Friday, December 09, 2011

Budaya Punk: Rakyat Cabar Pemimpin Negara

CATATAN PERJALANAN siri 3
PAGI tadi, aku pulang ke bilik hotel, selepas terdengarnya suara bacaan Quran di Masjid Raya Medan, menjelang masuk waktu subuh. Penjaga hotel itu terkejut, kerana tidak pernah aku begitu, hari-hari sebelumnya.

Aku terlewat balik kerana telah jumpa kawan lama.. perarik-penarik beca kota Medan. Ketika aku sedang makan mi Aceh di Jalan Sisingamangaraja, terdengar suara menyapaku..

"As-salamu'alaikum Pak? Masih kenal aku lagi Pak?".

Aku berpaling. "Oh. Ya ya. Agak lama kita nggak ketemu." Dia adalah penarik beca di kota Medan.

Namanya Irwan Kancil (Kancil adalah gelaran). Seiring mencari pelanggan di sekitar hotel Garuda, Jalan Sisingamangaraja. Kalau anda berada di sana, boleh sebut namanya kepada penarik-penarik beca di situ, ramai yang tahu. Saya berkenalan dengannya sejak 1990an lagi, sering bertemu dan terakhir menemuinya pada awal Julai lalu, semasa saya menghadiri program 'Dailog & Percanangan Kewaspadaan Beragama (Wasber)' anjuran FKUB (Kerukunan Umat Beragama) Kota Medan, Indonesia. Program diadakan di hotel itu. (Lihat Cari Titik Pertemuan Dlm Realiti Berbagai Agama -Dr Mohd Hasyim)

Beberapa minit saja kami di situ, beberapa lagi tukang beca datang menumpang libat dalam perbincangaan kami. Ada antara mereka berkelulusan sarjana dari pusat pengajian tinggi tempatan. Kami sering berbincang masalah semasa, bila mereka tahu saya ada di sana.

Dalam perbincangan kali ini Pak Irwan membuat kesimpulan,

"Kami tukang-tukang becak Kota Medan membantah tindakan Walikota Medan yang melarang becak-becak melalui beberapa jalan tertentu (disebutnya nama-nama jalan itu, puluhan jumlahnya), kerana ia menyebabkan terjejasnya pendapatan penarik beca yang memang sudah miskin. Mereka berbuat demikian kerana menjaga beberapa kepentingan individu tertentu seperti syarikat teksi Blue Bird dan lain-lain.

Kesannya akan menyebabkan bertambahnya pengangguran, dan berlakunya janayah...

"Justeru, kita di antara 2 ribu tukang becak Kota Medan dijemput hadir dalam 'unjuk rasa (tunjuk perasaan)' yang akan diadakan pada Senin 12 Disember ini di depan Gedung (bangunan) DPR (Ahli Dewan Undangan Negeri).." Pak Irwan mengumumkan.

Masa itu jam menunjukkan kira-kira 2 pagi.

Tiba-tiba ku lihat kira-kira 20 orang anak-anak muda berambut punk, berpakaian menjolok, memakai rantai dan bersubang sana bersubang sini, bercampur-baur lelaki perempuan, baru pulang dari berhibur, berkumpul sesamanya. Mereka melintasi di depan kami berkumpulan-kumpulan sambil berjalan di tengah jalanraya..

Seorang tukang beca lain menuding kepadaku, "Mereka itu bukan orang miskin, kadang-kadang anak orang kaya dan terpelajar pula.."

"Mengapa mereka jadi begitu?" Aku bertanya mengorek pendapat tukang beca.

Pak Irwan terus menjawab dengan suara lantang, bagaikan sedang berpidato depan ribuan penonton..

"Dengar sini wahai pemimpin-pemimpin negara.. Kalian bertanggung jawab kenapa anak-anak muda Indonesia jadi begitu.. Terdapat kira-kira 1 juta orang yang seperti mereka (anak-anak muda punk) di seluruh kota-kota Indonesia. Kalian tahu, begitulah bentuk pemimpin Indonesia akan datang. Pemimpin yang tiada pegangan agama, tiada moral, tiada membawa negara ke arah peningkatan ekonomi, bahkan membawa negara ke arah kehancuran!"

Disambut dengan tepukan dan sorak dari tukang-tukang beca kelilingnya. Akhirnya kami bersurai. "Ayuh! Pulang kita, besok sambung cari rejeki lagi." Jawab salah seorang dari mereka.

Padaku, sama saja, Malaysia dan Indonesia. Buktinya, sama-sama menggunakan media dalam tangan mereka untuk merosakkan akhlak para remaja. Menjauhkan agama dari penganutnya. Tangan kanan memusnahkan, tetapi tangan kiri pura-pura membangunkan. Membuat sesuatu atas nama Islam, tetapi membangunkan yang bertentangan dengan agama lebuh banyak lagi.

Insya Allah, catatan perjalanan ini diteruskan.

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

8 Dis 11,
Medan

Foto: Khairul Ihwan/detikcom
Medan - Ratusan tukang becak bermotor berdemo ke kantor Walikota Medan, di Jl Kapten Maulana, Medan. Mereka menuntut penghapusan berbagai pembatasan yang mereka terima dan protes banyaknya pungli.

Para tukang becak itu menamakan dirinya Perkumpulan Becak Medan Bersatu, menyesalkan adanya peraturan Walikota Medan yang membatasi mereka beroperasi di beberapa titik. Jika sebelumnya dibatasi enam titik, pada tahun 2012 mendatang, terdapat 10 titik yang tidak boleh dilintasi.

"Kami minta pembatasan ini dihapuskan," kata Rudi, salah seorang pendemo.

Mereka juga menyatakan protes atas berbagai pungutan liar (pungli) yang mereka alami dari petugas Dinas Perhubungan. Belum lagi biaya tebus becak yang mencapai jutaan rupiah jika tertangkap dalam razia.

Dalam aksinya, para tukang becak memarkirkan kendaraan mereka persis di depan Kantor Walikota. Akibatnya kemacetan panjang terjadi hingga ke Jl Pengadilan dan Jl Diponegoro.

Sementara menunggu delegasi mereka bertemu dengan perwakilan Pemerintah Kota Medan, massa mulai menyetop becak-becak yang melintas. Sebagian penumpang diturunkan paksa karena tukang becaknya dipaksa untuk ikut aksi. Sejumlah polisi yang berjaga-jaga di lokasi, membiarkan saja aksi tersebut.
(rul/anw)

IKLAN: QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Istimewa!
Dapatkan Segera!
QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Dapatkan   Segera!

Wednesday, December 07, 2011

Medan Baru, Pelacur Profesional & Bisnes Dlm Beca

CATATAN PERJALANAN siri 2
GAMBAR yang disiarkan akhbar Bangkok Post menunjukkan Surawong
Road yang menempatkan sebuah kelab untuk wanita melanggan teman sosial
lelaki yang menawarkan perkhidmatan seks di Bangkok.

BECA yang ku tumpangi itu memasuki Medan Baru di Jalan Gajah Mada, kira-kira jam 11 malam di kota Medan, waktu Indonesia. Di kiri kanan jalan terdapat ramai pelacur-pelacur atau 'kupu-kupu malam' berterbangan atau berkeliaran mencari mangsa. Bagaikan anak-anak gadis lagaknya, berpakaian menjolok mata. Di antaranya ada yang duduk di dalam beca, menunggu pelanggan.

Terdapat beberapa pelanggan sedang berunding sambil berdiri di tepi beca. Bila cucuk rundingan jual beli zina itu, pergilah kedua-dua itu mencucuk. Dianggarkan kira-kira hampir 100 orang terdapat di situ.

"Pakcik! Di Malaysia ada nggak pelacur begini?" Tukang beca itu bertanya saya.

"Oh.. Tentu ada. Kan negara Malaysia dan Indonesia sama saja.
Tidak pentingkan hukum akhirat. Dilarang laksanakan hukum Islam. Zina tidak salah, asal suka sama suka. Tiada tangkapan anak-anak muda zina bawah umur atau atas umur. Ramai yang berani mengakui zina terus terang, tiada tindakan diambil." Aku menjelaskan.

"Kalau kahwin secara sah 'bawah umur' riuh rendah, marah-marah, termasuk menteri
betinanya campur tangan. Tidak salah kalau seorang wanita menulis di dahinya memaparkan 'aku pelacur' atau penzina, kerana tiada undang-undang melarangnya. Rakyat sebuah negeri di Malaysia pilih parti Islam tuntut hak laksanakan 'hukum hudud' seperti yang di suruh agama Islam, tetapi Perdana Menteri Malaysia (UMNO yang mengaku beragama Islam) melarangnya. Hingga sanggup khianati 'demokrasi' (suara rakyat Kelantan yang memilih PAS melalui demokrasi) yang dilaung-laung oleh Malaysia sendiri.

"Pada saya, kalau kita mengundi partai nasionalis (Kalau di Malaysia UMNO), parti bukan Islam (yang tidak mahu kerjasama dengan parti Islam) dalam PEMILU (pilihan raya), sama dengan kita menaikkan dan menyokong pelacur atau penzina-penzina berkembang di negara kita, seperti yang kita lihat di depan mata kita ini. Kita akan bertanggung jawab di mahkamah Yaumul Mahsyar di akhirat.."

Tukang beca itu macam tak puas hati, "Jadi, di Malaysia pun ada macam ini, Pak?"

"Ada! Kalau kau ke Malaysia, kau bisa lihat sendiri di pusat bandar Kuala Lumpur Chow Kit, terkenal dengan nama Belakang Mati.. Begitu juga terdapat di negeri lain di Malaysia, kecuali Kelantan, tiada yang terang-terang begini, walau pun Kuala Lumpur (Kerajaan Pusat) tetap mempertahan tersebarnya zina melalui Perlembagaan Negara, ciptaan manusia penjajah itu." jawab saya.

Dia tanya lagi, "Ada nggak, negara-negara di dunia yang nggak ada pelacur sekarang?"

"Ada. Contohnya Saudi Arabia yang mengamalkan hukum hudud. Iran, selepas revolusi Islam pimpinan Khomeini (1979) yang menghambat Amerika (AS) dan Shah Iran. Bagaimana Iran berjaya menghapuskan pelacuran hasil peninggalan Shah Iran. Itu yang perlu dipelajari. Sama juga seperti Negeri Kelantan di Malaysia, bagaimana Tuan Guru Nik Aziz menghapuskan pelacuran di Kota Bharu (mulai 1990), walaupun Perlembagaan Malaysia membenarkan!"

Setelah berkeliling-keliling di Medan Baru itu, tukang beca melalui suatu tempat yang agak samar, di pinggir kubur Kristian.

Katanya, "Lihat.. itu bukan perempuan. Itu bencong (pondan atau maknyah)! walaupun mereka nampak macam perempuan yang menggoda... Bercumbuan dengan mereka agak jimat. Tidak perlu sewa kamar lagi, memadai di atas kuburan bersandarkan batu nisan kuburan Kristian itu. Ha ha ha.."

Beca, terus berlalu perlahan, melintasi sebuah kelompok bangunan kerajaan. Terdapat seorang wanita seksi sedang duduk di depan salah satu bangunan itu. "Itu?" Katanya. "Seorang pelacur profesional..."

"Profesional? Ada apa dengan dia?" Aku tertanya.

"Ya! Dia seorang Cina tempatan sudah 20an tahun jadi pelacur. Walaupun agak tua, tetapi ada peminat tersendiri. Duduknya pun bersendiri, tidak bersama pelacur-pelajur lain yang muda.. Hanya yang tahu, akan tetap melanggannya."

Mengapa?


Insya Allah, catatan perjalanan ini diteruskan.

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

3 Dis 11,
Medan

IKLAN: QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Istimewa!
Dapatkan Segera!
QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Dapatkan Segera!

Sunday, December 04, 2011

Restoren Pelbagai Macam. Arak, Homo, Lesbian..


CATATAN PERJALANAN siri 1
MALAM tadi saya berada di sebuah restoran biasa, di sebelah pagar Masjid Raya Medan Indonesia. Di deretan hotel-hotel dan restoren kecil.. Saya dan beberapa teman orang tempatan berada di sebuah meja dalam restoren itu. Pelbagai makanan dan minuman ada.

"Itu taukehnya." kata teman saya, seorang dari kumpulan Islam Jamaah Tabligh yang duduk bersama-sama se meja dengan saya.
Atas Masjid Raya Medan

Orang yang ditunjuki itu, berpakaian ketayap dan berjubah putih. Tapi disebelah meja saya terdapat sekumpulan orang Eropah sedang berborak-borak. Di hadapannya terhidang minuman keras, beer cop bintang dan lain-lain.

"Buat malu jamaah saja.. pakai jubah tapi jual arak!" kata kawan saya itu.

Tapi padaku, biasa aja. "Macam pakaian kerajaan Malaysia berlebel 'Islam agama bagi persekutuan', tetapi menganjurkan acara maksiat seperti, judi, arak, lacur, toto dan segala macam lagi.. atas alasan ekonomi." Fikirku.

"Itu.." Tunjuk kawanku lagi, kepada seorang yang kusangka lelaki, berambut pendek, pakai t shirt dan seluar, payudaranya tak nampak, leper saja, "Seorang pekerja restoran ini.. lesbian.. dengan wanita berambut panjang yang di dalam kamar dapur itu." Jelasnya.

"Lesbian?" Saya terkejut.

"Aaah.. Bukan itu saja. Lihat itu!" Mulutnya muncung, menunjukkan seorang lelaki berkulit gelap nampak sibuk, sentiasa keluar masuk restoren itu. "Dia itu homoseks."

"Homoseks dengan siapa?" Saya tanya.

"Dengan pelanggan-pelanggan orang luar.. orang Eropah. Kalau ada yang mahu pelacur lelaki, dialah orangnya. Kalau ada lelaki yang mahu 'bontotnya' (homoseks), diserahkan juga. Bagi puak-puak itu, bisnis segala-galanya." Jelasnya.

Na, auzubillah!

"Bukan itu saja, di tingkat atas kedai ini, ada disiapkan tempat urut tradisional. Perempuan yang mengurutnya. Masuk ke situ melalui pintu belakang kedai ini. Lelaki yang merasa enak urutannya, boleh dilayani tuntutan seksnya pula."

Masya Allah!

"Kau tak nasihat kawan kau tokeh kedai itu?"

"Dah!"

"Apa katanya?"

"Jawabnya, kalau anak aku tak makan, kamu mahu kasi wang?"

Terdiam, kami semua.

Ya, kerana ekonomi dan kemajuan sudah tidak perlu halal haram lagi. Begitulan konsep kebanyakan orang yang mengaku Islam dan negara orang Islam, termasuk Malaysia.

Akhirnya kawanku berkata lagi, "Kalau kau mahu lihat dan tahu lebih lanjut, biar aku bawa malam ini, lihat bagaimana pelacur-pelacur bisnes dari dalam beca.."

Insya Allah, catatan perjalanan ini diteruskan.

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

2 Dis 11,
Masjid Raya Medan

IKLAN: QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Istimewa!
Dapatkan Segera!
QUR'AN MIRACLE 22 IN 1 Dapatkan Segera!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails