Wednesday, January 04, 2012

Pergi Solat Jamaah.. Demontrasi.. -Kata N/Aziz

Hafizuddin sedang menyampaikan ucapan sambil didengar oleh Nik Aziz

Nik Aziz menerima memorandum dari mahasiswa di pejabatnya

KOTA BHARU, 3 Dis 12:“Pergi solat berjemaah, nak sebut berhimpun ke, demontrasi ke sama saja, sebab demontrasi ni maksudnya berhimpun di masjid beramai-ramai, di masjid Arafah setahun sekali dan ianya ada asas dalam Islam."

Demikian antara kata dan taklimat Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang melahirkan rasa simpati terhadap golongan mahasiswa yang dicengkam kebebasannya melalui Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU 1971).

Sambung beliau lagi, “Kerana itu demontrasi ni adalah hak manusia, hak pelajar di mana mereka (pelajar) bakal menjadi pemimpin di suatu hari nanti,”ujarnya.

Menyentuh akta itu kini menurutnya, semua golongan mahasiswa sudah tidak boleh bebas dalam menyatakan pandangan, kritikan kepada mana-mana individu. Oleh itu, golongan terpelajar ini (sepatutnya) bukan sahaja belajar di universiti, sebaliknya juga (belajar) di luar seperti berhimpun sebagaimana Islam sendiri mengajar umatnya berhimpun lima kali sehari untuk menunaikan solat.

Katanya, semua pemimpin dan menteri yang ada sekarang ini akan meninggal dunia suatu hari nanti dan golongan pelajar hari ini bakal menggantikan mereka. Sehubungan itu, beliau begitu bersetuju sekiranya pelajar bermula di peringkat bawah hingga ke peringkat paling atas diajar bagaimana untuk berurusan dengan rakyat.

“Pelajar universiti ni belajar bukan untuk menjadi orang kaya semata-mata, jadi menteri ke, bukan sebaliknya mereka perlu dilatih bagaimana menjadi seorang pemimpin,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika meraikan 10 orang wakil Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (Gempur), yang menyerahkan memorandum Menuntut Penolakan Auku 1971 dan Pengembalian Autonomi Kampus dan Mahasiswa.

Penyerahan itu diserahkan oleh wakil Gempur yang juga jurucakapnya, Mohamad Hafizudin Mohd Nasaruddin, di pejabat rasmi Menteri Besar, Kota Darulnaim. Beliau bagaimanapun menyatakan memorandum yang diserahkan padanya untuk meminta kerajaan negeri bersuara berhubung AUKU agar dimansuhkan, ianya tidak boleh dilakukan.

Jelasnya, kerajaan negeri tidak ada hak untuk berbuat demikian, kecuali sekiranya perkara yang sama berlaku dalam Yik ianya akan ditangani mengikut cara Islam. Katanya kedudukan pencabulan pihak atasan terhadap kemampuan, kebolehan mahasiswa di negara ini telah dilalui oleh kerajaan Kelantan sejak 21 tahun lalu.

“Saya selaku Menteri Besar Kelantan sejak 21 tahun lalu tidak pernah diundang menghadiri sekolah mereka,”ujarnya. (IH)

1 comment:

mahasiswa cakna said...

xkan la sampai mcm tu skali...sbg menteri besar nik aziz merupakan ketua kepada kerajaan kelantan xkan xmenghadiri majlis2 rasmi d umk..masa blaja kt utara dulu ustz azizan ada je pergi ke sek2 n ipt2 d utara xpnah dihalang pon..auku xpnah pon pemimpin kerajaan dtg kerana bila dah jadi kerajaan kena la hormatinya...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails