Monday, January 30, 2012

Wanita Bogel Dada Bantah Miskin Kerana Orang Kaya


DUA wanita separuh bogel cuba memanjat pagar manakala seorang rakan mereka memegang kad menuntut keadilan ekonomi dekat lokasi Forum Ekonomi Dunia di Davos kelmarin.

DAVOS, Switzerland - Tiga wanita wanita asal Ukraine dari pertubuhan pembela hak asasi wanita, FEMEN ditangkap polis kerana dedahkan payudara semasa menunjuk perasaan di lokasi Forum Ekonomi Dunia yang disertai beberapa pemimpin dunia di sini pada Sabtu lalu.

Terlihat dari salah satu wanita itu menulis di pinggulnya, 'Krisis dibuat di Davos". Mereka juga membawa spanduk yang bertuliskan 'Pesta Gangster di Davos.'

"Kami datang ke sini ingin memberi pesan, bahawa kami menjadi miskin kerana orang-orang kaya yang kini duduk di bangunan itu," kata salah satu demonstran Inna Schewcenko.

Demonstran itu juga menuntut adanya persamaan hak bagi kaum perempuan. "Kami datang ke sana untuk berteriak, menggunakan suara perempuan, tubuh perempuan, untuk menjelaskan bahawa perempuan perlu buat keputusan juga," katanya.

Penunjuk perasaan itu berasal dari gerakan Occupy, yang pertama kali populer dengan protes terhadap tindakan serakah di Wall Street. Polis Swiss sempat mengamankan tiga wanita tersebut, untuk diminta keterangan dan dibebaskan. (IH/perbagai sumber)

Sebelum ini..

E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel
E-Buku IH-28: Kisah-kisah Bogel

1 comment:

Anonymous said...

Depa bogel atas kat msia esok ada orang nak bogel bawah (buka kain) hahahaha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails