Monday, March 26, 2012

3 Gadis Melayu Penari Tiang, Tarbiah UMNO?

TRIO penari tiang seksi ghairah melakukan persembahan di sebuah pusat hiburan di Nilai.

NILAI – Jika sebelum ini penari tiang warga asing yang dijadikan pelaris pusat-pusat hiburan, lain pula halnya sebuah pusat hiburan di sini yang mengupah tiga gadis Melayu menjadi penari tiang di pusat hiburan itu.

Keseronokan pelanggan menyaksikan aksi ghairah daripada tiga penari tiang seksi itu terbongkar apabila premis itu diserbu polis pada pukul 2 pagi kelmarin. Ketika serbuan, tiga gadis penari tiang itu sedang ghairah beraksi dengan lincah memukau 93 pengunjung termasuk 17 pengunjung wanita.

Sebahagian besar pengunjung pusat hiburan yang beroperasi seawal pukul 6 petang dan berakhir pukul 4 pagi itu semasa diperiksa berada dalam keadaan mabuk atau khayal. (Kosmo)

Komen weblog Ibnu Hasyim: Mengapa dikatakan tarbiah UMNO? Kerana sudah lebih setengah abad UMNO memerintah, tidak mampu melahirkan sosio masyarakat, keluarga, individu dan negara, yang bertunjangkan perlembagaan atau poitik Isam di negara ini.

Walaupun masyarakat majmuk, tetapi orang Islam yang hendak melaksanak peraturan agamanya sendiri tidak dibenarkan. Apa lagi bagi penganut-penganut agama lain. Contohnya Kelantan, rakyat memilih PAS yang dalam manifestonya untuk melaksanakan 'hudud' ikut lunas demokrasi, tetapi UMNO melalui BN yang melarangnya, dan menyekat hak kebebasan demokrasi.

Diwujudkan pusat-pusat hiburan lucah. Semai racun-racun perosak Islam melalui tv-tv dan sebaran kerajaan. Sekat kewujudan media radio kerajaan Kelantan. Pendidikan tidak Islamik dipaksakan dalam pelajaran nasional dan segala macam lagi. Melaksanakan sumber ekonomi haram (dari sudut agama), termasuk merampas royalti minyak rakyat Kelantan. Sabah dan negeri-negeri lain tak apa... Semuanya hasil dari dasar politik kebangsaan sempit asobiah jahiliah parti mereka.

Lihat sebelum ini..

1 comment:

Anonymous said...

saya adalah pelajar yang sedang belajar mengaji dibangunan heritage kl,datanglah melihat sendiri kelas panjat tiang dibangunan tempat kami belajar aras lobby sebelah pintu masuk.macam macam bangsa ada.dikeliling bangunan heritage dan kurnia insurans pelbagai kelab malam tumboh bak cendawan,ketumbohan saling silih berganti.pelajar pelajar yang gigih belajar bacaan al quran setiap hari mengumandangkan kalimah allah swt.memungkinkan kelab kelab ini hilang satu tumboh satu,lenyap terus adalah doa kami kepada ilahi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails