Namun, di sebalik nama premis yang terpampang di kedai terbabit, dipercayai satu kegiatan perjudian beroperasi di dalamnya sejak beberapa bulan lalu tanpa disedari pelbagai pihak. Difahamkan perjudian komputer itu menggunakan nama premis dandanan rambut kerana mahu mengelak diserbu polis.
Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Razak, 59, berkata, pada mulanya dia tidak mengesyaki premis itu menjalankan kegiatan yang salah kerana sebelum ini pintu kedai itu sentiasa dibuka untuk menerima pelanggan.
Namun, penghujung tahun lalu, dia pelik apabila ramai lelaki berkunjung dan mereka perlu menekan loceng untuk masuk.
“Sejak itu saya mula perhatikan pusat terbabit sebelum mendapat tahu ia menjalankan aktiviti perjudian komputer. Malah sejak dua bulan lalu, makin ramai yang ke sana dan ada orang Melayu yang masuk termasuk pelajar.
“Saya mengintai dari luar dan agak terkejut kerana banyak komputer di dalamnya dan melihat pengunjung seperti bermain satu permainan seperti judi,” katanya ketika ditemui.
Tinjauan mendapati, terdapat satu CCTV berada di luar pusat terbabit bagi memantau keadaan persekitaran dan ketika menunggu hampir sejam di luar premis itu lebih 10 pelanggan terdiri daripada lelaki berusia 30-an masuk ke dalamnya.
Malah, didapati, mereka juga menekan loceng sebelum sebelum masuk dan berdasarkan temu bual dengan orang ramai yang berdekatan pusat itu, mereka memberitahu hanya pelanggan tetap dibenarkan masuk.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid, berkata pihaknya memandang serius kegiatan terbabit dan siasatan berhubung aktiviti perjudian berkenaan akan dirujuk kepada polis.
Katanya, sekiranya terbukti berlaku kegiatan itu, pihaknya akan bekerjasama dengan polis untuk mengambil tindakan sewajarnya. (myMetro)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah, kalau bapak borek, anak mesti rintik. Kerajaan pun main judi bagaimana rakyat tak ikut?
No comments:
Post a Comment