Monday, January 09, 2012

K'tan Hub Barangan Halal Rantau Asia Pasifik

(Husam di The 16th Chinese New Year Shopping Festival In Sinchuan)

CHENGDU, China, 9 Jan 11: Kelantan dicadangkan menjadi hub barangan halal di rantau Asia Pasifik memandangkan negeri itu berupaya mencapai hasrat tersebut.

Bagi menjayakan hasrat itu juga, Pertubuhan Islam Asia Pacific (PIAP) perlu ditubuhkan untuk memberi tumpuan kepada barangan halal khususnya kesedaran pengguna terhadap barangan halal dan kualiti.

Pengarah The Economic Development Administrative Center Of Cheng Du Municipal Islam Association PRC, Moussa Ma Jian Xue, berkata demikian sewaktu perjumpaannya dengan exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, di sini baru-baru ini.

“Bagi mencapai hasrat itu, kerjasama persijilan halal antarabangsa khususnya barangan dari negara China serta latihan dalam indutri pengeluaran produk halal perlu diadakan bersama,”ujarnya.

Katanya lagi, bagi menjayakan hasrat berkenaan, satu expo pameran produk halal di peringkat antarabangsa sebanyak dua kali setahun perlu diadakan di Kota Bahru.

“Expo barangan halal ruang pameran halal dari seluruh dunia dua kali setahun di Kota Bahru dengan menyediakan ruang pameran yang besar untuk barang halal dari seluruh dunia juga perlu diadakan,”ujarnya lagi.

Dalam lawatan tiga hari itu juga, deligasi kerajaan negeri turut dibawa melawat The 16th Chinese New Year Shopping Festival In Sinchuan, salah satu expo sempena tahun baru Cina. (IH)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam
E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam

No comments:

Post a Comment