Monday, January 09, 2012

Keadaan Kecoh, Bila Anwar..

KL, 9 Jan 12: Keadaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mula bertukar kecoh apabila Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mula memasuki kawasan perkarangan mahkamah sekitar jam 8.30 untuk menghadiri keputusan kes liwat II beliau hari ini. Lapor The Malaysian Insider.

Keadaan yang mulanya tenang bertukar kecoh apabila peserta Perhimpunan 901 mula mengerumuni Anwar dari pintu masuk utama hingga ke perkarangan mahkamah.

Dianggarkan seramai 5000 peserta menjerit melaungkan slogan “Reformasi”, “Hidup Anwar”, “Keadilan”, dan “Allahuakbar”.

Sebelum itu, turut kelihatan kehadiran Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said hadir memberi sokongan terhadap Anwar.

Antara yang dilihat turut hadir termasuklah mahasiswa daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) termasuk Safwan Anang yang berkerusi roda sambil ditolak oleh Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab, dan Adam Adli.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails