PERJALANANKU bermula kira-kira 8 pagi waktu Timor Leste, menaiki van bersama lapan pemuda suku Timor Leste, dan ada yang juga berasal Indonesia. Bermula dengan pesisir laut kota Dili, kami terus merentas rimba belantara. Naik bukit, turun bukit, naik gunung, turun lembah, lalui sungai, paya dan perkampungan orang Timor Leste.
Terasa diriku seolah-olah berada di negaraku pada zaman baru lepas merdeka tahun 50an. Budaya, alam sekitar dan penduduk pribumi sama dengan kaum bumiputera baru lepas merdeka. Banyak perkara yang mengingatkanku begitu.
Antaranya, aku melintasi sebuah kampung. Dari dalam kereta aku lihat beberapa wanita sedang membasuh pakaian di paip air tepi jalan. Tak sempat ambil gambar kerana perjalanan kurang menyenangkan.
Terbayang aku semasa aku kecil-kecil dulu di Kampung Perlis Balik Pulau, Pulau Pinang.. Aku selalu mandi di paip air di depan rumah aku simpang masuk Masjid Kampung Perlis. Malas nak mandi di telaga kerana nak cepat atau agak penat menarik tali baldi dari perigi yang agak dalam. Ada paip-paip 'bantuan kerajaan' untuk mengganti sistem tradisi guna perigi' yang merata dalam masyarakat waktu itu. Perbetul sikit, sebenarnya bukan 'bantuan' tapi 'kewajipan' kerajaan.
Maklum, waktu itu kempen kerajaan Perikatan (sekarang Barisan Nasional) untuk menarik pengundi menyokongnya sama seperti sekarang iaitu pembangunan dan kebendaan. Cuma dulu kempen pembangunannya ialah 'kerajaan Perikatan beri tanah merah, buat jamban (supaya jangan berak berselerak), jambatan (contohnya Jambatan Merdeka di Kedah), atau buat paip air tepi jalan (kerana orang kampung tak mampu pasang pain air di rumah) seperti yang sedang ku lihat itu.
Begitu juga sembur ubat nyamuk atau hindar wabak malaria seperti gambar di bawah di Timor Leste, bagi 'bantuan' letrik dan lampu jalan (kerana orang kampung masih pakai pelita minyak tanah).
Terbayang aku waktu pakai lampu pelita minyak tanah yang mengeluarkan asap hitam, 'berjelaga' lubang hidung. Kadang-kadang bau hangit, rupanya rambut adik aku disambar api pelita. Maklum satu peita pakai untuk empat lima orang adik beradik untuk belajar. Terutamanya bila ayah aku ajar baca Al-Quran.
Itu suasana kampung dulu. Mungkin kira-kira begitu yang sedang berlaku di negara yang baru merdeka, seperti Timor Leste ini. Itu bagi sebuah pemikiran dengan gaya kehidupannya.
Sedangkan di kota Dili semalam, aku sempat berbincang dengan seorang taukeh supermarket, anak asli kota Dili yang berfikiran ke depan. Dalam masa yang sama, ini sebuah lagi pemikiran.. Zaman remajanya, dia pernah berkerja di London, Portugal, Belanda dan beberapa negara Eropah, dan pulang ke negara asal untuk membangunkan bangsa sendiri.
Katanya..
"Sekaranglah peluang terbaik untuk berniaga. Aku sudah mewah di luar negara, tetapi aku paksakan diri aku pulang, cuma mewahkan diri d negara sendiri.
"Ramai orang luar masuk melabur di sini. Itu orang Cuba.. (Sambil menunjukkan sepasang suami isteri kulit putih dari sebuah negara Komunis jiran Amerika Syarikat) Dia memiliki restoran di sini. Dan, hotel itu.. (tempat aku nginap), milik pribumi Medan Indonesia.
"Kaum Cina di sini, ramai yang sudah membesarkan perniagaan mereka puluhan kali ganda. Begitu juga kaum Cina dari Indonesia, ramai yang mula turun melabur mengembangkan usaha ke sini." Jelasnya.
"Ada orang Malaysia atau dari negara-negara Islam melabur di sini?" Aku tanya.
"Setakat ini, belum ada lagi." Jelasnya.
Gambar di atas dan di bawah ini antaranya ku ambil sehari sebelum berangkat. Gambar dari dalam kota Dili.
Gambar bawah: Yang di bawah pokok itu samsu murah dijual tepi jalan.
Harga sebotol besar 50 centavos (0.50USD). Menggunakan botol mineral dan dibuat daripada nira nipah. Merata boleh dapat samsu ni. Orang-orang sini selalu kelihatan berehat di tepi-tepi jalan. Lepas mabuk minum samsu, bergaduh. Jadi hujung minggu incedent jenayah meningkat. Sesuaikah botol mineral ini digunakan semula isi samsu?
Gambar bawah: Tempat membuat garam sendiri, bagaimana?
"Bawah ni pak, tanah yang telah ditapis untuk mendapatkan garam. Berbukit-bukit jadinya... Di tengah setiap himpunan tanah buangan tadi, ada penapis yang dibuat dari daun pokok kelapa laut.
"Ada tiga tingkat. Atas yang ada daun tu, tengah yang macam papan senget kebawah tu, dan bawah, tempat takung air. Tanah letak kat atas, air turun ke tingkat dua dan bertakung dalam bahagian bawah. Tanah tadi dibuang, tuh yang keliling penapis tuh tanah bertimbun tuh." Begitu cerita buat garam...
Pohon ini dibuat rumah atap..Rumah atap di Timor Leste
Gambar bawah: Sembur ubat nyamuk di Timor Leste.. Teringat aku di kampung tahun 50sn dan 60an di Malaysia dulu pun macam tu..
Gambar-gambar yang kuambil sepanjang perjalanan...
Akhirnya, inilah gambar anak gadis suku Timor Laste yang bekerja di hotel milik rakyat tempatan di kota Kupang dalam wilayah Indonesia. Dia beragama Kristian masih belum berkahwin lagi, 'merantau di negeri orang cari nafkah halal..' katanya.
Namanya.. "Aku tak ingat lagi.. tapi bunyinya, nama tempatan tradisional.."
Gambar bawah sekai: Ibnu Hasyim berpakaian tradisional Timor Leste..
Begitulah, antara perkara-perkara yang sedang berligar di 'kotakfikir'ku. Perlukah puak-puak 'Penyampai Islam' menyasarkan dakwah mereka ke sini? Menggemling tenaga bersama kaum pribumi untuk membangunkan agama Islam, sampaikan walau satu ayat?
Bagaimana memulakan yang sudah bermula itu (Perjuangan Islam T/Leste Bagai Kucing Ini.. siri 14)?? Bagaimana membangunkan ruh Abdur Rahman bin Auf (seorang sahabat Nabi SAW yang berjuang Islam melalui perniagaan) di sini? Marilah sama-sama fikirkan.
Perjalananku sampai ke kota Kupang kira-kira jam 8 malam.. Kira-kira12 jam (setelah dikirakan selisih waktu) dalam perjalanan. Sekian.
Bersambung dalam catatan perjalanan di Bali pula.. Insya Allah.
Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com
23 Jan 12
Dili, Timor Leste.
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-47: Medan-Aceh, S'baya, Bali & T/Leste
No comments:
Post a Comment