Tuesday, March 13, 2012

Kahwin Ramai-ramai Elak Pelacuran.. Islamik


PENGANTIN lelaki dan perempuan komuniti Saraniya bergambar selepas upacara perkahwinan mereka di kampung Vadia, negeri Gujarat kelmarin.

AHMADABAD, India - Satu majlis perkahwinan beramai-ramai melibatkan lapan gadis miskin nomad diadakan di barat India untuk mengelakkan mereka daripada terjebak dalam kancah pelacuran.

Majlis itu dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bantuan tempatan, Forum Sokongan Komuniti Nomad. Setiausahanya, M. Patel berkata, gadis-gadis tersebut dipilih daripada sebuah puak di Vadiya, sebuah kampung yang terletak 275 kilometer ke utara Gandhinagar, ibu negeri Gujarat.

Menurutnya, 12 lagi gadis bawah umur kini bertunang dengan remaja tempatan dan akan berkahwin selepas usia mereka mencecah 18 tahun.

"Gadis-gadis nomad yang tidak mampu untuk berkahwin kerap menjadi pelacur," katanya.

Di India, keluarga pengantin perempuan perlu membayar hantaran perkahwinan kepada pihak lelaki. Pemerintah negeri memberikan tanah seluas 80 hektar kepada komuniti nomad tersebut tetapi tanah berkenaan tidak subur akibat kekurangan air. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Patut dijadikan contoh, dipergiatkan di negara ini demi kemaslahatan soaial. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails