Monday, February 13, 2012

Kawasan Ekonomi Istimewa Kashgar Xinjiang

BANDAR Kashgar, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang yang terletak di kawasan paling barat di China, merupakan titik pertemuan benua Asia dan Eropah. Ia mempunyai catatan sejarah yang berusia lebih 2,100 tahun.

"Pandangan Mengenai Penubuhan Kawasan Ekonomi Istimewa Kashgar" yang diluluskan oleh Dewan Negara China pada 30 September tahun lalu, menandakan Kashgar menjadi kawasan ekonomi isitimewa peringkat negara pertama di kawasan pedalaman China sejak 30 tahun lalu.

Setiausaha Jawatankuasa Bandar Kashgar Parti Komunis China, Chen Xuguang berkata, pihaknya akan mengekalkan struktur ekonomi dalam bidang kewangan, pelancongan, serta menarik lebih ramai tenaga profesional dari seluruh dunia untuk menggalakkan pembangunan urbanisasi. Kashgar yang kaya dengan sumber tenaga, membangunkan ekonominya di samping memelihara alam sekitar.

Kashgar juga merupakan tempat asal budaya etnik Uygur. Tapak peninggalan sejarah, termasuk Masjid Eidgah dan Makam Apak Hoja, yang terkenal di dunia. Dengan kepadatan penduduk seramai 4 juta orang, 90 peratus penduduk Kashgar yang majoritinya dari etnik Uygur adalah beragama Islam. Tidak hairanlah seni bina, pakaian dan makanan di sini dipengaruhi etnik Uygur selain terdapat campuran pengaruh dari Asia Barat seperti negara-negara Arab dan Turki.

Kashgar mempunyai sumber pelancongan yang kaya. Selain itu, Kashgar juga mempunyai kelebihan kedudukan geografi. Ia bersempadan dengan lapan buah negara. Garis sempadan sepanjang 888.5 kilometer. Menurut Encik Chen Xuguang, 70% peruntukan kerajaan digunakan dalam projek berkaitan untuk memperbaiki taraf kehidupan rakyat.(CRI Online)

Lihat sebelum ini...

E-Buku IH-33: Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat
E-Buku IH-33: Dari Cina Ke M'sia, Ikut Jalan Darat

E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam
E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam

No comments:

Post a Comment