Kerjaya sebagai wartawan memberi ruang untuk gadis yang mesra disapa Alvine ini menjadi duta Namibia. Malah, di hujung penanya terpancar harapan lebih 1.8 juta rakyat negara itu yang mencapai kemerdekaan daripada Afrika Selatan pada tahun 1990.
“Ramai kawan saya di luar negara menganggap kami di Namibia tinggal di dalam semak dan hidup miskin.
“Mereka sebenarnya terikut-ikut dengan laporan media asing kononnya negara kami sangat mundur. Laporan itu tidak menyeluruh dan kehidupan penghuni benua Afrika tidak sepenuhnya begitu.
“Datanglah ke Afrika dan Namibia serta rasai sendiri pengalaman di sana. Kami tidak semiskin yang digambarkan televisyen dan akhbar luar,” ujar Alvine, 27, di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Alvine gemar mempromosikan negara bergurun itu setiap kali berkunjung ke luar negara. Menerusi enjin carian di Internet, masyarakat Namibia selalu digambarkan sebagai kumpulan orang asli yang tidak memakai baju. Pemandangan kaum wanitanya sekadar memakai cawat dan mendedahkan payu dara mereka di luar rumah adalah satu kebiasaan.
Alvine gemar mempromosikan negara bergurun itu setiap kali berkunjung ke luar negara. Menerusi enjin carian di Internet, masyarakat Namibia selalu digambarkan sebagai kumpulan orang asli yang tidak memakai baju. Pemandangan kaum wanitanya sekadar memakai cawat dan mendedahkan payu dara mereka di luar rumah adalah satu kebiasaan.
Alvine yang berketinggian 1.65 meter itu tidak menafikan kewujudan kira-kira 50,000 orang asli yang tidak memakai baju di Namibia tetapi mereka tinggal di pedalaman.
Himba
“Mereka dikenali sebagai Himba dan menghuni utara Namibia.
“Di kawasan lain yang membangun seperti ibu negara Windhoek, kami seperti manusia bertamadun lain. Jika masyarakat dunia mengatakan orang Namibia tidak pakai baju, itu tidak benar,” terang beliau.
Jelas Alvine, dia tidak pernah bersua dengan puak Himba sehinggalah diberi peluang membuat liputan mengenai mereka pada awal tahun 2010. Dia bersama jurugambar pergi ke Opuwo, terletak 720 kilometer dari Windhoek untuk mendalami kehidupan orang asli itu.
“Puak Himba masih berpegang teguh kepada budaya dan identiti mereka. Mereka langsung tidak terfikir untuk menjadi lebih moden.
“Walaupun ramai yang suka hidup seperti nenek moyang mereka, ada juga generasi baharu yang pergi ke sekolah walaupun kebanyakan mereka tidak berjaya dalam pelajaran,” ujar gadis kacukan suku kaum Herero dan Owambo ini.
Alvine memberitahu, selain tidak memakai baju, wanita puak Himba juga gemar melumurkan badan mereka dengan sejenis serbuk berwarna coklat kemerahan bagi melindungi diri daripada pancaran terik matahari. Serbuk yang diperbuat daripada campuran mentega, abu dan tanah itu dipanggil otjize.
Ia turut melambangkan kecantikan wanita Himba. Seperti masyarakat Melayu yang bangga dengan baju kurung, Alvine berkata wanita Namibia menyanjung tinggi pakaian tradisional odelela.
Ia turut melambangkan kecantikan wanita Himba. Seperti masyarakat Melayu yang bangga dengan baju kurung, Alvine berkata wanita Namibia menyanjung tinggi pakaian tradisional odelela.
Ujarnya, odelela merupakan pakaian moden menjadi identiti Namibia, yang dipakai ketika hari keramaian seperti perkahwinan, majlis rasmi dan berkabung.
“Odelela dipakai oleh puak Owambo. Ia diperbuat daripada fabrik odelela yang berwarna-warni.
“Perhiasan diri dan barang kemas kami kebanyakannya diperbuat daripada cengkerang atau yang dihasilkan daripada kulit telur burung unta,” katanya.
Alvine datang ke Malaysia kerana mengikuti Program Zamalah Kewartawanan Antarabangsa 2011 anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) selama sebulan. Mengagumi kejayaan Kuala Lumpur, gadis itu memberitahu, budaya di Malaysia dan negaranya begitu berbeza kerana kehidupan masyarakat di sini lebih dipengaruhi oleh agama.
“Saya suka apabila orang Malaysia mendahulukan agama dalam kehidupan seharian.
“Bagi saya, agama akan menjauhkan diri anda daripada melakukan perkara yang salah. Ia begitu penting untuk diamalkan oleh setiap orang,” kata anak kepada seorang peguam di negara empat musim itu.
4 comments:
DAH BERAPA BANYAK ENTRI KAU KISAH LUCAH JA
BLOGGER PENCACAI PAKATAN HARAMJADAH NI GUNA NAMA CUKUP ELOK TAPI PRIBADI HANCUS
PATUTLAH RAMAI PEMIMPIN HANGPA DOK KENA TANGKAP PASAI BETINA
JENIS GILA BU**T
UMNO pun guna video lucah untuk lawan pembangkang.
Jawab hujah dengan hujah, bukan mencarut macam itu.
Itulah UMNO, mencarut itu zikirnya!
tunggu lah fitnah terbaru umno....semua yang tak pakai baju tu mesti penyokong pas...
Post a Comment