Monday, January 30, 2012

Geng Bali Nine, Scott Rush Pilih Islam Di Penjara..

CATATAN PERJALANAN siri 19

MASA lalunya penuh dengan dosa dan kejahatan. Berlatar belakang seorang Katolik, Scott Rush terjerumus dalam sindikat peredaran heroin terkenal dalam geng Bali Nine asal Australia. Di penjara Bali, saat menantikan vonis matinya, rupanya Rush menemui kedamaian sejati.

Itulah Islam. Bila hidayah Ilahi telah datang, tiada yang mampu mengahalanginya lagii. Siapa sangka Scott Rush akhirnya melabuhkan imannya ke labuhan Islam.. Walaupun di hukum mati, namun Scott Rush sempat dikhatan atau disunatkan dalam sebuah prosesi tertutup di penjara Bali. Dia juga telah mengatakan kepada pihak berkuasa penjara, bahawa ia sedang belajar mengenai Islam. Pihak Penjara membenarkan.

Rush telah disunat pada hari Jumaat di tempat umat Muslim shalat dalam penjara. Bila dokter dan pejabat penjara tahu ia telah di sunatkan pada akhir minggu itu, mereka marah kerana prosedur tersebut telah dilakukan oleh seseorang tidak sepatutnya di penjara, menurut mereka.

Mereka memotivasi Rush, benarkah beliau masuk Islam. Kerana Rush adalah penganut Katolik dan orang tuanya merupakan orang yang taat beragama. Anang, ketua penjara bahagian pendidikan dan rehabilitasi, mengatakan, "Rush hanya baru belajar tentang Islam.."

Tapi, Rush bertegas, "Ini adalah hak saya. Saya hanya ingin tahu tentang Islam, hak saya ingin belajar tentang Islam..."

"Jawabannya rumit,'' kata Anang tentang diskusinya dengan Rush.

Dokter penjara, Agung Hartawan, menanyakan Rush lebih lanjut tentang prosedur rahsia (berkhatan) samada telah diketahui oleh orangtuanya, Rush menjawab tegas, "Ini adalah hak saya dan saya hanya ingin tahu tentang Islam, saya ingin belajar tentang Islam!"

Rush merupakan salah satu dari tiga anggota Bali Nine yang mendapat hukuman mati atas peranan mereka dalam geng perdagangan heroin. (IH/news.com.2010 dll)

Inilah antara berita-berita yang kukutip semasa berada di Bali.

Bersambung.. Insya Allah.

Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com

Jan 2012
Bali, Ind.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-47: Medan-Aceh, S'baya, Bali & T/Leste
E-Buku IH-47: Medan-Aceh, S'baya, Bali & T/Leste

Juga, sebelum ini...

E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

No comments:

Post a Comment