Wednesday, February 15, 2012

Zakat K'tan Dijangka RM100J, Lihat Agihnnya.

Nik Aziz menyaksikan penyerahan zakat oleh Maybank kepada MAIK

KOTA BHARU, 15 Feb: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK) memperolehi sumbangan zakat RM94.08 juta tahun lalu. Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Haji Kamaruddin Bin Mohd Zin memberitahu, sumbangan zakat berkenaan diperolehi dari zakat harta, zakat perniagaan, zakat gaji dan zakat emas.

Sambungnya, pada tahun 2010, pihaknya memperolehi hasil sebanyak RM74 juta.

“Tahun ini kita menjangkakan akan memperolehi lebih RM100 juta berikutan pendapat rakyat di negeri itu semakin hari semakin bertambah,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyampaian cek zakat oleh pihak Maybank Islamic kepada Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di pejabat Menteri Besar, tengahari tadi.

Sambungnya lagi, golongan asnaf atau yang layak menerima zakat akan menikmati sumbangan zakat dari MAIK itu.

RM18 juta zakat pelajaran


Menututnya, sebagai contoh pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke IPT dalam dan luar negara, di mana tahun lalu pihak MAIK membelanjakan sejumlah RM18 juta.

“Mana-mana pelajar yang mampu masuk ke IPT untuk peringat ijazah kita akan memberikan sumbangan RM2,500 tunai sebagai modal untuk pengajian mereka.

“Manakala yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat diploma kita bagi RM1,700, tetapi bagaimanapun mereka ni mesti tergolong dalam golongan asnaf, jika tidak mereka tidak layak menerima bantuan ini,”ujarnya.

Kamaruddin juga turut memberitahu MAIK turut membantu golongan miskin dengan menyalurkan bantuan bulanan RM200 sebulan kepada golongan yang tidak berupaya sama ada sakit atau keuzuran akibat sudah berusia. Tambahnya, Seramai 7,800 hingga 8,000 orang golongan ini telah menerima sumbangan dari MAIK sejumlah RM200 seorang dengan anggaran keseluruhan RM1.5 juta.

Jelasnya, sebagai jabatan yang menerima zakat secara tunggal di negeri itu, MAIK menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan pada penderma termasuk pihak institusi bank.

Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank Islamic, Muzaffar Hisham ketika ditemui pula berkata Maybank akan membuka cawangannya terbaru di Bandar Baru Kubang Kerian yang dijangkakan akan beroperasi awal bulan Jun tahun ini. (IH/Hrkh)

2 comments:

Pak Mat said...

bleh dekat 100 juta blanja baru 20 juta yang lain MAIk buat apa, kenapa Tak bagi tau?

Anonymous said...

Ketua M.C.A Gombak YIP KUM FOOK,
Perkara U buat salah (jahat), tipu wang orang ramai, tipu perempuan dan wang perempuan, makan wang Tokong ……U sekiranya manusia U mesti bertanggongjawab sendiri.

U menlaporkan kepada Polis. Polis mesti akan guna otaknya menyiasat mana yang betul dan mana yang tipu. Siapa makan cilli padi, siapa akan rasa pedasnya.

Kalau U Jantan, gunalah nama U sendiri bertekal di Internet, jangan guna nama yang Suci SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA, bagi menyembunyikan diri..

Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
U do mistake (crooks), lies of money people, lies of women and money women, eat money Temple, U are human being should be charged with the responsibility themselves.

U report to police. Police must use his brain will investigate what is right and what is wrong. Anyone eat Cilli Padi, Anyone will feel the spiciness.

if U males, U use own name against on the Internet, do not use the Holy name of SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA, for hide yourself ..


Head of M.C.A Gombak YIP KUM FOOK ,
你做邪恶的事,骗公众的钱,骗女人和骗女人的钱,吃寺庙的钱...... 你应该自己负责任。

你向警方报案。警方一定会使用大脑进行调查,谁是错误, 谁骗人的钱.。谁I吃辣椒,谁会觉得辣。

你如果是男性,在互联网上使用自己的名辩论,不要使用神圣 SAMNAK SAMBODHI, DESA JAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR, MALAYSIA,的名来隐藏自己..

YOUR TRULY

MCA MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails