Tuesday, January 10, 2012

Anwar Temu Cucu Mahatma Gandhi Di Mumbai. Mengapa?

Oleh: Anwar Ibrahim
Pejuang besar India Mahatma Gandhi.
SAYA dan Azizah tiba di Mumbai dan menuju Panchgani sebagai tetamu kepada sahabat lama, Rajmohan Gandhi, penyala obor perjuangan datuknya, pejuang besar India Mahatma Gandhi.

Lebih tiga bulan lalu saya berjanji untuk bersama beliau menyemarakkan semangat perjuangan Gandhi bagi menegakkan demokrasi yang mempedulikan nasib rakyat serta menolak kezaliman dan rasuah.

Sepanjang dalam perjalanan selama tiga jam, saya menerima ribuan panggilan telefon, mesej dari Twitter dan Facebook, komen di blog serta SMS dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia dan dunia yang menyatakan kesyukuran dan rasa gembira.

Fikiran saya melayang mengenangkan wajah gelisah, sedih, derita keluarga dan rakyat terutama di saat cemas menunggu penghakiman pagi semalam.

Alhamdulillah, saya bersykur kerana setelah sekian lama difitnah dan diaibkan oleh pemimpin dan media Umno, Hakim Dato' Zabidin Mohd Diah memutuskan -- berlandaskan undang-undang dan fakta -- bahawa dakwaan seseorang tanpa saksi dan sebarang bukti sokongan adalah tidak dapat diterima. Malah keterangan forensik dan DNA yang dikemukakan pihak pendakwaan turut dipertikaikan kesahihannya.

Saya tidak berhasrat menyingkap permasalahan lalu atau memberikan sebarang tafsiran mengapa penghakiman mengejutkan ini berlaku. Walaubagaimanapun, saya bersyukur ke hadrat Allah Azzawajalla kerana saya bebas dari fitnah jahat sedemikian.

Kasih sayang Azizah dan keluarga; kesetiaan rakan-rakan KEADILAN; dukungan PAS dan DAP; para reformis dan sokongan dan iringan doa rakyat bukan saja ibarat penawar malah membajai penyuburan semangat dan daya juang saya.

Seperti lazimnya saya tidak cenderung untuk merintih kisah derita silam malah sedia memaafkan. Hanya yang dimasyghulkan ialah kebiadaban gerombolan kecil termasuk media UMNO yang berdendam kesumat dan terus memfitnah saya.

Saya ingin mengajak saudara-saudari bersama rakyat Malaysia untuk melonjakkan perjuangan menuntut kebebasan rakyat; pemerintahan yang telus dan adil; ekonomi yang dipacu segar tetapi mempedulikan nasib rakyat serta menolak keangkuhan kuasa dan rasuah.

Kami sekeluarga amat terharu dengan luahan simpati dan dukungan semua. Semoga usaha murni kita bersama direstui dan diberkati Allah SWT.

Ikhlas dari,
Anwar Ibrahim

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Fasal apa agaknya...

6 comments:

jalilnor said...

sebab beliau extraordinary..

jalilnor said...

kerana beliau extraordinary...

Anonymous said...

Saya tak nak komen apa tujuan anwar ke Mumbai.Tetapi saya nak tanya tentang kenyataan anwar "Saya ingin mengajak saudara-saudari bersama rakyat Malaysia untuk melonjakkan perjuangan menuntut kebebasan rakyat; pemerintahan yang telus dan adil; ekonomi yang dipacu segar tetapi mempedulikan nasib rakyat serta menolak keangkuhan kuasa dan rasuah."
1. Apakah rakyat Malaysia selama ini tak bebas? - cth peerhimpunan 901,Bersih 2.0
2. Apakah yang dimaksudkan pemerintahan telus dan adil ini -Mungkin anda boleh rujuk apa yang terjadi dlm PKR sendiri,itu baru di peringkat parti?
3.Adakah ekonomi Malaysia pada ketika ini tidak makmur? baik dari aspek pertumbuhannya dan peluang yang dinikmati oleh rakyat?
4. Sejauh yang kita tahu, apakah nasib rakyat di negara ini sangat terabai dan tidak terbela?

Kenyataan Anwar ini hampir2 senada dengan ucapan2 penentang kerajaan di beberapa buah negara tetapi apabila mereka memegang kuasa pemerintahan dan berupaya memperdayakan rakyat, anda lihat bagaimana negara2 berkenaan (tak perlu cth,anda lebih arif) berhadapan dengan ketidaktentuan politik,ekonomi,bahkan nasib rakyat jauh lebih teruk daripada sebelumnya.Keangkuhan kuasa adalah subjektif selagi manusia dibaluti oleh nafsu yang dizahirkan dalam bentuk serta situasi yang berbagai-bagai.

hahaha said...

Dear January 10, 2012 9:48 PM ,

(Awak tanak komen?o ye ke? But u did, a long one hahahahhaah)


1. Apakah rakyat Malaysia selama ini tak bebas? - cth peerhimpunan 901,Bersih 2.0

JAWAPAN - Well more of a soalan actually.Bebas kah rakyat bila sampaiada org yg mati, ramai yg di pukul, di heret ketika bersih 2.0 walaupun tiada provokasi dari mereka, mereka lah malah di provoke oleh pdrm? Kamu nampak kah top2 ranking polis berjabat dgn org ramai pada 09/12 ketika keputusan kes fitnah liwat anwar?Kamu jgn terhadkan sumber informasi media kamu kepada mainstream /goverment controlled media saja.

2. Apakah yg dirujuk PR bila mengatakan apakah itu pemerintahan TELUS/ My God, anak siapa ni???Hello???R u even a Malaysian? Look, im not going to give you a long list of scandals which later turned to crimes- proven , some of them even proven in black n white. contohnya skandal NFC. Kenapa shahrizat diam diri. Skandal PKFZ? Awang Adek punya kes? and so on and so on. Do your research. Google is your friend.

3) Apakah ekonomi Malaysia tidak MAKMUR? Ya Allah..serious aku sentap kekaguman dengan soalan kau tu. Kagum kagum. 'Er ..sudah tentu sangat MAKMUR jika kamu adalah salah seorang isteri/ suami /anak menantu/ibu mertua/pak mertua/ besan hatta pencacai atau kuda kepada menteri2 serta kroni2 pacat lintah umno/bn. Again, dont be such a lazy ass. pegi cari info kadar pengangguran negara,dah la minyak naik,gula naik,astro naik. Time time tu jugaklah first lady berjimba dengan lifestyle mewahnya. (aku still konpius ko warganegara mana)


Kenyataan anda ini hampir2 senada dengan ucapan ucapan kosong yg tidak mempunyai fakta,berlandas emosi,cuba lari dari isu sebenar yg lebih dekat kepentingannya dgn rakyat dengan melemparkan serangan peribadi seperti pembunuhan karakter kepada pro PR. Persis seperti kebanyakan pro-umno..dari yg muda, sampai ke tua.

Your time is over.

Anonymous said...

komen hahaha 10.18 lebih bernas daripada anon 9.48.

orang di bawah bayu

Anonymous said...

Saya bukan ahli parti mana-mana dan setuju dengan hahaha. Sesak nafas sungguh zaman BN ni, lagi cp

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails