Thursday, February 02, 2012

Lynas: Mengapa AkzoNobel Tarik Diri? -PAS

KL, 2 Feb 12: PAS hari ini meminta kerajaan memberi penjelasan berhubung penarikan diri AzkoNobel, kontraktor pembekal resin utama untuk Lynas yang menimbulkan kebimbangan awam berhubung soal keselamatan dan kesihatan kepada masyarakat Kuantan.

Ketua Penerangan PAS Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataan hari ini mendesak Putrajaya agar memberi penjelasan tanpa bereselindung memandangkan kontraktor dari Belanda itu merupakan pembekal utama resin penting yang berfungsi sebagai pelekat untuk puluhan liners fiberglass bagi tangki pendinding konkrit.

"Kerajaan diharap tidak menyembunyikan fakta sebenar dan rakyat berhak mengetahuinya kerana kelulusan lesen sementara untuk syarikat ini beroperasi dengan lima syarat yang mesti dipenuhi; ini dilihat sebagai suatu keganjilan dan kesangsian.

"Lynas adalah bom jangka yang telah dipasang. Andai berlaku sesuatu yang tidak diingini, bagaimana nasib lebih 300 ribu warga Kuantan, pencemaran air sungai dan lautan, kilang penapis minyak sawit yang hanya 2km dari kilang," soal Tuan Man.

Menurut Pesuruhjaya PAS Pahang itu, bantahan ribuan rakyat Kuantan adalah sia-sia sekiranya kerajaan tetap berdegil tidak menghiraukan bantahan tersebut.

Jelasnya lagi, rakyat masih tertanya-tanya mengapa kerajaan sanggup mengambil projek yang terlalu besar risiko kepada rakyat.

"Dengan kelulusan lesen pra-operasi bermula semalam, bermakna jarum jam 'bom jangka' telah bergerak," tegasnya.

"Jangan sudah terhantuk baru terngadah!" Sindir beliau kepada kerajaan.

Tegasnya, jalan penyelesaian bagi permasalahan tersebut adalah melalui Pakatan Rakyat.

"Rakyat diseru undilah Pakatan Rakyat pada PRU-13 yang tekad menghentikan operasi Lynas jika mendapat kuasa nanti.

"Nampaknya ini adalah jalan terakhir untuk kita bersama-sama menyelamatkan rakyat Kuantan, Gebeng dan sekitarnya daripada bom jangka Lynas yang telah dihidupkan ini," tambahnya. (Hrkh)

Lihat sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails