Sunday, January 29, 2012

Di Sebuah Kampung Hindu Bali.. 'Potong Gigi'


CATATAN PERJALANAN siri 17

BILA mereka tahu aku ingin menulis mengenai masyarakat Hindu Bali, aku dijemput tinggal di sebuah rumah dalam sebuah kampung Hindu asli, di Denpasar berhampiran Bali Ngurah Rai International Airport, Indonesia.

Aku bersetuju, kerana di situ ada upacara tradisi 'Potong Gigi'. Hampir semua penduduk kampung itu beragama Hindu. Aku menumpang di sebuah rumah keluarga Hindu, di kampung asal Hindu dari dulu lagi, turun temurun. Tuan rumah itu menyambut gembira, memperkenalku dengan jiran-jirannya. Aku diberi sebuah bilik di rumahnya. Dia tinggal bersama anak isteri dan kaum keluarganya, termasuk seorang anak gadisnya.
Di sini, jalan dan lorong masuk ke kampung itu..
Link
Pemandangan dalam kampung.. jiran-jiran
Ibnu Hasyim (kanan) bersama tuan rumah tempat ia menginap.
Ibnu Hasyim bergambar dalam kampung yang banyak lambang tempat ibadat Hindu..
Besok paginya aku dikejutkan dengan suara seolah-olah dari masjid berdekatan. Suara seperti bacaan Quran sebelum azan, untuk bangun sembahyang subuh. Rupanya bukan, tiada masjid di kawasan itu. Suara itu adalah suara dalam bahasa Bali, dari rumah kaum Hindu kampung itu yang ada kaitan dengan upacara adat 'Potong Gigi'.

Apabila matahari terbit, aku dibawa ke situ. Aku sampai disambut sebagai tetamu. Bali sebenarnya, merupakan salah satu destinasi popular di dunia, sebagai 'The Island of God'. Bali juga merupakan pulau terkenal dengan keindahan alam dan keaneka ragaman keunikan budaya yang menjadi daya tarik tersendiri pelancong.

Aku ingin melihat upacara-upacara yang kononnya dikaitkan dengan bangsa Melayu. Bahkan bangsa pribumi atau bumiputera Hindu itu dikenal dengan konsep Tri Hita Karana. Di Malaysia contohnya budaya mengagung-agungkan 'keris' lebih dari mengagungkan 'Kitab Suci Al-Quran' masih ada di kalangan orang Melayu. Aku mulakan dengan kesempatan melihat tradisi potong gigi ini.

Aku sampai awal sebelum majlis bermula. Walaupun begitu aku disambut dengan ramah mesra.
Ibnu Hasyim bergambar bersama pemimpim-pemimpin adat di upacara tersebut.


Klik vedio ini..

Adat bali - Potong gigi.mp4

Menjadi tradisi masyarakat Bali sampai kini, iaitu tradisi potong gigi (biasanya orang Bali menyebutnya dengan metatah atau mapandes atau masangih). Tradisi ini wajib dilakukan oleh seluruh masyarakat Hindu di Bali, baik lelaki mahupun perempuan. Agar menurut mereka, pada saat meninggal dunia, seseorang dapat bertemu dengan leluhurnya di syurga.

Walaupun begitu hakikatnya lebih kurang upacara memotivasikan anak muda yang mula menginjak ke gerbang dewasa. Dalam masyarakat Melayu Islam ada upacara berkhatan. (Masyarakat kuno lain, lihat Ngeri & Aneh! 6 Retual Mereka Tanda Dewasa.) Dalam praktek sebenarnya, potong gigi bukan bererti gigi dipotong hingga habis, melainkan hanya merapikan atau mengikir enam gigi pada rahang atas. Iaitu empat gigi seri dan dua taring kiri dan kanan.

Ianya dipercayai untuk menghilangkan enam sifat buruk yang melekat pada diri seseorang, iaitu:

  • kama (hawa nafsu),
  • loba (tamak),
  • krodha (amarah),
  • mada (mabuk),
  • moha (bingung),
  • dan matsarya (iri hati atau dengki).

Keenam sifat buruk itu disebut sad ripu. Biasanya tradisi potong gigi ini dilaksanakan saat anak lelaki ataupun perempuan sudah menginjak usia dewasa yang ditandai dengan datangnya menstruasi untuk perempuan dan membesarnya suara untuk lelaki.

Ringkasnya kepercayaan mereka itu, disimpulkan..

Pertama: Sebagai simbolik bahawa seseorang telah menginjak usia dewasa. Kerana itu, sesorang baru boleh melaksanakan upacara ini setelah akil baligh.

Kedua: Sebagai wujud bakti orang tua (dalam ertian ibu dan bapa orang yang akan potong gigi) kepada leluhur yang telah menjelma sebagai anaknya, untuk ditumbuh kembangkan keperibadiannya.

Ketiga: Seseorang telah disucikan akan lebih mudah menghubung diri dengan Ida Sang Hyang Widhi, para dewata, dan leluhur. Dan diharapkan kelak meninggal dunia, dapat bertemu dengan leluhurnya di alam syurga.

Selain makna di atas, 'potong gigi' juga memiliki makna estetika, iaitu untuk kecantikan atau keindahan agar susunan gigi menjadi lebih rapi.

Bersambung dalam catatan perjalanan seterusnya pula.. Insya Allah.

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

Jan 2012
Bali, Ind.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-47: Medan-Aceh, S'baya, Bali & T/Leste
E-Buku IH-47: Medan-Aceh, S'baya, Bali & T/Leste

No comments:

Post a Comment