Sunday, March 11, 2012

Ini Pun Gambar & Aksi Tak Sopan, Mengapa Pekak?

pix_middle

JAKARTA 10 Mac: Selebriti Julia Perez atau lebih dikenali sebagai Jupe tidak peduli jika gambar pra-perkahwinannya bersama Gaston Castano yang agak keterlaluan dan tidak sopan menjadi tatapan umum.

Jupe memberi alasan gambar itu kini dipertonton orang ramai ekoran perbuatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang mengedarkannya ke dunia maya.

“Saya pelik kerana gambar itu sudah diterbitkan pihak tidak bertanggungjawab. Saya juga bingung mengapa gambar-gambar berkenaan boleh diedarkan ke Internet. Mungkin jika saya bukan selebriti, gambar itu tidak akan menjadi buah mulut orang,” ungkap Jupe kepada Inilah.com melalui telefon bimbitnya, semalam.

Jupe mengaku dia tidak mahu memikirkan mengenai edaran gambar berkenaan. “Saya tidak peduli kerana semua itu gambar saya bersama Gaston,” ujarnya. Jupe berkata demikian ketika menjawab persoalan berkaitan gambar pra-perkahwinannya bersama Gaston yang kini beredar di Internet.

Bagaimanapun, Jupe merahsiakan tarikh dan tempat pernikahannya dengan Gaston dan hanya memberitahu dia akan menikah pada tahun hadapan.

“Tarikhnya tidak boleh diberitahu kerana rahsia. Lagipun masih lama lagi tetapi yang pasti sekitar tahun hadapan,” kata Jupe lagi.

Jupe dan Gaston sepakat tidak mahu menghebahkan tarikh dan tempat resepsi perkahwinan mereka bakal diadakan. - Agensi

Gambar tidak sopan artis di atas di Indonesia, negara yang penduduk Islamnya teramai di dunia. Di Malaysia ada atau tidak gambar macam ini, tengok sendirilah..

Tapi dua gambar di bawah ini, antanya berlaku di Malaysia?

2 gambar di bawah ini pula berlaku di luar negara, negara yang perjuangkan hak asasi manusia konon, tetapi melaksanakan perangai binatang seperti itu. Buat apa saja seperti di gambar di bawah ini boleh, ituhaknya. Inilah yang mula berjangkit di Malaysia. Melalui perjuangan bertopengkan 'hak asasi'.. Timbul masalah homoseks, lesbian dan macam-macam.

Di negara ini, bahagian agama atau lain-lain yang berkaitan, kena bertindak segera. Jangan masih pekak. Jelasnya itu tanggung jawab BN untuk menyelesaikannya. Kalau tak mahu tanggung jawab, berhenti jadi pemerintah negara.

(IH)

1 comment:

Anonymous said...

kita ni asyik nak menyalahkan org je kan? tak pernah nak mengaku salah sendiri.. memang hipokrit tahap babi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails