Monday, January 09, 2012

1,000 Rumah Kos Rendah Chengdu Mampu Milik -Husam

Gambar: Husam melihat model pembangunan perumahan yang dibuat oleh Jindi. rumah kos rendah dalam taman.

CHENGDU, China, 9 Jan 11: Sebanyak 1,000 rumah kos rendah dan sederhana mampu bilik dijangka akan dibina di negeri Chengdu oleh sebuah syarikat terkemuka di wilayah tersebut.

Syarikat Sichuan Jindi Co. Ltd. telah menyatakan kesediaan mereka untuk melaksanakan pembinaan berkenaan sewaktu pertemuan dengan exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, baru-baru ini, di sini.

“Syarikat Jindi Co. Ltd secara asasnya telah menyatakan persetujan mereka untuk membina projek perumahan mampu milik di Kelantan.

“Sekurang-kurangnya 1,000 unit rumah kos rendah dan kos sederhana akan dibina oleh syarikat ini,” ujar Husam selepas pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Jindi Co. Ltd. Weijie Zeng.

Tambahnya, perbinaan itu nanti akan diterapkan dengan falsafah rumah dalam taman seperti yang digunakan di wilayah tersebut.

“Konsep rumah dalam taman sangat harmoni dan akan memberi ketenangan kepada penduduk nanti,” ujarnya lagi.

Husam adalah dalam lawatan balas kerajaan negeri ke wilayah itu selepas di jemput oleh Weijie Zeng yang melawat Kelantan sebelum ini.

Manakala Weijie Zeng dijangkakan akan melawat Kelantan dua minggu lagi untuk melawat lokasi yang dijangka bagi membina projek perumahan berkenaan.

Turut serta dalam sesi lawatan itu, CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir Mustapha Salleh dan Ahli Lembaga Kelantan Gold Trade, Dr Hanapi Mohamad. (IH)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam
E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails