Monday, March 12, 2012

Awas, Budaya Kahwin Bogel Melanda M'sia?

KL 11 Mac 12: Awas Budaya kahwin bogel yang sudah berbudaya di luar negara tidak mutahil akan melanda Malaysia, terutama di kalangan golongan kelas menengah yang jauh dari kehidupan beragama. Kata editor Weblog Ibnu Hasyim, Dr Hj Mohd Hasyim, sewaktu ditemui di suatu majlis kenduri perkahwinan Lembah Klang di sini hari ini.

Berikut sedikit maklumat mengenai 'kahwin bogel' tersebut...





Hampir setiap pasangan mengimpikan majlis perkahwinan yang tidak dapat dilupakan seumur hidup. Seperti pasangan yang berasal dari Australia ini, Ellie Barton dan Phil Hendricott nekad mengadakan perkahwinan tanpa pakaian di hadapan 250 sanak saudaranya.

Dilaporkan dari laman The Sun, mempelai wanita ini hanya mengenakan jaring putih panjang di sanggulnya. Payudara dan kemaluannya pula hanya ditutup menggunakan cat tubuh (body paint). Sementara mempelai sebelah lelaki hanya menggunakan topi untuk menutup kemaluannya.

Perkahwinan itu disiarkan secara langsung oleh stesen radia B105 yang menjangkau lebih 1,000 pendengar di Brisbane.

Pasangan berusia 25 tahun itu terlihat sangat teruja dan bahagia. Mereka sama sekali tidak menunjukkan sebarang rasa malu saat mengucap janji nikah di hadapan 250 tetamu undangan yang keseluruhannya berpakaian lengkap....

Ellie dan Phil ternyata bukan satu-satunya pasangan memilih untuk tidak menggunakan tuksedo dan gaun perkahwinan yang dipenuhi kristal untuk menikah. Ramai lagi pasangan lain yang juga berusaha menjadikan saat indah yang tidak dapat dilupakan dengan melakukan perkahwinan tanpa pakaian.

Salah satu tempat paling terkenal dengan upacara perkahwinan bogel adalah Resor Hedonisme III di Runaway Bay, St Ann. Pada perayaan Valentine 2003, sebanyak 29 pasangan tanpa pakaian mengucap janji di tempat tersebut. Ianya menjadi salah satu pesta pernikahan bogel yang terbesar
. (IH)

Tambahan:

NAJIS DEDAH AURAT

RASULULAH SAW bersabda..

(صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا …. وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا ) رواه أبو داود .
Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: ……Wanita yang berpakaian tapi telanjang (nipis atau tidak menutup seluruh aurat), berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (HR. Abu Dawud)

RASULULAH SAW bersabda..

( لا تقبل صلاة حائض إلا بخمار ) رواه الإمام أحمد وأبو داود والترمذي وابن ماجه
Tidak diterima sholat perempuan yang sudah haidh (balighah) kecuali dengan mengguna pakai tudung.” (HR. Ahmad, Abu Dawud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah rahimahumullah)

Penelitian ilmiah modern telah membuktikan bahawa tabarruj (bersolek) perempuan dan telanjangnya (tidak menutup aurat) mereka dianggap sebagai sumber malapetaka kepadanya. Data statistik menunjukkan adanya penyebaran penyakit barah (terutama barah kulit) pada anggota tubuh yang tidak tertutup dari tubuh manusia, khususnya wanita-wanita yang memakai pakaian pendek (mini) atau tidak menutup aurat.

Antara yang tersebar di majalah-majalah Eropah "Barah Melanoma, dulunya adalah salah satu jenis barah biasa, sekarang meningkat bertambah pada wanita. Khususnya wanita yang sedang meningkat remaja, menjangkiti barah tersebut pada lelaki mereka, melalui penyebaran pakaian seragam mini wanita yang terkena sinar matahari dalam waktu lama, sepanjang tahun. Juga melalui stokin kaki yang nipis tidak cukup untuk menghalang sinar matahari kena kaki mereka.”

Majalah tersebut meminta dokter ahli Epidemiologi bergabung dengan mereka dalam mengumpulkan maklumat tentang penyakit ini.

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
(وَإِذْ قَالُواْ اللَّهُمَّ إِن كَانَ هَـذَا هُوَ الْحَقَّ مِنْ عِندِكَ فَأَمْطِرْ عَلَيْنَا حِجَارَةً مِّنَ السَّمَاء أَوِ ائْتِنَا بِعَذَابٍ أَلِيمٍ ) سورة الأنفال : 32
Dan (ingatlah), ketika mereka (orang-orang musyrik) berkata: "Ya Allah, jika betul (Al Qur'an) ini, dialah yang benar dari sisi Engkau, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih.” (QS. Al-Anfaal: 32)

'Adzab yang pedih' atau sebahagiannya telah turun dalam bentuk barah (kanser) yang buruk. Penyakit ini timbul kerana membiarkan anggota tubuh terkena sengatan sinar matahari dan secara khusus sinar Ultraviolet dalam rentang waktu yang lama. Itulah yang terjadi pada pakaian mini atau bikini. Barah itu menimpa seluruh tubuh dengan kadar yang bertingkat-tingkat. Awalnya muncul bercak hitam kecil, terkadang sangat kecil. Kebanyakan muncul ditumit atau betis, dan terkadang di mata. Kemudian menyebar ke seluruh tubuh.

Bertambah berkembang penyakit itu dari tempat awal muncul, kemudian menyerang kelenjar limpa (kelenjar getah bening) di atas paha lalu menyerang darah, akhirnya bersarang di hati dan merosakkannya. Terkadang ia bersarang di seluruh tubuh, di antaranya tulang-belulang, organ dalam dan ginjal. Terkadang diikuti dengan hitamnya air kencing disebabkan rosaknya ginjal akibat serangan barah ganas tersebut.

Terkadang berpindah ke janin (bayi) yang ada di perut ibu, dan penyakit ini tidak memberikan tempo (jeda) lama kepada pengidapnya. Pengubatan dengan operasi tidak memberikan jaminan keselamatan (kesembuhan) seperti pada barah lain, yang mana barah jenis ini tidak mampan diubati dengan terapi sinar X.

Maka, jelaslah hikmah syari’at Islam mewajibkan wanita memakai pakaian sopan menutupi seluruh tubuh itu. Menutupi dengan pakaian longgar, tidak ketat, tidak nipis, yang disertai dengan toleransi boleh terbuka wajah dan tapak tangan. Jadi, budaya 'kahwin bogel' pula adalah adalah satu bentuk penyerangan kepada syariat Islam tersebut.

Maka jelaslah bahawa pakaian kehormatan diri dan pakaian kesopanan (pakaian Muslimah ikut syar’i) adalah pencegah terbaik dari adzab dunia yang terealisai dalam bentuk penyakit ini. Pakaian menutup aurat adalah sebagai pencegah dari adzab ke'tidak baik'an di dunia dan keselamatan di akhirat.

Sekian.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-48: Kisah-kisah Bogel (2)

E-Buku IH-48: Kisah-kisah Bogel (2)

No comments:

Post a Comment