Wednesday, January 11, 2012

'Sensasikan Muslimat' -Dr Siti Mariah Jawab.


KL, 11 Jan 12: “Apalah ‘kesilapan’ yang sedikit ini dibandingkan dengan dosa rasuah, penyelewengan, kezaliman, penolakan hukum hudud yang dilakukan pimpinan Umno BN serta Fitnah I dan II terhadap Anwar?” kata Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siri Mariah Mahmud (gambar).

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang telah menghebahkan gambar dari rakaman YouTube kegembiraan sebahagian Muslimat PAS, Wanita Keadilan dan penyokong Pakatan selepas pengumuman pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mempertikaikan akhlak Muslimat PAS.

Katanya, kegembiraan yang dizahirkan secara nyanyian beramai-ramai dan senikata yang zahir secara spontan telah menaikkan kemarahan penyokong Umno dan BN dan membuka peluang mereka untuk membina persepsi negatif terhadap PAS.

Tambahnya, ia satu kesinambungan usaha Umno BN untuk memburukkan PAS yang cuba menggambarkan yang akhlak muslimat buruk dan mempersoalkan moral muslimat.

Baginya, rakaman itu sebenarnya hendak ditujukan kepada ahli-ahli PAS dan penyokong PAS yang tidak hadir di Himpun 901 dan akan melihat rakaman tersebut di luar konteks peristiwa.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, rakaman itu juga diharapkan akan menimbulkan keresahan sebahagian penyokong PAS yang sekarang dipasak dengan idea yang PAS telah lari dari perjuangan asal.

“Kami menduga ianya akan memberi persepsi negatif terhadap muslimat PAS kepada mereka yang mungkin tidak pernah turun ke jalan raya untuk demonstrasi dan tidak mungkin memahami perasaan mereka yang sentiasa berhadapan dengan kezaliman pihak berkuasa, biasa disembur dengan gas pemedih mata dan air beracun,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, anak-anak muda itu menghabiskan usia muda mereka bersama berjuang menuntut keadilan dan menyanggah kezaliman regim Umno BN.

“Saya menghadiri dan bersama dengan sebahagian wanita dalam Himpun 901 dari awal hingga peserta Himpun 901 bersurai. Saya juga acap kali turun berdemo dan sentiasa memantau pergerakan muslimat,” katanya.

Jelasnya lagi, sesiapa yang ada bersama pada Himpun 901 tahu yang sebahagian Muslimat PAS dan wanita yang hadir telah berhimpun di satu sudut tempat berhimpun untuk bermunajat kepada Allah SWT untuk membebaskan Anwar.

“Kami telah mengetuai bacaan Ma’thurat dan Yasin. Malah pengumuman pembebasan Anwar diumumkan sebaik sahaja muslimat habis membaca Yaasin,” ujarnya.

Katanya lagi, sebahagian muslimat telah mengadakan sujud syukur sebaik sahaja keputusan diketahui di tempat perhimpunan.

“Semasa bergerak keluar daripada tempat parkir menuju ke masjid berhampiran kami berselawat beramai-ramai. Ini semua tidak pula dimasukkan ke YouTube,” katanya.

Tambah beliau lagi, selepas berselawat barulah mereka menyanyikan lagu reformasi dengan spontan.

Baginya, tidak ada apa salahnya bernyayi beramai-ramai dengan bersemangat dalam sekitar 10 minit.

Kata beliau, sememangnya semua yang hadir dari sebelum Subuh lagi terlalu gembira dengan pembebasan Anwar.

Jelasnya lagi, tidak ada percampuran dengan lelaki dan perempuan, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada lenggang lengguk yang menggiurkan, intonasi suara bukan intonasi yang jatuh kepada haram, dan perkataan yang digunakan tidaklah lucah.

“Kalau kita singkap sirah Rasulullah saw, apabila Nabi s.a.w. sampai di Madinah baginda di sambut oleh muslimat dengan nanyian dan rebana untuk menzahirkan kegembiraan,” katanya.

Katanya, kalau nak dipertikaikan melodi yang sering dimainkan oleh pancaragam sekolah yang digunakan ianya melodi nyanyian reformasi yang selama ini digunakan oleh anak muda semasa berdemo.

“Mungkin yang kasar sikit ialah ‘Mampus Umno’.Kalau kita lihat budaya wanita timur tengah pun begitu. Mereka akan bertepuk-tepuk dan mengangkat-angkat tangan sambil bernyanyi.

“Saya pernah bersama dengan Gerakan Islam Wanita di peringkat antarabangsa, Sudan, Indonesia, Algeria , Mesir dan lain-lain negara Islam yang lebih bersemangat dalam menyanyikan lagu-lagi jihad.

“Hanya orang yang tidak mendalami hukum sahaja yang membangkitkan isu suara wanita itu aurat pada ketika ini,” ujarnya.

DMPP juga, katanya yakin yang apa yang berlaku bukan satu kesalahan dan dosa, ianya bukan kayu ukur akhlak dan moral muslimat.

“Apa pun oleh kerana ia satu perkara baru dan bukan satu budaya muslimat, bagi mereka yang merasa tersinggung, Dewan Muslimat memohon maaf dan akan lebih berhati-hati dengan perangkap Umno BN di masa akan datang,” ujarnya. (IH/Harakahdaily)

Lihat sebelum ini..

3 comments:

MONITOR LAMA said...

TONTON YANG NI PULAK

Anonymous said...

DAP Pintar kenapa? hanya kalangan pemimpin tertentu ikut serta ketika berhimpun pada 9 Jan. tetapi tidak para ahli serta penyokong mereka. Apa sebabnya? mereka tahu jika berlaku keadaan tak terkawal, para peniaga cina akan terjejas, dan pasti ia dianggap mengkhianti bangsa mereka sendiri sebagai teraju utama ekonomi Malaysia. Kedua, DAP nampak sama ada Anwar sabit kesalahan atau sebaliknya tidak memberi impak kepada DAP.Ketiga pengundi2 cina tidak akan terjejas samakali untuk memberi sokongan kepada DAP.Keempat DAP dengan muslihatnya sendiri membiarkan parti-parti politik melayu berlaga sesama sendiri. Malang sekali orang melayu tak terfikir ini semua. Cuba lihat sepanjang pengetahuan anda adakah DAP,MCA,Gerakan kerap bertelagah seteruk UMNO,PAS PKR? jika adapun itu 'jentik' sahaja.Jadi fikirkan masa depan anak cucu dan bangsa kita semua.

Anonymous said...

1. DAP Pintar kenapa? hanya kalangan pemimpin tertentu ikut serta ketika berhimpun pada 9 Jan. tetapi tidak para ahli serta penyokong mereka
[Ini juga berlaku kepada PAS dan PKR. Bukan semua pimpinan PAS dan PKR turun pada 9 Januari.
Saya andaikan bahawa anda tidak hadir semasa perhimpunan tersebut, namun ada telah sewenang-wenangnya mengatakan bahawa tiada ahli DAP yang hadir. Ini pandangan saudara, bukannya fakta]

2. mereka tahu jika berlaku keadaan tak terkawal, para peniaga cina akan terjejas, dan pasti ia dianggap mengkhianti bangsa mereka sendiri sebagai teraju utama ekonomi Malaysia.
[Jadi sepatutnya DAP menghalang usaha berhimpun pada 9 Januari itu, tetapi DAP tidak berbuat demikian. Justeru, tuduhan mengkhianati bangsa sendiri adalah tuduhan tidak berasas.]

3. DAP nampak sama ada Anwar sabit kesalahan atau sebaliknya tidak memberi impak kepada DAP.
[Sebentar tadi anda mengatakan keadaan tak terkawal mampu menggugat kaum cina yang berniaga, Kali ini anda mengatakan bahawa tidak memberi impak kepada DAP sekiranya apa-apa terjadi kepada Anwar. Ini ternyata kontra dengan kenyataan anda. Apatah lagi, pihak di sebelah sana sering kali mengatakan bahawa Anwar adalah barua DAP. Kenyataan anda telah menafikan mereka sekaligus.]

4. Ketiga pengundi2 cina tidak akan terjejas samakali untuk memberi sokongan kepada DAP
[rujuk no.3 di atas]

5. Keempat DAP dengan muslihatnya sendiri membiarkan parti-parti politik melayu berlaga sesama sendiri. Malang sekali orang melayu tak terfikir ini semua.
[Hakikatnya parti bnagsa cina telah terbahagi kepada 3 : MCA, DAP dan Gerakan. Justeru bangsa cina sendiri telah berpecah dari dahulu lagi. Sekiranya merka ingin kuat, seharusnya mereka bertiga bersatu dan menyertai mana-mana BN mahupun PR]

6. Cuba lihat sepanjang pengetahuan anda adakah DAP,MCA,Gerakan kerap bertelagah seteruk UMNO,PAS PKR? jika adapun itu 'jentik' sahaja.
[Adakah anda telah lupa bahawa Lim Guan Eng telah berdebat dengan Koh Tsu Koon berkenaan isu tanah. Seharusnya jika mereka hendak kuat, gerakan perlu menyertai DAP untuk penguasaan total ke atas pulau pinang, tetapi ini tidak terjadi. ]

7.Jadi fikirkan masa depan anak cucu dan bangsa kita semua.
[Kami tidak mahu tanah milik anak2 kita dijual seperti di johor. Kami tidak mahu harta kekayaan anak-anak kita diberi kepada orang luar seperti telaga minyak yang diberikan kepada Brunei. dan kami tidak mahu anak-anak kami dibesarkan dengan rasuah seperti Khairy, Khir Toyo mahupun Ali Rustam]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails