Beratus-ratus penumpang separuh bogel memenuhi kereta api bawah tanah London untuk acara tahunan Naiki Kereta Api Tanpa Seluar.
Ia adalah sebahagian daripada Hari Tanpa Seluar yang diadakan di luar negara apabila kereta api bawah tanah diambil alih oleh penumpang separuh bogel.
Acara itu dianjurkan oleh kumpulan Improv Everywhere dan bermula dengan Naiki Kereta Api Tanpa Seluar di New York 11 tahun lalu.
Ia kini merebak ke 60 bandar di 27 negara, termasukWashington, Mexico City, Toronto, Madrid dan Tel Aviv.
Improv Everywhere menggunakan Facebook untuk mempelawa orang ramai mengambil bahagian dan lebih 16,000 orang mendaftar untuk menyertainya di seluruh dunia.
Kumpulan itu kemudian melakukan aksi ala-rusuhan di seluruh dunia, memeranjatkan orang sekeliling apabila mereka menanggalkan seluar dalam kenderaan awam.
Penganjur, Dan Becherano berkata: “Matlamatnya ialah untuk berseronok dan menghiburkan orang ramai. - ReuterSebelum ini..
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
No comments:
Post a Comment