Monday, March 05, 2012

Basikal Lipat, Perlu Digalakkan & Sesuaikan Harga.

JOM KREATIF

SAMBIL melipat basikalnya dalam beberapa minit sahaja, Sonny Ikmal Ahmad Kamil, 29, kemudian memasukkan basikal tersebut ke dalam beg sebelum menjinjing bersamanya masuk ke dalam tren aliran ringan (LRT). Itulah rutin hariannya sejak lebih lima bulan lalu untuk ke tempat kerja.

Bukan berbasikal sepanjang perjalanan, Sonny biasanya berulang-alik ke stesen LRT dari rumahnya di Taman Cheras Indah, Kuala Lumpur sejauh sekitar dua kilometer untuk pergi dan ketika pulang dari kerja.

Basikal itu kini sudah menjadi teman rapatnya kerana penggunaan yang mudah, tidak perlu mencari parkir, membayar tol dan juga berjimat duit petrol. Tambahan pula, ia boleh dibawa ke mana-mana sahaja.

Demikian lapor Kosmo Online.

"Sekarang, setelah beberapa bulan bersama basikal, saya berasa lebih sihat. Saya melakukan dua kerja dalam satu masa iaitu bersenam dengan berbasikal seiring perjalanan pergi dan pulang dari pejabat.

"Lebih mudah, dengan fungsi lipat itu, saya boleh mengusungnya ke mana-mana sahaja," kata Sonny.

Basikal lipatnya yang cuma seberat 11 kilogram dengan saiz roda 16 inci berharga lebih RM1,000. Tentu sekali, ia kedengaran agak mahal berbanding basikal biasa. Hakikatnya, basikal lipat itu sebenarnya boleh mencapai harga RM20,000 atau lebih bergantung kepada jenama, spesifikasi dan kecanggihan peralatan dua roda itu.


Membawa basikal lipat adalah lebih kurang sama sahaja dengan membimbit beg yang sarat dokumen.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Basikal ini amat sesuai untuk remaja Malaysia golongan sederhana. Jimat dan menyihatkan badan. Patut digalakkan dan diusahakan supaya harganya sesuai dengan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Sebelum ini...

Lihat kisah kreatif sebelum ini..
E-Buku IH-10: 'Siri Jom Kreatif, Pelik-pelik..'

E-Buku IH-10: \

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails