Friday, February 03, 2012

Ikhwan Mesir Kecam Gara B/Sepak 73 Terbunuh.

SUKAN
Kaherah, 3 Feb 12: Kelompok politik terbesar di Mesir, Ikhwanul Muslimin, telah mengecam peristiwa menyedihkan mengenai kematian puluhan penonton fanatik terhadap sebuah pasukan bola sepak.

"Peristiwa-peristiwa di Port Said dirancang dan adalah mesej dari sisa-sisa rejim sebelumnya." kata legislator Mesir Essam al-Erian dalam satu kenyataan dalam halaman kumpulan Islam Parti Kebebasan dan Keadilan.

Dilaporkan pertengkaran tersebut dicetuskan oleh penyokong diktator yang digulingkan, Hosni Mubarak. Sekurang-kurangnya 73 orang terbunuh dan beratus-ratus yang lain cerdera ketika rusuhan selepas perlawanan bola sepak Liga Perdana Mesir di bandar Port Said di utara negara itu.

Rusuhan meletus pada Rabu lalu setelah pengadil meniup wisel akhir, menamatkan permainan yang membawa pasukan bola sepak Al-Ahly mengalahkan Al-Masri 3-0 di kota tersebut.

"Jumlah kematian, sebagai akibat dari rusuhan selepas perlawanan antara Al-Ahly dan Al-Masri, telah mencapai 73 orang," kata Timbalan Menteri Kesihatan Mesir al-Efni Helmy.

Menurut pegawai keselamatan, peminat pasukan pemenang membanjiri padang, dan menyerang pemain dan peminat lawan-lawan mereka. Ada laporan bahawa batu, botol dan bunga api yang dilemparkan ke padang..

Kedua-dua pasukan bola sepak mempunyai sejarah panjang kejadian berdarah dan banyak pertengkaran telah meletus antara peminat kedua-dua belah pihak dalam beberapa tahun terakhir.(IH)

Sila lihat penyelewengan permainan bola sepak...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails