarian tiang tumbuh bagaikan cendawan di sini negeri Nevada sejak beberapa tahun lalu bersesuaian dengan imejnya sebagai pusat hiburan dan perjudian antarabangsa. Tarian tiang menjadi antara tarikan pelancong yang melawat bandar raya ini.

Malah, negeri Nevada turut memiliki akademi tarian bogel dikenali sebagai Universiti Penari Bogel yang turut mengajar tarian tiang sebagai cabang sukan atau seni tarian. Di studio Sekolah Tarian Tiang Penari Bogel Las Vegas di sini sekumpulan wanita pelbagai lapisan usia giat menari belajar dengan menggunakan tiang setinggi 4.5 meter.

"Tarian ini menyeronokkan. Saya sedang bercuti tiga hari dan ini ialah aktiviti paling sesuai dilakukan di sini," kata seorang eksekutif sumber manusia berusia 28 tahun dari Kanada yang dikenali sebagai Erin.

"Suami saya tentu seronok dengan apa yang saya pelajari di sekolah ini," tambahnya.

Persatuan Kecergasan Tarian Tiang (PFA) melaporkan terdapat lebih 500 akademi tarian berkenaan yang beroperasi di seluruh AS. PFA kini dalam proses mengumpul sokongan di Internet dengan mengadakan petisyen atas talian bagi mendesak seni tarian tiang dipertandingkan di temasya Olimpik.

Langkah tersebut dibuat bagi meningkatkan reputasi tarian tiang sebagai aktiviti sihat yang boleh dilakukan oleh wanita dan juga lelaki.- AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Akademi penari bogel melahirkan Tarian Tiang kini dijangka akan menjadi trend tarian, seni, sukan, perjudian dan untuk tarikan pelancong. Apakah virus ini akan merebak ke Malaysia?

Biasanya begitu, kalau di AS batuk, maka di sini pun akan merasa demamnya. Di negara umat Islam trend seperti ini adalah racun berbisa yang membunuh cara hidup beragama. Pemimpin negara dan agama perlu memikir kedepan dalam menanganinya. (IH)

IKLAN: QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Istimewa!
Dapatkan Segera!
QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Dapatkan Segera!

3 Tempat Menarik, Pesta Kuih Bulan Di China.

Kota Purba Fenghuang

PESTA Kuih Bulan jatuh pada 12 September setiap tahun. Pesta ini merupakan pesta tradisional China. Pada hari itu, ahli keluarga berkumpul dan makan malam bersama-sama. Antara acara yang penting pada hari itu ialah meninjau bulan purnama pada malam itu.

Berikut ialah tiga tempat di negara China yang dianggap pilihan yang bijak untuk meraikan Pesta Kuih Bulan dan menyaksikan bulan purnama seperti yang dihebahkan oleh CRI.

Satu: Kota Purba Fenghuag

Laksamana Muhammad Cheng Ho

Fenghuang yang terletak di barat Provinsi Hunan, bahagian tengah China merupakan sebuah kota purba yang amat diminati para pelancong dan jurugambar, kerana pemandangan alamnya yang indah dan budayanya yang istimewa. Provinsi tempat kelahiran Laksamana Muhammad Cheng Ho, pendakwah Cina Islam ke Asia Tenggara.

Kota purba ini dipilih sebagai salah sebuah daripada "sepuluh tempat yang mesti dikunjungi pelancong asing di negara China". Fenghuang merupakan petempatan kaum Miao. Mereka tinggal di dalam kota purba atau di kampung-kampung di kawasan gunung di luar kota itu. Pada malam Pesta Kuih Bulan, para pelancong akan dijemput "lompat bulan" bersama-sama muda-mudi kaum Miao.

Pemuda-pemudi "lompat bulan" secara beramai-ramai.

Kononnya, ada seorang gadis kaum Miao yang bernama Shuiqing. Gadis yang amat jelita itu menolak pinangan 99 orang lelaki dari seluruh negara kerana hatinya sudah terikat dengan seorang pemuda yang bernama "Bulan". Lelaki itu berjaya mengatasi banyak kesusahan dan mengharungi waktu yang sulit, akhirnya berkahwin dengan Shuiqing.

Untuk memperingati 'cinta murni' mereka, orang kaum Miao menari beramai-ramai pada malam Pesta Kuih Bulan dalam cahaya bulan. Ini juga disebut "Lompat Bulan".

Selepas "lompat bulan", anda boleh bersama-sama kekasih bersiar-siar di tepi Sungai Tuo dalam kota purba' itu. , Atau memasang lampu pada permukaan sungai itu. Duduk di tepi sungai dan meninjau bulan sambil mencari idea.

Tidak ada maklumat menyebutkan orang Islam ada menyertainya...

Kedua: Pekan Huangyao

Pekan kuno Huangyao terletak di Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, barat daya China. Pekan kuno ini digelar sebagai "kampung impian" kerana adat tradisi yang lama masih diwarisi sehingga sekarang, serta banyak peninggalan sejarah yang terpelihara dengan baik.

Pekan kuno Huangyao dibina di kawasan kars, maka terdapat sejumlah besar gua batu kapur dalam pekan ini. Jalan-jalan di dalam pekan ini dibina dengan menggunakan batu marmar. Penggabungan bangunan dan susunan yang rapi dalam pekan kuno dengan persekitaran alam yang indah permai, menjadikan Huangyao seolah-olah kanvas lukisan yang cantik.

Wenmingge ialah sebuah kuil, tempat penduduk Huangyao memuja dewa. Kuil ini terletak di lereng bukit di luar pekan. Di depan kuil itu ialah padang rumput yang luas. Pada hari-hari biasa, padang rumput itu merupakan tempat perhimpunan penduduk Huangyao atau menyalakan mercun pada waktu malam. Pada malam Pesta Kuih Bulan pula, padang rumput itu menjadi tempat yang paling baik untuk menyaksikan bulan purnama.

Bagi pelancong yang bosan dengan kesibukan dan lampu neon di bandar besar, datanglah ke pekan kuno ini untuk menghayati budaya yang istimewa di samping menikmati alam sekitar yang indah.

Ketiga: Provinsi Guizhou

Air terjun Huangguoshu
Provinsi Guizhou merupakan tempat kediaman kaum-kaum minoriti seperti Zhuang, Buyi, Dong dan lain-lain. Meraikan Pesta Kuih Bulan bersama-sama mereka merupakan idea yang bijak bagi mereka yang berminat pada budaya kaum minoriti di negara China.

Pesta Kuih Bulan juga dipanggil Pesta Memuja Bulan oleh kaum Buyi. Pada hari itu, tiap-tiap keluarga memasak nasi pulut. Mereka menyembah nenek moyang, kemudian makan bersama keluarga. Acara yang mesti dilaksanakan ialah memuja bulan.

Air terjun Huangguoshu yang terletak di provinsi Guizhou, merupakan kumpulan air terjun yang paling besar di dunia. Air terjun yang kelihatan megah itu juga dikenali sebagai tempat yang baik untuk merayakan Pesta Kuih Bulan. (IH/Sumber CRI)

Artikal 'kueh bulan' sebelum ini...

Roller Coaster RM5J Tersadai, Siapa Punya Kerja?


BEGINILAH keadaan roller coaster yang telah siap dibina sejak dua tahun lalu tetapi masih belum beroperasi berhampiran Sungai Melaka semalam.

MELAKA – Entah di mana silapnya, kemudahan roller coaster berhampiran Sungai Melaka di sini yang telah siap dibina kira-kira dua tahun lalu masih belum beroperasi. Ia menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang ramai sama ada pembinaan trek roller coaster sepanjang 335.5 meter berkenaan akan diteruskan atau terbengkalai begitu sahaja. Lapor Kosms Online hari ini.

Tinjauan Kosmo! juga mendapati sebahagian trek roller coaster berkenaan sudah berkarat manakala gerabaknya terbiar dan dipenuhi habuk. Difahamkan kemudahan tersebut dibina dengan kos kira-kira RM5 juta.

Pihak bertanggungjawab perlu siasat, siapa dan pemimpin mana punya kerja ni? (IH)

IKLAN: QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Istimewa!
Dapatkan Segera!
QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Dapatkan Segera!

Atasi Masalah Monyet Banyak,. Ini Cara Terbaik?

Ganjaran tangkap monyet


SEEKOR monyet melihat beberapa ekor haiwan itu dalam kurungan di bandar Shimla pada 13 November lalu.

SHIMLA, India - Pihak berkuasa negeri Himachal Pradesh menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak AS$9.50 (RM30.30) untuk setiap ekor monyet yang ditangkap oleh orang awam.

Langkah itu dibuat dalam usaha pihak pemerintah negeri Himachal Pradesh mengawal bilangan monyet. Haiwan-haiwan itu semakin menyusahkan penduduk setempat terutamanya penduduk di ibu negeri Himachal Pradesh, Shimla.

Monyet-monyet tersebut mengganggu orang ramai dan haiwan yang lalu-lalang dan menyelongkar tong sampah untuk mencari makanan. Monyet yang ditangkap akan dibawa ke salah sebuah daripada empat pusat pemandulan di Himachal Pradesh untuk dimandulkan sebelum dibebaskan di kawasan ia ditangkap.

Menurut bancian primat terbaharu yang dibuat dalam tahun 2000, terdapat sekurang-kurangnya 317,000 ekor monyet di negeri berkenaan. - Reuter

IKLAN: QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Istimewa!
Dapatkan Segera!
QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Dapatkan Segera!

Friday, November 25, 2011

Ini Pakaian Pasukan Bola Sepak Wanita, Tetapi..

SUKAN

Gambar-gambar pasukan bolasepak wanita Iran yang diharamkan FIFA

http://images.supersport.co.za/Iran-Women-110603-TeamPicR-300.jpg

MEDIA massa Barat menonjolkan bagaimana air mata dan sujud para pemain bola sepak wanita Iran yang tidak bersedia mengorbankan kemuliaan mereka sebagai Muslimah ketika mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 yang bakal diadakan di London. Pihak pengurusan Bahrain Berjaya membantah dan menggagalkan pertandingan team bolasepak wanita Iran ketika perlawanan dengan team Jordan pada JumAat 3 Jun di Amman baru-baru ini dengan alas an team dari Iran mengenakan pakaian Islam dan berjilbab.

Setelah keputusan berat sebelah itu, para pemain Team Iran bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan Iran, kemudian berlari menelilingi padang sambil mengibarkan bendera Iran. Setelah itu mereka bersujud di atas bendera Iran dan meninggalkan padang dengan mata berkaca-kaca.

Keputusan pihak pengurusan Bahrain itu sangat mengecewakan apabila kedua team sudah siap masuk di padang untuk memulakan pertandingan. Namun sikap team Iran membuat para pemain Team Jordan dan juga para penonton terharu. Mereka memberi sokongan dengan bertepuk tangan mengiringi para pemain Iran ketika keluar padang.


Peristiwa tersebut mendapat sorotan meluas dari media massa Barat termasuk BBC, New York Times, Xinhua, dan bahkan Times of India. Dalam berbagai laporan disebutkan, "
Team bola sepak wanita Iran dilarang mengikuti pertandingan pemilihan Olimpik 2012 London kerana memakai pakaian Islam.""

Berdasarkan ketetapan FIFA, dilarang menutupi leher dan telinga ketika bertanding, namun Persatuan Bola sepak Kebangsaan Iran menyatakan bahwa pihaknya telah mendapat persetujuan dari FIFA dua tahun lalu bahawa Team Wanita Iran itu dapat bermain dengan tetap mengenakan jilbab. Team bolasepak wanita Iran berada dalam ranking terbaru FIFA naik dua tangga dikedudukan 51 dunia.


Setelah pembatalan tersebut, team tersebut segera meninggalkan Amman menuju Teheran. Team Iran itu menduduki tangga pertama dan telah bersedia untuk memasuki babak kedua. Ketua Persatuan Kebangsaan Bolasepak Iran, Ali Kaffashian, menyatakan sangat sedih dengan peristiwa tersebut dan menyatakan, pihaknya akan merujuk hal tersebut kepada FIFA.

Kaffashian menegaskan bahawa Iran sebelumnya telah mendapat persetujuan dari ketua FIFA agar para pemainwanita Iran dapat tampil dengan mengenakanpenutup kepala khas untuk menjaga nilai-nilai Islam

http://i276.photobucket.com/albums/kk34/feministing/soccer.jpg

http://graphics8.nytimes.com/images/2011/06/05/sports/soccer/iran/iran-blog480.jpg

http://news.sky.com/sky-news/content/StaticFile/jpg/2011/Jun/Week1/16006590.jpg

http://www.iol.co.za/polopoly_fs/iran-outcry-1.1080091!/image/3672877253.jpg_gen/derivatives/box_300/3672877253.jpg

http://www.payvand.com/news/11/jun/Iranian-Women-National-Team-Amman-Jordan6.jpg
http://cms.mumbaimirror.com/portalfiles/28/23/201106/Image/2011-06-07/19-2.jpghttp://www.mehrnews.com/mehr_media/image/2011/06/655658_orig.jpghttp://www.astreetjournalist.com/wp-content/uploads/935A8A80-6D5D-4FCE-9AF5-48B0E11CA702_w527_s.jpghttp://www.payvand.com/news/08/sep/Iranian-Women-Football2.jpghttp://english.peopledaily.com.cn/200604/30/images/IWF3.jpghttp://en.trend.az/news_photos/Hijab_090208.jpg

Begitulah pakaian wanita Islam, walaupun dalam kegiatan sukan. Anda mahu wanita-wanita Malaysia berpakaian sopan begitu? Boleh, tetapi pastikan bukan UMNO/BN yang memerintah selepas PRU13 akan datang. Sudah lebih setengah abad UMNO terajui memerintah Malaysia tetapi pemimpin-pemimpinya saja pun tidak mampu pakai pakaian menutup aurat.

Lihat saja isteri PM Malaysia, bukan saja tidak menutup aurat, tapi sanggup berpeluk cium dengan lelaki bukan muhrim, bekas PM British di depan ramai. Begitu juga Menteri wanita 'Skandal Lembu', sanggup berpeluk dengan seorang lelaki Cina tua depan khalayak ramai. Tak perlu lampirkan gambar kerana ramai sudah tahu, kecuali baghal-baghal UMNO yang berbabi-tuli pertahankannya tetap tidak mahu mengakui.

Sekian (IH)

IKLAN: QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Istimewa!
Dapatkan Segera!
QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Dapatkan Segera!

Dhob, Beri Kekuatan Luar Biasa, Tenaga Batin Lelaki?



DHOB atau Biawak Padang Pasir suatu ketika dahulu begitu terkenal di negara kita. Pelbagai dakwaan yang mengatakan boleh menguatkan tenaga batin khusus untuk lelaki. Juga dapat mengembalikan kesegaran bagi sesiapa yang mengalami lenguh badan dan sakit-sakit urat.

Memang tidak dapat dinafikan kerana pelbagai testimoni telah dilakukan dan mendapat maklum balas yang baik daripada penggemar dan pengamal minyak dhob. Dhob merupakan haiwan padang pasir dan senang didapati di beberapa buah negara arab seperti Arab Saudi.

Tabiat pemakan Dhob berbeza dengan biawak yang ada di negara kita. Dhob hanya memakan tumbuhan padang pasir dan tinggal di dalam lubang. Dia hanya keluar untuk menacari makan dan bersiar-siar bersama kawan-kawannya untuk menghilangkan kebosanan hidup di dalam lubang.

Post image of Betulkah Dhob Memberi Kekuatan Yang Luar Biasa Kepada Lelaki

Berkatalah http://mohamadazhar.com (Mutiara Hidup Di Kota Riyadh), bila ditanya, betulkah Dhob dapat menguatkan tenaga batin lelaki?

"Betul atau tidak, aku pun belum pasti,namun begitu ramai yang mengatakan Dhob dapat membantu kesakitan pada urat dan melancarkan saluran darah. Namun begitu,berbeza plak di Arab Saudi, Dhob menjadi satu hidangan yang cukup enak dimasak bersama nasi.

"Korang mesti pernah dengar nasi mandi arab yang tengah popular kat Malaysia kan??? Tapi suma tu lauk ayam dan kambing jer. Kat cini lain cerita. Nasi Mandi Dhob dan Nasi Beriani Dhob ataupun lebih kuarang nasi minyaklah kat Malaysia…Lagi best…." Jelasnya.

Ini santapan Diraja dhob..

Kata mohamadazhar.com lagi..

"Aku pernah tanya beberapa orang Arab, betulkah Dhob ni menguatkan tenaga batin? Diorang pun terkejut juga.. Ni kali pertama dengar Dhob menguatkan tenaga batin untuk lelaki…Kat Malaysia, lemak Dhob dijadikan minyak untuk kegunaan batin, berbeza di sini Dhob hanya dijadikan lauk bersama nasi..

"Kalau korang nak tau lebih lanjut,tanyalah penjaja minyak Dhob yang bertebaran dekat pasar malam yang berhampiran dengan rumah korang. Mesti dia akan cerita dengan lebih terperinci. Tapi jangan percaya sangat…..

"Kalau korang nak juga, bagi tau kat aku. Boleh aku tolong proseskan memandangkan Dhob banyak sangat kat cni (Kota Riyadh)…

Malam tadi, Weblog Ibnu Hasyim bertanya kepada seorang peniaga dhob di pasar malam yang agak berumur, tentang kehebatan dhob untuk tenaga batin lelaki. Jawabnya..

"Kalau memakannya.. Hebat!!! Ada orang kata, dhob itu sendiri pun hebat tenaga jantannya.

"Diceritakan di Tanah Arab, dhob yang disembeleh sedang kepala terkulai, tetapi bila terhidu dhob betina melintas di situ, kepalanya terus terangkat panggung, bangun mendongak tegang.. Mencari dhop betina, walaupun dongak panggung itu adalah dongak terakhirnya dalam hidupnya.

"Ha, ha, ha..

Jelas penjual ubat itu. Sekian.

(IH/... http://mohamadazhar.com/santai/betulkah-dhob-memberi-kekuatan-yang-luar-biasa-kepada-lelaki)

IKLAN: QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Istimewa!
Dapatkan Segera!
QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Dapatkan Segera!

PAS Alu-alukan Bersih 3.0 -Mohamad Sabu

KL 25 Nov 11: PAS mengalu-alukan dan akan menyertai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dalam perhimpunan Bersih 3.0 bagi meneruskan lapan tuntutan Bersih 2.0 yang belum dilaksanakan kerajaan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, bagi menuju ke arah itu, PAS akan dan memulakan siri penerangan dan menggerakkan ahli di seluruh negara. "PAS menyokong keputusan Bersih untuk mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 memandangkan lapan tuntutan Bersih 2.0 hampir langsung tidak diendahkan kerajaan," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Mohamad bagaimanapun berkata, selain PAS, dua lagi parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP membuat kenyataan umum menyokong Bersih 3.0.

"Daripada kenyataan umum, Pakatan bersetuju untuk bersama-sama Bersih 3.0," katanya yang juga Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat.

Bagaimanapun, PAS katanya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Bersih yang disertai gabungan badan bukan kerajaan (NGO) dari segi tarikh dan perjalanan perhimpunan. "Tarikh yang sesuai, tempat perhimpunan semuanya kami serah kepada NGO Bersih sepenuhnya untuk menentukannya," katanya sambil menambah, pengerusi 3.0 adalah daripada NGO sendiri.

Sementara itu, mengulas mengenai Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat semalam, beliau berkata PAS menolak keras RUU tersebut. Malaysia katanya seolah-olah sedang menggantikan tempat Myanmar dari segi halangan untuk rakyat bersuara.

"Perdana Menteri berbohong untuk bawa Malaysia ke arah demokrasi.

"Myanmar yang kebebasan bersuaranya teruk mengenakan lima hari sahaja untuk mengeluarkan notis berhimpun tapi Malaysia kena bagitahu 30 hari awal.

"Rang Undang-Undang ini menghina rakyat Malaysia," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ramai yang tidak sabar menunggu Bersih 3.0. Jom rakyat Malaysia, siap sedia!! (IH)

IKLAN: QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Istimewa!
Dapatkan Segera!
QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Dapatkan Segera!

3 Pemuda Islam Ditempak Di Narthiwat, Thai.

YA ALLAH,KAMI JUGA CINTAKAN SYAHID DI JALAN MU. Gambar hiasan..


KL: 25 Nov Tiga pemuda Muslim syahid dalam sebuah serangan tembakan dalam perjalanan mereka untuk membeli getah di daerah perbatasan selatan Khamis pagi semalam. Terjadi pada pukul 9:30 pagi waktu setempat di Jalan Tanyongmus-Dusongyor di desa Pungo di Tambon Kalisa di distrik Rangae.

Polis mengatakan Muesoh Ali, 44 tahun, adiknya, Masolae Ali, 37 tahun dan Mahama Waemamu, 19 tahun, ditembak mati di truk pick-up mereka. Yaniya Ali, 29 tahun, saudara Muesoh dan Masolae, mengatakan Muesoh memandu truk pick-up untuk membeli getah di perkebunan ketika mereka diserang.

Yaniya mengatakan sebuah truk pick-up berhasil menyusul mereka dan melepaskan tembakan ke pemandu dan penumpang menewaskan tiga orang. Yaniya mengatakan ia duduk di bahagian belakang truk sehingga selamat dari penembakan dan ia sempat membalas tembakan penyerang dengan pistolnya.

Polis mengatakan tembakan tersebut mungkin disebabkan oleh konflik bisnis namun polis tidak akan mengabaikan unsur pemberontakan dalam insiden tersebut.(IH/fq/thenatio/EM)

IKLAN: QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Istimewa!
Dapatkan Segera!
QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Dapatkan Segera!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails