Saturday, March 24, 2012

'Imam Baling Selipar' Mengajar F/ Ain Di Penjara

Putrajaya 23 Mac 12: "Hoslan turut mengajar Fardhu Ain kepada banduan di penjara..." Demikian jelas isteri Imam Hoslan Husin, di sini hari ini, semasa membuat rayuan kepada mahkamah agar melakukan semakan semula ke atas hukuman suaminya itu.

Imam Hoslan telah dijatuhkan hukuman setahun penjara oleh mahkamah atas kesalahan menghina mahkamah, ekoran dari beiau membaling selipar kepada hakim. Isterinya, Noorliza Mat Isa membuat permohonan tersebut di Mahkamah Rayuan di Istana Kehakiman di sini dengan ditemani peguamnya, Karpal Singh.

Menurut Karpal, hukuman setahun penjara ke atas Hoslan adalah di luar bidang kuasa Mahkamah Persekutuan kerana berdasarkan Seksyen 228 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

"Terdapat peruntukan yang menyatakan maksimum enam bulan penjara kerana menghina mahkamah," kata Karpal.

"Di bawah Seksyen 228, setiap gangguan terhadap proses perundangan terhadap pegawai kerajaan boleh dikenakan penjara tidak lebih enam bulan dan denda RM2,000.

Tambah Karpal, walaupun mahkamah tidak menyatakan di bawah undang-undang mana Hoslan di hukum, "tidak akan ada akta lain selain 228."

"Sekarang kita lihat dia dijatuhkan hukuman setahun, itu menunjukkan mahkamah bertindak melebihi kuasanya," jelas Karpal lagi.

Dalam permohonannya itu, Karpal juga menuntut hukuman ke atas Hoslan dikurangkan dengan sekurang-kurangnya dikenakan hukuman denda dan dia dibebaskan.

Hoslan yang merupakan bekas imam Masjid Al-Rahimah di Kampung Pandan sebelum ini telah melemparkan selipar ke arah hakim ketika perbicaraan kerana tidak berpuas hati hakim hanya mengambil masa kurang setengah jam untuk menggugurkan kesnya.

Disebabkan insiden tersebut, dia dijatuhkan hukuman setahun penjara kerana dikatakan telah menghina mahkamah atas tindakannya itu. Dia kini dipenjarakan di Penjara Kajang. Walaupun begitu, menurut isterinya Hoslan turut mengajar Fardhu Ain kepada banduan di penjara berkenaan. (Sumber MI)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitu hebatnya jiwa orang yang beriman, dalam menegakkan kebenaran, Beliau tidak pernah takut dan tunduk kepada sesiapa pun kecuali Allah SWT.

Lihat sebelum ini..

1 comment:

  1. HARI INI!! JANGAN LUPA KITA BERAMAI-RAMAI BERHIMPUN DI MASJID WILAYAH JAM 2 PETANG... SILA BAWA SELIPAR BURUK (SIMBOLIK http://t.co/6PNQ6Pyd

    ReplyDelete