Wednesday, January 04, 2012

Beri Hak Kepada Rakyt Untuk Berhimpun -N/Aziz

KOTA BHARU, 4 Jan 12: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta kerajaan memberi hak kepada rakyat untuk berhimpun termasuk pada 9 Januari ini sempena kempen pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, perhimpuan itu langsung tidak bersalahan dengan demokrasi, apa lagi kerana peluang berhimpun itu sendiri diajar oleh Islam.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyerahan kunci kediaman penjaga gol bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, tengah hari tadi.

Katanya, Islam tidak menghalang demonstrasi atau berhimpun kerana ianya ada pada agama suci itu sendiri.

“Hari-hari kita berhimpun sebanyak lima kali sehari iaitu di masjid atau sekali setiap minggu, iaitu solat Jumaat,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Menyentuh tentang masalah yang dihadapi oleh Anwar kini, beliau yakin ketua Pembangkang itu hanya dikhianati.

Tambahnya, lagipun mahkamah belum lagi memutuskan Anwar bersalah.

“Kalau mahkamah putuskan dia bersalah, memang tak munasabah semuanya tu.

“Yalah, di dunia ni kita boleh cipta macam-macam perkara, tetapi akhirat nanti terimalah pembalasannya,” ujarnya lagi.

Beliau juga mendakwa, punca utama Umno dan BN bermusuh dengan bekas timbNONEalan perdana menteri itu kerana Anwar kini melawan mereka.

Sementara itu pihak polis telah memperhebatkan kempen media sosial terhadap perhimpunan yang dirancang pada 9 Januari ini apabila keputusan kes perbicaraan liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumkan.

Laman rasmi Facebook dan Twitter Polis Diraja Malaysia berkongsi gambar dan video rusuhan yang lalu, termasuk laporan Berita ABC mengenai rusuhan di kota London pada Ogos lalu.

Tajuk klip video mengenai rusuhan London berbunyi:

"Adakah ini yang anda inginkan?

“Kejadian perhimpunan secara aman yang berlarutan sehingga menjadi rusuhan yang pernah berlaku di negara asing harus dijadikan iktibar jika kita ingin mengejar kebebasan dan hak bersuara.

“Pengajaran daripada sejarah, keamanan merupakan nilai utama kemakmuran negara.

“Bersama-sama kita, bangsa Malaysia, mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara yang dinikmati bersama selama-lamanya.”

Klip video lebih dua minit itu menunjukkan penunjuk perasaan memecahkan tingkap, bangunan manakala kenderaan dibakar dan mereka bertarung dengan pihak polis di jalanan sekitar kota London. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails