Saturday, February 11, 2012

P.Pg: Keluarga Miskin Ini Perlu Tangani Segera..


RAHMATUNISA (dua dari kiri) memberi susu kepada anak bongsunya sambil diperhatikan Muhammad Nor (dua dari kanan) dan dua anak mereka di George Town semalam.

GEORGE TOWN - Kesempitan hidup menyebabkan sebuah keluarga yang tinggal di flat Sungai Pinang dekat sini kerap berlapar kerana kehabisan bekalan makanan.

Berikutan itu, Muhammad Nor Abdullah, 33, dan isterinya, Rahmatunisa Jeelani, 33, serta empat anak mereka yang berusia di antara dua hingga 15 tahun terpaksa mengharapkan sumbangan daripada jiran-jiran.

Malah, keluarga itu hanya menunggu masa untuk diusir keluar akibat tidak mampu membayar sewa rumah yang tertunggak sejak enam bulan lalu.

Rahmatunisa yang bekerja sebagai tukang cuci di sebuah bank di sini juga sedih apabila anak sulungnya, Muhammad Saiful Rahman, 15, terpaksa berhenti sekolah baru-baru ini disebabkan kekangan kewangan.

"Dengan pendapatan hanya RM500 sebulan, saya terpaksa menanggung semua perbelanjaan rumah kerana suami hanya mengambil upah menjaga gerai buah dengan gaji RM10 sehari," katanya di sini semalam.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau betul berita ini, semua pihak perlu menanganinya segera, perlu disiasat supaya perkara seperti ini tidak berlaku dan mempunyai formula penyelesaian. (IH)

2 comments:

Ibnu Hisham said...

oh... rupa2nya masih ramai lagi orng miskin kat Penang ye. Habis tu, yang Kristian Evangelis Joseph Lim Guan Eng yang puak2 Pakatan Rakyat angkat jadik Khalifah tu kata Kerajaan DAP Penang berjaya hapuskan miskin tegar lepas 6 bulan memerintah tu selama ni rupa2nya gebang jelah yer??

Takpe2, teruskan lah undi PAS ye. nanti korang dapat duit bantuan judi. JAngan bimbang, PAS kata apa yang DAP buat semuanya halal... dapat bantuan dari gereja pun takpe. jangan risau... PAS dah pecat Hassan Ali...

Hidup PAS!!!

Hidup PR!!!

Anonymous said...

Ibnu Hisham udah lah bingung, jahil pulak tu. Kalu tak tahu unjung pangkal baik diam dari bagi tau kat orang diri kamu bangang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails