Monday, January 02, 2012

Gadis Di Bandar Langit, Kota Shitau, China..

UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG

PADA zaman dahulu, Kota Shitou yang ertinya 'batu' merupakan tempat yang terbiar. Gadis di situ berharap cepat berkahwin dan meninggalkan Kota Shitou, kota membawa bencana itu. Manakala gadis dari kampung yang lain tidak mahu berkahwin di situ. Kerana Kota Shitou terletak di atas gunung dan kehidupan di sana amat sukar.

Namun, kini, Kota Shitou berubah wajahnya menjadi satu destinasi pelancongan baharu dan digemari. Semakin ramai pelancong suka datang ke tempat ini untuk menikmati keindahan dan suasana yang kaya dengan unsur tradisional serta tidak tercemar dengan pembangunan.. Pengembaraan ke Kota Shitou amat menakjubkan dan penuh misteri.

Misteri apa? Kononnya Raja Mongol, Kublai Khan pernah melalui kota ini. Hal itu menjadi bualan masyarakat di sini. Namun, apakah itu benar? Siapa yang dapat membuktikannya? Bukti tidak penting, kerana Kota Shitou sudah semakin terserlah dan sering dipaparkan dalam pelbagai media cetak, peta panduan pelancongan, dan media elekronik.

Sejak itu, penduduk Kota Shitou menanam semangat untuk mengubah kehidupan mereka. Dari tidak suka kepada amat menyukainya. Dari gadis-gadisnya membenci alam kepada menyintai rahsia yang Maha Agung apabila terungkap. Lihat keaslian batu-batannya di dalam gambar-gambar ini.

Kota Shitou Baoshan terletak di sebelah Gaung Sungai Jinsha, 120 kilometer ke utara dari Bandar Lijiang, Provinsi Yunnan. Kota ini dibina pada tahun 1277-1294 Masihi dan dinamakan "Kota Baoshan". Dikatakan juga, kota ini merupakah petempatan terawal etnik Naxi.

Kini, terdapat 245 buah keluarga di dalam dan sekitar kota tersebut. Kelengkapan rumah mereka seperti dapur, tempat penyimpan dan tempat tidur. Ia diperbuat daripada batu-batuan yang terdapat sekitar kota itu, seperti dapur, tempat penyimpanan air, dan tempat tidur.

Sesiapa yang menjejakkan kaki ke kota ini, akan disambut dengan suasana yang begitu santai sekali. Penduduk di situ memakai tudung kepala yang berwarna hitam, dan bertutur dalam dialek etnik Naxi yang sukar difahami.Mengapa wanita termasuk gadisnya bertudung hitam? Apa rahsianya? Ada kena mengena dengan Islamkah?

Penduduk Kota Shitou sentiasa membuat persembahan untuk menyambut kedatangan pelancong. Anda dapat melarikan diri daripada kesibukan kota dan bersantai di sini dalam suasana yang tenang.

Jika merancang melancong ke situ, jangan lupa membawa alat tulis untuk sebagai cenderamata kepada anak-anak penduduk di situ. Mereka akan berbesar hati apabila menerimanya.(IH/CRI)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails