Friday, January 06, 2012

Ampang: 7 Thn Ditipu, K'jaan Mana Bertanggungjawab?


SEBAHAGIAN pembeli rumah mengadakan protes secara aman menuntut pemaju menyerahkan kunci rumah di Ampang kelmarin.

KL 6 Jan 12: Sebahagian daripada 660 pembeli Pangsapuri Sungai Sering, Ampang dekat sini sudah muak dengan alasan pemaju. Rata-rata mereka sanggup menunggu lama untuk melihat rumah idaman masing-masing dibina selepas tujuh tahun terbengkalai.

Namun apabila siap, mereka tidak dibenarkan masuk oleh pemaju atas alasan bekalan air dan elektrik belum disediakan. Meskipun masih tidak menerima penyerahan kunci rumah seperti yang dijanjikan pemaju, pemilik tetap berkeras untuk berpindah.

Salah seorang daripadanya, Mansor Khamis, 49, berkata, pemaju tidak membenarkan pembeli memasuki rumah sebelum membayar deposit bekalan air dan elektrik berjumlah RM620 dalam tempoh dua minggu.

"Jika tidak bayar pemaju kata rumah kami akan dilelong. Kami rasa seolah-olah tertipu dengan alasan pemaju," katanya ketika ditemui selepas mengadakan protes secara aman di kawasan kediaman kos rendah itu di sini kelmarin.

Pemilik juga terkilan apabila pengawal keselamatan menghalang mereka memasuki kawasan perumahan dan menurut Zainab Ariffin, 64, pula tindakan itu menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk tidak mempedulikan arahan pemaju.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tujuh tahun rakyat menanggung derita, tiada rumah. Bila dah siap, tak boleh masuk. Siapa yang bertanggung-jawab untuk melicinkan urusan rakyat tertindas ini? Kerajaan BN dulu atau kerajaan PR sekarang?

Yang penting rakyat akan menggunakan kuasa undi mereka dalam PRU13 akan datang. Jangan sampai rakyat marah lagi.. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails