Tuesday, February 14, 2012

Tingkatkan Penggulingan Pres.Syria -Al-Qaeda

DAMASKUS (Damsyik) 13 Feb: Amir Al Qaeda, Syeikh Ayman Az-Zawahiri Hafidzahullah, berseru kepada golongan anti-pemerintah di Syria (Suriah) yang menyokong perubahan terhadap rejim di negara itu supaya terus menggerakkan tentangan mereka, walaupun semasa Liga Arab bersumpah akan meningkatkan sokongan ke pihak Syria.

Dalam rekaman video terbaru yang disebarkan di internet pada Minggu 12 Feb, amir kelompok Mujahidin global ini mendesak golongan anti-rejim di Syria meningkatkan pemberontakan menggulingkan pemerintahan Presiden negara itu, Bashar al-Assad, seperti yang dilaporkan Press TV hari ini.

Beliau juga meminta masyarakat di negara Arab lainnya membantu elemen anti-rejim Syria dengan apa saja yang boleh, wang, kehidupan, pemikiran dan juga informasi.

“Lanjutkan pemberontakan dan kemarahan kamu.” ujarnya. Beliau juga menyeru agar tunjuk perasaan mereka tidak bergantung pada Barat, Amerika Syarikat, negara Arab dan Turki dalam pemberontakan mereka terhadap rejim Assad.

Syria telah menghadapi kerusuhan sejak pertengahan Mac 2011, dimana rakyat mengadakan tunjuk rasaan besar-besaran menuntut agar Assad mengundurkan diri, tetapi dibalas dengan tindakan ganas pegawai keamanan Alawite Bashar Assad yang hingga kini telah mengorbankan ribuan rakyat awam. (Sumber Arrahmah.com/IH))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails