KL, Hari ini, media-media memberitakan.. Siang jual nasi ayam, malam jadi pegawai perhubungan pelanggan (GRO) atau jadi ibu ayam. Rahsia tersebut terbongkar apabila sebuah premis di Jalan Inai di sini diserbu sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur semalam.
Serbuan dari pukul 1 hingga 4 pagi itu membawa kepada penahanan lima GRO warga Vietnam yang berusia dalam lingkungan 20-an. Ketika ditahan, kelima-lima gadis itu sedang ghairah melayan pelanggan-pelanggan dalam restoran yang berubah konsep ala pub pada sebelah malam.
Ketua Operasi D7, Deputi Supritendan Azman Mat Isa berkata, serbuan dilakukan selepas polis menerima maklumat mengenai kegiatan di premis itu dan hasil risikan yang dilakukan sejak seminggu lalu.
“Pemilik restoran makanan nasi ayam itu hanya menyediakan khidmat GRO di premis miliknya pada waktu malam bagi mengelakkan kegiatannya dihidu pihak berkuasa,” kata beliau ketika ditemui selepas serbuan itu semalam.
Sementara di Puchong pula, biarpun menyedari taktik menyorok dalam stor sudah lapuk, namun helah sama tetap menjadi pilihan wanita warga asing yang panik ketika premis yang dijadikan pusat maksiat diserbu.
Dalam serbuan kira-kira jam 6.40 petang semalam dijalankan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Jalan 1/19 Bandar Puteri, dekat sini, lapan wanita warga asing dari China, Vietnam dan Filipina hanya mampu berdiam diri sebaik tempat persembunyian mereka diserbu.
Helah dengan membiarkan premis di tingkat satu dalam keadaan seperti tidak berpenghuni dengan penuh tampalan iklan sewa bangunan bagi mengaburi pihak berkuasa gagal apabila taktik itu berjaya dikesan polis.
Pegawai Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Asisten Superintendan Azli Abu Shah berkata, pihaknya menahan empat wanita warga China, tiga dari Vietnam serta seorang dari Filipina berusia antara 23 hingga 30 tahun yang disyaki menawarkan khidmat urut batin.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebagai seorang yang beriman, apakah anda dan saya boleh ridha dan senang duduk rilek dengan kemaksiatan yang sedang berkembang di sekeliling kita? Kita tidak perlu berbuat apa-apa?
Nabi Muhammad SAW pernah menggambarkan, mencegah maksiat bagaikan seseorang kawan kita yang sama-sama duduk dengan kita dalam sebuah kapal. Kita duduk di atas dek, dia duduk di bawah. Kerana dia tidak mahu susahkan kita di atas, dia nak ambil air, dia tebuk terus perut kapal itu ikut cara mudah. Boleh ambil air dengan tiada campur tangan kita. Baik, kononnya.
Tetapi bagi kita yang di atas, itu kerja giler. Kerja bahaya. Kerja nak bagi kapal karam, nanti bagi mampus kita semua! Mahu tidak mahu, kerjanya mesti dihalang demi keselamatan semua di dalam kapal. Kerja kita adalah kerja makruf (buat baik), dan kerjanya adalah mungkar (buat tidak baik), kita kena tegah dia.
Kalau kita tidak lakukan itu, tandanya akan karamlah kapal atau bahtera masyarakat itu. Jadilah bencana, seperti banjir bencana sosial yang melanda masyarakat kini. Penyakit aid, buang anak, hasil dari najis zina yang berselerak merata-rata. Kerana itu tiap Muslimin tidak boleh duduk diam, bila najis maksiat membusuk sekeliling kita.
Bagaimana kita nak cegah mungkar sedang kita tidak ada kuasa? Nabi SAW juga memberi jalan selesai, kalau tidak boleh cegah dengan tangan (contohnya kuasa pemerintah), cegahlah dengan mulut (contohnya dengan weblog), tidah boleh juga dengan mulut cegahlah dengan hati. Tetapi Nabi SAW ingatkan, dengan hati itu ialah 'selemah-lemah iman'.
Adakah kita mahu meletakkan diri kita ditahap selemah-lemah iman? Dalam dunia usahawan kita mahu 'berjiwa besar', tetapi dalam soal agama kita berjiwa kerdil?? Na auzubillah.. minta dijauhkan Allah.
Ada juga yang menafsirkan kata Rasulullah 'selemah-lemah iman' itu sebagai orang yang tidak berkuasa langsung kecuali 'ada kuasa' menentukan siapa pemimpin negara dan wakil-wakilnya di negara ini? Iaitu melalui peti undi.. kuasa menentukan parti Islam atau parti bukan Islam memerintah negara umat Islam ini?
Memilih parti kebangsaan serta gabungannya atau parti Islam (yang bertahalluf siasi) serta gabungannya? Kalau berhubungn seks (ada yang menganggap kecil) pun kita diwajibkan memilih cara Islam, takkanlah memerintah negara (yang besar) kita bebas tidak ikut Islam? Mustahil di mahkamah Yaumul Mahsyar (di akhirat) Tuhan Yang Maha Adil tidak tanya. 'Kamu undi parti apa, parti Islam atau bukan Islam?'
Nabi SAW pernah berkata, "Pada anggota kemaluan itu ada pahala.." Sahabai-sahabatNya ada yang tercengang, terkejut, bagaiman macam tu? Nabi jelaskan, kalau kamu letakkannya (kemaluan) di tempat salah jadi berdosa, tentulah bila letakkan di tempat betul beroleh pahala! Sama dengan bila dilarang undi parti bukan Islam (ertinya berdosa), tentulah undi parti Islam (PAS) dapat pahala!
Jadi, mengudi parti Islam juga termasuk dalam mencegah maksiat dan dapat pahala. Ada yang menganggap 'mengundi' yang kononnya rahsia itu termasuk 'mencegah mungkur' kategori 'selemah-lemah iman'. Bagaimana pula dengan yang tidak mengundi langsung atau tidak mengundi parti Islam, termasuk dalam kategori tidak beriman?
Wallahu aklam, tugas weblog ini hanya, "Sampaikan.. walau satu ayat". Undilah PAS!
1 comment:
Jangan undi MCA
Post a Comment