Ibnu Hasyim Catatan Santai
KUALA LUMPUR, 31 Jan 2012, Shafri (Gambar kiri), wartawan Harakah pergi untuk selama-lamanya dari dunia ini. Harakah kehilangan seorang warganya apabila wartawan Mohamad Safri Samsudin, 42 tahun, meninggal dunia jam 5.37 petang ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Shafri yang mula koma pagi tadi disahkan mengidap barah Ahad lepas oleh HKL. Beliau meninggalkan lima anak yang berumur antara lapan hingga 16 tahun dan isteri, Puan Sharifah Nurhayati Al Yahya. Shafri meninggal di hadapan keluarga terdekatnya di samping rakan-rakan dari Harakah.
Antara pemimpin PAS terakhir yang melawatnya adalah Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS jam 11.30 pagi tadi. Petang semalam Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS juga sempat menziarahi beliau. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menziarahi sejurus jenazah Shafri dibawa keluar dari HKL, petang ini.
"Shafri seorang wartawan yang berdedikasi dan fleksibel. Kami terasa benar kehilangannya. Saya bagi pihak semua Jamaah Pengarah Harakah dan kakitangan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau," Kata Datuk Kamarudin Jaffar, Pengarah Urusan Harakah, yang juga memaklumkan, pihak Harakah menyumbangkan RM2,000 untuk membantu keluarga beliau.
Saya (Ibnu Hasyim) kenal beliau, semasa beliau mula bekerja dengan pejabat koperasi Al-Hilal, waktu saya menjadi Ahli Lembaga pengarahnya dulu. Waktu di peringkat koperasi itu sedang merangkak naik. Beliau menjadi pekerja penuh masa waktu itu, kira-kira puluhan tahun yang lalu. Terakhir saya menemui beliau, semasa mesyuarat blogger-blogger PAKATAN beberapa bulan lepas
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau.
Ibnu Hasyim
alamat: ibnuhasyim@gmail.com
1 Feb 12.
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-9: Imbauan Lama 'Ada Kaitan Dg Harakah, PAS & ...
No comments:
Post a Comment