HALAMAN HIBURAN
KL, 1 Jan 12: Suatu contoh program sambutan tahun baru yang bermanfaat bagi pembangunan moral, terutamanya bagi kaum remaja di negara ini, anjuran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
KL, 1 Jan 12: Suatu contoh program sambutan tahun baru yang bermanfaat bagi pembangunan moral, terutamanya bagi kaum remaja di negara ini, anjuran kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Ianya adalah gandingan dua selebriti hebat dari latar belakang berbeza, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus bersama pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Raja Lawak berjaya menarik kehadiran kira-kira 80, 000 orang ke Program Countdown 2012 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, malam tadi.
Difahamkan, jumlah ini jauh lebih memberangsangkan berbanding jumlah kehadiran ke program "Karnival Sayangi Selangor" dan sambutan malam tahun baru anjuran kerajaan BN di I-City yang dianggarkan sekitar 5,000 sahaja, meskipun dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Apalagi jika dibandingkan manfaatnya dengan program tahun baru Akademi Fantasia di tv yang jauh lebih berbentuk menyesatkan remaja dan menjauhkan dari agama dalam membentuk kepimpinan masyarakat masa hadapan.
Tinjauan rawak ke laman-laman blog bukan politik hari ini juga mendapati rata-rata penulis mengulas mengenai kemeriahan program malam tadi anjuran kerajaan PR serta memuat naik gambar-gambar dan video sekitar program. Antara yang diulas adalah mengenai keserasian Ustaz Azhar dan Zizan sewaktu forum soal jawab agama berlangsung dan petikan gitar oleh Ustaz Azhar sendiri.
Kemeriahan program turut diserikan dengan kehadiran bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Salleh atau Sham Kamikaze yang sudah melakukan penghijrahan, pendakwah bebas, Ustaz Syed Nor Hisham Tuan Padang, juara program realiti tv pencarian imam muda, Imam Muda Ashraff serta selebriti Astro Oasis, Akhil Haiyy.
Rata-rata mereka juga mengharapkan program seperti ini yang menampilkan hiburan mendidik jiwa diteruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan juga negeri-negeri lain. Ini membuktikan rakyat Malaysia khususnya anak muda mula meminati program-program mendidik apatah lagi jika ianya ditampilkan "kena dengan caranya".
Antara pimpinan Pakatan Rakyat Selangor yang hadir malam tadi ialah Exco Kerajaan Negeri, Dr. Halimah Ali, Haniza Talha dan Yaakob Safari serta Pesuruhjaya PAS Shah Alam, Khalid Samad. (IH)
Video Ustaz Azhar Idrus main gitar..
No comments:
Post a Comment