Dalam rekaman video terbaru yang disebarkan di internet pada Minggu 12 Feb, amir kelompok Mujahidin global ini mendesak golongan anti-rejim di Syria meningkatkan pemberontakan menggulingkan pemerintahan Presiden negara itu, Bashar al-Assad, seperti yang dilaporkan Press TV hari ini.
Beliau juga meminta masyarakat di negara Arab lainnya membantu elemen anti-rejim Syria dengan apa saja yang boleh, wang, kehidupan, pemikiran dan juga informasi.
“Lanjutkan pemberontakan dan kemarahan kamu.” ujarnya. Beliau juga menyeru agar tunjuk perasaan mereka tidak bergantung pada Barat, Amerika Syarikat, negara Arab dan Turki dalam pemberontakan mereka terhadap rejim Assad.
Syria telah menghadapi kerusuhan sejak pertengahan Mac 2011, dimana rakyat mengadakan tunjuk rasaan besar-besaran menuntut agar Assad mengundurkan diri, tetapi dibalas dengan tindakan ganas pegawai keamanan Alawite Bashar Assad yang hingga kini telah mengorbankan ribuan rakyat awam. (Sumber Arrahmah.com/IH))
ReplyDeletearrayah.info : Apakah Tindakan Anda jika Anak Kecil Dibunuh Kejam Rejim Assad Syria?