|
|
Senaman tiang bukan erotik
BUAIAN sering dikaitkan dengan bayi tetapi pengasas Dreams Dance Studio di Subang Jaya, Selangor, Reiko Soo, mengubah buaian menjadi alat senaman.
Menurut Reiko, 35, senaman yang dipanggil fly fitness atau senaman terbang itu menggunakan sejenis kain daripada fabrik likra.
“Jangan terkejut kerana kain jenis ini cukup tahan lama selain boleh menanggung berat badan seseorang sehingga 500 kilogram,” ujarnya.
Katanya, senaman terbang dapat melatih seseorang untuk mengimbangi badan dengan fleksibel, menguatkan otot serta membentuk abdomen badan dengan lembut dan tenang.
Cara bersenam pula ada yang dalam keadaan terbalik iaitu kepala ke bawah dan kaki ke atas sambil bergayut pada kain itu.
“Senaman ini menghendaki peserta terapung dan kurang memijak lantai. Ia boleh membuatkan seseorang menjadi lebih relaks dan tidak mudah letih. Fokus utama senaman ini adalah kawalan emosi dan pergerakan anggota badan secara pelbagai,” ujar Reiko.
Boleh dikatakan semasa berada dalam buaian tersebut, segala masalah dapat dilupakan kerana tumpuan terarah kepada pergerakan senaman sahaja.
Walaupun masih baharu, senaman terbang mulai mencuri perhatian masyarakat tempatan yang mahukan aktiviti fizki yang bersifat ceria dan tanpa risiko kecederaan serius.
Di Dreams Dance, golongan yang mengikuti kelas senaman itu terdiri daripada kalangan profesional termasuk peguam, jurutera, doktor dan suri rumah.
Konsep yang diterapkan oleh Reiko ini hampir sama seperti AntiGravity Yoga yang dicipta oleh Christopher Harrison, 50, dari Illinois, Amerika Syarikat (AS). (-sumber Kosmo)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalaulah begini cara senaman bagi wanita, dilakukan di tempat terbuka, bercampur lelaki perempuan, boleh dilihat oleh lelaki bukan muhrim, jelas ianya haram. Sekadar ingatan sahaja.
No comments:
Post a Comment