Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan membuat gesaan itu dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS.
“Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau,” ujarnya dalam kenyataan media yang dikeluarkan malam ini.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa, serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.
Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia. Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya. Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.
Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini.
Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.
Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
13 Februari 2012/ 20 Rabiul Awwal 1433H
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Satu lagi bukti bahawa PAS tidak berganjak dengan dasar perjuangan Islamnya dan boleh diteruskan walaupun berada di dalam Pakatan Rakyat yang berbagai kaum dan agama. Bukan seperti UMNO yang sanggup menjual aqidah pemimpinnya kerana menjaga hati MIC atau lain-lainnya? (IH)
Nak saman apo la pulak ....kalau apo ygdi sebut itu sebijik sebijik spt yg laporkan wsj...apokah wsj itu sebahagian daripada utusan malaysia wahai tok guru? Atau arahan umno?.....atau apakah wartaawan wsj itu wartawan pelacur spt dakwaan DAP?.....silap haribulan bukan wsj disaman tapi nuar gay yg kena saman oleh wsj.....nuar gay jelas mempertahan prissip dua negara dan mengiktiraf kewujudan negara haram israel di bumi palestin.....kalau dia tak iktiraf mcm mana nuar gay nak dapat duit utk pru 13.....cuba kita fikir apo ke jadah nuar gay asyik ke luar negara bercakap dgn BBC, CNN, WSJ,ABS dan sebagainya....nuar gay bukan duta, bukan obama, bukan mandela, bukan aun kan syu yi,.....beliau sekadar ketua pembangkang di parleimen malaysia.....kenapa nak travel seluruh dunia utk dpt kan coverage media.....semua ini adalah di taja oleh yahudi utk menaikkan beliau sbgi PM ....tapi rakyat sedar...umat islam sedar pemimpin sekular pluralsime dan liberalisme ini pasti akan kecundang lagi di pru 13....pas yg sudah dikuasai oleh golongan pluralisme ini hanyalah sekadar UNTA yg ditunggang oleh nya....
ReplyDeleteSeteruk2 BN, tak pernah pulak MCA atau MIC minta dijaga keselamatan negara Israel, walaupun mereka bukan Islam.
ReplyDeleteYang peliknya, dalam PR, pemimpin utama beragama Islam yang dikatakan 'Anugerah Tuhan' ni pulak isytihar akan jaga keselamatan negara Israel.
Nak ke tengok Malaysia jalin hubungan diplomatik dengan Israel kalau PR menang p/raya? Anwar calon PM, Lim Kit Siang calon TPM. Hadi Awang awal2 dah cakap nak berenti tangkap ikan je lepas menang.
Silalah sokong PAS ye... Undilah banyak2...
Salam...
ReplyDeleteKekadang bila membaca komen cai2 naik heran teman, yg dok terang2 langgar syariat tu PM haram tak komen,bukan setakat Thaipusam je blh gadai akidah, yg dok ambik APCO tu sapa..kome diam je...byk sgt imam kome tu tak selari dgn syariat, ngape kome tak komen pun...